Showing posts with label Ramlah Rashid. Show all posts
Showing posts with label Ramlah Rashid. Show all posts

Sunday, November 7

Akan Datang daripada Buku Prima


Tajuk : Lara di Jiwa Ajym
Penulis : Ramlah Rashid

Sinopsis :
Sinopsis: Ajym adalah Najymi atau Atan, anak Sumaiyah, gadis yang direnggut maruahnya oleh Tuan Arif? n pemilik Tegap Holding. Meskipun tidak menerima kehadiran Tuan Arif? n selaku bapa namun kerana amanah dan amanat, Najymi bersetuju menjaga Tegap Holding sebaik Tuan Arif? n meninggal dunia. Pulangnya Laramaisa Hani anak tunggal Tuan Arif? n yang belajar dari luar negara, dia enggan melepas Najymi meninggalkan Tegap Holding. Hubungan yang membibitkan rasa cinta yang mendalam di hati Lara dan Ajym tetapi terpaksa mengambil keputusan berpisah sebaik mengetahui perhubungan Najymi dan orang tua Lara. Nenek angkat Najymi sedar kesakitan perasaan cucunya tetapi dia berpegang kuat pada amanat allahyarham suaminya yang tidak membenarkan Najymi bersatu dengan Lara.



Andai Kubermimpi
Mastura Abdullah
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-96-9
Halaman : 480
Tarikh Terbit : 19 Nov 2010

Sinopsis :
Idayu mencari dirinya yang hilang bersama dengan kesamaran jalan yang dilaluinya. Ketika jatuh, dia terlihat sejalur cahaya yang diyakini dapat membantunya meneruskan perjalanan hidup. Sedikit demi sedikit dia cuba bangun dari kepayahan dan apabila berjaya menemui dirinya kembali, jalur cahaya itu menghilang dengan tiba-tiba. Begitulah yang terjadi dalam hidup Idayu. Setelah kehilangan sahabat sejatinya, Nora Hashima, Idayu bagai mencari dirinya sendiri. Tuah menyebelahi dirinya apabila dia bertemu dengan Danish Ifwat. Hanya lelaki itu yang mempercayainya dan berbekalkan sedikit kepercayaan, dia mengharungi segala cabaran. Berbahagiakah mereka di akhir cerita atau derita itu sentiasa mengejarnya hingga ke titik penamat?

Thursday, July 16

Terbaru Dari Ramlah Rashid


Lestary, anak Hanan Alaa bersama Daud, perkahwinan campur antara 2 negara (Malaysia + Dubai). Nama Lestary bererti murni dan abadinya cinta ke dua suami isteri itu.

Disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Sewaktu Lestary berusia 5 tahun, dia dan ibunya diperkenalkan pada orang tua Daud. Dua beranak itu terus dibenci dan disiksa jiwanya oleh Wan Bada. Wan Bada tidak menerima kehadiran menantu dan cucunya bukan sahaja kerana Hanan Ala’a bukan gadis pilihannya tetapi juga perasaan cemburunya pada kasih Daud yang tumpah penuh pada isteri yang jelita. Saban hari dia merangka pelbagai agenda supaya Daud berpisah dengan isterinya dan melenyapkan Lestary dari keluarganya. Wajah kacukan Lestary menyakitkan hatinya.

Di satu senja, selepas Daud menikahi Milah, gadis pilihan Wan Bada, Hanan Alaa yang sarat hamil anak ke dua telah diceraikan dengan talak 3. Bersama Lestary, Hanan Ala'a meninggalkan rumah Wan Bada. Dalam kepayahan itu mereka dibantu imam dan seorang wanita berhati mulia di kampung itu. Fitnah terus membutakan hati Daud yang berantakan kesal menceraikan isteri tercinta lalu dengan senapang patah peninggalan ayahnya dia berusaha menembak imam yang membantu isterinya. Malangnya terkena Hanan Ala'a yang sedang berwudhuk untuk solat subuh.

Hanan Ala'a menghembuskan nafas terakhir dan organnya didermakan, bertepatan dengan amanatnya. Injap jantung dan hati diberi kepada Dafiezudin, buah pinggang untuk anak Tuan Kamal.

Keluarga Dafiezudin dan Tuan Kamal cuba menjejak anak Hanan Ala'a yang sudah ditempatkan di rumah anak-anak yatim tetapi gagal. Dan Lestary pula melanjutkan pelajaran keluar negara sewaktu berusia 17 tahun. 10 tahun pula tinggal di sana sebelum mengambil keputusan kembali ke Malaysia.

