Showing posts with label Rinn. Show all posts
Showing posts with label Rinn. Show all posts

Thursday, January 3

Sneak Peek: Jula-Juli Bintang Tujuh by Adileah

Selepas baca Menunggu Hujan, memang tertunggu-tunggu karya seterusnya dari Adileah. Entah di mana terselit novel ni sekian lama. Akhirnya jumpa kembali :)
penanda buku ni nampak comel dengan tingkap kecilnya tu :) Tempat Ilham dan Suria menatap bulan dan bintang ke? Mcm Upin Ipin plak diorang ni. Sorang bulan sorang bintang. kikikih.

ruas binding yang nipis. memang menepati selera aku :)

Covernya simple but nice :)

Tulisan penulis :) Thanks Adileah sudi sain.

butiran penerbitan

meRinnTis Blurb/Sinopsis belakang buku

butiran penerbit, harga buku dan isbn

kisah Ilham dan Suria ini ditamatkan di muka surat 453.
Tajuk: Jula-Juli Bintang Tujuh
Penulis: Adileah
Penerbit Jemari Seni Sdn Bhd
453 muka surat
RM20.00
Sabah Sarawak: RM23.00
Tajuknya saja dah buat kita teringat kisah raja-raja dan kayangan, istana, cerita melayu lama. Nostalgia betul!
Sebenarnya ini adalah kisah kehidupan pekerja istana yang menarik dan memmorable kerana jarang-jarang sekali kita dapat membaca kisah dari istana. Kalau ada pun biasnaya banyak cerita berkaitan cinta keturunan tengku-tengku dengan gadis biasa.
Kisah orang kuat Istana Seri Gemilang dengan seorang dayang pelatih yang kelam kabut :) Pertemua Ilham dengan Suria memang sudah menunjukkan bibit-bibit nak cari pasal. Bagaimanapun pertemuan dengan Suria itulah yang membuat Ilham rela melepaskan kenangan cinta lama dan mungkin membuat memori cinta baru bersama Suria yg sekejap blurr sekejap clear tu. Dah la kalut, 'lambat tangkap' pulak tu dengan apa yang cuba ditunjukkan oleh Ilham.
Suria mempunyai conflict yang tersendiri setelah ibu bapanya terbunuh dalam sebuah kebakaran yang dirancang oleh orang dalam. Setelah itu, dia sering terasa diperhatikan dan diburu untuk mendapatkan formula yang sangat mahal harganya. Formula yang telah meragut nyawa ibu dan bapanya.
Ilham tak dapat menahan diri dari turut terlibat dan menjaga keselamatan orang yg disayanginya. Rentak cerita bercampur thriller apabila Suria mula diburu dan disabotaj orang dalam istana juga.
Memang interesting tapi tula terfikir juga, kenapa Suria nak kerja sbg dayang sedangkan dia ada harta yang terbaik untuk diuruskan di Cameron Highlands yang nyaman itu.
sure fine whatever
Rinn

Monday, November 19

Sneak Peek: Takdir Fitrah Terindah by Hanis Azla

Belum pernah baca karya penulis ini. Tapi masuk list wajib baca sbb highly reccomended by DD :)
Cover depan.

meRinnTis Blurb/Back cover

ruas bindingnya nampak tebaaaaaaaaaaal. RM25.90 tuuuu

penanda buku

ditamatkan di muka surat 597. fuhhh hampir2 600 muka surat!

Thanks :) hadiah besday :)
selamat membaca!
Takdir Fitrah Terindah
Penulis: Hanis Azla
Editor: Norhawanis Othman
Terbitan Buku Prima
RM25.90
Sabah/Sarawak: RM28.90
597 mukasurat
"Cinta yang datang satu anugerah...
Membawa takdir fitrah terindah..."
Walaupun melagukan kisah tipikal kawin paksa, penulis ada gaya tersendiri menyelitkan kepelbagaian dalam kisah ini. Nur Fitrah tidak pernah tahu siapa ibu bapanya yang sebenar. Walaupun begitu, dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh nenek dan Ayah Man. Perhatian lebih dari kedua insan itu menimbulkan rasa iri di hati adik beradik dan isteri Ayah Man.
Walaupun latar belakang keluarganya tidak jelas, dia amat disenangi Puan Azwita sehingga timbul keinginan untuk mengangkat Fitrah sebagai menantu dan isteri kepada anak kesayangannya, Aiham, yang sudah beberapa kali menangguhkan perkahwinan dengan Rose Alea yang seksi terlebih tu.
Puan Azwita mengenakan syarat pada Aiham sehingga berjaya membuat Aiham terperangkap dengan janji sendiri lalu Nur Fitrah menjadi isterinya.

Perkahwinan itu menjadi satu lagi dugaan besar dalam hidup Nur Fitrah. Aiham masih meneruskan hubungan dengan Rose Alea dan membuat Fi rela menandatangani borang untuk mengizinkan Aiham berkahwin lain. Keengganan Fi menghalang perkahwinan itu membuatkan keluarga Aiham tidak senang dengan Fi, malah selepas perkahwinan dengan Rose Alea, lebih banyak fitnah ditaburkan terhadap Fi. Fi membawa diri.

Beberapa tahun berlalu dan Aiham mengejar Nur Fitrah semula. Kenapa? Masa ada tak dihargai, bila hilang baru tercari-cari. Fi juga dicari keluarga Aiham kerana rasa bersalah dengan salah faham yang telah disebarkan Rose Alea. Berapa jauh pun Nur Fitrah lari Aiham sentiasa ada tak jauh darinya.

