Marathon buku KN minggu lepas :) Aku pilih tiga buah buku KN iaitu Semalam Yang Kutinggalkan, Nasi Lemak Buah Bidara dan Untuk Semua Dosaku masing-masing hasil karya Laila Hanni, April Snow dan Rin Ahmad. Semalam Yang Kutinggalkan merupakan karya kedua Laila Hanni manakala April Snow dan Rin Ahmad adalah merupakan buku pertama yang diterbitkan oleh Kaki Novel Sdn Bhd.
Terasa seperti ketiga-tiga penulis ini adalah penulis senior kalau dinilai dari gaya bahasa yang dibawa ketiga-tiga penulis ini. Mungkin kerana selepas membaca banyak novel KN yang ditulis penulis muda yang masih dalam proses mengasah bakat penulisan dan karya yang diterbitkan masih terasa belum matang. Ketiga-tiga novel ini ada nada yang sedikit berbeza dari kebanyakan novel terbitan KN. Walau bagaimanapun masih terselit adegan-adegan yang tidak sesuai untuk bacaan anak-anak remaja yang rata-rata mula memilih novel cinta sebagai bahan bacaan ketika darjah 5 atau darjah 6. Kalau korang dah sampai umur mengundi (sudah pandai membuat pilihan yg baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan) boleh lah membacanya. ;)
SEMALAM YANG KUTINGGALKAN
"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu meskipun aku bukan cinta pertamamu..."
Semalam Yang Kutinggalkan membawa kisah Munirah yang sanggup bermadu dengan sepupunya atas permintaan sepupunya (Kak Reen) sendiri. Lagipun suami sepupunya merupakan bekas teman lelaki yang amat dicintainya dulu. Namun sikap Izwan memang sedari awal buat aku mengeluh. Memang terasa ada yang tidak kena dengan sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Selepas melahirkan anak buat Izwan, Munirah melanjutkan pelajaran ke Australia dengan izin suami. Namun perangkap yang dipasang seseorang telah mengena dan Munirah diceraikan begitu saja. Kerinduan pada anaknya saya memaksa Munirah menjejak semula Kak Reen dan Izwan. Munirah masih tertanya-tanya apakah salahnya sehingga Izwan membencinya dan mahu memisahkan dia dari Sarah.
Umar Rafiki yang muncul kemudian adalah jauh lebih memahami dari Izwan yang lebih mementingkan kebahagian diri sendiri. Umar datang dari keluarga yang memang tahap 'understanding' yg sangat tinggi. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan Umar menjadikan Munirah lebih berani memperjuangkan haknya.
NASI LEMAK BUAH BIDARA
"Sungguhlah bagai dikata, hidup ini tidak seindah yang disangka rupa-rupanya!"
Nasi Lemak Buah Bidara pula membawa kisah akibat dari kisah yang dilagukan pantun klasik yang bermula dengan baris "nasi lemak buah bidara" itu sendiri. Ni kira pantun "mari kawin lari" yang sangat popular selain daripada "Tanam pinang rapat-rapat"
Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan.
suatu tindakan tanpa restu ibu bapa yang membawa putusnya silaturrahim lebih dari dua keluarga. Lebih menghibakan tanggapan buruk yang diterima anak bernama Siti Nur yang tidak berdosa. Perjalanan kisah NLBB boleh dikatakan dalam kronologi yang sangat klise dalam kisah-kisah novel cinta melayu, namun ada lenggok bahasa yang sangat menarik dilagukan April Snow hingga membawa kita sama-sama jatuh cinta dengan kisah ini. Kisah yang tak jemu-jemu untuk diulang baca.
Di mana ada manusia busuk hati seperti Datin Junainah dan Zurene, di situ juga ada insan yang menyayangi tanpa syarat seperti Puan Aishah, Akhmal dan Ben :)
UNTUK SEMUA DOSAKU
"Are you in love with the idea of love, or do you love The Creator of love?
Adakah kau mencintai 'cinta' atau mencintai Pencipta 'cinta'?"
Untuk Semua Dosaku pula membawa kisah evolusi dari dunia hitam-kelabu kepada dunia yang putih-biru. Kisah pemutihan watak-watak utamanya yang hanyut dalam percintaan yang dijaga agar tidak ternoda tetapi mereka tetap berdosa kerana tiada sebarang ikatan sah antara mereka sepanjang tinggal bersama dalam sebuah bilik. Cerita seperti ini sudah tentunya menyentuh sensitiviti sesetengah pembaca dengan adegan-adegan intim antara watak utamanya. Penulis yang memilih menyampaikan cerita begini mesti sudah menyediakan mental dan emosi yang kuat untuk menghadapi kritikan/teguran atau pujian pembaca yang dari pelbagai lapisan.
Rin Ahmad banyak menggunakan overlapping flashback yang melibatkan sekurang-kurangnya 3 timeframe (di Jerman, di Malaysia sebelum kahwin dan di Malaysia selepas kahwin). Bukan mudah untuk menulis tiga time frame serentak kerana tak semestinya apa yang penulis nampak pembaca akan nampak. Bagi aku susunan penceritaan setiap satu time frame tu jelas dan boleh dibezakan namun cara letaknya pada perenggan kelihatan bercampur. Satu cubaan yang menarik namun perlu diperkemaskan.
Suatu kisah yang menyedarkan kita dosa lalu dengan kekasih tak akan terampun hanya dengan berkahwin. Peranan taubat sangat besar untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak. Tapi kalau nampak budak darjah 5 usung buku ni memang boleh pengsan maklong!
sure fine whatever
Rinn
1 comment:
ari 2 ada nmpak nvel untuk smua dosaku cz sy dah bca kt blog dia sblum kua nvel tp tpksa tggu dlu nnti gji da msuk bru bli lagi..x sbar plak nk bca smbungan
Post a Comment