Showing posts with label Haiza Najwa. Show all posts
Showing posts with label Haiza Najwa. Show all posts

Sunday, April 22

Rinn Reviews: Ilusi Hati by Haiza Najwa


Ilusi Hati
Penulis : Haiza Najwa
Editor: Patonah Chai Choh
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
501 mukasurat
9789831245224


"Mengapa mesti rasa kehilangan walaupun tidak pernah memiliki?"


Gara-gara buku nilah aku ditangkap gambar sedang menangkung di tengah panas dengan Sil. Terima kasih Sil, tolong belikan :) Haha. Berbaloi walaupun tersalai di tengah panas! :)


Cerita ini boleh dikategorikan sebagai romantik triller yang boleh aku ulang baca bila-bila masa :) aku suka dengan cerita yang agak luar alam ini dan kadang-kadang bagi sesetengah orang mungkin tidak logic, tapi secara teorinya,kisah telepati memang sangat menarik. Dulu aku sangat suka menonton cerita penyiasatan 'Profiler' tetapi sayang episodnya tak panjang kerana rating tak tinggi. Begitu juga dengan siri "Millenium" yang habis selepas satu season sahaja. :(


Membaca kisah ini memang membuat rasa ingin tahu aku membuak-buak. Tak sabar nak abiskan sampai ke subuh aku tak tido. Nasib baik aku memilih membaca novel ini pada malam hujung minggu :)


Hubungan antara Joshua dan Jasmine yang terbina ketika berhubungan secara telepati semasa sedang koma berubah menjadi sangat akrab dan melekat di jiwa masing-masing walaupun mereka tidak pernah bertemu muka apatah lagi saling mendengar suara. Hanya suara hati tanpa bunyi yang menghubungkan mereka. Haiza Najwa berjaya membina chemistry yang kuat antara kedua-dua watak ini ketika mereka sedang koma. Watak Marlia berjaya mengujudkan suasana yang mendebarkan dalam proses pertemuan semula Joshua dan Jasmine.


Aku paling suka endingnya. Kita sangka telunjuk lurus, tapi rupa-rupanya kelingking yang berkait. :)


Kisah ini bermula dengan Jasmine dan Joshua yang saling tidak mengenali. Mereka menghadapi kemelut yang sama dalam keluarga lalu membawa diri dengan memandu tanpa hala tuju. At last, they met by accident. LITERALLY! They collided and kedua-duanya terus koma. Batista dan Irene adalah dua watak cupid yang menemukan Joshua dengan Jasmin yang terbujur kaku. Batista dan Irene bereksprimen dengan aura perhubungan telepati Joshua dan Jasmin kerana apabila kedua-dua tubuh kaku itu diletakkan secara sebelah menyebelah, berlaku pergerakan mata di sebalik kelopak yang tertutup rapat, seolah-olah kedua-duanya sedang berinteraksi dalam mimpi.


Ada janji yang terbina ketika di alam koma itu lalu apabila mereka tersedar dari lena yang panjang, mereka cuba menjejak antara satu sama lain. Diorg ni boleh berhubung secara wayarless, kalau bercinta atau kawin ni memang jimat bil telefon lah. haha.


Marlia adalah gadis yang mementingkan diri sendiri. Jasmine adalah penyelamat maruahnya tetapi sanggup dia mengkhianati kepercayaan dan kasih sayang Jasmine hanya kerana terpaut dengan kekacakan Joshua. Dia tahu segala kisah mimpi/telepati Jasmine, tapi apabila dia menemui Joshua, dia mengaku bahawa dialah Marlia a.k.a Jasmine yang berinteraksi dengan Joshua ketika koma. arghhhhhhhhhhhh *tarik rambut*. Memang dasar tak kenang budi lah Marlia tu. Terlalu banyak yang dia tahu tentang janji Jas-Josh sehinggakan dia boleh memanipulasi keadaan Joshua dan Jasmine. Walau bagaimanapun Joshua ragu-ragu dengan Marlia kerana dia tidak merasa apa-apa tindak balas dalam mindanya apabila bersama Marlia. Tetapi dia merasa tarikan yang kuat apabila melihat sahabat Marlia yang dipanggil 'Min' walaupun gadis itu berada nun jauh di hujung sana dan dia tahu, Min pun merasai sesuatu...


