Showing posts with label Ilya Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Ilya Abdullah. Show all posts

Tuesday, October 16

Sneak Peek: Coke & Sundae II

ni adalah kesinambungan dari kisah bahagian pertama Coke & Sundae. Ilya Abdullah selitkan penanda buku comel. Setiap kali KN buka order untuk 300 orang pertama tu cepat2lah order. Biasanya Penulis akan sain dan kadang2 ada juga yang menyeiltkan tandahati yang comel. :)

titipan penulis...

 


butiran penerbitan

Back cover dan blurb

kisah ini tamat di muka surat 618... wuaaah tebal juga!
confirm tak da sambungan ke tiga ;)

Selamat membaca!

Coke & Sundae II
Penulis: Ilya Abdullah
Terbitan Kaki Novel
RM22.00
Sabah/Sarawak RM25.00
618 muka surat

"Jika takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai." ~Syakir
"Tapi kalau Ribut Katrina melanda rumah kita macam mana pulak?" ~Azyan

Keseluruhannya nada cerita ini adalah komedi, tapi disulam thriller bila disambung dengan komedi semula kesan thriller kurang mendalam. Rasanya mungkin elemen komedi itu yang lebih kuat dalam gaya penceritaan Ilya Abdullah. Walau bagaimanapun penulis ada talent utk mengadun cerita thriller. Mungkin dapat menambah bilangan penulis thriller wanita di Malaysia?

Banyak nyawa yang terkorban dalam pembikinan novel ini. Kira kejutan juga buat aku kerana memang tak expect langsung ada kematian demi kematian. Mungkin masa menulis novel ni penulis dlm mood 'membunuh'. ;) Yang pasti, kematian yg paling mengejutkan adalah bomoh Esah tu yang kena heart attack selepas terserempak dengan menantunya yg iras2 hantu berbedak sejuk.

Aku tak tau macam mana otak dalam kepala Syakir berfungsi. Dia sanggup mengambil risiko yang amat besar demi memberi pengajaran kepada seseorang yang tiada pertalian darah dengannya. Berbaloikah dengan segala apa yg berlaku demi suatu pengajaran yang hanya menjadikan orang itu lebih gila. Tapi Syakir tu memang gila. Kadang2 rasa mmg patut pun Syakir buat macam tu kat Azyan yang selalu main kasar dgn suaminya. Apa2pun, walaupun ada air mata yang menitis, penulis cepat menutupnya dengan scene yang mengundang ketawa. Penah tengok orang menangis kemudian ketawa? Ha aku dah jadi macam tu. hehe.

Tidak banyak kematangan yang tumbuh dalam watak Syakir dan Azyan selepas 5 tahun berkahwin. Diorang masih gila-gila macam dulu.

sure fine whatever
rinn

Friday, April 22

Rinn Reviews : 566 Hari Mencari Cinta


566 Hari Mencari Cinta
Penulis: Ilya Abdullah
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
409 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak RM21.00
9789675067709


"Kerana satu perjanjian, aku mencari cinta.
Dan kerana perjanjian itu, aku menemui cinta."


566 Hari Mencari Cinta menawarkan kelainan dalam menghayati kisah cinta seorang wanita yang mencari kemewahan semata-mata. Firdayu mungkin sama dengan kebanyakan 'villain' perempuan dalam novel-novel melayu yang palsu cintanya dan kejam hatinya. Kecantikannya dapat memikat banyak lelaki dari pelbagai lapisan kehidupan; yang miskin, yang sederhana dan yang kaya raya. Tetapi Firdayu akan mengukur tahap kekayaan seseorang yang ingin dijadikan teman lelakinya.


Cabaran nenek yang dibencinya supaya mencari suami dalam tempoh 566 hari disambut Firdayu dengan penuh bangga kerana dia dijanjikan keseluruhan harta milik nenek sekiranya berjaya mencari cinta dalam tempoh tersebut. Huzair adalah pilihan utamanya kerana dia ada semua ciri yang Firdayu cari.


Kid mengambil masa untuk menyerlah dalam kisah ini. Pada pendapat aku perwatakan Kid tidak sesuai dengan namanya ringkasnya 'Kid'. Gaya 'nerd' Kid membuat dia kurang terserlah tetapi semakin jauh pembacaan Kid semakin menyerlah sebagai seorang yang sangat penting dan berpengaruh dalam hidup Firdayu.


