Showing posts with label Liza Nur. Show all posts
Showing posts with label Liza Nur. Show all posts

Friday, May 10

Sneak Peek: 3 Hati terbitan Buku Prima

Cover buku 3 hati, karya koloborasi 3 penulis popular Buku Prima

ruas bindingnya. tebal!

meRinnTis sinopsis/blurb

maklumat isbn dan harga

boleh juga download secara online di eMall

dpt 2 tandatangan jer :(

ditamatkan di muka surat 740

penanda buku

close up tagline di cover hadapan
 
sure fine whatever
Rinn
 
 
 

Friday, April 1

Kucc Reviews: Biarkan Ia Pergi by Liza Nur


BiaRkan Ia PerGi...

Tajuk Buku : Biarkan Ia Pergi
Penulis : Liza Nur
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
Harga : RM19.90
Editor : Mohd Ali Haji Mohd Noor
Cetakan Ketiga : 2010
Genre : Romantik & Kekeluargaan
Bintang : 3.5

--------------------------------------------------
"biarkan derita yang menghambat jiwamu berlalu pergi. Bukalah pintu bahagia yang
setia menanti menyambut kedatanganmu kesisi..."

Kata Kucc:
Tema perjuangan mendominasikan keseluruhan naratif penulis muda ini. Perjuangan yang saya kira diterjemahkan beliau menerusi rentetan perjalanan dan onak ranjau yang ditempuhi sekalian watak-watak yang dipotretkan dan dipaparkan didalam naskhah beliau ini. Biarkan Ia Pergi (BIP) mengangkat intipati perjuangan seorang wanita yang teraniaya dan tidak diberi peluang membela diri lalu bangkit demi sebuah kehidupan. Sebuah pemilihan tema yang baik dari segi olahan cerita dan mampu memberikan mesej yang baik kepada pembaca.

Plot memainkan peranan yang begitu penting didalam pembentukan sesebuah naratif yang baik dan berkesan. Persembahan sesebuah cerita atau naratif akan berjalan lancar, kemas, padat dan berkesan jika ia disunting dengan teliti dan sebaik-baiknya. Didalam pembinaan plot sesebuah naratif, konflik yang diangkat sebagai medan utama cerita perlulah padat dan tidak diganggu oleh sub plot konflik-konflik bersifat picisan. Ia harus dielakkan. Penciptaan konflik itu lumrah didalam setiap penulisan kreatif. Cuma yang membezakan hanya darjah kesukaran konflik yang dipaparkan dan kaedah penyelesaian berkesan yang dibentangkan penulis sebagai penamat debaran pembaca. Sekadar satu dua konflik yang diangkat didalam sesebuah naratif, itu sudah bagus kerana sesebuah karya semestinya mahu pembaca diberikan fokus didalam bacaan mereka namun jika terlalu banyak konflik yang dibentang, saya kira ini sudah tidak mencerminkan sebuah naskhah yang baik. BIP sewajarnya tidak perlu memasukkan terlalu banyak konflik yang diangkat menerusi tiap watak yang dicipta. Saya kira konflik Alissa +Zaquan Zachery+ Ameen Zaquan sudah cukup untuk mendominasikan plot. Tidak perlu ditambah dengan sub-sub plot iringan yang lain. Bacaan jadi sedikit berkecamuk. Saya merasakannya. Tumpuan bacaan sedikit terjejas. Saya kira penyunting naskhah ini kurang peka didalam meneliti persoalan ini. Kembangkan sahaja plot utama. Jangan terlalu ghairah mencipta sisi konflik kiri dan kanan sedangkan ia langsung tidak menjejaskan perjalanan cerita jika ia ditiadakan.

Saya seringkali menyatakan watak dan perwatakan adalah nadi utama sesebuah naratif. BIP membawa pembaca dengan rangkaian beberapa watak utama dan watak pembantu. Saya kira jika penulis peka didalam mencari nama watak-watak yang tidak keterlaluan darjah "kesukaran" menyebutnya pasti naskhah ini akan lebih berjaya dan berkesan. Pihak penyunting yang lebih arif dan berpengalaman didalam bidang penulisan kreatif seharusnya lebih teliti mengenai perkara ini dan perlu melihat bagaimana faktor ini akan sedikit sebanyak menganggu kosentrasi pembacaan. Tidak perlulah mengulangi nama watak itu sepenuhnya pada tiap adegan. Cukup sekadar nama pendek. Itu saya kira sudah memadai.

