Showing posts with label April Snow. Show all posts
Showing posts with label April Snow. Show all posts

Friday, May 3

Sneak Peek Mr Sirap Bandung by Nadra Yasmina

cover Mr Sirap Bandung
Ingat ker heronya suka minum sirap bandung tapi rupa-rupanya sebab lain dia mendapat gelaran tu :)

meRinnTis blurb/sinopsis

ruas binding.

close up 'tagline' pilihan untuk cover depan Mr Sirap Bandung. Nasib baik tajuknya bukan 'Biskut lemak rangup berkrim' :)
 

maklumat harga dan isbn

Penanda buku dan tinta penulis. Untuk paparan penuh gambar penulis dan maklumatnya, boleh dpatkan novel ni di pasaran
 
terima kasih sudi scroll sampai bawah :)
sure fine whatever
Rinn
 

Friday, March 1

Ronda-Ronda PWTC: Pesta Buku 1 Malaysia

Sempat pergi dua hari sahaja. Sebab selang selikan dengan kunjungan ke karangkraf :)
Noor Suraya yang setia menanti pembaca di booth jemari seni :)

di booth karya seni ada Melur Jelita dengan buku2nya yg tebal-tebal belaka

barisan penulis karya seni di hari terakhir pesta buku 1 malaysia

penulis duet untuk novel Cintaku Luruh di Oxford (aku panggil buku ni Cintaku Setebal Kamus Oxford) Tebal giler beb!

April Snow ada di booth Kaki Novel

barisan penulis kaki novel

buku Fixi: Murtad siap tandatangan khat penulis :) ni buku Cik Melah.

Norhayati berahim menanti di booth NB Kara. Yg tangan kat corner tu KakSu punya

nilah penulis novel fixi: Murtad

barisan penulis Kaki Novel untuk sesi petang di hari terakhir.

booth fajar pakeer. Penulis-penulisnya berjalan-jalan di sekitar booth. :)

Barisan penulis karya seni untuk sesi petang :)

Thursday, December 20

3 in 1 Review: Semalam yang KuTinggalkan, Nasi Lemak Buah Bidara & Untuk Semua Dosaku

Memandangkan aku belum buat sneek peek Untuk Semua Dosaku, so gambar-gambarnya lebih la sikit dalam review ni :)







Marathon buku KN minggu lepas :) Aku pilih tiga buah buku KN iaitu Semalam Yang Kutinggalkan, Nasi Lemak Buah Bidara dan Untuk Semua Dosaku masing-masing hasil karya Laila Hanni, April Snow dan Rin Ahmad. Semalam Yang Kutinggalkan merupakan karya kedua Laila Hanni manakala April Snow dan Rin Ahmad adalah merupakan buku pertama yang diterbitkan oleh Kaki Novel Sdn Bhd.

Terasa seperti ketiga-tiga penulis ini adalah penulis senior kalau dinilai dari gaya bahasa yang dibawa ketiga-tiga penulis ini. Mungkin kerana selepas membaca banyak novel KN yang ditulis penulis muda yang masih dalam proses mengasah bakat penulisan dan karya yang diterbitkan masih terasa belum matang. Ketiga-tiga novel ini ada nada yang sedikit berbeza dari kebanyakan novel terbitan KN. Walau bagaimanapun masih terselit adegan-adegan yang tidak sesuai untuk bacaan anak-anak remaja yang rata-rata mula memilih novel cinta sebagai bahan bacaan ketika darjah 5 atau darjah 6. Kalau korang dah sampai umur mengundi (sudah pandai membuat pilihan yg baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan) boleh lah membacanya. ;)

SEMALAM YANG KUTINGGALKAN
"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu meskipun aku bukan cinta pertamamu..."

Semalam Yang Kutinggalkan membawa kisah Munirah yang sanggup bermadu dengan sepupunya atas permintaan sepupunya (Kak Reen) sendiri. Lagipun suami sepupunya merupakan bekas teman lelaki yang amat dicintainya dulu. Namun sikap Izwan memang sedari awal buat aku mengeluh. Memang terasa ada yang tidak kena dengan sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Selepas melahirkan anak buat Izwan, Munirah melanjutkan pelajaran ke Australia dengan izin suami. Namun perangkap yang dipasang seseorang telah mengena dan Munirah diceraikan begitu saja. Kerinduan pada anaknya saya memaksa Munirah menjejak semula Kak Reen dan Izwan. Munirah masih tertanya-tanya apakah salahnya sehingga Izwan membencinya dan mahu memisahkan dia dari Sarah.

Umar Rafiki yang muncul kemudian adalah jauh lebih memahami dari Izwan yang lebih mementingkan kebahagian diri sendiri. Umar datang dari keluarga yang memang tahap 'understanding' yg sangat tinggi. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan Umar menjadikan Munirah lebih berani memperjuangkan haknya.


