Showing posts with label Laila Hanni. Show all posts
Showing posts with label Laila Hanni. Show all posts

Thursday, December 20

3 in 1 Review: Semalam yang KuTinggalkan, Nasi Lemak Buah Bidara & Untuk Semua Dosaku

Memandangkan aku belum buat sneek peek Untuk Semua Dosaku, so gambar-gambarnya lebih la sikit dalam review ni :)







Marathon buku KN minggu lepas :) Aku pilih tiga buah buku KN iaitu Semalam Yang Kutinggalkan, Nasi Lemak Buah Bidara dan Untuk Semua Dosaku masing-masing hasil karya Laila Hanni, April Snow dan Rin Ahmad. Semalam Yang Kutinggalkan merupakan karya kedua Laila Hanni manakala April Snow dan Rin Ahmad adalah merupakan buku pertama yang diterbitkan oleh Kaki Novel Sdn Bhd.

Terasa seperti ketiga-tiga penulis ini adalah penulis senior kalau dinilai dari gaya bahasa yang dibawa ketiga-tiga penulis ini. Mungkin kerana selepas membaca banyak novel KN yang ditulis penulis muda yang masih dalam proses mengasah bakat penulisan dan karya yang diterbitkan masih terasa belum matang. Ketiga-tiga novel ini ada nada yang sedikit berbeza dari kebanyakan novel terbitan KN. Walau bagaimanapun masih terselit adegan-adegan yang tidak sesuai untuk bacaan anak-anak remaja yang rata-rata mula memilih novel cinta sebagai bahan bacaan ketika darjah 5 atau darjah 6. Kalau korang dah sampai umur mengundi (sudah pandai membuat pilihan yg baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan) boleh lah membacanya. ;)

SEMALAM YANG KUTINGGALKAN
"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu meskipun aku bukan cinta pertamamu..."

Semalam Yang Kutinggalkan membawa kisah Munirah yang sanggup bermadu dengan sepupunya atas permintaan sepupunya (Kak Reen) sendiri. Lagipun suami sepupunya merupakan bekas teman lelaki yang amat dicintainya dulu. Namun sikap Izwan memang sedari awal buat aku mengeluh. Memang terasa ada yang tidak kena dengan sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Selepas melahirkan anak buat Izwan, Munirah melanjutkan pelajaran ke Australia dengan izin suami. Namun perangkap yang dipasang seseorang telah mengena dan Munirah diceraikan begitu saja. Kerinduan pada anaknya saya memaksa Munirah menjejak semula Kak Reen dan Izwan. Munirah masih tertanya-tanya apakah salahnya sehingga Izwan membencinya dan mahu memisahkan dia dari Sarah.

Umar Rafiki yang muncul kemudian adalah jauh lebih memahami dari Izwan yang lebih mementingkan kebahagian diri sendiri. Umar datang dari keluarga yang memang tahap 'understanding' yg sangat tinggi. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan Umar menjadikan Munirah lebih berani memperjuangkan haknya.


NASI LEMAK BUAH BIDARA
"Sungguhlah bagai dikata, hidup ini tidak seindah yang disangka rupa-rupanya!"

Nasi Lemak Buah Bidara pula membawa kisah akibat dari kisah yang dilagukan pantun klasik yang bermula dengan baris "nasi lemak buah bidara" itu sendiri. Ni kira pantun "mari kawin lari" yang sangat popular selain daripada "Tanam pinang rapat-rapat"

Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan.

suatu tindakan tanpa restu ibu bapa yang membawa putusnya silaturrahim lebih dari dua keluarga. Lebih menghibakan tanggapan buruk yang diterima anak bernama Siti Nur yang tidak berdosa. Perjalanan kisah NLBB boleh dikatakan dalam kronologi yang sangat klise dalam kisah-kisah novel cinta melayu, namun ada lenggok bahasa yang sangat menarik dilagukan April Snow hingga membawa kita sama-sama jatuh cinta dengan kisah ini. Kisah yang tak jemu-jemu untuk diulang baca.

Di mana ada manusia busuk hati seperti Datin Junainah dan Zurene, di situ juga ada insan yang menyayangi tanpa syarat seperti Puan Aishah, Akhmal dan Ben :)

UNTUK SEMUA DOSAKU
"Are you in love with the idea of love, or do you love The Creator of love?
Adakah kau mencintai 'cinta' atau mencintai Pencipta 'cinta'?"

Untuk Semua Dosaku pula membawa kisah evolusi dari dunia hitam-kelabu kepada dunia yang putih-biru. Kisah pemutihan watak-watak utamanya yang hanyut dalam percintaan yang dijaga agar tidak ternoda tetapi mereka tetap berdosa kerana tiada sebarang ikatan sah antara mereka sepanjang tinggal bersama dalam sebuah bilik. Cerita seperti ini sudah tentunya menyentuh sensitiviti sesetengah pembaca dengan adegan-adegan intim antara watak utamanya. Penulis yang memilih menyampaikan cerita begini mesti sudah menyediakan mental dan emosi yang kuat untuk menghadapi kritikan/teguran atau pujian pembaca yang dari pelbagai lapisan.

Rin Ahmad banyak menggunakan overlapping flashback yang melibatkan sekurang-kurangnya 3 timeframe (di Jerman, di Malaysia sebelum kahwin dan di Malaysia selepas kahwin). Bukan mudah untuk menulis tiga time frame serentak kerana tak semestinya apa yang penulis nampak pembaca akan nampak. Bagi aku susunan penceritaan setiap satu time frame tu jelas dan boleh dibezakan namun cara letaknya pada perenggan kelihatan bercampur. Satu cubaan yang menarik namun perlu diperkemaskan.

Suatu kisah yang menyedarkan kita dosa lalu dengan kekasih tak akan terampun hanya dengan berkahwin. Peranan taubat sangat besar untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak. Tapi kalau nampak budak darjah 5 usung buku ni memang boleh pengsan maklong!

sure fine whatever
Rinn


 
 

Monday, December 3

Sneak Peek: Semalam Yang Kutinggalkan by Laila Hanni

"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu...
meskipun aku bukan cinta pertamamu..."

Novel kedua dari penulis Syurga di Wajahmu, Laila Hanni :)

Ruas binding yang menunjukkan novel ini dalam kategori agak tebal.

meRinnTis Blurb/Sinopsis Semalam Yang Kutinggalkan

Kisah ini ditamatkan di mukasurat 582

Penanda buku dan latar belakang tu adalah biodata penulis. Untuk paparan penuh, boleh lah dapatkan buku ini di pasaran.

alamat blog penulis di cover depan novel.

Tinta dari penulis.

butir-butir penerbitan dan Dedikasi penulis. Untuk paparan penuh, boleh dapatkan novel ini di pasaran.

Tajuk: Semalam Yang Kutinggalkan
Penulis: Laila Hanni
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
RM21.00
Sabah / Sarawak: RM24.00
582 mukasurat

"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu...
meskipun aku bukan cinta pertamamu..."


baca reviewnya di sini

serba sedikit tentang kisah ini:
 
"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu meskipun aku bukan cinta pertamamu..."

Semalam Yang Kutinggalkan membawa kisah Munirah yang sanggup bermadu dengan sepupunya atas permintaan sepupunya (Kak Reen) sendiri. Lagipun suami sepupunya merupakan bekas teman lelaki yang amat dicintainya dulu. Namun sikap Izwan memang sedari awal buat aku mengeluh. Memang terasa ada yang tidak kena dengan sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Selepas melahirkan anak buat Izwan, Munirah melanjutkan pelajaran ke Australia dengan izin suami. Namun perangkap yang dipasang seseorang telah mengena dan Munirah diceraikan begitu saja. Kerinduan pada anaknya saya memaksa Munirah menjejak semula Kak Reen dan Izwan. Munirah masih tertanya-tanya apakah salahnya sehingga Izwan membencinya dan mahu memisahkan dia dari Sarah.

Umar Rafiki yang muncul kemudian adalah jauh lebih memahami dari Izwan yang lebih mementingkan kebahagian diri sendiri. Umar datang dari keluarga yang memang tahap 'understanding' yg sangat tinggi. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan Umar menjadikan Munirah lebih berani memperjuangkan haknya.
 
gaya penulisan yang dipaparkan menunjukkan kematangan beliau dalam menulis jika dibandingkan dengan penulis-penulis KN yang baru. semoga terus berkarya.
 
sure fine whatever
rinn
 
meRinnTis Blurb/Sinopsis belakang buku

Percintaan pada zaman sekolah telah menemukan Munirah dan Izwan. Mereka terpisah setelah Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya manakala Munirah telah dijaga oleh mak ngahnya selepas kematian SEMUA ahli keluarganya akibat kemalangan.

