Wednesday, April 17
Apa yang baru dari Jemari Seni dan JS Adiwarna? Jom tengok!
Thursday, February 9
Rinn Reviews: Bening Merah Jingga by Nazurah Aishah

Bening Merah Jingga
Penulis : Nazurah Aishah
Editor: Norzuzilawati Sulaiman
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama Julai 2011
RM20.00
RM23.00 Sabah/sarawak
513 mukasurat
9789675118630
Kisah Ellina, seorang anak angkat yang diragui status sahnya. Ibu Ellina meninggal dunia ketika sedang menyusu dirinya. Hajah Maisarah menerima Ellina dengan penuh kasih sayang tetapi Haji Idris tidak pernah membuka hatinya untuk menerima Ellina malah melarang isterinya menyusukan Ellina. Ehsan anak kandung mereka jatuh hati pada adik angkatnya. Dia tahu ibunya bukan ibu susuan Ellina, so dia mahu Ellina menjadi isterinya. Ellina banyak mengalah dalam menghadapi kerenah Haji Idris malah dia pernah cuba menerima Raizal sebagai tunangan tetapi pertunangan itu membuat Ehsan kecewa dan bergaduh dengan Raizal. Ellina tidak dapat mencari keserasian dengan Raizal malah dia rasa terkongkong dengan pelbagai protokol ketika bersama raizal. Semua itu membuatkan Ellina nekad utk memulangkan cincin pertunangan. Tindakan Ellina membuat Haji Idris dan adik beradiknya bertambah benci pada Ellina.
Kepulangan Ehsan dari luarnegara membuat haji Idris resah. Dia bimbang cinta antara ehsan dan ellinna membara semula. Sampai bila2 dia takkan terima Ellina yang tidak tentu keturunan itu. Awal-awal lagi ellina mengalah dan membuat keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri. Haji Idris ni tak pernah hargai pengorbanan Ellina malah hasrat Ellina berpindah tu pun diberi komen yang sinis dan negatif. Kononnya senanglah ellina nak berfoya-foya bila jauh dari keluarga. adoi sakitnya hatiku. Ehsan seorang lelaki yang kuat cemburu. Ellina bercakap di telefon pun dia boleh jeles sedangkan dia tak tau dengan siapa Ellina bercakap. Hajatnya ditentang bulat-bulat oleh Haji Idris. Diungkit ungkit pula tentang status kewangan Ehsan yang tak menentu. Baru keja dah sibuk nak kawin. Ellina mengalah dengan Haji Idris. Dia tahu ayahnya mahukan menantu dari keturunan baik2, malah Islam sendiri menyarankan memilih isteri yang dari keturunan baik2. Status sahnya membuatkan dia tiada dalam senarai calon Haji Idris untuk dijadikan menantu. Elly berjanji tidak akan berkahwin dengan Ehsan selagi dia tak dapat mencari bukti bahawa dia zuriat yang sah.
Pencarian Ellina membawanya ke Kota Bharu dan perkenalan dengan Shahrul. Shahrul mulanya kelihatan sangat baik tapi rupa2nya kaki menipu dan perabih harta orang. adussss sungguh tak tahu malu mamat tu. Dah tu suka pulak meletakkan kesalahan pada orang lain. Kehadirannya ke rumah seorg ahli Parlimen merungkaikan sedikit demi sedikit mengenai kedudukan Ellina. Ellina yakin itulah lelaki yang menjadi suami ibunya tetapi lelaki itu menidakkan yang dia pernah bernikah dengan Melissa.
Risau pulak bila Ellina ni kelihatan melayan saja kerenah Shahrul yang cakap besar tetapi kosong tu. Gila tak malu Shahrul tu, siap suruh Ellina juai laptop utk dapatkan duit dari Ellina. Katanya nak ke UAE untuk bekerja.
Penolakan Ellina membuat Ehsan merajuk dan cepat2 mencari pengganti untuk menyakitkan hati Ellina. Aqilah dipinang dengan restu tidak berbelah bagi dari Haji Idris. Hantaran 21ribu Haji Idris sanggup support asalkan calon isteri Ehsan bukannya Ellina. Dia tak bising-bising pulak bab baru bekerja dan duit pun tak cukup lagi nak bagi makan anak bini. Tindakan Ehsan buat aku rasa memang patut pun Ellina cuba lupakan Ehsan tu.
Aku lemas dengan Hj Idris, Ehsan dan Shahrul. Lambatnya Hannan nak timbul.
Setelah separuh buku barulah watak Hannan dan si comel Faye Nasuha difokuskan dan menjadi penyeri cerita dan penyeri hidup Ellina. Hannan kehilangan isteri dan Faye menjadi penawar. Dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dan mahu memberikan yang terbaik kepada Ellina yang sudah di book nya sebagai mummy baru Faye. Masalahnya Ellina rela jadi mummy Faye tapi bo layan Hannan. Watak Hannan lebih kepada pemujuk dan penyejuk hati. Si Ehsan pulak jenis hendak dipujuk dan dimanja-manjakan, kuat merajuk dan kuat cemburu pula tu. aduih...
Dah la Ellina pening memikirkan kesahihan bapa kandung dia, Hannan pulak menyelit dengan menjadikan Faye sebagai umpan utk menarik perhatiannya. Tapi sedikit sebanyak perkara ni menjauhkan dia dari memikirkan Ehsan dan Shahrul. Terharu betul dengan penerimaan famili Hannan. Mereka tidak banyak songeh. Sangat menyenangkan hati. Ada hikmahnya Elly berpisah dengan Ehsan. Banyak rasa sakit hati hilang dengan kehadiran Hannan sekeluarga. Hannan membuat kita rasa gembira untuk Ellina :) Hannan saaaaaaaaaaangat sweet :)
Penamat yang mana Nazurah nak bawa Ellina? hmm... aku seronok pulak bila Aqilah kena tangkap basah dengan orang lain. Padan muka Haji Idris dan Ehsan tu. Rasa macam selalu jugak terbaca kisah anak yang dibintikan dengan Abdullah kerana tidak berayah akan mendapat ayah angkat bernama Abdullah atau kebetulan nama Ayah betul dia memang Abdullah.
sure fine whatever
rinn
meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:
novelcinta@multiply.com
"Astagfirullah, selama ini abang anggap budak itu anak luar nikah ke?" Hajah Maisarah berhenti mengetil pucuk kesum dan berpaling ke arah suaminya Haji Idris.