Nada bahasa yang baik dilagukan Hanis Azla untuk cerita ini.

sure fine whatever
Rinn

meRinnTis Blurb/Sinopsis:

Bila diri dilahirkan dari dosa orang lain, tiada apa yang membuatkan Nur Fitrah punya keyakinan diri bila sejak kecil dirinya sering menjadi bahan cemuhan. Lantaran itu dirinya menjadi cepat mengalah termasuklah dalam soal cinta. Kahwin tanpa cinta bukan mahunya. Tapi itulah yang terjadi bila kuasa utk membuat pilihan bukan milik org sepertinya. Tiada cinta, tidak mengapa asalkan hatinya bahagia. Namun bila hati suami bukan utknya, apalagi yg perlu dipertahankan? Pertemuan semula membuatkan hatinya berbunga-bunga. Namun respons dan dugaan yg diterima membuatkan hatinya terus lara untuk mengharapkan cinta. Adakah Aiham Fakhri masih lagi pilihan Nur Fitrah bila ada cinta lama dan cinta baru yg mahu mengisi hatinya?

"Nanti kalau ada lelaki yg keluarganya boleh terima Fi, Fi dah tak tolak dah. Tak payah bercinta pun tak pe. Terus kawin aje dan bercinta selepas kahwin." - Nur Fitrah

"Sebelum you nak ajar I utk kembali menyayangi Lea dan Alfi, tolong ajarkan hati you utk menyayangi diri you sendiri." - Aiham Fakhri.

"Ya Allah, Nur. She is just sixteen. Melampau betullah you ni. Walaupun you dah letakkan label kaki perempuan tu dekat I, janganlah sampai gadis semuda itu pun you ingat I layan jugak." - Hazari

"Patutlah awak tak layan saya. Ada affair dgn bos sendiri rupanya. Sekarang ni tengah gaduh kan? Sebab itulah awak nak cari kerja baru." - Iqbal

----------
Nasib anak terbuang yg tidak ketentuan membuatkan saya terpanggil utk meletakkan diri di tempat mereka. Kasih sayang dan kebencian saya adunkan utk merasai bahagia dan duka mereka. Pada saya, cinta dan sayang itu terlalu indah untuk dimiliki oleh semua org. Kisah cinta dan kasih sayang diri sendiri juga org sekeliling saya satukan utk menyedapkan jalan cerita. Dalam cerita ada cinta, dalam cinta ada pengorbanan, dalam pengorbanan ada teladan dan dalam teladan ada sempadan. ~Hanis Azla~

Tuesday, August 28

Rinn Reviews: Aku Untukmu by Tulip Ungu


Aku Untukmu

Penulis: Tulip Ungu
Terbitan Kaki Novel SB
Editor Jabatan Editorial PKNSB
Semenanjung RM20.00
sabah/Sarawak: RM23.00
488 muka surat

"Kedinginanmu umpama salju yang memadam hangatnya api cintaku,
keegoanmu umpama angin yang meniup pergi segala rasa cintamu.
Andai aku tercipta untukmu, izinkanlah cinta ini bertamu,
andai aku bukan untukmu, biarlah kubawa rasa cinta ini pergi darimu."


Ini adalah cerita kahwin paksa, kisah cinta selepas kahwin. Penulis memilih tema tipikal ini untuk novel pertamanya. Kronologi cerita ini memang mudah diteka dari mula hingga ke akhirnya. Aku suka dengan gaya bahasa penulis yang matang dan baik terutamanya ketika melakarkan kisah sedih. Gabungan bahasanya sangat menyentuh hati dan tangkap nangis. Aku rasanya penulis patut cuba genre lain untuk menyerlahkan lagi kelebihan menulis babak-babak sedih.


Ramai penulis baru memilih tema cerita kahwin paksa dalam buku pertamanya. Aku tak tau kenapa. Tapi selalunya tema beginilah yang menjadi pilihan pembaca terutamanya di kalangan remaja.


Izhar dan Ardini adalah watak-watak utama kisah ini yang dipaksa berkahwin demi menyelamatkan akidah Izhar yang semakin terpesong. Ardini pula banyak terhutang budi dengan ayah Izhar. Ardini bukanlah seseorg yg sering diangkat sebagai heroin dalam sesebuah novel. Dia merupakan mangsa yg pernah diperkosa ketika zaman remajanya. Ardini ni jenis tidur bertemankan lampu yang terang benderang dan sebilah pisau di bawah bantal. Abeh la wasalam si Izhar. haha.


Serumah dengan Izhar menjadikan Ardini seorang yg sangat berhati-hati dengan mamat yang mendakwa dirinya ada masalah berjalan dalam tidur. Izhar pula menggunakan peluang duduk berjauhan dengan keluarga untuk menakut-nakutkan Ardini yang memang penakut. Tetapi dari memaksa Ardini menonton cerita seram berubah kepada sama-sama menonton kisah komedi. Izhar merasakan dia lebih suka melihat Ardini ketawa dari menikus ketakutan. Hobi suka pegi clubbing bertukar menjadi hobi suka menyakat Ardini di rumah.


Namun sejarah lalu Ardini sering menjadi punca Izhar tidak pasti dengan perasaannya. Apa jadi dengan kisah mereka? kena la baca sendiri :)


sure fine whateverr
rinn



blurb/sinopsis belakang buku:

Kerana terikat dgn budi yg ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dlm terpaksa. Namun semua yg berlaku adalah takdir yg telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar sering kali bersikap dingin dan terlalu ego? Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap izhar namun apabila seringkali diasak dgn keegoan Izhar yg tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta utk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.

Perkahwinan yg diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dlm hidupnya. Tambahan pula, Ardini bukanlah calon sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya? Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.


Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dgn sikap dingin dan ego Izhar yg tinggi melangit? Andai aku tercipta utkmu, pasti bahagia itu milik kita.