Helah Marlia terbongkar namun Jasmine tidak mahu menghancurkan hubungan Marlia dan Joshua yang sudah ada ikatan. Namun alam tidurnya sentiasa menerawang mencari Joshua. Walaupun sudah ketemu Marlia (yang mengaku dirinya Jasmine) Joshua masih lagi didatangi mimpi dari Jas. Apabila rahsia sebenar terbongkar di depan mata Joshua, dia jadi pendendam. Dia berdendam dengan Marlia dan Jasmine dan dia mahu membalas dendam terhadap kedua-dua wanita itu. Tetapi suara-suara rayuan meminta maaf dari Jasmine membuat Joshua bersimpati juga. Tapi bagi Joshua, Jasmine mengkhianati kasih sayang mereka, membiarkan dia terikat dengan Marlia tanpa menceritakan hal sebenar.


Thriller dan cinta yang diselitkan dalam kisah ini menjadikan ianya kisah yang berentak rancak dan mendebarkan. :) Tapi kan, aku rasa Joshua mengambil masa yang terlalu lalu untuk perasana bahawa Min itulah Jasminenya. Org-org yang tolong cover line tu semuanya asyik tersasul jer takkan tak perasan kowt. Tapi apa-apapun, closure yang terbaik untuk kisah menarik ini :) thumbs up to the writer, editors and publisher.


sure fine whatever
Rinn


meRinnTis Blurb/Sinopsis:


Tulisan takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmin terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipand merempuh sebuah kereta lain. Akibatnya pemandu itu juga koma sepertinya.


Sesuatu yang ghaib terjadi...


Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine berbicara dgn bayangan seseorg. Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing. Lalu, tercipta ikrar utk bertemu sesudah sedar daripada koma.


Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari lelaki yang kini muncul pula dlm lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yg diseru sebagai Joshua.


Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri.

Tuesday, April 12

Terbaru daripada Alaf21



Tajuk : Cinta Yang Ku Rasa
Penulis : Tajuk : Anis Ayuni
Harga: RM 25.00
ISBN: 978-983-124-677-1
Halaman: ~640
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011

Sinopsis

SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.


Tajuk : Merdu Lirik Kasih
Penulis : Durrah Fatiha
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-678-8
Halaman: ~528
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Sinopsis

Pertemuan dengan seorang gadis yang langsung tidak tertarik kepadanya mencalarkan ego Azad. Bila kesempatan datang, dia tidak teragak-agak untuk mengenakan gadis itu.

Dalam bertikam lidah dan balas-membalas usikan, satu perasaan asing mula hadir di hati si jejaka. Sorfina juga seperti membalas rasa tersebut
walaupun gadis itu sebenarnya terikat dengan Talhah yang baik dan penyayang.

Azad teruja kala takdir memihak kepadanya. Namun, hidup tidak selalunya bahagia. Dalam meniti saat indah bersama Sorfina, Azad terjebak dalam kancah fitnah yang menghancurkan segalanya. Dia kehilangan kedudukan dan reputasi.

Sudikah Sorfina bertahan di sisinya sedangkan kehadiran Talhah mendapat restu keluarga gadis itu?

Apakah kesinambungan novel Rindu di Kalbu ini akan mengakhiri kembara Azad mencari cinta?

Tajuk : Sayangku Merajuk
Penulis : Ayu Emelda
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-648-1
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Sinopsis

BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?

Tajuk : Aku Yang Menanti
Penulis : Haiza Najwa
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-675-7
Halaman: ~528
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Sinopsis

Demi membalas dendam pada suami, Zaidura sanggup menukar nama menjadi Zeidra. Juga mengubah imej agar misi kesumatnya terhadap Adiwira berjaya dilunaskan.