NASI LEMAK BUAH BIDARA
"Sungguhlah bagai dikata, hidup ini tidak seindah yang disangka rupa-rupanya!"

Nasi Lemak Buah Bidara pula membawa kisah akibat dari kisah yang dilagukan pantun klasik yang bermula dengan baris "nasi lemak buah bidara" itu sendiri. Ni kira pantun "mari kawin lari" yang sangat popular selain daripada "Tanam pinang rapat-rapat"

Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan.

suatu tindakan tanpa restu ibu bapa yang membawa putusnya silaturrahim lebih dari dua keluarga. Lebih menghibakan tanggapan buruk yang diterima anak bernama Siti Nur yang tidak berdosa. Perjalanan kisah NLBB boleh dikatakan dalam kronologi yang sangat klise dalam kisah-kisah novel cinta melayu, namun ada lenggok bahasa yang sangat menarik dilagukan April Snow hingga membawa kita sama-sama jatuh cinta dengan kisah ini. Kisah yang tak jemu-jemu untuk diulang baca.

Di mana ada manusia busuk hati seperti Datin Junainah dan Zurene, di situ juga ada insan yang menyayangi tanpa syarat seperti Puan Aishah, Akhmal dan Ben :)

UNTUK SEMUA DOSAKU
"Are you in love with the idea of love, or do you love The Creator of love?
Adakah kau mencintai 'cinta' atau mencintai Pencipta 'cinta'?"

Untuk Semua Dosaku pula membawa kisah evolusi dari dunia hitam-kelabu kepada dunia yang putih-biru. Kisah pemutihan watak-watak utamanya yang hanyut dalam percintaan yang dijaga agar tidak ternoda tetapi mereka tetap berdosa kerana tiada sebarang ikatan sah antara mereka sepanjang tinggal bersama dalam sebuah bilik. Cerita seperti ini sudah tentunya menyentuh sensitiviti sesetengah pembaca dengan adegan-adegan intim antara watak utamanya. Penulis yang memilih menyampaikan cerita begini mesti sudah menyediakan mental dan emosi yang kuat untuk menghadapi kritikan/teguran atau pujian pembaca yang dari pelbagai lapisan.

Rin Ahmad banyak menggunakan overlapping flashback yang melibatkan sekurang-kurangnya 3 timeframe (di Jerman, di Malaysia sebelum kahwin dan di Malaysia selepas kahwin). Bukan mudah untuk menulis tiga time frame serentak kerana tak semestinya apa yang penulis nampak pembaca akan nampak. Bagi aku susunan penceritaan setiap satu time frame tu jelas dan boleh dibezakan namun cara letaknya pada perenggan kelihatan bercampur. Satu cubaan yang menarik namun perlu diperkemaskan.

Suatu kisah yang menyedarkan kita dosa lalu dengan kekasih tak akan terampun hanya dengan berkahwin. Peranan taubat sangat besar untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak. Tapi kalau nampak budak darjah 5 usung buku ni memang boleh pengsan maklong!

sure fine whatever
Rinn


 
 

Thursday, November 22

Sneak Peek: Nasi Lemak Buah Bidara By April Snow

Cover novel pertama April Snow bersama Kaki Novel
 

capture alamat blogspot penulis.

ruas binding buku... wuaaahhh nampak tebal


meRinnTis Blurb/sinopsis/back cover

tulisan penulis. perple!

butiran penerbitan dan dedikasi penulis. untuk paparan penuh, sila dapatkan novel ini di pasaran :)

kisah ini ditamatkan di mukasurat 661
 
selamat membaca!
 
Nasi Lemak Buah Bidara
Penulis: April Snow
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
661 mukasurat
 
Baca review di sini
 
Cerita ini diolah berdasarkan pantun lama yang sangat popular,
Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
hilang emak hilang saudara
kerana kasih hamba turutkan
(pantun mari kawin lari)
 
Keputusan tanpa restu utk berkahwin bukan sahaja merosakkan silaturrahim keluarga malah mendatangkan masalah kepada si anak yang membesar dalam masyarakat yang menyimpan syak wasangka. Sangat kasihan. Budak baik budi pekerti, indah rupa tetapi menjadi mangsa kebencian akibat tindakan ibu bapanya yang berkahwin lari. Anak itu sendiri tidak berkesempatan mengenali ibu bapanya. membuatkan dia sendiri tidak pasti mengenai status dirinya.
 
Siti Noor teraniaya dalam sebuah keluarga yg disangka satu-satunya saki baki keluarga yang dia ada setelah nenek yg membesarkannya meninggal dunia. Dia dilayan seperti orang gaji di rumah mewah itu. Nasib baik suami datin tu baik dan bagi gaji. Kalau tak, lagi lah perit laluan hidupnya. Datin dan anak sulungya (tiri) memng betul-betul mendera Siti fizikal dan mental sepnjang Siti berada di rumah itu.
 
