Showing posts with label Lynn Dayana. Show all posts
Showing posts with label Lynn Dayana. Show all posts

Friday, March 15

Sneak Peek: Cinta Untuk Disewa by Lynn Dayana

Lynn Dayana promoting Cinta Untuk Disewa di karnival karangkraf bulan lepas :)

catatan tinta penulis :) thanks

butiran penerbitan, editor, jaminan kepuasan pelanggan dan lain-lain

meRinnTis blurb dan back cover

ruas binding.

butiran harga dan isbn

close up tagline "cinta yang berharga, kau anggap percuma!"

novel ini ditamatkan di muka surat 581

penanda buku. latarbelakang tu adalah catatan penulis. untuk paparan penuh, boleh dptkan buku ini di pasaran.

front cover bersama rama-rama yang merupakan buah tangan dari penulis untuk those yang mendapatkan novel ini di karnival karangkraf bulan lepas

di helaian-helaian terakhir terdapat gambar cover buku koleksi Lynn Dayana. Bagi yang belum complete collection nya boleh jadikan last page ni sbg rujukan masa book hunting nanti :) internation bookfair dah nak dekat ni.
 
terima kasih sudi scroll sampai bawah
 
sure fine whatever
Rinn

Thursday, January 3

Sneak Peek: Antologi Jiwa Kacau Terbitan Alaf 21

5 kisah thriller dari 5 penulis thriller berbakat besar. Eik? sorang jer lelaki? baki 4 lagi adalah penulis wanita!
Cover depan Jiwa Kacau.

meRinnTis blurb/sinopsis

ruas binding. lebih 500 muka surat juga.

butiran penerbitan dan senarai tajuk dalam antologi Jiwa Kacau

Kisah pertama dalam Antologi ini adalah Tragedi di Lampu Isyarat oleh Elee Mardiana

kisah kedua dalam Antologi Jiwa Kacau adalah Menari Dalam Duka oleh Attokz Dikulgai

Kisah ketiga adalah Dendam Bunga Dahlia oleh Lynn Dayana

Kisah keempat dalam antologi ini adalah Buru Bayangan Rindu oleh Dhiya Zafira. Ada sedikit update mengenai Sid dan Ari dalam kisah ini :)

antologi ini ditutup dengan kisah Cinta berdarah oleh Salina Saleh.

Antologi ini ditamatkan di muka surat 552
Antologi Jiwa Kacau
Himpunan Kisah Thriller
Penulis-Penulis:
Elee Mardiana
Attokz Dikulgai
Lynn Dayana
Dhiya Zafira
Salina Salleh
Editor: Syamel Yusoff
Terbitan Alaf 21
552 mukasurat
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
1. Tragedi di Lampu Isyarat by Elee Mardiana
Aku tak pasti sama ada aku penah baca karya beliau bersama Alaf 21, tapi aku penah baca Pak Mat Kang dalam satu kompilasi terbitan KarnaDya :) memang memorable kisah tu. Kisah yang unik dan melucukan. Masa baru aku tau Oshun Muhammad tu Elee Mardiana :)
Tragedi Di Lampu Isyarat menyerlahkan Elee Mardiana sbg pengalun rentak thriller yang baik. Walaupun tiada hantu, keseraman tetap menyusup di beberapa sudut cerita. Debaran dan mood thrill dibiarkan menyelubungi cerita dengan baik dan penuh tanda tanya. Tahniah buat penulis.
Tragedi di Lampu Isyarat membawa kita mengenali Rita dan dari Ritalah kita dibawa menelusuri jiwanya yang terisi dengan misteri Jo dan Jul. Pengaruh Jo dan Jul yang tidak pernah dikenalinya adalah sangat besar dalam hidupnya kini. Dia menyelami kisah mereka dan itu membuatkan dia meninggalkan kota New York dan menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Bahasa asing yang sering diracaunya ketika tidur adalah bahasa Melayu dan nama tuhan yang sebut-sebutnya adalah nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jiwa dalam tubuhnya melepaskan rindu di Malaysia.
Mukhlis menjadi sasarannya untuk membongkar misteri kehilangan Jo. Perangkap hebat dipasang sehingga kita sendiri tidak terfikir cara ini yg digunakan Rita utk menbongkar rahsia. Rita tersalah umpan, namun 'pukat tundanya' mengena juga. Habis semua terjerat, dari ikan paling kecil sampai ikan paling besar. Patutlah ustaz ustazah siap bawak air zam-zam pun tak menjadi. SEdangkan diorang tu teror bab mistik2 ni :)


