Showing posts with label Danisha Nur. Show all posts
Showing posts with label Danisha Nur. Show all posts

Friday, January 28

Terbaru daripada Buku Prima


Tajuk : Jambatan Kasih
Penulis : Danisha Nur
Harga : RM 19.90
ISBN: 978-967-0184-02-9
Halaman : 460 hlm

Naema Qistina kecewa apabila cinta Imran beralih arah pada Syafikah, teman baiknya sendiri. Dia membawa diri jauh dari kedua-duanya. Bertahun-tahun hatinya tidak diusik sesiapa sehingga suatu hari dia bertemu Adif, pemuda kacak dan lucu. Tidak lama berkenalan, mereka bertunang sebelum Naema mendapat tahu yang Suraya teman baiknya pernah menaruh cinta pada Adif. Naema mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan. Pelbagai insiden berlaku kemudiannya. Syafikah pula masih berusaha memperbaiki hubungannya dengan Naema sementara Imran melakukan pelbagai cara supaya Naema kembali padanya. Apakah hujung cinta Naema dan Adif? Sudikah Suraya berkorban demi teman baiknya?




Tajuk : Semenjak Kau Datang
Penulis : Muhd Nasruddin Dasuki
Harga : RM 15.90
ISBN: 978-967-0184-01-2
Halaman : 336 hlm

Sejak Hermawan, jejaka dari Lombok itu menyerlah sinar dalam hidup Syahwati , gadis yang baru selesai mengambil SPM itu terpana dengan janji manisnya. Lantaran hati nya yang terbuai oleh keasyikan SMS, dalam diam hati nya telah dicuri oleh jejaka pekerja tapak binaan itu. Hanya dia yang tahu apakah nikmatnya bercinta dengan jejaka itu sehingga dia lupa segala-galanya. Lantaran itu Syahwati mula berubah sikap dan bijak memanipulasi keadaan sehinggakan Hermawan berjaya melarikannya ke Pulau Lombok. Impian manis yang diharapkan ti dak menjadi kenyataan. Hati nya menjadi lara apabila dia diti nggalkan dan Hermawan kembali ke Malaysia kerana sukar mendapat pekerjaan di tanah kelahirannya. Bagaimanakah nasib malang gadis yang baru mengenal cinta ini? Seperti gadis-gadis lain yang pernah dilarikan ke Lombok, apakah nasib Syahwati lebih malang lagi?




Tajuk : Tajdid Rindumu
Penulis : DYZA AINUN
Harga : RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-11-1
Halaman : 672 hlm

Pengorbanan V’na menamatkan zaman remaja bukan relanya. Demi keterpaksaan itulah, dia menerima lamaran Siti Dalila, isteri kepada lzzul Haqeemi. Menjadi isteri kedua yang penuh dengan jutaan dugaan. Pergolakan hati dan perasaan dalam rumah tangga yang tidak dibungai rasa cinta. Berhadapan pula dengan kecemburuan Siti Dalila kemudiannya. Apa lagi, ternyata, V’na telah berjaya menganugerahi lzzul Haqeemi dengan gelaran paling istimewa, menjadi seorang bapa kepada bayi yang selama ini amat diharapkan oleh lzzul. Namun, V’na terfitnah oleh pelbagai hasutan yang didalangi oleh Siti Dalila. Berbaloikah sebuah pengorbanan?



Tajuk : CUCUR BAWANG & KOPI ‘O”
Penulis : HASRUDI JAWAWI
Harga : RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-10-4
Halaman : 720 hlm

Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

Wednesday, September 16

Baru dari Buku Prima

Tajuk: Kifarah Cinta
Penulis: Danisha Nur
Terbitan: Buku Prima
isbn: 9789675234675
RM17.90
Sabah Sarawak: RM20.90

"Andai kelukaanku bisa melunaskan dendammu, izinkan aku membayar seluruhnya untukmu"

sinopsis/blurb:
Kesederhanaan Ranialah yg menggamit hati Shahril. dia menerima Rania seadanya. Dia mahu memiliki hati Rania. faham tentang diri Rania dan semahu-mahunya menerima Rania pada semua buruk dan baiknya mahupun lebih dan kurangnya. -Shahril

