Showing posts with label Ezi Afiza. Show all posts
Showing posts with label Ezi Afiza. Show all posts

Thursday, July 12

Jom Beli Novel Baru Fajar Pakeer

DIA IDAMAN HATI

Penulis: Nadra Yasmina
ISBN 978-967-365-125-2
Sem. Malaysia RM21
Sabah/Sarawak RM24
“Apa awak cakap? Sila ulang.”
“Just acting. Berlakon saja. Pretend that you’re my wife... and I’m your husband. Simple, right?”
Simple tengkorak kau. Ada yang kena baham dengan aku ni karang!
“Berlakon ya? Senang kata awak ya?”
“Yes.”
“Awak nak saya berlakon jadi macam yang awak cakap tadi tu ya?”
“Yes, dear.”
Dia panggil aku dear, kan? Err... ke dia maksudkan deer?
“Wayar bumi kat kepala awak tu terbakar ke? Kena panah petir semalam ek? Ke awak semalam mimpi bersilat dengan Rimau Bukit Putus.”
Jeffrey ketawa kecil. “Saya minta tolong ni, awak. Tolonglah.”
“Tak naklah, tak nak. T.A.K. N.A.K!!!”
“Tolong, tolong. T.O.L.O.N.G!!!”
Apabila Jeffrey Iskandar diperangkap oleh bekas teman wanitanya, Lilac, untuk membawa isteri ke majlis makan malam, Asma, si pembantu rumah hujung minggu yang bekerja di kondo milik Jeffrey dijadikan sasaran untuk berlakon sebagai isteri. Asma bukanlah wanita idaman Jeffrey. Langsung tak masuk senarai apalagi mahu shortlisted. Pendek kata, bukan idaman hatilah. Tapi, Jeffrey tahu Asma pilihan terbaik untuk tugasan ini!
Asma, si jururawat pergigian yang terjerumus dalam misi balas dendam bekas teman wanita majikannya itu tiada pilihan. Kerana kesiankan Jeffrey, dia bersetuju. Namun tidak diduga, lakonan mereka tidak terhenti di situ. Mereka terseret ke kancah masalah yang lebih besar.
“Awak ni nakal dan kelakarlah. Sebab tu saya suka awak.”
Aduhai, bukan idaman hati sudah menjadi idaman hatikah? Baik Jeffrey mahupun Asma tidak berdaya menolak. Mampukah mereka berdua yang bagai langit dan bumi itu bersatu? Terbalaskah dendam Laila terhadap lelaki idamannya apabila Jeffrey nekad dengan keputusan yang tidak disangka-sangka!

PERSIS PUTERI

Penulis: Ezi Afiza
ISBN 978-967-365-124-5
Sem. Malaysia RM18
Sabah/Sarawak RM21
Pertunangan mereka bukan atas dasar suka sama suka. Malah bukan juga atas desakan keluarga. Pertunangan mereka adalah satu perjanjian yang memenuhi kepentingan dua insan.

Rizman diberi masa sebulan untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada keluarganya. Jika tidak, hak pemuda itu ke atas syarikat milik keluarga akan dilucutkan. Diyana pula mencari sesiapa sahaja yang boleh menjadi kekasihnya, semata-mata untuk membalas dendam kepada Badrul, lelaki yang telah mempermainkan cintanya. Pertemuan yang tidak diduga menjadikan Diyana pilihan Rizman. Namun, syarat diletakkan dalam perjanjian itu.
“Hanya untuk setahun. Dalam masa setahun ini, tiada sesiapa boleh mengganggu hak peribadi masing-masing.”
Permainan bermula. Lakonan tanpa skrip terus berjalan. Strategi-strategi yang dirancang berjaya menyempurnakan hasrat mereka. Namun, dalam kegembiraan melakonkan watak masing-masing, tanpa sedar ada mata yang memerhati, ada insan lain yang ingin menggagalkan lakonan mereka. Kehadiran Normee yang berjaya mencuri hati Rizman membuatkan Diyana dilanda cemburu. Diyana terpaksa mengundur diri. Tambah apabila lakonan mereka yang selama ini dibongkar. Rizman mula resah.
Dalam kemelut itu, ada insan lain yang sedang tertawa. Gembira menyaksikan semuanya. Siapakan gerangan insan itu? Apakah yang akan terjadi pada kepentingan Rizman dan Diyana setelah rahsia mereka terbongkar? Dan berjayakah seorang putera mencari puteri hatinya yang sekian waktu mengingin diri persis puteri?