Alissa Othman graduan dari bumi kanggaro. Pemotretan wataknya bergerak, berkembang sedikit demi sedikit dan dijiwai dengan agak baik. Penjiwaan watak Alissa saya kira dipotretkan dengan baik oleh penulis. Setiap inci dukanya sampai kepada pembaca. Alissa adalah watak utama BIP dan wataknya diperkukuhkan dengan penglibatan watak-watak sampingan yang turut mewarnai naratif ini. Zaquan Zachery Antasya; hero BIP. Tergeliat sungguh lidah menyebut nama hero kacukan ini. Perwatakan Zaquan sederhana malahan saya kira sedikit gagal penulis didalam memaparkan penderitaan Zaquan sepanjang dia didalam proses menjejak dosa silamnya. Fara Zaliqa Arifsyam, Aidil Aqasha,Daniella Iswana, dan Elina Maisara adalah wajah-wajah konflik yang turut diangkat dan mewarnai naskhah ini.

Satu yang sangat jelas didalam BIP bila membicarakan perihal perwatakan didalamnya adalah klisenya penulis membahagikan dan mengkelaskan watak. Watak-watak yang mewakili golongan kaya, mewah dicop dengan nama-nama penuh glamour, panjang berjela manakala golongan kurang berharta diwqakili dengan watak yang mendukung nama-nama yang mudah-mudah sahaja. Sekadar menyebut Othman, Hajar, Pak Amin, Makcik Khadijah, Zubaidah, Siti adalah lambang watak yang mewakili golongan kurang berharta didalam BIP. Memang begitukah agaknya aturan kelas sosial masyarakat kita. Pasti penulis ada jawapannya.

BIP membawa kisah Alissa gadis miskin dari Perlis yang menuntut di Universiti Adelaide, Australia. Alissa yang polos dan tulus dicemburu secara diam oleh rakan serumah Fara kerana Fara menyintai teman lelaki Alissa. Tanpa diduga Alissa ditimpa musibbah. Musibbah yang memusnahkan masa depannya dan tambah malang teman lelakinya meningggalkannya tanpa dia sempat membela diri. Kepulangannya ke tanah air juga mengundah padah bila dia disahkan hamil. Dihalau dan dibuang keluarga kerana malu yang terpalit walau ia bukannya berpunca dari Alissa. Penganiayaan terhadapnya terbongkar lalu atas dasar tanggungjawab dan
kesal dengan perlakuannya pada Alissa, gadis malang itu cuba dijejaki. Bukan mudah mencari tapak yang tidak berjejak namun Ameen Zaquan menjadi titik penamat pencarian.

Alunan gaya bahasa dan dialog didalam BIP ini sederhana dan banyak mengaplikasikan penggunaan bahasa biasa. Tiada banyak dipengaruhi oleh elemen melankolik. Metafora dan personifikasi juga tiada.

Didalam diari kehidupan, perjuangan untuk terus hidup itu adalah fardu yang dituntut. Berjuang demi sebuah kehidupan adalah dituntut. Dia tidak akan menimpakan ujian pada hambanya tanpa sebab tertentu. Putus asa itu sahabat yang harus dijauhi. Hanya yang berjaya didalam ujian-Nya akan mendapat kemenangan. Saya kira inilah mesej tersirat yang dirangkai penulis untuk renungan pembaca.

Buat penulis, anda berbakat besar. Teruskan berkarya dan moga cemerlang didalam arena penulisan kreatif ini.

Monday, February 28

Akan Datang daripada Buku Prima

Tajuk : BERIKAN AKU RINDU
Penulis : Indah Hairani
Harga : RM25.90
ISBN : 978-967-0184-34-0

Perasaan Fiqri pada Faen Thaherah berputik sejak awal remaja. Faen adalah sumber inspirasinya. Faen adalah model setiap kali dia mencalit warna pada kanvas. Kehadiran Thania Khalida gadis dari kosmopolitan telah mencalar hubungan yang sekian lama terjalin. Ternyata Thania menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Hari-harinya menjadi indah. Faen seakan tenggelam dari ingatannya. Sehingga tiba-tiba Thania menghilangkan diri. Fiqri tercari-cari dan mula merasakan dia dipermainkan oleh Thania. Akhirnya Fiqri akur dengan kehendak ibu untuk menyatukannya dengan Faen. Namun, pada malam pernikahannya, Fiqri menerima panggilan daripada Thania memohon membebaskannya di sebuah vila. Sewaktu usaha membebaskan Thania, Fiqri dituduh melakukan perbuatan terkutuk terhadap Thania dan dipaksa menikahi Thania. Apakah yang terjadi sebaliknya? Bagaimana dengan Faen?


