Showing posts with label Naz Areesya Ameen. Show all posts
Showing posts with label Naz Areesya Ameen. Show all posts

Monday, February 28

Akan Datang daripada Buku Prima

Tajuk : BERIKAN AKU RINDU
Penulis : Indah Hairani
Harga : RM25.90
ISBN : 978-967-0184-34-0

Perasaan Fiqri pada Faen Thaherah berputik sejak awal remaja. Faen adalah sumber inspirasinya. Faen adalah model setiap kali dia mencalit warna pada kanvas. Kehadiran Thania Khalida gadis dari kosmopolitan telah mencalar hubungan yang sekian lama terjalin. Ternyata Thania menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Hari-harinya menjadi indah. Faen seakan tenggelam dari ingatannya. Sehingga tiba-tiba Thania menghilangkan diri. Fiqri tercari-cari dan mula merasakan dia dipermainkan oleh Thania. Akhirnya Fiqri akur dengan kehendak ibu untuk menyatukannya dengan Faen. Namun, pada malam pernikahannya, Fiqri menerima panggilan daripada Thania memohon membebaskannya di sebuah vila. Sewaktu usaha membebaskan Thania, Fiqri dituduh melakukan perbuatan terkutuk terhadap Thania dan dipaksa menikahi Thania. Apakah yang terjadi sebaliknya? Bagaimana dengan Faen?


Tajuk : ROTI CICAH SUSU
Penulis : Liza Nur
Muka Surat : 480 ms
Harga : RM19.90
Isbn: ISBN 978-967-0184-28-9

Sipnosis :
Umaira (Mai) dibesarkan bersama Elmiyya (Elmy), Arissa (Aris) dan Aiman (Ayim) di sebuah rumah kebajikan, Teratak Markissa. Sebelum dewasa, Teratak Markissa musnah angkara Geng Tengkorak. Mereka semuanya berpisah. Mai terpaksa tinggal bersama si kaki dera. Ayim diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak. Walaupun bergelar penjenayah, Ayim benci pada keganasan dan sikap kejam Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela. Pertemuan Widad dan Ayim di dalam penerbangan ke Malaysia telah membawa kejutan. Widad rupa-rupanya adalah Mai, si comot berhingus yang pernah bergerak bagaikan kembar siam dengannya dulu. Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain?
Tajuk: HANYA ADA KAMU
Penulis : Naz Areesya Ameen
Muka Surat : 540 ms
Harga : RM19.90
Isbn: ISBN 978-967-0184-31-9

Sipnosis :
Mukhriz membawa diri kerana menyangka Altisya tidak setia. Altisya menyepi kerana menduga cinta Mukhriz bukan lagi miliknya. Dan, bisanya kata-kata seorang mertua merobek hati serta menjauhkan cinta mereka. Mereka berkahwin bukan untuk berpisah, namun apabila si mertua menuntutnya untuk meninggalkan suaminya, Altisya rela berjauhan dengan Mukhriz walau sayangnya masih sekebal tembok besi. Sesungguhnya syurga Mukhriz tetap di sisi seorang wanita bergelar ibu walaupun lelaki itu berada di dalam dakapannya. Kerana itu, dia pasrah dan beralah.

Tuesday, September 1

Terbaru Buku Prima: Memori by Naz Areesya Ameen


Tajuk:Memori
Penulis: Naz Areesya Ameen
Penerbit:Buku Prima
Cetakan Pertama:2009
503 mukasurat
isbn:978-967-5234-68-2
harga : RM18.90
sabah /sarawak: 21.90

"Telaga cintaku telah kontang saat kau lontarkan sengsara ke dasarnya"



blurb/sinopsis:



Karya Terbaru Novelis Selumbar Kasih



Dia hanya berdoa agar suaminya itu bertemu dgn kebenaran suatu masa nanti. Dia rela menanti walaupun seribu tahun lagi. Kerana cintanya buat Zainuddin seluas lautan yg terbentang luas - Suhairah.



Semakin dia berusaha utk melupakan Suhairah, semakin menggebu-gebu kerinduan di dadanya. Semakin dia berusaha utk membenci Suhairah, semakin dia rasa terseksa - Zainuddin.



Abang mencintai Su, walaupun abg tidak pernah memiliki diri Su. Abang boleh jadi sesiapa sahaja utk Su. Dan abang akan sentiasa ada untuk Su di saat susah dan senang. Itu sudah cukup untuk buat abang bahagia - Haidar



"Dah terlambat bang. Kalau dulu, Su menanti. Su harap abg akan kembali. Su dahagakan kasih sayang abang. Tapi...abang tinggalkan Su. Abang jatuhkan hukum sebelum Su diadili " - Suhairah


-----------------------



Dua org wanita yg begitu dekat dgn seseorg menjadikan bahu saya sebagai sandaran di saat mereka dilanda krisis rumahtangga membuat saya selalu berfikir. Kadang2 mentafsir dan mencongang tentang jumlah wanita senasib dgn mereka di luar sana. Kerana itu, terdetik di hati saya utk menulis kisah ini. cinta itu indah. Cinta tidak sesekali menjadikan kita lemah sehingga membenarkan diri kita diperhamba atau diseksa sesuka hati. Cinta perlu diletakkan pada tempatnya agar ianya terus bermakna dan berharga di mata setiap insan. cinta tercipta utk setiap makhluk di dunia. MEMORI adalah novel kedua saya setelah novel pertama saya berjudul SELUMBAR KASIH bersama Buku Prima, semoga anda terhibur membacanya ~Nas Areesya Ameen
------------------------



blurb/sinopsis dari website buku prima:



Dia telah berusaha menjadi seorang isteri yang sempurna untuk seorang suami. Dia tidak pernah merungut tatkala tanggungjawab rumahtangga terbeban di bahunya seorang, bahkan dia rela menjadi hamba untuk seumur hidupnya demi seorang lelaki bergelar suami. Haruskah dia menyerahkan kasihnya yang masih bersisa di dalam hati? Atau, dia harus memberi kepada yang lebih berhak memiliki?