Showing posts with label Eliza Ab. Show all posts
Showing posts with label Eliza Ab. Show all posts

Thursday, January 3

Sneak Peek: Gurauan berkasih by Eliza Ab

Novel kedua dari Eliza Ab. Rasa macam cepatnyaaa! baru jer abis baca her first book buku kedua dah keluar! ermmm sebenarnya aku yang baca lambat novel pertama tu sebab tebalnya YaRabbi. Yg ni pun sama juga!
 
front cover.

untuk maklumat lanjut mengenai karya ini, boleh terus ke laman web tertera :)

meRinnTis back cover/ blurb

tinta dari penulis  :)

butiran penerbitan dan dedikasi penulis. Untuk paparan penuh, boleh lah dapatkan novel ini di pasaran :)

kisah ini ditamatkan di muka surat 974. fuhhh first book nya 1000 lebih. Yang ni hampir2 seribu jugak.

bookmark dan latar belakang tu adalah biodata penulis. untuk paparan penuh, bolehlah dapat kan novel tebal ni di pasaran. :)
 
tajuk: Gurauan Berkasih
Penulis: Eliza Ab
Terbitan Kaki Novel
RM35.00
Sabah/Sarawak: RM38.00
974 muka surat
 
"Terlalu mudah bibir melafazkan cinta,
adakah hati akan tetap setia?"

Tuesday, December 4

Sneak Peek: Hatimu Milikku by Eliza Ab

Penulis ni dah nak keluar buku baru pun. aku baru nak belek-belek novel pertamanya. Tebai ya Rabbi.

ni lah ketebalan ruas binding. macam pegang burger empat tingkat.

meRinnTis blurb/sinopsis

Bookmark. latar belakang tu adalah biodata penulis. Untuk mengenali penulis boleh baca biodata beliau dalam novel ini.


kisah ini ditamatkan di muka surat 1065

Tulisan tangan penulis :)

butir-butir penerbitan. muka surat sebelah tu adalah dedikasi penulis. untuk paparan penuh, boleh dapatkan novel ini di pasaran.
 
Tajuk: Hatimu Milikku
Penulis: Eliza Ab
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
RM36.00
Sabah/Sarawak: RM39.00
1065 muka surat
 
"Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku"
 

Aisya di rape oleh Tengku Azizul dan dimalukan depan kawan-kawan Tengku Azizul. Walaupun selepas diperlakukan begitu, dia masih rela dikahwinkan dengan lelaki itu selepas mendapati dirinya mengandung. Dia dibuang keluarga dan hidup tersiksa di rumah keluarga Tengku Azizul. Lama-kelamaan dia disayangi tengku Azizul namun angkara fitnah ibu mertua sendiri dia diceraikan dan keguguran.

Selepas habis smbung belajar, Aisya bekerja dengan Tengku Hariz (adik tengku Azizul). Tengku Hariz selalu cari pasal dengan Aisya. Dalam diam mereka jatuh cinta tetapi saling memendam perasaan. Walaupun Aisya keberatan, bekas ibu mertuanya mahu dia kembali menjadi menantunya kerana dia menyesal dengan dosa lalu setelah disahkan mengidap penyakit yang bakal membawa maut.

Walaupun sudah tahu Aisya bekas kakak ipar yang dibencinya, Tengku Hariz sanggup menerimanya sebagai isteri demi untuk membalas dendam bagi pihak abangnya. Dia menyangka Aisya diceraikan kerana curang. Walaupun dah bertaubat, ibunya tak da masa yang sesuai utk explain kedudukan sebenar, atau mungkin ibunya nak menjaga maruah diri supaya tidak dibenci anak sendiri.

Hidup Aisya sebagai isteri untuk kali kedua turut tersiksa (tambahan selepas ibu mertuanya meninggal dunia) seperti perkahwinan pertamanya walaupun kali ini perkahwinan ini direstui ramai pihak termasuk Tengku Azizul sendiri yang kini bergelar abang iparnya.

Bagaimana nasib Aisya dalam kisah yang SANGAT tebal ini? kalau setakat 2nd marriage ni, baru separuh buku. Ada banyak lagi yang berlaku pada Aisya.

Aku heran macam mana Aisya boleh sangat trauma dengan jalan raya setelah kemalangan hingga koma. Tetapi dia tidak trauma pula selepas di rape dan dimalukan depan orang. Mangsa rape biasanya mengalami trauma yang sangat hebat. Aisya kelihatannya seperti bukan mangsa rape at all kerana dia kelihatan kuat dan bersahaja berhadapan dengan Tengku Azizul.

sure fine whatever
Rinn