Showing posts with label Acik Lana. Show all posts
Showing posts with label Acik Lana. Show all posts

Friday, May 3

Sneak Peek: Pelangi Cinta Buat Suami by Acik Lana

Cover warna warni Pelangi Cinta Buat Suami.

Boleh tahan jugak tebalnya. tapi tak bleh lawan 'Giler Kau?' punya ketebalan :p

untuk melihat-lihat karya2 penulis ini, boleh ke blog tertera

meRinnTis blurb/sinopsis

penanda buku. latar belakang tu adalah serba sedikit tentang penulis. boleh dapatkan buku utk melihat paparan penuh.

maklumat isbn dan harga
 
terima kasih sudi scroll sampai bawah
sure fine whatever
Rinn

Thursday, March 14

Sneak Peek: Perempuan Yang Paling Aku Cinta by Acik Lana

taraaaaaaaaaa... ni lah buku yang limited edition ni. Thanks Ema :)
dengar-dengarnya gelombang kedua order untuk buku limited edition ni sudah dibuka. sesiapa yang berminat, boleh lah berkunjung ke blog acik lana ya. FYI buku ini tiada dijual di kedai buku. hanya boleh dibeli secara online dari penulisnya sendiri.

boleh tahan tebalnya

butiran ISBN dan harga

meRinnTis back cover can blurb

catatan istimewa dari penulis. Untuk paparan penuh, boleh dapatkan novel ini secara online.

profil acik lana. untuk paparan penuh, boleh dptkan novel secara online

kisah ini ditamatkan di muka surat 673
 
sekian, terima kasih sudi scroll sampai bawah :)
 
sure fine whatever
Rinn

Friday, November 2

Sneek Peak: Kalau Memang Harus Begitu by Acik Lana

Buku terbaru Acik Lana Keluaran Oktober 2012

maaaaaaaaaaamito tebal giler... macam 3 buah buku KN yg RM18 ditangkup, jadi la sebuah buku ni. perghhhh.

cover depan. hijau cabai capsicum cameron highland tuuu

Penanda buku. siap dengan promosi utk menggalakkan penghantar manuscript bagi mereka yang berminat


tinta penulis.

butiran penerbitan dan dedikasi oleh penulis. Kalau nak paparan penuh, boleh lah dapatkan buku ni di pasaran.

sekarang ni di cover depan ada dicatatkan blog penulis :)

meRinnTis blurb/backcover

Novel ni ditamatkan di muka surat SERIBU TIGA PULOH SATU

Selamat membaca!
Kalau suka baca kat katil, tak sesuai baca sambil baring. Kena meniarap sebab kalau terlena kiter yang tersembam kat buku. Kalau baca berbaring, n kiter terlena, abis la kena hempap dengan buku tebal tu. Terus jadi 'muka berbuku'. hehe. Utamakan keselamatan.
 
Kalau Memang Harus Begitu
Penulis: Acik Lana
Terbitan: Kaki Novel Sdn Bhd
RM36.00
Sabah/Sarawak: RM39.00
1031 mukasurat
 
"Tak mungkin musim cinta ini berlalu
seandainya hatimu seperti hatiku..."
 
Kisah ini membawa kita menyaksikan transformasi dua insan dari dua latar keluarga yang sangat berbeza. Tuan Putra, lelaki kaya raya yang penuh dengan aura sombong, bongkak, eksyen, berlagak, panas baran. Selain kerja biasa dan pejabat dia juga kerja pecat orang yang dia tak suka. Taste dia adalah perempuan gedik yang seksi. Dia jadi bingung bila mula tertarik kepada Adara yang datang dari Felda. Dahlah budak kampung, tea lady kat ofis plak tu. Mana boleh Tuan Putra terpikat dengan org macam tu kan? kan? kan? Tapi hati yang terpaut buat dia sentiasa dalam mood nak membuli Adara.
 
Adara datang ke kota untuk mengumpul wang bagi menyara keluarga. Adik beradiknya ramai dan penjaga mereka adalah atu dan nenek yang sudah lanjut usia. Dia mahu sama-sama memikul beban keluarga. Berkat bantuan sahabat baiknya, dia dapat bekerja di sebuah syarikat sebagai tea lady.
 
