Showing posts with label Syikin Zainal. Show all posts
Showing posts with label Syikin Zainal. Show all posts

Thursday, June 6

Novel Baru: Buku Prima

untuk updates terkini buku-buku terbitan buku prima, boleh terus ke website www.bukuprima.com.my/ atau ke facebook buku prima
 
Sinopsis
Dzaquan serba salah. Dia dalam dilema. Menerima ‘lamaran’ daripada Datuk Zaman atau berpisah dengan adik-adiknya? Menerima, bermakna dia akan melukakan sekeping hati seorang gadis yang tidak bersalah. Menolak, bermakna dia sanggup dipisahkan dengan adik-adiknya. Sudahnya, dia nekad. Satu keputusan harus dibuat. Dia terpaksa menjadi orang yang pentingkan diri sendiri demi mempertahankan adik-adiknya. Tapi, sanggupkah dia melukakan hati dan perasaan Aneesa, sedangkan dia tahu tiada ruang untuknya di hati itu?Aneesa pula sudah geleng kepala.Mr.Waiter? Rasa macam tak percaya saja dengan apa yang baru didengari daripada mulut rakannya itu. Terpikat dengan Dzaquan a.k.a tunang aku? Apa lebihnya Dzaquan, sampaikan dia menjadi kegilaan ramai perempuan di luar sana? Dah buta ke mata mereka? Dzaquan yang selekeh dan berambut panjang itu pula, dikatakan kacak dengan rambutnya diikat kemas? Senyuman dia boleh buat angau, suara dan layanan dia boleh buat jatuh cinta? Sah! Mereka semua dah tak betul! Tapi sejak bila pulak dia jadi waiter di CafĂ© S2? Kenapa dia langsung tak cakap pada aku? Aku kan tunang dia? Eh, kejap. Sejak bila aku akui dia sebagai tunang? Mereka bertunang pun kerana kedegilan papa. Di hatinya hanya ada Amsyar. Cinta aku hanya untuk Amsyar dan bukannya Mr.Waiter seperti Dzaquan tu!

“Ikatan yang ada di antara kita ni, tak penting ke untuk kau?” - Dzaquan

“Aku tak sangka orang macam kau hanya pentingkan diri sendiri! Yang boleh dibeli dengan wang ringgit! Aku benci kau! Aku benci kau!” - Aneesa
Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Sinopsis
Benci! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu. Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela. Bagi Hazrel, Nur Ain tidak layak menjadi isteri serta memiliki cintanya. Hanya kebencian yang dilihat pada gadis itu. Apabila mulut tidak seiring dengan kata hati, perasaan benci bertukar menjadi sayang. Ego yang dipertahankan akhirnya runtuh. Dalam melayari kebahagiaan, kebenaran muncul silih berganti. Oleh kerana tidak mahu hatinya terluka dengan sejarah lama, Nur Ain bertekad untuk mengundur diri. Adakah Hazrel rela melepaskan Nur Ain pergi daripada hidupnya? Siapa pula Eddie Zakuan? Apakah tujuan Eddie Zakuan mengambil berat serta setia di sisi Nur Ain tatkala gadis itu menghadapi masalah?

Friday, May 10

Novel Novel baru Mei dari Fajar Pakeer dan Buku Prima

ini dia karya-karya terbaru terbitan fajar pakeer
Korea I'm In Love by Zuliana Abuas
Sebab saya Suka Dia by Ellyne Alyana
dan
Sampai Bila by Ana Sofia
 


ni pulak karya-karya terbaru terbitan buku prima

Dia Tunang Aku by Dheya Adlynna
Cerita Satu Malam by Zaifuzaman Ahmad
dan
Suamiku Encik Sotong by Syikin Zainal

sure fine whatever
Rinn

Sunday, October 23

TrioNovel Disember - Buku Prima


Cinta Yang Terlewat
ZURIANI MUSTAFFA
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-14-6
~464 hlm

Di kala usia muda, Muhammad Fahim kehilangan isteri di saat buah cinta pertama hadir dalam hidupnya. Setelah menamatkan kembara ilmunya di bumi Anbiya.

Muhammad Fahim kembali ke tanah air, memulakan kehidupan sebagai seorang doktor sambil membesarkan anak yang menjadi penawar hidupnya. Dia bertemu dengan Nisaa, seorang isteri yang teringin bergelar seorang ibu setelah beberapa tahun berkahwin.

Tanpa cinta yang berputik, mereka berdua disatukan dalam satu kisah yang tak terduga. Perancangan manusia itu usaha, perancangan ALLAH itu takdir dan takdir yang itulah yang terbaik untuk mereka


Demi Cinta Ini
SYIKIN ZAINAL
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-13-9
~464 hlm

Myra Malissa Mohd Hakim yang sejak dari kecil hanya mengenali Haji Dasuki dan keluarga. Hidupnya menjadi teka-teki apabila Haji Dasuki sendiri tidak mahu menceritakan siapa dirinya yang sebenar.

Myra berjaya dalam misinya tetapi Myra juga berjaya membongkar satu rahsia yang menghiris dan menghancurkan kasihnya. Kisah cinta Danish dan Myra dicemari oleh onar Tan Sri Johar yang tidak mahu menyatukan mereka.

Bagaimanakah dengan kasih Danish terhadap Myra? Sanggupkah dia melukakan hati keluarganya demi cintanya pada Myra?


