Showing posts with label Mardihah Adam. Show all posts
Showing posts with label Mardihah Adam. Show all posts

Saturday, July 23

Terbaru daripada PTS

Tajuk : Mahar Cinta Cinderella
oleh Maya Iris
Harga: RM 18 / RM 20
ISBN-13: 978-967-408-009-9
Tarikh Terbit: 11 Aug 2011
Jumlah Muka Surat : 400

Pertemuan pertama Nur Sayang dan Dr. Andrew bagaikan dongeng Cinderella. Doktor berbangsa Cina itu menyelamatkan jururawat pelatihnya dengan mneggunakan sepasang kasut. Walaupun Nur Sayang berasa terhutang budi, namun dia membenci Dr. Andrew kerana sering menggelarnya 'Islam Celup'.


Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya.
Dr. Ehsan muncul selepas Dr. Andrew gagal memurtadkannya. Dengan cinta yang sudah lama terpendam, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang tetapi ditolak oleh gadis itu. Dr. Ehsan membawa rajuknya ke Palestin.

Lalu, Nur Sayang mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Di sana, dia terperangkap dalam Revolusi Mesir menggulingkan presiden.

Apakah cinta persis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagiaan lewat jam 12? Ataupun hidup ini tidak semestinya berakhir seindah sebuah dongeng?


Tajuk : Akukah Snow White itu?
oleh Lily Haslina Nasir
Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-401-014-0
Tarikh Terbit: 27 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 295

Angan-angan mahu berjumpa putera raja dikuburkan dalam-dalam. Kali ini Lisa mahu berusaha gigih menjaga penampilan. Dia sedar, hati yang putih suci lebih bermakna sekiranya penampilannya lebih berketerampilan. Bukankah itu impian setiap gadis?

Namun Lisa masih dibuli kerana sikap naifnya. Kali ini kehadiran sepupu kepada Farid, Keisya sering mencabar kesabarannya. Seribu satu degaan terpaksa dihadapinya. Perangai Keisya benar-benar seperti watak antagonis dongeng Snow White.

Betulkah hanya gadis tinggi lampai dan berkulit seputih salji sahaja yang layak mendapat layanan istimewa di dunia ini?
Apakah Farid juga terpengaruh dengan segala cemuhan keisya kepada Lisa?
Bagi Lisa, biarlah comot asalkan hati lebih putih daripada salju!



Tajuk: Si Gadis-gadis First Class
oleh Elisha
Harga: RM 8.90 / RM 9.90
ISBN-13: 978-967-408-004-4
Tarikh Terbit: 11 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 144

Kisah seorang perempuan yang bernama Alyah. Dia seorang yang sederhana sahaja. Wajahnya sederhana, kepintarannya sederhana, pergaulannya sederhana serta keluarganya sederhana. Kemudian, datuknya berpesan kepada Alyah, dia seorang yang sangat bertuah kerana hidupnya dijadikan sederhana. Datuknya menyuruhnya menjadi orang yang sederhana. Walaupun dia kurang percaya dengan nasihat datuknya, dia tetap memegang nasihat itu bagi menyedapkan hatinya sendiri.

Alyah menyambung pelajaran di kolej swasta. Dia juga tinggal serumah dengan dua orang lagi rakan perempuan. Kedua-duanya sangat berbeza dan sangat esktreme dalam soal melihat hidup. Seorang sangat oportunis dan seorang lagi sangat negatif. Alyah pula yang sederhana menjadi orang tengah kerana kedua-duanya sering bergaduh.

Pada waktu itulah, Alyah sedikit demi sedikit mula bersyukur kerana menjadi sederhana, pada masa yang sama dia perlu melawan hasutan rakan-rakan serumahnya yang sangat ekstrem. Akhirnya, ketiga-tiga rakan serumah itu menjadi orang yang sederhana pandangan hidupnya.


Tajuk : Dan Gerimis Berbisik
oleh Mardihah Adam
Harga: RM 18 / RM 20
ISBN-13: 978-967-5783-93-7
Tarikh Terbit: 12 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 416

Sinopsis :
Nur Aisya dan Mohd Najmi disatukan dengan sebuah ikatan pernikahan. Cinta zaman kecil itu akhirnya bersatu. Lantas dua jiwa itu menyemadikan diri bersama ternakan ikan air tawar di Chinta Aisya serta menjaga anak-anak yatim di Impian Bonda dengan rasa kasih sayang dan tawakal kepada Ilahi.