TAKUT KAHWIN

Penulis Adeen Abigail
ISBN 978-967-365-123-8
Sem. Malaysia RM20
Sabah/Sarawak RM23

Jasmine Lee seorang wanita biasa yang memiliki fobia yang luar biasa. Tiada istilah pasangan hidup baginya. Seboleh-bolehnya, itulah yang cuba dia elakkan selama dia hidup. Setiap lelaki yang cuba diperkenal ibunya pasti ditolak tanpa sebab. Sehinggalah pada suatu hari, nama Ben Carl Fernandez muncul dalam hidupnya di atas sekeping business card.

“Untuk pengetahuan kau, aku ni bakal isteri direktor hotel ni. Next time, watch your way,” katanya dengan sombong sambil menanggalkan kaca mata hitam yang sejak tadi melindungi matanya.

Gila! Entah dari mana dia dapat idea untuk cakap begitu. Gara-gara tidak puas hati dengan gelaran puan, sanggup dia membohong untuk mempertahankan dirinya dan gelaran cik. Pada pertemuan pertama, Jasmine tanpa sengaja mencipta salah faham antara mereka. Salah faham itu berlarutan dan menyebabkan perkenalan mereka menjadi serba tak kena. Siri pertengkaran berlarutan antara mereka. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah.

“Kau tu tak sedar-sedar diri lagi, kau tu pencuri.” Idea tiba-tiba datang dalam kesesakan. Tapi logik ke pencuri?
“Pencuri? Tak masuk akal. Aku curi apa? Hati kau?” Ben tergelak lagi. Sempat lagi memalukan Jasmine.

Tidak menyangka permusuhan mereka akan berakhir, persahabatan mula terjalin antara Jasmine dan Ben. Tanpa sedar, perasaan hangat menyusup ke dalam hati masing-masing. Namun perasaan takut terhadap komitmen dan hubungan perkahwinan membuatkan Jasmine melupakan sahaja perasaan itu sementara Ben masih terluka hatinya kerana Natasha, si kekasih lama.

Adakah Ben akan membiarkan semua itu terjadi begitu sahaja? Bagaimana pula halnya dengan Jasmine dan ketakutan sofistikated yang mengekangnya selama ini?

KEMELUT DI MUARA RINDU

Penulis: Affi Dhiya
ISBN 978-967-365-119-1
Sem. Malaysia RM21
Sabah/Sarawak RM24
Atas kejadian tidak sengaja, Iman Shartina dan Syed Hakim, memilih jalan untuk menamatkan zaman bujang dalam usia yang muda. Walaupun saat itu masing-masing sudah berpunya. Namun, panas tidak sampai ke petang. Kerana pertelingkahan kecil, Iman Shartina pergi membawa diri.
“You tak kisah beritahu siapa you?”
Masa berlalu, waktu beredar. Takdir menemukan mereka kembali. Syed Hakim datang menuntut haknya sebagai seorang suami dan ayah. Itu pun saat dia yakin dan pasti yang Aiman itu anaknya. Namun, kedegilan Iman Shartina tidak pernah berkesudahan. Kehadiran orang ketiga antara mereka memburukkan lagi keadaan. Syed Hakim keliru untuk memilih di antara cinta dan tanggungjawab.
Saat Iman Shartina pasrah dengan permainan takdir, dia ditemukan dengan seorang gadis bernama Rina yang mempunyai wajah yang seiras dengannya. Siapakah Rina? Apakah hubungan Rina dan Iman Shartina? Adakah hubungan Iman Shatina dan Syed Hakim akan kembali bersatu? Atau, Aiman terpaksa membuat pilihan? Memilih ibu atau ayah. Antara cinta dan tanggungjawab, Syed Hakim harus mimilih yang mana? Akan berakhirkah kemelut rindu yang melanda jiwa Iman Shartina dan Syed Hakim?