Hari pertama Adara sudah berjaya mempopularkan diri apabila menumpahkan air ke baju Tuan Putra. Terbayang bayang riwayat hidupnya sebagai tea lady tamat pada hari pertama bekerja keputusan Tuan Putra untuk memecat Adara di halang bapanya kerana sudah banyak pekerja dihentikan sesuka hati Tuan Putra. Itu yg menjadikan Putra nekad menjadikan hidup tea lady tu tak aman selagi dia sendiri tak minta berenti.
Kehadiran Riyad, mendamaikan hati Adara tetapi meributkan hati Tuan Putra. Siapa yang dapat Adara? Saksikan sendiri transformasi Adara dari seorang tea lady kepada setiausaha. Kalau tengok mulanya Adara lebih senang dengan Riyad tetapi Tuan Putra tu lagi pandai road blocking dan shortcut!
 
Cerita ini berada dalam genre romantik komedi berbanding 2 karya Acik Lana dahulu yang lebih berat dan serius. Terasa Acik Lana lebih rileks dalam melarikan pena membina cerita ini. Konflik besar antara Tuan Putra dan Adara diletakkan di sepertiga terakhir cerita ini. Kalau dilihat dari segi time frame, perubahan2 watak utama berlaku sekitar 6 bulan sahaja. Transformasi besar berlaku dalam jangka masa yang sangat pendek. 
 
Hinggakan ke hujung hujung cerita Tuan Putra ni masalah dia satu jer, kuat cemburu, bila cemburunya gagal dikawal, sifat panas barannya akan mengambil alih jiwa dan akalnya. Harap2 selepas ending takderlah lelaki yang dpat menimbulkan cemburu Tuan Putra tu...
 
Unsur komedi lebih ketara
Terasa Acik Lana loosen up ada urat tension yg dah terlerai dan escape dari tema2 yang heavy dlm buku pertama dan keduanya dulu. Dalam komedi-komedi tu sempat jugak acik menyelit babak-babak yang buat orang tersipu-sipu nak baca. Adik2 bawah umur tak sesuai baca ya...
 
Dari segi cerita rasanya novel pertama dan kedua lebih mantap kerana lari dari stereotype novel melayu.
 
sure fine whatever
rinn



Sunday, April 22

Maaf Jika Aku Tak Sempurna by Acik Lana


Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Penulis: Acik Lana
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel
947 mukasurat
RM34.00
sabah/sarawak RM37.00
9789675067983

"Biar cinta di antara kita tidak hadir sekelip mata,
tidak juga bermula dengan seikhlas jiwa,
namun kini kupasti ia akan kekal ke penghujung nyawa..."

Dalam karya kedua ini Acik Lana masih memilih watak hitam-kelabu yang melalui proses pemutihan. Melina gadis yang gemar keluar malam untuk berpesta di kelab bersama rakan-rakan. Keadaannya yang semakin teruk ditelan pelukan syaitan membuatkan ibu bapanya risau dengan keadaannya. Kepulangan Luqman, anak kawan baik bapa Melina dilihat sebagai jalan untuk menyelamatkan Melina yang semakin hanyut. Luqman dilantik sbg driver yang dibayar gaji yang sangat tinggi untuk mengawasi gerak geri Melina. Walaupun lemas dengan kehadiran Luqman, terselit juga rasa bangga kerana dapat driver hensem.

Datuk Zakaria, bapa Melina terlibat dalam sebuah tragedi lalu meninggal dunia, tapi dia sempat meninggalkan amanat penting untuk ditunaikan oleh Melina dan Luqman. Amanat yang tak dapat ditolak. Kisah seterusnya tentu korang boleh teka, :) berlakulah perkahwinan dan proses perkenalan sebenar antara dua watak yang saling membenci itu. Keadaan negatif yang terlalu banyak akhirnya bertindak balas secara semula jadi menjadi positif, namun sejarah silam Melina banyak mengundang keraguan di hati Luqman. Manakala kehadiran Sarah yang sudah lama menaruh hati terhadap Luqman menjentik rasa cemburu di hati Melina.

Mungkin apa yang kita jangka dalam cerita kahwin paksa akan ada dalam kisah ini. Kronologi cerita kahwin paksa yang agak tipikal. Namun Acik Lana berjaya mewujudkan chemistry antara Luqman dan Melina yang boleh dibariskan sebagai couple yang jiwang.
ahemmm ahemmm acik dlm mode jiwang bakal pengantin ke?


