Showing posts with label Aleya Aneesa. Show all posts
Showing posts with label Aleya Aneesa. Show all posts

Thursday, March 7

24 Feb 2013: Aleya Aneesa & Weeda Airiza di MPH Alamanda

Aleya Aneesa dan Weeda Airiza di meja penulis. Thanks sudi layan sembang2 :) Weeda thanks bagi cookies. :)
 
 
Novel kedua-dua penulis ini sedang hangat di pasaran :) Cinta 2u dot my oleh Weeda Airiza dan Dia tak Tanya oleh Aleya Aneesa. Kedua-dua buku ini adalah terbitan Alaf 21.



Wednesday, March 28

Baru Di ALAF 21 :)

jom ronda2 di rak buku alaf :)


Ingin Berkasih Lagi
Damya Hanna
Harga: RM 25.00
ISBN: 978-983-124-765-5
Halaman: ~640
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.


Terus Cintai Aku
Aleya Anessa
Harga: RM 23.00
ISBN: 978-983-124-766-2
Halaman: ~692
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

--



Aduhai Cinta
Samsiah Mohd Noor
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-768-6
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

“Aduhai Cinta… apa ada padamu?” Itulah keluhan Suri Abadi. Dia tidak Nampak cinta bersama Hermand, apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yang kaku dan kelu itu. Untuk rindu, jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan gemar memungkiri janji.

Namun, bunga-bunga cinta mulai mewarnai hidup si gadis apabila dia bertemu dengan Fard Fahim yang memiliki sifat romantik dan penyayang. Fard Fahim hadir bersama wangian mawar putih yang sentiasa mengiringi pertemuan mereka. Suri Abadi nampak cinta di mana-mana. Kehadiran Fard Fahim mengindahkan dunia cintanya yang suram selama ini. Dia mula hanyut menyulam mimpi dan harap an bersama lelaki itu.

Masalah melanda dan malang datang bertimpa-timpa. Di saat Suri Abadi begitu memerlukan Fard Fahim untuk berkongsi duka, lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Kerana kecewa, Suri Abadi berkahwin de ngan Hermand. Fard Fahim muncul kembali sewaktu Hermand berubah pada karakter lamanya. Sekali lagi cinta Suri dan Fard berputik. Sebagai isteri orang, mampukah Suri Abadi menepis cinta Fard Fahim yang pernah bertakhta di hati? Bertahankah rumah tangga Suri Abadi bersama Hermand? ADUHAI CINTA... berikan aku jawapannya.



Cukup Sekadar Dirimu
Aireen Erina
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-769-3
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

ZAIZA hanya gadis kampung yang ingin memulakan hidup baru di kota metropolitan. Sudah puas bergelumang dengan penderitaan dan penghinaan saudara-mara serta orang kampung. Dia tidak akan membiarkan orang lain melukainya lagi.

Dahulu, dia dicintai rakan karib yang sering mengambil berat tentang dirinya. Namun, tragedi menimpa menyebabkan mereka berdua terpisah untuk tempoh yang panjang. Kehilangan Nasrul membuatkan hatinya meronta-ronta merindukan lelaki itu.

Setelah sekian lama, mereka dipertemukan kembali. Tetapi, Nasrul kini dimiliki orang lain. Zaiza pula membuka pintu hatinya untuk Zakwan yang cuba memikatnya dengan bersungguh-sungguh. Namun, mengapa hatinya merintih. Cukupkah hanya teguh pada yang sudah ada dalam genggaman, sedangkan hakikatnya yang lain bertakhta di hati?

Thursday, May 5

Novel Baru

Novel baru Norhayati Berahim, Aleya Aneesa dan Haslinda Ismail yang mula dipasarkan pada pesta buku pwtc yang lalu.






Monday, August 9

Promo: Terbaru dari Aleya Aneesa :)




Tajuk: Tanpamu Aku Rindu
Penulis Aleya Aneesa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd


"jarak dan waktu tak mungkin jadi pemisah"


ASALNYA, dia anak polos yang selalu menceriakan hari-hari mama dan ayahnya. Menjadi penyeri di mata dan penyejuk di hati mereka. Bahkan, dia anak yang tidak pernah menghampakan kerana sejak kecil memang terasuh sifatnya.