DATANG PADA WAKTUNYA

dari blog Fajar Pakeer Sdn. Bhd. at

Penulis: Maria Kajiwa
ISBN 978-967-365-121-4
Sem. Malaysia RM20
Sabah/Sarawak RM23
Sebuah projek pembinaan jambatan yang sudah 45 tahun terbengkalai, membawa Edri dan kawan baiknya, Adam, ke sebuah kampung di tepi Sungai Pahang.

“Encik Edri pernah melihat hantu?” tanya Encik Amin sekali lagi.

Edri tergamam. Sudah dua kali juga soalan itu ditanyakan kepada dia. Dia semakin keliru. “Apa kena-mengena kerja saya dengan hantu, Encik Amin? Saya bukan Ghostbusters.” Dalam ketawa yang dibuat-buat, dia cuba berseloroh.

“Jawab soalan saya dulu.” Kali ini suara Encik Amin semakin garau dan dalam walau tidak sampai membentak.

Dalam perjalanan menuju ke tempat yang dituju, kereta yang dinaiki telah rosak. Edri dan kawan serumahnya, Adam, telah dibantu oleh dua orang gadis kampung yang bernama Saleha dan Murni. Di kampung itu mereka berdua dijaga dan dilayan dengan baik sehinggakan Edri dan Saleha saling jatuh cinta. Namun Hasan, pemuda kampung yang sudah lama mencintai Saleha menjadi penghalang.

“Kalau saya tak penggal kepala dia, saya bukan Hasanlah, nek!” jerit Hasan sebelum beredar.

Mampukah Edri menyelesaikan misteri pembinaan jambatan itu? Mampukah dia pulang semula ke kota? Siapakah Saleha yang sebenarnya? Dan Saleha, siapakah yang akan menjadi pilihannya selepas Edri meluahkan rasa?

Monday, November 23

Akan Datang - Dengarlah Duhai Hati


Insyirah selalu menjadi mangsa kebencian emaknya hanya kerana dia tidak sehebat abang-abangnya. Hatinya memberontak dengan sikap emaknya. Hanya ayahnya dan Hadi yang memahami dirinya. Hadi, rakan yang dikenali sejak kecil menjadi tempat dia mengadu. Hubungan rapat antara Insyirah dan Hadi membuahkan satu perasaan aneh dalam diri Hadi namun dipendamkan sahaja. Ternyata Insyirah menganggap Hadi sebagai sahabat apabila memperkenalkan Aiman sebagai teman istimewa.

Perkenalan dengan Aiman merubah semuanya. Pertama kali Insyirah mengenal erti cinta dan pertama kali dia membenarkan hatinya ditakluki. Dengan rela, dia menerima lamaran Aiman tanpa sedar akan perasaan Hadi terhadapnya. Namun, keindahan yang dinikmati hanya sementara.

Insyirah tertekan apabila Aiman menghilangkan diri dan penderitaannya ditambah dengan pemergian ayah yang disayangi. Dugaan demi dugaan membuatkan dia jadi hilang pertimbangan. Dalam menghadapi kemelut itu, Hadi datang menjadi penyelamat. Namun, mampukah dia melupakan Aiman?