Aku rasa naskah ini sangat tidak sesuai utk bacaan golongan bawah umur. Adegan percintaan Luqman-Melina diceritakan dengan terang dan banyak. Mungkin antara faktor yang menyebabkan buku ni menjadi sangat tebal dan buat mata aku berpinar. Bukan senang nak usung buku tebai ni masa bookfair :)buku yg tak bleh masuk katergori 'umum'. tak semua parents pantau apa yg anak belasan tahun diorg baca. asalkan tgk baca buku, dah dikira sesuatu yg ilmiah tanpa meneliti apa yg anak2 ni baca.



sure fine whatever
rinn

meRinnTis Blurb/Sinopsis belakang buku:

Di saat itu...
Luqman: "Tolong sikit eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dgn awak. Perempuan macam ni nak buat bini? Memang tak la..."

Melina: "Sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku? Takde cermin kat rumah? Pergi balik cermin muka kau sikit!"

Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam suatu ikatan yg tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yg berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yg menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yg tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yg bisa membuka jalan ke pintu syurga?

Di saat ini...

Luqman: "Kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni."
Melina: "Mel tak boleh fikir apa bila tak nampak abang depan mata."

Friday, March 23

Terbaru dari Kaki Novel April 2012

keempat-empat novelis KN ni buku-bukunya sebelum ni menarik :)

Wednesday, October 19

Review: Aku Bukan Mistress by Acik Lana


Aku Bukan Mistress
Penulis: Acik Lana
Penerbit: Kaki Novel
Editor: Jabatan Editorial KNE
Cetakan pertama sept 2011
671 mukasurat
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
9789675067846


"Marahlah sepuas hatimu, caci makilah selagi kau terdaya, hinalah aku selagi kau mampu. Tapi kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?"


Satu kisah yang membawa rentak berbeza dalam koleksi bahan bacaan aku. Aku jarang-jarang rasa nak baca kisah berat, tambahan pula kisah insan-insan yang bergelumang dosa dan cuba mencari jalan pulang. Bukannya apa, kadang-kadang pengakhiran untuk pemegang watak-watak begini agak memilukan. Jarang-jarang diorang diberi happy ending. Mungkin juga aku lebih terpengaruh kepada kisah-kisah 'heavy' begini dalam buku-buku lama. Tetapi Acik Lana menjanjikan sesuatu yang berbeza dalam kisah ini. Di bawah label Kaki Novel terasa novel ini ada kelainan kerana bukan dilagukan dalam irama santai tetapi tidak pula disampaikan dalam nada yang berat dan dramatik. Boleh dikatakan penulis berjaya mengimbangi penceritaannya dengan gaya bahasa yang menyenangkan. Memang terfikir-fikir bagaimana penulis akan menamatkan kisah yang begini, bukannya apa, kebanyakan penulis cerita-cerita begini ada tendensi atau kecenderungan memberi penamat yang mengejutkan ;)


Dua tahun lalu Mikail membeli Mya dari bapa ayam dengan harga RM50,000. Bermula dari saat itu dia menjadi milik Mikail tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Mungkin Mikail tidak mahu berkongsi Mya dengan sesiapa. Bagi Mya itu adalah satu jalan keluar yang terbaik buatnya daripada dipaksa melayani ramai lelaki. Kisah silamnya yang menyedihkan turut membuat dia menjadi pasrah dengan ketentuan baru ini. Tanpa sedar Mikail menjadi 'overprotective' terhadap Mya. Adam, sahabat baik Mikail turut menyimpan perasaan terhadap Mya dan turut menyimpan hasrat merampas Mya dari Mikail. Dia berazam akan menyambar Mya sebaik saja Mikail bosan dan melepaskan Mya dari 'kurungan'. Namun apa yang ditunggu-tunggunya tidak langsung menunjukkan bibit-bibit akan menjadi nyata. Dalam hubungan yang tidak banyak komunikasi berkesan antara Mikail dan Mya itu tercetus perasaan halus antara mereka. Mikail tidak dapat mencari keburukan Mya kerana gadis itu bukan saja dikurniakan kecantikan malah berpewatakan baik dan pandai memasak :)


Mya mula memberontak setelah Adam menambah cemar pada dirinya, namun dia tidak pernah mengadu kepada Mikail siapa punya angkara kerana dia tidak mahu Mikail kehilangan kawan kerananya. Mikail menyimpan dendam terhadap si pembuat onar yang dirahsiakan Mya. Kedatangan ibu Mikail ke rumah mereka membuat Mya sedar yang Mikail sudah semakin pandai bergurau dengannya. Sikap Mikail itu juga membuat Mya semakin berani menunjuk protes. Kematian nenek Mya telah membawa perubahan besar dalam diri Mya. Dia mahu bertaubat dan hasratnya dinyatakan kepada Mikail. Walaupun keberatan, Mikail menerima tetapi Mya tidak boleh meninggalkan rumah itu.


