Showing posts with label Hafirda Afiela. Show all posts
Showing posts with label Hafirda Afiela. Show all posts

Wednesday, August 12

Lagi Mininovela Baru dari Fajar Pakeer

Dari website Fajar Pakeer: Kisah yang padat dalam bentuk Mini Novella. Terbaru daripada Fajar Pakeer Sdn. Bhd. untuk anda. Akan menemui anda!!!

ish lagi2 tambah ke excited an aku jer nih... tambah2 ada plak buku Bikash yg memang dah berakaq aku tunggu, at last kuar jugak Bukan Pilihan Hati. hehe.. dah lama tergoda ngan teaser citer nih... Akhirnya muncul jugak. aku tengok mininovela yg lain pun menarik nyerrrrr nak borong! hehe.


sinopsis Kasih Merah Jambu

Pertama kali Geng Panda bertemu Pinky Girls, mereka mula melancarkan perang. Masing-masing berazam akan membalas dendam antara satu sama lain. Shark takkan lupa bila dia bermandikan jus tembikai ketika dia berlagak macho mahu memikat si gadis merah jambu.
Pertemuan mereka tidak terhenti di situ. Mereka ditakdirkan bertemu lagi di Success Institute. Hobi mereka hanya tahu mengenakan antara satu sama lain. Pinky Girls takkan tenteram selagi misi mengenakan Geng Panda tak dijalankan. Geng Panda takkan duduk diam bila Pinky Girls mula buat hal. Segala pembalasan dendam tahap maut punya!

Kata-kata yang keluar daripada mulut Geng Panda ibaratnya macam keluar api daripada mulut naga. Pinky Girls pula takkan biarkan Geng Panda sesuka hati menyakat mereka.
Masing-masing besar kepala. Dua-dua tak nak mengalah. Mereka tak pernah cuba untuk berbaik. Tapi… siapa kata Geng Panda tak ada hati perut. Satu peristiwa boleh melenyapkan segala sakit hati yang berbuku di jiwa. Lalu, berbekalkan penyesalan yang beraja di hati, masing-masing bertemu muka, sambil di kepala mula bermain dengan perkataan ‘maaf.’


Sinopsis Jatuh Cinta Lagi:


Pertemuan tanpa dirancang antara An Nuur dan Adzim membuatkan mereka berkongsi rasa yang sama. Masing-masing kecewa dengan cinta pertama. Dalam An Nuur cuba mengubah hidupnya bersama teman baru Razif kembali untuk menagih kesetiaannya.

Dalam kekalutan yang singkat, mainan perasaan menghantui empat hati ini. Izan cintakan Adzim sedangkan Azim sudah mula menyukai An Nuur. Razif yang dahulunya meninggalkan An Nuur semata-mata untuk Dilla kini mula faham yang Dilla tidak mampu menjadi seperti An Nuur.

Apakah An Nuur akan jatuh cinta lagi kepada Razif, bekas tunangnya atau memilih Adzim lalu mencalarkan persahabatan antaranya dengan Izan? Atau sebaliknya?Kalau dia jodoh awak, dia akan cari awak.

Sinopsis Bukan Pilihan Hati:

Lelaki itu pilihan hati baba dan amma, bukan dia.

Lelaki itu pilihan hati Sera, bukan dia.

Jadi, bagaimana boleh dia mesrai hati seorang lelaki yang hatinya sendiri tidak berkehendak? Dia, Nur Raniaa, tidak tahu bagaimana mahu menggarap sayang untuk Fathi. Tidak juga tahu bagaimana mahu menerima suami sendiri apabila penerimaan itu mengakibatkan dia hilang kawan baik.

Jadi, salahkah kalau dia tidak mahu beri peluang hati menerima bukan pilihan hati? Silapkah kalau dia tidak boleh terus membenci apabila hati mula kenal cinta kepada Fathi sedang Sera lebih layak?



sinopsis Cinta Untuk Indah

Indah Chempaka dan Irham Haqim dipertemukan kembali tanpa diduga. Namun, pertemuan ini langsung tiada manisnya. Ada saja perbalahan dan peperangan dingin yang tercipta di antara mereka. Dalam dingin ada kasih yang disemai. Dalam benci ada rindu yang bertandang.

“Kaulah cinta pertamaku… Kekasihku yang selama-lamanya”Itu kata Irham Haqim, meletakkan Indah Chempaka di dalam hatinya. Namun, apa pula kata Indah Chempaka buat Irham Haqim? Masih meletakkan kasihnya buat lelaki itu atau lupakan saja kisah di antara mereka?

