Showing posts with label Emma Maizura. Show all posts
Showing posts with label Emma Maizura. Show all posts

Monday, March 7

Trionovel Mac - Alaf21

Tajuk : Berjuta Warna Pelangi
Penulis : Iris Ixora
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-671-9
Halaman: ~528
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 15 Mac 2011
Kategori: Novel
Sinopsis

ANDREA menjadi yatim piatu dek musibah yang tidak terduga. Dia diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga kaya. Dia terpaksa akur pada nasib yang menimpanya. Berbekalkan semangat yang kental, dia berjaya ke Dublin untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor. Namun dalam mengejar cita-cita, dia dikejar oleh cinta yang tidak diundang. Ketika berada di persimpangan antara cita-cita dan cinta, dia terpaksa memilih cinta. Andi amat mencintainya. Tepatkah pilihannya itu sedangkan Ricky sentiasa menggamit memori lama?

Ricky nekad untuk menjejaki Andrea kerana amat merindui gadis itu. Namun usahanya sia-sia. Dia pulang dalam kehampaan. Malang sekali, kepulangannya menjadikan dia lelaki tempang dan menderita sakit mental. Kenapakah begitu berat hukuman yang diterimanya hanya kerana menyimpan cinta terhadap Andrea?

Yuli pula menyimpan perasaan benci dan cemburu terhadap Andrea semenjak gadis itu dipelihara oleh papanya. Dia menuntut Andrea ganti rugi segala perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membiayai pengajiannya dan juga atas kematian papanya. Ganti rugi itu adalah anak perempuan dan suami Andrea.

Sanggupkah Andrea melepaskan suaminya, Andi yang juga bekas kekasih Yuli dan anak mereka


Tajuk : Yang Mana Satu
Penulis : Emma Maizura
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-667-2
Halaman: ~544
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 15 Mac 2011
Kategori: Novel
Sinopsis

YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun... seriuskah Halid?

“Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.”
Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya.

“Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.”

Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!
Tajuk : Nian Di Hati
Penulis : Elin Nadia
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-617-7
Halaman: ~496
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 15 Mac 2011
Kategori: Novel
Sinopsis

Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka.

Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah, dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli.

Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak puas-puas mahu melihat Arif dan Amy menderita dan berpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar ingin menikmati erti bahagia.

Thursday, June 3

Novel Bonus Untuk Bulan Jun


Harga: RM19.90
Penulis: Emma Maizura
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-558-3

Sinopsis: Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.

Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin;

“Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…”

Wednesday, July 15

Trionovel Bulan Julai - Alaf 21

Penulis: Emma Maizura
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-437-1
"Rindu itu satu pertemuan tatkala sendirian"
Sinopsis:

HIDUP Nur Dalyla dipayungi bahagia apatah lagi menjadi anak kesayangan keluarga. Ke mana pergi, dengan siapa dia berkawan sering menjadi perhatian orang tuanya sehingga dia digelar anak manja. Walaupun kadangkala rasa terkongkong dengan situasi itu, namun dia akur kasih sayang ibunya melebihi segala.

Namun, siapa sangka di sebalik kegembiraan dan kesempurnaan itu, rupa-rupanya ada cerita duka yang terbongkar. Gelaran anak angkat yang berstatus luar nikah ibarat bumi menghempap kepala. Sekelip mata, segalaimpian ranap begitu sahaja. Dalyla kehilangan punca.

Saat hati dihurung kecewa, muncul Eriel untuk menyembuh luka. Namun, bila kisah hitamnya diketahui, sang arjuna pergi tanpa sebarang pesan. Hati Dalyla merintih.

Awan hitam seolah-olah melitupi segenap dunianya. Mungkinkah ada sinar mentari pada esok hari?

Harga: RM19.90
Penulis: Misya Darlina
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-439-5
"Kau hadir di sudut hatiku yang paling sunyi"
Sinopsis:
HIDUP Elyana sering dihimpit penderitaan tatkala berhadapan dengan insan bernama lelaki. Bapa tiri zalim yang cuba menodainya serta suami yang suka mendera, sering menghantui mimpinya.

Elyana berasa lega apabila Murad dipenjarakan atas kesalahan berat. Dia berjaya memohon cerai daripada mahkamah. Dan akhirnya, dia bebas daripada cengkaman lelaki yang tidak pernah menghargainya sebagai isteri.

Bekerja di sebuah hotel dapat mengisi kekosongan diri serta dapat menampung hidup bersama anak gadisnya, Nur Amira. Namun, dalam meniti kebebasan itu, Tan Sri Khalid hadir untuk mengisi ruang hati perempuannya.

Elyana takut pisang berbuah dua kali. Baginya, lelaki semuanya sama. Namun, tidak bagi Tan Sri Khalid. Dia yang kematian isteri benar-benar ikhlas mahu menjadikan Elyana suri di dalam hidupnya.

