Showing posts with label 2008. Show all posts
Showing posts with label 2008. Show all posts

Wednesday, December 24

Akan Datang Dari Jemari Seni...Januari 2009

Tanya pada Hati oleh Iman Xara
kata orang jodoh pun kena dicari...
kata orang jodoh tertulis sukar sudah untuk dialih...
kata orang gadis yang menawan mudah saja menemui jodohnya...

Banyak betul kata orang. Inilah dilema seorang akauntan, Farisya Ibrahim. Kerjanya yang berdepan dengan angka-angka membuat dia terlupa pada ‘angkanya’ sendiri. Sedar-sedar umur sudah melangkah ke ambang 30-an!Lalu, kenapa pula dia harus berlengah waktu, bilamana pilihan sudah menunggu?

Farisya Ibrahim! Tidak pernah sekali pun dia pernah bercinta, apatah lagi untuk pernah putus cinta. Namun, kenapa pula hatinya sukar ditembusi? Sakit apakah ini? Apa yang menyukarkan dia memilih?

dia bukannya tidak cantik dia bukannya tidak menarik dia gadis periang yang sangat disenangi!

Jadi, kenapa hatinya harus dibiarkan terkatup tertutup?

Tanyalah pada hati... lalu apa jawabnya hati?

* * **
Tanya pada Hati, bukannya tulisan pertama IMAN XARA. Kematangan IMAN XARA terserlah pada keupayaannya membina watak utama yang mantap dalam novelnya ini.

++++++
ISBN: 978-967-5118-14-2
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 10 Januari 2009)



Notapipi:

hmm...tajuk yang cukup menangkap, sinopsis yang cantik olahan kata-katanya!...hadiah tahun baru yang cukup menarik dari Jemari Seni untuk semua peminat novel melayu, jadi...jom jom lah kita tit tit kaksu n kak yah...psst kaksu n kak yah...me in da list k..hikhikhik

Tuesday, December 23

Lagi Novel Disember Dari Alaf21..taraaaaaaaa


Harga: RM18.00
Penulis: Rozita Abd. Wahab
Halaman: 480 ISBN: 978-983-124-398-5

Sinopsis:
KUSANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. Meski hatinya luluh terluka, namun demi anak-anak, dia bangkit semula daripada ke kecewaan semalam untuk meneruskan hidup.

Pengalaman pahit yang dilalui membuatkan Zulaikha berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam percintaan. Namun tanpa diduga, kehadiran Nik Azhan, lelaki yang pernah me nyimpan perasaan padanya dulu kembali mengocak ketenangannya. Nik Azhan berusaha untuk merebut kembali hati Zulaikha. Zulaikha sedar, lelaki itu tegar tidak mahu melepaskannya lagi buat kali kedua. Namun, mana mungkin... kerana hatinya benar-benar telah tertutup untuk menerima cinta baru. Dia sudah penat dikecewakan!

Kasih sayang dan perhatian yang diberikan Nik Azhan amat di senangi anak-anak Zulaikha yang dahagakan perhatian daripada seorang bapa. Setiap hari nama Nik Azhan meniti di bibir mereka sehingga mengusik hati Zulaikha. Perlukah dia memaksa diri menyukai lelaki itu demi kebahagiaan anak-anaknya? Di manakah cinta Nik Azhan di sudut hatinya?



Penulis: Azah Khalida
Halaman: 464 Harga:
RM18.00
ISBN: 978-983-124-404-3

Sinopsis:
SYADIA TAQWA gelisah diburu cinta tiga jejaka. Ketika mengenali Emir, dia telah lama melupakan episod kasihnya bersama Irfan sewaktu di kolej dulu. Baginya, kisah kasih antara dia dan Irfan telah berakhir.

Selembar waktu berlalu, perwatakan Emir yang tenang mencuit hati wanitanya. Namun, perasaan itu cuba dihindari. Dalam pada itu, dapat dirasakan perhatian Afiq terhadapnya bukan sekadar sebagai seorang ketua dengan pekerja.

Tiga lelaki yang berbeza peribadi membuatkan Syadia lemas sendiri. Dia bingung dalam menilai erti cinta sebenar. Malah, dia bimbang jika tersilap pilihan. Adakalanya Syadia berasa bosan dan mahu sahaja menolak ketiga-tiga cinta itu untuk terus menyendiri. Namun, hati kecilnya mula menerima satu getaran kasih luhur yang meresap di sanubarinya. Sebagai gadis desa, Syadia belum berani mendengar bisikan hatinya.

Notapipi:
hohoho...dia mai dah wey...so sapa2 yang memang peminat Rozita Abd Wahab ( termasuk wa laa...) sila bergegas dengan kadar segera untuk mendapat karya terbaru penulis hebat ini....boss kecik, agak2 kedai kekasih gelap lu dah ada ker buku ni, cuba aar tit tit dia..hikhikhik


Monday, December 22

Chinta


Tajuk Buku: Chinta
Nama Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
Harga : RM24.90
Cetakan Pertama : 2008
Genre : Romantik & Kekeluargaan




"Cinta itu sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Ia cetusan perasaan yang hanya jiwa dapat merasa dan menikmati. Segalanya atas nama Cinta...”
------------------------------------------------------------------
Apa Kata Saya:

Usai membaca karya terbaru nukilan penulis kreatif tersohor tanahair ini saya cuba mencari kelemahan cerita ini...yelah mana tau kot-kot boleh menjawap soalan kuiz bersempena dengan kelahiran novel ini, mana tau juga ada rezeki bolehlah bergaya dengan jam Chinta..hehehe...tapi sukarnya pencarian ini...sesukar mencari sebatang jarum didalam timbunan paku! Satu kesimpulan yang dapat saya katakan sulit sekali menebak kekurangan naskhah ini namun jika anda dapat mencari kekurangannya maka saya harus “menabik” kehebatan mata minda anda.

Kisah Chinta sarat dengan persoalan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan namun dipersembahkan dengan begitu berhemah sekali dengan sesekali sisipan unsur-unsur humor agar lebih santai isinya. Naskhah ini menggabungkan elemen romantik, maruah dan pengkhianatan didalam merungkai mesej yang ingin disampaikan penulis menerusi cerita ini .Sebuah persembahan yang cemerlang dari sudut tema/mesej, plot dan jalan cerita, laras bahasa, latar juga tidak ketinggalan perwatakan.Persoalan yang dibawa dalam Chinta walau dari lapis mana sekalipun bukanlah sesuatu yang berat.Ceritanya mudah diikuti, difahami dan dijiwai, maka tiada sebarang stigma yang dapat menghalang pemahaman pembaca untuk menghayati kisah ini dengan sebaik-baiknya.

Kehebatan Chinta banyak disokong oleh kekuatan pembinaan watak-watak utama yang menerajui cerita ini. Pemahaman watak dan krisis perwatakan yang ditunjukkan begitu cemerlang menerusi watak Chinta dan Raja Akid. 2 watak ini dibina dengan sokongan psikologi yang cukup kuat yang membawa keserlahan perwatakan mereka dalam keseluruhan perjalanan cerita. Penulis cukup bijak didalam membina dan menzahirkan 2 watak ini dalam mengangkat permasalahan sosial semasa.Watak-watak sampingan antagonis seperti Pak Cik Kamal, Raja Farah,Rodin dan Saiful juga cemerlang dilayarkan penulis hingga mampu menerbitkan rasa benci dan marah pada mereka.

Chinta dan Raja Akid ibarat Rama dan Sita semasa malahan perwatakan mereka menjadi lebih berwarna-warni apabila seorang diberikan kekurangan keberanian dalaman dan seorang lagi sangat tabah dalam menempuh tiap cabaran dan dugaan kehidupan.Perwatakan yang dibina untuk saling melengkapi antara satu sama lain..cantik sekali. Cinta tidak pernah menghalang dua manusia waima berbeza bagai langit dan bumi untuk memahami bahasa jiwa antara mereka dan itulah metafora yang diterjemahkan penulis didalam naskhah ini menerusi 2 watak utamanya ini.

Buat Kak Yati...tidak ada kata yang dapat menterjemahkan kekaguman saya pada kehebatan cetusan idea kreatif anda, dari dahulu anda sangat saya kagumi, sentiasa hebat dan istimewa sekali di mata saya...semoga pena sakti anda akan terus melakar kisah-kisah kehidupan yang penuh berwarna-warni buat tatapan para pembaca sekalian.

