Showing posts with label Diya Elora. Show all posts
Showing posts with label Diya Elora. Show all posts

Wednesday, February 25

Novel Febuari 2009 dari CESB...

Ilusi Sebuah Cinta - Diya Elora
Harga : RM30.90
Sinopsis:
Cinta… hadirnya membawa seribu kenangan yang tak mampu dilupakan… perginya mengguris sekeping hati yang mendambakan ketulusan kasih dan kepercayaan. Aqel Suleiman setulus namanya, cintanya hadir bersulamkan cacian, perginya merantau merubah kehidupan dan mencari sinar kebahagiaan… Akhirnya dia kembali mengubah status dan pandangan.
Namun takdir terus mempermainkannya, sekali lagi hatinya dikecewakan oleh gadis yang setia menanti untuk disatukan setelah dia cukup bersedia berdepan dengan kenyataan menerima gadis yang bukan pujaan. Adakah pangkat, rupa dan status menjadi ukuran dalam mencari cinta yang abadi?
Kehadiran Halimatun membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya…
Mampukah cinta yang bersulam pendustaan dilestarikan…
Jangan Ada Benci - Ana Wenta
Harga : RM20.90
Sinopsis:
Di saat hati terasa akan kehilanganmu… aku ibarat jam yang patah jarumnya. Hilang arah, hilang punca dalam menentukan waktu, masa seakan panjang tanpamu… malam pula begitu sunyi kurasakan seolah-olah tiadanya siang. Hati diselubung awan nan lara lantaran hasrat tak kesampaian, lalu kututup hati ini buat insan yang bernama wanita.
Aku sebenarnya seorang insan yang lemah dalam menghadapi erti sebuah kehilangan. Tatkala kau hadir dalam hidupku… aku seboleh mengkin cuba mengusir rasa itu pergi, saat rasa mula merajai hati… aku yang menanggung rasa itu. Tak kusangka mimpi kita serupa bilamana Tuhan satukan kita dengan ikatan suci untuk kali ini, kau takkan ku lepaskan lagi.

Thursday, November 13

Cintanya...Kian Membara


Tajuk Buku : Cintanya…Kian Membara
Penulis : Diya Elora
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
Harga :RM31.90
Cetakan Pertama : 2008
Genre : Romantik
*******************************************
“ kasih dan cintaku akan membara selamanya…semerah kelopak-kelopak ros biarpun reranting kita pernah berserakan…”

Apa kata saya…

Ini merupakan karya pertama dari penulis ini yang singgah di rak buku peribadi saya walaupun mengetahui ini bukanlah karya pertama beliau di dalam dunia penulisan kreatif tanahair. Naskhah terbaru beliau ini ternyata sarat dengan persoalan cinta yang ditafsir dari dimensi yang berbeza. Cinta itu punya pelbagai makna dan konsep yang diterjemahkan menurut kamus hati masing-masing.

Cintanya…Kian Membara (CKM) bagi saya sebuah naskhah bergenre romantik yang cukup mendebarkan para pembacanya. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka dicipta penulis dalam membongkar perjalanan cerita yang cukup menarik ini. Permulaan cerita sendiri sudah mencipta persoalan di minda pembaca tentang isi ceritanya dan ternyata penulis berjaya membuat pembaca tertarik dan teruja untuk terus mengikuti kisah selanjutnya.

Sebagai sebuah kisah yang bertemakan cinta sebagai teraju utama dengan sisipan hubungan kasih sayang sesama keluarga dan rakan CKM memperkenalkan pembaca dengan tunjang utama cerita; Nik Seri Nataliya a.k.a Liya /Erin Darleena seorang gadis yang sempat bergelar isteri selama 2 jam selepas pernikahannya. Perkahwinan yang diatur keluarga suami itu ternyata tidak menjanjikan bahagia.Dia diceraikan di malam perkahwinannya oleh suami, Engku Rajhan atas alasan yang cukup pahit untuk ditelan oleh seorang isteri. Suaminya sudah punya pilihan hati sendiri; si cantik manis Emilda!!.

Plot cerita ini tidak berpaksikan jajaran kronologi dan teknik imbasan kembali yang digunapakai penulis di dalam mengimbau perjalanan watak-watak di dalam CKM ini terutama Liya sendiri. Kita akan terasa kesayuan di sepanjang mengikuti hidup Liya setelah dibawa ke berpindah kediaman suami.Plot cerita berkembang dengan cukup berwarna-warni didalam menyusuri pergerakan kisah Liya yang cukup dramatik ini. Sisipan monolog juga mimpi Liya cukup menarik digambarkan dalam menimbulkan persoalan di minda pembaca tentang perkara yang menghantui diri Liya. Teknik suntingan CKM sangat kemas cuma ada sedikit kecacatan kecil didalam penggunaan dialog bahasa Inggeris yang tercerna kesilapan tatabahasa juga penyusunan katanya. Diharap pihak editor akan lebih berhati-hati dimasa hadapan agar ia tidak berulang.