Namun sekelip mata semuanya berubah. Anak yang satu itu semakin kurang ajar dan suka mencabar kesabaran orang lain. Tidak lagi menjadi penenang setiap kali kelelahan. Sebaliknya hanya membuatkan setiap yang ada di sisinya kewalahan.


Lantas demi menyedarkan, Zuyyin harus dihukum! Malangnya, hukuman demi hukuman yang diberi hanya membuatkan dia kian tegar. Dia semakin seronok melihat air mata orang lain tumpah kerananya. Istilah kesal langsung sirna dari kamus hidupnya. Bila dugaan ALLAH benar-benar didatangkan padanya dalam keadaan tak terduga, dia rebah dipukul rasa bersalah. Lalu di tengah-tengah jiwanya yang rapuh, Yazzer yang selama ini menjadi musuh tradisi bangkit menghulur tangan. Bagi lelaki itu, saat pembalasan sudah tiba. Dan luka, bukankah luka juga penawarnya? Langkah Zuyyin teragak, namun dia tidak punya pilihan lain selain pilihan yang satu itu kerana dia bukan siapa-siapa lagi.

Tuesday, February 2

Review: Aku Mahu Kamu by Aleya Aneesa



Aku Mahu Kamu
Penulis Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf21 sdn bhd
Cetakan pertama : 2010
isbn: 9789831245964
RM19.90
Sabah /Sarawak: RM22.90
498 muka surat


"Kembalilah kerana kau adalah sebahagian dari diriku."

Nilah novel bonus terbaru Alaf 21 dari Aleya Aneesa. Tengok nama jer dah tak sabar nak baca dan memang biler dah start baca, tak bleh nak stop selagi tak tahu endingnya.

Ada la baca catatan AA kat bahagian helaian2 terakhir novel ni. dia ada tanya, siapa yg lebih menderita kehilangan anak, Ziyad atau Qisya, jawapannya pembaca la yg sedih sbb kena baca kesedihan kedua2 watak. Memang cerita yg tangkap nangis. Resipi yg terasa hampir sama dgn novelnya sebelum ini, "Bertakhta di Hati" tetapi ada aroma yg berbeza. Pasangan berkahwin yg dipisahkan takdir dan bertemu semula beberapa tahun kemudian, tapi kali ni perpisahan mereka berpunca dari peristiwa anak sulung yg mereka kasih sepenuh hati meninggal dunia kerana satu tragedi di rumah dan kesalahan itu diletak bulat2 atas bahu si isteri.

Tak sangka pulak ni asalnya adalah enovel yg bertajuk "CInta sebatang Pen Oren". So sapa2 yg ada follow enovel ni, boleh la mengetahui cerita lengkapnya melalui novel "Aku Mahu Kamu" nih.

Kisah cinta mereka tidak panjang masa sebelum kawin tu, dan memang berpunca dari sebatang pen oren yg comel. Perkenalan yg bermula dgn perbalahan demi perbalahan dan mula bertukar rentak yg lebih slow setelah Qisya meminta Ziyad berlakon sbg kekasih barunya di hadapan x pakwe dia yg sudah berkahwin tetapi mahu kembali kepada Qisya setelah menyedari dia telah melakukan kesilapan yg besar.

Ziyad bersetuju dgn syarat Qisya kena kuar dating ngan dia sbyk 3 kali.

Itulah permulaan kisah cinta mereka. Qisya dilamar dgn sebatang pen oren dan sebulan kemudian merekalah pasangan suami-isteri yg paling bahagia.

Menjelang usia 2tahun, Faiq mula menunjukkan sikap yg pelik. Qisya yg merupakan suri rumah sepenuh masa, sabar melayan kerenah anaknya. Namun semua tu adalah petanda Faiq akan pergi utk selamanya. Ziyad sgt2 frust dgn kematian Faiq dan menuduh kecuaian Qisya telah membunuh Faiq. Qisya lebih keciwa dgn tuduhan Ziyad dan meminta izin utk pulang ke kampung. Semasa di kampung dia cuba menghubungi Ziyad tetapi dia tidak diendahkan, lalu Firyal dilahirkan tanpa perhatian suami. Demi menebus kesalahan yg dihumban oleh Ziyad, Firyal ditinggalkan bersama Ziyad. Qisya anggap Ziyad lebih pentingkan anak dari dirinya, so dia tinggal kan Firyal sbg pengganti Faiq dan dia tak mau Ziyad dpt kaitkan hubungan dia dengan Firyal. Adus sampai hati Qisya tinggalkan anak dia.