Hanya kaki putar belit dan si mata keranjang seperti Firdayu sahaja yang dapat memerangkap Firdayu; iaitu neneknya sendiri. Segala tipu muslihat Firdayu ada dalam koceknya. ;) Rupa-rupanya nenek Firdayu itu pun lebih kurang juga ligatnya masa muda-muda dulu. Bukan senang Firdayu nak meruntuhkan egonya untuk mengucapkan terima kasih kepada neneknya yang telah membuat dia terperangkap dalam cinta sebenar :)


sure fine whatever
rinn


blurb/rinns/sinopsis


Firdayu: "Aku mencari cinta semata-mata kerana kemewahan yang bakal aku kecapi dan aku tidak akan biarkan diriku tunduk pada cinta!"


Kid: "Semua orang menggelarkannya 'poison ivy'. Cantik tetapi beracun. Tapi tak kisah kerana aku akan sentiasa melindungi dia dari sebarang ancaman. Kenapa? Itu adalah tugas yang telah diamanahkan untuk aku"


Ruzair: "Aku cuba bermain dgn 'si ular' ini namun akhirnya aku telah dipatuk. Semakin aku mengenali dia, semakin aku ingin memiliki dia"


566 hari... tempoh untuk Firdayu mencari cinta kerana satu perjanjian. Cinta senang dicari namun mudahkah untuk mencari cinta sejati? Apatah lagi Firdayu memilih lelaki seperti memilih baju. Yang berjenama lebih diutamakan. Tanpa jenama, dicampak ke tepi.

Monday, March 14

Kaki Novel: Nantikan April ini



"PILIHAN MAMA" AKAN MENEMUI ANDA APRIL INI! KARYA DARI PENULIS BAHARU KAKI NOVEL
UMIE NADZIMAH
ISBN: 978-967-5067-69-3
SEMENANJUNG : RM 18.00
AHLI KN: RM 14.00
SABAH/SARAWAK: RM 21.00
AHLI KN: RM 17.00
Sinopsis:-


Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.



Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?




ILYA ABDULLAH
KARYA TERBAHARU DARI PENULIS 'COKE AND SUNDAE'
566 Hari Mencari Cinta
SEMENANJUNG: RM 18.00 / AHLI : RM 14.00
SABAH/SARAWAK: RM 21.00 / AHLI : RM 17.00
ISBN: 978-967-5067-70-9

Sinopsis:-
Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.



'M.A.I.D' - SURI RYANA
ISBN: 978-967-5067-77-8
SEMENANJUNG: RM 26.00
AHLI KN: RM 22.00
SABAH/SARAWAK: RM 29.00
AHLI KN: RM 25.00





Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.


Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Monday, August 9

Review: Coke And Sundae by Ilya Abdullah


Coke And Sundae
Penulis: Ilya Abdullah
Penerbit Kaki Novel Enterprise
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
368 mukasurat
isbn: 9789675067518


'Syakir:
"Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
dua tiga boleh kucari,
mana nak sama dgn Miss Coke ku seorg."


Azyan: "Pak Sameon menoreh getah,
pigidah!!!"


Tengok tajuk jer kita dah terasa-rasa keselambaan cerita ini. Heroin yg ditampilkan dalam cerita ini memang lain dari yg lain. Dia sangat kuat. hehe. Selalunya bila heroin dirujuk sbg kuat adalah ketika dia tabah menerima dugaan dlm hidupnya. Tapi si Azyan ni kuat as in mencepuk, membelasah dan menghadiahkan lebam2 fizikal kpd org yg cari pasal dgn dia. Rasanya physically dia tak lah kuat, cuma dia mahir teknik2 tertentu utk menjatuhkan lawan so itu menjadikan dia kelihatan kuat.


Alam remaja yg semakin ditinggalkan menjadikan Azyan mahu berubah mjadi lebih feminin hinggakan tiga jejaka (bapa dan 2 abgnya) istimewa dlm hidupnya terlopong. Walaupun perubahan dia macam jadi tak jadi, tetapi dia tetap mencuba.


Syakir ni sejak zaman skolah lagi dah syok kat Azyan. Tapi tak penah rasa takut akan kehilangan Azyan wpun dia tak penah confess cinta dia kat Azyan tapi dia yakin suatu hari nanti Azyan akan jadi isteri dia. Tapi perubahan Azyan yg jadi lebih feminin tu membuat Syakir sgt bimbang kerana rupa cute yg sebelum ni hanya dia sorang nampak sudah terserlah di mata semua org tambah2 jejaka2 saingannya spt Haziq, Zekri, Rizlan, malah Syamir, adik Syakir yg baru masuk 13thn tu pun jatuh hati dgn Azyan.


