Showing posts with label Zulina. Show all posts
Showing posts with label Zulina. Show all posts

Wednesday, April 17

Apa yang baru dari Jemari Seni dan JS Adiwarna? Jom tengok!

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu karya baru Hlovate kan? Sedia untuk sambar Anthem ya! dapatkan juga Hlovatinta yang merupakan koleksi kata-kata motivasi dari novel-novel hlovate. Baguslah, takpayahla aku simpan buku nota koleksi kata2 motivasi aku yang dah lunyai tu. :) terbaek.
 
 


sesuatu yang baru dari Nazurah Aishah ;)


tengok nama penulis ni teringat kat cherry merah.


hmmm mesti ada yang akan compare dengan si mangkuk tingkat kan?

yang ni memang nak menambahkan koleksi! terbaek!



Saturday, November 12

Terbaharu daripada Jemari Seni


Tajuk : Merahnya Ceri
Penulis: Zulina
ISBN: 978-967-5118-73-9
Harga: RM22.00 (Sem. Malaysia)/RM25.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 18 Nov. 2011

Berapa peratus wanita di dunia ini tidak pernah kecewa dengan cinta pertama?

Aina Marsilla bukan salah seorang daripadanya!
Lama sekali barulah dia sudi membuka hatinya semula. Namun, kenapa rasa cinta itu tidak pernah sama dengan cintanya pada Ahmad Yasser? Ahmad Yasser pergi begitu sahaja dan membiarkan Aina kesepian sekian waktu! Sampainya hati dia!


Aina tidak pasti arah tujuan sebenar hubungannya dengan jejaka baharu. Konflik yang tercipta membuatkan Aina menjauhkan diri daripada Khairil. Biarlah hati ini tidak berpenghuni! Biarlah dia sendiri lagi!! Biarlah hatinya bukan milik siapa-siapa pun!!!

Bagaikan sebuah drama... tiba-tiba muncul si dia yang membuat hatinya tenang dan senang. Namun kenapa ya, bilamana saat bahagia sudah di ambang pintu si dia hilang tanpa dapat dikesan.

Lalu hilangnya dia, diganti pula dengan hadirnya Ahmad Yasser? Lama sudah dia menutup ‘buku cintanya’ pada ‘lelaki yang tidak setia’ itu. Perlukah Aina tunduk padanya atau Aina terus menunggu si dia yang hilang itu menemui jalan pulangnya?

* * * *

ZULINA membawa kita menelusuri hati Aina Marsilla yang senantiasa diuji cintanya. Merahnya Ceri di tangan ZULINA tentulah menjanjikan pengakhiran yang manis lagi indah, bukan?