Showing posts with label Creative Enterprise. Show all posts
Showing posts with label Creative Enterprise. Show all posts

Monday, December 5

Kucc Reviews : CinTa HaRi HaRi RusuHan...


Tajuk Buku : Cinta Hari-Hari Rusuhan
Penulis : Faisal Tehrani
Penerbit : Creative Enterprise
Harga : 15.90
Cetakan Pertama : 2000
Genre : Historical Fiction
Bintang : 5

-------------------------------------------------------------



"Hidup memang bukan mudah dan kerana payahnyalah kehidupan itu, aku dan engkau akan menjadi lebih bermakna sebagai manusia.."


Kata Kucc

Memetik kata penulis didalam sebuah laman blog "..Saya memang tak redha dengan kulit buku itu sampai mati." Tersenyum juga membaca kata-kata beliau. Hakikatnya bukanlah kulit buku ini yang akan saya perkatakan biarpun tercuit juga rasa dihati bila melihat aksi dikulit yang jelas tidak selari dengan personaliti sang penukil cerita didalamnya. Nak disalahkan sang pelukis pun tidak boleh juga. Mungkin dia cuma melakarkan apa yang dimahukan oleh sang penerbit.


Novel ini dikatakan didasari dari cerpen tersohor tulisan penulis yang dihasilkan pada tahun 1996. Cerpen berjudul "Api KL Belum Padam" yang disiarkan didalam Mingguan Malaysia bertarikh 9 Disember 1996 yang juga telah diangkat sebagai pemenang hadiah utama kategori cerpen bagi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1996. Kisah cinta watak utama; Basri dan Tengku Valizah (Val) yang diabadikan didalam cerpen ini dikembangkan perjalanan kisahnya didalam novel ini.


Cinta Hari-hari Rusuhan (CHHR) mengangkat peristiwa gerakan pelajar era 70-an di Institusi pengajian tinggi yang berpusat kumpulan utamanya di Universiti Malaya. Perjalanan cerita menelusuri perjuangan, aturan strategi, dokumentasi tragedi juga cetusan bibit-bibit cinta didalam kegawatan rusuhan yang mengheret sebuah catatan sejarah luka yang berpanjangan melangkaui dua dekad. Basri, Tengku Valizah juga Basariah adalah catatan duka sebuah sejarah cinta dua dekad yang tercalar.


Bahasa penulis usah dipersoalkan. Hebat dimanupulasi hingga menyerlahkan kekuatannnya dengan gayanya yang tersendiri. Lenggok bahasa jelas memperlihatkan jati diri penulis sendiri yang menyala-nyala semangatnya. Plot cerita biarpun tidak mengikut arus biasa yakni melompat dari satu daerah latar masa ke dearah masa yang lain, anehnya pembaca tidak hilang dalam lohongan perbezaan waktu. Jalan cerita jelas tidak kompleks namun berjaya dijalin kemas signifikasinya yang memperlihatkan kesinambungan fragmen cerita yang berkait rapat antara satu sama lain. Plot dua zaman ini hebat ditangani penulis sehinggakan kita alpa seketika kala mengundur masa menjejak langkah Basri dan Tengku Valizah dizaman manis mereka...zaman semangat anak muda yang berjuang demi memperjuangkan nasib golongan miskin yang dinafikan haknya atas tiket pembangunan.