meRinnTis Blurb/sinopsis belakang buku:
Tragedi di Lampu Isyarat
Selepas kemalangan, Rita dikejutkan dgn surat Jul yg berada dlm dirinya. Jul meminta pertolongan Rita utk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.
2. Menari Dalam Duka by Attokz Dikulgai
Membawa menelusuri kisah kehidupan taiko dadah. Ghazem, Arzam Domino dan Tria, anak-anak malang yang dipelihara Tuan D. Apabila meningkat dewasa mereka sudah biasa dengan urus niaga dunia gelap milik Tuan D. Ghazem dan Arzam semakin cekap dan disegani orang-orang Tuan D. Sikap tamak mula menguasai Ghazem sehingga sudah tidak mempedulikan sahabat baiknya Arzam. Arzam sanggup ditentang demi menjatuhkan Tuan D. Tria dan Arzam saling memendam perasaan namun perasaan mereka tidak direstui Tuan D yang turut menaruh hati pada Tria.
Arzam disabotaj ketika beroperasi. Dia dikhianati. Peristiwa itu membawa dia ke dlm sebuah keluarga kecil yang memberinya ketenangan. Dia mahu berubah namun ingata kepada Tria membuat dia mahu membawa gadis itu keluar dari dunia noda bersama-samanya.
Banyak jargon dunia pengedaran/penagihan dadah yang dikongsikan penulis dengan pembaca. Kematian Ghazeem yang sekadar disampaikan melalui Kayrol ala-ala sinopsis kepada Arzam buat ia kelihatan seperti terlalu mudah berakhir. Namun bila kita baca sampai ke perkataan 'tamat' dalam kisah ini, kita tahu ianya mungkin tidak tamat di situ sahaja. Kisah ini mengingatkan aku betapa berkobar-kobarnya aku nak baca 'Gapura' karya Zehan Ur Rakhie. Tapi sampai sekarang tak dapat2 lagi buku tu. Mungkin kena pinjam dari sapa2 kot :)
sinopsis/meRinntis sinopsis belakang buku:
Arzam Domino terlibat dgn kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap., Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba memperbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.

3. Dendam Bunga Dahlia by Lynn Dayana
Pembunuhan dan rancangan membunuh yang menjadi hiburan buat pendendam. Demi melunaskan rasa tak puas hati org yang dekat dengannya, dia mencari mereka satu persatu. Disebabkan ada perkataan bunga dahlia, aku ingat ker pembunuh tu perempuan (sebab terpengaruh dengan cerita Nama Atas Kertas - Nasron Sira Rahim sebenarnya :) Kronologi cerita yang predictible untuk cerita ala-ala I know what u did last summer ni tetapi unsur debar dan thrillernya tetap ada untuk membuat kita tidak berenti selagi kisah pendek ini tidak berakhir.

Spelling nama pena Lynn Dayana kat kulit buku dan ruas binding tu salah ler. Lynn Dayana bukan Lyn Dayana. Rasa mcm orang lain pulak bila spelling nya lain dari biasa kan?

meRinnTis Sinopsis/blurb belakang buku:
Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yg lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorg pembunuh yg memburu mereka utk membalas dendam.
4. Buru Bayangan luka by Dhiya Zafira
Menggarap kisah seringkas ini pun Dhiya Zafira mampu menyampaikan kisah dengan sangat baik sekali. Watak Azalea mungkin kelihatan weng tetapi dia ada kekuatan tersendiri yang membuatkan ASP Adha Hijazi tertarik untuk mengambil tahu tentang kes pelik gadis itu. Dia mengaku menembak seseorang yg telah menceroboh biliknya tetapi apabila polis ke sana untuk menyiasat, mayat itu telah hilang. Later terbongkar kisah Azalea yang delusi dan pernah membunuh diri. Semua mungkin berkata 'patutlah' tetapi Adha masih ada kepercayaan pada Azalea yang kelihatannya seperti seorang yang sangat yakin. Keprihatinan Adha bakal membongkar sesuatu yang telah dirancangkan sejak 10 tahun yang lalu. Berjayakah dia menyelamatkan Azalea?
meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:
Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kpd mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 thn, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yg percaya cerita yg disampaikan Azalea kerana penyakitnya.
5. Cinta Berdarah by Salina Salleh
Memang jiwa kacau aku jadinya lepas baca kisah ni. Dialog-dialog yg aku rasa penuh dengan jeritan yang meluahkan rasa tension dan sakit hati yang membuat aku pulak yang jadi jiwa kacau. blurbnya sudah lebih dari cukup untuk menceritakan tentang kekacauan dalam jiwa Helmi.
meRinnTis blurb/Sinopsis belakang buku
Helmi kehilangan tunang tersayang dlm satu pembunuhan ngeri. Akibat tekanan yg dihadapi, dia mula menjejak pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh org yg disangkakan pembunuh tunangnya.
sure fine whateverr
Rinn