Apakah dalam diam, benih cinta sudah kembali bersemai di antara mereka?







sinopsis Cinta Tak Bersyarat:
Sinopsis
‘Kalaulah bulan itu berhampiran dengan bumi, sudah lama aku gapainya. Kalaulah bintang itu berkilauan tanpa mengira siang dan malam, tak perlulah aku pasangkan lampu di teratak indahnya dan kalaulah cinta aku dibahagikan dua, pastinya hanya untuk Adriana dan Erin sahaja yang bertakhta di hati !’




sinopsis Gaun Cinta

Biarlah Gaun ini jadi lambang dan saksi Cintaku kepada dirimu.

Ek eleh! Apa ke poyonya mamat tu. Siap bawak payung lagi. warna Pink Panther pulak tu… Isy, memang sah-sah dan confirm Auw! Mirzan Hanni mengutuk tanpa belas. Matanya lincah menjalankan scanning terhadap makhluk yang dimaksudkan.
Fazral Rafzan tetap selamba kodok, tidak terkutil langsung dengan tingkah dan tindakan gaya minah sengal ala-ala spesis makhluk asing yang baru nak kenal manusia. Itu pula komen pertama Fazral Rafzan akan sikap Mirzan Hanni, gadis brutal persis jantan menurut pandangan matanya.
Memang poyo dan auw sangatkah si Fazral Rafzan hingga dengan senang hati Mirzan Hanni menyedekahkan anugerah yang membawa gelaran “nyah” kepadanya? Atau memang si Mirzan Hanni aci stok mulut over insuran? Sesedap rasa bak Sirim yang memberi label walau label yang diberinya tak pernah dipinta jauh sekali dibuat permohonan malahan memang tak akan mendapat kelulusan badan berkenaan, [SIRIMlah mana lagi], tapi Mirzan Hanni peduli apa.
Namun, tanpa mereka sedar, pertemuan tak sengaja dalam persepsi berbeza itulah yang telah mengheret keduanya pada satu perhubungan yang tidak mampu mereka tolak dan elak. Macam-macam yang berlaku dan segala kemacaman itulah yang seakan menjadikan keduanya bagai medan magnet berlainan kutub yang menarik di antara satu sama lain.
Bagaimanakah kepoyoan berjaya mengundah-gulanakan kebrutalan emosi dengan serangan virus tak bervaksin? Apa kaitan sehelai gaun dalam hidup gadis bernama Mirzan Hanni dan kritikal sangatkah ke‘Nyah’an Fazral Rafzan dalam kepoyoannya? Siapa yang bakal menggula-gula dan siapa pula yang bakal dilollypop...
Nantikan jawapannya di dalam Mini Novella terbitan terbaru dari Fajar Pakeer yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

sinopsis Lakaran Rindu
Hubungan rapat antara Karina dan Haris bermula sejak kecil lagi. Di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan namun takut untuk diluahkan. Masa yang berlalu memisahkan mereka lantaran Haris yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hanya surat dan e-mel menjadi penghubung antara mereka berdua.
Kemunculan Mr. Driver yang tiba-tiba muncul mengganggu ketenteraman hidup Karina. Bermula dengan pertemuan pertama yang menyakitkan hati sehinggalah pertemuan berikutnya. Adakah ini semua hanya satu kebetulan apabila dia ditemukan kembali dengan pemuda itu?
Karina bertekad melancarkan perang dingin dengan Mr. Driver tersebut. Namun dia mula senang setelah mengenali pemuda itu. Dia akui pemuda itu mempunyai keistimewaan tersendiri. Namun, hatinya sudah diberikan kepada orang lain. Tak mungkin dia akan berpaling!
Dalam meneroka persahabatannya dengan Mr. Driver serta rindunya yang sentiasa menanti kepulangan Haris, dia menerima satu kenyataan yang sukar untuk diterima. Kenyataan yang membuatkan dia menjauhkan diri dari semua. Mampukah dia menerima kenyataan yang disampaikan Haris itu?
Dan siapa sebenarnya Mr. Driver yang selama ini mengisi hari-harinya?.




Monday, March 23

Novel Baru PTS & Fajar Pakeer

Tajuk: Urana Exham: Satu Eterniti
Penulis: Kusyi Hirdan
Harga: RM19.00 (Semenanjung Malaysia)
RM21.00 (Sabah & Sarawak)
352 mukasurat

Novel Sai Fai Romantik Pertama Malaysia

"Bisakah jiwa kita bersatu"

Novel ni saya agak teruja nak baca sbb dah baca first part dulu yg bertajuk "Urana Exham".