Ziyad mengambil Firyal sbg anak angkat kerana wajah itu mengingatkan dia pada Faiq dan Qisya. Atas rasa syak, dia menjejak Qisya di kampung tetapi Qisya sudah pergi membawa diri.

Kisah mereka yg lebih matang bermula setelah 4 tahun berlalu dan Ziyad akan memastikan Qisya tidak akan pergi lagi. Lagipun rahsia Qisya sudah terbongkar kerana Qisya tak perasan yg ada saksi yg memerhatikan dia meninggalkan Firyal di hadapan rumah Ziyad 3 tahun yg lalu. Kenapa Justin tak pernah bgtau Ziyad langsung perkara itu sbb tu adalah kejadian yg paling penting dlm hidup Ziyad. Rasa mcm kurang logik sikit kat situ.

Sapa rasa nk baca novel tangkap nangis yg happy ending, bleh la baca novel baru ni :). Lepas ni kiter tunggu mininovela penulis ini pulak :D

Sunday, January 31

Terbaru dari Alaf 21

Sempat la ushar buku baru kat karnival karangkraf :)
Mesti ramai tunggu novel terbaru dari Aleya Aneesa kan?
Aku dok cari gak novel "Cinta Si Kucing Parsi" tapi tak der. Ada masalah sikit so buku tu digantikan dengan buku dari penulis baru Nuriz Aida bertajuk "Salju Cinta"



Aku Mahu Kamu
Penulis Aleya Aneesa
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd
500 mukasurat
isbn: 9789831245064
RM19.90
Sabah Sarawak: RM22.90


"Kembalilah kerana kau adalah sebahagian dari diriku."


sinopsis/Blurb:


Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yg tidak merintih setelah kehilangan satu2 permata hati? Pemergian Faiq yg dijemput ILAHI benar2 meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.


Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendiri sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun berat hatinya, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yg baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dgn Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.


Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dgn rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.


-----------------


Salju Cinta
Penulis:Nuriz Aida
Terbitan Alaf 21
Cetakan pertama 2010


"Hangatnya kasihmu membawaku jauh ke dalam mimpimu

sinopsis/blurb


Bagi Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sebaik sahaja nyawa Maziah terpisah daripada badan. Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yg penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yg tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah.


Kemunculan Ilyana yang sarat dgn rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun terbaksa korbankan nyawa.


Fauzan lelaki durjana yg telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yg dimiliki dijadikan umpan utk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yg cantik dan jelita dtg menagih kasihnya, hanya Ilyana yg ingin diburu.


Fikir Ilyana, baik Irfan atau Fauzan... kedua-duanya harus dijauhi. Dia tidak sanggup membiarkan hati terus berdarah. Berhenti atau berlari, dia akan pastikan tiada siapa bertakhta di jiwa. Biarlah dia sendiri meladeni kesedihan ini!


"Biar jarak dan masa jadi halangan, jika ada jodoh..."

Monday, May 4

Hanya Dia Tahu by Aleya Aneesa


Hanya Dia Tahu by Aleya Aneesa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama: 2009
RM19.90
sabah sarawak: RM22.90
500 mukasurat
isbn: 978983124-4135

"Tali cintamu merantai diriku dari menjauhimu"

Tak dapat menahan diri dari nak membaca novel Aleya Aneesa ni. Kang nanti asyik dok renung saja buku tu dah tak bleh baca buku lain. Bagi yang gemarkan kisah romantic memang sesuai la baca novel ni. Novel ni mengingatkan aku pada novel Aleya Aneesa sebelum ni, Untukmu Sayang yg diterbitkan semula oleh Fajar Pakeer.

Ariana – Zaen, pasangan adik beradik yg akrab mengingatkan aku pada keakraban Dasiera dan Hazim walaupun diorang terpisah disebabkan angkara kakak ipar merangkap musuh tradisi Dasiera. Dan Zaen tu perangai dia ada sikit2 macam Farish dalam novel yang sama. Bila dah jatuh cinta, diorang ni jadi possessive walaupun org tu belum tentu lagi nak kat dia. Perwatakan jer sama, ceritanya tak sama langsung.