Bagi menutup tirai 2008, Chinta adalah buah tangan yang paling manis dari penulis terkenal ini buat peminat-peminatnya. Maka pastikan anda tidak gagal memperolehinya kerana ia sesungguhnya cukup istimewa.

Terbaru Dari Alaf...Laman Rindu


Tajuk: Laman Rindu
Penulis: Hasreeyati Ramli
Halaman: 432
Harga: RM17.00
Sinopsis:
SEKIAN lama menyulam kasih, cinta yang kian mekar diikat dengan tali pertunangan. Sejak itu, Asnida tidak sabar menantikan hari bahagianya bersama Zamarul. Tanpa diduga, istana yang bakal dibina tiba-tiba dilanda petaka. Dia kecewa apabila Zamarul berterus terang telah menikahi Milia, bekas kekasihnya secara rahsia. Asnida rasa tertipu dengan kecurangan Zamarul. Dia menghadapi tekanan emosi dan sering merindui musim cinta mereka yang kini tinggal memori duka. Dia cuba membenci Zamarul dan minta pertunangan mereka diputuskan, tetapi Zamarul tetap bertegas mahu meneruskan perkahwinan mereka.
Kehadiran Helmy telah mengisi ruang kosong di hati Asnida. Helmy, lelaki yang menghargai kesetiaan seorang wanita. Helmy juga telah mengubati kelukaannya dengan kata-kata semangat. Dalam diam, dia merindui lelaki itu biarpun hatinya sering menidakkan kerana dia masih tunangan orang.
Hubungan Asnida dan Helmy telah menjeruk perasaan Zamarul. Dia bersemuka dengan Helmy dan memberikan kata putus yang Asnida tetap akan menjadi miliknya biar apa pun halangannya. Asnida pasrah. Biarlah takdir yang menentukan jalan hidupnya.
Notapipi:
sinopsis cam best jer..sapa2 yang dah baca sila lah bagi komen wey...Bonda?Kay?

Thursday, December 18

Terbaru Dari Azian Zahra

Selepas Mahligai Impian, Kekasih Pujaan & Rindu Padamu, penulis ini kembali dengan novel terbaru beliau; Bukan Sekadar Rindu.





Nama Buku : Bukan Sekadar Rindu
Penulis : Azian Zahra
Penerbit : NHF Media Corp Sdn Bhd
Harga : RM21.00

Notapipi :

Azian antara penulis yang saya minati kerna cerita-cerita yang beliau lakarkan cukup menarik untuk dihayati...semua novelnya yang terdahulu sudah saya miliki dan terbaru ini baru sahaja saya perolehi tadi dari Markas Geng Kicap...seronoknya wey....so sesiapa peminat penulis ini jangan ketinggalan mendapatkan naskhah terbaru beliau ni...mmg best dan memenuhi piawaian ISO GK...hehehe

psst : sil...warna lu ni beb...cunn wey, hikhikhik

Monday, December 15

Serasi Di Hati



Nama Buku : Serasi Di Hati
Penulis : Nora Ismail
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
Harga : RM21.00
Cetakan Pertama : 2008
Genre : Romantik


“ cinta tidak mungkin hadir jika manusia lebih suka menilai dan menjatuhkan hukuman sebelum mengenal hati budi dan keupayaan sebenar seseorang…”

---------------------------------------------------------------------------------------------

Apa Kata Saya:

Saya diberitahu oleh seorang teman bahawa ini merupakan manuskrip pertama Nora Ismail yang juga dikenali dengan nama penanya Rose Harissa namun ia terperap begitu lama kerna beberapa masalah. Saya jadi kagum dengan penulis ini. Jelas dia memang berbakat besar dalam dunia penulisan kreatif. Saya katakan begini kerana buku pertama beliau yang saya baca; Berikan Cintamu sangat menarik sekali dan sebagai penulis baru persembahan beliau dalam Berikan Cintamu sudah bertaraf 4 Bintang dan bila Serasi Di Hati (SDH) ini dikhabarkan adalah sebenar-benarnya karya pertama beliau dari sudut teknikalnya, maka kekaguman saya pada penulis ini bertambah setingkat. Ternyata telahan saya tepat. Dia dikurniakan bakat penulisan yang mampu membawa dia pergi lebih jauh di dalam dunia penulisan kreatif ini.

Gaya“visual’ dan naratif SDH dipersembahkan dengan sangat manis, ringkas, menarik tapi sangat menghiburkan. Lupakan "unsur-unsur hangat" yang mengiringi karya ini kerana bagi saya apa yang lebih penting adalah apa yang ingin disampaikan penulis dalam naskhah terbaru beliau ini. Ia menghidangkan hikayat cinta yang bukan bersifat artifisial tetapi begitu menusuk kalbu dan sangat romantis pengkisahannya mengenai 2 jiwa, satu cinta dalam sebuah perjalanan yang dipanggil kehidupan. SDH adalah penzahiran kisah cinta dari kaca mata seorang wanita dan terjemahan seorang wanita tentang cinta.Menerusi SDH, penulis cuba menjelaskan bahawa keajaiban cinta hadir dalam pelbagai sudut dan rupa termasuk kebetulan dan insiden yang tidak disangkakan. Demikianlah suatu keajaiban yang dianugerahkan Tuhan kepada hamba-Nya.

Jalinan plot dan sub plot yang ringkas tapi selari di samping pembentukan watak-watak utama; Zarul dan Edrinaz yang cukup berjaya melahirkan roh menerusi karektor masing-masing banyak membantu menimbulkan perasaan dan jiwa pada keseluruhan naratif SDH. Penghayatan watak yang cemerlang banyak membantu kelancaran lenggok cerita ini. Baik watak utama yakni Zarul dan Edrinaz juga watak pembantu lain seperti Zalina Asha, Shamsul Azman, Ainon saling berdiri menyokong antara satu sama lain sehingga ia hidup mengikut keperluan watak.

Mungkin ada yang bertanggapan tema cinta tidak membawa idealisme yang besar, jauh sekali meninggalkan provokasi kepada masyarakat pembaca tetapi bagi saya yang tidak skeptikal terhadap cerita-cerita yang bertema sebegini kerana bagi saya cinta adalah satu elemen yang hakikatnya wujud dalam semua genre cerita waima cerita perang, thiller atau seram.

Penggunaan laras bahasa yang mudah, ringkas tanpa perlu sisipan istilah-istilah cinta yang memualkan cukup meletakkan cerita ini pada kelasnya yang tersendiri. Saya juga cukup gemarkan cara penulis mengaplikasikan segala pengetahuannya tentang dunia muzik di dalam cerita ini menerusi watak Zarul. Kita seolah boleh memvisualkan Zarul dan gitarnya di pentas, berdiri sambil tersenyum..asyik sekali…hehehe

Buat penulis berbakat besar ini, sekalung tahniah atas persembahan hebat anda dalam Serasi Di Hati ini. Semoga peluang dan ruang yang diberikan kepada anda saat melangkah dalam gelanggang penulisan kreatif ini dimanipulasikan sebaik mungkin dengan cetusan idea yang lebih baik di masa hadapan dan semoga akan kukuh berdiri sebagai barisan angkatan penulis baru yang bakal menjadi asset dalam industri ini.

Buat pembaca, buat penggemar kisah cinta, kisah cinta Zarul dan Edrinaz sangat manis untuk dihayati maka pastikan ia memasuki senarai mesti beli anda.

Thursday, December 11

KUIZ NOVEL CHINTA...



Petikan kata2 Dari blog Norhayati Berahim:

KUIZ NOVEL CHINTA
Alhamdulilah buku Chinta sudah berada di pasaran sekarang ini. Untuk lebih menghargai anda para pembaca, saya mahu memberi anda hadiah pada yang boleh memberi pendapat yang terbaik untuk buku Chinta ini. Soalannya amat mudah sekali.

KENAPA ANDA TIDAK SUKA DENGAN NOVEL CHINTA?

Dua pendapat yang terbaik akan menerima hadiah daripada saya. Pendapat anda boleh dihantar kepada email nbkara@yahoo.com. Kepala e-mail perlulah di tulis KUIZ NOVEL CHINTA. Tarikh tutup kuiz ini adalah pada 31 Disember 2008.

