Showing posts with label Adilla Tasha. Show all posts
Showing posts with label Adilla Tasha. Show all posts

Tuesday, November 9

Rinn Reviews: Dosa Semalam by Adilla Tasha


Dosa Semalam
Penulis: Adilla Tasha
Terbitan Kaki Novel
RM19.00
sabah/sarawak: RM22.00
460 mukasurat


"kutinggalkan semalam yg hilang, akan kudakap hari mendatang..."


Sinopsisnya menarik tapi rasa mcam dah pernah baca novel lain yg ada jalan cerita sebegini. Aku bukan pembaca enovel tegar. Rasa mcm baru saja aku baca novel yg ada jalan lenggok cerita begini. tetapi penyampaiannya dan background ada kelainan lah. Mungkin aku akan senang confuse cerita ni dgn cerita yg lagi satu tu.


Cerita ni terasa lebih light berbanding cerita dalam novel yg lagi satu nun yg lebih berat dan sarat dgn emosi. Bagi yg menggemari kisah2 ala2 kahwin paksa, benci jadi cinta, tentu tak ada masalah utk menyukai kisah ini.


Kisah ni tentang Hanim yg menjadi menjadi mangsa rogol angkara Ariff, bossnya sendiri yg ketika itu dikuasai nafsu gara2 minum arak. Ariff kemudian menghilangkan diri. Hanim dibuang keluarga setelah disahkan mengandung. Hanim memang tak pernah membuat laporan polis mengenai kejadian yg menimpanya. Aku rasa kegusaran Hanim itu logik kerana ramai saksi nampak dia yg memapah Ariff ke bilik hotelnya so besar kemungkinan dia akan dituduh bersalah juga.


Izan membantunya meneruskan hidup dan melahirkan Aidil yg merupakan segala-galanya dlm hidup Hanim. Kehidupannya berjalan lancar sehinggalah satu hari Ariff muncul semula dalam hidupnya, malah mereka kembali bekerja bersama.


Ariff sudah lama cuba menjejaki Hanim demi utk menebus dosanya terhadap gadis itu. malah dia sanggup menerima hukuman dari keluarga Hanim dan menjaga kebajikan keluarga itu sepanjang pemergian Hanim.


Ariff menggunakan peluang terbaiknya ini utk memikat semula Hanim dan menjadi bapa kepada Aidil dlm erti kata sebenar. Malah Aidil lah menjadi target utama utk Ariff dalam usaha utk mendapatkan semula Hanim.


Lepas diorg kawin tu Tuan Ariff tu terus jadi overdose romatik lah pulak. Hanim seperti menerima Ariff demi kepentingan Aidil. Walaupun sudah berkahwin, Ariff masih mencuba sebaik mungkin utk menjaga hati isterinya. Rasanya mcm Ariff simpan lama sangat surprise utk bawa Hanim balik jumpa keluarga yg sudah lama merinduinya. Mungkin dia saja nak tunggu hari raya kot :) Aku suka dgn famili Ariff yg sangat supportive dan bertimbang rasa :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb belakang buku


Diri Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yg merogolnya. Nasib menyebelahi dirinya apabila Izan tampil menghulurkan bantuan dgn memberinya semangat dan perlindungan di Rumah Kasih Sayang.


Kehadiran Aidil pengubat luka di hati walaupun lahirnya tidak sah di sisi undang-undang. Bersama Izan, Hanim membesarkan Aidil dgn penuh kasih sayang tetapi ada batasnya. 6 thn mengubat lara dihati, kehadiran Arif di pejabat tempatnya bekerja kini menggugat ketenangan di tasik hati.

gengkicap

Dendam masih membara. Sedaya upaya Hanim cuba menjauhkan diri daripada Ariff namun tidak berjaya apabila tuntutan kerja memaksa mereka sentiasa bersama. Ariff yg telah berjaya menjejaki Hanim berusaha utk menjernihkan keadaan


Berjayakah Ariff mencuri hati Hanim sekali gus memikul tanggungjwb sbg seorg ayah keapda aidil?