"Habis itu kalau bukan anak luar nikah, nak panggil anak apa? anak haram?"
Benarkah Elinna dilahirkan tanpa ayah?
Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.
Jadi dengan siapalah lagi Elly akan bahagia kalau bukan dgn Ehsan, mama?
Tetapi bagai mana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yg sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yg sudah berjanji mahu susah senang bersama?
Andai benar cinta
cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak, janganlah biarkan dia menantimu
dengan sia-sia!
Wednesday, July 6
Terbaru daripada Jemari Seni



Friday, April 22
Rinn Reviews: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna

Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna
Penulis: Nazurah Aishah, Rnysa & Nasz
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
569 mukasurat
9789675118487
Warna I: Bukan Dipaksa by Nazurah Aishah
Editor: Mohd Rosdi bin Mohd Zin
mukasurat 1 - 151
Nazurah Aisyah is at her best melayarkan kisah heavy dan sedih tapi memikat hati, malah mengikat kita utk terus membaca demi menyingkap misteri sebenar duka lara yg disembunyikan Ayu mengenai Affan. Aku tidak dapat lari dari meneka yg mungkin Affan pernah terlanjur dgn Ayu tapi kesimpulan di akhirnya tidak semudah itu. Kehadiran si comel Nayli mengubat rindu, merawat hati malah menyembuhkan kebencian yang pernah wujud di sekeliling Ayu. Nayli is a super sweet miracle.
Terasa seperti penulis menghabiskan cerita dgn brek mengejut. Mudahnya hati Hajah Normah yang keras kejung tu jadi empuk dan lembut. Tetapi semua itu tidak datang dgn mudah kepada Ayu, dia terpaksa menempuh kesengsaraan sendirian dan kehilangan yg memilukan sebelum dapat memanggil Hajah Normah 'mak'. Ayu bukan saja sangat degil seperti ayahnya tetapi juga penyimpan rahsia sebaik ibunya.
Happy ending yg buat aku menangis.
Warna II - Hikari Ainori by Rnysa
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
muka surat 154 - 396
Antara 'Bukan Dipaksa' dgn 'Hikari Ainori', aku rasa 'Hikari Ainori' lebih heavy ceritanya. Tiga kali aku baca Hikari Anori. Nak amik feel cerita :) Bagi aku Hikari Ainori ada sentuhan yang sangat personal dari penulis ini. Lapisan penceritaannya terasa seperti penulis menceritakan sesuatu yg sangat peribadi dan akrab dengannya. Lepas beberapa kali baca baru aku boleh meletakkan diri dalam cerita ini.
Dua nama pertama yang aku tangkap adalah hazel dan umar (umar ni set2 lelaki soleh, menjaga pandangan). Mereka bertemu dalam tren ketika belajar di jepun 4 thn yg lalu. Umar pernah memberi nota kepada Hazel, suruh hazel pakai tudung.
Mereka tidak pernah bertemu lagi selepas itu. Sekarang Hazel sudah bertunang dgn jejaka pilihan keluarga, Rafique namanya. Rafique cuba utk mendekati dan memikat hati Hazel tetapi Hazel lebih suka mereka jarang bertemu dan kalau bertemu pun mesti ada mahram ikut bersama.
Rafique pernah bercinta dengan Adriena Ayuni(KEBUN MIMPI). Rafique tak pernah tahu kenapa Ayuni pergi malah dia juga tidak tahu yang Ayuni pernah mengalami tekanan perasaan sehingga pernah cuba membunuh diri.
Hazel berjumpa semula dgn umar (memperkenalkan diri sbg ryan) dalam keretapi Langkawi ekspress (dalam pertemuan kedua ini Hazel sudah menutup aurat tetapi umar sudah berubah dengan rambut berwarna dan gaya yg jauh berbeza dr dulu) Umar berubah kerana kecewa dalam cinta.
Pertemuan semula dgn Adriena Ayuni membuat Rafique membuat keputusan utk berkahwin dgn Ayuni krn dia masih sayangkan ayuni dan dia mahu menebus kesalahan lalu. Walaupun telah menerima amaran supaya menjauhi Adriena Ayuni, Rafique memutuskan pertunangan dgn Hazel kerana merasakan dia bukanlah lelaki yg baik utk gadis sebaik Hazel.
Tersentuh hati jugak dgn kesabaran Rafique menanti Adriena Ayuni. kalau dgn Hazel dulu dia kelihatan seperti kurang sabar (tapi tak lah pemarah), dengan Ayuni dia sangat berdiplomasi dan bersabar. Hazel juga seorg yg bukan pendendam dan sangat memahami. Walaupun Ayuni agak kompleks, dia kelihatan sangat sesuai dengan Rafique yg sabar dan sangat menyayanginya.
Saya suka Umar Rayyan dan Hazel :) Untungla Umar dapat tips nak pikat Hazel dari Rafique :)
Warna III - Karamel by Nasz
Editor: Mariah Mustapha
Mukasurat 401-569
Dua cerita sebelum ni yg ada sentuhan heavy dibalance kan dgn kisah Karamel yg bersentuhan santai dan komedi. Jenis cerita yg sebaik sahaja habis baca patut kita baca semula kerana selepas mengetahui punca sebenar Arif membuli Ana, rasa lebih seronok membaca kisah ini buat kali kedua dan kita akan lebih faham mengapa Arif bersikap begitu.
Interaksi Ana dan Arif memang menghiburkan kerana masing2 tidak kehabisan vocabulary dan idea utk saling berbalas-balas kata. Pertemuan pertama mereka sudah membuat kita terhibur dan tergelak2 membuat kita tk sabar nak mengetahui kisah seterusnya. Mati2 Ana ingat company dia amik OKU yg ada masalah pendengaran. Bila baca 2nd round segala2nya jadi lebih kelakar :)
Akibat salah faham, Arif membuli Ana di tempat kerja sedangkan dgn pekerja2 lain dia sangat baik. Telatah Ana yg selamba memang seronok dibaca. Ada saja insiden yg membuat kita semakin suka dgn Ana dan Arif :)
Bila tengok tajuk novel akan datang dari Nasz adalah Lazuardi, rasa macam terkeluar pulak dari tema 'rasa' yang selalu Nasz gunakan dalam tajuknya seperti 'SWEET SOUR' dan 'KARAMEL' kedua-duanya mempunyai rasa yg menarik.
sure fine whatever
rinn
sinopsis/gengkicap/blurb:
Warna I - Nazurah Aisah
Bukan Dipaksa
Kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh
Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. biarpun tiada Affan di sisi. Affan yg berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yg telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dgn nyawaku.
