Showing posts with label Pekan Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Pekan Ilmu. Show all posts

Tuesday, August 18

Review Ombak Bukan Biru by Fatimah Busu


Ombak Bukan Biru
Penulis: Fatimah Busu
Terbitan Semula: Pekan Ilmu Publications
Cetakan pertama 1977
Diulang Cetak 2008
RM18.90
isbn: 9789675106156
374 mukasurat

"Novel merentas Dekad"

Karya klasik yang cukup popular. Tak sangka pulak aku berjaya dpt dan membaca nya. Thanks to Pekan Ilmu Publications kerana menerbitkan semula karya ni yg asalnya diterbitkan pada tahun 1977 oleh Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Ada jugak terbaca di beberapa ruangan yg menyatakan hasrat utk memiliki novel lama ini. Bagi yg tercari-cari, boleh la dah dapatkan di pasaran. Saya dapat copy ni dari kedai buku yg kat Pertama complex tu.

Memang novel ini telah merentas dekad tapi ceritanya tidak terasa lama atau ketinggalan zaman. Kemodenan 70-an dan kekampungan org melayu 70-an masih ada juga yg mirip dengan zaman sekarang ini. Tidak terasa seperti zaman itu ketinggalan. Tapi part Imrah kena blasah teruk ngan bapak dia sbb kawin dengan Joe tu memang sadis la. Sian dia. Tapi nak buat macam mana, Imrah pilih selasih dan bukannya nasi lemak dan buah bidara. huhu...

Imrah, seorg guru muda yg cintakan Yamin, namun Yamin mencalarkan cintanya apabila keluar dengan Rubiah. Imrah mengaku dia typikal dan cemburu benar. Lalu Yamin dihumban ke longkang walau Yamin telah merayap keluar dari longkang dan merayu cintanya.

Perkenalan dengan cik Celine menerbangkan dia ke Pulau Pinang dan ke dakapan kasih Joe Lawrence. Imrah dikuasai cinta sehingga minda dan tubuhnya sakit apabila Joe tiada di sisi. Dia terlalu taksub dgn cinta Joe sehingga semuanya sanggup ditinggalkan.


Joe sanggup mengorbankan agamanya utk menjadi halal buat Imrah, namun perkahwinan mereka tidak direstui keluarga Imrah. Imrah yg paling dikasihi telah menconteng arang ke muka keluarga terhormat apabila bercinta kasih dgn lelaki kristian. Imrah dihumban, Imrah dibalun, Imrah dicerca. Kini Imrah cuma ada Joe. Onar Imrah telah mencabut nyawa ayahnya. Dia kembali dan cuba menyulam Joe ke dalam keluarganya namun kakaknya yg mulut lazer sentiasa mencerca dan berprasangka buruk.

Kesian.

Endingnya seperti tergantung tapi terasa adil pulak pada Imrah kerana menurut kata hati yg jatuh kasih pada Joe. Setelah membuang keluarga, dia kehilangan Joe dan paling sedih, dia kehilangan Shahril yg menjadi penawar duka. Namun, Imrah adalah seorang wanita yg tidak jemu membina harapan, membina impian, membuat kita pun terfikir impiannya mungkin jadi nyata kerana Joe masih ada, cuma bukan di sini.


sure fine whatever
rinn

sinopsis blakang buku:

Imrah bangkit berdiri dlm satu pertembungan antara tradisi lama dan tradisi baru. Sebelah kaki Imrah masih dlm lingkungan tradisi kampung yg bersih dari pengaruh-pengaruh luar dan penuh dengan amalan adat resm org2 tua, tetapi dgn menggunakan kekuatan yg luar biasa, Imrah cuba menjangkau kehidupan kekinian yg diamalkan dikota-kota yg telah diresapi oleh unsur2 luar dgn kakinya yg sebelah lagi. Jatuh bangun Imrah, kegagalan dan kejayaan Imrah utk mencantumkan 2 impian kehidupan yg bercanggah ini adalah ombak2 yg menghakiskan kehidupan remaja dan mematangkan dirinya. Lalu dengan rasa penuh sedar akan tanggungjawab satu kewujudan seorg perempuan, dia memulakan perjalanan baru yg bertolak dari satu soalan, 'Di manakah penyudahnya hidup seorg perempuan?'


Wednesday, January 14

Gapura


Tajuk : Gapura
Penulis : Zehann Ur Rakhie
Penerbit : Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd
Harga : RM22.90
Cetakan Pertama: 2007
Genre : Thriller
Bintang : 5


------------------------------------------------------------------
“ Gapura?…”
“ Gapura tu pintu gerbang,".
“Ooo..."