Tuesday, January 10

Alaf 21: Cinta Perisa Dia


bakal menemui anda di pasaran :)
(boleh gak jengah2 di pesta karangkraf nanti :))
Sinopsis CINTA PERISA DIA

​Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi…itu haknya.

Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak tetapi rongak giginya. Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?

​Rancangan Uji Bakat Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang merbahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau dah cinta...jodoh datang juga tanpa dipaksa.

Monday, March 14

Kucc Reviews: Juara Carta Cinta


"dalam hukum persaingan cinta, bukankah yang menang pasti akan dinobat sebagai
sang juara?"



Kata Kucc:
Membaca naskhah penulis pastinya tidak boleh tidak kita akan membayangkan personalitinya dan mengaitkannya dengan lenggok dan gaya naratif ini. Menyusuri naskhah berdurasi 494 halaman ini saya boleh membayangkan betapa penulis ini semestinya seseorang yang ceria. Lalu tidak hairanlah betapa karya ini kaya dengan elemen-elemen keceriaan yang bukan dibuat-buat. Nampak semulajadi!


Juara Carta Cinta (JCC) membawa tema cinta. Tema sejagat yang begitu sinonim didalam penulisan kreatif. Komedi romantik ini ringkas, segar dan bersahaja terutamanya daripada aspek garapan dialog yang dibina penulis, lenggok bahasa santainya serta tidak ketinggalan pergerakan tiap wataknya yang penuh kredibiliti biarpun dibina atas landasan yang cukup ringkas.


Juara Carta Cinta (JCC) meneruskan legasi penulis yang begitu sinonim dan tampak selesa dengan genre sebegini dan sisipan tambahan unsur suspen/thiller yang diselitkan sebagai plot sampingan didalam naskhah ini ternyata tidak mengecewakan. Mengujakan sekali. Mungkin dimasa hadapan penulis boleh mencuba menghasilkan karya penuh yang berformatkan genre suspen/thiller pula.


Jalinan plot dan sub plot yang ringkas tapi selari di samping pembentukan watak-watak utama; Maya Hanum dan Haiqal yang cukup berjaya melahirkan roh menerusi karektor masing-masing banyak membantu menimbulkan perasaan dan jiwa pada keseluruhan naratif JCC. Penghayatan watak yang baik banyak membantu kelancaran lenggok cerita ini. Baik watak utama yakni Maya dan Haiqal juga watak pembantu lain seperti Haqeem, Laila, Julie, Intan, Adnan saling berdiri menyokong antara satu sama lain sehingga ia hidup mengikut keperluan watak masing-masing.


Penggunaan laras bahasa yang mudah, ringkas tanpa perlu sisipan istilah-istilah cinta yang memualkan cukup meletakkan cerita ini pada kelasnya yang tersendiri. Penulis mengadaptasikan lenggok bahasa tersendiri yang dirasakan bersesuaian dengan perjalanan naratif yang dipersembahkannya dan saya kira beliau sudah membuat pilihan yang terbaik untuk naskhah beliau ini.


Watak dan perwatakan adalah tunjang didalam setiap naratif tidak kiralah dari kelompok mana sekalipun ia didatangkan. Maya Hanum; keceriaannya, gila-gilanya, kelam kabutnya, perihatinnya juga kewanitaannya nampak natural ditangan penulis. Maya lambang gadis semasa yang berjuang untuk memperoleh bahagia didalam hidup dan kehidupannya. Misteri Haiqal memikat. Saya sukakan cara penulis mempotretkan watak Mr Stranger ini. Dalam penuh kebersehajaaan, dia sungguh mengujakan sekali. Haqeem memualkan. Begitu juga Adnan yang begitu mementing diri sendiri.
Inilah stok-stok lelaki yang perlu dijauhkan saya kira..hehehe. Intan penuh simpati wataknya.