Di mata si comel Ben, neneknya, dan ayahnya, Akhmal, Siti adalah gadis yang sempurna budi pekerti dan indah rupa. Pertemuan di masjid menyejukkan hati mereka.
 
Tahap kepercayaan mereka terhadap Siti sangat tinggi hingga sanggup menerima Siti tanpa banyak soal.
 
Kisah cinta Siti dan Akhmal sangat comel, secomel ben :) Perkahwinan mereka membahagiakan namun ada suara yang merasuk Akhmal agar meragui Siti tetapi Siti adalah terlalu baik dan di matanya terpancar keihlasan.
 
Akhmal dan ibunya berbincang mengenai status tidak sah taraf ketika Ben turut berada di situ. Membuatkan Ben courious dan bertanyakan Siti mengenai maksud perkataan2 'tidak enak' yang merujuk kepada anak tidak sah taraf. Rasanya tak sesuai menggunakan ayat begitu di hadapan anak sekecil Ben. Siti sendiri terkejut dengan status dirinya dan membuatkan dia merasa tidak layak untuk mendampingi Akhmal.
 
Mimpi disiksa dengan api itu kelihatan seperti cara mudah untuk membuat watak Datin tu bertaubat. dia tu terlalu kejam.
 
Kisah cinta dalam novel ini sangat manis dengan rentak sentimental dan tangkap nangis juga. Memang enjoy dan bila dah start memang tak boleh lepas.
 
Peribadi Siti dibina dengan utuh sekali oleh penulis. tapi ada juga terselit babak cium2 dalam kisah ini.
 
Walaupun ini karya pertama penulis dengan KN, kelihatannya gaya penulis sudah matang kalau dibandingkan dengan penulis-penulis baru KN yang masih berusaha menajamkan skill penulisan. Kalau nak bandingkan karya ini dengan karya pertama penulis bersama Fajar Pakeer, Dia Idaman Hati, terasa seperti Nadra yasmina dan April snow bukan orang yg sama pulak.
 
ok, terima kasih.
 
sure fine whatever
Rinn
 

Friday, October 19

Sneak Peek: Dia Idaman Hati by Nadra Jasmina

front cover ada kertas note ;) xoxo

 back cover
 

tinta penulis :)
 
Penulis: Nadra Yasmina
Editor: Ahmad Fuad Ab Rahman / Zahiah Zali
Terbitan Fajar Pakeer
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
510 muka surat

"Dia itu lain daripada lain. Dia itu pelik. Tapi pelik yang menambat hati"

Kisah Asma dan Jeffrey. Gadis yang kuat bekerja demi menyara keluarga dengan jejaka yang kaya raya dan garang. Puan Sri Amal, ibu Jeffrey yang mahukan rumah Jeffrey ada pembantu rumah hujung minggu supaya kediaman anak kesayangannya tu terjaga. Asma merupakan calon terbaik untuk tugas itu. Percaya pulak Puan Sri Amal tu membiarkan Asma dengan Jeffrey bersama-sama dalam rumah walaupun Jeffrey tu mengurungkan diri dalam bilik sepanjang masa dan tak pernah bertembung dengan Asma.

Aura harimau Jeffrey memang malap bila berinteraksi dengan Asma walaupun hanya melalui nota-nota kecil. Kalau di ofis, dialah raja rimba yg digeruni.
Jeffrey terpaksa memunculkan diri apabila Lilac (a.k.a Laila - juga dikenali sebagai liplap di kalangan golongan anti-lilac) menyerbu rumahnya. Itulah kali pertama dia berhadapan dengan Asma sbg pembantu rumah, sedangkan sebelum itu mereka sering bertemu di klinik gigi. Demi menyelamatkan diri, Jeffrey membuat pengakuan eksklusif bahawa Asma adalah isterinya. Bermulalah pusing U-Turn yang sangat besar dalam hidup mereka berdua. Personaliti Perniagaan yang besar seperti Jeffrey mudah diburu kontroversi dan kisah hidup peribadinya memberi kesan yang besar kepada empayar milik keluarga.

Lilac tidak berlalu begitu saja, dia berlalu bersama misi untuk memporak perandakan hidup Jeffrey dan 'isterinya' Asma. Hasil campurtangan Puan Sri Amal membuatkan mereka benar-benar menjadi pasangan suami isteri. Kisah tipikal di awal cerita berubah nada selepas itu. Suntikan thriller sangat menjadi dan elemen kejutan melalui watak Zuhara juga tidak disangka-sangka.

sure fine whatever
rinn