Wednesday, August 12

Lagi Mininovela Baru dari Fajar Pakeer

Dari website Fajar Pakeer: Kisah yang padat dalam bentuk Mini Novella. Terbaru daripada Fajar Pakeer Sdn. Bhd. untuk anda. Akan menemui anda!!!

ish lagi2 tambah ke excited an aku jer nih... tambah2 ada plak buku Bikash yg memang dah berakaq aku tunggu, at last kuar jugak Bukan Pilihan Hati. hehe.. dah lama tergoda ngan teaser citer nih... Akhirnya muncul jugak. aku tengok mininovela yg lain pun menarik nyerrrrr nak borong! hehe.


sinopsis Kasih Merah Jambu

Pertama kali Geng Panda bertemu Pinky Girls, mereka mula melancarkan perang. Masing-masing berazam akan membalas dendam antara satu sama lain. Shark takkan lupa bila dia bermandikan jus tembikai ketika dia berlagak macho mahu memikat si gadis merah jambu.
Pertemuan mereka tidak terhenti di situ. Mereka ditakdirkan bertemu lagi di Success Institute. Hobi mereka hanya tahu mengenakan antara satu sama lain. Pinky Girls takkan tenteram selagi misi mengenakan Geng Panda tak dijalankan. Geng Panda takkan duduk diam bila Pinky Girls mula buat hal. Segala pembalasan dendam tahap maut punya!

Kata-kata yang keluar daripada mulut Geng Panda ibaratnya macam keluar api daripada mulut naga. Pinky Girls pula takkan biarkan Geng Panda sesuka hati menyakat mereka.
Masing-masing besar kepala. Dua-dua tak nak mengalah. Mereka tak pernah cuba untuk berbaik. Tapi… siapa kata Geng Panda tak ada hati perut. Satu peristiwa boleh melenyapkan segala sakit hati yang berbuku di jiwa. Lalu, berbekalkan penyesalan yang beraja di hati, masing-masing bertemu muka, sambil di kepala mula bermain dengan perkataan ‘maaf.’


Sinopsis Jatuh Cinta Lagi:


Pertemuan tanpa dirancang antara An Nuur dan Adzim membuatkan mereka berkongsi rasa yang sama. Masing-masing kecewa dengan cinta pertama. Dalam An Nuur cuba mengubah hidupnya bersama teman baru Razif kembali untuk menagih kesetiaannya.

Dalam kekalutan yang singkat, mainan perasaan menghantui empat hati ini. Izan cintakan Adzim sedangkan Azim sudah mula menyukai An Nuur. Razif yang dahulunya meninggalkan An Nuur semata-mata untuk Dilla kini mula faham yang Dilla tidak mampu menjadi seperti An Nuur.

Apakah An Nuur akan jatuh cinta lagi kepada Razif, bekas tunangnya atau memilih Adzim lalu mencalarkan persahabatan antaranya dengan Izan? Atau sebaliknya?Kalau dia jodoh awak, dia akan cari awak.

Sinopsis Bukan Pilihan Hati:

Lelaki itu pilihan hati baba dan amma, bukan dia.

Lelaki itu pilihan hati Sera, bukan dia.

Jadi, bagaimana boleh dia mesrai hati seorang lelaki yang hatinya sendiri tidak berkehendak? Dia, Nur Raniaa, tidak tahu bagaimana mahu menggarap sayang untuk Fathi. Tidak juga tahu bagaimana mahu menerima suami sendiri apabila penerimaan itu mengakibatkan dia hilang kawan baik.

Jadi, salahkah kalau dia tidak mahu beri peluang hati menerima bukan pilihan hati? Silapkah kalau dia tidak boleh terus membenci apabila hati mula kenal cinta kepada Fathi sedang Sera lebih layak?



sinopsis Cinta Untuk Indah

Indah Chempaka dan Irham Haqim dipertemukan kembali tanpa diduga. Namun, pertemuan ini langsung tiada manisnya. Ada saja perbalahan dan peperangan dingin yang tercipta di antara mereka. Dalam dingin ada kasih yang disemai. Dalam benci ada rindu yang bertandang.

“Kaulah cinta pertamaku… Kekasihku yang selama-lamanya”Itu kata Irham Haqim, meletakkan Indah Chempaka di dalam hatinya. Namun, apa pula kata Indah Chempaka buat Irham Haqim? Masih meletakkan kasihnya buat lelaki itu atau lupakan saja kisah di antara mereka?

