untuk mendapat updates terkini novel-novel terbitan alaf21, boleh terus ke website rasmi alaf21.com.my
Sinopsis
Sebaik sedar daripada koma, kehidupan Keyra Adeela
menjadi huru-hara. Ironinya dia terlupa tentang hubungannya dengan Hardy Mirzal.
Keyra cukup terderanya kerana realitinya dia seorang isteri dan suaminya adalah
lelaki itu.
Ingatannya hilang dalam ruang masa enam tahun sebelum itu.
Betapa percaturan takdir cukup mengelirukan. Imran Hafiz, lelaki yang pernah
diminati suatu ketika dulu muncul semula. Di hatinya mula berputik rasa sayang
dan cinta.
Siapa yang sebenarnya bertakhta di hati Keyra? Segalanya kian
rumit dan bercelaru. Mampukah memori yang hilang menyinari kembalimenyingkap
rahsia antara dia dan Hardy?
Sinopsis
HAIFA hanya gadis biasa. Tidak sesempurna mana.
Harta tiada. Pelajaran apatah lagi. Justeru, beza dia dengan Iman bagai langit
dan bumi. Haifa yang tidak pernah sedar diri, tetap bersikap ‘hidung tak
mancung, pipi tersorong-sorong’. Sangkanya, kasih yang bertunas bakal mekar
hingga ke penghujung. Mana sangka ia layu sebelum berkembang. Haifa merana
sehingga pinggang rampingnya bertukar menjadi ‘papan sekeping’. Sejak itu
diharamkan mulutnya daripada menyebut nama Iman.
Ketika akalnya
merangkak-rangkak melupakan Iman, Nazim muncul merayu kasih. Puas ditolak, Nazim
tetap buat tak faham. Mana mungkin dia menerima lelaki itu? Nazim lebih pelahap
daripada buaya Bujang Senang. Jika diterima, bimbang hatinya dilapah-lapah
sampai lumat. Sudahlah begitu, perangainya pula tidak menepati kriteria lelaki
idaman. Namun, jangan harap Nazim mahu mengalah. Selagi Haifa tidak berkata
“Ya!”, selagi itulah dikejarnya Haifa sampai dapat.
Ketika fikirannya
bergelut, Iman ingin kembali padanya. Biarpun sudah beristeri, Iman tetap tidak
sedar diri. Jemu dia berkata “Tidak!” tetapi Iman tetap mendesak. Di antara Iman
dan Nazim, Haifa jadi buntu. Puas dia lari ke kiri dan ke kanan. Malangnya, dia
tersepit di tengah-tengah. Ah! Siapakah yang harus dia pilih?
Sinopsis
Tiba-tiba saja Kamal Hanafi hendak kahwin! Dia
nekad mahu menjadi suami terbaik. Sejak pertemuan secara tidak sengaja, puas dia
mencari rumah si gadis. Tidak sangka, Sharina si gadis manis itu adik kepada
kawan baiknya sendiri.
Tanpa rasa malu, dia meluahkan rasa suka kepada
Sharina melalui Hisham. Hisham yang sudah tahu hati budi Kamal, memberi jaminan
bahawa adiknya pasti akan hidup bahagia di samping lelaki itu.
Sebagai
adik yang taat, Sharina setuju mengikut kehendak abangnya. Namun, terselit juga
rasa ingin membalas dendam. Kenal pun tidak, macam mana hendak bertentang mata?
Kamal Hanafi harus diuji.
Selepas hidup bersama, ternyata Kamal suami
yang baik, tetapi keluarga mertuanya cukup merimaskan. Kerana rasa sayangnya
yang tidak ternilai, Sharina sanggup menjadi mangsa keadaan.
“Dalam
genggaman rindu, Kamal terus menunggu. Ke bahagiaan yang pernah dikecapi,
mungkinkah hadir kembali?”
Sinopsis
Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi.
Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia
akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hatin. Bencinya Dian pada
‘Encik Beruang’ yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah
putus.
Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin
dia suka. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps… mana boleh?
‘Cik Singa’ ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan
itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia
perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi
lembut.
Sebenarnya, dalam diam Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut
berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa
yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin
tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat.
“Abang ni kiranya
macam TNB, ya?”
“TNB di hati Dian Qarmila.”
Sinopsis
Antologi Romantika adalah cerita pendek daripada
lima orang novelis yang begitu mahir mentafsir makna cinta. Kisah cinta ini
digarap dengan indah dan dipenuhi elemen-elemen kasih sayang, pengorbanan,
pengertian dan penyesalan. Cinta adalah hak milik setiap insan. Carilah cinta
kerana cinta ada di mana-mana.
JIKA ITU MAHUMU- EKA FAHARA
“Mungkin
bila kita berjauhan, kita akan lebih menghargai hubungan ini. Jika suatu hari
nanti, kita ditakdirkan bertemu kembali, mungkin itu petanda yang kita memang
serasi untuk hidup bersama,” ulas Zara sayu.
BULAN MADU DI YARRA VALLEY
– IRIS IXORA
“Biarpun saya kehilangan dia, tetapi saya masih punya mama,
permata yang akan terus memancarkan cahaya dalam hidup saya. Saya tidak akan
tunduk pada kekecewaan ini. Biarlah segala itu berlalu kerana saya akan pastikan
semua ini tidak akan berulang kembali. Saya tidak akan jadi tuli dan buta lagi.
Pengajaran yang terlalu pahit dan mahal harganya!”
MAWAR TIGA WARNA –
PUTERI ANDALAS
“Aku tak berapa suka bau orkid, kekwa atau lili. Aku jatuh
hati dengan bunga mawar. Yang merah, yang samar, yang kuning… tiga warna ni yang
aku suka. Hmm… mawar lebih wangi dan cantik pada aku.”
API CINTA LANDO –
NURASSYI RASHID
Aku selalu berdoa semoga Sephia gadis terakhir yang akan
kucintai. Tapi apabila muncul Hanna, hatiku sedikit songsang pada kesetiaan
cinta. Beberapa kali aku mengutuk diri sendiri kerana jatuh cinta lagi.
Sememangnya, aku bukan lelaki yang setia. Mungkin begitulah lazimnya seorang
lelaki. Senang jatuh cinta tanpa memikirkan risiko yang menantinya.
KASIH
TERCIPTA UNTUKMU – DAMYA HANNA
“Jujur aku cakap, Hawa! Bayang-bayang Raif ada
dalam diri dia. Mungkin sebab tu aku sukakan dia. Tapi, aku tak nak perasaan ni
lagi. Aku nak hidup macam biasa. Aku tak nak jadi orang yang tak mampu lupakan
kenangan lama. Hawa... kau tolonglah aku! Apa patut aku buat? Kenapa susah
sangat aku nak lupakan Raif? Kenapa mesti Fairuz wujud dalam hidup aku dan
buatkan aku teringat lagi pasal Raif?”