Hati siapa yang tidak hancur luluh? Suami sendiri sanggup menjeratnya hingga ditangkap bersama bungkusan dadah di dalam bagasi ketika di Lapangan Terbang Dublin. Sudahnya, tiga tahun dia menjadi penghuni penjara di negara asing itu. Mujur Robin ada di sisi. Sering lelaki itu melawatnya dan berusaha agar dia dibebaskan. Sedangkan Adiwira ghaib tanpa khabar berita.

Zeidra kembali ke Kuala Lumpur dengan tekad. Adiwira harus disumbat ke tempat yang memenjarakannya selama ini. Sebaliknya, Adiwira yang tidak mengenali Zeidra mengatakan bahawa hidupnya menderita ditinggalkan isteri. Lara jiwanya kerana merindui Zaidura setiap detik. Zeidra kaget. Di mata suaminya itu dia nampak bergumpal seksaan yang ditanggung Adiwira. Dan ada sinar kejujuran. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya?

Tajuk: Menanti Fajar Sidik
Penulis : RAIHAN ZAFFYA
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-670-2
Halaman: ~576
Tarikh Terbit: 25 Mac 2011
Sinopsis

MIA SAKINAH - Mahu seteguh Rabiatul Adawiyah. Ingin juga setegar Sumayyah. Semangat kental tersembunyi di sebalik tubuhnya yang kecil. Hidupnya penuh ranjau dan duka. Ketentuan TUHAN memang tidak pernah terduga. Kehidupan biarpun pahit masih perlu diteruskan.

DANNY – Dia tercari-cari jalan pulang. Dosa-dosa lalu menghantuinya. Pada ILAHI dia mohon keampunan. Dia memulakan kembara menjejak sekeping hati yang telah dilukai. Niatnya hanya satu, kemaafan. Dia ingin mengembalikan harga diri yang telah tercalar.

Dapatkah niat Mia Sakinah dan Danny bersatu? MENANTI FAJAR SIDIK jawapan kepada segala-galanya…



Tajuk : Dia Tidak Berdosa
Penulis : Puteri Andalas

Sinopsis

Kemelut hidup Nur Khalidah, wanita mualaf yang terpaksa memilih antara dua. Dia nekad memilih agama Islam kerana itulah pegangan yang dia percaya. Namun, keluarga yang ditinggalkan sentiasa mengungkit kisah lama; dia anak angkat yang tidak mengenang budi. Tapi jauh di sudut hati, mereka tetap dirinduinya. Sayang sekali... hidup Nur Khalidah tidak tenang. Bayang-bayang noda itu sering menghantuinya siang dan malam. Siapakah yang sakit melihat kebahagiannya?

Tuesday, May 4

TRIONOVEL MEI BAKAL TERBIT DARI ALAF 21


Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Liyana Zahim
ISBN: 978-983-124-539-2

Sinopsis: SAAT Anis mengumpul se juta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati.

Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari.

Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim.

Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini.


Harga: RM18.00
Halaman: 496
Penulis: Mahmud Eddie
ISBN: 978-983-124-524-8

Sinopsis: Amin pasrah siapa dirinya. Anak angkat kepada sepasang suami isteri yang baik hati yang telah banyak mendidiknya menjadi insan yang bertakwa.

Akibat desakan hati yang mahu mengenali ibu bapa sebenar, dia nekad menjejaki mereka di bandar. Mencari pekerjaan hanyalah alasan untuk membaiki ekonomi diri.

Bekerja di syarikat pembinaan, milik datuk jamalul telah mengajarnya erti kehidupan, kemanusiaan dan cinta. Kejujurannya yang tulus telah membuatkan amin di-amanahkan bekerja sebagai pemandu peribadi kepada lelaki itu.

Namun, kehadirannya di dalam keluarga datuk jamalul telah menerbitkan rasa benci di hati safika. Hati gadis itu sakit kerana dialah yang hampir melanggar amin. Dianggapnya lelaki itu sengaja menempah maut, sedangkan amin sebenarnya mahu menyelamatkan seorang wanita tua daripada dilanggar oleh gadis itu.