Warna II - Rnysa
Hikari Ainori
The love ride of hikari
Kisah ini adalah kisah cinta mereka yg pernah hilang. Kisah ini adalah disah pencarian diri mereka yg pernah tersasarr jalan. Mencari semula cahaya hidup yg pernah suram. mencari kembali makna diri yg pernah pudar.
Warna III - Nasz
Karamel
Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
"Bila pula saya suruh duduk?" dia tanya aku, keras.
"Laa... tak boleh dduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya 's-u-k-a' berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula." Aku jawab, lembut.
Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?
Wednesday, November 24
Kucc Reviews: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna

Tajuk Buku : Warna
Penulis : Nazurah Aishah, Rnysa & Nasz
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21.50
Cetakan Pertama : 2010
Genre : Cinta & Kekeluargaan
Bintang : 4.5
-----------------------------------------------------------
Kata Kucc:
Warna I: Bukan Dipaksa oleh Nazurah Aishah
“ kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh…”
Mengenali karya-karya Nazurah sejak dari naskhah awal beliau;Lili Buat Najah saya melihat beliau semakin kemas didalam melahirkan naratif-naratf berat lagi beremosi. Ada jiwa dan roh didalam jalinan penceritaannya. Menyerap ke seluruh pelusuk jiwa.
Kali ini Nazurah mempersembahkan sebuah drama kehidupan yang cukup menyentuh jiwa. Sebuah lakaran kehidupan manusia yang cuba sembunyi dari kenyataan dan takdir. Beliau menterjemahkannya menerusi kemelut sebuah perkahwinan rahsia yang dibina atas dasar cinta tapi perkahwinan tanpa restu pastinya akan dilanda masalah.Itulah harga yang perlu dibayar. Paling sedih, jiwa insan kecil yang tidak berdosa juga terpaksa menerima natijah akibat kerakusan dendam manusia yang tiada sempadan.
Bertemakan cinta & kekeluargaan yang digarap dengan cukup melankolik, penuh emosi Nazurah ternyata semakin hebat memperlihatkan kemahirannya didalam mewarnakan karya beliau. Naskhah ini mendukung tema cinta uda dan dara seperti
karya-karya terdahulu beliau namun memberikan suntikan berbeza didalam kita melihat makna kehidupan dan perkahwinan. Perkahwinan yang dimulai dengan hubungan cinta tapi mendapat tentangan juga tiada restu bisakah berkekalan? Mesej penulis saya kira jelas. Dendam tidak akan membawa manusia kemana-mana. Tiap yang tertulis oleh-Nya pasti ada hikmah didalam kehidupan seseorang manusia. Percayalah. Yakinlah.
Plot kronologi mendominasikan keseluruhan perjalanan naratif ini. Sisipan teknik flashback ada juga diselitkan sama demi menguatkan lagi jalan cerita. Sangat kemas digarap, begitu juga suntingannya yang cukup teratur. Perwatakan dua nadi utama Bukan Dipaksa; Ayu Nardine Zahiyyah dan Affan Hakeem sangat serasi diganding. Nazurah cukup berjaya mengemosikan kedua-dua mereka di dalam meladeni kemelut perkahwinan mereka berdua yang awal-awal lagi terputus akibat tekanan Hajah Normah; ibu Affan yang sedari awal mendendami keluarga isterinya itu kerna
sebuah janji silam yang tidak tertunai. Setiap pergerakan, dialog sangat menyentuh naluri . Nazurah berjaya membuai perasaan pembaca didalam menyusuri dilemma dan onak yang terpaksa dihadapi pasangan muda ini. Watak antagonis Hajah Normah tidak begitu diserlahkan hanya sekadar pemberitahuan didalam penceritaan oleh watak utama sahaja. Gaya bahasa yang diterapkan Nazuarh dalam naskhah beliau ini cukup melankolik sekali lenggoknya bersesuaian dengan corak persembahan naratifnya. Keseluruhan naratif ini cukup mantap cuma penamat cerita yang saya kira agak terburu-buru sedikit mengurangkan keindahan naskhah yang cukup berkesan ini.
Buat penulis muda berbakat besar ini tahniah untuk naratif terbaru anda. Buat pembaca juga pengemar penulis ini, lihatkan kematangan beliau membuai jiwa anda didalam Bukan Dipaksa.
* * * * * * *
Warna II: Hikari Ainori oleh Rnysa
“cinta pandang pertama…the love ride of hikari ”
Sudah begitu lama tidak membaca nukilan Rnysa dan kemunculan cahaya baru ini bagai serakan warna salju yang mendamaikan jiwa. Hikari Ainori; perjalanan kisah insan-insan yang mencari diri, mencari identiti yang hilang, mencari jalan hidup dipersembahkan penulis dengan begitu indah sekali. Saya sukakan kisah ini. Dengan isi yang cukup berat, penulis berjaya menyampaikannya dengan kaedah paling mudah dan santai. Pembaca seolah-olah sama-sama menyusuri pencarian diri yang diangkat sebagai tema naratif hebat ini.
Kisah cinta yang dilayarkan penulis di dalam naratifnya kali ini bukanlah cinta yang biasa namun cinta yang lebih simbolik. Persoalan cinta pertama terjemahan penulis kali ini memperlihatkan dimensi perasaan cinta seorang lelaki pada wanita yang kekal bertakhta disanubari. Biar dipisah jarak dan masa, rasa cinta itu tetap tidak pernah hilang ditelan arus waktu. Kekal kejap dihati dan jiwa.
Plot naratif ini konsisten pergerakannya dari mula hingga ke akhir cerita. Persembahan yang sangat cemerlang ini juga disumbangkan oleh susunan teknik olahan dan suntingan yang cukup teliti yang membuatkan pembacaan tidak
terganggu. Gaya bahasa biasa yang diaplikasi penulis begitu sederhana namun tetap cantik dan tersendiri.
