Showing posts with label Nirrosette. Show all posts
Showing posts with label Nirrosette. Show all posts

Friday, January 11

Sneak Peek: Nah, Untuk Awak! by Nirrosette

Tak tebal sangat :)
 
 
sweet colors
 
 
meRinnTis blurb/sinopsis
 
 
butiran harga dan isbn serta penerbit
 
 
ditamatkan di mukasurat 474
 
 
tinta penulis :) terima kasih.
 
 
penanda buku dan karya pertama penulis :)
 
Tajuk: Nah, Untuk Awak!
Penulis Nirrosette
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
474 mukasurat
RM20.00
sabah/sarawak RM23.00
 
Kalau anda senang dengan nada kisah Ikhlas AK! tentunya adna akan suka kisah ini juga.
 
Sekarang banyak pulak penulis berkongsi kisah melancong ke korea, termasuklah kisah ini.
 
Najiha dikecewakan oleh Dian dan Ilham apabila merahsiakan pertunangan mereka darpada Najiha yang merupakan kekasih official kepada Ilham. Mereka sepatutnya bertunang selepas Najiha balik dari luar negara. Semasa ketiadaan Najiha, Ilham jatuh cinta pada Dian, kawan baik Najiha sendiri.
 
Dengan restu babah, Najiha pergi melancong ke Korea bersama satu rombongan yang dikendalikan oleh Eid. Eid memegang janji pada babah untuk menjaga Najiha sepanjang berada di Korea.
 
Bukan mudah rupanya untuk menjaga seorang gadis yang agak nakal dan ada agenda tersendiri untuk pergi ke tempat-tempat yang tidak tersenarai dalam itinerary lawatan. Jenuh jugaklah Eid mengepung dan mengejar Najiha sehingga mereka berdua stranded di Busan apabilan Najiha tersalah naik bas ketika melarikan diri dari Eid. Perjalanan yang sepatutnya 30 minit ke tempat yang diingini menjadi 3 jam ke tempat yang tidak pernah disangka-sangka.
 
Mereka mencipta kenangan pahit-pahit kelat yang tersendiri ketika berada di Busan.
 
Najiha tidak sangka kepulangan ke Singapura masih lagi menemukan dia dan Eid di Pejabat Babah. Eid tu lawyer :)
 
Peluang mengajar di sebuah maktab telah menemukan Najiha dengan Fahri yang baik hati dan mengambil berat. Fahri terlalu cepat meluahkan perasaan dan menjadikan Najiha tidak dpt membuat keputusan segera untuk menerima atau menolak.
 
Peristiwa Babah diserang sakit jantuh lalu meninggal dunia membuatkan Najiha semakin hilang arah. Kehadiran ibu Eid merisik dirinya untuk Eid membuatkan Najiha pening untuk membuat pilihan antara Eid atau Fahri. Fahri romantik dan lepas laku manakala Eid sarkastik tetapi Islamik.
 
Fahri tak jemu-jemu meluahkan rasa cintanya manakala Eid sering menjebakkan diri dalam perdebatan dengan Najiha. Istikarah adalah satu-satunya jalan untuk dia merungkaikan persoalan ini. Namun Mimpi petunjuk yang ditunggu-tunggu tidak muncul-muncul.
 
Namun ia terjawab apabila secara tidak sengaja Najiha terdengar agenda si dia. Najiha mendapat petunjuk yang jelas untuk memilih siapa.
 
Namun, setelah perkahwinan berlaku, Najiha terdengar pula agenda suaminya. Adakah pilihannya ini pun salah juga? Walaupun sudah serius bertudung dan meluangkan masa untuk kelas agama, sikap terburu-buru dan enggan dengar penerangan masih menebal dalam diri Najihal. Degil. So sendirilah tanggung akibatnya.
 
A happy ending :)
 
sure fine whatever
rinn
 

Monday, November 21

Review: Ikhlas, A.K! by Nirrosette


Ikhlas, A.K!
Penulis: Nirrosette
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
Editor: Mariah Mustapha
RM21.00
Sabah/Sarawak: 24.00
9789675118654
528 mukasurat



tahniah buat penulis muda ini kerana menghasilkan karya pemutihan jiwa yang sangat menyentuh hati, manis dan comel ini. Karya-karya beginilah yang sepatutnya diperbanyakkan dan dibaca muda mudi sekarang sebagai ikhtibar dan moga-moga menjadi titik tolak kepada penyembuhan jiwa. Dalam bercerita, penulis mengajak kita menilai diri adakah kita bersedia berubah seperti Kaseh.


