Showing posts with label Kamsiah Abu. Show all posts
Showing posts with label Kamsiah Abu. Show all posts

Sunday, February 13

Februari daripada Buku Prima





Tajuk : Yang Indah Hanya Sementara
Penulis : Annur Puteri
Harga : RM19.90

Berkisar tentang kebahagiaan suami isteri yang diuji apabila Syufiqa terlalu obses terhadap Mia Batrisia, seorang penulis novel. Alasan simpati terhadap kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga Mia Batrisia mendorong Syufiqa memaksa suaminya, Samwil mengahwini Mia Batrisia tanpa mengetahui Samwil dan Mia Batrisia pernah mencipta memori zaman remaja bersama-sama. Sejauhmanakah rasa obses Syufiqa boleh mengatasi semuanya?

Tajuk : Cinta Ini Milik Kita
Penulis : Maisara Sofea
Harga : RM19.90

Cinta pertama cinta yang paling sukar dilupakan. Itulah yang terjadi bila Nur Maisara mula jatuh hati. Cinta anak-anak sekolah menjadi cinta pertamanya membuatkan hatinya begitu setia menanti kehadiran lelaki yang bernama Mohd Ean Nazeerul tanpa menyedari lelaki itu sudah memiliki insan bernama Zamilla. Apakah yang terjadi bila pertemuan kembali tercipta antara Nur Maisara dan Mohd Ean Nazeerul setelah lima tahun terpisah?


Tajuk : Hanya Kau Yang Tahu
Penulis Kamsiah Abu
Harga : RM19.90

Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith agar ayahnya tidak dipenjarakan oleh majikannya itu. Ini juga peluang keemasan yang diguna oleh Daniel Harith, tokoh korporat muda yang terkenal dengan imej ‘Romeo’ untuk melepaskan dirinya dari Munirah Samad. Hanya Kau Yang Tahu akan dapat menyingkap semua rahsia yang seolah-olah memenjarakan Farah dalam penderitaan yang entah bila akan berakhir.



Tuesday, May 4

Akan Datang Dari Buku Prima

SEANDAINYA KAU ADA
KAMSIAH ABU

RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-40-2
480 halaman

Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac. Perkenalan di alam cyber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiada membelenggu hidupnya.

Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi. Fazlur, lelaki yang pernah mengecewakannya kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah berkahwin dengan wanita pilihannya, Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu?

TANPAMU DI SISI

RABIHAH NUR RIDHUAN

RM 19.90

ISBN: 978-967-5489-39-6

464 muka surat

Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Danish bermula. Cinta yang bermula di alam cyber. Adakah cinta cyber itu lahir daripada kasih nan suci? Tetapi mengapa disebabkan cinta cyber itu Zukhrina Syamimi terpaksa menanggung aib hingga kini? Lebih menyedihkan lagi dia hanya sempat menikmati alam rumah tangga hanya buat seketika apabila Danish meninggalkannya tanpa khabar berita. Adakah dia terlalu percaya dengan kasih suci itu? Mudahnya seorang lelaki menabur janji dan mudah juga mereka pergi. Sedangkan Zukhrina Syamimi terkapai-kapai sendirian setelah ditinggalkan suami dan keluarga. Dalam kepayahan Zukhrina Syamimi cuba bangkit demi sebuah harga diri. Dia tidak mahu terus mengalah pada putaran takdir yang tidak pernah berpihak padanya.

Akhirnya setelah dia berhempas pulas membina kehidupan yang penuh gemilang tiba-tiba lelaki itu hadir semula dalam hidupnya. Menjadi pengemis cinta padanya. Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap langkahnya dahulu? Sedangkan dia tidak mampu lagi untuk mengutip kasih ibu yang jauh tercicir.

Monday, January 19

Terbaru dari Kamsiah Abu...


Penulis: Kamsiah Abu
Harga : RM16.90
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd

Sinopsis:

TIDAK KU PINTA.Pengalaman pahit ketika ghairah memupuk cinta pertama bersama Kamal membuatkan Haryati terpaksa membina tembok yang menutup pintu hatinya dari diterjah lagi oleh perasaan cinta dari insan yang bergelar kekasih. Hancur luluh perasaan Haryati bila Kamal menghilangkan diri. Tambah memeritkan apabila peristiwa hitam yang dilalui bersama Kamal sentiasa memburunya sehingga membuatkan Haryati sering lemas sendirian.

Namun hidup mesti diteruskan walau apa pun badai yang melanda. Pemergian ibu bapanya dalam trajedi hiba turut menjadikan Haryati seorang gadis yang cekal menghadapi segala cabaran hidup ini. Bukan lagi cinta yang dikejar tetapi cita-cita yang menjulang tinggi menjadi sasarannya kini.

Dalam menggapai cita-citanya, pintu hati Haryati sering diketuk oleh lelaki yang sentiasa dahagakan cintanya. Dalam kepayahan Haryati terus cuba mempertahankan tembok yang dibina demi menjaga maruah yang sudah tercalar dari terus menghantui hidupnya.
Kecekalan dan kesabaran Haryati di dalam mengharungi hidup tanpa insan-insan yang disayangi menjadi lebih mencabar apabila ketua dan majikannya juga terus-terusan menduga emosi dan perasaannya. Kehadiran Dato’ Johari, seorang lelaki hartawan yang begitu prihatin terhadap liku-liku kehidupan Haryati benar-benar menduga kekuatan Haryati dari terus mengurung hatinya dalam tembok yang dibinanya.

Demi maruah diri, akhirnya Haryati pasrah akan jodohnya, walaupun dia tahu bukan mudah untuk hidup dengan lelaki itu lantaran terlalu banyak perbezaan dan halangan yang membelenggu mereka.
Dapatkah Haryati membina bahgia bersama lelaki yang telah mula dicintai dengan sepenuh jiwa dan raganya, walaupun setelah mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya? Bagaimana pula Haryati mahu menepis segala fitnah yang mendatang lantaran Kamal tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya? Hanya “Tidak Ku Pinta” yang akan dapat memberikan jawapannya kerana apa yang berlaku bukanlah hak kita sebagai makhluk Allah untuk menentukannya!
Selamat membaca!....

* * * * * * *

Karya Terdahulu Kamsiah Abu:

Notapipi:

wa dah rembat kat markas sabtu lepas, ISO kicap weyy!....so dunn my geng...hehehe

sebenarnya banyak gak buku-buku baru keluaran Buku Prima kat kedai tapi awat laa kat website depa tak update langsung...issy sungguh tak berjiwa IT depa ni laa...