Perwatakan di dalam Hikari Ainori memfokuskan pada beberapa watak utama; Hazelina, Rafique, Umar Rayyan dan Adriena Ayuni. Watak Hazelina @ Hazel dibangunkan dengan cukup berhati-hati bersesuaian dengan latar diri watak yang sedang mencari diri. Hazel cantik ditangani penulis. Potret watak ini cukup mencuri perhatian. Kewajaan dirinyadidalam menangani hubungannya bersama Rafique begitu memikat. Rafique bukan hero pilihan saya. Sikapnya memang dari awal sangat menjengkelkan. Penulis begitu berjaya mewarnakan watak Rafique sedemikian rupa. Rafique insan yang mencari cintanya yang hilang lalu cuba singgah dihati insan lain tanpa sepenuh hati dan jiwa.Dan benarlah lelaki yang baik pasti untuk wanita yang baik begitu juga sebaliknya. Adriena Ayuni yang muncul dalam
Albatros dinoktahkan kisahnya di sini. Umar Rayyan si Naruto alim ini begitu mencuri hati. Diam dirinya berisi. Pencarian cinta yang tertambat buat pertama kali pada si mata coklat di negara matahari terbit termeterai disana juga akhirnya.
Mesej yang diselitkan penulis kali ini buat pembaca bukan calang-calang . Didalam menerajui isi cerita yang berat adakalanya sesetengah penulis gagal didalam menyampaikan mesejnya pada pembaca namun Rnysa saya kira berjaya
melakukannya. Selangkah kita mencari cahaya-Nya, seribu kali langkah kita dipandu ke jalan-Nya.
Buat Rnysa, anda memang mengagumkan!
* * * * * * *
Warna III: Karamel oleh Nasz
“Karamel itu benda hangus yang sedap...”
Sepanjang menyusuri naratif sempoi ini saya tidak sudah-sudah senyum dan ketawa. Karamel; secomel tajuknya begitulah juga perjalanan kisahnya. Karamel nukilan kedua penulis membawa pembaca mengenali warna diri dan kehidupan seorang Nory Ana; sang setiausaha yang polos dan lurus pekertinya.
Tema cinta dan kekeluargaan dalam naskhah santai dan lucu penulisi ini sangat menangkap dimata pembaca, Penulis saya kira cemerlang menarik pembaca menghayati sepenuhnya perjalanan naratifnya ini dengan penuh perasaan.
Nory Ana selaku tunjang naratif sangat cemerlang ditangani penulis. Ana diangkat sebagai lambang gadis yang polos jiwanya, jujur hatinya didalam menjalani hidup dan sifatnya itu membuatkan dia cukup disayangi keluarga juga rakan sekerja kecuali ketua barunya; Encik Arif. Penulis saya kira cukup bijak mencipta potret watak seorang Ana yang cukup memikat.Dialog yang ditutur Ana sentiasa buat saya tersenyum . Arif Mohammad; si boss yang sentiasa mencari pasal dengan Ana berjaya mencuri perhatian. Potret seorang Arif disingkap sedikit demi sedikit hingga warna dirinya yang sebenar terserlah. Arif yang nampak sungguh beku rupanya hangat juga. Hebat! Nana si watak pembantu yang mengindahkan lagi warna naratif ini. Lucu dan spontan!
Gaya bahasa yang mudah, menggunakan jargon bahasa muda-mudi semasa sangat kena dengan persembahan cerita. Teknik suntingan pada naskhah ini saya kira cemerlang direalisasikan pada pembaca. Walau ia cuma sebuah naskhah ringan penulis penuh berhati-hati demi memberi sentuhan yang lebih sempurna pada pembaca.
Bermesejkan paksi cinta dan kasih sayang, plot naratif penulis bergerak dengan cukup santai teralun namun kemas digarap. Buat penulis muda yang semakin kukuh membina nama dipersada kreatif tanahair tahniah untuk sebuah naratif yang cukup membuat saya tidak cukup senyum dan ketawa hingga ke noktah terakhir. Karamel anda hangus tapi rasanya memang sungguh ummphhh!
psst : Nasz, dialog Ana dalam bahasa isyarat tika mula memperkenalkan diri pada Arif mengingatkan kucc pada dialog Sudin dengan isteri pak Mat Tempe dalam Seniman Bujang Lapok, siap ketawa terbahak-bahak sorang-sorang tengah-tengah malam buta....ahaaks
Posted by kucc_aprilsnow
Sunday, October 3
October'10 Dari Jemari Seni

Harga: RM21.50 (Sem. M'sia)/RM24.50 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 13 Okt 2010.
Tiga buah ceritera dalam sebuah
WARNA
Warna I – Nazurah Aishah
Bukan Dipaksa
kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh
Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.
Warna II – Rnysa
Hikari Ainori
the love ride of hikari
Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.
Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.
Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.
Warna III – Nasz
Karamel
karamel itu benda hangus yang sedap
Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.
“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.
Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?
Monday, August 23
Kucc Reviews: MeLur BunGa iVy...
"sesungguhnya hidup ini umpama kembang yang hidup didalam pasu, tidak bisa
memilih ditanah mana ia akan tumbuh, tidak berdaya memilih dipasu mana ia bakal
disemai..."
Apa kata saya:
Hidup ini tidak pernah sunyi dari dugaan, cabaran dan rintangan. Segalanya ini menjadi penanda aras samaada manusia itu cekal,kental, waja dan sabar. Kalah dengan permasalahan hidup bererti kita manusia yang rugi kerana selagi hidup, selagi masih bernyawa, selagi masih bernafas rahmat dari-Nya tidak pernah sekali menjauh. Dia sentiasa ada dan dekat disisi. Pintalah dari-Nya, tawakal sahaja pada-Nya namun jangan sesekali putus asa biar badai yang menghentam kehidupan bukan calang-calang. Inilah saya kira initipati/mesej yang cuba dirungkai
penulis didalam naratif terbaharu beliau ini kepada khalayak pembaca juga penggemarnya. Seindah tajuknya; Melur Bunga Ivy seharum itu jugalah teladan yang dititipkan buat pembaca sebagai renungan.
Satu persembahan yang saya kategorikan amat mengagumkan. Si ratu air mata dari selatan tanahair ini kembali dengan sentuhannya yang sentiasa bisa membuatkan genangan air mata bermukim di pinggir kolam mata biarpun kisah kali ini bukanlah tergolong dalam kumpulan tangkap nangis tapi pada babak/dialog tertentu sentuhan beliau cukup menumpahkan rasa pilu!