HADIAH KUIZ NOVEL CHINTA
Dua hadiah menanti anda..dua utas jam tangan wanita dari Solvil Titus! Jangan lepaskan peluang ini...
Notapipi:
wooo chantekkk lerr...wey, sapa2 yang rasa nak pakai jam baru di tahun baru haa nilah peluangnyerr beb...so, apa tunggu lagi jawap jer soklan di atas tu...ala, belasah ajer...mana taw kan korangnyer komentar itew disukai kak yati, haa dapatlah bergaya sakan dengan jam baru...kelasss giteww, ahaaaks...
Notakaki:
To Bonda Qimi & Kak J'ua...thks for da info beb.

Tuesday, December 9

Kebun Mimpi

Tajuk Buku : Kebun Mimpi
Penulis : Noor Suraya, Syud dan Rynsa
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21.00

Cetakan Pertama : 2008
Genre : Cinta & Kekeluargaan
---------------------------------------------------------------------------------------

Apa Kata Saya:

Ceritera I: Kebun Mimpi oleh Noor Suraya.

“ hidup ini sebuah Kebun Mimpi…apa yang kita tanam hari ini, itulah yang kita akan tuai esoknya…”

Kebun Mimpi bermula dari sebuah e-novel penulis yang mengembangkan jalinan cerita lewat karya-karya beliau yang terdahulu; Keranamu Ain, Biru Ungu Cinta dan Nyanyian Tanjung Sepi.

Saya amat-amat terkejut tatkala mula-mula melihat cover buku ini ketika ia diemailkan kepada saya dulu kerana tidak menyangka sama sekali ia diversicetakkan kerna sang penulis sendiri pernah berkata “99% tidak akan dibukukan…” gimik ayat paling bombastik tu kaksu, hehehe…namun ia sangat dan sungguh menggembirakan tatkala melihat versi cetaknya dilayar dan akhirnya berada dalamn genggaman.

Dengan menampilkan Ain Najwa (Keranamu Ain) sebagai tonggak cerita dibantu oleh Nik Ahmad Adam ( Keranamu Ain), Kamal Hanif Khusyairi (Biru Ungu Cinta) serta watak-watak sokongan lain seperti Durrah, Haris Fadillah & Maizurah (Keranamu Ain), Seera Asqikin, & Abdul Fattah (Biru Ungu Cinta) & Dr Syarifah Nuur Khalida (Nyanyian Tanjung Sepi) ternyata Kebun Mimpi sebuah jalinan cerita yang sangat mengasyikkan sekali. Setiap watak diimbas kembali penulis dengan cukup ringkas tapi padat pengisiannya kerna pembaca sendiri bisa mengenang kembali cerita-cerita terdahulu yang membabitkan setiap watak yang ditampilkan. Saya cukup sukakan watak Durrah, malah berharap wataknya akan dapat dikembangkan penulis pada episod akan datang kerna Durrah berdiri dengan cara yang cukup istimewa…penuh misteri.

Bermotifkan tema kasih sayang, plot Kebun Mimpi berkembang dengan cukup teralun, kemas digarap , cukup berhati-hati dan selitan rima jua ritma indah tidak sesekali mengganggu perjalanan cerita. Itulah keistimewaaan pena sang penulis hebat ini. Cerita ini sarat dengan mesej kasih sayang yang sangat meruntun kalbu tidak kiralah ia membabitkan hubungan suami-isteri, antara rakan/sahabat tapi jua antara ahli keluarga.

Tahniah dan terima kasih buat sang penulis @ kaksu kerna sudi memversicetakkan Kebun Mimpi. Sebuah mimpi yang telah direalisasikan dengan cukup sempurna. Saya menantikan Kebun Mimpi Bahg 2 dari kaksu….haa, jangan lupa..dah janji taw kaksu…
----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ceritera II : Tas Merah Jambu oleh Syud.

“ apa diharap padi di ladang,
entah berbuah entahkan tidak,
entah di makan punai melayang,
apa diharap kasihnya orang,
entahkan sudi entahkan tidak,
entah-entah disambar orang... ”


Tas Merah Jambu sebuah cerita, sebuah kisah remaja yang klise namun cukup manis dan mempersonakan sekali. Penulis bagi saya cukup bijak membeli jiwa pembaca dengan persembahan bersahajanya namun cukup memikat.

Plot dan pergerakkan cerita bergerak seiring biarpun ia adakalanya menyelitkan unsur imbas kembali. Penggunaan bahasa yang mudah, ringkas amat bersesuaian dengan genre cerita. Perwatakan Nisa Mahfuzah dan Adif Kamaruzaman amat cantik dilayarkan penulis...setiap peristiwa bersifat kebetulan yang menimpa mereka dibina dengan cukup kemas tapi sangat mengujakan sekali. Saya juga sukakan watak Nini yang penuh keselambaan itu yang adakala mengundang tawa dihujung senyum.

Selain babak nyanyian Adif untuk Nisa, segmen teka silangkata 3-2-1 @ 1-2-3 di penghujung cerita paling mencuri hati. Sangat comel, secomel penulisnya. Ia bahagian yang mengundang senyum simpul pembaca. Sangat cantik.

Buat Syud, Tahniah…selepas Dhiya-Azril, Nisa-Adif juga sebuah buah tangan yang sangat comel dari anda.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ceritera III – Albatros :Antara Langit & Bumi oleh Rynsa

“ Life is Drama”
“ gembira & sedih itu tanda nikmat daripada-Nya….”

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza.

Saya melihat kematangan penulis untuk karya beliau kali ini lewat karya terdahulunya RADHA (Relevankah Aku Dihatimu), satu peningkatan yang sangat mengagumkan. Menerusi dunia marin dan langit aviasi, penulis membawa pembaca menyusuri kehidupan yang sangat sarat dengan falsafahnya. Plot cerita bergerak seiringan dan sangat kemas garapannya ditangan penulis berbakat ini.

Saya paling tertarik pada kisah perjalanan roh di bahagian kedua ceritera ini. Perjalanan yang penuh debar, betapa kerdilnya kita pada kebesaran dan kekuasaan-Nya. Bahagian inilah yang paling mengujakan sekali kerna disinilah isi keseluruhan cerita bermula dan penulis berjaya mengungkap perjalanan sebuah kehidupan dari sudut prinsipnya dengan cukup berkesan di sini.

Buat Rynsa, tahniah untuk sebuah persembahan yang cukup mempersonakan sekali…saya menunggu karya anda yang seterusnya
.

Thursday, November 27

Akhirnya....Ia Muncul Jua..... tadaaaaaa



akhirnya yang kita tunggu-tunggu muncul jua....si pelengkap Tetralogi Laskar Pelangi yang juga buku ke-4 siri tersebut; Maryamah Karpov karya penulis berbakat besar dari seberang; Andrea Hirata sudah siap untuk menemui peminat dan para pembaca sekalian.

* * * * * * *

notapipi untuk sil :

beb, risik2 ngan lu nyer boipren angkat lu itew ye...nama wa dalam list taw, jgn tidak2...WAJIB...jasamu ku kenang....ahaaks

Tuesday, November 25

Pelangi Di Ufuk Timur , Ingin Ku Tatap Wajahmu -Terbaru Dari Creative Enterprise



Tajuk : Pelangi di Ufuk Timur
Penulis : Mohamad Azmel Lasang
Penerbit : CESB
Harga : RM25.90

-------------------------------------------------------------------
Kekuatan hati ini entah di mana letaknya. Entah dibawa angin lalu… entah lenyap ditelan waktu… entah hilang membisu di balik awam. Tika ini, seluruh ruang kehidupan bagai hilang arah… sesat tujuan… salah haluan. Payah kiranya mencari kesempurnaan. Apatah lagi tatkala kekasih hati tiba-tiba menjauhkan diri. Saat dihimpit pilu… lalu apa lagi yang tinggal selain daripada keluhan dan kedukaan.

Namun Kamal sedar, keluhan dan kedukaan tidak mampu mengubah apa-apa. Keluarga memerlukan semangatnya bagi mengubah nasib mereka, mengangkat kepada satu kehidupan yang lebih berharga. Bukankah kerana kemiskinan mereka dipandang hina… menjadi bahan umpatan dan kejian manusia-manusia yang tidak berperasaan. Lalu di perosok mana harus dilontarkan semua derita ini?Namun Kamal percaya… rezeki ini milik Tuhan. Hak-Nya untuk menentukan jatuh bangun sebuah kehidupan. Lalu dia terima dan bersyukur jika inilah rezeki dan kehidupannya.