Bulan berganti bulan, amin mengalami jalan buntu mencari ibu bapa kandungnya, sedangkan dia sudah banyak termakan budi dengan datuk jamalul dan dirinya terus dibenci oleh safika.

Haruskah dia berhenti berharap dan menganggap bahawa mereka sudah tiada di muka bumi ini? Dan, perlukah dia kembali ke pangkuan keluarga angkatnya yang mengharapkan kepulangannya? Namun, wangian kasih terhadap insan-insan ini masih mekar di hatinya.


Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Haiza Najwa
ISBN: 978-983-124-522-4

Sinopsis: TULISAN takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmine terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain.

Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya. Sesuatu yang ghaib terjadi... Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine ber bicara dengan bayangan seseorang.

Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing.

Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma. Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya.

Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai Joshua. Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh.

Monday, June 22

Review: Kalimah Jiwa by Haiza Najwa



Tajuk: Kalimah Jiwa
Penulis: Haiza Najwa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009

"aku menanti janjimu di tengah lautan resah"

Ini adalah karya ketiga haiza najwa yg saya berkesempatan membaca dan ketiga2nya terbitan Alaf21. Saya dpati penulis ini sentiasa memilih menyampaikan cerita yang memerlukan beliau menanam elemen 'percaya' terhadap cerita yg disampaikan kerana ianya bukan cerita yg biasa. Ia mengambil masa dan dalil yg kukuh utk kita percaya, menerima dan suka dengan kisah yg beliau nak sampaikan. Pemilihan gaya begini menunjukkan penulis sentiasa mahu mencabar diri sendiri dalam menghasilkan karya yang memuaskan dirinya sbg penulis kreatif dan menghiburkan pembaca2nya.

kalau dalam Sentuhan Cinta, Hurin Ain menganggap dirinya hodoh walaupun dia sebenarnya sangat sangat cantik. Manakala dalam Kumohon Kasih, Ayuni mengahwini lelaki yg pernah memperkosanya dan tak perasan itu adalah lelaki yg sama. Manakala dalam kisah kali ini, seorg pelacur yg terselamat dari sarang pelacuran selepas 1001 hari terperangkap di situ dan setelah menjalani pemeriksaan doktor, dia didapati masih suci. Mcm mana boleh jadi macam tu? Pelacur suci?

Bagi saya cerita ini lebih kemas dari dua cerita sebelum ni dari penulis yg sama. Beliau mencipta konflik yang dalam dan berjaya meyakinkan pembaca dengan menggunakan alasan2 yg menarik. Saya amat tertarik dengan gaya bahasa beliau yg lembut dan memujuk. Scene2 sedih dilagukan dengan sangat hiba dan menyentuh hati dan sudah pasti membuat pembaca mengalirkan air mata. huhu..

Kisah ini tentang Liany yg berkahwin dgn Fahren kerana cinta. Tetapi Fahren mahu mempergunakan kecantikan Liany utk mengaut keuntungan. Liany dilacurkan dgn harga setinggi RM25ribu utk satu malam dan memang ramai lelaki yang beratur panjang utk mendapatkan khidmatnya. Pada malam ke1001 Liany diselamatkan oleh peguam muda, Naqlis. Naqlis mahu membela Liany dan menjatuhkan Fahren yg sentiasa memerangkap mangsa baru utk bisnesnya.

Namun setelah menjalani pemeriksaan, Liany didapati masih dara dan kes mereka menjadi goyah. Benarkah dakwaan Liany yg dia merupakan seorg pelacur? Dia menjadi terkenal di media Malaysia. Kesnya menjadi tumpuan. Ada membenci dan ada yg memuja.
Sebenarnya Liany adalah seorg gadis yg baik dan taat pada agama. Dia sentiasa memohon perlindungan Allah dan dgn bantuan Eljie, dia menggunakan ubat tidur utk melalikan pelanggan2nya dan tiada siapapun mengesyakki apa2 sehinggalah dia dilarikan dari rumah pelacuran itu. Lelaki2 yg pernah berhabis duit melanggan Liany ditertawakan.
Liany percaya doa2nya setiap masa dan ketika menyelamatkan maruahnya. Naqlis menarik diri sbg peguam Liany kerana dia mahu menjadi saksi utama kes itu.

