
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Nur Syakirin Abdul Majid terpaksa berkahwin dengan jiran hadapan rumahnya di kampung atas desakan abahnya. Ahmad Zaim pula terpaksa akur dengan kehendak orang tuanya yang meminta perkahwinan yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir diteruskan dengan berkahwin dengan Kirin.
Kirin dan Zaim adalah teman sepermainan sejak zaman kanak-kanak lagi. Tetapi hubungan mereka renggang apabila Zaim menjalinkan hubungan dengan Sofea, kekasih yang meninggalkannya pada saat-saat akhir mereka akan diijabkabulkan. Zaim berkelulusan luar negara manakala Kirin yang hanya berkelulusan SPM diijabkabulkan dalam suasana yang cukup meriah dan besar-besaran.
Namun begitu, kehidupan pasangan ini tidak seperti pasangan pengantin baru kerana Zaim masih tidak dapat melupakan Sofea. Mereka tinggal serumah tetapi tidur berasingan bilik. Kemunculan semula Sofea telah memberi impak sehingga hampir melumpuhkan mahligai yang terbina di antara Zaim dan Syakirin. Kemesraan yang terjalin antara Sofea dan Zaim menimbulkan rasa curiga di hati Kirin. Keegoaan dan keras kepala Zaim dan Syakirin menyebabkan rumah tangga mereka kucar-kacir.
Kehadiran Johan dan kemesraan Kirin terhadap Johan membuatkan Kirin seperti dua kali lima sahaja dengan Zaim. Mereka masing-masing hidup dalam keegoan tetapi masih mencintai dan menyayangi dalam diam. Walaupun pertengkaran seringkali terjadi, tiada penceraian yang dipinta. Emak, abah, umi, ayah adalah insan yang bertanggungjawab menyatukan mereka. Fiqa, Hairi, Sofea, Johan, Iman dan Naqhiff adalah insan - insan yang mewarnai hidup Kirin dan Zaim dengan bermacam-macam ragam, suka dan duka.
Berjayakah Kirin dan Zaim meninggalkan ego demi cinta mereka? Masing-masing tidak mahu mengalah dan masing- masing dua kali lima sahaja…
Tajuk: Pada Angin Aku Berpesan
Penulis : Adileah
Penerbit : Jemari Seni
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 5 Mac 2010)
perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?
Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!
Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?
Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.
Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?
Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.
Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?
Bencikah ini...?
Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.
Atau... cintakah itu?
* * * *
Pada Angin Aku Berpesan memperlihatkan idea ADILEAH untuk mengungkap: “Aku benci kepadamu,” dengan caranya yang tersendiri.
BAGI Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sebaik sahaja nyawa Maziah terpisah daripada badan.Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yang penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yang tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah.
Kemunculan Ilyana yang sarat dengan rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, diasanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa korbankan nyawa.
Fauzan, lelaki durjana yang telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yang dimiliki dijadikan umpan untuk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yang cantik dan jelita datang menagih kasihnya, hanya Ilyana yang ingin diburu.
Fikir Ilyana, baik Irfan atau Fauzan... kedua-duanya harus dijauhi. Dia tidak sanggup membiarkan hati terus berdarah. Berhenti atau berlari, dia akan pastikan tiada siapa bertakhta di jiwa. Biarlah dia sendirimeladeni kesedihan ini!
“Biar jarak dan masa jadi halangan, jika ada jodoh...
kita bertemu semula.”