Menyusuri perwatakan Basri yang menunjangi naskhah ini selaku teraju utama, tidak dapat tidak kita bagaikan melihat diri seorang Hishamuddin Rais pada profil Basri. Sebagaimana aktifnya Basri didalam gerakan pelajar, begitu juga Hishamuddin. Siapa yang tidak kenal tokoh pelajar paling terkenal di tahun 70-an ini. Lantang suaranya masih terngiang-ngiang pada yang pernah hidup sezaman dengannya. Hebat pengaruhnya digeruni pemerintah. Penglibatan Basri didalam beberapa siri perjuangan pelajar membela nasib rakyat, pernah ditahan reman hinggalah kepada catatan penting sejarah tanahair yakni demonstrasi besar-besaran golongan pelajar yang bangkit membela golongan petani-petani miskin di Baling yang membawa kepada tangkapan besar-besaran oleh kepimpinan kerajaan ketika itu. Tindakan yang menyebabkan beliau terpaksa bertindak melarikan diri ke luar negara demi mempertahankan haknya sebagai manusia bebas persis sekali seperti yang terjadi pada Hishamuddin. Seperti Basri yang lama menetap ke tanah ratu sebelum kembali ke tanahair, tokoh pelajar ini juga begitu. Kedua-dua juga meminati muzik. Mungkinkah Basri itu Hishamuddin Rais?..


CHHR kisah perjuangan. Perjuangan diri watak-watak utama yang menerajui naskhah. Melankolik naskhah ini banyak disumbangkan oleh imbasan kembali catatan-catatan duka Basri dan kekasihnya Tengku Valizah. Dua hati, dua jiwa yang terpisah dan dipisahkan akibat desakan dan tuntutan keadaan semasa yang begitu zalim. Yang pastinya kisah Basri penuh buih-buih kepiluan yang menyentuh perasaan. Siksa dan derita yang ditanggung Tengku Valizah selama dua dekad meruntun jiwa. Namun atas semua lipatan sejarah pilu kedua-dua insan malang ini yang terbongkar ditangan Basariah, pengorbanan si manis ini paling luhur...paling istimewa. Ketiga-tiganya sama...menemui cinta di kala hari-hari rusuhan.


Meminjam sebaris kata-kata Hishamuddin Rais...hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda. Bacalah naskhah hebat penulis ini untuk menyusuri rakaman hari-hari rusuhan di alam mahasiswa yang tak mungkin akan berulang sampai bila-bila. Lihat dan tataplah semangat anak-anak muda yang jitu semangat kental jiwa demi sebuah perjuangan. Demi sebuah keadilan.

Thursday, May 5

Novel Baru

Novel baru Norhayati Berahim, Aleya Aneesa dan Haslinda Ismail yang mula dipasarkan pada pesta buku pwtc yang lalu.






Tuesday, March 15

Kucc Reviews: Di Sini Luruhnya Musim Kasih


" hatinya luruh disini...lantas kasihpun gugur di luar musim yang silih berganti..."

Kata kucc:
Kepercayaan itu penting didalam sesebuah ikatan dan perhubungan. Jangan sesekali goyah. Jangan mudah prasangka kerana apa yang dilihat dimata tidak semestinya sama tafsiran realitinya. Inilah intipati tema utama yang diangkat didalam naskhah penuh melankolik ini.Tema ini ternyata begitu unggul ditangan penulis hebat yang saya kagumi ini.

Dipenakan dengan cemerlang menerusi garapan jalan cerita yang begitu berkesan sekali plot cerita bergerak dengan begitu lancar. Rantaian kisah diantara satu bab ke bab yang lain dijalin teliti, penuh sentuhan berjiwa. Kesinambungan kisah didalam naratif ini begitu membuai perasaan sehingga kita terikut-ikut merasakan tiap peristiwa yang terjadi didalamnya.

Perwatakan adalah tiang utama sesebuah naratif dan ia juga lah kunci keberkesanan seebuah karya. Watak yang kosong, tiada jiwa maka ia tidak akan berupaya memberikan kesan apatah lagi mempengaruhi pembaca agar sama-sama mengikut perjalanan naratif yang dipersembahan. Katsura Mizushima @ Mahsuri, pelajar dari negara matahari terbit. Menuntut di unversiti tempatan. Pemotretan watak Katsura sangat cantik ditangan penulis. Katsura yang tegas, Katsura yang berani, Katsura yang penuh santun digarap sebaiknya oleh penulis. Penghijrahan Katsura menjadi seorang Mahsuri adalah kemuncak naratif ini dan pengorbanan gadis ini begitu meruntun jiwa. sayang sekali dia gagal mencipta musim bunga yang berwarna-warni biarpun segala usaha dan daya dilakukan.