Tajuk : ROTI CICAH SUSU
Penulis : Liza Nur
Muka Surat : 480 ms
Harga : RM19.90
Isbn: ISBN 978-967-0184-28-9

Sipnosis :
Umaira (Mai) dibesarkan bersama Elmiyya (Elmy), Arissa (Aris) dan Aiman (Ayim) di sebuah rumah kebajikan, Teratak Markissa. Sebelum dewasa, Teratak Markissa musnah angkara Geng Tengkorak. Mereka semuanya berpisah. Mai terpaksa tinggal bersama si kaki dera. Ayim diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak. Walaupun bergelar penjenayah, Ayim benci pada keganasan dan sikap kejam Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela. Pertemuan Widad dan Ayim di dalam penerbangan ke Malaysia telah membawa kejutan. Widad rupa-rupanya adalah Mai, si comot berhingus yang pernah bergerak bagaikan kembar siam dengannya dulu. Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain?
Tajuk: HANYA ADA KAMU
Penulis : Naz Areesya Ameen
Muka Surat : 540 ms
Harga : RM19.90
Isbn: ISBN 978-967-0184-31-9

Sipnosis :
Mukhriz membawa diri kerana menyangka Altisya tidak setia. Altisya menyepi kerana menduga cinta Mukhriz bukan lagi miliknya. Dan, bisanya kata-kata seorang mertua merobek hati serta menjauhkan cinta mereka. Mereka berkahwin bukan untuk berpisah, namun apabila si mertua menuntutnya untuk meninggalkan suaminya, Altisya rela berjauhan dengan Mukhriz walau sayangnya masih sekebal tembok besi. Sesungguhnya syurga Mukhriz tetap di sisi seorang wanita bergelar ibu walaupun lelaki itu berada di dalam dakapannya. Kerana itu, dia pasrah dan beralah.

Tuesday, September 28

Rinn's Review: Bukan Salahku by Liza Nur


Bukan Salahku
Penulis: Liza Nur
Terbitan Buku Prima
cetakan pertama 2010
RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90
isbn: 9789675489594


"izinkan aku mengiringi langkahmu selagi tiada yg menemani."


Novel pertama penulis ini dgn Buku Prima membuat aku teruja nak baca karya kedua beliau dgn penerbit yg sama. Thanks DD sbb memperkenalkan karya Liza Nur kat aku neh.
Sejujurnya aku sgt kagum dgn karya ini. Liza Nur mengangkat tema 1Malaysia dgn cara yg sangat menarik dan menyentuh hati. Kisah yg menyuburkan tema bersatu padu tanpa mengira bangsa. Membuat kita melihat harmoni yg Malaysia nak bawa ke mata dunia. Tahniah buat penulis :)


Kisah Asyiqeen ni agak berat. Dia anak yg teraniaya yg berusaha menjaga adiknya yg kurang upaya. hancur luluh hatinya bila adik tersayang pergi dalam keadaan yg sangat memilukan. tangkap nangis abis... Mak Tok dia tu kejam betul.


Kebijaksanaannya dlm pelajaran membawanya jauh ke Australia atas ikhsan dan budi baik insan mulia bernama cikgu Zabedah. Lepas belajar Asyiqeen terus bekerja di sana. Tetapi dia terpaksa meninggalkan segala2nya apabila menerima wasiat sahabat baiknya, Zahra utk menjaga Adib Farhan yg memerlukan perhatian seorg ibu.


Sblum ke Australia, Ash penah menaruh perasaan pada Aazad, anak cikgu Zabedah. Aazad pun mcm tu tapi dua2 tak penah meluah perasaan. Ash kecewa apabila dia balik utk nak surprise Aazad tapi Aazad tu dah ada pengganti sbb dia yakin Ash takkan kembali. Pandai pulak jeles si Ivan tu, kalau sebut nama Aazad mesti jadi Hazard. hehe.