Dalam hambatan rindu pada ibunya,dia turut didera kenangan bersama ibu dan ayahnya. Penderitaan dia dan ibunya di tangan Wan Bada dan percintaan orang tuanya yang menjadi duri kehidupan. Lestary seakan gila setiap kali terkenang peristiwa hitam yang meragut nyawa ibunya. Meski benci pada Wan Bada, namun Lestary berusaha memadam dendam itu. Dia mahu menjadi gadis yang hidup tanpa kenangan hitam. Demi merialisasikan impian itu, Lestary membuat keputusan menetap di Malaysia dan bekerja di puncak Cameron Higland.

Takdir sudah ditentukan, dia menemui penerima injap jantung dan hati ibunya selepas bertunang dengan Razrim. Tanpa sengaja, dia jatuh cinta pada Dafiezudin dan cinta itu kian mendalam setelah mengetahui milik ibunya ada di dalam diri lelaki itu. Dafiezudin juga berasa terhutang budi dan ingin sekali berbakti pada anak pemilik hati dan jantungnya. Cinta bersemi kian kukuh dan berlakunya tarik menarik (perasaan), persaingan secara sihat antara dua sahabat karib – Dafiezudin dan Razrim, demi memenangi hati Lestary.

Lestary diculik, dilarikan ke Dubai oleh orang2 suruhan datuknya (ayah Hanan Ala'a) Dafiezudin dan Razrim terbiar duka menunggu keajaiban Lestary selamat kembali. Masa senggang tanpa Lestary itu membuat perhubungan Dafiezudin dan Tania (pembantu Lestary) semakin erat. Dalam diam, Tania jatuh cinta pada Dafiezudin. Dafiezudin tidak menolak cinta Tania namun masih berharap Lestary kembali bersama cintanya. Tania kekadang cemburu pada bayang-bayang Lestary, namun menyembunyikannya. Dia terus mengembirakan Dafiezudin dengan merangka angan-angan Lestary akan kembali dengan selamat. Hari demi hari Tania kian menyedari, tidak mudah baginya menggantikan tempat Lestary di dalam hati Dafiezudin. Dia pasrah dalam derita.

Bagi Razrim juga, dia terus berharap agar Lestary kembali. Namun setelah jerih menunggu, dia tidak lagi mengharap gadis itu pulang bersama cintanya. Dia sudah pasrah, Lestary bukan jodohnya. Dengan memegang prinsib, menyerah bukan bererti tewas, dia akur pada murninya cinta Dafiezudin dan Lestary yang diikat dengan hati milik Hanan Ala'a. Dengan ikrar akan menyerahkan Lestary kepada Dafiezudin, dia berdoa agar Lestary kembali. Demi sayangnya pada Dafiezudin.

Apabila berita Lestary selamat di Dubai dan akan kembali ke Malaysia disampaikan kepada Dafiezudin dan Razrim, pihak perubatan pula menyedari jantung Dafiezudin sudah dalam keadaan kritikal. Injap yang digunanya, yang dipindah milik dari Hanan Ala'a, sudah tidak boleh bertahan lagi. Pembedahan perlu dijalankan segera bagi menukar injap jantung itu. Harapannya untuk diselamatkan terlalu tipis. Razrim dihambat bimbang, Lestary tidak berkesempatan bertemu Dafiezudin.

Lestary pulang sewaktu geruhnya Dafiezudin berjuang di katil pembedahan yang berlangsung lebih 6 jam.
Semalam
Cinta bersemi
Ria di sini
Di bumi ini mengutip kasih, menyulam bahagia
Menghimpun seranjang cerita gembira
Tanpa sekelumit duka, hanya tersenyum dan tertawa
Bersaksi mentari, bulan purnama - bersumpah setia
Bisiknya :
Nasi lemak buah bidara
Sehidup dan semati kita berdua
Realisasikan cinta dua benua,
Seteguh Uda dan Dara.
Risensi Lestary bukti agungnya cinta
Kini
Lestary hanya sendiri
Kembali ke sini menginjak permatang yang pernah dilalui
Mencari cinta sejati, makna kasih yang pernah bersemi
Demi masa yang berganti
Segalanya tidak bererti kini.
Kosong, sepi.
Yang ada hanya kesan cinta yang sudah dinodai.
Namun titis-titis bahagia terus dicari
Meski telah jauh dihanyuti
Dibawa arus terusan masa yang tidak reti berhenti.
Yang di sini hanya dendam yang menyakiti, melukai!
Mahligai cinta yang dicari
Korban cinta ditemui, pusara sepi, nisan yang membedi
Sebagai bukti cinta sejati terus abadi…
Senaskah sirah yang gagal dilupai kembali menemani
Memaksa hati kekal membenci.
Esok
Nanti di nanti
Cari mencari
Sebuah ceritera yang penuh erti
Mahligai cinta yang harum lagi berseri
Sewangi mawar berduri
Sebiru lavenda yang lebah kerumuni.
Ingin sekali Lestary merealisasi
Sebuah istana cinta di benua hati
Diharap kekal bersemi
Dalam dua jiwa bercantum hati
Injap dan hati milik si mati,
Cinta nan murni untuk lestary…
(Infor dari blog Ramlah Rashid)