Iskandar Zakaria; wartawan senior ruangan politik Harian Kebangsaan. Ego lelakinya cukup terserlah. celuparnya menjengkelkan sekali namun jauh disudut hati dia sebenar sama sahaja seperti lelaki-lelaki diluar sana yang mendambakan perhatian dan belaian insan bergelar Hawa. Dianugerahkan Mahsuri yang cukup sempurna namun ego yang menguasai jiwa akhirnya memakan diri sendiri. Sekali tersilap langkah pasti sengsara seumur hidup padahnya. Perwatakan Iskandar adalah contoh yang ada didalam masyarakat. Isteri itu anugerah lalu jika dipersia-siakan maka pastinya akan diambil semula. Penyesalan tiada guna kerana terlajak kata dan perbuatan tidak mungkin boleh diundur.

Kamelia; bekas kekasih Iskandar. Diceraikan suami yang kaya lalu kembali memburu cinta Iskandar. Jala yang ditebar kala ikan yang diumpan sedang leka diamuk rasa yang menggila tepat kesasaran. Menggelupur lalu tersungkur juga Iskandar dikakinya.

Razif; kawan rapat Katsura diuniversiti, dicemburui Iskandar hanya kerana hubungan akrab antara kedua-dua. Perwatakan Razif sederhana namun sumbangannya didalam menghidupkan naratif ini tidak boleh dipertikaikan. Razif adalah kemuncak kegagalan Iskandar mengawal ego, mengemudi emosi lalu tercetus hamburan dan amukan perasaaan yang akhirnya merugikan dirinya sendiri.

DSLMK membawa kisah Iskandar, wartawan senior dari Harian Kebangsaan. Iskandar yang ditinggalkan kekasih; Kamelia kerana kealpaannya sendiri yang tidak prihatin dengan hubungan mereka. Pertemuan tidak sengaja dengan Katsura; gadis Jepun yang menuntut di universiti tempatan sentiasa menimbulkan ketegangan antara kedua. Prejudis dan sentimen Iskandar yang bencikan bangsa Jepun kesan sejarah penjajahan dahulu terpalit pada Katsura. Sinis dan celupar Iskandar ditangani dengan baik oleh Katsura. Kehebatan Katsura membuka mata Iskandar untuk mengenali gadis itu. Tanpa sedar dia jatuh hati pada si gadis yang pernah dimusuhinya itu. Kehilangan Katsura secara tiba-tiba menjadi Iskandar nanar lalu saban waktu gadis itu dirindui. Kepulangan Katsura sebagai Mahsuri yang juga mencintai Iskandar menjadi titik penamat lalu hubungan mereka disatukan walau tanpa restu ibu Iskandar.

Dialog dan lenggok bahasa didalam naratif ini penuh melankolik dengan alunan bahasa sastera yang puitis dan penuh simbolik. Personifikasinya ditangani dengan baik sekali oleh penulis.

Percaya pada pasangan adalah kunci keharmonian sebuah mahligai perkahwinan. Biar apa juga badai dan amukan gelombang kehidupan yang datang, jika rasa percaya itu teguh dan utuh tidak akan runtuh mahligai yang dibina. Ego dan emosi jika keterlaluan boleh memakan diri. Prasangka itu adalah syaitan yang mengheret manusia ke lembah kemusnahan. Saya kira inilah rangkuman mesej tersirat yang terzahir dari naratif hebat dan penuh bermakna ini.

Buat penulis, saya sentiasa mengkagumi sentuhan kreatif anda yang tidak pernah gagal mengoncang nurani tiap kali ia ditelaah, sekalung tahniah buat anda.