Cinta kepada Adam Khalis yang membawa Kaseh (yang comel dan manja) kepada cinta kepada Allah Yang Maha Agung. Dia bersungguh-sungguh menyiapkan diri supaya layak menjadi kekasih Adam Khalis yang baik. Allah mengasihi Kaseh dan Adam Khalis menjadi medium pendorong yang bakal membawa Kaseh ke jalan yang diredhai Allah. Walaupun Adam tu bukanlah alim tahap ustaz-ustaz, tapi dia menjalankan tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam untuk membimbing Kaseh ke arah yang sepatutnya.


Adam Khalis (budak biasiswa yang 'low profile') yang sudah sekian lama berada tidak jauh dari dirinya akhirnya kelihatan menyerlah di depan mata Kaseh. Sebelum ini Kaseh yang bermata keranjang, cepat saja terpikat dengan jejaka-jejaka kacak yang 'charming' akhirnya mengejar Adam Khalis setelah membuang Iskandar dari hidupnya. Iskandar jenis yang terlalu mendesak dan 'control freak' membuat Kaseh merasa bosan lalu memulakan pemburuan mencari pengganti.


Lamaran 'direct' dari wanita secantik Kaseh membuat Adam terkedu. Adam mencadangkan tempoh untuk mereka berkenalan terlebih dahulu sebelum 'declare' sebagai pasangan kekasih dan Kaseh laju saja bersetuju. Permulaan perkenalan Kaseh dan Adam Khalis membawa kita mendalami cara hidup Kaseh yang jauh menyimpang dari landasan Islam. Adam secara berhemah mendidik Kaseh. Dia tak pernah menyangka yang Kaseh yang amat terkenal sebagai model yang baik hati itu nama sahaja Islam tetapi dia kenal langsung apa itu Islam. Tetapi Adam sangat bersyukur kerana Kaseh tu seorang yang sangat mendengar kata dan lembut hatinya. Saksikanlah bagaimana Adam Khalis melentur Kaseh, gadis Singapura yang cantik bergaya itu menjadi muslimah yang manis. Kaseh yang selalu naik kereta mewah tu, sanggup bersusah payah naik MRT demi Adam. Hebat betul daya pesona Adam terhadap Kaseh.


Kaseh mula menilai diri apabila menyedari betapa jauhnya jurang perbezaan peribadi antara dirinya dengan jejaka bernama Adam Khalis. Walaupun dia berusaha bersungguh-sungguh seikhlas hati, dapatkah dia meletakkan dirinya setaraf dengan Adam Khalis? Kalaupun Adam masih sudi padanya, mahukah keluarga Adam Khalis menerima wanita seperti dirinya dalam hidup mereka? Ibu Adam Khalis awal-awal lagi sudah beristigfar dan menggeleng kepala. hmmmm... alahai Kaseh, ada 'chance' ke? Bagi yang menumpukan cerita Adam - Kaseh mungkin akan sangat berpuas hati dengan pengakhiran cerita. Sesekali tertanya tanya juga khabar Syera yang sangat rapat dengan Kaseh. Adakah dia masih lagi sesat dalam dunianya? Syera ni lah orang yang paling bimbang apabila Kaseh jatuh hati pada Adam. Dia risau yang dia akan kehilangan Kaseh yang merupakan teman berhibur dan sponsor besarnya apabila berhora di mana-mana. Semasa Kaseh dalam kesesatan, nak sangat dia ikut Kaseh ke mana-mana, tetapi apabila Kaseh menuju ke jalan yang benar, Syera langsung tak mahu ikut. Sayang. Bukan semua mahu jadi baik. Mereka mahu terus sesat. Perubahan rakannya tidak dilihat sebagai petunjuk dari Allah sedangkan orang-orang begini akan menyebut, dia akan berubah menjadi baik setelah mendapat petunjuk dari Allah. Petunjuk sudah di depan mata tetapi dia tidak mahu melihat pula petunjuk itu.


Kulit buku ni saja sudah cukup comel dijadikan hadiah kepada kawan-kawan dan anak-anak :) Membuka 'hadiah' ini dan membacanya juga merupakan pemberian pengajaran terbaik kepada yang membacanya. Perkara pertama yang aku search kat google adalah designer clutch. Aku tak terbayang amende nya tu. Aku kalau orang sebut klac, maksudnya pedal yang selalunya kaki kiri tekan untuk tukar gear keta. haha.


sure fine whatever
rinn




blurb/sinopsis belakang buku


Kada Adam Khalis:

Hidup ini tak boleh berdasarkan 'saya-suka-awak' dan 'awak-suka-saya' and we live happily ever after - aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau.