Penulis sangat sensitif dgn emosi watak2nya, sama2 membawa kita ke rasa hiba dan sedih watak2nya.


Ivan hanya menyintai Asyiqeen tetapi tidak pegangan agama Asyiqeen. Keputusan Asyiqeen utk meninggalkan Malaysia membuat Ivan berada di persimpangan dan sukar membuat keputusan. Ivan dan Islam adalah sangat dekat sebenarnya tetapi bencinya pada ibu telah membuat dia membenci konsep beragama dan adat resam.


Kisah ini jadi menarik apabila Ivan menjejakkan kaki ke Malaysia. Dia cuma nak tengok2 masa mula2 tu tapi last2 terduduk sini terus apabila bertemu dgn ahli keluarga ibunya yg ramah tamah dan sgt penyabar dgn sikap angkuh Ivan. Di sini dia lebih dikenali sbg Ashraf, anak arwah Melissa. Kelakar la masa Ashraf mula2 nak berjinak dgn suasana dan budaya di kampung. Adaka dia nak pakai baju melayu dan sampan sekali. mana nak letak sampan kat baju melayu? Utk melembutkan hati Ashraf, pak long daud mengatur strategi utk menjejak siapakah 'Ash' yg selalu disebut2 Ashraf. Dia percaya 'Ash' akan dapat mengubah Ashraf.


Memang byk la scene2 menarik semasa Ashraf kat Malaysia. Tergelak gelak jugak sepanjang membaca novel ni :) Ashraf tu sampai sanggup tidur atas tilam usang, asalkan dapat berjiran dgn Ash. :)


Bagi aku novel yg ada guna tarikh pada bab2 nya akan kelihatan dan 'seasoned' bila kita baca novel ni tahun yg lain.


'bukan salahku' ada nilai patriotik walaupun ceritanya mementingkan nilai komersil. cheeeeeeeeee wah!aku tak sangka aku dapat buat ayat yg ada perkataan patriotik dan komersil dalam satu ayat <---- kucc kata aku sudah menunjukkan peningkatan dalam penggunaan frasa estetik walaupun ayat-ayat aku masih tunggang langgang. haha... seronok jugak ada peningkatan walaupun aku tak tau frasa estetik tu menatang apa.


sure fine whatever
Rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Asyiqeen menjaga adiknya yg kurang upaya sejak berusia 10 thn, selepas ibunya meninggal. Dek kerana dendam kesumat dlm diri Mak Tok, Asyiqeen yg dalam jagaannya diseksa. Di Sydney, dia bertemu dgn Ashraf Ivan Obaydin, lelaki yg tidak percaya pada kewujudan agama dan adat resam. Berita mengenai kematian kawan baiknya, Zahra Ruwaida memaksa Asyiqeen pulang ke Malaysia. Rasa bersalah pd arwah ibunya, Melissa memaksa Ivan menjejakkan kaki ke Malaysia. Mampukah Asyiqeen berdepan dgn masa silamnya? Mampukah Ivan mendalami agama dan budaya arwah ibunya, yg selama ini dibenci?


Kalaulah kau nampak apa yg aku nampak di sana? Kalaulah kau kenal segala yg aku cintai? Aku takkan tinggalkan kau. Aku akan menunggu kau seperti yg kau mahu. Tapi, kau terlalu mengikut telunjuk nafsu, tunduk pada kemahuan manusia yang tak pernah ada batasan. ~ Asyiqeen


"Aku akan berubah utk kau. Kalau kau nak aku fahami budaya kau, aku akan cuba faham. Kalau kau nak aku percayakan Islam, aku akan percaya. Kalau kau nak aku belajar Quran, aku boleh belajar. Kalau kau rasa dgn cara ini kita boleh bersama, aku ikut semua yg kau mahukan." ~ Ivan Obaydin


Cinta pada keamanan. Cinta pada penyatuan. Cinta sesama manusia. Cinta itu telah lama hidup dalam diri kami. Sebelum kami belajar tentang kewujudan bangsa dan perbezaan warna kulit, kami mengenal antara satu sama lain sbg manusia yg mempunyai sepasang mata, hidung dan mulut. Kami satu biarpun beribu. ~ Ah fong


