dari blog Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Penulis: Nadra Yasmina
ISBN 978-967-365-125-2
Sem. Malaysia RM21
Sabah/Sarawak RM24
“Apa awak cakap? 
Sila ulang.” 
“Just acting. 
Berlakon saja. Pretend that you’re my wife... and I’m your husband. Simple, 
right?”
Simple tengkorak 
kau. Ada yang kena baham dengan aku ni karang! 
“Berlakon ya? 
Senang kata awak ya?” 
“Yes.”
“Awak nak saya 
berlakon jadi macam yang awak cakap tadi tu ya?”
“Yes, dear.” 
Dia panggil aku 
dear, kan? Err... ke dia maksudkan deer? 
“Wayar bumi kat 
kepala awak tu terbakar ke? Kena panah petir semalam ek? Ke awak semalam mimpi 
bersilat dengan Rimau Bukit Putus.” 
Jeffrey ketawa 
kecil. “Saya minta tolong ni, awak. Tolonglah.”
“Tak naklah, tak 
nak. T.A.K. N.A.K!!!”
“Tolong, tolong. 
T.O.L.O.N.G!!!”
Apabila Jeffrey 
Iskandar diperangkap oleh bekas teman wanitanya, Lilac, untuk membawa isteri ke 
majlis makan malam, Asma, si pembantu rumah hujung minggu yang bekerja di kondo 
milik Jeffrey dijadikan sasaran untuk berlakon sebagai isteri. Asma bukanlah 
wanita idaman Jeffrey. Langsung tak masuk senarai apalagi mahu shortlisted. 
Pendek kata, bukan idaman hatilah. Tapi, Jeffrey tahu Asma pilihan terbaik untuk 
tugasan ini!
Asma, si 
jururawat pergigian yang terjerumus dalam misi balas dendam bekas teman wanita 
majikannya itu tiada pilihan. Kerana kesiankan Jeffrey, dia bersetuju. Namun 
tidak diduga, lakonan mereka tidak terhenti di situ. Mereka terseret ke kancah 
masalah yang lebih besar. 
“Awak ni nakal 
dan kelakarlah. Sebab tu saya suka awak.”
Aduhai, bukan 
idaman hati sudah menjadi idaman hatikah? Baik Jeffrey mahupun Asma tidak 
berdaya menolak. Mampukah mereka berdua yang bagai langit dan bumi itu bersatu? 
Terbalaskah dendam Laila terhadap lelaki idamannya apabila Jeffrey nekad dengan 
keputusan yang tidak disangka-sangka!
Dari blog Fajar Pakeer Sdn. Bhd. 
Penulis: Ezi Afiza
ISBN 978-967-365-124-5
Sem. Malaysia RM18
Sabah/Sarawak RM21
Pertunangan 
mereka bukan atas dasar suka sama suka. Malah bukan juga atas desakan keluarga. 
Pertunangan mereka adalah satu perjanjian yang memenuhi kepentingan dua 
insan.
Rizman diberi 
masa sebulan untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada keluarganya. Jika 
tidak, hak pemuda itu ke atas syarikat milik keluarga akan dilucutkan. Diyana 
pula mencari sesiapa sahaja yang boleh menjadi kekasihnya, semata-mata untuk 
membalas dendam kepada Badrul, lelaki yang telah mempermainkan cintanya. 
Pertemuan yang tidak diduga menjadikan Diyana pilihan Rizman. Namun, syarat 
diletakkan dalam perjanjian itu.
“Hanya untuk 
setahun. Dalam masa setahun ini, tiada sesiapa boleh mengganggu hak peribadi 
masing-masing.” 
Permainan 
bermula. Lakonan tanpa skrip terus berjalan. Strategi-strategi yang dirancang 
berjaya menyempurnakan hasrat mereka. Namun, dalam kegembiraan melakonkan watak 
masing-masing, tanpa sedar ada mata yang memerhati, ada insan lain yang ingin 
menggagalkan lakonan mereka. Kehadiran Normee yang berjaya mencuri hati Rizman 
membuatkan Diyana dilanda cemburu. Diyana terpaksa mengundur diri. Tambah 
apabila lakonan mereka yang selama ini dibongkar. Rizman mula resah. 
Dalam kemelut 
itu, ada insan lain yang sedang tertawa. Gembira menyaksikan semuanya. Siapakan 
gerangan insan itu? Apakah yang akan terjadi pada kepentingan Rizman dan Diyana 
setelah rahsia mereka terbongkar? Dan berjayakah seorang putera mencari puteri 
hatinya yang sekian waktu mengingin diri persis puteri?
Dari blog Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Penulis Adeen Abigail 
ISBN 978-967-365-123-8
Sem. Malaysia RM20
Sabah/Sarawak RM23
Jasmine Lee 
seorang wanita biasa yang memiliki fobia yang luar biasa. Tiada istilah pasangan 
hidup baginya. Seboleh-bolehnya, itulah yang cuba dia elakkan selama dia hidup. 
Setiap lelaki yang cuba diperkenal ibunya pasti ditolak tanpa sebab. Sehinggalah 
pada suatu hari, nama Ben Carl Fernandez muncul dalam hidupnya di atas sekeping 
business card. 
