Showing posts with label Rosa Nur Imani. Show all posts
Showing posts with label Rosa Nur Imani. Show all posts

Tuesday, July 5

Terbaru daripada Buku Prima

Tajuk : Takkan Melupakanmu
Penulis : ROSA NUR IMANI
Harga : RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-77-7
Halaman : 624 hlm

Anita dan penderitaan bagaikan sudah menjadi satu. Ibunya sudah lama bergelar arwah sementara ayahnya pula menghilang entah ke mana. Hidupnya di kampung bagaikan melukut di tepi gantang. Dia akhirnya terlontar di kota yang penuh cabaran. Di sana dia bertemu dengan Adrus Hakimi, Badrul dan Khaled. Adrus Hakimi sudah ada Manisah. Badrul sudah ada Rozana dan Khaled sudah punya Ellyana. Kalau Adrus Hakimi jatuh hati padanya kerana kenangan semalam yang dibawanya bersama, Badrul pula ingin memilikinya untuk melengkapkan egonya sebagai lelaki. Sementara itu, rasa simpati yang membuak-buak membuatkan Khaled jatuh cinta padanya lalu tega menggores hati teman wanitanya. Namun, dendam yang membara di sudut hatinya membuat dia tega bermain api tanpa mengira kalau suatu hari nanti api itu akan membakar dirinya sendiri.
Tajuk : Purnama Merindu
Penulis : Nora Isma Fuad
Harga : RM 22.90
ISBN: 978-967-0184-75-3
Halaman : 560 hlm

William Shakespeare, Journey’s end in lovers meeting. Cinta menamatkan penantian ‘pungguk dan bulan’ yang berlaku dalam kehidupan watak-watak Kameel, Wulan, Rafique, Zara Orkhid dan Asmira.

Perkahwinan yang bahagia antara Kameel dan Wulan, cukupkah untuk memberhentikan ‘cinta lara’ yang ditanggung selama hayat? Masih adakah peluang kedua bagi menebus kesilapan silam yang ‘hitam’ antara Kameel dan Asmira? Akan bertemukah Wulan lagi dengan si pungguk ‘Rafique’ yang lama dia nantikan? Bersikap skeptis terhadap lelaki, kedatangan ‘hero cinta’ cukupkah membuka hati Zara semula terhadap cinta?

Tajuk : Melankolik Cinta
Penulis : SHEILA HUSAIN
Harga : RM 19.90
ISBN : 978-967-0184-88-3
Halaman : 524 hlm

Membesar tanpa kasih sayang ibu bapa tidak menghalang Ayu Alenda mencapai impian untuk menggenggam segulung ijazah. Kehadiran Imran Qaiser yang memujanya sejak dari sekolah menyimpan seribu satu rahsia cinta yang belum terungkai. Kemunculan ayah, ibu dan adiknya, membuatkan Ayu Alenda membawa diri ke bumi asing.

Lantaran kecewa dengan pemergian ibunya dan rasa terasing tatkala dikecualikan daripada menerima harta pusaka ayahnya, Ayu Alenda terus menyepi kerana tidak mahu maruah lelaki yang disayanginya tercalar dek kerana status dirinya yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah. Dapatkah Ayu Alenda mengubah persepsi masyarakat sekeliling bahawa insan sepertinya juga berhak mengecapi bahagia seperti insan lain?

Tajuk : Jangan Sebut Namaku
Penulis : NOORFADZILLAH
Harga : RM 22.90
ISBN: 978-967-0184-70-8
Halaman : 576 hlm

Persaingan Engku Aleeyah dan Isabella demi merebut kasih Luqman tidak pernah surut. Engku Aleeyah, gadis Melayu sanggup melakukan apa sahaja demi mengikat kasih Luqman. Isabella gadis pemikir bebas, bermata runcing tidak ingin mengalah. Sehinggalah Isabella hilang ditelan bumi di Hutan Kalawari.

Lima tahun selepas tragedi itu, sesuatu telah kembali menghantui mereka selepas selesai majlis malam reunion di sebuah hotel terkemuka. Satu demi satu teman-teman Luqman dan Engku Aleeyah hilang setiap kali bulan purnama penuh. Kehadiran Fatimah Az-Zahra menambahkan lagi kebuntuan pihak polis apabila maklumat yang cuba disampaikannya tidak logik dek akal. Apakah yang terjadi di sebaliknya?