Penulis bukan hanya menumpukan seluruh cerita kepada kes itu. Liany terpaksa menerima lamaran Naqlis kerana dia pernah bernazar di hadapan Eljie yg dia akan memperhambakan diri kepada orang yg menyelamatkannya. Ibu Naqlis bangga menerima insan sebaik Liany sbg menantu tetapi bapa & abg Naqlis menggelisah kerana mereka pernah menjadi pelanggan Liany.
Liany gadis yg bijak, dia bukan kosong, dia penuh dengan ilmu dunia dan akhirat. Bertahun-tahun dia berjaya mengelak cubaan cabul oleh bapanya sendiri yg percaya Liany bukan anaknya. Bacalah novel ini utk melihat bagaimana dia mengendalikan persekitarannya. Namun mata2 jahat sentiasa memerhatikannya dan satu kealpaan telah membuatkan Naqlis hilang kepercayaan pada Liany. Liany mencumbui lelaki lain dan gambar2 itu tersebar bebas. Apa penerangan Liany kali ini? Ibu mertuanya mempercayainya sepenuh hati. haaa.. part ni kena baca sendiri... La la la la... sebenarnya byk lagi perkara2 yg mengejutkan...

Part Liany menerima utk berkahwin dgn Fahren tu membuat saya terfikir, gadis sebaik Liany pun mudah tergoda dengan lelaki yg hensem dan berwang. Kawan baiknya sendiri meragui motif Fahren, tapi cinta telah membutakan mata Liany. Mungkin dia terharu Fahren sanggup menghulurkan wang utk keluarganya yg miskin.

sure fine whatever

rinn


Sinopsis belakang buku:

Ifliany sama sekali tidak menduga, suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka di hati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan tempat utk dia selama-lamanya.

Doanya termakbul... dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagaikan menyuluh sinar bahagia utknya, menjirus bersih noda di seluruh tubuhnya. Status lelaki itu sbg peguam melayakkan Ifliany mendapat pembelaan. Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum!

Namun, laporan pemeriksaan doktor sungguh memeranjatkan. Ifliany masih dara! Lantaran itu apa bukti dia seorg pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis utk mendakwa Fahren.

RM19.90
sabah/sarawak: 22.90
isbn: 9789831244258
505 mukasurat

Thursday, June 4

Kalimah Jiwa - Haiza Najwa

Tajuk : Kalimah Jiwa
Penulis : Haiza Najwa
Terbitan : Alaf 21

Sinopsis:

IFLIANY sama sekali tidak menduga, suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka di hati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan tempat untuk dia selama-lamanya.

Doanya termakbul... dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagai menyuluh sinar bahagia untuknya, menjirus bersih noda di seluruh tubuhnya. Status lelaki itu sebagai peguam melayakkan Ifl iany mendapat pembelaan. Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum!

Namun, laporan pemeriksaan doktor sungguh memeranjatkan. Ifl iany masih dara! Lantaran itu, apa bukti dia seorang pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis untuk mendakwa Fahren?

Wednesday, January 14

Sentuhan Cinta


Tajuk : Sentuhan Cinta
Penulis : Haiza Najwa
Penerbit : Alaf21
Harga : RM18.00
Cetakan Pertama: 2008
Genre : Romantik & Kekeluargaan
Bintang : 4



-----------------------------------------------------------------
“ kecantikan sebenar seseorang itu terletak pada hatinya…”

Apa Kata Saya :

Agak lama juga saya mencari naskhah ini dan hanya baru-baru ini menemuinya dan kebetulan ia salinan terakhir yang mereka ada di kedai tersebut…alhamdulillah, memang rezeki saya. Seorang rakan Geng Kicap mencadangkan saya membacanya kerana ia membawa satu tema yang agak berlainan sedikit dan jalan cerita katanya sangat menarik diikuti.

