Showing posts with label Elee Mardiana. Show all posts
Showing posts with label Elee Mardiana. Show all posts

Thursday, January 3

Sneak Peek: Antologi Jiwa Kacau Terbitan Alaf 21

5 kisah thriller dari 5 penulis thriller berbakat besar. Eik? sorang jer lelaki? baki 4 lagi adalah penulis wanita!
Cover depan Jiwa Kacau.

meRinnTis blurb/sinopsis

ruas binding. lebih 500 muka surat juga.

butiran penerbitan dan senarai tajuk dalam antologi Jiwa Kacau

Kisah pertama dalam Antologi ini adalah Tragedi di Lampu Isyarat oleh Elee Mardiana

kisah kedua dalam Antologi Jiwa Kacau adalah Menari Dalam Duka oleh Attokz Dikulgai

Kisah ketiga adalah Dendam Bunga Dahlia oleh Lynn Dayana

Kisah keempat dalam antologi ini adalah Buru Bayangan Rindu oleh Dhiya Zafira. Ada sedikit update mengenai Sid dan Ari dalam kisah ini :)

antologi ini ditutup dengan kisah Cinta berdarah oleh Salina Saleh.

Antologi ini ditamatkan di muka surat 552
Antologi Jiwa Kacau
Himpunan Kisah Thriller
Penulis-Penulis:
Elee Mardiana
Attokz Dikulgai
Lynn Dayana
Dhiya Zafira
Salina Salleh
Editor: Syamel Yusoff
Terbitan Alaf 21
552 mukasurat
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
1. Tragedi di Lampu Isyarat by Elee Mardiana
Aku tak pasti sama ada aku penah baca karya beliau bersama Alaf 21, tapi aku penah baca Pak Mat Kang dalam satu kompilasi terbitan KarnaDya :) memang memorable kisah tu. Kisah yang unik dan melucukan. Masa baru aku tau Oshun Muhammad tu Elee Mardiana :)
Tragedi Di Lampu Isyarat menyerlahkan Elee Mardiana sbg pengalun rentak thriller yang baik. Walaupun tiada hantu, keseraman tetap menyusup di beberapa sudut cerita. Debaran dan mood thrill dibiarkan menyelubungi cerita dengan baik dan penuh tanda tanya. Tahniah buat penulis.
Tragedi di Lampu Isyarat membawa kita mengenali Rita dan dari Ritalah kita dibawa menelusuri jiwanya yang terisi dengan misteri Jo dan Jul. Pengaruh Jo dan Jul yang tidak pernah dikenalinya adalah sangat besar dalam hidupnya kini. Dia menyelami kisah mereka dan itu membuatkan dia meninggalkan kota New York dan menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Bahasa asing yang sering diracaunya ketika tidur adalah bahasa Melayu dan nama tuhan yang sebut-sebutnya adalah nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jiwa dalam tubuhnya melepaskan rindu di Malaysia.
Mukhlis menjadi sasarannya untuk membongkar misteri kehilangan Jo. Perangkap hebat dipasang sehingga kita sendiri tidak terfikir cara ini yg digunakan Rita utk menbongkar rahsia. Rita tersalah umpan, namun 'pukat tundanya' mengena juga. Habis semua terjerat, dari ikan paling kecil sampai ikan paling besar. Patutlah ustaz ustazah siap bawak air zam-zam pun tak menjadi. SEdangkan diorang tu teror bab mistik2 ni :)


meRinnTis Blurb/sinopsis belakang buku:
Tragedi di Lampu Isyarat
Selepas kemalangan, Rita dikejutkan dgn surat Jul yg berada dlm dirinya. Jul meminta pertolongan Rita utk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.
2. Menari Dalam Duka by Attokz Dikulgai
Membawa menelusuri kisah kehidupan taiko dadah. Ghazem, Arzam Domino dan Tria, anak-anak malang yang dipelihara Tuan D. Apabila meningkat dewasa mereka sudah biasa dengan urus niaga dunia gelap milik Tuan D. Ghazem dan Arzam semakin cekap dan disegani orang-orang Tuan D. Sikap tamak mula menguasai Ghazem sehingga sudah tidak mempedulikan sahabat baiknya Arzam. Arzam sanggup ditentang demi menjatuhkan Tuan D. Tria dan Arzam saling memendam perasaan namun perasaan mereka tidak direstui Tuan D yang turut menaruh hati pada Tria.
Arzam disabotaj ketika beroperasi. Dia dikhianati. Peristiwa itu membawa dia ke dlm sebuah keluarga kecil yang memberinya ketenangan. Dia mahu berubah namun ingata kepada Tria membuat dia mahu membawa gadis itu keluar dari dunia noda bersama-samanya.
Banyak jargon dunia pengedaran/penagihan dadah yang dikongsikan penulis dengan pembaca. Kematian Ghazeem yang sekadar disampaikan melalui Kayrol ala-ala sinopsis kepada Arzam buat ia kelihatan seperti terlalu mudah berakhir. Namun bila kita baca sampai ke perkataan 'tamat' dalam kisah ini, kita tahu ianya mungkin tidak tamat di situ sahaja. Kisah ini mengingatkan aku betapa berkobar-kobarnya aku nak baca 'Gapura' karya Zehan Ur Rakhie. Tapi sampai sekarang tak dapat2 lagi buku tu. Mungkin kena pinjam dari sapa2 kot :)
sinopsis/meRinntis sinopsis belakang buku:
Arzam Domino terlibat dgn kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap., Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba memperbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.