Saturday, March 20

Terbaru dari CESB


Tajuk : Megalomania 3
Penulis : Fatinilam Sari Ahmad
Penerbit : CESB
Harga : RM21.90

Telah aku tinggalkan memori bersamamu. Memori indah yang tidak akan berulang kesekian kalinya. Walaupun dibelit duka, diselit sembilu aku harus teruskan hidup bersama dia. Cukuplah sampai di sini rindu ini. Namun, cahaya yang diharap apabila bersamanya hanyalah suram bak malam tanpa bintang. Aku tidak beerti baginya, Abang Farhan…. Jika kau menderita di sana, aku terseksa di sini. Diseksa zahir dan batin tanpa belas oleh dia kerana dendam yang tiada berkesudahan. Siapakah yang bersalah? Aku yang terpaksa memilih atau takdir yang memisahkan kita, Abang Farhan? Sampai bilakah penderitaan ini akan berakhir.



Tajuk: Aku Yang Terluka
Penulis : Wannie Nordin
Penerbit : CESB
Harga : RM39.90

Dan kebencian itu terus menghambat diriku ke mana-mana sahaja sehingga menjadikan aku insan yang takut untuk mengenal erti jatuh cinta. Aduhai... sesungguhnya aku adalah seseorang yang begitu bodoh untuk memahami dan menghargai setiap pengorbanan dan detik yang indah sehingga keindahan itu telah hilang semuanya. Tetapi percayalah... diri ini memang pernah jatuh cinta. Tetapi dengan siapa? Dengan Syahbani yang mengajar tentang keindahan cinta monyet di alam persekolahan ataupun dengan Idham yang mengajar erti pengorbanan sahabat sejati. Dan cinta? Adakah benar cinta itu bermula dari persahabatan

Monday, October 12

Bintang Hati


Tajuk Buku : Bintang Hati
Penulis : Azilawati Nat Angsar
Penerbit : CESB
Harga : RM17.90
Cetakan Pertama : 2009
Genre : Drama & Romantik
Bintang : 3.5


------------------------------------------------------------
“ Jangan lepaskan apa yang ada berhampiran kita dengan bermimpi tentang apa yang berada jauh daripada kita …”

Apa Kata Saya

Kata pujangga “Rumah yang terbaik adalah dihati orang yang kita sayang” melestarikan fokus karya terbaru penulis senior ini dalam menyimpulkan naratif ini kepada khalayak pembaca. Mesej penulis cuba merungkai persoalan hati dan bagaimana elemen ini sewajarnya dilestarikan sebaiknya didalam kehidupan seseorang.

Bintang Hati(BH) membawa tema kesetiaan. Kesetiaan seorang wanita pada rasa cintanya pada bekas tunangan dan biarpun sepuluh tahun berlalu dan walau ada cubaan untuk menakluki hatinya, rasa setia pada yang satu itu mengatasi segalanya. Satu menifestasi cinta seorang wanita yang cuba digarap dengan cukup halus dan penuh emosi kewanitaan oleh sang penulis ini. Sub tema tentang nilai persahabatan juga dipersembahkan dengan baik. Sub tema ini cukup menarik kerana seringkali kita dimomokkan bahawasanya wanita dan lelaki tidak mungkin boleh menjadi sahabat baik jika melibatkan elemen perasaaan didalam persahabatan tersebut. Namun penulis berjaya membuktikan walau mungkin hubungan perasaan itu gagal, persahabatan itu akan tetap kekal berpanjangan.

Naratif kisah ini tidak sepenuhnya kronologi kerana penulis menyisipkan elemen imbas kembali didalam membantu pembaca lebih memahami sebab atau punca konflik yang tercetus didalam penceritaannya ini. Plot cerita agak baik dipersembahkan penulis biarpun sedikit meleret didalam penulis menyudahkan naratif ini. Gaya bahasa didalam naskhah ini tidak begitu melankolik dan puitis tapi tetap cantik persembahannya untuk dihayati pembaca.