Apakah dalam diam, benih cinta sudah kembali bersemai di antara mereka?







sinopsis Cinta Tak Bersyarat:
Sinopsis
‘Kalaulah bulan itu berhampiran dengan bumi, sudah lama aku gapainya. Kalaulah bintang itu berkilauan tanpa mengira siang dan malam, tak perlulah aku pasangkan lampu di teratak indahnya dan kalaulah cinta aku dibahagikan dua, pastinya hanya untuk Adriana dan Erin sahaja yang bertakhta di hati !’




sinopsis Gaun Cinta

Biarlah Gaun ini jadi lambang dan saksi Cintaku kepada dirimu.

Ek eleh! Apa ke poyonya mamat tu. Siap bawak payung lagi. warna Pink Panther pulak tu… Isy, memang sah-sah dan confirm Auw! Mirzan Hanni mengutuk tanpa belas. Matanya lincah menjalankan scanning terhadap makhluk yang dimaksudkan.
Fazral Rafzan tetap selamba kodok, tidak terkutil langsung dengan tingkah dan tindakan gaya minah sengal ala-ala spesis makhluk asing yang baru nak kenal manusia. Itu pula komen pertama Fazral Rafzan akan sikap Mirzan Hanni, gadis brutal persis jantan menurut pandangan matanya.
Memang poyo dan auw sangatkah si Fazral Rafzan hingga dengan senang hati Mirzan Hanni menyedekahkan anugerah yang membawa gelaran “nyah” kepadanya? Atau memang si Mirzan Hanni aci stok mulut over insuran? Sesedap rasa bak Sirim yang memberi label walau label yang diberinya tak pernah dipinta jauh sekali dibuat permohonan malahan memang tak akan mendapat kelulusan badan berkenaan, [SIRIMlah mana lagi], tapi Mirzan Hanni peduli apa.
Namun, tanpa mereka sedar, pertemuan tak sengaja dalam persepsi berbeza itulah yang telah mengheret keduanya pada satu perhubungan yang tidak mampu mereka tolak dan elak. Macam-macam yang berlaku dan segala kemacaman itulah yang seakan menjadikan keduanya bagai medan magnet berlainan kutub yang menarik di antara satu sama lain.
Bagaimanakah kepoyoan berjaya mengundah-gulanakan kebrutalan emosi dengan serangan virus tak bervaksin? Apa kaitan sehelai gaun dalam hidup gadis bernama Mirzan Hanni dan kritikal sangatkah ke‘Nyah’an Fazral Rafzan dalam kepoyoannya? Siapa yang bakal menggula-gula dan siapa pula yang bakal dilollypop...
Nantikan jawapannya di dalam Mini Novella terbitan terbaru dari Fajar Pakeer yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

sinopsis Lakaran Rindu
Hubungan rapat antara Karina dan Haris bermula sejak kecil lagi. Di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan namun takut untuk diluahkan. Masa yang berlalu memisahkan mereka lantaran Haris yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hanya surat dan e-mel menjadi penghubung antara mereka berdua.
Kemunculan Mr. Driver yang tiba-tiba muncul mengganggu ketenteraman hidup Karina. Bermula dengan pertemuan pertama yang menyakitkan hati sehinggalah pertemuan berikutnya. Adakah ini semua hanya satu kebetulan apabila dia ditemukan kembali dengan pemuda itu?
Karina bertekad melancarkan perang dingin dengan Mr. Driver tersebut. Namun dia mula senang setelah mengenali pemuda itu. Dia akui pemuda itu mempunyai keistimewaan tersendiri. Namun, hatinya sudah diberikan kepada orang lain. Tak mungkin dia akan berpaling!
Dalam meneroka persahabatannya dengan Mr. Driver serta rindunya yang sentiasa menanti kepulangan Haris, dia menerima satu kenyataan yang sukar untuk diterima. Kenyataan yang membuatkan dia menjauhkan diri dari semua. Mampukah dia menerima kenyataan yang disampaikan Haris itu?
Dan siapa sebenarnya Mr. Driver yang selama ini mengisi hari-harinya?.