* * * * * * *



Tajuk :Ingin Kutatap Wajahmu
Penulis : Nora Miza
Penerbit : CESB
Harga : RM23.00

------------------------------------------------------------------
Tidak pernah sesekali aku lupakan ‘kenangan’ itu. Tidak pernah walau sekalipun aku mampu lupakannya. Ya… kenangan kejam yang telah merobek seluruh kehidupan, memusnahkan impian dan harapan yang pernah kita impikan bersama. Impian dan harapan yang akhirnya engkau musnahkan bersama nafsumu yang kejam.

Lalu Adiba itu menjadi buktinya… milikmu yang lahir tanpa izinku. Namun naluri keibuan tidak pernah sesekali mengizinkan aku untuk membencinya. Dia tidak berdosa. Dia lahir daripada kerakusan manusia durjana. Satu anugerah Tuhan yang akan aku sayangi dan miliki walau hanya dari jauh.

Hari ini… ibu kembali padamu Adiba. Kembali bersama derita yang bertahun telah ibu sembunyikan. Kembali bersama kasih sayang yang sekian lama ibu pendam. Keranamu Adiba… ibu ingin kau tahu… bahawa tidak pernah walau sekalipun ibu melupamu. Jarak beribu batu hanya sekadar pemisah. Sedang hati ibu hanya ada namamu sayangku…

Ku Intai Cinta Di dalam Rahsia - Terbaru Dari Kaki Novel.




Tajuk : Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia
Penulis : Qurratu'ain
Penerbit : KakiNovel
Terbitan : Disember


LOKE YEE-REN tidak pernah menjangkakan cinta itu miliknya. Kematian Iman Fakrulsy, sahabat yang disayangi membuatkan dirinya diselubungi dengan rasa sedih dan bersalah. Bayangan silam terus-menerus menghantui kisah hidupnya. Namun satu pertemuan yang tidak diduga telah mengganggu perjalanan hidupnya. Dia telah bertemu Iman Farhan yang wajahnya begitu mirip dengan Iman Fakrulsy. Wajah yang serupa, namun tingkah laku amat berbeza.


TINGKAH LAKU Iman Farhan agak kasar dan dia seorang yang berhati dingin. Persahabatan yang terjalin di antara Yee-Ren dan Iman Farhan terselit dengan agenda yang tersembunyi.


PUAN ELISHA, ibu Iman Fakrulsy tiba-tiba muncul kembali dalam kamus hidup Yee-Ren. Benci dan dendam Puan Elisha kepada Yee-Ren tidak pernah padam. Mana mungkin dia membiarkan gadis itu hidup dengan aman selagi dendamnya tidak dilunaskan.

Monday, November 24

Kala Hujan Menitis


TAJUK BUKU : KALA HUJAN MENITIS
PENULIS : MIA KHAIDINA
PENERBIT : BUKU PRIMA SDN BHD
HARGA : RM17.90
CETAKAN PERTAMA : 2008
GENRE : DRAMA & ROMANTIK

* * * * * * *
“…love will leads the way if she really belong to you…”

“…sudah berapa lama kau berkurung dalam bilik?Sudah berapa lama kau hanya pergi kuliah dan terus berkurung dalam bilik. Sudah berapa lama kau tak jumpa kawan-kawan lain? Kau ni apa hal? Jiwang karat!. ”

“Cerita apa? Cerita awak gigolo belaan? Lelaki simpanan?...”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa Kata Saya:
Kala Hujan Menitis (KHM) sebuah persembahan yang cukup baik dari penulis yang baru pertama kali saya tatapi karyanya. Menerusi ruang kacamatanya yang cukup hebat, beliau menurunkan pena mencoret sebuah kisah, sebuah tragedi yang sudah acapkali kita baca dan harungi ceritanya dalam masyarakat. Kisah hitam yang maha jijik namun tidak sekelumitpun memualkan para pengamalnya.

Tema sebegini bukanlah baru di mata para penggemar novel tempatan namun istimewanya KHM di tangan Mia Khaidina adalah cara persembahan keseluruhan cerita yang cukup menarik dengan kesan-kesan khas yang ternyata cukup merencahkan cerita ini hingga kita terbuai tanpa menyedari kita sudah sampai ke penghujung cerita.

Watak dan perwatakan seringkali menjadi kunci kehebatan sesebuah cerita. Jatuh bangun sebuah kisah banyak bergantung kepada keberkesanan mereka menerajui cerita. Nadia, Khairil, Ahmad Danial, Tan Sri Borhan & Puan Seri Aishah adalah penggerak utama KHM dan mereka sangat berjaya ditangani penulis. 5 wajah, 5 kisah yang berbeza tapi tersimpul antara satu sama lain…

Nadia a.k.a Nad – tunangan Khairil yg terperangkap dengan muslihat Ahmad Danial lantas terjebak dengan dunia pura-pura Ahmad Danial, menjadi pertukaran sebuah urusan perniagaan yang membawa dirinya bergelar isteri kedua Tan Sri Borhan…si tua kutuk yang layak bergelar bapa pada Nadia.

Khairil a.k.a Kay - tunangan Nadia yang kecewa dengan ikatan yang terputus, hilang arah, tersasar haluan hidup lantas terjebak dengan dunia gigolo dan mengikat diri menjadi lelaki simpanan seorang isteri kenamaan bergelar Puan Seri…Puan Seri Aishah/Aish, isteri pertama Tan Sri Borhan yang tiba-tiba jatuh hati padanya dan tega melakukan apa sahaja untuk memilki dirinya..milik yang mutlak.

Ahmad Danial – teman rapat Nad dan Kay yang tega mengkianati kawan..hanya kerna irihati…menjerumuskan Nad yang tidak bersalah, mempermainkan hati dan perasaan Nad yang ikhlas… akhirnya memakan diri sendiri.

Tan Sri Borhan – “pakcik” tua yang sudah biasa dengan maksiat…namun di tangan Nadia, akhirnya dia bergelar insan.

Puan Seri Aishah/ Aish – si tua 60an yang tidak pernah puas dengan kurnia yang ada, tidak ada istilah bersyukur dalam dirinya…namun terlupa Dia lah yang maha segala-galanya, bukan wang, bukan jua dukun Suparman.

Plot cerita berkembangan dengan cukup tersusun, segar biarpun tidak berkonsepkan kronologi. Saya sangat sukakan persembahan plot KHM ini. Ia dibina untuk mengujakan pembaca agar berada dalam situasi yang tidak sabar untuk mengetahui kisah seterusnya tanpa sedikitpun menjejaskan tumpuan pembacaan. Plot diteliti dengan sebaik mungkin dengan mengambil kira mood dan sensitiviti pembaca.

Dia yang maha ar-Ghafur, maha ar-Rahman dan ar-Rahim.. Justeru itu peluang kedua sentiasa ada dan terbuka pada setiap hamba-Nya yang insaf, bertaubat dan sungguh-sungguh ingin berubah. Inilah mesej yang terkandung di sebalik naskhah sang penulis berbakat ini. Setiap yang terjadi, setiap yang terbentang di depan mata, ada hikmah yang tersirat...maka bijaklah menbuat perhitungan, baik dan buruk bukan takdir tapi kita sendiri yang memilihnya.

Buat Mia Khaidina...anda cukup hebat, bagus sekali..tahniah diatas kecemerlangan anda melayarkan Kala Hujan Menitis dengan cukup berkesan sekali...semoga akan terus berjaya berkarya di masa hadapan.

Buat rakan pembaca di luar sana...ada banyak yang dapat anda kutip disepanjang kisah ini, memilikinya tidak akan sia-sia kerna ia cukup bagus dan berhak berada dikelompok karya-karya berstatus 4 Bintang anda yang lain.