Aisya tabah dengan ujian yang mendatanginya tiba-tiba. Najmi disahkan koma selepas terbabit dalam kemalangan dan anak sulung mereka lahir tanpa abi sebagai penyambut iqamahnya.
Selepas tiga tahun menanti dengan penuh setia dan sabar yang berpanjangan, gerimis pun berhenti. Tuhan berjanji mendatangkan kemenangan kepada hamba-Nya yang memenuhi hidup dengan
kesabaran.

"Sampai ke syurga, umi akan menantikan abi, sampai umi menutup mata."

Sunday, November 7

Terkini daripada PTS


Tajuk : Aku, Dia & Drama Queen
Penulis : LIly Haslina Nasir
Harga: RM 17.90 / RM 19.90
ISBN-13: 978-967-5783-11-1
Tarikh Terbit: 22 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 328

Sinopsis :

Sindrom resdung dan sinus menyerang Zaza kali ini. Gadis manis ini asyik hacummm sana... hacummmm sini! Hidungnya bengkak macam buah strawberi. Pipinya bertaburan dengan bintik-bintik merah bagai ada buah ceri masak di ladang! Zaza berazam mahu menjadi lebih rajin dan pembersih. Dia tidak boleh terkena habuk ataupun debu di rumah.

Pun begitu, semuanya menjadi huru-hara apabila Zaza punya rakan sebilik yang baru. Entah mengapa, rakan sebiliknya itu benar-benar mencabar kesabaran Zaza dan teman yang lain. Dia adalah Diba yang juga digelar Diva atau Drama Queen.

Betulkah Diba @ Diva @ Gadis Drama Queen ini pelajar pintar dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat? Kalau benar, mengapa dia tercampak pula di kolej Zaza? Mengapa dia suka bercakap besar tetapi di dalam beg mahalnya yang terkoyak di tengah jalan itu ada terselit alat penekan daging burger? Ayuh, selongkar kisah Zaza dan teman-temannya kali ini dalam Aku, Dia & Drama Queen.



Tajuk : Lelaki Berbaju Merah
Penulis : Rahmah Mokhtar
Harga: RM 19.50 / RM 21.50
ISBN-13: 978-967-5783-16-6
Tarikh Terbit: 16 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 400

Sinopsis :

Sesuatu kejayaan itu akan bertahan lebih lama kalau dicapai tanpa menggagalkan prinsip kita.” Itulah kata-kata semangat daripada Walter Cronkite yang pegang oleh lelaki berbaju biru itu.

Hampir setiap hari, lelaki berbaju biru itu menuju ke sebuah restoran yang menemukannya dengan dua insan, Azila yang selalu tertekan dengan hasrat ibunya dan Akmal yang mudah terpengaruh dengannya.

“Kakak dan abang tunggu saya di pintu pagar sekolah selepas habis waktu sesi pagi. Oh ya, kakak jangan lupa berbaju kurung biru, ya? Abang juga datang dalam persalinan baju Melayu berwarna biru.” Permintaan lelaki berbaju biru itu menjebakkan Azila dan Akmal ke 'dunia biru'.

“Bukankah biru itu simbol perpaduan? Tambahan pula, hanya pengawas sahaja yang dibenarkan berbaju biru di sekolah saya dan jawatan pengawas itu hanya bagi orang terpilih sahaja. Awak pula diberi kebenaran memakainya tanpa memegang jawatan pengawas. Saya kagum!”

“Baju biru abang cantik juga. Segar, umpama langit selepas hujan.” Tanpa disedari, lelaki berbaju biru itu terus mempengaruhi orang-orang di sekelilingnya.

Namun, mampukah lelaki berbaju biru itu meleraikan kekusutan dalam 'dunia biru' yang diciptanya sendiri?



Tajuk : Diari Mat Kilang
Penulis : Ahmad Fairoz Daud
Harga: RM 9.90 / RM 10.90
ISBN-13: 978-967-5406-67-6
Tarikh Terbit: 16 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 176
Sinopsis :

Diari Mat Kilang mengisahkan kehidupan seorang juruteknik kualiti, Wan Mohd Musyris di kilang yang terlibat dalam pengeluaran mesin pengimbas sinar-X. Wan Mohd Musyris adalah graduan dari politeknik di timur semenanjung. Niatnya, melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negeri terbantut tetapi dia masih punya impian untuk hidup di negara orang. Dia cuba memastikan impiannya tercapai walau apa cara sekalipun.Di kilang tempat beliau bekerja ada sedikit konflik, bosnya mahu memberi kenaikan pangkat kepada pekerja yang paling bermasalah di bahagian kualiti dan hanya menunggu tarikh diumumkan sahaja. Wan tidak berpuas hati tetapi tetap melakukan kerja-kerjanya sebagai juruteknik kualiti seperti tiada apa yang berlaku.



