Showing posts with label Sha Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Sha Ibrahim. Show all posts

Thursday, January 3

Sneak Peek: Sha & Shah by Sha Ibrahim

Yaaa novel ketiga Sha Ibrahim sudah berada di pasaran. Taklah setebal novel-novelnya sebelum ni tapi kira dlm kategori agak tebal lah juga :)
 
tagline pilihan:
Andai jodoh ini tidak berpanjangan, izinkan aku terus menjadi sahabatmu.
 
untuk maklumat lanjut tentang karya-karya online sha ibrahim, boleh lah ke laman web tertera :)

tadaaaaaaaaaa nilah covernya. meriah dengan bunga-bunga tulip :)

bleh tahan tebalnya. huuuu

meRinnTis blurb/sinopsis

details laman web dan harga serta isbn number.

kisah sha & shah ditamatkan di muka surat 761

titipan tinta dari penulis :)
jangan lupa jadi 300 pembeli pertama untuk mendapatkan tandatangan eksklusif dari penulis ;)

mula-mula aku ingat ker penanda buku. Masa nak snap gambar untuk slot sneak peek ni barulah aku tau rupa2nya kalendar poket/wallet. Cute!

haaaa ni lah kalendar nya.

butiran penerbitan dan dedikasi penulis. :) untuk paparan penuh, boleh lah dapatkan novel ini di pasaran.

penanda buku. paparan latarbelakang adalah biodata penulis. untuk paparan penuh, boleh dapatkan novel ini di psaran :)
 
Tajuk: Sha & Shah
Penulis: Sha Ibrahim
Terbitan Kaki Novel Sdn bhd
RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00
761 mukasurat
habis dalam masa 2 minggu.
 
"Andai jodoh ini tidak berpanjangan, izinkan aku terus menjadi sahabatmu."
 
Quote menarik: Mariatie di page 592
"Buat masa sekarang ni kalau aku diberi pilihan antara persahbatan dan percintaan, aku akan pilih persahabatan."
 
Scene paling sedih/menyentuh hati: Page 590++
Scene pertemuan Mariatie dan Shah lebih menyentuh hati dan tangkap nangis berbanding scene sedih Sha/Shah
 
Curious??? page 385
Shah naik tangga ke tingkat 10 sampai berpeluh macam mandi sebab lift lambat. Tapi masa sampai kat bilik Sha, Shah tiba bersama Mariatie yang jumpa dia semasa di tingkat bawah. Mariatie panjat tangga sekali dengan Shah ke? Mariatie tak berpeluh-peluh lencun macam Shah. Cayalah!
 
Plot Sampingan:
Kak Hawa, jiran Sha dan Shah yang didera suami
Kisah Syed Adif dan Mariatie yang sembunyi2 jatuh cinta
Kisah Atilia yang gila meroyan
Iskandar, peminat Sha, musuh Shah.
 
Aku sangat sukakan chemistry antara Sha dan Shah. Mereka sangat serasi dan memorable. Namun ada rasa seperti cerita mereka meleret dalam naskah yang tebal ini. Kalau kisah ini lebih compact mungkin grip untuk meneruskan pembacaan itu akan lebih kuat dan tidak terasa meleret.
 
Kisah ini tentang Sha dan Shah yang sudah akrab sejak kecil lagi. Shah tidak mahu dipaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarga lalu memilih untuk berkahwin dengan sahabat baiknya. Shah digilai ramai wanita kerana wajahnya yang kacak dan juga suka mendampingi wanita-wanita cantik. Cerita menumpukan kepada evolusi:
 
1- Bagaimana persahabatan berubah menjadi cinta
2- Bagaimana Shah yang bermata keranjang bertukar menjadi suami yang setia
3- Bagaimana Atilia yang seksi menggoda berubah menjadi gila psiko gara-gara obsess dengan cinta
4 - Bagaimana Iskandar yang penuh agenda negatif berubah menjadi seorang yang positif
 
Kenapa review aku kali ni macam berubah format? entah! aku pun tak tahu :) Lepas baca buku ni aku terus capai Biarkan Ia Berlalu. Antara buku tebal yang tak jemu untuk dibaca walaupun aku still tak dapat terima hakikat sebuah empayar boleh dibina dalam masa 5 tahun. :p
 
sure fine whatever
Rinn
 
 

Thursday, May 31

Rinn Reviews: Dia Segalanya by Sha Ibrahim

Dia Segalanya
Penulis; Sha Ibrahim
terbitan kaki novel enterprise
RM37
sabah sarawak rm40
1112 mukasurat
9789675067976

"kala hati begitu mencintai... semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki
semakin kuingin terus menghampiri... semakin jauh dia melangkah pergi..."

lepas baca 2 buku sha ibrahim, terus dah stamped dlm kepala sha = tebal, sangat tebal. lebih 1000pages tuuuu

kisah kali ni terasa lebih heavy dari Biarkan Ia Berlalu. Konflik hubungan Faizul dan Suraya dibina dengan baik dan menyentuh hati. namun ada juga ketidak sesuaian perwatakan Suraya dengan perlakuannya. Dia digambarkan seorang yg menjaga solat dan aurat malah rajin bangun sepertiga malam untuk bersolat dan mengaji al-Quran tetapi dia bebas berpelukan dengan abg angkat dan bapa angkatnya yg bukan muhrim. Kalau korang boleh put aside that type of thinking, you will enjoy this book sampai ke akhirnya.