Bertahun kemudian... Munirah dan Izwan bertemu kembali, hanya beberapa hari lagi Izwan bakal melangsungkan perkahwinannya dgn kak Reen. Munirah pasrah namun tidak pada Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta mereka tapi Munirah tegar menidakkan cinta mereka itu kerana terhutang budi kasih, terutamanya kepada Kak Reen (anak mak ngah).

Kini Izwan ingin memperisterikan Munirah. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yg tidak boleh hamil, Munirah menerima dengan separuh hati. Perkahwinan ini direstui walaupun ada hati yg terluka.

Namun tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yg rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah pilihan Munirah? Anaknya, Sarah atau insan yg luhur mencintainya iaitu Umar Rafiki setelah badai menimpa rumah tangganya dgn Izwan?



Saturday, July 23

Review: Syurga Di Wajahmu by Laila Hanni


Syurga Di Wajahmu
Penulis: Laila Hanni
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
cetakan pertama Julai 2011
RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00
539 mukasurat


"Suamiku, sesungguhnya cintaku untukmu adalah bukti cintaku kepada-Nya,
redamu padaku ingin sekali kuraih agar bisa kugapai reda-Nya.
Kerana sesungguhnya... syurgaku ada di wajahmu.


Penulis ini ada gaya bahasa syahdu yang membuai perasaan, mungkin akan terasa perbezaannya kalau anda sudah membaca beberapa karya baru terbitan Kaki Novel yang lebih banyak mengalunkan rentak bahasa yang santai dan tidak formal. Penceritaan yang berhati-hati tetapi tidak membosankan. Watak seperti Engku Lokman dan Idayu memang selalu kita jumpa dalam novel-novel melayu. Rasanya tentu mudah sekali watak-watak ini memikat hati pembaca. Gaya penulisan penulis ini menarik namun beliau banyak menumpukan penceritaan kepada saat-saat intim Engku Lokman dan Idayu. Tidak sesuai dibaca oleh anak-anak di bawah umur. Idayu adalah watak yang kelihatan agak lemah dan pasrah. Mungkin sifat lemah lembut dan pemalunya membuat dia kelihatan begitu. Namun sifat lemah lembat dan pemalu itulah yang menawan Engku Lokman yang selama ini ke hulu ke hilir dengan wanita-wanita yang 'daring' dan berani. Terasa seperti Idayu terlalu cepat jatuh cinta kepada Engku Lokman, mungkin sebab selama ni kalau saya baca cerita kahwin paksa, mesti dah beberapa lama barulah jatuh hati. Tapi cinta itulah yang telah merubah Engku Lokman ke arah yang jauh lebih baik.


Penulis mengangkat Idayu, seorang gadis kampung yang dijaga rapi ibu dan bapa angkatnya, sebagai heroin dalam kisah ini. Dia lahir dari hasil kerakusan lelaki. Dia tidak pernah tahu hal itu hinggalah suatu hari segalanya terbongkar. Rahsia itu membuat Idayu merasakan harga dirinya runtuh, malah memilih untuk memutuskan pertunangan dengan Hairi demi untuk mengelak krisis di kemudian hari. Hairi berprasangka buruk dengan keputusan Idayu.


Idayu enggan bekerja di tempat yang ramai orang, jadi dia membuat keputusan untuk bekerja di rumah Engku Maryam. Menjaga kebajikan harian Engku Maryam. Idayu berjaya mencuri hati Engku Maryam dengan sikap prihatinnya malah menjadi peneman terbaik untuk Engku Maryam. Kehadiran Engku Lokman mengocak ketenangan hidup Idayu. Idayu yang sebelum ini kelihatan biasa-biasa, tiba-tiba jadi begitu menyerlah di mata Engku Lokman yang gemar menggoda wanita. Dia gagal mengawal nafsunya lalu meragut kehormatan Idayu. Dia berjanji akan bertanggungjawab namun tidak menyangka akan dipaksa menikahi Idayu.


