Showing posts with label Lynn Allyna. Show all posts
Showing posts with label Lynn Allyna. Show all posts

Thursday, March 14

Sneak Peek: Jangan Merajuk Sayang by Lynn Allyna

cover novel terbaru dari penulis popular Kaki Novel Lynn Allyna :) Jangan Merajuk Sayang

untuk maklumat lanjut, boleh terus ke blog tertera

fuh mau lebih 500 jugak ni kalau setebal ni

jom baca sinopsis nya :)

maklumat isbn dan harga

penanda buku. latarbelakang tu adalah biodata dan gambar penulis. boleh dapatkan novel untuk paparan penuh :)

kisah ini ditamatkan di mukasurat 581
 
 

tinta penulis :)
terima kasih :)
terima kasih :)
sure fine whatever
Rinn

Thursday, February 24

Rinn Reviews: Hati Bila Cinta by Lynn Allyna


Hati Bila Cinta
Penulis: Lynn Allyna
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM20.00
sabah/sarawak RM23.00
512 mukasurat
9789675067648


"Hati kalau dah cinta, benci pun boleh jadi sayang. Sehari tak pandang mulalah jadi gila bayang"


Fenn pernah berkahwin tetapi belum sempat menjadi seorg isteri, suaminya pergi menyahut panggilan Ilahi. Pengalaman itu menjadikannya seorg yg lebih suka menjauhi lelaki.


DZ pernah dikecewakan kekasih hati. Membuat dia agak sukar mempercayai wanita lagi. Pertemuan pertama dengan Fenn tidak mencetuskan sebarang bunyi antara mereka. Tetapi pertemuan2 berikutnya berdentum dentam dengan pergaduhan demi pergaduhan. Ada saja idea utk saling menyakitkan.


Pengalaman silam Fenn menimbulkan simpati ibu DZ dan dia berhajat menyatukan DZ dgn Fenn tetapi kedua2nya membantah. Peristiwa ibu Dz jatuh sakit membuatkan dia percaya hanya Fenn dapat menyenangkan hati ibunya. Dia cuba membuat perjanjian kontrak utk bertunang dgn Fenn tetapi ditolak mentah2. Lalu peristiwa eksiden dgn Fenn dijadikan modal utk mengugut Fenn lalu memaksa Fenn menjadi kekasihnya datingnya utk 90hari.


Perwatakan DZ berubah sepanjang 90hari itu membuatkan Fenn seram sejuk. Kehadiran Syaril, abg arwah suaminya yg sangat seiras dgn suaminya itu membuat DZ jadi cemburu. Hari2 keluar dating membuatkan mereka saling mengenali dan mula menyenangi perilaku sebenar mereka. Tanpa sedar Fenn sendiri merasa kecewa apabila hari ke 90 tiba.


Background Fenn sbg janda berhias yg dianggap membawa sial adalah sesuatu yg jarang2 kita baca dalam novel melayu, tetapi kisahnya dengan DZ dan dgn Syaril membuatkan cerita ini jadi kisah cinta yg biasa-biasa saja.


Memang ada 2 watak yang nama Sarah dlm citer ni ke? *garu pala


sinopsis/blurb/novelcinta@multiply


Dua-dua tak sebulu. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dgn kucing. boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?


Tetapi, dalam benci ada cinta. Mulut kata benci, hati kata cinta.


DZ tak mengalah walaupun berkali kali dia ditolak. Pelbagaicara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar menjadi rindu dan sayang.


Bagi Fenn, cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yg paling dicintainya. tapi siapa yg mampu mengelak kehendak tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.


"Cinta Iqram Dzulqarnain hanya utk Nur Fazreen"


Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

Friday, December 17

Januari 2011 Dari Kaki Novel


AKULAH CINDERELLA – NOZI DANISYA
TERBITAN KAKI NOVEL
ISBN: 978-967-5067-66-2
SEMENANJUNG: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 21.00


Bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara.


SINOPSIS :
Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?


“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”
“Apa dia? Aku buat apa?”
“Kau luku kepala aku tu kenapa?”


Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq? ‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.






HATI BILA CINTA- LYNN ALLYNA
TERBITAN KAKI NOVEL
ISBN: 978-967-5067-64-8
SEMENANJUNG: RM 20.00
SABAH/SARAWAK: RM 23.00

Hati kalau dah cinta, benci pun boleh jadi sayang.
Sehari tak pandang, mulalah jadi gila bayang.


Sinopsis panjang:-
Dua-dua tak sebulu. Bila si lelaki kata mahu, si perempuannya pula kata tidak. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti tak sah kalau si perempuan tak mengalirkan air mata. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?


Dalam benci ada cinta. Mulut kata benci tapi hati tetap kata cinta. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Fenn telah menutup pintuk hatinya untuk bercinta semula. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar rindu dan sayang.


Fenn tak mahu cepat mengalah. Cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.


“Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.”
Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

Wednesday, February 17

Sepupuku Suamiku



Tajuk Buku : Sepupuku Suamiku
Penulis : Lynn Allyna
Penerbit :Kaki Novel Enterprise
Harga : RM19.00
Cetakan Pertama : 2010
Genre : Romantik & Kekeluargaan
Bintang : 3


--------------------------------------------------------

“Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya…”


Apa Kata Saya

Sepupuku Suamiku (SS) adalah nukilan penulis baru; Lynn Allyna yang pertama kali saya tatap karyanya. Karya yang bermula dengan format e-novel dan kemudiannya diversicetakkan ini memaparkan transformasi kehidupan juga suka duka seorang gadis muda; Nana yang bergelar isteri kepada sepupunya sendiri yakni doktor Hisham. Laluan pahit manis yang ditempuhi Nana selaku pendukung utama naratif disepanjang tempoh perkahwinan hingga ke kemuncak ikatan perkahwinan itu menjadi medan penulis melakar sebuah jalan cerita yang saya kira agak baik persembahannya dari seorang penulis baru.

Kisah ini merungkai tema cinta dan kasih sayang yang lebih menjurus pada cinta antara suami isteri. Kekuatan cinta mereka itu teruji tatkala rumahtangga mereka yang masih hijau itu dilanda badai yang yang membawa pada terlerainya ikatan itu. Dan kuasa cinta dan kasih sayang itu jugalah membawa mereka kembali bersatu semula. Sub tema juga merungkai hubungan kasih sayang antara ahli keluarga dan kalangan teman akrab. Talian hubungan antara kesemua ini kemudian digarap dan dijalin penulis didalam memaparkan hubungkait dan kekuatan nilai hubungan tersebut didalam kehidupan manusia. Inilah mesej yang saya kira cuba disampaikan penulis pada khalayak pembaca.

Naratif ini hampir sepenuhnya kronologi dan penulis ada menyisipkan flashback didalam membantu pembaca lebih mudah mengikuti penceritaannya ini. Plot cerita agak baik dipersembahkan penulis biarpun adakalanya ada bahagian penceritaan yang saya rasakan tidak penting sewajarnya boleh diabaikan penulis. Penceritaan yang sedikit meleret akan membosankan pembaca kerana perlu diingat fokus cerita yang terarah adalah kunci kepada sebuah persembahan naratif yang baik.

SS memaparkan rentetan perjalanan hidup Nana @ Diana Syakira yang menjadi pengantin gantian dan dikahwinkan dengan abang sepupunya; Hisyam disebabkan tunangan Hisyam memutuskan ikatan mereka disaat-saat akhir. Demi mengelakkan malu keluarga, jasa Nana amat diharapkan oleh mak longnya yang juga ibu Hisyam. Nana yang sememangnya sudah lama menyintai Hisyam dalam diam menerima perkahwinan itu dengan rela hati biarpun sedikit khuatir juga cuak akan penerimaan Hisyam terhadap dirinya. Nana beruntung kerana Hisyam belajar untuk menerima dan menyintai dirinya sebagai isteri biarpun sebelum ini menganggap Nana seperti adiknya sendiri dan keikhlasan mereka berdua didalam perkahwinan ini ditambah dengan restu kedua ibubapa membawa sinar bahagia didalam perkahwinan mereka. Kata orang tiada rumahtangga yang tidak diduga, begitu juga pasangan muda ini. Kemunculan kembali bekas tunangan Hisyam; Hani Marina yang mahu menjalin semula ikatan mereka begitu mengkucar-kacirkan perasaan Hisyam. Penolakan Hisyam menimbulkan sakit hati Hani lalu Nana yang begitu lembut dan rapuh dijadikan sasaran untuk perlaksanaan misinya merebut kembali Hisyam.

Perwatakan Nana yang diangkat sebagai tunjang cerita dipersembahkan sebaiknya oleh penulis ini. Nana dipotretkan sebagai gadis yang baik, anak manja, wanita dan isteri yang cukup sempurna bagi seorang lelaki. Sebagai wanita yang agak muda tatkala bergelar isteri, emosinya yang agak goyah tatkala rumahtangganya diuji dipamerkan sebaiknya oleh penulis dan kegopohan Nana tatkala mengambil keputusan tanpa mahu mempertahankan rumahtangganya adalah jawapan pada kelemahan sifat dirinya yang satu itu. Pengorbanannya saya kira sedikit lemah bertunjangkan alasan yang tidak kukuh. Hisyam bagi saya watak yang cukup stabil digarap penulis bersesuaian dengan latar diri dan kematangannya sebagai lelaki. Watak antagonis Hani Marina sedikit kucar-kacir dan tidak diolah dengan sekemasnya bagi menimbulkan darjah kebencian yang ketara pembaca padanya. Begitu juga watak Johan yang saya fikir tiada langsung sumbangannya didalam memberi makna didalam naratif ini.

Buat guru muda ini, tahniah untuk persembahan sulung anda ini. Semoga akan terus berusaha gigih mempertingkatkan mutu penulisan anda untuk karya-karya akan datang kerana saya kira anda cukup berbakat didalam melontar idea. Teruskan usaha anda untuk sama-sama menyemarakkan lagi dunia penulisan kreatif tanahair.

Wednesday, February 3

Novel Februari Dari Kaki Novel


S/M AHLI : RM 20 bukan ahli ~ RM 24
S/S AHLI : RM 23 bukan ahli ~ RM 27

Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampa
unya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di antara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.


Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing melua
hkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Ran
ia, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.
Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?



Semenanjung: RM19 ahli KN RM15

Sabah/Sarawak RM22 ahli KN RM18


Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.

Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.


Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan hati
Nana yang keras itu.


Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.


Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana….


Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?