Tuesday, June 16

Novel Baru KN bulan JUN




Tajuk : Seindah Taman Raudah
Penulis : Damia Zahra
Penerbit : Kaki Novel
Raffique,

aku mahu kau tahu bahawa air mata ini tidak pernah kering tiap kali aku mengingatimu.Tiap belaianmu, tiap titis kasihmu membuat aku tidak pernah tahu apa itu erti derita. Namun semua itu hanya memori semalam. Kau bawa pergi kasih kita.Kau tinggalkan mimpi indah di saat cinta bersemi. Tiap duka yang terpendam ku simpan bersama. Dan ku singkap kenangan dulu kali rindu datang.


Andai bisa ku lafazkan erti cinta ini, akan kucoret di tiap dada langit yang kosong.Sepanjang perjalanan ini aku menghitung hari demi hari, mencari cinta yang agung.Aku ingin menjadi teman di setiap mimpi indah dalam lenamu.Aku juga mahu menjadi sesuatu yang akan sentiasa kau rindui. Aku mahu tiap langku kau ada bersama, kerana aku tahu aku menyintaimu.Dan aku mahu menjadi Faizalmu yang abadi.

Kupertaruhkan cinta yang satu. Kuhitung tiap tutur yang kau cipta.Kubina impian di atas mimpi yang belum pasti. Kutitipkan kasih abadi pada janji yang dibina.Dan aku tahu bila keyakinan ku datang, kasihku bukan hanya sekadar cinta kerana kasihku ada SEINDAH TAMAN RAUDAH.


Tajuk : Kerana Cinta

Penulis : Efi Afiza

Penerbit : Kaki Novel


Dua kisah kehidupan.Dua kisah percintaan yang berbeza.Kerana cinta mereka bahagia. Kerana cinta mereka sengsara.

CINTA

Seorang gadis yang kematian ibubapa.Dia dijaga oleh ibu saudara yang mengasihi dirinya.Perkenalan dengan Hazriq membuatkan dia mula mengenali erti rindu.Namun, hubungan mereka dicemburui oleh Lidya, sepupunya.Lidya mula membuat rancangan bagi memisahkan mereka.Cinta sedaya upaya mempertahankan hubungannya dengan Haziq namun apabila Haziq sendiri berubah hati, dia terpaksa mengalah.Kerana kecewa, dia akhirnya membawa diri...

HAIRI,

Cintanya terhadap Salina tiada tandingnya tetapi hubungan mereka tidak direstui keluarganya.Kerana cinta yang mendalam dia sanggup meninggalkan kemewahan demi untuk insan yang disayangi.Hatinya gembira tatkala ibunya mula berubah dan mengajak dia kembali ke rumah.Namun, disebalik kebaikan itu, terdapat seribu dendam.Kerana terlalu kecewa dengan nasib dirinya , dia sekali lagi membawa diri.


Dua kisah menjadi satu.Kerana cinta mereka dipertemukan.Kerana cinta mereka sekali lagi mengharungi dugaan kehidupan.Dugaan Hazriq yang sekali lagi hadir menagih kasih lalu mengusik hati Cinta.Ditambah lagi sikap ibu Hairi yang masih lagi memikirkan soal darjat.Satu demi satu dugaan yang datang adakalanya menyebabkan mereka keliru namun mereka tetap menempuhnya dan mempertahankan hanya KERANA CINTA.


Monday, March 23

Novel Baru PTS & Fajar Pakeer

Tajuk: Urana Exham: Satu Eterniti
Penulis: Kusyi Hirdan
Harga: RM19.00 (Semenanjung Malaysia)
RM21.00 (Sabah & Sarawak)
352 mukasurat

Novel Sai Fai Romantik Pertama Malaysia

"Bisakah jiwa kita bersatu"

Novel ni saya agak teruja nak baca sbb dah baca first part dulu yg bertajuk "Urana Exham".