Penulis cukup bijak memancing simpati pembaca terhadap Liya dan mengundang benci pada perilaku Engku Rajhan yang keterlaluan juga rasa mual dan meluat yang amat sangat pada sikap Emilda. 3 watak utama ini berjaya dibina perwatakannya dengan baik hingga pembaca terlupa manusia boleh punya pelbagai wajah dan rupa. Jangan cepat menilai hanya dengan pandangan mata kasar sebab mata kadangkala juga tersilap. Saya kagum dengan kebolehan penulis “menipu” pembaca hingga dengan mudah menghakimi Engku Rajhan dan Emilda. Watak-watak pembantu seperti Hazziq, Fateen juga Engku Sofiah juga cemerlang dalam menjalankan tugas mereka mewarnai kisah dalam CKM ini terutama Hazziq yang digambarkan secara konsisten perwatakannya hingga ke akhir cerita.

Paling menarik bila kisah sebenar terbongkar. Tabir di singkap satu persatu secara perlahan-lahan membuat pembaca cukup tidak sabar dan tidak menduga begitu rupa kisah sebenarnya...sangat menarik bagi saya cara yang diguna penulis di dalam merungkai kisah sebenar disebalik kemelut perkahwinan dan penceraian Liya dan Engku Rajhan dan penyatuan mereka adalah kemuncak cerita yang cukup manis bagi saya biarpun cuma seketika...

Buat penulis, tahniah atas penghasilan sebuah kisah yang cukup manis, cukup mengujakan sekali. Semoga anda akan terus cemerlang memenakan kisah-kisah indah di masa akan datang.

Buat pembaca budiman di luar sana, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkannya, kerna naskhah ini sungguh berbaloi dimiliki biarpun ia sedikit mahal dari biasa.

Notapipi buat Cik Presiden Geng Kicap : Boss, cite ni sad ending sikit taw sebab hero mati aar, huhukkk...tapi kan ada 2nd hero yang hensem gak yang suka kat heroin hingga di akhir cerita...jadi kurang lah darjah sedey tu sikit...ahaaaks...tapi lu WAJIB beli boss, x rugi wa cakap lu...

Friday, October 3

CESB - Sept & Okt 2008



di pasaran mulai 15 sept. 2008.


Harga: RM19.90

Blurb:
Memori semalam kekadang hadir, kekadang meminggir, sesekali mengusik rasa mengocak-ngocak jiwa menjadikan hati tertanya-tanya telah berakhirkah sejarah kita yang bertahun tersimpan kemas dalam lipatan kenangan? Lalu bagaimana dengan janji-janji lalu, akan terbiar lenyapkah ditelan waktu?

Dan andainya ada kebetulan dalam hidup kita yang memungkinkan aku menemui dirimu di mana-mana, aku bersedia dengan segala kemungkinannya. Aku akur dengan takdir Tuhan andai engkau telah pun berteman. Aku rela asalkan pencarianku ini telah temui penamatnya. Dan andai waktu itu engkau telah pun berteman biarlah janji-janji lalu lenyap ditelan waktu…



Harga: RM23.90

Blurb:
Kusut, itulah yang dirasai Nur Addriana tatkala menerima khabar duka daripada abahnya. Antara keluarga dan cinta Zaqrul yang menyakitkan, dia nekad kembali ke Malaysia demi tanggungjawab yang terabai.

Pertemuan tidak sengaja dengan Aman Hanafi, membawa cinta baru dalam hidup Nur Addriana. Melenyapkan duka yang bertahun terpendam menjadi barah. Walau Zaqrul masih menyayanginya, masih leka dibuai cinta lama dan masih membiarkan memori silam basah dalam kenangan namun Nur Addriana nekad melupakannya. Walau sejarah silam terpalit noda, walau maruah diri telah lerai tergadai, Nur Addriana nekad beralih kasih, beralih sayang. Kisah silam… biar saja Tuhan yang tentukan keampunan-Nya…


di pasaran mulai 15 oktober 2008




tajuk: cintanya kian membara
penulis: diya elora
harga: rm31.90

Blurb:
Malam pertama kita yang sepatutnya menjadi sejarah indah, kau musnahkan dengan talak yang mengkiamatkan seluruh kehidupan seorang isteri. lalu, cara mana harus aku berdepan dengan kenyataan yang kau lemparkan ini. sedang kamar pengantin kita masih diharum bunga mawar yang menjadi saksi perpisahan. dan air mata malam pengantin menjadi bukti bahawa perkahwinan tanpa cinta tak bisa membuat aku bahagia. menjadikan aku isteri yang lara dan tersiksa.

suami..
andai ini suratan yang harus kuterima, aku rela. aku tega ditinggal pergi. namun andai semua ini lakonan semata demi menutup sebuah penderitaan yang bertahun engkau sembunyikan, aku rela kasih sayang ini dipertaruhkan walau sekejap cuma. demimu..demi cinta yang tak pernah kau tahu.


tajuk: dia dihatimu
penulis: rohayu mohd tajuddin
harga: rm17.90

Blurb:
benarkah kata orang, jika kita mencintai seseorang, kita rela membiarkan diri ini terus disakiti. lantaran itu, salmah rela dirinya ketandusan kasih sayang daripada seorang lelaki yang bergelar suami. dia rela demi sebuah cinta yang tak pernah bosan untuk memaafkan. dia rela demi sebuah ikatan yang dinamakan perkahwinan.

namun sampai bila dia boleh bertahan? kasih sayang dan cintanya bukan untuk diperkotak-katikkan, bukan gelanggang permainan untuk ditendang terajang. dia wanita yang berperasaan.. lain jika syurganya bukan terletak pada lelaki durjana itu, dia rela dilepaskan. dia rela tidak dimiliki walau jiwanya meronta-ronta untuk disayangi.