JCC membawa pembaca pada seorang Maya Hanum; seorang novelis yang juga pemilik kedai cenderahati . Dengan dibantu Laila dan Julie suasana dunia di kedai cenderahatinya penuh warna-warna ceria. Tanpa diduga hidup cerianya tiba-tiba terganggu dengan kehadiran jiran-jiran baru yang tidak terduga; bekas kekasih yakni Haqeem dan bekas tunangannya Adnan. Haqeem yang dicintai sepupunya Mimi dan Adnan yang sudah beristerikan Intan. Haqeem yang terang-terangan masih memburu cinta Maya dan menyesali tindakannya meninggalkan Maya dahulu. Kekurangan Intan mendorong Adnan cuba memikat semula Maya. Merimaskan. Menyesakkan. Itu yang dirasakan Maya. Apatah lagi kesan kerana perkara ini dia dimusuhi Mimi dan Intan hingga tergamak pula cuba mengenakannya. Namun kemunculan Mr Stranger bagai penyelamat padanya biarpun pada awalnya dia juga tidak disenangi Maya yang masih ragu dan fobia kesan dari pengalaman pahit yang pernah dilaluinya. Perhubungan yang makin erat menyakinkan Maya untuk menerima diri jejaka yang mula mkendapat tempat dihatinya namun rahsia siapa sebenarnya Mr Stranger yang akhirnya terbongkar membuatkan Maya rasa tertipu.


Buat penulis berbakat besar ini, sekalung tahniah atas persembahan anda dalam Juara Carta Cinta ini. Semoga peluang dan ruang yang diberikan kepada anda saat melangkah dalam gelanggang penulisan kreatif ini dimanipulasikan sebaik mungkin dengan cetusan idea yang lebih baik di masa hadapan.

Friday, February 18

Rinn Reviews: Juara Carta Cinta by Lynn Dayana


Juara Carta Cinta
Penulis: Lynn Dayana
Editor: Mazuen Yahya
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
494 mukasurat
9789831246320


"Aku + Kamu = Cinta Atas Awan" - Haiqal


Kalau tengok kulit depan, kulit belakang, kita dah boleh teka siapa yg juaranya :) so, sedikit membunuh surprise cerita utk melihat penentuan juaranya.


Maya tu suka nyanyi lagu kanak2. sweet! tapi part dia nyanyi lagu injit2 semut tu buat aku terbayang2 muka 'hantu kak limah go back home'. huhu...


Kemunculan awal Haqiem dalam kisah ini cukup memikat, charming dan dia memang sangat pandai mengambil hati. Walau bagaimanapun, sikapnya terhadap Mimi yg over dan ngengada tu buat aku rasa Haqiem tu kelihatan seperti hero novel yg tipikal yang tak dapat menolak kehadiran wanita seperti Mimi dalam hidupnya. He let Mimi masuk control hidupnya/rumahnya at the same time he expect to tackle Maya's heart sedangkan semua tu berlaku depan mata Maya yg merupakan jiran sebelah rumahnya.


LD ada kelebihan menggarap watak antagonis yg cukup menjengkelkan. Memberi kita cukup rasa asam dan garam utk membenci watak2 seperti Mimi dan Nora. Malah Intan yg mulanya watak putih pun berjaya di twist menjadi watak agak antagonis yg menjengkelkan.


Maya Hanum adalah seorg novelis yg ada peminat2nya tersendiri. Dia membuka perniagaan cenderahati yg turut memasarkan novel2 tempatan. Maya ni kalau tengok taste dia, jenis suka lelaki hensem. Dari zaman sekolah, mudah saja dia tertarik dgn Reza yg hensem dan berkarisma. Semasa bertunang dgn Adnan, dia tidak dapat menolak rasa hatinya yg jatuh cinta kepada Haqiem. Maya bukanlah watak wanita sempurna yg sering kita jumpa dalam novel2. Dia adalah wanita biasa yg pernah tewas dgn perasaan. Pengalaman itu menjadikan dia lebih berhati-hati dalam memilih cinta. Dia tidak pernah mahu meniup semula bara cinta lama.