Penulis saya kira sudah semakin matang dan bijak mencipta naratif yang berbeza dari dua naskhah beliau yang terdahulu. Dengan mengangkat isu yang saya kira sensitif, permasalahan didalam kehidupan sosial masyarakat terutama perihal peralihan akidah yang diangkat sebagai antara tema didalam naskhah ini wajar kita perhalusi. Hal ini bukan baharu di telinga kita, malah sejak sekian lama ia sudah bertapak didalam masyarakat. Mata kita mungkin cuba dikaburkan agar perihal yang begitu mencemarkan ini tidak terlihat dipandangan namun hakikatnya ia tetap sudah berlaku. Tanggungjawab tetap terpikul jika kita mengetahuinya. Usah dikira sebab atau punca ianya terjadi kerana kita ini manusia lemah. Menyelamatkan akidah itu satu fisabilillah...itu paling utama!
Perwatakan di dalam naratif ini memfokuskan pada dua watak utama Stephanie Ivy Gabrielle aka Durratun Khalida dan Azam Adham. Watak Stephanie/Khalida dibangunkan dengan cukup berhati-hati namun cemrlang dipersembahkan pada pembaca. Stephanie mewakili segolongan insan diluar sana yang tiada landasan hidup dan sering kali mengundang persepsi negatif masyarakat. Hidayah ditiupkan di jiwa untuk menjejaki kembali sejarah diri yang hilang. Saya sukakan kemisterian watak Stephanie/Khalida, saya sukakan kekentalan jiwa wanita ini
di dalam memperjuangkan hidupnya. Keampuhan jiwanya menerima setiap dugaan yang hadir berjaya dipotretkan menerusi wataknya ini. Azam Adham bagi saya sangat indah dilakarkan penulis. Azam anak yang budiman, patuh pada keluarga, namun bila sudah nekad sangguh menempuh apa jua cabaran! Watak pembantu Valentina dan Jane yang kelakar dan spontan begitu melucukan, Attia Khalilah yang comel dan adakala meruntun jiwa dengan dialog pilunya juga Hajah Azimah yang menyimpan rindu pada anak yang telah pergi dijemput illahi memberi sumbangan yang mencemerlangkan lagi naskhah ini. Penampilan cameo Tasha dari Lily buat Najah juga Ikhmal dari Rahsia Hati Sofea pasti mengubat rindu pembaca pada
kedua-duanya.
Persembahan plot cerita menarik dimata saya, penulis bijak membuat pembaca bermain teka-teki. Dibiarkan tertanya-tanya siapa Stephanie Ivy Gabrielle.. siapa pula Khalida? Apakah kaitan antara Khalida dan Stephenie Ivy Gabrielle?.. Plot cerita banyak berlatarkan lokasi di kedai bunga Loving an Ivy milik Stephanie. Olahan plot yang kemas di dalam menjalin rantaian cerita serta bagaimana penulis merungkai tiap konflik yang tercipta digarap cemerlang.
Aplikasi gaya bahasa penulis cantik berseni dan saya kira sangat masuk dengan lenggok cerita. Diskripsi beliau pada bahagian tertentu seperti kala menggambarkan gubahan bunga yang dirangkai cukup teliti hingga pembaca boleh melihatnya di depan mata! Penulis saya fikir sudah melakukan kerja rumah dengan baik sekali sebelum menarikan penanya di kanvas!
Melur Bunga Ivy menyusuri hidup seorang balu muda; Stephanie Ivy Gabrielle aka Durratun Khalida Azlan yang kematian suami semasa dia berada di berada US. Dibuang keluarga, dinafikan hak sebagai anak hanya kerana dia memeluk Islam dan berkahwin dengan pemuda islam. Satu tamparan yang sukar diterima ayahnya; Tan Sri Gabrielle Anthony yang suatu ketika dahulu pernah melakukan perkara yang hampir sama..melarikan ibu Stephanie; Lara Rizal Gabrielle aka Wardah Hj Rizal
dari keluarga dan menukarkan pegangan agamanya! Kegetiran hidup di rantau selepas suami tempat bergantung meninggal dunia dalam kemalangan ngeri mengakibatkan dia bangkit demi kelangsungan hidup...demi anak yang dikasihi sepenuh jiwa. Atas bantuan ibu saudara, aunty Celia yang simpati pada nasib yang menimpa dia dibawa balik ke tanahair bersama-sama puterinya Attia Khalilah Amir. Dia berusaha menjejaki pusara suami dan mencari keluarga mertuanya di Johor Bahru. Dengan sokongan aunty Celia dan sepupunya Jane dan Tina serta bersama sisa ringgit yang masih ada, Khalida bangkit dan membuka sebuah kedai bunga 'Loving an Ivy'. Di sini kita diperlihatkan erti dan makna kasih sayang, keakraban dan kekuatan ikatan kekeluargaan biarpun berlainan pegangan dan fahaman. Didalam misinya menjejak keluarga arwah suami tanpa sengaja dia
pertemukan dengan Azam Adham yang membawa 'wajah" suami yang telah tiada sedangkan dirinya itu telah lama diintai dari jauh oleh Azam. Azam Adham; akauntan yang tak pernah jatuh cinta,tetapi insiden kemalangan kecil yang menimpa temannya telah membuat Azam jatuh cinta pandang pertama pada Khalida sedangkan tanpa diketahui wanita muda itu punyai kaitan rapat dengannya. Wanita itulah kunci pada amanah arwah adiknya yang cuba dijejaki sekian lama. Azam berusaha untuk mendekati Khalida walau awal-awal sudah ditolak. Demi membuktikan kesungguhannya Azam sanggup meletakkan jawatan yang bergaji lumayan dan menjadi pemandu dan penghantar bunga 'Loving an Ivy'. Dendam si ayah tidak surut walau Stephanie sudah menjauh. Tindakan Stephanie sukar diterima, kedegilan Stephanie mencabar maruah dirinya dan kerana itu dia sanggup merenggut nyawa si anak demi kepuasan diri!
Buat penulis muda berbakat besar ini, tahniah buat anda untuk naratif yang begitu menyentuh nurani ini. Keberanian anda mengutarakan isu berat dan sensitif ini dengan penuh ketelitian amat mengagumkan. Teruskan berkarya, teruskan keberanian anda mengupas isu-isu kemasyarakatan dengan cara anda yang tersendiri. Buat khalayak pembaca diluar sana, Melur Bunga Ivy ini sesungguhnya bukan sahaja mengajak kita menghirup keharuman jambangan-jambangan kembang di Loving an Ivy namun lebih dari itu ia mengheret kita menyusuri kisah pilu insan-insan yang memayungi Loving an Ivy!