Jasad Urana sudah mati
Hati Exham turut mati
Tapi cerita ini tidak lagi bertemu penamatnya.
Bangsa Miri adalah golongan yang selama ini ditindas. Namun era kebangkitan mereka telah tiba. Kehebatan bangsa Miri telah mencetuskan rasa iri hati pada puak lain. Terjadilah konflik politik dunia Oshab di bawah pimpinan Exham. Konflik ini membawa kepada ancaman yang tidak disangka.
Dalam kekalutan itu, Exham telah dibayangi kisah lampaunya bersama Urana. Mungkinkah apa yang dihajati oleh Exham dapat dizahirkan?
Apakah Urana dapat mengubah segala-galanya buat Exham?
Apakah cinta mampu melawan yang sudah tersurat dalam destini?



Diam-diam Rindu by Ezi Afiza
Terbitan Fajar Pakeer
Tahun 2009

"Jika cinta itu satu gurauan, mengapa perpisahan begitu menyakitkan?"

Elisya, seorang gadis yang tabah. Dia cuba bangkit daripada kegagalan hidup semalam walaupun ada kalanya dia hampir-hampir berputus asa. Takdir menemukan dia dengan Amir, sahabat lama yang memberikan semangat untuk dia meneruskan hidup. Namun, sedang dia hampir meniti bahagia, Fikri muncul sekali lagi. Dia buntu. Antara Amir yang mula bertapak di hatinya dan Fikri, insan yang pernah dicintainya.

Dan bagaimana pula dengan Zarin, sahabatnya, yang pernah bertakhta di hati Amir?

Antara cinta dan sahabat, mereka keliru dalam hidup. Antara cinta dan sahabat, ada kalanya mereka menidakkan perasaan masing-masing dan ada kalanya mereka membuat keputusan yang bertentangan dengan apa yang mereka rasa. Antara cinta dan sahabat, perlu dipilih satu antara dua.


Aku, Dia dan Cinta by Hafirda Afiela & Rehal Nuharis
Terbitan Fajar Pakeer
Tahun 2009

Antara mereka ada kenangan yang tersimpan. Mereka sering bersama dan sering bersaing antara satu sama lain. Namun, hanya kerana satu perkara, mereka hilang kenangan.

Tisya, gadis selamba yang meminati bidang muzik. Impiannya mahu membuktikan yang muzik juga punya masa depan. Namun tanpa diduga keakraban itu telah memberikan rasa yang dia sendiri belum sedia merasainya. Ada yang menghalang dan ada yang menyokong. Adakah lagu cinta terus berkumandang?

Razen, pemuda yang langsung tidak mempercayai istilah cinta pandang pertama, tetap setia menanti gadis yang sememangnya telah tersimpan kemas di lubuk hatinya. Apakah dia harus menanti si dia yang entah di mana bayangnya atau menerima kenyataan yang dia sememangnya telah terkena panahan cinta pandang pertama?

Inilah kisah aku, dia dan cinta…



Rindu Yusuf Cinta Zulaika by Siti Rozilah
Terbitan Fajar Pakeer
Tahun 2009

"Riwayat cinta mengatakan, bukankah Yusuf pasangannya Zulaika?"

Dia diijabkabulkan dalam usia yang masih terlalu muda. Namun ianya bukanlah satu penyesalan, kerana dia menyimpan cinta mendalam terhadap Yusuf Hakimi. Status seorang isteri baginya adalah status yang sewajarnya dihormati. Dia nekad untuk menjadi isteri solehah, yang dijanjikan Allah menapak ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.

Tapi kewujudan Intan Juliana dalam rumah tangga mereka bagaikan api dalam sekam, membakar dalam diam. Kenapa suaminya perlu memilih seorang perempuan sebagai teman baiknya? Kenapa?

Rasa rendah diri kerana belum mampu melahirkan bayi comel dalam rumah tangga semakin menekan perasaan. Dan, kehadiran Johan yang memintanya agar membenarkan suaminya berpoligami menghakis sabarnya selaku isteri, yang goyah statusnya. Hidupnya terumbang-ambing. Bahagianya sirna. Lalu bagaimanakah cara untuk dikembalikan semula bahagia itu dalam hidupnya?

Benarkah Yusuf pasangannya Zulaika?