Jasad Urana sudah mati
Hati Exham turut mati
Tapi cerita ini tidak lagi bertemu penamatnya.
Bangsa Miri adalah golongan yang selama ini ditindas. Namun era kebangkitan mereka telah tiba. Kehebatan bangsa Miri telah mencetuskan rasa iri hati pada puak lain. Terjadilah konflik politik dunia Oshab di bawah pimpinan Exham. Konflik ini membawa kepada ancaman yang tidak disangka.
Dalam kekalutan itu, Exham telah dibayangi kisah lampaunya bersama Urana. Mungkinkah apa yang dihajati oleh Exham dapat dizahirkan?
Apakah Urana dapat mengubah segala-galanya buat Exham?
Apakah cinta mampu melawan yang sudah tersurat dalam destini?



Diam-diam Rindu by Ezi Afiza
Terbitan Fajar Pakeer
Tahun 2009

"Jika cinta itu satu gurauan, mengapa perpisahan begitu menyakitkan?"

Elisya, seorang gadis yang tabah. Dia cuba bangkit daripada kegagalan hidup semalam walaupun ada kalanya dia hampir-hampir berputus asa. Takdir menemukan dia dengan Amir, sahabat lama yang memberikan semangat untuk dia meneruskan hidup. Namun, sedang dia hampir meniti bahagia, Fikri muncul sekali lagi. Dia buntu. Antara Amir yang mula bertapak di hatinya dan Fikri, insan yang pernah dicintainya.

Dan bagaimana pula dengan Zarin, sahabatnya, yang pernah bertakhta di hati Amir?

Antara cinta dan sahabat, mereka keliru dalam hidup. Antara cinta dan sahabat, ada kalanya mereka menidakkan perasaan masing-masing dan ada kalanya mereka membuat keputusan yang bertentangan dengan apa yang mereka rasa. Antara cinta dan sahabat, perlu dipilih satu antara dua.


Aku, Dia dan Cinta by Hafirda Afiela & Rehal Nuharis
Terbitan Fajar Pakeer
Tahun 2009

Antara mereka ada kenangan yang tersimpan. Mereka sering bersama dan sering bersaing antara satu sama lain. Namun, hanya kerana satu perkara, mereka hilang kenangan.

Tisya, gadis selamba yang meminati bidang muzik. Impiannya mahu membuktikan yang muzik juga punya masa depan. Namun tanpa diduga keakraban itu telah memberikan rasa yang dia sendiri belum sedia merasainya. Ada yang menghalang dan ada yang menyokong. Adakah lagu cinta terus berkumandang?

Razen, pemuda yang langsung tidak mempercayai istilah cinta pandang pertama, tetap setia menanti gadis yang sememangnya telah tersimpan kemas di lubuk hatinya. Apakah dia harus menanti si dia yang entah di mana bayangnya atau menerima kenyataan yang dia sememangnya telah terkena panahan cinta pandang pertama?

Inilah kisah aku, dia dan cinta…



Rindu Yusuf Cinta Zulaika by Siti Rozilah
Terbitan Fajar Pakeer
Tahun 2009

"Riwayat cinta mengatakan, bukankah Yusuf pasangannya Zulaika?"

Dia diijabkabulkan dalam usia yang masih terlalu muda. Namun ianya bukanlah satu penyesalan, kerana dia menyimpan cinta mendalam terhadap Yusuf Hakimi. Status seorang isteri baginya adalah status yang sewajarnya dihormati. Dia nekad untuk menjadi isteri solehah, yang dijanjikan Allah menapak ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.

Tapi kewujudan Intan Juliana dalam rumah tangga mereka bagaikan api dalam sekam, membakar dalam diam. Kenapa suaminya perlu memilih seorang perempuan sebagai teman baiknya? Kenapa?

Rasa rendah diri kerana belum mampu melahirkan bayi comel dalam rumah tangga semakin menekan perasaan. Dan, kehadiran Johan yang memintanya agar membenarkan suaminya berpoligami menghakis sabarnya selaku isteri, yang goyah statusnya. Hidupnya terumbang-ambing. Bahagianya sirna. Lalu bagaimanakah cara untuk dikembalikan semula bahagia itu dalam hidupnya?

Benarkah Yusuf pasangannya Zulaika?