“Untuk 
pengetahuan kau, aku ni bakal isteri direktor hotel ni. Next time, watch your 
way,” katanya dengan sombong sambil menanggalkan kaca mata hitam yang sejak tadi 
melindungi matanya. 
Gila! Entah dari 
mana dia dapat idea untuk cakap begitu. Gara-gara tidak puas hati dengan gelaran 
puan, sanggup dia membohong untuk mempertahankan dirinya dan gelaran cik. Pada 
pertemuan pertama, Jasmine tanpa sengaja mencipta salah faham antara mereka. 
Salah faham itu berlarutan dan menyebabkan perkenalan mereka menjadi serba tak 
kena. Siri pertengkaran berlarutan antara mereka. Masing-masing tidak mahu 
mengaku kalah.
“Kau tu tak 
sedar-sedar diri lagi, kau tu pencuri.” Idea tiba-tiba datang dalam kesesakan. 
Tapi logik ke pencuri?
“Pencuri? Tak 
masuk akal. Aku curi apa? Hati kau?” Ben tergelak lagi. Sempat lagi memalukan 
Jasmine.
Tidak menyangka 
permusuhan mereka akan berakhir, persahabatan mula terjalin antara Jasmine dan 
Ben. Tanpa sedar, perasaan hangat menyusup ke dalam hati masing-masing. Namun 
perasaan takut terhadap komitmen dan hubungan perkahwinan membuatkan Jasmine 
melupakan sahaja perasaan itu sementara Ben masih terluka hatinya kerana 
Natasha, si kekasih lama.
Adakah Ben akan 
membiarkan semua itu terjadi begitu sahaja? Bagaimana pula halnya dengan Jasmine 
dan ketakutan sofistikated yang mengekangnya selama ini?
 
Dari Blog Fajar Pakeer Sdn. Bhd. at 
13.4.12 
Penulis: Affi Dhiya
ISBN 978-967-365-119-1
Sem. Malaysia RM21
Sabah/Sarawak RM24
Atas kejadian 
tidak sengaja, Iman Shartina dan Syed Hakim, memilih jalan untuk menamatkan 
zaman bujang dalam usia yang muda. Walaupun saat itu masing-masing sudah 
berpunya. Namun, panas tidak sampai ke petang. Kerana pertelingkahan kecil, Iman 
Shartina pergi membawa diri.
“You tak kisah 
beritahu siapa you?”
Masa berlalu, 
waktu beredar. Takdir menemukan mereka kembali. Syed Hakim datang menuntut 
haknya sebagai seorang suami dan ayah. Itu pun saat dia yakin dan pasti yang 
Aiman itu anaknya. Namun, kedegilan Iman Shartina tidak pernah berkesudahan. 
Kehadiran orang ketiga antara mereka memburukkan lagi keadaan. Syed Hakim keliru 
untuk memilih di antara cinta dan tanggungjawab. 
Saat Iman 
Shartina pasrah dengan permainan takdir, dia ditemukan dengan seorang gadis 
bernama Rina yang mempunyai wajah yang seiras dengannya. Siapakah Rina? Apakah 
hubungan Rina dan Iman Shartina? Adakah hubungan Iman Shatina dan Syed Hakim 
akan kembali bersatu? Atau, Aiman terpaksa membuat pilihan? Memilih ibu atau 
ayah. Antara cinta dan tanggungjawab, Syed Hakim harus mimilih yang mana? Akan 
berakhirkah kemelut rindu yang melanda jiwa Iman Shartina dan Syed Hakim?
dari blog Fajar Pakeer Sdn. Bhd. at 
Penulis: Maria Kajiwa
ISBN 978-967-365-121-4
Sem. Malaysia RM20
Sabah/Sarawak RM23
Sebuah projek 
pembinaan jambatan yang sudah 45 tahun terbengkalai, membawa Edri dan kawan 
baiknya, Adam, ke sebuah kampung di tepi Sungai Pahang.
“Encik Edri 
pernah melihat hantu?” tanya Encik Amin sekali 
lagi.
Edri tergamam. Sudah dua kali juga soalan itu ditanyakan kepada 
dia. Dia semakin keliru. “Apa kena-mengena kerja saya dengan hantu, Encik Amin? 
Saya bukan Ghostbusters.” Dalam ketawa yang dibuat-buat, dia cuba berseloroh. 
“Jawab soalan saya dulu.” Kali ini suara Encik Amin semakin garau dan 
dalam walau tidak sampai membentak.
Dalam perjalanan menuju ke tempat 
yang dituju, kereta yang dinaiki telah rosak. Edri dan kawan serumahnya, Adam, 
telah dibantu oleh dua orang gadis kampung yang bernama Saleha dan Murni. Di 
kampung itu mereka berdua dijaga dan dilayan dengan baik sehinggakan Edri dan 
Saleha saling jatuh cinta. Namun Hasan, pemuda kampung yang sudah lama mencintai 
Saleha menjadi penghalang.
“Kalau saya tak penggal kepala dia, saya bukan 
Hasanlah, nek!” jerit Hasan sebelum beredar.
Mampukah Edri menyelesaikan 
misteri pembinaan jambatan itu? Mampukah dia pulang semula ke kota? Siapakah 
Saleha yang sebenarnya? Dan Saleha, siapakah yang akan menjadi pilihannya 
selepas Edri meluahkan rasa?