3. Dendam Bunga Dahlia by Lynn Dayana
Pembunuhan dan rancangan membunuh yang menjadi hiburan buat pendendam. Demi melunaskan rasa tak puas hati org yang dekat dengannya, dia mencari mereka satu persatu. Disebabkan ada perkataan bunga dahlia, aku ingat ker pembunuh tu perempuan (sebab terpengaruh dengan cerita Nama Atas Kertas - Nasron Sira Rahim sebenarnya :) Kronologi cerita yang predictible untuk cerita ala-ala I know what u did last summer ni tetapi unsur debar dan thrillernya tetap ada untuk membuat kita tidak berenti selagi kisah pendek ini tidak berakhir.

Spelling nama pena Lynn Dayana kat kulit buku dan ruas binding tu salah ler. Lynn Dayana bukan Lyn Dayana. Rasa mcm orang lain pulak bila spelling nya lain dari biasa kan?

meRinnTis Sinopsis/blurb belakang buku:
Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yg lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorg pembunuh yg memburu mereka utk membalas dendam.
4. Buru Bayangan luka by Dhiya Zafira
Menggarap kisah seringkas ini pun Dhiya Zafira mampu menyampaikan kisah dengan sangat baik sekali. Watak Azalea mungkin kelihatan weng tetapi dia ada kekuatan tersendiri yang membuatkan ASP Adha Hijazi tertarik untuk mengambil tahu tentang kes pelik gadis itu. Dia mengaku menembak seseorang yg telah menceroboh biliknya tetapi apabila polis ke sana untuk menyiasat, mayat itu telah hilang. Later terbongkar kisah Azalea yang delusi dan pernah membunuh diri. Semua mungkin berkata 'patutlah' tetapi Adha masih ada kepercayaan pada Azalea yang kelihatannya seperti seorang yang sangat yakin. Keprihatinan Adha bakal membongkar sesuatu yang telah dirancangkan sejak 10 tahun yang lalu. Berjayakah dia menyelamatkan Azalea?
meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:
Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kpd mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 thn, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yg percaya cerita yg disampaikan Azalea kerana penyakitnya.
5. Cinta Berdarah by Salina Salleh
Memang jiwa kacau aku jadinya lepas baca kisah ni. Dialog-dialog yg aku rasa penuh dengan jeritan yang meluahkan rasa tension dan sakit hati yang membuat aku pulak yang jadi jiwa kacau. blurbnya sudah lebih dari cukup untuk menceritakan tentang kekacauan dalam jiwa Helmi.
meRinnTis blurb/Sinopsis belakang buku
Helmi kehilangan tunang tersayang dlm satu pembunuhan ngeri. Akibat tekanan yg dihadapi, dia mula menjejak pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh org yg disangkakan pembunuh tunangnya.
sure fine whateverr
Rinn

Wednesday, December 9

Trionovel Disember - Alaf21





Tajuk : Jika Kau Tiada
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Elin Nadia
ISBN: 978-983-124-479-1

Sinopsis:
SHAKIRA ILYANA kehilangan kasih ibu bapanya sejak kecil lagi. Lantas, dia dibesarkan oleh keluarga angkat. Namun, Shakira bersyukur dengan limpahan kasih sayang, keikhlasan dan persahabatan yang mengindahkan hari-harinya.

Perkenalan dengan Jimmy Hughes sejak zaman persekolahan membenihkan rasa cinta di hati Shakira. Biarpun banyak perbezaan di antara mereka, Shakira dan Jimmy mengimpikan kebahagiaan hidup bersama. Kerana cinta, Shakira tekad untuk menamatkan zaman gadisnya pada usia yang cukup muda.

Tatkala keindahan cintanya dengan Jimmy diusik dugaan, Shakira dikejutkan pula dengan pengakuan Hakim Shahmi, seorang jejaka yang obses tentang cinta. Dia berharap cintanya pada Shakira akan berbalas sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki gadis itu.

Shakira sedar, biarpun sukar dia perlu terus melangkah. Namun, mampukah Shakira melupakan segala kenangannya dengan Jimmy dan membuka lembaran baru dengan Hakim?



Tajuk : Cinta Kepala Batu
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ayu Emelda
ISBN: 978-983-124-473-9

Sinopsis:
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan nya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...



Tajuk : Cinta Seorang Kekasih
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Elee Mardiana
ISBN: 978-983-124-486-9

Sinopsis:
NADIA keliru pada mulanya. Rezza menghulurkan kasih tatkala dia serabut dengan kekusutan. Cinta sejati Rezza akhirnya mendamaikan jiwa. Walaupun keluarga Rezza menghalang hubungan mereka, lelaki itu tetap mahu bersama dengannya. Tiada siapa yang boleh memisahkan mereka kecuali TUHAN Yang Maha Esa.

Ketika hari bahagia menjelang tiba, Rezza ragu-ragu dengan kebaikan yang dihulurkan Danial kepada Nadia. Dia merasakan dalam diam, Danial menyimpan perasaan pada Nadia. Namun, demi cintanya kepada Nadia, dibuang keraguan itu jauh-jauh.

Bagi Nadia, hanya Rezza yang bertakhta di jiwa. Hatinya telah tertutup untuk insan lain. Kebahagiaanya hanya bila dia dapat hidup bersama Rezza. Bagaimanapun, kebahagiaan itu cuma dapat dikecapi untuk seketika sahaja. Mungkinkah Rezza terus setia?