Tajuk : Bilik 616
Penulis : ZAIFUZAMAN AHMAD
RM 19.90
ISBN: 978-967-0184-85-2
Halaman : 544 hlm

Satu kejadian aneh berlaku di sebuah resort di Negeri Hang Tuah, Melaka. Dengan tidak semena-mena beberapa orang pengunjung yang datang menginap di resort ini tiba-tiba hilang secara misteri. Kehilangan secara misteri itu telah dihidu oleh seorang wartawan bernama Azhar. Dia berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang kehilangan beberapa orang di resort itu. Baginya, kehilangan misteri itu serupa dengan kehilangan yang pernah ditulis di dalam majalahnya itu. Namun permintaan Azhar tidak dilayan oleh pengurus resort itu, Irene.
Kejadian misteri itu berulang lagi menyebabkan pelbagai spekulasi buruk menimpa resort tersebut. Irene mula berasakan jika kejadian ini tidak dibendung, ianya akan menyebabkan resort itu hilang pendapatan. Irene menjadi buntu memikirkan hal ini dan akhirnya dia bersetuju dengan Azhar untuk membongkar misteri itu

Friday, March 19

Mac dari Buku Prima


Tajuk : Segalanya Kuterima
Penulis : ROSA NUR IMANI
Harga :RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-22-8
Halaman : 528 hlm
Tarikh Terbit: 15 Mac 2010

Mereka dilahirkan dari rahim yang sama. Namun Zara tidak pernah menyukai ataupun menyayangi adiknya, Zarina. Kehadiran Iskandar di sisi Zarina membuatkan Zara cemburu. Dia ingin menakluki Iskandar hanya kerana lelaki itu dicintai oleh adiknya. Cinta yang tersungkur di tengah jalan membuatkan hati Zarina kecewa. Namun, dia tidak menanam benci terhadap Iskandar. Dia sanggup berkorban demi Iskandar. Baik Zara mahupun Zarina, masing-masing tidak tahu siapakah sebenarnya yang didambakan oleh lelaki yang menjadi rebutan mereka berdua. Siapakah perempuan bernama Daphne yang tiba-tiba sahaja muncul?




Tajuk : Seribu Rindu Untukmu
Penulis : SHAHRIAH ABDULLAH
Harga : RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-27-3
~656 hlm
Tarikh Terbit: 31 Mac 2010

Sinopsis:
Maya seorang wanita berjiwa lembut tetapi tegas di luaran. Tidak pernah sekali pun seumur hidup mengenali apa itu cinta, walaupun cinta monyet! Selama 25 tahun Maya memegang prinsip 'cinta tidak perlu di cari kerana cinta akan datang sendiri' kerana prinsip itulah Maya tidak pernah berminat atau teruja untuk mengejar atau belajar apa itu erti cinta.

Dengan kecantikan yang dia miliki umpama diri seperti seorang 'Super Model' yang menjadi cemuhan dan cemburu dari rakan sekuliahnya. Maya terpinggir namun dia masih ada teman sejati bernama Zura yang lincah genit dan menggoda.

Bermula dengan gurauan akhirnya Maya bersetuju menyahut cabaran Zura agar dia menulis kisah cinta tentang dirinya sendiri. Maya menyahut cabaran itu walaupun jauh di sudut hati bimbang dan risau sedangkan dirinya tidak pernah sekali pun bercinta dan tahu bagaimana rasanya bercinta.




BUKU AKAN DATANG
Tajuk : Castle Cinta Deaday
Penulis : INDAH HAIRANI
Harga : RM 18.90
ISBN: 978-967-5489-24-2
Halaman :496


Sipnosis:
Sejak kecil Hidayah mengalami krisis menilai identiti. Papa mengajarnya menjalani kehidupan seperti remaja lelaki manakala mama pula menginginkan dia menjadi gadis sejati. Memenuhi kehendak mama dan papa membuat dia pening kepala. Krisis kemelut berlanjutan hingga kepada soal hati dan perasaan. Imran Hadi seorang yang berkarisma, tenang dan berkaliber. Dia senang dengan lelaki ini. Raziq pula lelaki ego dan sombong hinggakan mereka sering bertelingkah. Namun jika Raziq tiada, Hidayah akan berasa rindu. Siapakah sebenarnya yang berada di hati Hidayah?