Kata Kaseh:

Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam org biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh 'tahu' apa yang Kaseh 'mahu' hanyalah Adam Khalis!


Kata org:

Opposite attracts. Bad girls go for good guys. True much? Tapi... sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam - stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh - playgirl of the century? Well, we'll see, we'll see! :) oops, jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke 34 Nur Kaseh Kaisara! :(

Sunday, September 11

Terbaru daripada Jemari Seni


Tajuk : Bulan Di Atas Champs-Elysees
Penulis: Eva Hana
ISBN: 978-967-5118-67-8
Harga: RM17.00 (Sem. Malaysia)/RM20.00 (Sabah/Sarawak)


... memori indah itu bagaikan terlalu lama, seolah-olah hilang dalam filem hitam putih...

Dia gadis cergas, bijak, dan suka sesuatu penuh cabaran; itulah yang membawanya merantau ke Paris – Kota Cinta dan Kota Seni – dengan tiket untuk belajar bahasa Perancis!

Bertemu dengan Jean Paul di maya menjadi gerbang dia menelusuri ‘Parisku yang indah, Parisku yang romantis’... menaiki anak-anak tangga di Bukit Montmarte serta melihat pelukis-pelukis dan lukisan mereka yang indah; berjalan berpegang-pegangan tangan sewaktu musim bunga di Jardin Tuileries; menyaksikan pementasan teater Little Prince (Le Petit Prince) di L’Opera; melawat Musée D’Orsay yang penuh ukiran-ukiran cantik; melopong memandang lukisan Leonardo da Vincci – La Giaconde atau Mona Lisa di galeri; teruja dengan kedai-kedai berkelas di Rue de Rivoli; minum kopi café viennoise di café-café comel sambil makan roti pain au chocolat....

‘Kau’ memang seperti yang aku impikan dan ‘kau’ memang hidup, Paris!!! Tetapi denganmu Jean Paul...
“Eva Hana, je t’aime, mon amour, pour toujours.”


* * * *

EVA HANA ‘menjual’ kisah benarnya sebagai teladan. Biar indahnya cinta... pada EVA HANA ‘cinta bukanlah alasan untuk menjual rohani’. Bulan di Atas Champs-Elysees bercerita fasal cinta antara dua benua: tentang akidah dan kekuatan diri... juga bercerita mengenai penulisnya, EVA HANA IMRAN!

Tajuk : Dikau Takkan Pernah Jauh
Penulis: Nur Hatija
ISBN: 978-967-5118-69-2
Harga: RM19.00 (Sem. Malaysia)/RM21.00 (Sabah/Sarawak)

Letaklah Allah pada cinta yang paling utama. Cinta terhadap manusia tidak salah tetapi biarlah selari dengan kehendak agama...

Apakah erti cinta?

Kerana cinta, Fadhil meninggalkan kebahagiaan dunia dan belajar hidup zuhud.

Kerana cinta, Halina sanggup kehilangan kasih anak-anak.

Kerana cinta, Firdaus tenggelam dalam pelukan dunia;

dan kerana cinta akan Firdaus, Mardhiah sabar menunggu.


“Janji dengan saya, awak akan tunggu saya,” ucap Firdaus.
“Awak pun berjanji dengan saya. Jangan pernah melarikan diri daripada saya,” balas Mardhiah.

Tapi, kenapa kini Firdaus jadi lupa pada kata-kata yang pernah dia ucapkan dahulu? Mampukah mereka kenal erti cinta sebenar? Mampukah mereka berkorban demi mencari nikmat cinta itu?

* * *
NUR HATIJA menulis tentang makna cinta. Dikau Tidak Pernah Jauh membawa anda menghayati kisah cinta yang penuh teladan untuk mencari keikhlasan cinta yang sebenar.



Tajuk : Ikhlas, A.K!
Penulis: Nirrosette
ISBN: 978-967-5118-65-4
Harga: RM21.00 (Sem. Malaysia)/
RM24.00 (Sabah/Sarawak)

Membaca cerita Ikhlas, A.K! karya penuh yakin NIRROSETTE si manis dari Singapura ini, membuat mana-mana orang yang pernah muda tersenyum. Cerita segar lagi santai ini pasti membuat anda kagum pada penulis yang mengadun cerita cinta penuh pengisian ini.