Wednesday, November 19

Selagi Bintang Masih Di Langit


TAJUK BUKU : SELAGI BINTANG MASIH DI LANGIT
PENULIS : ZARYL AMZARI
PENERBIT : PTS PUBLICATIONS & DISTTRIBUTORS SDN BHD
HARGA : RM24.00
CETAKAN PERTAMA : 2008
GENRE : PERSAHABATAN & KEKELUARGAAN
* * * * * * *
“ Walau di mana kita berada, walau apa yang kita lakukan, kita masih di bumi Tuhan, masih menatap bintang yang sama. Saya umpamakan Belt of Orion adalah kita…Ingat, walau di mana kita berada, walau beribu batu jarak antara kita, selagi bintang itu masih berkelip, saya tak akan lupakan awak..”

“..manusia tidak pernah berubah melainkan dia hanya menerima perubahan. Masa juga tidak pernah berlalu melainkan dia hanya mengikut laluan..”
------------------------------------------------------------------------------------

Apa Kata Saya :

Buku ini sedari awal sudah mencuri perhatian saya. Selain warnanya kulitnya yang merupakan warna favourite saya, petikan di belakangnya cukup menangkap minda..mesti belinya, kata hati ketika itu. Dan seperti dapat dibaca gerak hati saya itu, buku ini dihadiahkan pada saya oleh seorang rakan penulis yang amat saya kagumi bakatnya, seronoknya saya tika itu...terharu pun ada. Terima kasih saya padanya yang menghadiahkan buku ini. Ternyata gerak hati saya benar, selesai membacanya hanya satu kesimpulan yang dapat saya coretkan….buku ini benar-benar telah mencuri hati saya. Ia sebuah naskhah yang cukup baik dan cukup indah sekali.

Selagi Bintang Masih Di Langit (SBMDL) membawa tema yang sangat dekat dengan hati nurani kita. Dengan menggabungkan genre persahabatan dan kekeluargaan, kisah yang digarap cukup hampir dengan kehidupan seharian kita. Penulis ternyata cukup peka, cukup arif dengan persekitaran kehidupan yang digambarkan beliau menerusi SBMDL ini.

Nor Dalina @ Nora D, Rafiq @ Musafir Zaman & Faiz adalah peneraju utama yang menjadi nadi kekuatan naskhah SBMDL ini. Saya cukup tertarik dan jatuh hati dengan perwatakan mereka biar putih atau hitam warnanya. Ia dibina dan diperhalusi penulis dengan cemerlang sekali. Tersua juga senyum bila mengenang cetera mereka tatkala di Tadika.

Dalina si gemuk yang garang:
“..letak balik kuih tu!..Itu Faiz punya..“
“…Apa ni..kami tak ajak awak main pun!!”


Dalina yang sedari kecil terperangkap dengan rasa kerendahan diri yang melampau kerana rupa bentuk fizikalnya yang agak berisi ditambah dengan momokan sepupunya; Nadia yang berjaya menjatuhkan keyakinan dirinya ke lantai. Perwatakan Dalina dikembangkan dengan begitu berhati-hati dari peringkat kanak-kanak hingga menginjak remaja dewasa dan kita sebagai pembaca turut sama menyelami perasaannya disepanjang tempoh tersebut. Penulis bagi saya cukup berjaya mencuri hati pembaca dengan perwatakan Dalina yang cukup istimewa ini.

Rafiq, jika dilihat secara kasar, dia memang bukan calon pilihan. Perwatakannya yang menjengkilkan itu cukup mengundang amarah dan rasa meluat…namun tiada sapa menduga ada cerita suram, cerita pahit disebalik sikapnya itu. Dia hanya seorang Rafiq yang malang dan itulah cara dia menarik perhatian.

Rafiq si nakal yang tak pernah serik:
“…Hoi, budak baru!..”
“…pinjam pensel warna!!”
“…Ikut suka akulah, nak main di mana pun.."

Faiz, si kecil bongsu yang sering diperisai Dalina tatkala dibuli Rafiq, Faiz yang sedari kecil cukup mempersonakan sesiapa sahaja dengan perwatakannya yang putih salju. Mendamaikan sesiapa yang mendekatinya. Dia umpama si pelengkap Dalina, teman akrab yang menjadi pencetus semangat, pemujuk dan pendengar yang baik juga kekasih yang setia . Kemana mereka pasti berdua sehinggalah Dublin memisahkan mereka...selama-lamanya.

Faiz si keding yang lembik:
“.Ra..Rafiq ambil kuih saya, lepas tu..lepas tu Rafiq kena simbah dengan air"
“…Faiz lembik! Faiz lembik! Faiz lembik!..."

Pembinaan watak pembantu utama yang antagonis, Nadia cukup hebat dan berkesan sekali perwatakannya biarpun kemunculan yang hanya sebentar-sebentar sahaja, namun berperanan penting didalam mencorakkan perwatakan Dalina di kemudian hari. Tersayat hati juga bila mengenang butir bicara lidahnya yang tajam menikam.

Nadia yang sinis :
“...kalau dah gemuk tu, pakai baju apa pun tak lawa"
“...anak badak jangan berangan dengan Fakhrul..aku yang tulis nota tu.."
“...sebab awak sudah gedempol. Kalau awak makan lagi, nanti hendak masuk bilik pun tak muat, tersangkut pada pintu.."

Perwatakan Hairi yang dibina secara misteri cukup mendebarkan bagi saya. Kita dikelirukan sebentar oleh penulis dengan kesopananan Hairi tanpa menduga dia berjaya memukau pandangan mata dengan kebaikan dan rupa fizikalnya yang sedemikian…, tetapi dia sebenarnya api di dalam sekam…membakar dalam diam!!

Kedewasaan mereka penuh personifikasi dilayarkan penulis. Saya sesungguhnya cukup tertarik dan jatuh cinta dengan perwatakan Rafiq. Dalam diam suaranya, dalam redup pandangan matanya dia penuh pesona, penuh aura..cukup berkarisma. Dia menyimpan segala duka, segala ketidakpuasanhati tanpa siapa tahu. Dia membiarkan dirinya disalahtafsir oleh semua orang. Dia tetap hitam dimata setiap yang memandang.

Kita juga akan turut tersayat dengan kesedihan Dalina bila Faiz mula menjauhkan diri sedangkan Faiz sudah berjanji…namun Faiz bukan sengaja, ketentuan yang sudah tersurat buat dirinya tidak boleh diubah. Di saat ini kita diperlihatkan warna sebenar diri Rafiq…amanah yang digalas dibahu harus dilaksana lebih-lebih lagi Dalina adalah insan yang telah lama bertakhta di hati…sedari kecil hingga kini. Mampukah dia mendapatkan Dalina dan mampukah Dalina menerima dirinya dan melupakan Faiz dan kenangan serta janji yang telah termeterai sekian lama. Pemergian Dalina ke Dublin membongkar segala-galanya…rahsia yang disimpan kemas oleh Rafiq tentang Faiz terlerai akhirnya.

Plot cerita dibina tidak berorientasikan jajaran kronologi dan setiap imej imbasan kembali yang disingkap, ia disampaikan dengan cukup kemas, berhati-hati tanpa sedikitpun menghilangkan tumpuan pembacaan. Pergerakkan plot yang selari dengan mood penceritaan telah menambahkan lagi keindahan warna SBMDL. Di sinilah kehebatan sang editor terserlah, dan ternyata kerja-kerja suntingan telah diperhalusi dengan cukup baik sekali ke atas naskhah ini.

Penggunaan laras bahasa yang mudah yang kadangkala disulami susunan ayat-ayat yang indah, puitis namun penuh bermakna sangat memberi kesan kepada mood pembacaan. Saya cukup senang dengan bahasa dalam naskhah ini...cukup memikat!!.

Buat penulis, sekalung tahniah atas persembahan hebat anda dalam Selagi Bintang Masih Di Langit. Semoga akan terus menghasilkan karya-karya yang cemerlang di masa hadapan.

Buat anda pembaca di luar sana, zaman kanak-kanak adalah suatu masa yang cukup istimewa, akan dikenang selama-lamanya biar apa-apapun catatannya...manis mahupun pahit, suka atau duka. Naskhah ini akan membawa anda kembali pada zaman tersebut...sangat manis perjalanannya, Maka naskhah ini wajar anda miliki kerana catatan kisahnya sangat istimewa.