TAk sangka Sha berjaya membuat aku turut bersedih mengenangkan nasib Faizul dan Suraya. Tangkap nangis cara penutupnya dan ending yang terbaik utk Faizul dan Suraya. Dugaan cinta mereka memang kuat, namun kalau dah jodoh tidak ke mana :)

Terasa watak V, atau Reena itu ditamatkan dengan begitu mudah sekali dan tak sangka watak Jessi Messi memainkan peranan yang sangat penting di hujung cerita. She ain't messy at all :) Dia lah penyelamat kisah cinta ini yang membuat kita senyum kerana ada penamat yang 'happy ending' :)

Friday, March 23

Terbaru dari Kaki Novel April 2012

keempat-empat novelis KN ni buku-bukunya sebelum ni menarik :)

Thursday, February 9

Rinn Reviews: Biarkan Ia Berlalu by Sha Ibrahim


Biarkan Ia Berlalu
Penulis: Sha Ibrahim
Terbitan Kaki Novel
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Oktober 2011
RM37.00
Sabah/Sarawak RM40.00
9789675067860
1140 mukasurat


"Tak, Nadia tak akan berhenti selagi apa yang Nadia nak tak tercapai! Saat Nadia tahu siapa yg bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada arwah ayah dan keluarga kita, Nadia berjanji pada diri Nadia sendiri, Nadia tak akan berhenti selagi Nadia tak buat mereka yang bertanggungjawab itu merana! Itu janji Nadia!"


Gila tebal. Tu yang pertama aku sebut bila tengok buku ni. Memang tebal. Memang bukan buku pertama yang akan aku capai memandangkan ketebalannya akan mengganggu 'gaya bebas' yang sering aku amalkan semasa membaca. tak boleh baca semasa agak letih atau mengantuk kerana kalau tangan terkulai buku ni akan tersembam ke muka, jadi la muka berbuku.


tapi bila dah mula baca buku ni memang susah nak berenti. Kronologi cerita tidak membosankan walaupun saiz nya sangat tebal. Misi Nadia untuk membalas dendam atas kehancuran keluarganya dan kematian bapa kesayangannya menjadi tumpuan utama cerita.


Suatu masa dahulu Nadia menjadi mangsa fitnah sehingga dia kehilangan cinta Johan. Dia menghilangkan diri ke United Kingdom dengan perancangan teliti dan nekad utk membalas dendam. Setelah 5 tahun, dia pulang untuk melengkapkan perancangannya dan menamatkan kisah dukanya dengan 'happy ending'.


Kalau kita baca blurb pun Friends Corporation digambarkan sebagai sebuah empayar baru yang berjaya menggugah keteguhan Perkasa Holdings milik bapa Johan. Sebuah syarikat yang menjadi empayar dalam tempoh 5 tahun yg diterajui 3 gadis berusia bawah 30 tahun adalah sangat-sangat mengkagumkan. Macam mustahil pun ada juga. Tambahan pula melihatkan sikap gadis bertiga tu yang keanak-anakan dan ala-ala kanak2 ribena.


Nadia muncul di Friends Corporation akhirnya setelah 5 tahun bekerja di belakang tabir. Tetapi bukan sebagai big boss. Dia berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha kepada akauntan di situ iaitu Syafiq a.k.a Lion King. Nadia dan Syafiq memang sangat sepadan kerana sikap mereka yang garang, banyak songeh, panas baran dan pantang mengalah. Cara mereka bekerja adalah seperti berperang tetapi kerjasama mereka menghasilkan keputusan yang membanggakan. Persamaan itu menjadikan mereka semakin selesa antara satu sama lain. Memang sepanjang masa la gelakkan Syafiq yg kuat kompelin dan marah2kan Nadia sedangkan Nadia tulah sebenarnya big boss di situ.


Nadia sering terjebak dalam situasi yang menjadikan dia kelihatan seperti seorang gadis liar yang jahat. Sahabat baiknya, Tiara dan Baby memang faham benar dengan sikap Nadia. Kalau Nadia kata "Jangan risau" maksudnya ada la benda besar yang dia akan buat dan menyebabkan orang lain sakit jantung.


Kisah-kisah di sekeliling Nadia juga menarik dan melengkapkan lagi kisah ini. Aku suka citer ni tapi kurang senang dengan watak-watak utama cerita ini yang bebas berpegang tangan dan berpelukan dgn best friend yang bukan muhrim.


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/sinopsis


Nadia... kepulangannya ke tanah air setelah 5 tahun berada di United Kingdom hanya dengan satu tujuan. Membalas dendam! Disebabkan dendam jugalah Friends Corporation berdiri megah di tanah kelahirannya. Namun tiada siapa yang menyedari bahawa dialah pemilik sebenar empayar itu.


Identiti palsu sebagai graduan luar negara yang menganggur membuka peluang untuknya merealisasikan dendamnya. Namun perkenalannya dengan Syafiq telah membuai jiwa wanitanya. Lelaki itu mula membuka semula pintu hatinya untuk menerima cinta setelah dikecewakan 5 tahun dahulu.


Mampukah Nadia meneruskan lakonannya nanti? Adakah dia mampu membalas dendam dan mengembalikan maruah keluarganya semula? Dapatkah Syafiq menerima diri Nadia seadanya?


Biarkan Ia Berlalu... padat dengan kisah dendam, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan.