Showing posts with label Hani Fazuha. Show all posts
Showing posts with label Hani Fazuha. Show all posts

Tuesday, November 1

Terbaharu daripada Alaf21


Penulis: Maya Rasyidah
Harga: RM19.90
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-737-2

Sinopsis: Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira ‘wajib’ berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ‘ditalak’. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk ‘berlakon’ sebagai pasangan yang bahagia.

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.


Penulis: Rania Firdaus
Harga: RM21.00
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-732-7

Sinopsis: Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya.

Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.


Penulis: Eyman Hykal
Harga: RM17.00
Halaman: 448
ISBN: 978-983-124-743-3

Sinopsis: Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang semakin parah, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di Malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensional Amerika yang didalangi puak Zionis.

31 Ogos – Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah-tengah kemeriahan sambutan yang berwarna-warni dan gegak gempita suara rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez. Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan membunuh lelaki no. 1 Amerika itu. Perisik elitnya, Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlalu diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan antara hidup atau mati.



Penulis: Hani Fazuha
Harga: RM22.00
Halaman: 560
ISBN: 978-983-124-717-4

Sinopsis: MEREKA rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki, namun tersalah dilahirkan sebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia. Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun, semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.

Saat yang sama, Hareez pula datang bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez. Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya mencintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.

Kadangkala kuasa memilih bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya. ‘Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi’

Monday, February 7

Rinn Reviews: Harga Sebuah Cinta by Hani Fazuha


Harga Sebuah Cinta
Penulis: Hani Fazuha
Editor: Ruzita Awaludin
RM18.00
sbh /sarawak Rm21.00
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
451 mukasurat


"Kenapa masih ada rindu di saat hati ingin melupakan?"


Kalau nama Zhafir tidak disebut di awal cerita, mgkin watak itu tidak diberi perhatian sangat dari awal cerita. Fea gadis biasa tetapi menarik. Dia telah menarik hati Arman tetapi cinta mereka ditentang ibu Arman sehingga Fea dan ibunya yg bekerja sbg pembantu rumah dihalau keluar dari rumah Arman.


Persahabatan dgn Zura menemukan Fea dgn umi, Ikmal dan Zhafir. Ikmal tidak menyembunyikan rasa sukanya kpd Fea tetapi itu tidak disenangi bapa Zura kerana Ikmal sudah bersetuju utk menerima Nisha dan menggabungkan dua syarikat besar dalam urusniaga mereka. Zhafir juga sering meluahkan pendapatnya tentang kecantikan Fea yg sekali sekala terserlah membuatkan Fea sudah kurang senang berada di rumah Zura. Dunia pekerjaan menemukan dia semula dgn Arman yg masih menyintainya. Zura kelihatan akrab dgn Arman dan Zhafir sentiasa mengingatkan dia Arman lebih layak dgn Zura. Aku setuju dgn tindakan Fea tidak memilih Arman kerana mak Arman tu memang tak suka langsung kat dia. Tapi Fea tak dapat menolak perasaan cintanya yg masih mekar buat Arman.


Zhafir dijadikan jalan keluar utknya. Dia mengahwini Zhafir utk membuka mata Ikhmal menerima Nisha dan mahu Arman menerima Zura sbg ganti. Fea meletakkan berberapa syarat kepada Zhafir tetapi Zhafir menerimanya seadanya tanpa sebarang syarat. Fea takut dgn perasaannya sendiri yg semakin melepaskan Arman dari kenangan kerana Zhafir adalah seorg suami yg sangat penyayang dan bertimbang rasa.


Keyakinan Zhafir pada Fea teruji dgn hubungan kerja antara Arman dan Fea. Dia tak dapat menolak rasa cemburu yg melanda. Cinta yg mula berputik dilanda ujian yg menguji cinta mereka. Masa ni la Jesica pulak muncul kembali membuat Fea pulak dilanda cemburu dan syak wasangka.


Kisah Fea dalam membuat pilihan pasangan hidupnya memang menjadi teka teki menarik utk kita ikuti. Zhafir memang seorg yg caring dan tidak terlalu menonjol diri ketika Arman dan Ikmal sibuk mempromote kan diri pada Fea. Dalam keadaan low profile tu dia sempat juga memunculkan diri sbg penyelamat dan pelindung Fea. Kisah yg menarik tetapi penceritaan yg agak detail tentang perlakuan Fea-Zhafir aku rasakan tidak perlu. Tak sangka Zura seorg yg sangat bertimbang rasa dan berfikiran positif. Penerimaan positif Zura terhadap pengakuan Arman yg cintakan Fea membuat Zura terharu dgn pengorbanan Fea utknya.


Walaupun kisah ini lebih simple berbanding Bebunga Kasih, tapi aku lebih suka citer ni yg terasa lebih kemas walaupun mcm jalan ceritanya sangat control ayu :) Sapa penah tengok citer Betty La Fea? 'Fea' tu maksud dia ugly.


sure fine whatever
rinn


blurb/gengkicap/ sinopsis


Kenapa setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dgn titis air mata?


Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yg menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.


Perkenalan Fea dgn Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yg menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman.


Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yg telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat utk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir2 dia terhenyak duduk tidak berdaya.


Dlm kekalutan, Zhafir tiba2 menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafirr, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata utk mendptkan haknya sbg suami?


Ada apa pada gadis biasa sptnya sehingga byk hati yg harus terluka?

Wednesday, December 22

Trionovel Alaf21 - Disember




Harga: RM 18.00
Halaman: 464
Penulis: Hani Fazuha
ISBN: 978-983-124-635-1

Sinopsis: KENAPA setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata? Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman. Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.

Dalam kekalutan, Zhafi r tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafi r, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin sematamata untuk mendapatkan haknya sebagai suami? Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?




Harga: RM 19.90
Halaman: 528
Penulis: Meen Zulaikha
ISBN: 978-983-124-625-2

Sinopsis: JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia Œbercina buta¹ untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?




Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Fitri Hussin
ISBN: 978-983-124-619-1

Sinopsis: ZAMAN remaja yang penuh gelora mengundang hati yang naif mudah terpesona dengan sihir dunia. Zamri dan rakan-rakannya cuba berdepan dengan segala tekanan menerusi cara mereka sendiri. Mereka berlima mencari keseronokan luar yang membinasakan untuk melupai masalah masingmasing. Disayangi jika cemerlang dan disisih jika gagal. Duduk seharian di sekolah digantikan dengan berpeleseran di jalanan. Lantas, segala macam gejala sosial menjadi mainan hidup.

Saat SPM semakin hampir, suatu cahaya menembusi gua milik Zamri yang semakin dalam. Norin yang selama ini langsung tidak dihiraukan tiba-tiba menghulurkan bantuan. Sedikit demi sedikit hatinya yang kelabu ingin
sahaja disucikan kembali. Mampukah Zamri keluar dari lembah buas, hanyir dan menggerunkan itu, sedangkan dunia enggan melepaskannya? Mungkin Norin adalah penawar mujarab yang mampu memutihkan titik-titik noda yang sudah melekat di hatinya.

Wednesday, October 7

Bebunga Kasih - Hani Fazuha


Tajuk: Bebunga Kasih
Penulis: Hani Fazuha
Harga: RM19.90
Halaman: 512


DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ‘suami orang’. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!

Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.


Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?