Adnan memang totally out of list la utk dijadikan pilihan. Dia tu sudah jadi suami orang dan apabila tahu isterinya, Intan tidak dapat mengandung, dia segera mengalihkan perhatian kepada bekas tunangnya, Maya. Haqiem juga turut menyesal kerana melepaskan gadis sebaik Maya. Dia berpisah dgn Maya kerana Maya tunangan orang dan menganggap dirinya tertipu sepanjang percintaan mereka. Apabila semua terlerai dan mereka bertemu semula sbg jiran tetangga, Adnan dan Haqiem cuba mengejar semula cinta Maya.


Kehadiran Haiqal menambahkan lagi peserta dalam perlumbaan itu. Kehadiran Haiqal menyebabkan kelebihan 'charming' Haqiem menjadi malap. Wataknya yg cute dan misteri menjadikan kita juga seperti Maya yang tertanya-tanya, siapa dia. Rasanya memang susah nak teka kerjaya Haiqal. Ada ke sesiapa yg dpt meneka dgn tepat? Saat kita mula merasakan manisnya cinta Maya-Haiqal, kilat datang menyambar. Ni bukan metafora, betul2 punya kilat sudah sambar itu heroin lah. Nasib baik la tak mati atau jadi hitam. Rentak cerita menambah debaran cinta bercampur debaran set2 seram tak seram sbb Maya tiba2 bleh nampak bayangan org yg mati tersiksa dlm keadaan yg kejam. ishhh Lynn Dayana, ko memang kejam. huhu...


Dalam Jika Benar Cinta, LD banyak menggaul unsur komedi dalam penyampaiannya dan aku sangat suka. Hak Cinta Terpelihara menonjolkan kelebihan LD mengendalikan banyak watak dalam ceritanya. TArikh Luput cinta dan Cinta Edisi Terhad menyerlahkan kelebihannya dalam mengalunkan kisah cinta-thriller. dan kehadiran Juara Carta Cinta menunjukkan bagaimana LD menggabungkan cinta-komedi-thriller sbg satu kisah yg sangat menarik :) Tahniah atas kelahiran novel ke5 ni. Lahirlah seorang lagi penulis prolifik Alaf 21. Semoga terus aktif berkarya.


sure fine whatever
rinn


blurb/gengkicap/sinopsis


"Mari Raikan Cinta!" - Haqiem
"Kembali sayangi aku" - Adnan


Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yg disiram air panas. sampai kiamat pasti tidak subur! Ada karipap yg berintikan julap, maka penatlah berulang-alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sadwic yg dihimpit rapat oleh roti panas.


Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yg tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya utk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah jiwa Maya bila kerap diasak.


Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya bumi Malaysia, mengapa lelaki itu memilih utk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri, mengapa masih mencuri pandang pada dia?


Kehadiran lelaki yg tidak diketahui namanya itu membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dgn teori.


Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yg sering singgah di dalam hati?

Friday, January 28

Alaf21 - Bonus Jan & Feb

Tajuk : Cintamu Nadiku
Penulis : Norzailina Nordin
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-638-2
Halaman: ~528

Sinopsis

ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai. Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa lebih sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.

Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI. Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?

Tajuk : Juara Carta Cinta
Penulis : Lynn Dayana

Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap maka penatlah berulang alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sandwich yang dihimpit rapat oleh roti panas.
Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka remuklah organ dalaman Maya bila kerap diasak.
Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening kepala. Besarnya tanahair Malaysia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri mengapa masih mencuri pandang pada dia?
Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori.
Lelaki :“Orang kata kalau kita nak kenali seseorang, kita tengok bila dia shopping, apa yang ada dalam bakul atau trolinya.”
Maya: “Owh macam tu! Kalau I beli pisau setengah dozen? Tukul besi dua. Parang enam dan gergaji tiga. Apa maksudnya?”
Lelaki: “Somebody hurt you very bad, I guess.”
Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?

Monday, March 8

Baru! Cinta Edisi Terhad by Lynn Dayana

masa meronda2 kat blog penulis ini tadi saya tengok dia ada mention buku ni akan kuar masa pesta buku nanti :) Tahniah Lynn Dayana, semoga terus mewarnai dunia novel malaysia :)


Cinta Edisi Terhad
Penulis: Lynn Dayana
Terbitan Alaf 21
9789831245262
RM19.90
Sabah /Sarawak: RM22.90
Cetakan Pertama 2010


"Cintamu membawaku ke langit biru..."

sinopsis/blurb:


Di bawah timbunan batu bata mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang namun mereka sedar, kaki mereka terantai di bumi.


Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah hidup. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekal untuk masa hadapan yang sempurna.


Sebaliknya bagi Julia Hana, terperangkap di bawah timbunan batu bata menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri dari terus terbelenggu!


Rasa kasih, sayang malah setitis cinta… sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada hanya kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri malaikat Maut, dia merasa kerdil dan terpinggir.


Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha. Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?

Thursday, March 5

Tarikh Luput Cinta by Lynn Dayana



Tarikh Luput Cinta by Lynn Dayana
Terbitan Alaf 21
Tahun 2009

"Kasih kita 'kan abadi kerana waktu mula terhenti di saat kita bersua"

Peminat novel yg gi karnival karangkraf baru2 ni sure dah bli buku ni. Tengok tajuk nya saja dan teruja nak membacanya. Cinta pun ada expiry date? Memang ada sesetengah cinta yg expired kan? cuma tarikh nya jer tak tau bila. Sama ada apabila cinta beralih arah atau nyawa tercabut dari badan.

Lynn Dayana mencari kelainan utk menyampaikan kisah 'benci jadi cinta' ini. Misteri dan adventure yg diselitkan meletakkan cerita ini dalam phase yang laju dan agak sukar utk meletakkan buku ni selagi tak tau apa akhirnya. LD menyelitkan kata2 yang bermula dengan "kalau hati ini..." pada setiap permulaan bab dalam novel ni. Patutla kalau tengok entry blog dia sebelum ni ada macam2 jenis ayat "kalau hati ini..."

Pada permulaan cerita, perasaan Imanina terhadap Hilman agak kuat sehingga watak Airel dirasakan sangat menyakitkan hati. Memang cari gaduh ja kerjanya. Tapi as the story goes Airel semakin membayangi monopoli watak Hilman walaupun Hilman tak byk muncul dlm bab2 buku ini. Mula2 tu memang la rasa Hilman tu sangat baik dan kinda hoping dia terima Imanina tapi biler dia kata dia sanggup tinggalkan tunang dia yg manja tu utk Imanina saya rasa terkilan dan macam meluat lah pulak. Emmalin dia layan mesra, Imanina pun dia nak. Nampak macam dia lelaki yg tak tetap pendirian lah pulak. Airel tu pulak, ya Allah ya Rabbi, Imanina baru nak sejuk dia dah buat org tu hot balik. Nak wat camner Airel memang pilih pendekatan yg macam tu utk nak tarik attention Imanina.

Kisah ini bermula dengan misteri. Misteri yang menemukan 3 manusia yg belum pernah bersua sebelum ini. Misteri itu menjadikan mereka akrab. Namun mereka perlu mengalahkan satu sama lain demi RM22.5juta. Persaingan mereka bertiga ni set2 persaingan yg sihat la. tapi misteri bertambah lagi apabila nyawa mereka terancam. Kemalangan yg menimpa Rezzal, letupan bot yg dinaiki Airel dan warkah2 ngeri dari pecinta Imanina menjadikan hidup seharian mereka penuh debaran. Ada org ke4 ke yg turut bertanding utk RM22.5 juta tu ataupun salah seorang dari mereka yang mencipta onar? Set2 macam citer 'The Apprentice' campur 'Survivor' lah pulak.

Diorg kena uruskan 3 jenis business sorang org kaya misteri dan siapa yg mengumpulkan jualan terbanyak akan diisytihar sbg pemenang dan dpt pegi bercuti. Dalam kisah ni tak der lah diceritakan sangat tentang kerja2 mereka, apa yg mereka buat utk tambah sales semua tu tak der la dicerita mendalam. LD lebih concentrate kepada conflict dan misteri di sekeliling ketiga-tiga watak utama.

Konflik memang byk dlm kisah ni. bukan sekadar konflik misteri, konflik hati, perasaan, emosi pun banyak jugak. Rezzal sangat senang dgn chemistry antara Imanina dan Airel tapi diorang berdua tu pantang berjumpa kerana pasti akan meletuskan peperangan mini. Rasanya hampir dalam setiap bab si Imanina tu beristigfar menahan amarah dan menahan diri dari mengumpat dan mengeji Airel yang kuat menyakat tu.