Kata Adam Khalis:
Hidup ini tak boleh berdasarkan ‘saya-suka-awak’ dan ‘awak-suka-saya’… and we live happily ever after – aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau.

Kata Kaseh:
Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh ‘tahu’ apa yang Kaseh ‘mahu’ hanyalah Adam Khalis!

Kata Orang:

… opposite attracts. Bad girls go for good guys. True much? Tapi…sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam – stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh – playgirl of the century? Well, we’ll see, we’ll see! … opps, dan jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke-34 Nur Kaseh Kaisara!


Tajuk : Grr..Geramnya
Penulis: Feeza
ISBN: 978-967-5118-66-1
Harga: RM21.00 (Sem. Malaysia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)

nafsu amarah yang keterlaluan itu sifatnya syaitan

FEEZA berjaya membuat kita ikut rasa geram bersama Ila. Jom Grrr... Geramnya! dan ketawa dengan gelagatnya.

Senario 1:
“Gaji awak naik berapa?”
“Cukup makan aje,” jawab Chan dengan nada sedih.
Yahuuu!!! Kalau bernada sedih pasti kenaikan gaji Chan lebih rendah daripada aku.
“Tahulah sikit. Tapi berapa?” tanyaku lagi.
“Lima belas peratus aje.” Chan menjawab soalan aku dengan nada bersahaja.
“Apa???”

Senario 2:

Selepas sejam aku keluar ke ruang menunggu untuk bertanya. “Lama lagi ke?” Grrr... aku menahan marah.
“Oh, maaf. Mr Mai masih di KL,” jawab Fiona.
Empat jam kemudian. “Cik Sheila di mana? Mr Mai sudah sampai.”
Hah! Baru nak sampai? Kalaulah aku ni pecah ketuban sebab nak beranak sudah lahir bayi aku.

Ila sentiasa marah. Ila sentiasa grrr.... Peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya serba tak kena. Yang betul nampak salah. Yang salah sudah tentunya salah.

Suatu hari...

“Helo, saya Firdaus.” Dengan beraninya lelaki itu memperkenalkan dirinya. “Kerja di mana?”
Nak jawab apa? Nak mengaku menganggur malu. Nak tipu takut kantoi. Nak mereka-reka cerita aku tak mahir.
“Maaf, saya nak jumpa kawan kejap.” Aku minta diri dengan sopan. Alasan saja tu!

Tajuk : Dia Yang Kunikahi
Penulis : Iqbal Syarie
ISBN: 978-967-0201-18-4
Harga: RM19.00 (Sem. Malaysia)/ RM21.00 (Sabah/Sarawak)

Mesti gadis itu hebat sampai berjaya menawan hati ayah ibu. Tapi... aku nak 'produk siap'. Jika diberi pilihan, Adam Johari mahu gadis yang sudah ditarbiahkan, sudah alim, dan sudah siap dibimbing. Logiknya, akan memudahkan dan pasti membantunya dalam mewujudkan keluarga dakwah dia impi-impi selama ini.

"Ana impikan produk siap, ustaz. Jika diizinkan untuk memberi contoh, ana maksudkan ustaz sendiri. Ana mahu isteri yang seperti Ustazah Asyiqin. Ustaz faham maksud ana?" Itulah yang dia katakan pada murabbinya.

"Ana faham maksud enta. Enta mahukan isteri yang sudah pun berdiri di medan juang, bukannya sedang baru mahu bersiap. Kan?"

Adam Johari mengangguk.

"Baiklah. Jika enta diberi pilihan untuk memiliki sebuah Ferrari mewah dengan sebuah van terpakai, yang mana enta pilih?" tanya Ustaz Mujib.

Johari terdiam sebentar. "Sudah tentulah Ferrari mewah!"
"Sebab?"
* * *
Keindahan bahasa bukan terletak pada mahalnya sijil, tapi terletak pada penghayatan dan pertuturan si tulang bangsa. Begitulah juga dengan keindahan garapan cerita. IQBAL SYARIE tidak pernah terlibat dalam mana-mana bidang penulisan. Jauh sekali dengan kursus atau mana-mana bengkel penulisan. Anak muda yang sedang mengikuti kursus penyelenggaraan kapal terbang dengan syarikat penerbangan Malaysian Airlines Systems (MAS) sedang merubah arus – menulis dengan satu misi: DaBOM- Dakwah Buat Orang Muda!