Pencuri Cinta
AINI EFFARIZA
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-16-0
~508 hlm

Safuan dan Laila dijodohkan atas pilihan keluarga, kedua-duanya mempunyai sejarah silam dikecewakan oleh cinta masa lalu.

Pada saat keduanya mahu memberi peluang kepada hati mereka untuk menerima cinta antara satu sama lain muncul semula cinta lama. Natasha muncul semula ke dalam hidup Safuan untuk menebus kesilapan lama dan mahu memenangi semula cinta Safuan.

Sementara Hafi z muncul kembali untuk Laila dan bertekad mahu menjadikan Laila isterinya yang sah walaupun dia sudah mempunyai isteri. Namun perjalanan takdir melukis kisah yang lain apabila Safuan ditakdirkan bernikah dengan Laila dan Natasha serentak

Monday, September 6

Terbaru daripada Buku Prima





Tajuk : Resah Kasih
Pebulis : EINA AFRINA
Harga :RM 19.90
ISBN: 967-978-5489-77-8
M/s :~496 hlm
Tarikh Terbit: 20 Sep 2010


Firda seorang gadis ceria yang dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah. Dalam diam, dia terpaut hati pada Zarez yang berkerja di syarikat keluarganya. Kemelut cinta bermula bila mengetahui Lisa juga mencintai lelaki yang sama. Hakikat itu membuat Firda dalam dilema kerana Lisa adalah kakaknya. Lisa berusaha memiliki Zarez membuatkan Firda sentiasa memendam rasa. Hingga akhirnya kasih yang disulam terkubur kerana satu peristiwa. Sebagai wanita bermaruah, Firda nekad menamatkan segala impian. Dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Bertahun berpisah dan akhirnya mereka bertemu kembali. Dalam diam kasih mereka tidak pernah mati. Zarez kembali menagih janji yang pernah mereka lafazkan empat tahun dulu. Sayangnya, luka di hati masih terasa pedihnya. Walau sehebat mana pun lelaki yang datang, pintu hatinya tetap tertutup rapat untuk menerima cinta yang baru. Di saat-saat cinta kembali bertaut, hubungan mereka sekali lagi mendapat halangan. Sedangkan cinta di hati Firda hanya untuk Zarez seorang. Demi cinta Firda rela terluka. Demi kasih Firda terus menunggu. Akhirnya kekuatan cinta telah menyatukan mereka dalam ijab dan kabul. Lantas, bahagiakah mereka melayari bahtera perkahwinan?






Cahaya Cinta
Aishah Abu Hassan
RM 25.90
ISBN: 978-967-5489-78-5
~720 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 20 Sep 2010
Perkahwinan yang bukan atas pilihan hati mengundang penderitaan Anis. Namun begitu, berkat kesabaran dan anak yang dikandungnya telah menguatkan semangat Anis untuk mencintai suaminya, Nizam biarpun lelaki itu tidak pernah membahagiakannya. Kehadiran Rizman, majikan Anis yang kacak dan sentiasa mengambil berat ke atas diri wanita itu telah menggugat perasaannya yang sememangnya dahagakan kasih sayang seorang insan bernama lelaki. Mampukah Anis menahan perasaannya pada Rizman? Adakah Nizam akan berubah menjadi seorang suami yang diimpikan oleh Anis? Cahaya Cinta sebuah kisah yang dapat merungkaikan segala-galanya.






Indahnya Takdir
Syikin Zainal
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-69-3
~480 hlm

Hartini mengharapkan cinta yang seharum mawar putih hadir di dalam hidupnya. Dia dengan setia menunggu cinta itu. Namun penantiannya itu terhenti apabila dirinya terpalit dengan warna kelam lantas dia hanya membiarkan dirinya hanyut di lautan yang tidak bertepi. Sedang Hartini di dalam derita, Hakim hadir menghulurkan dahan untuk Hartini berpaut. Hartini pasrah mencapai dahan itu tanpa mengira kerapuhan dahan yang dihulurkan demi maruah keluarga.
Hartini terpenjara di dalam Istana milik Hakim. Dia terus bertahan demi ayah tercinta. Biarpun perit namun, Hartini percaya akan hadir cinta antara mereka. Namun segala-galanya hanyalah mimpi di siang hari Kehadiran Hakim hanyalah berpaksikan perbohongan semata-mata. Dahan yang dihulur Hakim hanyalah sepotong dahan reput. Hartini kecewa dengan pembohongan Hakim. Kekecewaan ini mengajar Hartini tentang kehidupan. Pemergian si kecil, arwah Qaseh juga membuatkan Hartini bangkit dengan semangat waja untuk menempuh liku-liku hidup dan mencari erti cinta. Akhirnya kehadiran Iskandar Kemel melengkapkan erti cinta milik Hartini. Sedang asyik memadu cinta Hartini di lambung pula ombak duka. Kehadiran Iskandar Kamel membawa bersama kenangan hitam yang telah lama pergi namun masih berparut di hati. Di saat hati Hartini berbunga cinta Iskandar Kamel, Hakim hadir menyirami kasih yang belum pergi. Hakim rasa bersalah setelah mengetahui kata hati Hartini yang sengsara melalui diari simpanan Hartini. Hartini terperangkap antara cinta dan kasih, antara pertama dan terakhir. Hartini pasrah dengan ketentuan Ilahi kerana Hartini percaya seindah mana pun cinta yang hadir tidak dapat menandingi betapa Indahnya Takdir yang telah ditetapkan untuknya. Siapa kita untuk menolak takdir? Siapa pula pilihan Hartini?
Tarikh Terbit: 15 Ogo 2010