Perwatakan Nurul Iman Rasyad Irsyad @ Iman yang diangkat sebagai tunjang cerita dipersembahkan dengan cukup baik oleh penulis ini. Iman dipotretkan sebagai anak dan kakak yang baik, wanita yang cukup sempurna bagi seorang lelaki. Personaliti Iman yang menjadi fokus naratif dipersembahkan penulis dengan sangat baik maka tidak hairanlah dia menjadi rebutan dalam diam oleh 2 jejaka di pejabat namun kesetiaan Iman pada bekas tunangan yang tidak jadi dikahwini sepuluh tahun lalu cukup mengagumkan. Cara penulis merungkai misteri penolakan Iman pada majlis perkahwinannya dahulu cukup mengujakan…tidak sabar mengetahui sebab musabab ia terjadi dan faktor apakah yang mendorong Iman bertindak sedrastik itu. Nafis adalah watak lelaki yang dipotretkan sebagai seorang sahabat yang cukup istimewa, seorang lelaki yang sewajarnya menjadi dambaan wanita namun gagal di mata Iman. Saya sukakan pembinaan perwatakan Nafis yang sederhana, prihatin dan bersifat pelindung. Harith biarpun muncul dalam lingkungan yang terhad, penampilannya cukup cantik dan cara dia dipenakan penulis membuktikan mengapa dialah idaman Iman…sayang sekali melihat hubungan mereka diakhirkan sedemikian. Watak pembantu seperti Ilhan, Nurul Izzah adalah pelengkap naratif ini dan konfik perasaan antara kedua-duanya dipersembahkan dengan baik oleh penulis dan watak Izzah yang berubah 100% hanya kerana kecewa dengan cinta begitu cemerlang dipotretkan penulis. Tiada watak bersifat antagonis yang ditampilkan di dalam naratif penulis kali ini.

BH menyusuri kehidupan seorang gadis yatim piatu berkerjaya di dalam dunia perakaunan; Nurul Iman yang mempunyai 2 orang adik yang masih menuntut di Universiti tempatan dan luar negara; Nurul Izzah dan Nurul Iffah. Iman menggalas tanggungjawab sebagai pengganti ibubapa kepada 2 adiknya dengan baik. 10 tahun dahulu Iman pernah bertunang dengan Harith namun disaat majlis akadnikah Iman menolak untuk diijabkabulkan. Hanya Iman yang tahu mengapa dia bertindak sedemikian…segalanya demi kebaikan Harith, namun Harith yang kecewa membawa diri merantau ke luar negara. Iman yang terpaksa menerima setiap kritikan keluarga terdekat atas tindakan tersebut dan kesannya, setiap kejadian yang menimpa insan–insan terdekat dengannya selepas itu dikaitkan dengan dirinya yang dikatakan "sial" biarpun ia tidak langsung ada hubungkait namun Iman redha dan mengharungi hidup dengan sebaik mungkin tanpa sedikitpun melupakan Harith. Kasih dan cintanya tetap satu untuk lelaki itu biar Nafis dan Ilhan cuba meraih cintanya. Kemunculan Harith yang secara diam-diam sudah lama menjejak Iman begitu memeranjatkan. Nafis, teman akrab yang sedari dulu tidak pernah berputus asa meraih cinta Iman akur dengan pilihan Iman yang tidak pernah berubah. Harith yang juga tidak pernah melupakan Iman ingin menyimpul kembali kasih mereka. Perancangan manusia tidak mampu menolak ketentuan-Nya. Begitu juga kasih Iman dan Harith.

Buat penulis ini, tahniah untuk naskhah terbaru ini. Semoga anda akan terus hebat melontar idea tentang kisah kehidupan untuk tatapan pembaca di masa hadapan.