------
BUKAN SALAHKU suatu eksperimentasi tentang dua persoalan yg selalu bermain di fikiran saya, agama dan adat resam. Saya cuba mewujudkan watak utama yg dahagakan ilmu dan iman, terjerat di antara dunia timur dan barat. Menzahirkan watak manusia yg hidupnya kosong tanpa pegangan dan cara watak itu mengisi kekosongannya sesuatu yg saya rasa mencabar.
~Liza Nur~

Monday, June 21

Terbaru dari Buku Prima


Tajuk :Bukan Salahku
Penulis : Liza Nur
Harga : RM 22.90
ISBN: 978-967-5489-59-4
M/s : 560 hlm

Sinopsis
Asyiqeen (Ash) dipaksa menjaga adiknya yang kurang upaya sejak berusia 10 tahun, selepas ibunya meninggal. Dek kerana dendam kesumat dalam diri Mak Tok, Ash yang ditinggalkan dalam jagaannya diseksa. Mak Tok yang bekerja sebagai tukang tilik nasib tidak pernah memberi didikan agama yang secukupnya buat Ash, membuat dia meraba sendiri mencari identiti agama dan budayanya. Ash menerima biasiswa untuk menyambung pengajiannya ke Sydney. Di sana dia bertemu dengan Ashraf Ivan Obaydin (Ivan), lelaki angkuh yang tidak percaya pada kewujudan agama dan adat resam.

Berita mengenai kematian kawan baiknya, Zahra Ruwaida memaksa Ash pulang ke Malaysia untuk menjaga anak Zahra, Adib Farhan. Rasa bersalah pada arwah ibunya, Melissa memaksa Ivan menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Di Malaysia, Ivan mengalami evolusi untuk mematangkan fikiran. Dia diperkenalkan oleh Pak Long dengan dua musuh ketatnya selama ini, agama dan adat resam. Dari Shakespeare dia disuruh membaca Malim Deman. Dari majalah Playboy, dia diajak mengenali Al-Quran. Mampukah Asyiqeen berdepan dengan masa silamnya? Mampukah Ivan mendalami agama dan budaya arwah ibunya, Melissa yang selama ini dibenci?




Tajuk : Diam-Diam Rindu
Penulis: Syahirah Ibrahim
Harga : RM 22.90
ISBN: 978-967-5489-49-5
M/s :592 hlm

Sinopis
Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. Nur Iman akur dengan kehendak ibunya dan dia juga turut meletakkan syarat. Dia akan berkahwin sekiranya tempoh pertunangannya dilanjutkan sehingga lima tahun.

Selepas lima tahun berlalu, Nur Iman kembali ke tanah air dengan membawa segulung ijazah dan harapan. Harapan supaya tunangnya Mir sudah melupakannya. Dia tidak menyangka yang Mir sanggup menunggunya selama itu walaupun mereka tidak pernah kenal dan berjumpa selama ini. Setiap kali bersua muka, mereka pasti bertengkar walaupun hal yang remeh-temeh. Ibu pula masih lagi melayannya sama seperti dulu. Hatinya semakin memberontak membuatkan Nur Iman tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Fikirannya bertambah kusut bila ada lelaki lain datang menagih kasih kepadanya. Bagaimana penantian Mir selama ini? Dapatkah mereka bersatu?


Tajuk: KUTEMUI CINTA
Penulis : Nuraqilah Syuhaida
Harga: RM22.90
Halaman: 576
ISBN: 978-967-5489-48-8

Sinopsis
Adam, anak orang kaya yang memiliki segalanya. Kelebihan rupa paras yang dimiliki memberi peluang kepadanya untuk memperdaya gadis-gadis demi melepaskan tekanan keluarga. Mulanya, dia turut berniat untuk memperdaya Nadya namun tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan pekerti halus gadis itu. Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam. Dia tetap tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya walau sudah bertahun-tahun menunggu.

Ketika itulah muncul Rafi yang turut menyimpan perasaan terhadap gadis itu walaupun tidak disenangi Hani yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Rafi. Nadya tahu dia tidak dapat menafikan bahawa di hatinya ada getaran buat Rafi namun dia tidak tegar menolak lamaran Adam yang selama ini sentiasa berada di sampingnya tidak kira semasa senang atau susah. Perasaan cintanya kepada Rafi itu juga telah membuatkan Hani membencinya. Dan kini Nadya harus memilih. Adam atau Rafi?