Thursday, July 12

Rinn Reviews: Calon Jodoh Untuk Adik by Areila Sahimi

Calon Jodoh Untuk Adik
Penulis: Areila Sahimi
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
RM19.00
sabah/sarawak: rm22
9789675067952

"Abang rekomen calon A,
Kak Ina suruh pilih Calon B.
Disebabkan dua calon ini, Arissa pening.
Yang mana satu dia patut undi?"

Azmer, Arina dan Arissa menjalani.hidup.tanpa.ibu bapa. Azmer memikul tanggungjawab sbg ketua keluarga demi kebaikan dua.adik kesayangannya. dia.telah berjaya memastikan Arina berkahwin dgn lelaki yg terbaik dan dikurniakan dua.cahaya mata yang comel. Azmer menyimpan rahsia duka yg besar namun berjaya disembunyikan dari pengetahuan Arina dan Arissa.

Sebelum menutup mata, dia mahu memastikan Arissa
dijaga dgn baik oleh lelaki yg boleh diharap utk.membimbing Arissa yg masih kebudak-budakkan walaupun usianya sudah mencecah 23 thn.
Khairil Izlan a.k.a EE adalah dirasakan calon.terbaik utk menjaga dan membimbing Arissa, namun ditolak mentah-mentah oleh Arina dan Arissa yang masing-masing ada sebab tersendiri utk menyenarai hitam Ee yg gemar mengambil adik angkat di kalangan wanita. Lagipun Arina merasakan Fariz lebih stabil dan matang utk gadis seperti Arissa.

Ee terpaksa memikul tanggungjwb besar apabila impian Azmer menjadi wasiat. Azmer bijak mengatur strategi agar Ee menjaga Arissa sebagaimana Azmer melakukannya semasa hayatnya. Bukan mudah untuk mendekati Cik Arissa yg sudah berprasangka buruk terhadap dirnya, malah benteng terbesar yg menghalang misi Ee adalah si naga berapi yg bernama Arina.

Cerita cinta yg lahir dari sebuah kemesraan sbg kenalan dan sahabat. Cinta hnya disedari kewujudannya setelah sidia disunting jejaka lain. Plot yg agak tipikal diketengahkan namun pengkongsian kisah kekeluargaan yg sgt dekat dengan hati kita. Marah, benci, bergaduh takkan berjaya mencincang air.

sure fine whatever
Rinn

meRinnTis Blurb/Sinopsis:
'Mengangkat' Arissa yang sudah besar panjang itu utk menjadi adik adalah sesuatu yg langsung tidak masuk akal. Dia dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia!

Tanpa boleh berkata tidak, dia akur apabila itu adalha permintaan terakhir daripada Azmer yg perlu dituruti. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja 'tembakan' peluru torpedo yg keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee... Bersabar itu separuh daripada iman.

Sumpah! hidup dia jadi tak tentu arah bila abang dah tak ada. Lupakan ajelah perkara dah lepas tu. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik. Percayalah hati.

tetapi dia cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada kakak yag lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abg Ee bebaik baik semula dengan kak Maisarah kerana dia tahu sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abg Ee.

Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak 'madukan' mereka berdua? Abg Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!

Rinn Reviews: Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid

Sutera bidadari
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Editor: Rubiah Aksah
terbitan Alaf 21
RM22.00
sabah/sarawak: Rm25.00
547 mukasurat

"Hanya nama-MU sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini"

mengujakan dan mendebarkan sambungan kelima kisah laksamana sunan ini. hijab sang pencinta dan cinta sufi yg kurang mnyengat membuat aku bertagak tagak nak sambung sutera bidadari. namun setelah setahun terperam, aku buka juga naskah ini dan hasilnya, memang best edisi kali ini.

pengembaraan yg panjang dlm edisi kali ini tidak membosankan malah pengalaman membaca 4 edisi sebelum ini menimbulkan nostalgia yg mengujakan. sang dewi dan saifullah memang misteri kemunculan yg menimbulkan tanda tanya besar. bila luna terserempak dgn sang dewi di inderapuri, memang aku dpt mengagak siapakah dia dn terus takdpt lepaskan buku ni hingga ke mukasurat terakhir. Saifullah pula mempunyai aura dan langkah yang sangat mirip kepada Saifudin namun dia adalah lelaki abad 21 yang hidup mewah dalam keadaan misteri.

Pencarian raja roman a.k.a taghut memang penuh cbaran namun pengakhiran pertemuan saifudin dgn raja roman itu sunggah tak disangka hingga aku mengalirkan air mata.

RAM bijak meletakkan ending yg membuat aku pun tak sabar nak terbang ke Inderapuri utk bertemu Ratna yg dirindui. Berapa banyak wanita ayu muncul dlm perjalanan perjuangan LaksMana sunan, namun Ratna Cinta Sang Ratu tetap kukuh di hati.

sure fine whatever
rinn


meRinnTis Blurb & sinopsis

SAIFUDIN - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri ATas Angin utk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yg telah banyak menyesatkan manusia.
RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam utk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.
MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin dalam alam tidak berdinding.
SAIFULLAH - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dr tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
RAMLEE AWANG MURSHID - Sutera Bidadari bukan hanya mempamerkan aksi lasak yg menguja pembacaan malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yg tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

Rinn Reviews: Cinta Tak Terucap by Imani Hatta

CINTA TAK TERUCAP
Penulis: Imani Hatta
Terbitan Kaki Novel
RM20.00
sabah/sarawak: rm23.00
575 mukasurat

kisah iman dan ammar adalah kisah yg sangat biasa dlm novel2 cinta melayu. watak2 sampingan banyak berperanan sebagai kepelbagaian rasa, spt Ben, erna dan amir yg muncul dgn rasa kelat, masam dan kadang2 pedas. siti khadijh membawa kisah sisi suram iman manakala keluarga ammar dan iman penuh dgn positive vibe yg bahagia.