Jejaka idaman hati Azyan adalah lelaki yg lebih kuat darinya. Azyan jatuh hati dgn luaran Haziq tapi syg Haziq tu lari lintang pukang bila diganggu sekumpulan samseng, last2 Azyan yg kena mblasah diorg semua utk selamatkan Haziq. Reject! Zekri? Romeo tahap tak hengat. Reject! Rizlan? Mamat hensem yg kaya dgn badan macho berketul2. Perfect!


Syakir? Tak masuk list langsung. Azyan bencikan Syakir sbb Syakir selalu memaksa dan setiap kali Syakir berjaya membuat dia melakukan benda2 yg dia sendiri tak terfikir nak buat seperti jadi heroin utk teater dan pegi berkhemah. Syakir tu terer bab mengugut. Tambah2 dia ngam ngan bakal2 abg ipar dan pandai approach bakal pak mentua dia, Mejar Idris yg bermisai melintang tu.


Rasanya kalau Syakir tu tak garang sangat dan gentleman sikit, mesti azyan suka. Wpun dulu masa skolah Syakir ni cicak kobeng, tapi la ni dah macho. Macam mana akhirnya cik gorilla jatuh cinta ngan encik doktor cicak kobeng? Mula2 jatuh lubang dulu lepas tu baru jatuh cinta. heran aku gak mula2 cemana tengah2 utan tetiba ada lubang. memang ganas idea budak2 teater tu. Nak buat cemana, dah hero heroin pun ganas semacam.


Biasanya hero mcm Syakir tu aku tak suka sgt sbb suka buli dan menyakitkan hati heroin, tapi memandangkan heroin nya adalah Azyan yg sama jer tahap buli dgn Syakir so aku rasa diorang sangat perfect 2gether! :) gila-gila la penulis citer ni, nasib baik dia tak pilih tajuk Gorilla vs. Cicak Kobeng! haha... Coke and Sundae adalah tajuk yg sangat catchy ;)


Paling lawak part masa Azyan mengigau dlm hutan tu. Tetiba jer dia bangun dan jerit nak bunuh syakir n then dia tido balik. Bebudak camping tu nak gelakpun tak berani sbb takut kena cepuk dgn Syakir. hehe.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis/blurb belakang buku:


Boleh ke Miss coke yg gagah perkasa berjumpa dgn Mr. Right yg lebih kuat daripada pujaan hatinya, The rock? Ada ke Mr. rightnya tu? bunyi macam pelik aje...


Mr Sundae pula dok pendam perasaan pada Miss Coke. Nak luahkan perasaannya pada Miss Coke? Hmmm... smpai kiamat la jawabnya.


Tetapi kalau Miss Coke dan Mr Sundae bertembung... mesti nak perang mulut, mesti nak bergaduh. Kalah anjing dan kucing!


Sebabnya, Mr Sundae ni bukan jenis mat jiwang karat. Kaedah dia nak mengurat Miss Coke ni pula slow nauzubillah! Satu dunia dah tahu yg Mr Sundae ni ada hati pada dia. Tapi dia ni aje yg tak perasan.


Sedap ke rasanya kalau coke bercampur dgn sundae? he he he... bacalah Coke and Sundae utk mengetahui kesudahannya.

sinopsis di web kaki novel
Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!

Monday, July 26

Baru di Pasaran :)


Sinopsis:
Sesuci Cinta, merupakan novel pertama Aina Emir, membawa anda bertemu dengan watak Nuraina yang tinggalkan negara tercinta untuk merantau bagi mengubat hati yang terobek. Di England, kepedihan dan kekecewaan Nuraina terubat jua dengan kehadiran lelaki yang bernama Behzad. Namun manusia… sehebat mana pun merancang, Tuhan yang menentukannya. Lambaian Istana AlHambra di Andalusia, membawa Nuraina bertemu kekasih lamanya, Armand. Mampukah Nuraina menemui kebahagiaan seperti yang diimpikan?


Novel kedua, Seharum Kasih membawa pembaca bertemu Rasya Aleeya dan Syed Reeza. Apakah mungkin dua hati mampu merindui pada bait kata-kata? Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Atau ini sekadar ilusi dan trend orang muda sahaja? Mampukah Rasya mengharungi segala sakit dan perit untuk menemui sebuah keharmonian cintanya?


Setulus Janji, novel ketiga pula akan membawa anda bertemu Insyirah dan Ilham, dua beradik angkat yang pernah dibesarkan bersama. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Setelah bertahun memendam rasa, Insyirah memilih Aiman sebagai tempat berpautnya. Ketika itu, hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka. Di manakah letak keikhlasan hati pasangan yang bercinta? Apakah janji mampu menyemarakkan rindu yang kian menjadi pudar dan suram?