Rasa terharunya tiba2 singgah. Sebulan dia menjaga Maksu, sepatah pun Maksu tidak pernah bercakap. Dia kembali mendapatkan maksu dgn mata berair. Entah kenapa hatinya bagaikan tersentuh. Perasaan yg dia tak mampu luahkan. - Sofea

Memang, memang mama benci Maksu. Maksu yg menyebabkan mama terpaksa berkahwin dgn papa kamu! Sebab Maksu kamu dah kahwin dgn lelaki tu, Tony. - Puan Aliyah
"Lelaki jenis apa awak ni? Suhaila bekas isteri awak tu sedang terseksa separuh gila menunggu awak tapi awak kat sini dengan penuh gembira ada anak isteri lain." - Rania

"Kalau saya boleh undurkan masa, saya takkan tinggalkan awak. Tapi kita tak miliki semalam. Kita cuma ada hari ini utk memperbaiki esok" - Ujang

--------------------

Ilham ini tercetus dari kisah-kisah realiti masyarakat tentang perkahwinan terlarang, tanpa restu, dendam dan perselisihan yg wujud dlm masyarakat. Bagaimana perkahwinan yg diatur keluarga mengorbankan banyak perasaan akhirnya membawa luka yg dalam dan dendam yg berpanjangan. Rania digambarkan sbg seorang yg degil, keras hati dan sentiasa tekad mengejar kehidupannya tapi dlm waktu yg sama masih cuba mencari keserasian dgn mamanya yg sentiasa tidak sehaluan dgnnya. Kesungguhan Rania mencari suami kpd maksu menggambarkan betapa kasih sayang masih utuh biarpun Maksu sudah tidak berdaya. ~Danisha Nur~






Tajuk: Biarkan Ia Pergi
Penulis: Liza Nur
Terbitan Buku Prima
Semenanjung Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
Isbn: 9789675234743

"Hapuskan derita yang menghambat bahagiamu..."


sinopsis/blurb:

"Saya pernah jumpa tapi saya tak pernah nampak dan tak pernah kenal siapa gerangannya atau dari mana datangnya dan mengapa dia hukum saya sebegitu rupa. Sampai sekarang saya hidup dengan tanda tanya." - Alissa

Cinta hanya kiasan sajak. Cinta hanya pelaris filem. Cinta hanya cerita dongeng dlm novel. Cinta adalah kebodohan manusia yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Hakikatnya cinta hanyalah kekeliruan dlm pemikiran manusia, ketakutan utk hidup sendiri ataupun rembesan hormon tubuh yg menghasilkan daya tarikan sementara - Zaquan Zachery

"Sebelum kau kata 'tidak', aku nak beritahu yg perasaan ini dah lama bersarang dlm hati aku. Aku tau kau mungkin tak suka aku. Tapi tiap kali aku pandang mata jernih kau, senyuman manis kau dan gaya percakapan kau yg comel, aku jadi separuh gila. Jadi sebelum aku betul2 mereng, aku tau aku patut berterus terang." - Izani

"Aku cemburu Lis. Sebab selama ini aku sayangkan kau. Tapi ego nak mengaku. Aku layan kau mcm aku layan teman2 wanita aku yg lain. Padahal, tempat kau di hati aku. Sebenarnya kau lebih dari mereka, Lis. aku sygkan kau lebih dari semua perempuan yg pernah aku jumpa sebelum ini. Walaupun dh terlambat, aku tetap nak beritahu kau. Aku sayangkan kau. Dan kalau Zaq tak layan kau dgn baik, aku sumpah akan rampas kau semula." - Badry

---------------------
Bayangkan seandainya satu episod malang membunuh segala kebahagiaan yg anda miliki dlm sekelip mata, melunyaikan segala mimpi-mimpi indah yg pernah anda ciptakan. Persoalan inilah yg menemukan saya dgn titik permulaan kisah 'Biarlah Ia Pergi'. Saya cuba membayangkan betapa rapuhnya titian perjalanan hidup yg harus kita rentasi. saya mahu membawa pembaca meneroka hidup Alisa Othman, gadis yg tidak pernah mengenal erti putus asa meskipun hidupnya beronar derita ~Liza Nur~