Wednesday, August 11
Review: Melur Bunga Ivy by Nazurah Aishah

Melur Bunga Ivy
Penulis: Nazurah Aishah
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
473 mukasurat
Bila ada cerita yg ada tersisip konflik keagamaan, murtad, convert spt ni aku mesti teringat kat karya2 John Norafizan. Mgkin sebab cerita yg ada isu2 begini aku baca buku JN saja. Di tangan Nazurah Aishah konflik ini dihuraikan dgn teliti dan tidak mengelirukan. Sentuhan feminin genre berat begini mampu membuat aku tak sabar nak mengetahui perjalanan cerita ini.
Kali ni Nazurah tidak banyak mewujudkan scene romantis antara watak2 utama iaitu Khalida dan Azam. Dia banyak membawa kita menyelami hati Khalida yg mahu bangun dari runtuhan hidupnya. Khalida bertuah kerana insan2 yg terdekat dgnnya sangat memahami jiwanya dan empati dgn apa yg dialaminya walaupun di suatu sudut, insan yg amat disayanginya mahu melihat dia musnah kerana dianggap menjatuhkan maruah keluarga.
Azam seorg lelaki yg setia dgn cinta. Walaupun jatuh cinta pandang pertama, rasa cinta nya kita tetap rasa mekar tak kira bila dan di mana. Walaupun nampak seperti tiada harapan utknya cintanya bersahut, rasa setia cinta itu tetap terserlah.
Nasib cinta Azam berubah apabila rupa2nya Khalida itu ada pertalian dgn keluarganya. Pertemuan mereka sentiasa ada namun jodoh ada jugak ke? Attia menyembuhkan banyak hati yg pernah terluka dan meniup sinar bahagia ke dalam keluarga Azam yg suram dgn pemergian Azlan.
Watak Stephanie hanya kelihatan sangat misteri di mata Azam, tapi sbg pembaca penulis sudah mula mendedahkan siapa Stephanie sedikit demi sedikit sejak di awal cerita. Cara itu membuat rasa terkejut pembaca di peringkat yg minima kerana segalanya diceritakan dengan revealation yg sedikit2 tetapi tidak meleret atau dilengah-lengahkan.
Pengaruh Khalida sgt besar dlm hidup Azam sehingga dia sanggup meninggalkan kerjanya dgn Tabung Haji dan menjadi rakan kongsi kedai bunga merangkap driver van delivery! Besarnya pengorbanan Azam demi gadis yg dicintainya.
Sentuhan thriller dlm karya ini menambahkan debaran dlm menghayati kisah ini dan aku suka endingnya. Tak sangka Azam boleh pengsan! Yer la, lama betul dia menahan perasaan, last2 diduga begitu hebat mau tak pengsan. Nasib baik bukan kat majlis nikah dia. Kalau tak, buat malu kat tok kadi saja.
sure fine whatever
rinn
blurb/sinopsis belakang buku:
Loving an Ivy
Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Dereta pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagi palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dgn juntaian pokok2 ivy.
Sebuah impian yg menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna warni serta harumnya bunga2 di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini. Dia ingin berjaya. Dia ingin baagia. dia ingin dihargai.
Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yg sungguh berazam itu adalah 'masalah' baginya. Namun Azam adalah kunci utk membuka pencarian pada 'dia' yg sudah pergi. Sukar utk dia melupakan 'dia', seperti sukarnya dia meletakkan Azam dlm hatinya.
Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dgn abaikan kehenda Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya? Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati2 itu disatukan, Khalida?
------
NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yg berbeza utk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida utk belajar mengubah bunga di Loving an Ivy, sambil 'sertai' babak cemas yg penuh emosi di situ. Sebuah kisah cinta sewangi melur!
Tuesday, May 25
Jun 2010-1: Melur Bunga Ivy ~ Nazurah Aishah

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.
Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.
Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.
Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam
Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?
Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?
NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan
Tuesday, July 21
Jadual Penulis Jemari Seni di Pesta Buku Selangor 2009

Friday, April 24
Rahsia Hati Sofia by Nazurah Aishah
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2009
Lagi karya online yang dizahirkan dalam bentuk buku. Kalau yg online tu memang aku jenis susah nak menghayati. tak der feel :). Aku ni old fesyen, kena pegang dan baca baru puas.
Semalam aku mula menyelak buku ni sbb buku yang sedang aku baca tertinggal kat ofis masa kalut2 bersiap utk balik semalam. Pagi ni aku dah abis baca before mula keja.
Permulaannya dalam rentak yang biasa tapi selepas tragedi yang menimpa Sofia, cerita ni jadi tak sabar aku nak habiskannya.
Tak sangka pulak kisah ni tentang kahwin paksa, stail Nazurah Aishah nyer kawin paksa memang lain dari pada kisah2 yang pernah kita baca sebelum ini. Kalau before this kita baca buat sempadan letak binding tape atau lukis dgn kapur kat atas lantai or sekadar letak bantal peluk kat atas katil, well cara2 tu gerenti tak berkesan. hehe.. dlm citer ni heroin tu tido dgn pisau potong ikan kat bawah bantal. Gerenti husband dia tu nak menguit masa tidur pun pikir berjuta kali sbb mata pisau tu mungkin end up tenggelam dalam pusat dia. haha.
Bukan mudah sofia nak memaafkan Ikhmal. Penyampaian Nazurah Aishah mengenai kemelut dalam jiwa Sofia memang mengundang hiba dan mengalirkan air mata. Cerita yang tangkap nangis. Lu buat wa nangis la Nazurah Aishah *sob *sob (perah comforter).
kalau nak baca buku ni, boleh stop setakat ini kerana selepas ini banyak spoiler akan di reveal ya dan mungkin akan mengganggu mood membaca :)
Sofia dan Ikhmal bercinta ke? diorang sendiri tak pasti kedudukan hubungan diorang. Dari sekolah mereka saling mengenali dan mereka setia tanpa ikatan. Ikhmal seorg yang panas baran dan cepat cemburu. Dia sering keluar dgn wanita lain, tapi apabila dia terserempak dgn Sofia bersama rakan sepejabatnya kat tempat makan, dia terus dibakar cemburu. Dia menggunakan alasan keluarga utk membawa Sofia balik ke rumahnya lalu Sofia dicabul tanpa simpati.
