Showing posts with label Lily Suriani. Show all posts
Showing posts with label Lily Suriani. Show all posts

Thursday, October 7

ALAF 21-TRIONOVEL OKTOBER

Harga: RM18.00
Halaman: 480
Penulis: Angela Engkuab
ISBN: 978-983-124-603-0

Sinopsis: Tiada siapa tahu Intan mempunyai seorang anak bernama Nur Ain. Kala rahsia¬ ter-bongkar, Iskandar sanggup memutuskan hubungan cinta kerana tidak dapat menerima keadaan Intan itu. Kerana Nur Ain juga, dia difitnah.

Tetapi tidak bagi Darul. Dia memandang Intan sebagai wanita yang paling sempurna di hatinya dan mahu menjadi penyeri hidup Intan walau ditentang ibu sendiri. Namun, dia tidak menyenangi hubungan akrab Intan bersama Ray, ayah kandung Nur Ain.

Emylia pula sudah begitu lama memendam perasaan cinta terhadap Darul. Dia sang-gup lakukan apa saja agar lelaki itu berpisah dengan Intan. Intan kalah dengan emos-inya yang diperalat oleh Emylia, menyebabkan dia ingin melupakan cinta Darul.

Lamaran Ray membuatkan Intan mula memikirkan masa depan Nur Ain dan keluar-ganya. Menerima Ray sebagai suami akan menutup fitnah yang dilemparkan kepadanya. Namun, adakah pilihan itu yang terbaik? Yang membuatkan dia bahagia? Mungkin dia perlu berkorban lagi seperti lilin yang membakar diri.


Harga: RM19.90
Halaman: 512

Penulis: Intan Arnida
ISBN: 978-983-124-600-9

Sinopsis: HATI perempuan mana yang tidak mahu diulit kebahagiaan? Hidup dalam ketenangan, disayangi insan bergelar ayah dan mendapat pedoman daripada insan bergelar kekasih. Namun itu semua tidak dirasai oleh LINETTE alias Lina Az-Zahra. Gadis malang yang kematian ayah itu hidup dalam penderitaan di Vila Sir Dernard. Menjadi mangsa herdikan sepupu sendiri dan yang lebih sakit bila dia menjadi mangsa rakus nafsu seorang lelaki durjana.

Benci! Sememangnya dia benci hidup begini lantaran dirinya sudah tidak suci lagi, sedangkan pada masa yang sama dia menjadi pujaan Syed Firqan Alam. Hati terdetik… sudikah jejaka itu menerimanya bila mendapat tahu keadaan sebenar dirinya? Akhirnya, dia nekad untuk mendiamkan diri. Biarlah Syed Firqan Alam mencarinya sehingga lelaki itu berputus asa dan melupainya.

Namun tidak bagi Syed Firqan Alam. Dia mencari dan terus mencari gadis yang dicintai itu sehingga sanggup merentas Laut China Selatan. Janji untuk mengahwini Lina Az-Zahra harus ditunaikan biarpun dia mendapat tentangan daripada keluarga. Tapi, di mana Lina? Adakah Lina sudah lupa janji mereka? Ah, Syed Firqan Alam tidak tega berpisah dengan gadis itu!


Harga: RM19.90
Halaman: 496
Penulis: Lily Suriani
ISBN: 978-983-124-599-6

Sinopsis: NAMANYA Puteri Anntasya, tetapi hidupnya tidak seindah seorang puteri. Hanya tujuh tahun dia ditatang bagai minyak yang penuh. Ketika itu, dunianya terasa begitu indah. Namun, akhirnya dia dicampak ke istana rindu yang membuatkan dia terasing sendiri. Merindui seorang lelaki yang begitu tegar melukai.

Rindu itu mendidik hatinya menjadi dingin dan beku. Rindu itu juga mengajar hatinya untuk tidak percaya pada cinta. Baginya, lelaki dijadikan daripada software yang sama, tidak setia dan tiada yang suci cintanya. Ketika tangkai hatinya disapa dengan rasa cinta, dia nanar sendiri. Antara mahu menerima cinta dan menikmatinya dengan sepenuh jiwa atau terus menjadi penghuni di istana rindu yang semakin hari semakin usang.

“Ayah...hapuskan rasa rindu ini. Aku ingin bebas dari rasa itu. Aku mahu menikmati rasa cinta tanpa ragu... Ya ALLAH, tolonglah aku.”

Monday, November 3

Softlaunch Tika Rindu Berlagu & Saat Kau Hadir


Tarikh: 1 November 2008
Tempat: Pizza Hut Maju Junction


Majlis telah berjalan dengan lancar pada hari tersebut. Ramai gak penulis2 yang hadir mcm Lily Suriani, pokcik mersik, lynn dayana, kak eka fahara, kak norzailina nordin, bikash nur idris dan shanika latisha. Pendengar bertuah putrafm dan wakil putrafm, junaidix msjbox pun hadir sama memeriahkan majlis tersebut :)


ekcili ni first time saya jumpa Lily Suriani. Meriah sungguh orangnya. Selain dari ucapan dari Lily Suriani (Penulis Tika Rindu Berlagu), ucapan dari Laila Kamilia (penulis Saat Kau Hadir) di sampaikan oleh Lynn Dayana sbg wakil kerana LK sedang berada di Germany.







Ada jugak ucapan online dari Penulis Laila Kamilia. Untuk menyaksikan video ini, sila click :




atau






err.. sekian, terima kasih.


sure fine whatever
rinn