Kompilasi ini wajib dimiliki anda yang gemar membaca novel romantis. Anda boleh mendapatkan kompilasi ini eksklusif di semua cawangan kedai buku Popular tidak lama lagi pada harga yang cukup istimewa. Turut disertakan ialah penanda buku istimewa dalam setiap kompilasi eksklusif ini.



---------


Berbisiklah Rindu
Suhaniza Sulaiman
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-67-9
480 mukasurat

Tarikh Terbit: 27 Jul 2010

Kerana dendam lampau yang tidak berkesudahan, ramai yang telah merana dan menjadi korban. Kerana dendam itu juga, maka terciptalah pertemuan antara Iswan, Misha, Haikal dan Marsha. Pertemuan yang tidak dirancang membuka lembaran baru dalam hidup Iswan yang masih lagi terluka serta kecewa ditinggalkan si kekasih sewaktu ikatan pertunangan ingin disatukan menjadi ikatan suci suami isteri yang berkekalan abadi. Ia juga memberi sinar cinta dalam hidup Misha yang kini sudah mula mengenal erti rindu dan kasih sayang yang membuai hati dan perasaan. Malah menjanjikan seribu satu kebahagiaan buat Haikal dan Marsha yang masih lagi dibelenggu kisah silam yang pahit dan sukar untuk dilupakan. Musibah yang datang akibat peristiwa lampau yang masih lagi memburu hidup mereka begitu menguji sedalam mana kasih sayang di antara empat insan bercinta ini. Namun kerana bisikan rindu yang kuat menggamit jiwa dan kasih sayang yang sentiasa utuh di hati, mereka mampu mengukuhkan ikatan percintaan yang murni sehingga berjaya mencipta kebahagiaan buat selamanya.

-------

Jika Bukan Kerana Bintang
DHIEYA ADLYNNA
RM 22.90
ISBN: 978-967-5489-68-6
592 mukasurat

Tarikh Terbit: 2 Ogo 2010


Alya Maisara dibesarkan oleh datuk dan neneknya tanpa mengenali kedua orang tuanya. Mereka merahsiakannya kerana tidak sanggup melihat cucu mereka menderita jika mengetahui kisah silam hidup mereka. Hisyam, menantunya dipenjarakan atas tuduhan membunuh manakala anaknya, Zubaidah pula lari meninggalkan Maisara yang masih kecil kerana mengikut lelaki lain. Maisara dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Tapi anak kecil itu tidak pernah mengeluh akan kemiskinan yang mereka alami sebaliknya sebagai dorongan untuk dia rajin belajar dan akan mengubah nasib mereka kelak.


Dhamiri Isyfal tidak percaya pada cinta. Malah kehidupannya juga banyak diaturkan oleh neneknya, Datuk Hasnie yang merupakan pemilik Wadah Sejati Holding. Malah hubungan dengan mamanya, Zubaidah juga dingin dan tidak seperti hubungan antara mama dan adik bongsunya Haniff yang sangat akrab. Takdir telah menemukan Maisara dan Dhamiri di salah satu pusat boling di Kuala Lumpur. Tanpa mereka sedari yang mereka memang benar-benar mula mencintai antara satu sama lain. Kemunculan Yusnie merupakan jodoh yang telah ditetapkan oleh Datuk Hasnie membuatkan hubungan Dhamiri dan Maisara semakin retak. Kisah cinta mereka semakin tergugat apabila Datuk Hasnie menghalang cinta mereka hingga sanggup memfitnah Maisara kononnya mengandungkan anak Haniff, adik Dhamiri sendiri. Sanggupkah Maisara meneruskan cinta sejatinya bersama Dhamiri?

--------


Antara Benci dan Rindu
Penulis: Ida Farisya
RM19.00
Sbh /Sarawak RM22.00
Penerbit Kaki Novel Enterprise
Harga Semenanjung: RM19 Ahli KN: RM15
Harga Sabah/Sarawak: RM22 Ahli KN: RM18


Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran.
Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah?
Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.
Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya.
Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang.
Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita.
Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.
Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu.
Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.
Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.
---------



Coke and Sundae
Penulis: Ilya Abdullah
Penerbit Kaki Novel Enterprise
RM18.00
SAbah/Sarawak: RM21.00
Harga Semenanjung: RM18 Ahli KN: RM14
Harga Sabah/Sarawak RM21 Ahli KN: RM17


Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!