Tajuk : Curahan Kasih Seharum Syurga
Penulis : HM Amyzam
Harga: RM 18.50 / RM 20.50
ISBN-13: 978-967-5783-22-7
Tarikh Terbit: 18 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 456

Sinopsis :

Episod cinta antara dua insan ini telah terjalin dengan penuh tertib sejak dini. Pertemuan dengan Azlan tidak terduga berlaku kala Amylea dalam kesusahan menempuh gelombang hidup yang datang tidak terjangka. Bekas suaminya, Razman hadir menuntut anak hasil perkahwinan dahulu. Ternyata, masalah ditangani dengan penuh berhemah membuahkan hasil yang jauh dari jangkaannya sendiri.

Titik awal cinta Amylea dan Azlan telah bermula lalu membuka lembaran baru dalam hidupnya. Jelas, cinta yang dibina rapi bertiang syariat dan berpasak susila serta terjaga dari goncangan fitnah mampu mengubah landskap kehidupannya.




Tajuk : Andai Gerimis Berhenti
Penulis : Mardihah Adam
Harga: RM 17.50 / RM 19.50
ISBN-13: 978-967-5783-19-7
Tarikh Terbit: 29 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 384

Sinopsis :

Hatinya sentiasa mahu tenang mengharungi cita-cita dan cabaran berganda. Nur Aisya binti Mohd Jamil mengharungi impian dengan ternakan ikan air tawarnya. Gadis cekal yang mengalunkan cerita dengan pengertian maqam takwa, kasih sayang seorang anak dan kisah hatinya bersama cinta yang terus-terusan mendatang.

Musim-musim ciptaan Tuhan lantas berlalu dengan nyaman. Sehingga Tuhan mendatangkan cabaran dan dia akhirnya mencari diri. Cinta, cita-cita dan kasih dalam kisah hidupnya dibawa supaya segala ketenangan dan musim mendatang Tuhan ciptakan keajaiban. Gerimis tidak akan berhenti dan sentiasa mendatang sehari-hari.

Thursday, August 20

Coming Soon Dari PTS: Lukisan Jiwa


Tajuk: Lukisan Jiwa
Penulis: Madihah Adam
Harga: RM17.00
Sabah Sarawak : RM19.00
Isbn: 978-983-3892-49-5; 9789833892495
Tarikh Terbit: 9 September 2009 ;
392 mukasurat
Penerbit PTS Litera


Nur Cahaya mahu melukis jiwa dengan sederhana, namun manis. Namun hal yang sederhana itu, tidak mudah untuk melakukan semua itu pada saat hidupnya didatangkan ujian hidup yang mencurah bagaikan hujan.Nur Cahaya tahu, selepas hujan, pasti Tuhan mendatangkan pelangi, namun, hujan itu tetap juga sampai ke petang. Lalu, mampukah Nur Cahaya terus menunggu, hingga hujan berhenti, ataupun tetap melukis jiwanya dalam hujan yang tidak kunjung reda.


Nur Cahaya, gadis cekal, mewarnai hidupnya dengan lukisan kanvas dalam jiwa. Menyendiri dalam mengenali kasih sayang bersama atuknya. Namun ayahnya yang dikasihi dipenjarakan kerana tuduhan mengedar ganja. Atuknya yang buta hilang kerana perebutan harta oleh ibu tirinya. Cahaya mengecapi amarah dan herdik ibu tiri, namun nasihat dan azimat atuk menjadi kekuatan. Cahaya mencipta warna warni bersama persahabatan dan dunia lukisannya. Tuhan sentiasa menguji seorang insan


Hidupnya diwarnai kembali dengan kehadiran seorang lelaki misteri yang membantunya mengenali rasa cinta dan kasih sayang kepada Ilahi. Perkahwinan muda menguji rumahtangga. Cahaya dan Shafi’e membuktikan kesederhanaan adalah kebahagiaan. Allah memberikan dugaan…., ibu Shafi’e lantas menjadi penghalang mencipta restu. Keteguhan, keyakinan, dan hidup bermatlamat Tuhan menjadi dorongan Shafi’e kepada Cahaya. Cahaya sentiasa diuji, sehingga dia menjadi isteri yang mengetahui maut suami sendiri. Benih di alam rahim memberi bahagia, namun dia sedar, Allah lebih menyayangi Shafi’e...


Mampukah Cahaya mencipta bahagia? Mampukah Cahaya bersama puteri kesayangannya meneruskan hidup dengan dibayangi cinta suaminya? Aizul, lelaki yang menagih kembali hatinya…..Dia reda meski kenangan bersama suami menjadi kekuatan. Kepada Tuhan dirinya berserah...