Monday, February 23

Ramlah Rashid kembali dengan...USANG


Penulis: Ramlah Abd. Rashid
Penerbit: DBP
Harga Buku: RM25.00
Sinopsis:
Demi melunaskan impian datuknya, Satoshi Dahlia, seorang gadis Jepun, nekad datang ke Malaysia. Dia terus mencari dan mencari walaupun dalam pencariannya yang singkat itu, dia seakan-akan menemui jalan buntu. Tidak ada petunjuk yang dapat membantunya. Malahan, diari kusam dengan bait-bait indah itu juga tidak dapat merungkai kisah usang itu. Namun dia tetap berusha meskipun ada kalanya, dia hampir rebah ditimpa perasaan sendiri. Liku dan ranjau yang menghalangi perjalannya, benar-benar menguji ketabahan diri. Ternyata bukan mudah meyakinkan hati-hati yang pernah tercalar akibat keganasan silam.
Masa juga bukan penawar bagi semua kesakitan yang dialami. Walaupun luka telah sembuh, kesannya tetap ada. Dia kesal dan malu atas apa yang berlaku, namun dia tidak ada pilihan lain lagi. Amanah datuknya yang telah pergi, harus dinoktahkan sebelum kembali ke tanah air. Dia tidak mahu ada yang terus menuduh datuknya mungkir janji dan lupa diri. Cukup-cukuplah dengan sejarah hitam yang dipalit bangsanya 50 tahun lalu. Dia tidak mahu mengulanginya sekali lagi."
notapipi:
ila...congrat 3x.Nanti jumpa kat PBAKL ye...jgn lupa taw

Monday, July 7

Aku Cinta Kyra

TAJUK BUKU : AKU CINTA KYRA
PENULIS : RAMLAH RASHID
PENERBIT : BUKU PRIMA SDN BHD
HARGA: RM 18.90
HALAMAN : 517 MUKASURAT
GENRE : KEKELUARGAAN

****
--------------------------------------------------------------------------------------------

“…saya sedar, Kyra penuh di dalam hati abang. Sejak dulu lagi saya mengesyaki sesuatu di dalam hati abang dan Kyra, tapi saya menolaknya dek cinta saya. Saya terlalu mencintai Kyra. Tapi pastinya cinta abang lebih besar kerana sudah begitu lama tumbuhnya. Saya akur, saya pasrah…”

Apa Kata Saya

Ikatan kasih sayang dan kecintaan pada keluarga adalah segala-galanya buat kita yang bergelar insan di muka bumi ini. Tiada gantinya di dunia ini, tidak akan dapat di beli di mana-mana atau dikutip di tepi jalan. Ia anugerah dariNya buat kita maka ikatan ini harus djaga dengan penuh syukur dan rasa tanggungjawab. Namun adakala manusia sering tersasar tika membuat perhitungan.

Inilah yang cuba dipersembahkan oleh Aku Cinta Kyra, karya terbaru Ramlah Rashid Ia mungkin antara secebis kisah yang pernah berlaku di luar sana,lalu diangkat penulis menerusi penanya untuk renungan dan dinilai atau mungkin sebagai persiapan seandainya ia singgah dalam kehidupan kita.

Fragmen utama cerita ini menyusuri elemen hubungan dan nilai kasih sayang antara seorang abang angkat pada adiknya yang membawa pada terbitnya rasa cinta dalam dirinya. Biarpun rasa itu cuba dihindar, dibunuh tapi cinta tidak mengenal mangsanya.Akur dengan perasaan itu, dia berjuang untuk mendapatkannya.walau banyak halangan terpaksa ditempuh demi merealisasikan impian tersebut. Fragmen plot cerita bergerak perlahan demi memaparkan momentum emosi yang melanda si peneraju utama cerita serta hubungan emosinya dengan watak-watak utama yang lain.