Engku Lokman ni membesar di luar negara dan mengamalkan gaya hidup bebas. Kepulangannya ke tanah air tidak langsung mengubah gaya hidupnya. Dia sangka dengan menyanggupi untuk mengambil tanggungjawab menjaga Idayu sudah cukup untuk menebus kesalahannya. Bapanya, Engku Badrul, membuat tawaran yang tidak dapat ditolak. Menikahi Idayu, dia akan menerima wasiat separuh dari harta kekayaan ayahandanya. Baginya itu tawaran lumayan yang tak mungkin ditolak. Dah la dapat bini lawa dan baik, dapat harta pulak tu.


Engku Badrul dan isterinya berhasrat untuk mengahwinkan Idayu dengan Engku Lokman kerana percaya Idayu akan dapat menundukkan Engku Lokman dengan sifat semulajadinya yang serba memikat. Idayu bukan sahaja bersopan santun dan baik hati, dia juga seorang yang mementingkan solat dan membaca al-Quran. Malah dialah peneman setia ketika Engku Maryam membaca al-Quran setiap kali selepas solat. Mereka tidak kisah dengan asal usul Idayu kerana Engku Lokman pun bukannya jenis yang baik-baik.


Engku Lokman sanggup berkampung selama seminggu di rumah kampung Idayu. Sangkanya dapatlah mengintai-ngintai bakal isterinya namun Idayu diarah pulang ke rumah Engku Maryam dan tinggalah Engku Lokman di situ untuk dibasuh dan dicuci oleh bapa Idayu. Bapa Idayu tahu Engku Lokman mudah diajar. Membesar di luar negara telah merosakkan agama Engku Lokman walaupun dia seorang lelaki yang sangat budiman. Engku Lokman diajar asas bersuci, berwuduk dan bersolat. Baru berangan nak mandi dengan Idayu, sekali kena mandi dengan bakal pak mentua kat perigi. haha. Walaupun separuh hati menghadiri sesi ceramah dan tazkirah, isi kandungan penyampaian sedikit sebanyak menyentuh sanubari Engku Lokman.


Idayu enggan bersuamikan lelaki seperti Engku Lokman. Tambahan pula, setelah mengetahui gaya hidup bebas Engku Lokman, lagilah dia seram nak bersuamikan lelaki itu. Dia impikan lelaki yang dapat memandu hidupnya agar menjadi isteri solehah. Namun, dia tidak dapat menolak arahan bapanya yang pernah kecewa ketika dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Hairi dulu.


Engku Lokman ada perancangan sendiri dengan teman wanitanya, Astri, namun setelah bernikah dengan Idayu, dia lupa segala-galanya. Tumpuannya hanya berpusat pada Idayu malah solatnya semakin terjaga apabila dipantau dengan penuh berhemah oleh Idayu. Apakah yang bakal mengocak kebahagian mereka? Sebab yang agak tipikal iaitu sikap tidak berterus terang dan kisah silam yang kembali tanpa dijemput...

Anak yang lahir dari sebuah kemungkaran akan menjadi suci dan unggul dengan didikan agama yang sempurna manakala anak yang lahir dari sebuah ikatan suci, belum tentu akan dewasa sebagai manusia suci. Begitulah 'contrast'nya Idayu dan Engku Lokman, namun jodoh menjadikan mereka saling melengkapi.


sure fine whatever
Rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Pertemuan pertama Idayu dan Hairi, membuahkan rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yg Hairi rasakan. Mereka akhirnya bertunang dlm tempoh perkenalan yg singkat. Namun rahsia yg terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu dengan rasa rendah diri memutuskan pertuangannya dgn Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan.


Setelah tamat pengajian, Idayu bekerja sebagai jururawat peribadi kpd Engku Maryam, hanya kerana igin terus meminggirkan diri dari dunia luar. Namun pertemuannya dgn Engku Lokman, cucunda Engku Maryam membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu. Kehadiran Idayu pada mulanya tidak diendah oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah memperkosa Idayu. Bila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya, dia dipaksa mengahwini Idayu.


Mampukah Idayu mengubah suaminya dari noda dan dosa semalam? Mampukah dia bertahan dengan cinta barunya? Bahagiakah mereka melayari sebuah bahtera dgn cinta yg terpendam dalam diam? Mungkinkah akan ada badai yg melanda bahtera cinta yg baru sahaja memulakan pelayarannya itu? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya utk menagih cintanya yang tidak kesampaian?