Mikail berperang dengan perasaan sendiri. Cerita-cerita buruk tentang Mya yang didengari dari sepupu Mya membuat Mikail berprasangka tetapi dia tidak sanggup melepaskan Mya, tambahan pula kemunculan bekas teman lelaki Mya, Shamil, kelihatan sangat berminat untuk mendapatkan Mya kembali malah sudah menghantar rombongan meminang tanpa persetujuan Mya. Mikail mula mengatur strategi drastik untuk memastikan Mya terus menjadi miliknya :)


Konflik yang tercetus dalam cerita ini dikendalikan dengan baik oleh penulis dan penyelesaian konflik itu juga sangat baik dan berjaya 'memutihkan' watak Mikail dan Mya sedikit demi sedikit. Diorang tak derla terus jadi baik dan alim. Walaupun tidak lagi tidur bersama, diorang masih lagi tinggal serumah.


BAgi aku kisah ini diberikan ending yang sangat sempurna dan menyenangkan, cuma aku agak kurang senang dengan latar cerita watak utama yang sudah hidup bergelumang dosa tanpa ikatan yang sah, mungkin ada pembaca yang akan merasa sedikit kurang senang dengan kisah ini. Aku rasa banyak lagi tema yang lebih baik dan menyenangkan yang penulis ini boleh ketengahkan dengan kelebihan gaya penulisan yang beliau ada. Apa-apapun, penulis sudah berjaya menyampaikan ceritanya dengan baik sekali. Tahniah. Oh lagi satu, 'definitely NOT for bacaan budak-budak ya?! hehe....


sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku:


Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yg dibina oleh Mikail dgn bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yg kejam, Shamil yg menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yg sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dlm resah ada debar, dlm benci ada rindu, dalam marah ada tenang... Mikail mendera hati dan perasaannya.


Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorg perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.


Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impiah? Dan... cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yg sama?

Friday, August 12

Baru dari Kaki Novel: Ogos dan September 2011



Bos memang macam tukan?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, “yes, boss!”

Sinopsis:-

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?




Apabila pandang bertukar sayang, siang terbayang malam termimpi, BILA ingatan sering terbayang, CINTA kan membara sehangat api.

Sinopsis:

Fatin;

Hidup cukup indah kalau kita bijak menghias pandangan kita. Ahli sihir? Huh, mamat tu? Entah la. Cinta??? Hmmm… aku pernah dengar la orang kata, kalau kita suka dekat seseorang tu… luahkan! Kalau tidak… kita mungkin akan terlepas. Tapikan, macam mana kalau kena reject? Tolong la… walaupun tak pernah kena, tapi dengar pun dah cukup menyeramkan! Atas sebab tu aku rasa cukup gembira menerima kata cinta Azlan.

(Wahai ahli sihir dunia kegelapan! CINTAkah aku pada kau? Kalau betul, BILA?)

Hafez Azfar;

Bukan cinta tak pernah memahat. Malah serik pernah terpaku. Tapi kenapa la dengan budak seorang ni kata cinta seperti hilang pronunciation? Dia yang tak ubah seperti caffeine! Tapi tu la… macam aku pernah cakap, mungkin masa bertingkah dan takdir di tempat lain. Maafkan Hafez, kalau benar aku menjadi penghalang.
(Aku telah jatuh CINTA padamu, Fatin. Tapi tolong jangan tanya sejak BILA. Aku sendiri tak pasti.)

Haikal Azlan;
Perempuan? Cinta? Aku langsung tak dapat terima definisi yang mereka semua bagi. Maaf mungkin aku sukar untuk terima. Tapi cukup la perit jalan yang aku tempuh semua sebab dia. Dia yang sepatutnya melindung bukan melepaskan. Tapi aku dah jumpa seseorang yang secara tidak sedar mengalih persepsi aku. Fatin, terima kasih. Tapi mungkin ke aku yang terlewat atau semuanya memang langsung tak bermula?

(BILA semua ni akan tamat? Ataupun semua ni adalah satu tanda CINTA baru bermula?)

----
AKAN DATANG SEPTEMBER 2011



Marahlah sepuas hatimu, caci makilah selagi kau terdaya, hinalah aku selagi kau mampu. Tapi aku hanya ingin tahu, kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?

Sinopsis:

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?




Cinta ini mungkin tidak layak untuk mengintai ruang di hatimu, sayang ini juga mungkin tidak pantas untuk bersemi di lembah rasamu….

Sinopsis:-

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.

Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?