Wednesday, September 16

Baru dari Buku Prima

Tajuk: Kifarah Cinta
Penulis: Danisha Nur
Terbitan: Buku Prima
isbn: 9789675234675
RM17.90
Sabah Sarawak: RM20.90

"Andai kelukaanku bisa melunaskan dendammu, izinkan aku membayar seluruhnya untukmu"

sinopsis/blurb:
Kesederhanaan Ranialah yg menggamit hati Shahril. dia menerima Rania seadanya. Dia mahu memiliki hati Rania. faham tentang diri Rania dan semahu-mahunya menerima Rania pada semua buruk dan baiknya mahupun lebih dan kurangnya. -Shahril

Rasa terharunya tiba2 singgah. Sebulan dia menjaga Maksu, sepatah pun Maksu tidak pernah bercakap. Dia kembali mendapatkan maksu dgn mata berair. Entah kenapa hatinya bagaikan tersentuh. Perasaan yg dia tak mampu luahkan. - Sofea

Memang, memang mama benci Maksu. Maksu yg menyebabkan mama terpaksa berkahwin dgn papa kamu! Sebab Maksu kamu dah kahwin dgn lelaki tu, Tony. - Puan Aliyah
"Lelaki jenis apa awak ni? Suhaila bekas isteri awak tu sedang terseksa separuh gila menunggu awak tapi awak kat sini dengan penuh gembira ada anak isteri lain." - Rania

"Kalau saya boleh undurkan masa, saya takkan tinggalkan awak. Tapi kita tak miliki semalam. Kita cuma ada hari ini utk memperbaiki esok" - Ujang

--------------------

Ilham ini tercetus dari kisah-kisah realiti masyarakat tentang perkahwinan terlarang, tanpa restu, dendam dan perselisihan yg wujud dlm masyarakat. Bagaimana perkahwinan yg diatur keluarga mengorbankan banyak perasaan akhirnya membawa luka yg dalam dan dendam yg berpanjangan. Rania digambarkan sbg seorang yg degil, keras hati dan sentiasa tekad mengejar kehidupannya tapi dlm waktu yg sama masih cuba mencari keserasian dgn mamanya yg sentiasa tidak sehaluan dgnnya. Kesungguhan Rania mencari suami kpd maksu menggambarkan betapa kasih sayang masih utuh biarpun Maksu sudah tidak berdaya. ~Danisha Nur~






Tajuk: Biarkan Ia Pergi
Penulis: Liza Nur
Terbitan Buku Prima
Semenanjung Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
Isbn: 9789675234743

"Hapuskan derita yang menghambat bahagiamu..."


sinopsis/blurb:

"Saya pernah jumpa tapi saya tak pernah nampak dan tak pernah kenal siapa gerangannya atau dari mana datangnya dan mengapa dia hukum saya sebegitu rupa. Sampai sekarang saya hidup dengan tanda tanya." - Alissa

Cinta hanya kiasan sajak. Cinta hanya pelaris filem. Cinta hanya cerita dongeng dlm novel. Cinta adalah kebodohan manusia yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Hakikatnya cinta hanyalah kekeliruan dlm pemikiran manusia, ketakutan utk hidup sendiri ataupun rembesan hormon tubuh yg menghasilkan daya tarikan sementara - Zaquan Zachery

"Sebelum kau kata 'tidak', aku nak beritahu yg perasaan ini dah lama bersarang dlm hati aku. Aku tau kau mungkin tak suka aku. Tapi tiap kali aku pandang mata jernih kau, senyuman manis kau dan gaya percakapan kau yg comel, aku jadi separuh gila. Jadi sebelum aku betul2 mereng, aku tau aku patut berterus terang." - Izani

"Aku cemburu Lis. Sebab selama ini aku sayangkan kau. Tapi ego nak mengaku. Aku layan kau mcm aku layan teman2 wanita aku yg lain. Padahal, tempat kau di hati aku. Sebenarnya kau lebih dari mereka, Lis. aku sygkan kau lebih dari semua perempuan yg pernah aku jumpa sebelum ini. Walaupun dh terlambat, aku tetap nak beritahu kau. Aku sayangkan kau. Dan kalau Zaq tak layan kau dgn baik, aku sumpah akan rampas kau semula." - Badry