Thursday, November 13

Cintanya...Kian Membara


Tajuk Buku : Cintanya…Kian Membara
Penulis : Diya Elora
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
Harga :RM31.90
Cetakan Pertama : 2008
Genre : Romantik
*******************************************
“ kasih dan cintaku akan membara selamanya…semerah kelopak-kelopak ros biarpun reranting kita pernah berserakan…”

Apa kata saya…

Ini merupakan karya pertama dari penulis ini yang singgah di rak buku peribadi saya walaupun mengetahui ini bukanlah karya pertama beliau di dalam dunia penulisan kreatif tanahair. Naskhah terbaru beliau ini ternyata sarat dengan persoalan cinta yang ditafsir dari dimensi yang berbeza. Cinta itu punya pelbagai makna dan konsep yang diterjemahkan menurut kamus hati masing-masing.

Cintanya…Kian Membara (CKM) bagi saya sebuah naskhah bergenre romantik yang cukup mendebarkan para pembacanya. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka dicipta penulis dalam membongkar perjalanan cerita yang cukup menarik ini. Permulaan cerita sendiri sudah mencipta persoalan di minda pembaca tentang isi ceritanya dan ternyata penulis berjaya membuat pembaca tertarik dan teruja untuk terus mengikuti kisah selanjutnya.

Sebagai sebuah kisah yang bertemakan cinta sebagai teraju utama dengan sisipan hubungan kasih sayang sesama keluarga dan rakan CKM memperkenalkan pembaca dengan tunjang utama cerita; Nik Seri Nataliya a.k.a Liya /Erin Darleena seorang gadis yang sempat bergelar isteri selama 2 jam selepas pernikahannya. Perkahwinan yang diatur keluarga suami itu ternyata tidak menjanjikan bahagia.Dia diceraikan di malam perkahwinannya oleh suami, Engku Rajhan atas alasan yang cukup pahit untuk ditelan oleh seorang isteri. Suaminya sudah punya pilihan hati sendiri; si cantik manis Emilda!!.

Plot cerita ini tidak berpaksikan jajaran kronologi dan teknik imbasan kembali yang digunapakai penulis di dalam mengimbau perjalanan watak-watak di dalam CKM ini terutama Liya sendiri. Kita akan terasa kesayuan di sepanjang mengikuti hidup Liya setelah dibawa ke berpindah kediaman suami.Plot cerita berkembang dengan cukup berwarna-warni didalam menyusuri pergerakan kisah Liya yang cukup dramatik ini. Sisipan monolog juga mimpi Liya cukup menarik digambarkan dalam menimbulkan persoalan di minda pembaca tentang perkara yang menghantui diri Liya. Teknik suntingan CKM sangat kemas cuma ada sedikit kecacatan kecil didalam penggunaan dialog bahasa Inggeris yang tercerna kesilapan tatabahasa juga penyusunan katanya. Diharap pihak editor akan lebih berhati-hati dimasa hadapan agar ia tidak berulang.

Penulis cukup bijak memancing simpati pembaca terhadap Liya dan mengundang benci pada perilaku Engku Rajhan yang keterlaluan juga rasa mual dan meluat yang amat sangat pada sikap Emilda. 3 watak utama ini berjaya dibina perwatakannya dengan baik hingga pembaca terlupa manusia boleh punya pelbagai wajah dan rupa. Jangan cepat menilai hanya dengan pandangan mata kasar sebab mata kadangkala juga tersilap. Saya kagum dengan kebolehan penulis “menipu” pembaca hingga dengan mudah menghakimi Engku Rajhan dan Emilda. Watak-watak pembantu seperti Hazziq, Fateen juga Engku Sofiah juga cemerlang dalam menjalankan tugas mereka mewarnai kisah dalam CKM ini terutama Hazziq yang digambarkan secara konsisten perwatakannya hingga ke akhir cerita.

Paling menarik bila kisah sebenar terbongkar. Tabir di singkap satu persatu secara perlahan-lahan membuat pembaca cukup tidak sabar dan tidak menduga begitu rupa kisah sebenarnya...sangat menarik bagi saya cara yang diguna penulis di dalam merungkai kisah sebenar disebalik kemelut perkahwinan dan penceraian Liya dan Engku Rajhan dan penyatuan mereka adalah kemuncak cerita yang cukup manis bagi saya biarpun cuma seketika...

Buat penulis, tahniah atas penghasilan sebuah kisah yang cukup manis, cukup mengujakan sekali. Semoga anda akan terus cemerlang memenakan kisah-kisah indah di masa akan datang.

Buat pembaca budiman di luar sana, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkannya, kerna naskhah ini sungguh berbaloi dimiliki biarpun ia sedikit mahal dari biasa.

Notapipi buat Cik Presiden Geng Kicap : Boss, cite ni sad ending sikit taw sebab hero mati aar, huhukkk...tapi kan ada 2nd hero yang hensem gak yang suka kat heroin hingga di akhir cerita...jadi kurang lah darjah sedey tu sikit...ahaaaks...tapi lu WAJIB beli boss, x rugi wa cakap lu...

Chinta by Norhayati Berahim


Full cover Chinta dah kuar


Tajuk: Chinta
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Harga RM24.90-(Semenanjung) , RM27.90-(sabah sarawak)
isbn: 978 967 5229 02 2


"Rahsia itu dipendamnya sehingga menyakitkan dirinya sendiri"


Sinopsis:


Zahirnya dia lelaki yang sempurna ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.


Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkan dimiliki kasih Chinta?


Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya...

(nantikan kemunculan novel ini Disember 2008)
Untuk membaca fragmen novel ini sila rujuk entry terdahulu atau terus ke website Norhayati Berahim. Terima kasih

Wednesday, November 12

ALAF21 - TRIO-NOVEL NOVEMBER 2008







1. KAU TETAP DI HATI
Harga: RM19.90

Penulis: Liza Zahira
Halaman: 512 ISBN: 978-983-124-394-7


Sinopsis:
TERPERANGKAP di celah kemelut silam kakaknya, menjadikan Sophia gadis yang cekal. Kepulangannya dari New Zealand bukan membawa segulung ijazah tetapi terpaksa berhadapan dengan bekas abang ipar yang berdendam dengannya.

Lalu bermulalah episod baru yang datang silih berganti. Demi masa depan tiga orang anak saudara, dia menerima Nasmizan, rakan lama yang akhirnya menjadi suami.

Malangnya, musibah menimpa. Suami yang baru dinikahi menemui ajal di tangannya. Fitnah telah merosakkan segala harapan, apatah lagi dia dituduh bersubahat membunuh oleh ibu kandung sendiri. Segala dugaan terpaksa ditempuh sendirian hinggalah Benjamin, lelaki yang pernah singgah di hatinya muncul kembali. Tapi, bukan mudah untuk mendapat restu daripada seorang ibu lantaran kasih terhadap menantu yang telah tiada masih begitu utuh.

Sophia Basir... berpijaklah di bumi nyata! Di usia muda ini, mustahil terus-terusan mahu menjadi lilin, sedangkan diri sendiri berhak mengecap bahagia. Bukankah hidup mesti diteruskan?


2.KENANGAN TERINDAH
Harga: RM19.90
Penulis: Hezzy Azra
Halaman: 528 ISBN: 978-983-124-395-4

Sinopsis:
SANGGUP berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak rela mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah kerana Ridzwan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya. Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka.

Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya. Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas di usia muda. Kesabarannya berbalas, TUHAN hadirkan seorang insan untuk menghapuskan air mata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.

Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap. Ketika rahsia tersingkap, dapatkah Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu?


3. SETEGUH CINTA
Harga: RM19.90

Penulis: Durrah Fatiha
Halaman: 512 ISBN: 978-983-124-399-2

Sinopsis:
MAHLIGAI bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangannya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang perkahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.

Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi ‘househusband.’ Untuk mengelakkan rumah tangga terus berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.

Perpisahan itu mula menimbulkan kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.

Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?

Thursday, November 6

KEBUN MIMPI...akan datang dari Jemari Seni



PENGUMUMAN...

Jemari Seni ada buku 3 + 1 untuk bulan November tau... lihatlah sampul kulitnya yang cantik, lukisan ini dilukis oleh Syah dari Pulau Bali, Indonesia...(CHANTEKNYERRR...kan kan...)

Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi...

Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya
Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain... ? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.

Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.


Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud
Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.

Jomlah sama-sama ikut Syud membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!

Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa
"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang..." balas Ehsan.
Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.

Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.