iman dan ammar ditunangkan kerana bapa2 mereka merupakan sahabat baik dan sudah nekad utk berbesan. apabila kakak nya sudah berkahwin di luar negara, iman disandarkan harapan utk menerima ammar sbg tunangan dan seterusnya suami. iman terima walaupun keberatan kerana dia memang mengenali ammar dari jauh yg merupakan bos di tempat kerjanya yg turut terkenal dgn sikap mata keranjangnya.

setelah bertunang, iman terkejut kerana tarikh pertunangannya dipendekkan dan dlm masa 3 bln dia bakal mjadi isteri ammar mirza. dia taktau yg amar tu yg tak sbar nak kawin sbb jeles tengok rakan sekeja iman si amir tu yg jelas ada hati pada iman. sebelum iman dikebas org, baik dia ikat terus sbg isterinya.

tak sangka keluarga ammar menyimpan derita besar di sebalik kebahagiaan yg terpancar di wajah. kehilangan dua anak tersayang menjadian keluarga besar mereka tinggal hanya berempat.

ammar rasa bersalah dgn pemergiansaudara kembar membuat muram. kehadiran iman menceriakan hatinya. tapi dia tak mahu terburu buru melafaz cinta sdgkan perasaannya belum tentu terbaalas oleh iman yg terpaksa mengahwininya.

rumahtangga.yg dibina dicemburui.erna, amir dan ben hingga ada.di antara mereka cuba menghancurkannya dgn mengusik rasa cemburu ammar. sikap amar yg mudah mendengr dari tuduh melulu banyak menjaga keharmonian mereka yg semakin hari semakin selesa.


evolusi watak erna dari kelabu kepada hitam menjadikan rentak cerita lebih pelbagaai dn menarik

sure fine whatever
rinn

note: jika nak copy sebahagian atau keseluruhan review ni, sila letak link atau credits ke blog ini terima kasih. )

meRinnTis blurb/sinopsis
Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.

SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?

AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?

Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.

Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?

Rinn Reviews: Kea Alyissa by Arasharrina


Kea Alyissa
Penulis: Arasharrina
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM27.00
Sabah/Sarawak: RM30.00
isbn: 9789670448015

"Kesungguhanmu menawanku...
Cinta itu adalah medan perjuangan untuk mereka yang sanggup berjuang!"

Mudah untuk jatuh cinta, tapi mudahkah utk mengekalkan perasaan cinta kalau ada dugaan datang menimpa? Haikal dan Kea jatuh cinta tetapi keteguhan perasaan itu teruji apabila Haikal disahkan mengidap brain cancer yg membawa maut. Kea yang merupakan doktor refferral kpd Haikal memang mengetahui mengenai perkara ini. Tetapi dia tak dapat menolak perasaan cinta yang mula mekar dalam hatinya.

Haikal tidak dapat lari dari berprasangka yang mungkin perasaan Kea untuknya hanyalah kerana kasihan. Tambahan pula bapa Kea meninggal dunia kerana penyakit yang sama. Mengetahui keadaan Haikal, ibu Kea berat hati untuk membenarkan pasangan kekasih itu berkahwin. Dia tahu bagaimana susahnya hidup dengan seorang yang ada masalah penyakit itu. Ia memerlukan ketabahan yang tinggi. Kea telah menyanggupinya dan dia sanggup melakukan apa saja utk menjadi isteri Haikal. Rasanya kalau siapa pun jadi ibu kepada Kea memang berat hati sebab Kea tu dah la perangai ala-ala kanak-kanak Ribena yang kadang-kadang terasa tidak cocok dengan title doktor yang bakal disandangnya.

Brain cancer ni macam gunung berapi pendam dalam kepala. Ia boleh meletus bila-bila masa. Mungkin letusan kecil dan mungkin letusan besar. Keadaan itu menjadikan Haikal seorg yang tidak stabil emosinya sehingga kadang-kadang rasa nak sekeh saja kepala mamat ni.

Kehadiran watak Zarif menyuntik nada thriller dalam kisah ini. Penulis ada kelebihan mengolah penceritaan berentak thriller tetapi tidak dimanipulasi secara optimum. Penulis lebih menumpukan kepada kisah Haikal dan Kea. Walau bagaimanapun kemunculan Zarif cukup untuk memberi variasi kepada cerita ini.
Walaupun ianya kisah yang sedih kerana keadaan Haikal, namun suasana penceritaan penulis tidaklah dalam nada suram, ada diselitkan unsur komedi sebagai penghias cerita. Kelihatan penyakit Haikal bukanlah masalah besar bagi Kea. Mereka sepakat membina bahagia sementara menunggu jemputan Allah. Nampaknya Allah Maha Pemurah meminjamkan hari-hari extra untuk Haikal bersama dengan Kea. Kea membuat dia menyimpan impian untuk memiliki keluarga yang bahagia.

Kisah ini mengingatkan kita tentang maut. Ada yang tahu maut menunggu dekat saja. Ada yang tidak tahu bila maut akan tiba. Siapa yang lebih beruntung? Kalau yang sudah tau dia akan mati bila-bila masa, tentu tahap keimanan dan ingatannya kepada ALLAH lebih berbanding dengan orang yang tiba-tiba saja dijemput Allah tanpa sempat bertaubat. Kalau yang dah memang sakit dan tahu ajalnya akan tiba bila-bila masa, tentu akan spend lebih masa untuk beribadat kepada Allah. Kesakitan/penyakit adalah dugaan untuk menambah bonus kepada bekalan akhirat kita. Kita yang tidak diduga mungkin akan terlupa pada kepada Dia Yang Maha Besar kerana tidak ditimpa musibah atau penyakit. Kebahagian berganda buat Kea dan Haikal! :)

sure fine whatever
rinn

meRinnTis Blurb/Sinopsis
Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorg diri, Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea dtg sebagai pelangi bg menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sbg ombak utk menghilangkan pantai kesunyian Kea. Namun, dugaan tiba utk menguji keutuhan mahligai syurga yg sedang mereka bina. Dugaan yg tidak pernah sangka!