Konflik yang diwujudkan antara watak-watak utama cerita ini, Kyrul Idham, Kyra Idora juga Hairee digambarkan penulis dengan cukup baik. Bila rasa cinta ini turut membabitkan satu pihak lain yang punya ikatan persaudaraan,yang sangat dekat lalu apakah jalan yang terbaik yang harus dipilih.Apakah justifikasinya nanti bakal mengundang padah atau sebaliknya.Segala perlu diperhalusi agar tiada pihak yang kecewa.

Penulis begitu berjaya menyusuri pergolakan dalaman yang dialami oleh peneraju utama cerita ini, Kyrul Idham, anak terbuang yang ditinggal ibu bapa sendiri lalu dipelihara dengan penuh limpahan kasih-sayang oleh keluarga angkat lalu terperangkap antara rasa kasih pada adik dan cinta padanya. Idham digambarkan dengan cukup sederhana tapi penuh elemen lelaki impian., Perwatakan dalam cerita ini juga menarik kerana ia tidak dibangunkan dengan pertembungan watak hitam dan putih yang kerap kita baca dalam karya-karya kreatif yang berada dipasaran. Buat penulis, syabas atas karya terbaru ini dan semoga terus cemerlang berkarya dia masa hadapan.


Kisahnya…

Kyrul Idham dan Krya Idora yang dibesarkan bersama sebagai adik beradik walau Idaham hanya abang angkat namun tidak diketahui status itu oleh Kyra atas amanat arwah ayah angkat yang mahu hubungan mereka tidak dibezakan statusnya. Idham yang dalam diam mencintai adik angkatnya itu namun cuba menyembunyikan perasaan itu demi amanat dan rasa hormat pada keluarg angkat yang sudi memeliharanya bila dia ditinggalkan ibu bapa sendiri…

Sikap Idham yang sangat pengasih dan penyayang pada adik angkatnya Kyra membuatkan hubungan mereka berdua begitu akrab hingga menimbulkan kegusaran pada ibu mereka. Jika selama ini Idham bijak berlakon, kehadiran Hairee yang cuba memikat Kyra membuatkan Idham tersentak, lebih tercabar bila Kyra mula menunjukkan minat pada Hairee.

Pergolakan emosi dalaman Idham berjaya dikesan ibu angkatnya namun dia kecewa bila hubungannya dengan Kyra cuba direnggangkan ibu demi kebaikkan bersama. Walau merasakan diri seolah-olah dipinggirkan, Idham cuba tidak menunjukkan kesedihan itu demi kerana kasih sayangnya yang cukup besar pada keluarga angkatnya. Dia rela beralah, rela membunuh cintanya pada Kyra. Hairee juga dapat mengesan sesuatu yang tidak enak dimata dan hatinya bila melihat cara Idham melayan Kyra.

Kemuncak konflik berlaku di malam pertunangan Kyra dan Hairee.. Idham rupa-rupanya adallah abang Hairee yang ditinggalkan dahulu pada keluarga Kyra. Konflik tambah runcing bila Hairee menyedari dia hanya anak pada isteri kedua sedangkan Idhamlah pewaris sebenar keluarga.

Demi menebus rasa bersalah, ibu bapa Idham melakukan apa saja demi mengembalikan Idham ke rumah mereka semula walau tindakan tersebut cukup membuatkan Hairee rasa diketepikan. Tambah parah bila Kyra yang sedari dulu amat menyukai Idham terang-terangan meluahkan perasaannya pada Idham. Idham dan Hairee terperangkap dalam merebut cinta Kyra. Walau Kyra sudah menyatakan pilihannnya, Idham dihimpit dillema untuk membuat keputusan.

Manusia adalkalanya merancang, tapi Dia penentu segalanya. Di saat kebahagian hampir di raih, Idham dan Kyra dikejutkan dengan berita yang sangat merengut hati mereka berdua. Walau Kyra enggan berganjak, Idham nan waras, bijak membuat keputusan demi masa depan mereka dan keluarga. Tersurat sudah Kyra Idora bukan miliknya tapi anugerahNya buat Hairee.

Buat semua, selamat menghayati kisah nan dramatik ini.