Sofia hilang arah, dia mendpatkan bantuan Dr. Najihah. Dia enggan buat laporan polis demi menjaga kehormatan keluarga kedua-dua pihak yg dipandang tinggi dlm masyarakat. Ikhmal segera menghantar rombongan meminang namun ditolak mentah2 oleh Sofia yg tak mahu bersuamikan syaitan bertopengkan manusia. Rahsia Sofia terbongkar apabila Ikhmal sekeluarga kembali dan mahu mereka berkahwin kerana sudah terlanjur. Akibatnya Sofia dibuang keluarga dan terpaksa tinggal dgn keluarga Ikhmal. Bencinya membuak2 buat Ikhmal yang berdusta. Terlalu banyak dosa Ikhmal padanya yg tidak terampun. Ikhmalnya akhirnya membuat pengakuan mengenai kekejamannya terhadap Sofia, so dapat jugak la dia bonus penumbuk penampar penendang dari bapa tersayang dan juga bapa mertuanya. Abg iparnya awal2 lagi dah blasah dia. Padan muka. Mulai saat itu, jika Ikhmal tersilap langkah sedikit dan membuat Sofia sedih, memang dia akan menerima 'bonus' tiga serangkai sekali lagi.
Mereka cuba melayari hidup suami isteri sebaik mungkin. Rasa cinta yg sememangnya ada mekar dan penyeri hidup bakal lahir. Namun tindakan Ikhmal merahsiakan aktiviti malamnya membuatkan isterinya curiga, cemburu dan salah faham. Kemalangan yg menimpa Ikhmal sebelum kelahiran anak kedua mereka menggegarkan lagi bahtera mereka. Ikhmal tercabar dengan Nizam yang sudah lama menaruh hati pd isterinya. Dia tidak dpt membuang rasa curiga.
Nizam dan Ikhmal kedua2nya ada kekurangan yang hampir sama. Cuma bezanya Ikhmal percaya bahagia cuma akan datang bila dia dpt memberi kepuasan zahir batin pada isterinya tapi Nizam lebih mementingkan cinta dan tanggungjawab. Tak sangka pulak aku suka endingnya. Buat apa meneruskan perkahwinan yang penuh dengan curiga dan kata2 menyakitkan hati. Bukan selalu dpt tutup novel yg mcm ni dgn rasa puas. Mungkin tak semua boleh enjoy karya ini tapi bagi aku, ada keisitimewaannya :)
"Jika cinta... lepaskan
Jika rindu... pendamkan" - Nazurah Aishah
p/s: citer ni byk gak sebut lauk, kicap ngan nasi... nyumm nyumm sedapnya.. nak gi cari masak kicap lah tengah hari ni.. huhu..
rinn
sinopsis belakang buku:
Sekali air sungai melimpah…
sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya
untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!
Ini bukan cinta 3 segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya
hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar
resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci.
Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku
memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!
Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi
pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang....
Kenapa harus begitu, Mal?
Thursday, March 26
Buku Baharu Di Pesta Buku Dari JS

Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar
Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi




Pada waktu yang sama, artifak dari Gua Cha pula hilang! Siapa pula yang mencurinya? Apa yang harus mereka lakukan?
Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?
Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi? Percik air lembutlah ia...!Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga? Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!Benarkah begitu...?
Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau!Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir, kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku!
Bahtera ini, arah kita tak serupapadamu... aku dendam yang tak terungkai, padaku... kau sahabat yang melukakan
Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?
***Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia dengan hati anda sendiri!
Monday, July 7
Lili Buat Najah

PENULIS : NAZURAH AISHAH
PENERBIT ; JEMARI SENI PUBLISHING
HARGA : RM20.00
HALAMAN : 530 MUKA SURAT
GENRE : ROMANTIK
****
------------------------------------------------------------------------------------------------
”...telah kau tunai seribu janji..
satu kau mungkiri...
hidup bersamaku...”
Apa kata Saya..
Penyair tersohor Khalil Gibran pernah berkata " Hidup tanpa cinta umpama pokok yang tidak berbunga..”.Saya melihat kaitannya dengan buah tangan sulung si pena bernama Nazurah Aishah ini. Kerana apa begitu?..kerana melayari kisah ini, kita seolah ditaburi kuntuman-kuntuman cinta dari dua insan yang dicipta dengan penuh kesungguhan, penuh kreativiti, penuh romantik oleh penulisnya.Cinta yang dibawa hingga ke akhir hayat.
Sudah lama buku ini berada di dalam almari dirumah. Bukan tidak teruja membacanya, namun membaca ”resensi” keterlaluan seorang insan untuk karya ini membuatkan saya memendam hasrat membacanya ..biar reda dahulu, bisik hati kecil saya...akhirnya masa yang sesuai ditemui untuk melayar perasaan bersama naskhah ini.
Tema cerita ini dibina dengan penuh elemen sentimental dan romantis.Emosinya terpancar dan meninggalkan kesan yang cukup mendalam biarpun ia hanya sebuah naskhah melodrama yang kerap bermain dengan sendu dan airmata.Tidak dinafikan kerangka naratif cerita ini agak stereotaip dan tidak ada isu besar yang dibawa dalam cerita ini..namun jangan kita lupa bahawa sebuah cerita adalah cantuman helaian-helaian hidup manusia yang berselerakan dan kita yang membacanya akan cuba membawanya hingga ke dasar jiwa. Maka ia tidak sewajarnya diperlekehkan dan diremehkan. Lili buat Najah (LBN)bagi saya berada pada kelas yang boleh dihargai dan dibanggakan dalam kelompok cerita-cerita yang bertemakan cinta dan melodrama airmata.Sebagai percubaan pertama, penulis, bagi saya sudah cukup cemerlang menyajikannya buat tatapan kita. Jangan diukur nilai karyanya dengan mereka-mereka yang sudah bertapak kukuh di persada, tapi ukur lah pada tingkat yang paling wajar.