Elyana keliru membuat keputusan. Apa kata Nur Amira yang tidak tahu mengenai lamaran itu? Dapatkah dia menerima Tan Sri Khalid sebagai bapa tirinya sedangkan hidup bersama Murad dahulu, hidupnya turut tidak aman?



Penulis: Murni Aqila
Halaman: 512
Harga: RM19.90
SBN: 978-983-124-444-9
"Akan kutunggu suaramu melafazkan itu untuk meredakan resah di hati ini"

Sinopsis:

HATI Lailana berbunga rindu kala Adham meluahkan rasa cintanya. Itulah saatnya roboh benteng perasaan gadis itu yang selama ini menyimpan amarah terhadap insan bergelar lelaki. Seiring restu keluarga, mereka mula menganyam impian untuk hidup bersama.

Entah mengapa, menghampiri hari bahagia yang dinanti, Lailana mula menjauhkan diri. Dia sengaja menjalin kasih dengan Irfan. Walhal, dia sedar hati Adham pasti tercalar. Tidak sanggup berhadapan kemarahan keluarga akibat tindakannya itu, Lailana nekad untuk menghilangkan diri.

Adham terkedu dengan segala yang terjadi. Di saat dia cuba mencari jawapan, keluarga Lailana menyerahkan sepucuk warkah yang merungkai segala rahsia silam gadis itu. Coretan kebenaran itu mendorong dia menjejaki Lailana agar kembali kepadanya. namun, ke manakah harus dia mencari cintanya yang telah hilang?

Thursday, October 16

Lagi dari Alaf21 October


DI LANGIT CINTA
Harga: RM19.90
Penulis: Lily Haslina Nasir
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-388-6

Sinopsis:
Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.

“Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!
Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.

Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kali Meriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.

Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga.

Bagaimana dengan Meriam?

Penghargaan

Buat Roslan Senawi, Mohammad Shafiq, Anis Arisa, Adib dan Arif Haiqal... Kalian adalah mentari yang sentiasa melimpahkan sinar kepada saya.

Untuk Norzailina Nordin, Lynn Dayana, Rose Harissa, Laila Karmila, Lily Suriani dan Eka Fahana... Kalian ibarat angin yang mengasyikkan dan memberi keseronokan untuk saya terus menulis.

Tak lupa untuk teman-teman, Acun, Nicky Azrai, Krufan, Silencez, Jujun, Acceco, Minah Leter, Limau Nipis, Mardiah12, Airynnz, Carriekirana, Liya71, Adhan, Mersik, Spectacularwave, MamaErra, Rinn, Salmah. Nina Suria (KakmOm) OpahDe, Momot, Intan Rosdnita, Khaly, AprilSnow dan Dyea. Ada antara kita mungkin tidak pernah bersua muka, namun komen kalian adalah bintang yang bercahaya indah untuk malam saya!

Untuk semua pengunjung blog lilyhaslinanasir.blogspot.com terima kasih di atas segala komen dan kritikan yang di beri pada karya saya.

nota kakidantangan :

- terima kasih Kak Lily kerana sudi beri penghargaan kepada ahli geng kami dan terima kasih juga kerana menjadikan kami sebahagian daripada Di Langit Cinta (Kak Lily - akak mmg best meletup dan kebaboom :D)




KALA MIMPI BERSATU
Harga: RM19.90
Penulis: Emma Maizura
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-393-0

Sinopsis:
KELAHIRAN Asha tidak dinantikan kerana dianggap membawa sial. Perniagaan keluarga yang sebelum ini sukses, akhirnya merudum. Kecewa dengan kenyataan itu, Asha sering bertindak di luar batasan. Bukan niatnya untuk menconteng arang, dia cuma mengharapkan sedikit perhatian.

Kehadiran Zaiffudin membawa seribu makna dalam hidupnya. Bukan saja terhutang nyawa dan budi, bahkan lelaki itu telah memberi nafas baru dalam denyutan nadinya. Kerana lelaki itu juga, dia bangkit membina kecemerlangan diri. Tanpa sedar, perasaan aneh itu kian bercambah dengan sendirinya.

Kepulangannya dari London membawa sejuta impian. Impian yang tergantung selama ini harus disandarkan. Apatah lagi nur Islam telah menyinari jiwanya. Kini, nama Asha sudah tiada. Yang ada adalah sebuah nama yang cukup indah... Aisyah.

Detik yang berlalu menjadikan Aisyah seorang pencinta yang setia. Namun, siapa sangka saat bahagia berlegar di depan mata, akhirnya musnah dalam sekelipan saja. Bakal ibu mertua yang diharap dapat menyirami hatinya yang ketandusan kasih sayang rupa-rupanya meracun diri.

Mampukah Aisyah bertahan sedangkan dia tahu syurga suami terletak di bawah telapak ibunya?