Apa Kata Saya :

Tatkala enak melayan naskhah yang cukup mengujakan ini, saya dikejutkan dengan satu pertanyaan “ Gapura itu apa dik?..”..Menoleh kearah suara yang bertanya, saya melihat seorang petugas di kantin Sekolah Rendah Gombak (2) memandang saya. “Ntah kak, saya pun tak tau..”balas saya sambil tersenyum padanya. Dia tersenyum sama lantas berlalu. Saya membawa naskhah ini menemani saya ke sekolah anak saudara yang baru memulakan alam persekolahan tahun ini. Selain menjalankan tugas “spy’ di situ, masa yang terluang boleh juga diisi dengan aktiviti yang menyegarkan mata. Soalan yang diajukan kakak kantin itu membuatkan saya terfikir lantas membawa saya menyelongkar kamus usang di rumah…ha jumpa!

Gapura dari istilah bahasa bermakna pintu gerbang namun dari konteks naskhah penulis, saya fikir ia membawa pengertian pertubuhan atau gagasan persendirian… (maaf Zehann kalau saya silap....hehehe). Ya, Gagasan yang dibina dan diasaskan oleh seorang bernama Stephen dan Man Jai a.k.a Man Chai...Gagasan yang membina empayar dadah terbesar di Kuala Lumpur yang mempunyai rangkaian ejen-ejen dan sub-sub pengedar yang berantaian di seluruh pelusuk ibu kota.


Usai membaca naskhah ini, terasa benar kelainannya. Bukan kerana penulisnya yang pertama kali saya tatap karyanya tetapi jalan cerita yang ditampilkan mengkagumkan...sangat-sangat mengkagumkan!.Dunia Gangsterisme, dunia jenayah sindiket dadah penuh selut, lumpur diiringi istilah, terma mahupun jargon dunia jenayah yang diperincikan dengan setelitinya penulis lalu dilayarkan ke naskhah bercetak ini... seumpama kita menonton sebuah filem..hebatnya!

Suatu yang paling menarik tentang Gapura adalah pendekatan pembinaan naratifnya yang sangat jarang dibuat oleh penulis-penulis kita. Pembinaan naratif yang dibina penulis ini telah membezakan sekaligus menjadikan Gapura unik sekali. Sesetengah novel membentangkan naratifnya kepada pembaca dan pembaca pula mendapat laluan dengan mudah sekali. Ini tidak terjadi pada Gapura. Jangan bermimpi jika ada fikir akan berjumpa kaedah begitu di dalam naskhah ini. Gapura tidak membentangkan secara percuma pada pembaca tetapi mengheret pembaca sama di dalam jaringan naratifnya yang mungkin bagi sesetengah pembaca mengganggapnya sangat kompleks…mencabar bukan?, tetapi cabaran inilah sebenarnya suatu yang sangat menghiburkan!. Permainan inilah justeru yang mengangkat Gapura menjadi sesuatu yang baru dalam dunia penulisan kreatif tanahair.

Gapura digerakkan secara tidak linear. Penulis menggerakkan Gapura secara bertentangan dari kebiasaan yang acapkali kita temui dalam karya-karya lain di pasaran. Maka, sekiranya pembaca membaca tanpa persiapan fikiran yang sedikit dalam, tersasar tumpuan mereka pasti tersesat di dalam manipulasi Gapura. Sebagai sebuah karya yang naratifnya dibina secara bukan linear, sememangnya Gapura kelihatan agak menyukarkan kepada pembaca yang mencari hujung dan pangkal secara teratur.Malahan tanpa penumpuan yang khusus, terlepas pula tanda-tanda atau “clue” pembaca pasti akan hilang pertalian naratif yang dibina dalam naskhah hebat ini. Penulis bagi saya memberikan banyak papan penunjuk arah supaya pembaca tidak tersesat jalan.

Gapura bukanlah sebuah kelas pendidikan am atau kelas sivik yang memberitahu pembaca tentang bahaya dadah, jenayah dan apa juga urusan yang bersangkutan dengannya. Pesanan itu memang ada diselitkan penulis tetapi tidak berupa sekeping nota penting atau sepucuk telegram yang disampaikan secara langsung dan dengan kaedah yang paling tidak menarik. Gapura ada kenyataan sosialnya tentang amalan buruk dan keji ini tetapi yang lebih besar, lebih utama adalah bagaimana menerusinya pembaca dibawa meneroka dan mengetahui akibat dari perbuatan dan amalan berkenaan. Dibentang secara langsung..di depan mata.