"Haikal menghidap kanser otak." - Doktor Yusoff

"Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!" - Zarif Zaquan

Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup utk menyerah kepada takdir semata-mata.

"Jika I diberi peluang utk bertanyakan sesuatu kpd yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah 'adakah you ditakdirkan utk I?' Jika DIA berkata ya, I akan mencintai you dgn sepenuh hati I. Tapi jika DIA berkata tidak, I akan terus menyintai you sehingga DIA setuju utk menyatukan kita berdua" - Kea Alyissa.

Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab 'ya' utk soalan Kea? Tercapaikah impian Kea dan Haikal utk hidup bahagia hingga ke syurga?

Thursday, May 31

Rinn Reviews: Bawah Pohon Sena by Nisyah

Bawah Pohon Sena
Penulis: Nisyah
Editor: Habibah Meliani
RM20.00
sabah/sarawak RM23
452 mukasurat




Kisah cinta ini ditangani Nisyah dengan nada yang matang dan comel sekali. Kisah cinta dlm novel sekarang banyak kelihatan muda mudi riang ria kanak2 ribena walaupun usia watak2nya menghampiri 30-an. Cara Nisyah menceritakan kisah Lili adalah lebih bersesuaian dengan umur watak dan sangat dekat dengan kehidupan realiti namun tetap merasa keindahan perasaan Lili dan Gibran dan kisah hati mereka yg comel. kisah cinta ini bukan cinta yang dari mata turun ke hati semata-mata, ia lebih kepada hati terus ke hati ;)


Kisah ini tentang Lili yang sudah 3 tahun mendirikan rumahtangga dengan Harith. Perkahwinan aturan org tua ini tidak menjadi seperti yg diharapkan Lili kerana dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Harith. Cinta Harith terlalu utuh untuk Suraya. Utk apa meneruskan sedangkan perkahwinan itu mendera perasaan mereka. Harith dilepaskan seikhlasnya dan dia pasrah meneruskan kehidupan. Malah dia cukup berani untuk hadir sama ke majlis perkahwinan mereka. Suraya dpt melihat cinta yang masih mekar untuk Harith. Suraya bersimpati dengan Lili namun semuanya telah berlalu.


Lili menemui ketenangan di satu sudut di lorong belakang pasar seni. Suara Gibran mendamaikan. Perkenalan mereka membawa kepada persahabatan. Teh tarik di bawah pohon sena mengeratkan lagi persahabatan mereka. Kedua-dua mereka adalah pencari bahagia namun tak terluah dalam kata-kata.




Gibran terasa tergugat apabila Hrith muncul mengumpan perhatian Lili dengan hadiran Puteri Diyana. Dia tak dapat meneka di mana letaknya hati Lili.




sure fine whatever
rinn





meRinnTis Blurb :

Kata mama, cinta itu pelik. Cinta akan hadir tanpa kita duga. memang betullah cinta itu pelik. Cinta takkan pernah hadir jika tiada izin daripada-Nya.


Tiga tahun Lili cuba membina istana kasihnya bersama Harith, namun takdir menentukan sebaliknya. Lantas dia pergi mengundurkan diri mencari tenang di lorong belakang Pasar Seni. Di situ dia bertemu dengan Gibran, si pemuzik jalanan yg mengubat hatinya dgn Ghazal Asmara.


Hati Lili baru sahaja ingin sembuh dengan kehadiran Gibran. Namun dia diuji dgn permintaan Suraya untuk menjadi ibu kepada Puteri Diyana. Dia rela atas dasar rasa simpatinya pada seorg teman. Lalu Gibran ditinggalkannya tanpa sebarang ucapan


Gibran, ibaratkanlah dia seperti bumerang...
Tapi, kalau dia jadi bumerang sesat?


Harith cuba utk meraih kembali cinta Lili namun hati Lili telah dibawa jauh ke Norway. Benarkah dia akan menemukan impiannya di sana? Atau bahagia itu menantinya di sini.


Kini NISYAH membuai perasaan kita dengan bahasa yang indah dalam melakar cinta bersama mereka di Bawah Pohon Sena.

Rinn Reviews: Dia Segalanya by Sha Ibrahim

Dia Segalanya
Penulis; Sha Ibrahim
terbitan kaki novel enterprise
RM37
sabah sarawak rm40
1112 mukasurat
9789675067976

"kala hati begitu mencintai... semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki
semakin kuingin terus menghampiri... semakin jauh dia melangkah pergi..."

lepas baca 2 buku sha ibrahim, terus dah stamped dlm kepala sha = tebal, sangat tebal. lebih 1000pages tuuuu

kisah kali ni terasa lebih heavy dari Biarkan Ia Berlalu. Konflik hubungan Faizul dan Suraya dibina dengan baik dan menyentuh hati. namun ada juga ketidak sesuaian perwatakan Suraya dengan perlakuannya. Dia digambarkan seorang yg menjaga solat dan aurat malah rajin bangun sepertiga malam untuk bersolat dan mengaji al-Quran tetapi dia bebas berpelukan dengan abg angkat dan bapa angkatnya yg bukan muhrim. Kalau korang boleh put aside that type of thinking, you will enjoy this book sampai ke akhirnya.