Membaca blurb pun, tentu anda semua sudah tertanya-tanya cerita yang bagaimana ya, buku kali ini? Apa yang boleh dikatakan, cuma satu saja... BELILAH, JANGAN TAK BELI WEIII!

Butiran Novel:

Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Catatan: Mulai di pasaran: 20 November 2008
*Harga tawaran Jemari Seni – RM19.00 dan boleh dipesan secara online mulai 18 November 2008
Selamat membeli dan membaca...

Sedutan cerita:

1. Kebun Mimpi... daripada Noor Suraya

"Adam tak nak tidur lagi?"
"Nak mulakan juz baru ni... Ain tidurlah. Kalau sudah ke pelantar, tak tahu ada masa atau tidak." Kata Adam. Matanya bening... melihat Ain terbaring di sofa panjang, hatinya jadi terusik. Ain sudah tidak selesa untuk bergerak lagi, kasihannya. Tapi Ain ni... masih ada hati berbaring di sofa yang sendat ala-ala Cleopatra begitu.
Setiap kali melihat Ain yang termengah-mengah begitu, membuat dia juga rasa bersalah kerana pernah menggores hati uminya di rumah. Begitulah umi mengandungkannya dulu dengan bersusah payah... apabila dah besar panjang begini, dah nak jadi bapa orang pun, dia juga masih melawan kata-kata umi. Kalaulah ini Ramadan yang terakhir, masihkah dia sempat memohon ampun dan maaf daripada umi? Esok pagi-pagi di pejabat dia akan telefon umi dan abah minta ampun! bisik hatinya.

"Kenapa tengok Ain macam tu?"
"Sebenarnya selama ini saya tidak pernah tengok Ain betul-betul... kan? Ain tidak banyak berubah sejak zaman sekolah."
"Mujur tak tengok betul-betul, kalau tak mesti Adam dah pilih orang lain...! Hanya kerana salah pandang, Ain yang bertuah." Kata Ain, cuba mengiring sikit.



2. Tas Merah Jambu daripada Syud

Gadis itu sedang tercegat berdiri, seolah-olah sedang menunggu seseorang. Adif terkedu buat beberapa ketika, dan pantas fikirannya menimbang sama ada dia patut bangun dan menegur, ataupun duduk sahaja di sini dan melihat siapa yang ditunggu Nisa.

Pilihan pertama? Atau pilihan kedua? Atau... pura-pura berjalan di sebelahnya dan manalah tahu Nisa menegurnya....A, B atau C? Macam nak kena cari alternatif untuk pilihan D jek.

Dia berkeputusan untuk memilih A, namun belum sempat dia berbuat apa-apa, orang yang ditunggu Nisa sudah tiba. Dan orang yang ditunggu Nisa tidak lain dan tidak bukan lelaki berdarah campur itu, yang terus membuatkan Adif menjana pilihan untuk D.
D - Duduk dan tidak berbuat apa-apa kerana semua cadangan tiga pilihan di atas tidak sesuai dijalankan.

Terus dia mengalih pandang. Tidak mahu terus memandang. Namun matanya masih lagi degil mengerling, dan dia lihat Nisa mengambil sesuatu dari tangan lelaki itu. Dia nampak Nisa ketawa, dan tersenyum.

Adif menggeleng sendiri. Akhirnya dia bangun, dan memusingkan badannya menghadap dinding. There. Safe.


3. Albatros: Antara Langit dan Bumi daripada Rnysa

"Burung tu dapat ikut kapal-kapal selama beberapa hari. Selama tu ia melayang dengan tak turun dan hinggap di mana-mana." Terang Ehsan.
"Macam hati manusia juga..." sambung Ehsan bersahaja.
"Apa pula kaitannya albatros dengan hati?" pantas Izzah menyoal. Profesor Abu turut hairan dengan analogi anak didiknya itu.

"Ya lah, hati manusia... mengikut kita berhari-hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun... tapi tak mahu turun dan hinggap di hati orang yang diikutnya. Terbang melayang-layang di atas sana. Entahkan bila akan singgah, kita pun tak tahu...." Pandangan mata Ehsan terhenti pada muka Izzah yang sudah kemerahan.

"Adakah bab ini termasuk dalam tesis awak, Ehsan?" usik Profesor Abu yang sudah dapat menangkap maksud yang tersirat. Bibirnya membunga senyuman. Anak muda dilamun cinta, bisik hati kecilnya.

"Ya, Profesor. Tesis yang tidak pernah selesai!" Mata Ehsan masih terarah pada Izzah yang kembali membaling roti kering ke dalam laut. Empat orang lagi pelajar Profesor Abu yang mengikut kajian hari ini hanya tersenyum sesama sendiri.

Monday, November 3

Di Langit Cinta by Lily Haslina Nasir




DI LANGIT CINTA
Penulis: Lily Haslina Nasir
Penerbit: Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun: 2008
Harga: RM19.90
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-388-6




"Bahagianya bersemayam di sebalik awan menyulam kasih kita"


Di Langit Cinta mempunyai susur galur cerita yang rancak dan tidak membosankan. Hero heroinnya dari latar yang tidak glamor atau kaya. Mereka adalah anak2 muda di sebuah kampung. Tak terasa nak tutup atau letak buku ini selagi tak baca sampai habis kerana semua kita nak tahu apa terjadi akhirnya dalam situasi kehidupan yg seperti ini. Lily Haslina seperti berkongsi pengalaman kewartawanannya dan menyingkap kisah gelap kelab2 malam dan kelab2 dangdoot.


Hani & Raiz adalah pasangan ideal yg sama cantik sama padan. Kalau nak bandingkan dengan couple2 lain ciptaan kak Lily Haslina, mereka ini paling hangat percintaannya. Byk scene yg bukannya hanya membuat Hani tersipu-sipu, saya pun tersipu-sipu jugak, hehe.


Cinta pandang pertama, Raiz tu nampak dari belakang jer si Hani tu, terus dah jatuh hati walaupun gadis itu digelar langsuir bawa keranda (Hani jln tengah panas sambil menggalas dua beg besar). hehe.. kata2 gurauan Raiz memang melucukan tapi kadang2 tu macam keterlaluan dan sinis.


Sebaik saja menyedari kelembutan Hani di sebalik kekasaran yg sentiasa dipamerkan, Raiz tak membuang masa utk meluahkan perasaan. Thanks to Dayang dgn Awang yg 'membantunya' melihat insan 'caring' dalam diri Hani. (Dayang ngan Awang tu sepasang angsa)


Seri Bunga mengumpulkan Hani & Acun dengan Zie, Jujun dan Nicky. Kumpulan Pang5 ni memang ada saja benda yang nak menggamatkan suasana. Kadang2 tak terasa pulak Seri Bunga tu tempat kerja. Macam alam persekolahan pun ada jugak, tambah2 dgn sikap Raiz (anak tokey seri bunga) yang macam Ketua Pengawas. Tapi saya rasa di usia belasan tahun, mungkin perangai begini agak biasa. Watak Hani dalam lingkungan 18thn so saya assume kawan2nya dalam kelompok usia yg hampir dengan Hani. Kelakar pulak scene Hani beria-ia main SNAP dgn geng pang5nya sebab nak menang gula2 getah yg byk utk adiknya, Maya. Tapi last2 tengah belakangnya yg kena SNAP dengan Raiz sebab curi tulang masa kerja.


(spoiler alert: This part onwards may reveal too much tentang isi cerita novel ini. Kalau nak rasa saspen masa baca novel ni nanti, jangan baca bahagian bawah ni ye?)


Ini bukan kisah remaja riang ria semata-mata, Raiz terperangkap dgn keputusan ibunya utk menikahkan dia dgn sepupunya Meriam demi utk melangsaikan hutang. Meriam yg selalu mencari salah Hani membuatkan dia menjadi watak yg sangat kita benci. Hani membawa diri ke KL dan bekerja di kelab dangdoot. Di sini kisah ini telah beralih ke kisah gelap. Hani walaupun dia melayan pelanggan tapi dia tak pernah menyerah diri pada pelanggan2nya.


