Showing posts with label Mimie Afinie. Show all posts
Showing posts with label Mimie Afinie. Show all posts

Tuesday, April 12

Akan Datang daripada Karnadya

Tajuk : Semalam Ku Bermimpi 2
Penulis : Aina Emir


Tajuk : Yang Ku Cari
Penulis : Mimie Afinie

ARYANA, gadis kacukan Melayu Cina. Sejak hatinya diserah pada ‘si dia’, dia sudah tidak punya hati lagi untuk lelaki lain. Hanya ‘si dia’ yang mampu beri apa yang dia cari selama ini. Benarkah begitu?
ZAHIM, lelaki yang terbuka dan berterus terang. Belum apa-apa sudah berani meminta macam-macam. Nampak seperti bukan jenis yang penyabar. Pilihan abah dan Kak Bed, tetapi adakah pilihan dia juga?

BENJAMIN. Kawan baik Zahim ini betul-betul menambah masalah. Jenis kawan makan kawan pun ya juga. Punyalah ramai gadis berketurunan Cina yang cantik-cantik belaka, kenapa harus dia?

HATTA, sahabat sejak kecil. Baik hati, mengambil berat dan penyayang. Malah dia turut disayangi ibu bapa lelaki itu. Kalaulah kasih sayang seorang ibu yang dicari, Hattalah pilihan yang paling tepat. Betulkah?
SEMUANYA tidak semudah yang disangka. Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan, ada sahaja rintangan. Yang pasti, dia tidak akan mudah mengalah. Dia tidak akan cepat melatah. Dia percaya, dia pasti ketemu apa yang dicari selama ini.

YANG KU CARI, bukan sekadar cerita cinta biasa, tapi lebih daripada itu. Bacalah dan hayatilah.


Tuesday, February 9

Akan Dicetak Dari KarnaDya




"Kau bukan yang pertama
Namun kalaulah yang terakhir"

Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.


Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.


Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.


Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.


Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru daripada Mimie Afinie.

-----------


"Saya sanggup meninggalkan segala sandang dan gelaran demi kasih saya terhadap dia..."

Sinopsis:
Cinta itu indah. Cinta itu anugerah Allah. Cinta juga pemusnah. Bercinta tidak semestinya memiliki. Berkasih tidak bererti disayangi. Jadi apakah sebenarnya cinta?

Rinnie seorang gadis biasa yang mulai diresapi rasa cinta ketika hilang dari alam nyata. Namun cintanya, cinta terlarang. Lantaran cinta terlarangnya itu, Rinnie sukar membuat keputusan kerana ada insan lain yang menagih kasih daripadanya. Namun perasaan kasih, sayang dan cinta terhadap cinta terlarangnya begitu menebal di jiwa. Mampukah Rinnie memilih satu di antara dua?...

“Cinta sempurna adalah cinta kepada-Nya.
Tidak layu, tidak tua dan kekal selamanya”

Saturday, April 11

Bila Dah Suka by Mimie Afinie

Halamak! Mimie Afinie kuar buku baru lah.. last year's Kalau Ada Jodoh memang best tahap dewa. Yang ni tentulah rasa nak beli!



Tajuk Novel: Bila Dah Suka
Penulis: Mimie Afinie
Cetakan Pertama: Tahun 2009

sinopsis belakang buku:

Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.

MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...

Saturday, June 7

kalau ada jodoh


Penerbit : Karnadya Solutions

kata Kucc:

****
Syabas buat Mimie...persembahan KAJ sangat mengujakan sekali dan jelas peningkatan yg memberangsangkan dari Mimie berbanding karya2 terdahulu.KAJ begitu santai dipersembahkan oleh Mimie, plot cerita segar, ringan dan ringkas namun cukup menghiburkan pembacaan. Gandingan watak utama Rini & Pyan cukup serasi, cukup rencahnya...terhibur dengan gelagat mereka berdua, dialog mereka yg bersahaja, tercuit dengan kelucuan mereka juga tidak ketinggalan keromantisan mereka ...Mimie juga sudah semakin "handal" mencipta insiden2 & elemen2 romantis yg semulajadi, bukan yg dibuat2. Bahasa yg digunakan Mimie dlm KAJ juga mudah, tiada penggunaan metafora dan unsur2 personifikasi yg berat...Penggunaan gitar & vespa dlm penjalanan cerita KAJ juga amat menarik..suatu pembaharuan dlm persembahan karya oleh Mimie dan ternyata ia menjdi..sangat menjadi...Tahniah buat Mimie, semoga terus maju dlm pengkaryaan anda di masa hadapan.