Airel tahu yg Imanina menaruh hati pada Hilman yg sudah bertunang. Lagi lah mudah dia nak menyakitkan hati Imanina. Imanina sentiasa cuba mengelak berurusan atau bertemu dgn Airel tapi setiap kali kesusahan menimpa, Airel lah org yg pertama bergegas mencarinya. Terima kasih adalah antara kata2 yg paling sukar utk dilafazkan kepada Airel kerana apa saja perkataan yg keluar dari diorang ni pasti akan menjadi punca perbalahan dan mata saling memancarkan lazer, kalau betul2 kuar lazer ntah dah brapa kali diorang ni terbakar.

TAwaran 22.5juta itu ada sebenarnya berpunca dari satu dendam yang dicetuskan oleh 3 wanita yang amat-amat penting dalam hidup Rezzal, Imanina dan Airel. Imanina dan Airel mahu keluar dari pertandingan itu tapi Imanina terpaksa memilih, bayar saman RM1juta atau terikat selama-lamanya dgn Airel. Kalau korang jadi Imanina, nak pilih yg mana satu? hehe.

Lynn!! tak der nama lain ka ko nak bubuh kat culprit tu. aduih. Mastermind dalam misteri ni memang orang yg tak disangka-sangka. Interaksi mastermind dengan org yg dipergunakannya bagaimanapun tidak menunjukkan dia seorg yg 'in charge'. Saya rasa watak mastermind tu sepatutnya lebih dominan dan bijak dari org yg dipergunakannya. Apa-apa pun yg pastinya penglibatan 3 makcik-makcik tu memang penting untuk memastikan endingnya happy. hehe. Thanks Lynn Dayana ;) next book pulak bila?

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta.

Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.

Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.

Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?

Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!

512 mukasurat
RM19.90
isbn 9789831244210

Friday, February 27

Karya Terbaru Lynn Dayana


Airel, Imanina dan Rezzal mesti bersaing demi harta bernilai RM 22.5 juta. Saat harta menjadi taruhan, nyawa manusia mula kehilangan nilainya. Pertarungan pun bermula untuk menjadi pemenang namun apabila hati mula berantakan kerana cinta, emosi dan logik pun mula bersengketa mencari ruang untuk berkuasa. Mana satu arah mahu mereka tuju?

Bagi Imanina, pendirian dia dan Airel jauh berbeza. Airel di utara, dia di selatan. DI KL sentral, Rezzal mendoakan mereka bertemu. Namun hatinya tidak mahu. Tidak sanggup menerima Airel si kacang hantu! Airel mesti ditumpaskan.

Manakala warna pelamin imanina dan Airel, Rezzal yang mengangankan. Ada masanya, Rezzal berdoa biarlah Imanina pekak manakala Airel pula bisu, agar dunianya jadi lebih tenang walaupun hanya untuk sesaat! Mereka berdua memang menyusahkan!

Kata Rezzal, skala cinta Airel pada Imanina, bagaikan 7 gunung, 7 lautan dan 7 langit. Sedangkan bagi Airel, sebagai kekasih gelap dia tidak mahu, kekasih separuh masa dia tidak rela! Sayang pada Imanina yang hanya seinci, tidak mungkin menjadi seela!

Maka perang pun bermula tanpa menyedari, ada insan keempat yang mahukan bahagiannya. Lalu bingkisan demi bingkisan dari dia yang mengaku sebagai Pencinta mengundang keraguan dan sejuta persoalan? Antara nilai persahabatan, peluang percintaan dan harta dunia yang berjuta, mana satukah yang mahu dijadikan pilihan?

Sinopsis:

Airel, seorang eksekutif muda dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta. Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina.

Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.

Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... Dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.

Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?

Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberkan? Tarikh Luput Cinta... Debarnya menyesakkan dada!
P/S - TAHNIAH LYNN DAYANA DI ATAS KEMUNCULAN NOVEL TERBARUNYA TARIKH LUPUT CINTA. HMMM TAJUK PUN DAH CUKUP MENGODA GITU. KEPADA SEMUA PEMINAT JANGAN LUPA UNTUK MENDAPATKAN NOVEL INI. IA KAN MULA DIPASARKAN PADA KARNIVAL MINI KARANGKRAF DAN INSYAALLAH LYNN DAYANA JUGA AKAN BERADA DI SANA PADA ESOK HARI. APA LAGI TU..MOH KITA KE SANA RAMAI-RAMAI (INFOR DARI BLOG DHIYA ZAFIRA)