TAk sangka Sha berjaya membuat aku turut bersedih mengenangkan nasib Faizul dan Suraya. Tangkap nangis cara penutupnya dan ending yang terbaik utk Faizul dan Suraya. Dugaan cinta mereka memang kuat, namun kalau dah jodoh tidak ke mana :)

Terasa watak V, atau Reena itu ditamatkan dengan begitu mudah sekali dan tak sangka watak Jessi Messi memainkan peranan yang sangat penting di hujung cerita. She ain't messy at all :) Dia lah penyelamat kisah cinta ini yang membuat kita senyum kerana ada penamat yang 'happy ending' :)

Rinn Reviews: Isteri Separuh Masa by Suri Ryana

Isteri Separuh Masa
Penulis: Suri Ryana
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel
RM22.00
sabah Sarawak: RM25.00
551 muka surat


"Demi rasa cinta yang dikurniakan Ilahi,
aku terus rela menjadi isterinya...
walaupun hanya isteri separuh masa"


Suri Ryana masih membawa nada yang sama seperti M.A.I.D, rentak dan manisnya masih sama. Bagi yang enjoy M.A.ID tentu sekali akan menyukai kisah manis ini. Medina Izwani membawa kita mlayar kisah hidupnya sebagaimahaiswi yng periang dan ceria. Nmun dia meyimpan kisah peribadi yang kelat untuk diceritakan. Segalanya disimpan rapi agar tidak terbongkar, namun kehadiran Nazrin Shah sebagai pensyarah di kuliahnya dan kehadiran nenek di rumah Nazri Syah membuat segala-galanya terbongkar sedikit demi sedikit.




Nazrin syah tidak dapat memaafkan Wani yang telah memburuk-burukkan kekasihnya, Zita, di mata keluarganya. Wani telah menyebarkan fitnah yang memusnahkan harapannya untuk hidup bersama kekasih pujaan hatinya itu. Sedikitpun dia tidak percaya dengan cerita Wani. Dia terlalu percayakan Zita.




Wani menjadi mangsa salah sangka. Namun keluarga Nazrin sentiasa menyokong Wani yang dicurahkan kasih sayang sepenuhnya sbg anak dan cucu dlm keluarga itu walaupun kenyataannya dia hanyalah anak angkat. Wani takkan mengencewakan harapan keluarga itu. Hinggakan terpaksa menikahi Nazrin Shah atas kehendak keluarga. Keluarga itu bimbang kisah lalu yang pernah tercetus dlm keluarga itu akan berulang semula gara-gara sikap Nazri. Wani dianggap sebagai penyelamat sekiranya menikahi Nazrin.




Sure fine whatever
rinn




meRinnTis Blurb/sinopsis:




Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan 'perang' dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya ke luar negara.


Dapatkah anjiing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapantkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dngan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tuga sebagai seorg pelajar dan seorg isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambug pelajran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.




Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dgn Medina Izwai. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih jug a gagal


Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorg mahasiswi. Hidupnya menjadi huru hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila tinggal sebumbung dgn lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.


Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?


Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa.. wlaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.


Tetapi sampai bila dia dapat bertahan dgn sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?


Kehadiran bunga-bunga orkid misteri beserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yg sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah Menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Sunday, April 22

Rinn Reviews: Ilusi Hati by Haiza Najwa


Ilusi Hati
Penulis : Haiza Najwa
Editor: Patonah Chai Choh
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
501 mukasurat
9789831245224


"Mengapa mesti rasa kehilangan walaupun tidak pernah memiliki?"


Gara-gara buku nilah aku ditangkap gambar sedang menangkung di tengah panas dengan Sil. Terima kasih Sil, tolong belikan :) Haha. Berbaloi walaupun tersalai di tengah panas! :)


Cerita ini boleh dikategorikan sebagai romantik triller yang boleh aku ulang baca bila-bila masa :) aku suka dengan cerita yang agak luar alam ini dan kadang-kadang bagi sesetengah orang mungkin tidak logic, tapi secara teorinya,kisah telepati memang sangat menarik. Dulu aku sangat suka menonton cerita penyiasatan 'Profiler' tetapi sayang episodnya tak panjang kerana rating tak tinggi. Begitu juga dengan siri "Millenium" yang habis selepas satu season sahaja. :(


Membaca kisah ini memang membuat rasa ingin tahu aku membuak-buak. Tak sabar nak abiskan sampai ke subuh aku tak tido. Nasib baik aku memilih membaca novel ini pada malam hujung minggu :)


Hubungan antara Joshua dan Jasmine yang terbina ketika berhubungan secara telepati semasa sedang koma berubah menjadi sangat akrab dan melekat di jiwa masing-masing walaupun mereka tidak pernah bertemu muka apatah lagi saling mendengar suara. Hanya suara hati tanpa bunyi yang menghubungkan mereka. Haiza Najwa berjaya membina chemistry yang kuat antara kedua-dua watak ini ketika mereka sedang koma. Watak Marlia berjaya mengujudkan suasana yang mendebarkan dalam proses pertemuan semula Joshua dan Jasmine.


Aku paling suka endingnya. Kita sangka telunjuk lurus, tapi rupa-rupanya kelingking yang berkait. :)


Kisah ini bermula dengan Jasmine dan Joshua yang saling tidak mengenali. Mereka menghadapi kemelut yang sama dalam keluarga lalu membawa diri dengan memandu tanpa hala tuju. At last, they met by accident. LITERALLY! They collided and kedua-duanya terus koma. Batista dan Irene adalah dua watak cupid yang menemukan Joshua dengan Jasmin yang terbujur kaku. Batista dan Irene bereksprimen dengan aura perhubungan telepati Joshua dan Jasmin kerana apabila kedua-dua tubuh kaku itu diletakkan secara sebelah menyebelah, berlaku pergerakan mata di sebalik kelopak yang tertutup rapat, seolah-olah kedua-duanya sedang berinteraksi dalam mimpi.