Aleya Aneesa gemar memilih kisah sayang, motherhood, brotherhood, sisterhood dan ngorathood. haha... aku suka jer citer2 macam nih. Garapan AA memang sentiasa kelihatan manis aja di mata aku. Kalau aku bias, minta ampun lah ye. kalau hati dah jatuh suka tu, nak wat macam mana. hehe.

Keakraban Ariana, Zaen sekeluarga dan Nasuhah dgn ibu2nya memang menyentuh hati. membuat kita cemburu dgn kebahagiaan mereka. Pengajaran tentang nilai2 persahabatan dan kekeluargaan sangat tinggi dalam kisah ini. Membuat kita terfikir, adakah kita seorang anak, adik, abang, kakak dan sahabat yang baik? Mungkin sesetengah org memandang cerita ini sbb hiburan kosong, tapi bagi aku ceritanya menyentuh hati dn tangkap nangis juga. Novel2 Aleya Aneesa sebelum ni pun ada saja scene yg mengundang air mata. Rasa macam jadi ratu air mata pulak biler baca novel dia nih. Kalah Neng Yatimah.

Ariana dan Nasuhah bersahabat baik. Melebihi adik beradik. Nasuhah merupakan penyelamat Ariana yg menjadi anak yg baik sejak bersahabat dgn Nasuhah. Ariana cuba mengenenkan abgnya Zaen dgn Nasuhah (tanpa pengetahuan Nasuhah) tapi Zaen awal2 lagi dah reject sebelum bertemu mata dgn nasuhah. Dia telah melukakan hati Nasuhah melalui panggilan telefon yg takkan dilupakan Nasuhah sampai bila2.

Pertemuan pertama dgn Nasuhah membuatkan Zaen tak lena tido sbb Nasuhah tu memang lawa giler. dia dah tak ingat pun perempuan yg bernama Nasuhah yg pernah direjectnya sebelum. Nasuhah minta Ariana merahsiakannya. Bermula lah aksi kejar mengejar antara Zaen dgn Nasuhah.

Kehadiran Rezuan telah meleraikan ikatan Nasuhah dgn Ariana. Rezuan cintakan Nasuhah tetapi menggunakan Ariana utk mendekatinya. Ariana percaya yg Rezuan cintakannya tetapi tiba2 saja Rezuan mahu berkahwin dgn Nasuhah. Nasuhah terima Rezuan sbb mahu lari dari Zaen yg dh macam org gila tu rasanya.

Ariana tahu yg Nasuhah tak pernah tahu yg Rezuan pernah bercinta dgn Ariana, so dia tak nak kacau. Dia percaya Nasuhah akan bahagia dgn Rezuan. dia pun membawa diri ke luar negara. Zaen pulak frust menonggeng sbb awek yg dia bekenan dah dikebas orang. padan muka. dah la ngorat stail 'caveman' org zaman batu. Nak jer, angkut! tak sesuai langsung, menakutkan orang saja.

Tanpa pengetahuan Zaen, Nasuhah menarik diri di saat2 akhir pada hari pernikahannya kerana dia baru tau yg Rezuan pernah lukakan hati Ariana. Dia takkan sanggup merampas kekasih kawan baiknya. Keluarga Nasuhah dan Keluarga Zaen bersetuju utk merahsiakan peristiwa tu dari Zaen sbb takut nanti Zaen tu, dia kejar dan angkut Nasuhah tu entah ke mana2. Bila dia anggap Nasuhah tu bini orang, dia jadi elok dan kurang gatai la sikit. hehe...

lain2 korang baca la sendiri.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Ariana melihat Nasuhah sangat sepadan dgn abangnya Zaen Luthfi seorg pengurus muda. Sbg seorg adik yg nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi nasuhah dan menghamburkan kata-kata yg nista.

Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba utk mendekati nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.

Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya utk menyelesaikan masalah yg melanda. Namun huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak balik.

Walau bagaimana payah pun, nasuhah mesti berani membuat keputusan yg bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta org yg sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yg tidak pernah wujud di hatinya.