Sentuhan Cinta (SC) merupakan satu percubaan yang cukup baik dari penulis ini bagi menzahirkan sebuah karya yang berteraskan kefahaman psikologi manusia. Konsep dan pemahaman sudut psikologi tersebut diasimilasikan penulis menerusi watak utama novel ini iaitu Hurin Ain dan menerusinya ia dikembangkan dengan cukup baik sekali. Penulis bagi saya membuat kajian rapi tentang tema cerita yang ingin disampaikan beliau menerusi naskhah ini. Mesejnya cukup terkesan di jiwa kita sebagai pembaca, kita turut berkongsi emosi tatkala Hurin dihambat kekejaman mental kesan dari masalah intepritasi mindanya yang teruk dicelarukan…kasihannya Hurin!!

Kalau ada yang berpandangan konsep cerita ini adalah seperti sebuah dongengan versi moden yang cuba dimomokkan penulis, ia sebenarnya kurang tepat. Jangan terkejut jika ia suatu permasalahan kejiwaan yang sedia wujud dalam persekitaran kita..di sekeliling kita, cuma yang membedakannya adalah topiknya sahaja. Di sini topiknya ialah kecelaruan personaliti. Kecelaruan pada minda yang telah tanpa disedari mengendurkan sifat jati diri pada individu berkenaan secara perlahan-lahan.

Naskhah ini menyingkap kisah kehidupan seorang gadis kacukan inggeris-melayu bernama Hurin Ain yang mengalami kecelaruan personaliti kesan dari perbuatan kejam ibu tirinya; Tajiyah sejak dia kecil lagi yang mengadaptasi ke minda anak malang ini bahawasanya dirinya sangat hodoh, matanya nan biru itu umpama mata pontianak dan rambut perangnya nan beralun itu umpama rambut hantu kubur. Kesan dari akal fikiran yang telah dihipnotis dari kecil dia mempunyai tanggapan dan persepsi yang berlawanan sifatnya terhadap fizikal dirinya sendiri walau pada hakikat sebenar ia adalah bertentangan sama sekali... dia kanak-kanak yang sangat comel dan dewasa menjadi wanita yang cukup mempersonakan pada mata yang memandang. Tanggapan ini akhirnya berkembang dalam minda anak kecil ini dan membentuk satu persepsi kejam terhadap dirinya sendiri.Dia merasakan dirinya jelik, buruk dan tidak segandingan dengan orang lain di dunia luar dan perkara ini berlarutan hingga dia menginjak usia dewasa dan terus terpahat kukuh di minda dan sanubarinya tanpa dapat digugat.

Perwatakan dalam SC memberikan tumpuan yang berkesan kepada tonggak utama cerita ini; Hurin Ain Ilham dan penulis menggarap perwatakan Hurin dengan cukup berkesan sekali. Bahasa tubuhnya cukup baik dizahirkan penulis. Tidak ketinggalan watak-watak pembantu lain yang turut merancakkan jalan cerita ini. Steven Zaiful Aman , Redzal Idham. Watak-watak antagonis turut dipersembahkan dengan cukup baik oleh penulis.Tajiyah, Rini & Rima dipotretkan dengan cukup kelam sekali oleh penulis.

Penggunaan terma-terma, istilah atau jargon didalam dunia psikologi yang sedikit sebanyak diselitkan di dalam naskhah ini amat bersesuaian dengan jalan cerita dan bertepatan dengan masa dan keadaannya. Laras bahasa mudah difahami biarpun ada penggunaan unsur-unsur metafora juga personifikasi yang bertujuan mengindahkan suasana dan mood cerita.

Mesej yang jelas menerusi naskhah cantik ini anak-anak umpama kain putih…mereka bersih, tulus, jujur….diserakkan dengan warna putih, tuluslah dia, kalau hitam, maka kelamlah dia. Justeru itu, jiwa anak-anak janganlah dikotori dengan elemen-elemen negatif juga momokan songsang kerana segala apa yang diterapkan dalam minda mereka dari kecil akan memberi kesan pada tingkah-laku juga mempengaruhi persepsi mereka terhadap perkara tersebut apabila dia dewasa kelak.