Ada janji yang terbina ketika di alam koma itu lalu apabila mereka tersedar dari lena yang panjang, mereka cuba menjejak antara satu sama lain. Diorg ni boleh berhubung secara wayarless, kalau bercinta atau kawin ni memang jimat bil telefon lah. haha.


Marlia adalah gadis yang mementingkan diri sendiri. Jasmine adalah penyelamat maruahnya tetapi sanggup dia mengkhianati kepercayaan dan kasih sayang Jasmine hanya kerana terpaut dengan kekacakan Joshua. Dia tahu segala kisah mimpi/telepati Jasmine, tapi apabila dia menemui Joshua, dia mengaku bahawa dialah Marlia a.k.a Jasmine yang berinteraksi dengan Joshua ketika koma. arghhhhhhhhhhhh *tarik rambut*. Memang dasar tak kenang budi lah Marlia tu. Terlalu banyak yang dia tahu tentang janji Jas-Josh sehinggakan dia boleh memanipulasi keadaan Joshua dan Jasmine. Walau bagaimanapun Joshua ragu-ragu dengan Marlia kerana dia tidak merasa apa-apa tindak balas dalam mindanya apabila bersama Marlia. Tetapi dia merasa tarikan yang kuat apabila melihat sahabat Marlia yang dipanggil 'Min' walaupun gadis itu berada nun jauh di hujung sana dan dia tahu, Min pun merasai sesuatu...


Helah Marlia terbongkar namun Jasmine tidak mahu menghancurkan hubungan Marlia dan Joshua yang sudah ada ikatan. Namun alam tidurnya sentiasa menerawang mencari Joshua. Walaupun sudah ketemu Marlia (yang mengaku dirinya Jasmine) Joshua masih lagi didatangi mimpi dari Jas. Apabila rahsia sebenar terbongkar di depan mata Joshua, dia jadi pendendam. Dia berdendam dengan Marlia dan Jasmine dan dia mahu membalas dendam terhadap kedua-dua wanita itu. Tetapi suara-suara rayuan meminta maaf dari Jasmine membuat Joshua bersimpati juga. Tapi bagi Joshua, Jasmine mengkhianati kasih sayang mereka, membiarkan dia terikat dengan Marlia tanpa menceritakan hal sebenar.


Thriller dan cinta yang diselitkan dalam kisah ini menjadikan ianya kisah yang berentak rancak dan mendebarkan. :) Tapi kan, aku rasa Joshua mengambil masa yang terlalu lalu untuk perasana bahawa Min itulah Jasminenya. Org-org yang tolong cover line tu semuanya asyik tersasul jer takkan tak perasan kowt. Tapi apa-apapun, closure yang terbaik untuk kisah menarik ini :) thumbs up to the writer, editors and publisher.


sure fine whatever
Rinn


meRinnTis Blurb/Sinopsis:


Tulisan takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmin terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipand merempuh sebuah kereta lain. Akibatnya pemandu itu juga koma sepertinya.


Sesuatu yang ghaib terjadi...


Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine berbicara dgn bayangan seseorg. Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing. Lalu, tercipta ikrar utk bertemu sesudah sedar daripada koma.


Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari lelaki yang kini muncul pula dlm lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yg diseru sebagai Joshua.


Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri.

Maaf Jika Aku Tak Sempurna by Acik Lana


Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Penulis: Acik Lana
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel
947 mukasurat
RM34.00
sabah/sarawak RM37.00
9789675067983

"Biar cinta di antara kita tidak hadir sekelip mata,
tidak juga bermula dengan seikhlas jiwa,
namun kini kupasti ia akan kekal ke penghujung nyawa..."

Dalam karya kedua ini Acik Lana masih memilih watak hitam-kelabu yang melalui proses pemutihan. Melina gadis yang gemar keluar malam untuk berpesta di kelab bersama rakan-rakan. Keadaannya yang semakin teruk ditelan pelukan syaitan membuatkan ibu bapanya risau dengan keadaannya. Kepulangan Luqman, anak kawan baik bapa Melina dilihat sebagai jalan untuk menyelamatkan Melina yang semakin hanyut. Luqman dilantik sbg driver yang dibayar gaji yang sangat tinggi untuk mengawasi gerak geri Melina. Walaupun lemas dengan kehadiran Luqman, terselit juga rasa bangga kerana dapat driver hensem.

Datuk Zakaria, bapa Melina terlibat dalam sebuah tragedi lalu meninggal dunia, tapi dia sempat meninggalkan amanat penting untuk ditunaikan oleh Melina dan Luqman. Amanat yang tak dapat ditolak. Kisah seterusnya tentu korang boleh teka, :) berlakulah perkahwinan dan proses perkenalan sebenar antara dua watak yang saling membenci itu. Keadaan negatif yang terlalu banyak akhirnya bertindak balas secara semula jadi menjadi positif, namun sejarah silam Melina banyak mengundang keraguan di hati Luqman. Manakala kehadiran Sarah yang sudah lama menaruh hati terhadap Luqman menjentik rasa cemburu di hati Melina.

Mungkin apa yang kita jangka dalam cerita kahwin paksa akan ada dalam kisah ini. Kronologi cerita kahwin paksa yang agak tipikal. Namun Acik Lana berjaya mewujudkan chemistry antara Luqman dan Melina yang boleh dibariskan sebagai couple yang jiwang.
ahemmm ahemmm acik dlm mode jiwang bakal pengantin ke?