Gapura memaparkan 1 cerita yang mempunyai 2 plot utama yang dibahagikan pula kepada 3 frasa penceritaan. Plot ini dibina supaya bergerak secara berasingan antara satu sama lain dan ditemukan pada satu titik penyelesaian yang dramatik. Frasa penceritaan yang dibahagikan kepada 3 bahagian cukup kemas digarap penulis. Kita melihat tranformasi watak Man Jai di setiap frasa dipersembahkan dengan cukup cemerlang oleh penulis.


Elemen-elemen suspen, aksi hingga ke kehidupan desa di pulau diolah dan digarap penulis dengan cukup cantik sekali. Penulis nyata banyak menaikkan mood suspen apabila setiap babak pembunuhan digambarkan ringkas tetapi cukup teliti dan ia ternyata cukup membuatkan pembaca berhenti seketika dan menarik nafas semula..fuhh!.Garapan “sinematografi’nya sangat-sangat hebat, berkesan dan nampak sangat hidup biarpun cuma di lembaran kertas putih yang bercetak!. Ia memberikan satu rasa, satu perasaan yang cukup nikmat buat pembaca.

Man Jai a.k.a Man Chai atau Jaiko juga dikenali sebagai "a NTLG; a nothing to lose guy "merupakan nadi utama yang menggerakkan Gapura secara total. Perwatakannya yang agak misteri diasimilasikan penulis dengan cukup cemerlang. Tranformasi dari perwatakan Man Jai ke Mansyah sangat cantik digarap penulis.Perwatakan Man Jai cukup mengisi ruang tuntutan gambaran wataknya, dari segi imej, bahasa tubuh, perlakuan juga riak wajah. Saya juga tertarik dengan watak Eddie, Ujang, Bruno juga Acoi. Biar sebentar, cuma seketika namun cukup meninggalkan kesan. Antagonis Andy Loo dan Cheah cukup berjaya dihitamkan penulis. Saya cukup meluat dan geli dengan perwatakan Harun…tapi kenyataannya spesies sebegini memang bersepah di luar sana.

Kebijaksanaan penulis memanipulasi jalan cerita yang secara zahir nampak klise cukup mengkagumkan saya. Acapkali saya terperangkap dengan telahan sendiri yang jauh tersasar dari yang sebenarnya...tidak terduga di minda apalagi merasakan di naluri begitu sudahnya kisah nan cukup mengujakan ini dinoktahkan. Penyudah cerita biarpun ringkas namun cukup meninggalkan kesan yang cukup mendalam..puasnya menatap karya ini!.

Buat Zehann...Gapura anda sungguh hebat, idea dan kreativiti dari penaan anda juga hebat ..anda juga sungguh hebat. Tahniah atas kecemerlang anda memotretkan sebuah karya nan cukup bagus ini buat tatapan kami pembaca sekalian. Semoga anda akan terus menghasilkan karya sehebat ini dimasa akan datang.Terima kasih juga pada rakan kentalan Geng Kicap ;nick dan silencez yang tidak putus asa mempromosi dan menyuruh saya membaca naskhah anda yang hebat ini...thks beb!

Buat anda diluar sana yang belum menatap naskhah ini...anda masih tidak terlewat untuk mendapatkannya...anda perlu membaca Gapura. Ia suatu yang cukup sukar saya gambarkan dengan kata-kata tentang keindahan, tentang nilai estetika kehidupan di dalam naskhah ini. ..yang saya pasti..anda tidak akan sama sekali kecewa membelinya.



Sunday, November 23

Vamprha




Penulis: Zehann ur Rakhie
Penerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd
Harga: RM22.90


Blurb:
Pencarian Massurya Syah telah membawa dirinya mengembara ke benua-benua asing. Dia mengharungi peristiwa-peristiwa aneh dan berhadapan dengan ancaman yang tak putus. Kembara telah melangkaui sempadan antara realiti dan alam tersembunyi.

Wahai saudaraku ketahuilah, pemegang rahsia ke-7 itu tertakluk pada prilaku. Apabila kuasa dan ilmu menyatu hanya Iman jadi penentu, antara Dia dan aku, antara Khalik dan dewa palsu. Empunya diri akan mengenal urusannya akan yang hak pulang ke asal bagai roh kembali ke Sang Penciptanya.

"Kesamaran yang paling nyata adalah pandangan ke permukaan semata. Kita tidak akan mengetahuinya secara pasti sehingga kita terjun ke dalamnya dan menyelam ke dasar lubuk" - Massurya Syah.


nicky.. thanks much dear. muah muah cupika cupiki.