Buat Haiza Najwa, tahniah atas percubaan anda didalam mengenengahkan permasalahan ini menerusi Sentuhan Cinta. Semoga anda akan terus kreatif berkarya di masa hadapan dan memotretkan kisah-kisah masyarakat untuk dikongsi bersama dengan para pembaca sekalian.

Tuesday, December 30

Januari 2009 Dari Kaki Novel




Tajuk : Kasih Villa Cinta
Penulis : Haiza Najwa
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM20.00
Muka Surat : 600+

Sinopsis

Hanya kerana satu rombongan pelajar UPM ‘berkampung’ di vila yang dikenali sebagai Teratak Kilau, sumpahan terhadap mereka yang menghampiri vila tersebut benar-benar terjadi. Satu, satu nyawa telah diragut dan ini menguatkan tanggapan penduduk di situ bahawa Teratak Kilau sememangnya berpuaka!

Faliq yang tidak mempercayai bidaah tersebut nekad untuk membongkar misteri Teratak Kilau bersama-sama dengan Halizam, Acap, Kelam, Jati, Fauzan (yang ‘ayu’), Ilya, Getrude, Fitrina dan Ajue.Penemuan sebuah terowong rahsia di Teratak Kilau membawa mereka ke sebuah kisah cinta dan misteri yang pernah berlaku di vila tersebut suatu waktu dahulu




Tajuk : Selamat Pengantin Baru Isteriku
Penerbit : Kaki Novel
Penulis : Nas Alina Noah
Harga : RM36.00
Muka Surat : 1100+


Sinopsis :

Atas dasar cinta, Addam dan Qisti kahwin lari di Siam. Belum pun sempat mengecapi hidup sebagai suami dan isteri, Jeneral Malik membongkar status sebenar Qisti kepada Addam.
Kehidupan Addam mula kucar-kacir apabila ibunya, Maria mendesak dia mengahwini Mellyna. Dalam masa yang sama, Qisti juga merelakan perkahwinan Addam dengan Mellyna.
Addam tersepit di antara cintanya yang masih membara terhadap Qisti dan status sebenar Qisti.
Dengan hati yang separuh rela, Addam memilih Qhusyairi untuk dijodohkan dengan Qisti.
Bahagiakah Addam dan Qisti melayari kehidupan

Wednesday, July 23

Kumohon Kasih



Tajuk: Kumohon Kasih
Penulis: Haiza Najwa
Halaman: 535
Harga: RM19.90

Azrul Rozaimy atau Roy... berdepan jua dengan Ayuni setelah lima tahun peristiwa dia terlanjur menodai gadis itu. Dia tidak menyangka Ayuni mengalami tekanan jiwa akibat peristiwa itu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui bahawa keterlanjurannya menyebabkan Putra lahir ke dunia. Dengan menyamar sebagai Mi dan mengubah penampilan diri, dia mengahwini Ayuni.

Ayuni... sebenarnya dia waras. Kerana dendam terhadap Roy, dia mahu membalas setiap derita yang ditempuhi selama ini. Namun, dendam itu berbaur dengan rasa cinta yang sangat utuh di dalam hati. Hanya Roy yang ditunggu dan ingin ditemui.

Salwarina... mencintai Roy sejak kecil lagi. Impian jadi nyata apabila keluarga menjodohkan mereka. Mereka berkahwin tanpa kerelaan Roy, sekadar untuk mengeratkan silaturahim keluarga. Semuanya tersingkap jua. Jiwanya bergelodak amarah. Tidak rela menjadi isteri kedua, tidak mahu ada orang ketiga.

Sudahnya, mereka tersepit dalam perangkap cinta. Roy hanya cintakan Ayuni dan ingin kecapi cinta mereka yang ternoda dulu. Ayuni terus memburu Roy tanpa menyedari bahawa kekasih yang dicari ada di depan mata. Sawarina tetap mahu memiliki Roy walaupun sedar tidak mungkin dapat menakluki cinta lelaki itu.


Jika cinta itu suci, mengapa mesti ada insan yang akan terluka?
Dan jika kasih itu abadi, pohonlah agar ia terus bersemi
.