Tuesday, October 19

November ini dari Kaki Novel Enterprise



DOSA SEMALAM – ADILLA TASHA

SEMENANJUNG: RM 19
SABAH/SARAWAK: RM 22
ISBN: 978-967-5067-50-1


Kutinggalkan semalam yang hilang, akan kudakap hari mendatang….

Sinopsis:-
Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.
Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.
Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?
Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….

------





PENJARA RINDU – NIA ARISSA

SEMENANJUNG: RM 21
SABAH/SARAWAK: RM 24
ISBN: 978-967-5067-60-0


Biarlah aku bebas mencintaimu kerana rinduku tidak sanggup terpenjara lagi….


Sinopsis:-

Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya. Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau… adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?
-------------

Friday, August 21

Kaki Novel untuk September


Tajuk : Qantan Biru Langit
Penulis : Muliati Abdul
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM16 (Sem. Msia) & RM19 Sabah/Swak)
"Aku takkan pernah lelah menunggu lelaki terbaik Malaysia hadir di dalam hidupku"

Blurb :


Qantan Biru Langit hanyalah seorang gadis biasa namun dia berjaya mencuri pandang tiga orang lelaki yang berada di sekelilingnya iaitu Razif Khusaini, Khalid Zhafran dan Rafael Vivarte.

Sekental mana jiwa Qantan mengharungi kehidupannya, hatinya masih percaya bahawa suatu hari nanti dia akan ketemu dengan lelaki terbaik Malaysia yang bakal menjadi raja dalam hidupnya.Siapakah lelaki tersebut? Adakah pilot cabuk yang pernah ditunangkan dengannya sewaktu kecil bakal menemani hidupnya yang sunyi, atau juga Khalid Zhafran, pemain tenis terbaik dunia yang juga sahabat karibnya atau mungkin juga Rafael yang seakan-akan mencuri pandang dari jauh untuk bertamu di laman hati Qantan.

Dapatkannya di pasaran mulai September ini untuk mengetahui siapakah lelaki terbaik Malaysia yang menjadi pilihan hati Qantan Biru Langit.


Tajuk : Siapakah di hatiku
Penulis : Adilla Tasha
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM 18 (Sem. Msia) & RM21 ( Sabah/Sarawak)
"Ingin bertanya pada hati, bibir berat berbicara... siapa yang bertakhta di hati? Hanya dia..."

Kata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala cemburu itu membuat diri menjadi tak tentu hala.

Perhubungan kasih yang cuba di hulurkan Tuan Megat membuat Miera dalam dilema. Hatinya masih menunggu kehadiran Haikal iaitu cinta pertamanya. Kehilangan Haikal bertahun lamanya tanpa khabar berita membuat Miera tertanya-tanya. Apa salahnya? Dalam masa yang sama sikap Tuan Megat yang sentiasa memburu cintanya meletakkan dia di persimpangan. Seperti janji Tuhan, setiap makhluknya tidak sempurna semuanya. Begitu juga dengan Tuan Megat. Dalam keperibadian yang terjaga masih ada kecacatannya. Demi keluarga, Miera menerima Tuan Megat dengan bersyarat dan cuba memberi ruang untuk mengenali lelaki itu. Tetapi tidak semuanya indah belaka. Panas yang diharapkan gerimis gugur juga. Kehadiran teman lamanya Jay Jay yang lebih bersikap tomboy dan kemunculan Haikal mencabar keegoaan Tuan Megat.

Siapakah yang dapat mengetuk pintu hati Miera hanya beliau sahaja yang tahu. Adakah Haikal kembali merebut takhta dan Tuan Megat menjeruk rasa? Dapatkah Tuan Megat memenuhi syarat yang ditetapkan dan bagaimana pula perhubungan Miera dengan teman karibnya. Perlukah Miera berkorban lagi untuk senyuman orang lain dan gerimis masih meniti bibir hatinya.