Pembina plot cerita secara keseluruhannya begitu harmoni. Tahniah buat penulis yang sungguh kreatif menggabungkan mood antara sedih, sepi,gembira agar nampak selari dengan pergerakkan cerita walaupun secara perlahan. Bagi saya kerja suntingan juga memainkan peranan besar dalam memastikan tempo cerita seiring dengan pergerakan plotnya. Tempo suntingan yang perlahan amat bersesuaian dengan mood sebuah karya melodrama yang menusuk emosi. Begitu juga kawalan kerja suntingan, ia amat memainkan peranan agar elemen-elemen romantis yang dibangunkan dapat dicerminkan dengan baik dan tidak terlalu berlebihan hingga membangkitkan rasa loya atau pengucapan kata-kata yang ”tak lalu” dibaca.Pengucapan ayat-ayat cinta dalam LBN tidak keterlaluan....ia enak dan cukup harmoni buat halwa telinga.
Dari segi perwatakan, watak peneraju utama kisah ini Syahrun Najah dan Natasha Ameera dibangunkan secara konvensional, pertembungan mereka dengan watak-watak hitam dan putih dizahirkan dengan begitu cantik sekali hingga membangkitkan kesan yang cukup sentimental sekali dari sudut persembahannya.Pembaca ikut sama terbuai dengan rasa sendu tiap kali ia menyapa watak-wataknya. Penggunaan bahasa juga mudah dengan sisipan bahasa-bahasa indah yang mewarnai keseluruhan naskhah ini.
Justifikasi terakhir sesebuah karya sememangnya cuma dua –meninggalkan kesan atau tidak.. Bagi saya, jawapannya, ya, malah cukup berkesan sekali. Buat penulis sekalung tahniah buat anda yang berjaya melakarkan sebuah kisah dan perjalanannya yang sangat merengut emosi pembaca.Semoga anda akan terus kekal dalam industri ini dan terus mengorak langkah cemerlang agar bisa sebaris dengan penulis-penulis ternama yang lain.
Kisahnya...
Lili Buat Najah menyusuri kisah perkahwinan sembunyi-sembunyi antara Nur Natasha Ameera (Tasha) dengan Syahrun Najah Hanafi (Najah) sewaktu mereka menuntut Manchester,England.Perkahwinan tersebut terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan mama Najah yang sedari awal sudah mempunyai calon isteri buat Najah.
Kepulangan ke tanahair mengundang masalah antara kedua mereka dan untuk itu, mereka harus berlakon seolah-olahi tidak ada apa-apa yang berlaku di antara mereka. Semuanya demi menyembunyikan perkahwinan mereka dari dihidu keluarga Najah, lebih-lebih lagi mama Najah, Puan Seri Tunku Helena Tunku Ariff Bendahara.
Bila Tasha mula diambil bekerja di syarikat yang milik keluarga Najah, pelbagai kejadian juga konflik tercetus yang akhirnya membuatkan rahsia mereka bukan lagi rahsia. Segala-galanya terbongkar. Di sini jugalah kisah sendu bermula. Cabaran dan onak yang merintangi mereka berdua cukup hebat, namun keutuhan kasih sayang dan cinta mereka berdua adalah perisai yang mampu menangkis segala amukan peluru sakit hati insan yang tidak senang dengan kewujudan rumahtangga mereka berdua.
Setiap yang pahit akan ada manisnya nanti. Rentetan dari peristiwa samun yang menimpa mama Najah, Tasha akhirnya diterima ke dalam keluarga tersebut. Dia dilayan sebaik-baiknya oleh mertuanya lebih-lebih lagi dia sedang dalm proses membawa waris Najah lahir ke dunia. Hidup mereka dilimpahi kasih sayang yang tiada tara…tapi dugaan paling hebat tiba-tiba muncul di depan mata Tasha.
Sangkaan yang manis-manis akan kekal hingga ke akhir hayat buat mereka berdua tidak mampu direalisasikan Najah.Rupa-rupanya Najah telah lama bergelut dengan barah otak yang dihidapinya sejak sebelum mengenali Tasha lagi. Gagal menerima kenyataan pada mulanya, namun Tasha akur dengan ketentuanNya. Najah akhirnya pergi meninggalkan Tasha juga si kecil Naufal Ameer dan Najwa Ameera dalam lena yang cukup tenang. Kepergian Najah membawa segala rasa cinta Tasha yang terkubur bersama jasad kaku Najah di pusara.
Janji Tasha, Najah lah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya...
***************************
Dipisahkan untuk Dipertemukan Kembali
Mengapa perasaanku mengatakan bahwa perpisahan itu semakin dekat?
Mengapa aku merasa risau akan hal itu?
Aku tak pernah takut dengan perpisahan, karena Tuhan yang menetapkan segala sesuatu dan aku adalah seorang manusia yang wajib berusaha.
Tapi kali ini aku begitu gundah, begitu galau.
Tapi apa yang dapat aku lakukan untuk mencegah perpisahan itu?
Tak ada yang dapat aku lakukan, karena sekali lagi aku fahami bahwa semua adalah keputusan Tuhan, walaupun kamu belum memilih dan aku belum memilih.
Tapi apakah kita punya pilihan?
Bukankah kamu yang akan memilih dan meminta aku untuk menerima pilihan kamu itu.
Atau mungkinkah pilihan itu kita tetapkan bersama?
Kamu tau betapa aku mencintaimu… …dan aku percaya kamupun begitu
Aku hanya ingin mengatakan kepada kamu bahwa aku menemukan banyak kesejatian
dalam diri kamu, bahwa aku banyak mendapat kesempurnaan dari kamu…
Aku akan menyimpan semua itu sebagai kenangan manis, kenangan indah dan bukan
sebagai bayangan yang akan aku kejar.
Aku siap kehilangan kamu…
Aku siap kehilangan segala kehangatan yang kamu berikan
Aku siap kehilangan segala perhatian kamu
Aku siap kehilangan segala percaya yang kamu curahkan
Aku siap kehilangan kesempurnaan cinta yang seumur hidupku baru kurasakan
bersama kamu
Aku siap kehilangan segala-galanya yang melekat pada diri kamu
Tapi aku akan memelihara segala kenangan yang aku terima dari kamu sepenuhnya
Aku memiliki keyakinan bahwa kita akan bersama sampai kita menutup lembaran kehidupan ini.
Suatu saat nanti. Kita yang dipisahkan akan dipertemukan kembali olehNya…
(Raja Kelana, Indonesia, March 2006)