Raiz tidak bahagia dgn Meriam dan isterinya menyedari hakikat itu. Setelah mengandung perwatakan Meriam seperti berputar 360 darjah. Dia lebih byk berfikir yg baik yg buruk, siapa dia di antara Raiz dan Hani. Dia merelakan Raiz pergi mencari Hani, dia seperti memahami kesengsaraan Raiz. Entah kenapa saya agak kagum dgn evolusi watak Meriam. Dari watak yg kita benci jadi watak yang kita kesian & simpati. Pd masa yg sama tak derlah pulak benci pada Raiz dan Hani yg berkahwin secara rahsia di Bali. Scene Hani-Meriam kat hospital mengundang air mata, pertemuan mereka bukan utk bermusuh tapi berdamai. Terharu membayangkan Hani menyuap makanan kat Meriam dgn perasaan hiba. Seperti utk menamatkan konflik, Hani menderma darah B- kpd Meriam, tapi lepas melahirkan anak, Meriam meninggal dunia. Hani menghilangkan diri selepas kematian Meriam. Sedikit sebanyak rasa bersalah menyelubungi diri. Raiz (yg koma earlier) direstui utk mencari Hani dan sama2 menjaga Karina. Tapi nak cari kat mana?


Sebenarnya terlalu byk yang terjadi dalam kisah ini. Kena baca sendiri utk menghayati segala2nya.


Penulisnya: Lily Haslina Nasir, hmm pengalamannya sbg wartawan membuatkan penulisan kisah ini kelihatan sangat real. Kak Lily makin jiwang la. hehe.


Sure fine whatever
Rinn

Thursday, October 30

Panggil Aku Dahlia


Tajuk Buku :Panggil aku Dahlia
Penulis : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21.00
Cetakan Pertama : 2008
Genre: Kekeluargaan (Cinta & Kasih Sayang)


---------------------------------------------------------------------------------
kata ayah tentang teh:

tea brightens morning, refreshes afternoons and warms nights…”

Apa Kata Saya:

Cabaran getir bagi setiap penulis tatkala menghasilkan karya terbaru cuma satu; mampukah karya berkenaan mengatasi karya mereka yang terdahulu.Bukan mudah untuk mencapai piawaian dan kehendak pembaca kerana sebagai pembaca kehendak mereka adalah pelbagai, tidak terbatas dan mereka hanya mahukan yang terbaik dari setiap sen yang mereka keluarkan. Maka, inilah tanggungjawab yang harus dipikul dan terbeban di bahu setiap penulis tatkala ingin merealisasikan kehendak itu. Dan ia ternyata bukanlah satu tugas yang mudah.

Sebagai seorang penulis yang cukup berpengalaman di arena dan pentas penulisan kreatif tanahair, kehebatan cetusan idea dan pena Noor Suraya tidak perlu dipersoalkan lagi. Beliau ternyata begitu teliti dan peka dengan apa yang berlaku di dalam masyarakat pembaca tatkala mengerah idea demi melahirkan sebuah karya baru yang benar-benar hebat, berkualiti dan mencapai aras piawaian yang dikehendaki pembaca. Kelahiran novel terbaru beliau yang juga novel kelapan nukilannya ternyata cukup kuat menggamit para pembaca,peminat juga pencinta novel tanahair untuk sama-sama duduk dan menghayati satu kisah, satu cerita yang sungguh dekat dengan kehidupan kita.Satu lagi kejayaan diulangi oleh si pemilik nama Noor Suraya ini.

Panggil Aku Dahlia (PAD), sebuah karya cantik hasil cetusan idea beliau yang tidak perlu dipersoalkan lagi kehebatan pena saktinya tatkala berkarya. Cantiknya PAD pada pandangan saya tersimpul dari cara penulis menggarap cerita ini menjadi sebuah naskhah yang bukan sahaja indah laras bahasa dan persembahannya, namun yang lebih utama isi dan mesejnya cukup terkesan di jiwa tatkala membacanya. Banyak pengajaran berguna yang ditabur olehnya untuk kita kutip sebagai renungan dan panduan. Ada ketika rasa sendu pasti singgah di jiwa melihat perjalanan hidup Putri Dahlia @ Dahlia, watak utama dalam PAD ini yang tidak seindah pelangi. Ada ketika pula senyum dan tawa bertamu di bibir melihat perang teluk antara Dahlia dan musuh tradisinya; Wadi Hannan @ Wadi yang tak kunjung padam. Lucu sekali.

Penulis yang lebih mesra dengan panggilan kaksu ini cukup bijak menebak fikiran dan naluri pembaca yang ketandusan cerita-cerita yang bertunjangkan tema dan mesej mantap tetapi disampaikan dengan cukup puitis, penuh pesona tapi cukup bersahaja. Kehebatan karya terdahulu kaksu, Surat Ungu Untuk Nuha(SUUN) ternyata berjaya diulangi PAD malah ia jauh lebih baik dari setiap aspek; baik persembahan, plot/jalan cerita juga tidak ketinggalan sisipan mesej-mesej berguna yang menyulaminya.

Penggunaan elemen-elemen bahasa yang cantik kerapkali digunapakai di dalam PAD dan ternyata ia sangat mempengaruhi mood pembaca untuk terus terpesona mengikuti perjalanan kisah si Putri Dahlia Megat Qais ini. Kaksu ternyata cukup pintar mengolah kata-kata manis yang penuh personifikasi dalam memakukan pandangan dan minda pembacanya agar tidak terkalih perhatian mereka pada yang lain, tapi hanya pada PAD hingga ke noktah terakhir. Sebagai penulis wanita, cara pengungkapannya lebih halus kerana penulis wanita lebih handal mengartikulasi emosi dengan lebih baik dan jelas berbanding penulis lelaki…(pendapat saya lah, hehehe)

Saya cukup tertarik dengan teknik suntingan dalam PAD ini lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan plot cerita yang bukan bersifat jajaran kronologi langsung. Tanpa suntingan yang teliti, imbasan kembali yang dicuba dibawa pasti mengganggu tumpuan pembacaan dan ia pasti menjejaskan mood pembacaan. Kaedah yang digunapakai dalam PAD untuk pembaca kembali ke zaman persekolahan Dahlia, zaman permulaan tercetusnya perang gerila antara Dahlia dan Wadi digarap dengan cukup halus, teliti dan cemerlang sekali sehingga kita tidak sedar kita sedang dibawa ke masa lampau Dahlia.

Jika diperhalusi, kekuatan PAD terletak pada penceritaannya sendiri. MemangIah jika dilihat secara kasar, penceritaan begini bukanlah sesuatu yang baru, namun penulis bagi saya jauh ke hadapan kerana berjaya membentuk satu kesatuan paling integral yang cukup harmonis antara cerita dan penceritaan. PAD membawa pembaca menyusuri perjalanan masa lampau dan kini seorang Putri Dahlia Megat Qais yang disulami pelbagai catatan suka duka, pedih lara yang diungkap dengan permainan kata-kata juga bahasa tubuh yang cemerlang. Perwatakan 2 pendukung utama PAD ini juga istimewa. Saya seperti terpandang Nuha(SUUN) pada Dahlia, terkilas Alang(SUUN) di mata Wadi namun Dahlia jauh lebih ganas, lebih brutal dari Nuha, dan Wadi pula lebih sedikit akal jahatnya dari Alang. Yang nyata persembahan mereka sangat-sangat cemerlang.

Latar cerita yang mengabadikan Tanah Tinggi Cameron sebagai lokasi utama cerita diadaptasikan ke dalam PAD dengan cukup teliti. Ketelitian inilah yang membentuk satu gerak kerja yang menghasilkan gambaran sinematografi yang membanggakan walau cuma dizahirkan dilayar kertas. Kreativiti penulis benar-benar terpamer di sini.

Untuk Noor Suraya a.k.a kaksu yang sangat-sangat saya kagumi bakat penulisannya, sekalung tahniah atas persembahan hebat dan mantap anda dalam Panggil Aku Dahlia. Ternyata pengorbanan anda dalam menghasilkannya cukup berbaloi sekali. Semoga kaksu akan terus berkarya, terus mencurah dan berkongsi idea dan cerita hebat cetusan minda kreatif anda dengan kami, para pencintamu. Terima kasih juga kerana “mengundang” kami membuat penampilan cameo dalam PAD (kaksu tau siapa kami itu kan…hehehe).

Buat pembaca budiman di luar sana, jika anda mencari-cari satu kisah, satu cerita yang akan meninggalkan satu kenangan manis yang tidak akan anda lupakan sepanjang hayat, maka Panggil Aku Dahlia adalah jawapannya.