Aku rasa naskah ini sangat tidak sesuai utk bacaan golongan bawah umur. Adegan percintaan Luqman-Melina diceritakan dengan terang dan banyak. Mungkin antara faktor yang menyebabkan buku ni menjadi sangat tebal dan buat mata aku berpinar. Bukan senang nak usung buku tebai ni masa bookfair :)buku yg tak bleh masuk katergori 'umum'. tak semua parents pantau apa yg anak belasan tahun diorg baca. asalkan tgk baca buku, dah dikira sesuatu yg ilmiah tanpa meneliti apa yg anak2 ni baca.



sure fine whatever
rinn

meRinnTis Blurb/Sinopsis belakang buku:

Di saat itu...
Luqman: "Tolong sikit eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dgn awak. Perempuan macam ni nak buat bini? Memang tak la..."

Melina: "Sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku? Takde cermin kat rumah? Pergi balik cermin muka kau sikit!"

Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam suatu ikatan yg tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yg berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yg menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yg tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yg bisa membuka jalan ke pintu syurga?

Di saat ini...

Luqman: "Kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni."
Melina: "Mel tak boleh fikir apa bila tak nampak abang depan mata."

Sisa Sebuah Cinta by Ian Juliana


Sisa Sebuah Cinta
Penulis : Ian Juliana
Terbitan: Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
RM30.00
Sabah/Sarawak: RM33.00
9789675067891
916 mukasurat


'Pelangi, harap hadirnya meninggalkan bahagia di hati, bukan sisa cinta yg tidak lagi dihargai'


Bab-bab awal kisah ini sangat menarik dan mendebarkan. Renda dan Ahmad Firasz yang terjebak dalam agenda angkara orang lain, telah bertemu dalam keadaan serba tak kena, saling berprasangka dan dipenuhi dendam. Penerimaan keluarga Ahmad Firasz terhadap kemunculan Renda sangat berbeza dengan apa yang kita bayangkan. Mereka lebih bersimpati dengan Renda berbanding Ahmad Firasz lalu kedua-duanya dinikahkan demi menjaga maruah Renda. Ahmad Firasz meletakkan dirinya sebagai mangsa dan Renda sebagai pengatur kesengsaraan hidupnya. Dorongan keluarga Ahmad Firasz seolah-olah menyuntik semangat ke dalam diri Renda untuk membina hubungan dengan lebih baik dengan Ahmad Firasz namun setelah perkahwinan itu berlaku aku rasa Renda seperti tidak menunaikan harapan keluarga Ahmad Firasz. Malah dia seperti mengutamakan kepentingan diri apabila merapatkan diri dengan Airel Yuki Hagiwara sedangkan Ahmad Firasz dibiarkan terus berburuk sangka terhadap dirinya. Malah keluarga Ahmad Firasz pula tak nak ceritakan hal sebenar mengenai keadaan Renda kerana nak Ahmad Firasz tahu sendiri dari Renda. Rasanya kalau diorang jelaskan awal-awal tentulah salah faham Ahmad Firasz tidak berpanjangan.


Perkenalan dengan Airel Yuki Hagiwara membuat aku lemah semangat untuk meneruskan cerita itu. Namun kugagahi juga demi nak mengetahui penghujung cerita. Renda seperti hilang hala tuju. Mungkin keputusannya menikahi Ahmad Firasz terlalu terburu-buru. Ahmad Firasz pula, dia lebih selesa berprasangka terhadap Renda daripada cuba mencari cerita sebenar. Ikatan tanpa hala tuju itu terlerai akhirnya dan Renda membawa diri ke kota fesyen, Perancis. Di sana Raihan Hasyri hadir mengubat luka. Walaupun penerimaan keluarga Raihan Hasyri negatif terhadap Renda, mereka berjaya bertahan dan menempuh alam perkahwinan. Laluan ke pelamin mereka penuh dugaan dan kehadiran Aisy mengubat duka.


Suntikan elemen thriller di penghujung cerita terasa pemilihan penamat yang mudah dan tak pening kepala. Namun penceritaan elemen thriller di bab-bab awal jauh lebih menarik daripada penamatnya. Ending yang akan menggembirakan penggemar Ahmad Firasz tetapi tuduhan-tuduhan dahsyat rakan-rakan Ahmad Firasz terhadap Renda terasa seperti tidak berpenghujung.


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:


Pelangi hati... datang dalam 7 warna bersilih ganti, namun destinasi di hujungnya, dia tetap mencari pelangi yang disukai.

Renda Ghazali: Seorg gadis yg bermula dari bawah untuk menuju puncak impiannya. gadis yang sering dihujani dgn rasa sakit bila dia hampir-hampir mengecap rasa bahagia.

Ahmad Firasz Omar: Dipertemukan dalam keadaan tidak terduga. Pasrah bahawa pernikahan itu terlerai angkara salah faham. Bumi Perancis itu menjadi destinasi dia melihat gadis itu membawa lara di hati sama.

Airel Yuki Hagiwara: Perkenalan sebelumnya hanyalah atas dasar persahabatan sebelum bercantum menjadi rasa sayang. Silap gadis itu hanya satu; menyukai lelaki itu kala diri menggalas status isteri buat seorg suami.

Raihan Hasyri: Seorg lelaki yg tulus, baik dan berbudi pekerti. Hadirnya membawa kebahagiaan dalam diri Renda menempuh suka duka mendatang. Dia cuma berdoa, kehadiran lelaki ini bukan sekadar persinggahan kerana hadirnya Aisy menambahkan kekuatan.

Sehingga akhirnya, siapakah yg benar-benar menjadi pelangi hati dan tidak meninggalkan dirinya pergi?

Wednesday, July 22

SeLamaT UlanGTahun Hari LahiR RinN....




Selamat Hari Lahir Teman…


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan...


Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu...


Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan...
Selamat Hari Lahir wahai teman
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia...


Teman,
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir buatmu...


Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
Insyaallah.......