---------------------
Bayangkan seandainya satu episod malang membunuh segala kebahagiaan yg anda miliki dlm sekelip mata, melunyaikan segala mimpi-mimpi indah yg pernah anda ciptakan. Persoalan inilah yg menemukan saya dgn titik permulaan kisah 'Biarlah Ia Pergi'. Saya cuba membayangkan betapa rapuhnya titian perjalanan hidup yg harus kita rentasi. saya mahu membawa pembaca meneroka hidup Alisa Othman, gadis yg tidak pernah mengenal erti putus asa meskipun hidupnya beronar derita ~Liza Nur~

Friday, October 3

CESB - Sept & Okt 2008



di pasaran mulai 15 sept. 2008.


Harga: RM19.90

Blurb:
Memori semalam kekadang hadir, kekadang meminggir, sesekali mengusik rasa mengocak-ngocak jiwa menjadikan hati tertanya-tanya telah berakhirkah sejarah kita yang bertahun tersimpan kemas dalam lipatan kenangan? Lalu bagaimana dengan janji-janji lalu, akan terbiar lenyapkah ditelan waktu?

Dan andainya ada kebetulan dalam hidup kita yang memungkinkan aku menemui dirimu di mana-mana, aku bersedia dengan segala kemungkinannya. Aku akur dengan takdir Tuhan andai engkau telah pun berteman. Aku rela asalkan pencarianku ini telah temui penamatnya. Dan andai waktu itu engkau telah pun berteman biarlah janji-janji lalu lenyap ditelan waktu…



Harga: RM23.90

Blurb:
Kusut, itulah yang dirasai Nur Addriana tatkala menerima khabar duka daripada abahnya. Antara keluarga dan cinta Zaqrul yang menyakitkan, dia nekad kembali ke Malaysia demi tanggungjawab yang terabai.

Pertemuan tidak sengaja dengan Aman Hanafi, membawa cinta baru dalam hidup Nur Addriana. Melenyapkan duka yang bertahun terpendam menjadi barah. Walau Zaqrul masih menyayanginya, masih leka dibuai cinta lama dan masih membiarkan memori silam basah dalam kenangan namun Nur Addriana nekad melupakannya. Walau sejarah silam terpalit noda, walau maruah diri telah lerai tergadai, Nur Addriana nekad beralih kasih, beralih sayang. Kisah silam… biar saja Tuhan yang tentukan keampunan-Nya…


di pasaran mulai 15 oktober 2008




tajuk: cintanya kian membara
penulis: diya elora
harga: rm31.90

Blurb:
Malam pertama kita yang sepatutnya menjadi sejarah indah, kau musnahkan dengan talak yang mengkiamatkan seluruh kehidupan seorang isteri. lalu, cara mana harus aku berdepan dengan kenyataan yang kau lemparkan ini. sedang kamar pengantin kita masih diharum bunga mawar yang menjadi saksi perpisahan. dan air mata malam pengantin menjadi bukti bahawa perkahwinan tanpa cinta tak bisa membuat aku bahagia. menjadikan aku isteri yang lara dan tersiksa.

suami..
andai ini suratan yang harus kuterima, aku rela. aku tega ditinggal pergi. namun andai semua ini lakonan semata demi menutup sebuah penderitaan yang bertahun engkau sembunyikan, aku rela kasih sayang ini dipertaruhkan walau sekejap cuma. demimu..demi cinta yang tak pernah kau tahu.


tajuk: dia dihatimu
penulis: rohayu mohd tajuddin
harga: rm17.90

Blurb:
benarkah kata orang, jika kita mencintai seseorang, kita rela membiarkan diri ini terus disakiti. lantaran itu, salmah rela dirinya ketandusan kasih sayang daripada seorang lelaki yang bergelar suami. dia rela demi sebuah cinta yang tak pernah bosan untuk memaafkan. dia rela demi sebuah ikatan yang dinamakan perkahwinan.

namun sampai bila dia boleh bertahan? kasih sayang dan cintanya bukan untuk diperkotak-katikkan, bukan gelanggang permainan untuk ditendang terajang. dia wanita yang berperasaan.. lain jika syurganya bukan terletak pada lelaki durjana itu, dia rela dilepaskan. dia rela tidak dimiliki walau jiwanya meronta-ronta untuk disayangi.