Friday, September 4

Terbaru dari CESB




Tajuk : Tiada noktah Cinta
Penulis : Shahzy Hana
Harga : RM30.90

Sinopsis :


Aku kehilangan cinta demi kasih yang tidak ternilai. Kau kehilangan cinta kerana terasa diperdayakan. Lantas dalam sendu yang masih bersisa, kita diikatkan dalam satu ikatan yang amat suci. Setelah lafaz termeterai, dalam pasrah aku serahkan jiwa ini hanya untukmu. Namun, tahukah kau betapa pedih luka di hati tatkala kau mengakui si dia masih bertakhta di hatimu? Aku tahu kau terseksa. Tahukah kau aku juga menderita? Di hujung derita itu, aku tahu kita berdua serupa. Berkorban dan terkorban demi orang yang paling dicintai… paling dikasihi. Haikal Hakimi… Sara Ellyssa… dua jiwa tersandar kepiluan. Masihkah ada cahaya menyuluh jalan alam rumah tangga yang baru dilafazkan?



Tajuk : Cintaku Tabloid
Penulis : Yuri Iqmal
Harga : RM17.90

Sinopsis :

“Kata orang, semakin sukar untuk kita mendapatkan sesuatu, ia akan kekal menjadi milik kita” Ada cerita di sebalik cerita. Ada duka ketika meniti saat bahagia. Dalam terpaksa dia rela. Hakikat hatinya memberontak. Dia dipaksa menaggung hukuman atas dosa yang tidak dilakukannya. Kerana itu… ada hati yang menanggung derita. Ada jiwa yang ditimpa sengsara. Menahan rasa. Menadah segala ketentuan-Nya. Di atas kertas putih bersaksikan Dia yang Esa, dirinya sah milik Nabila. Namun tiada siapa mampu mentaklik hatinya. Menidakkan kasih antara mereka. Kasih itu tetap utuh milik Fazura cintanya bersatu… Sedangkan ada nyawa ingin merasi nikmat kasihnya. Walaupun dia tahu nyawa itu bukan miliknya. Shahrul akur… cintanya hanyalah tabloid

Saturday, August 15

Terbaru dari CESB


Tajuk : Biarkan Saja
Penulis : Annur Puteri
Penerbit : CESB
Harga : RM28.90

Hidup Alunie tidak pernah terlepas daripada menjadi bayang-bayang kepada darah dagingnya sendiri. Darah daging yang sudah terpisah jauh kemesraannya walaupun begitu dekat pertalian roh and jasadnya. Sejauh manapun dia berlari , bayang-bayang it sentiasa mendekatinya.

Namun, demi junjungan kasih yang tidak terhingga, kali ini dia rela. Rela dalam terpaksa. Dalam tangis, dalam sendu dia tersenyum. mengharungi hari-hari mendatang dengan luka terpendam. Siapa menduga, di sebalik duk aitu tersimpan seribu kebahagiaan, sungguhpun terpaksa mengharungi sejuta kepayahan.


Tajuk : Novella Cinta
Penulis : Jessy Mojuru
Penerbit : CESB
Harga : RM36.90

Terlalu lama diri ini menanti. Rawan hati ini tiada siapa peduli. Rajukku, senduku tak pernah kau mengerti. Perlukah kesetiaan ini dinoktahkan pada yang sudi, sedangkan sudah bertahun aku semai rasa itu. Kubajai ia, kusirami dengan keikhlasan dan ketulusan hati. Walaupun tahu daun-daunnya tetap berguguran seiring usia kita yang kian bercambah.

Dan jiwa kian gerhana, harapan hancur berderai pabila kau sah menjadi miliknya. Namun hati ini tetap di sini. Tidak tergugat walaupun seinci. Sesekali tiupan angin samudera, cuba meranapkan sekeping hati yang utuh milikmu. Percayalah sayang rindu ini dan kesetiaanku tetap milikmu. Setia menanti!



Friday, August 14

Review: Diusik Sayang by Siti Zabeha Ibrahim




Tajuk Diusik Sayang
Penulis: Siti Zabeha Ibrahim
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2005
Harga: RM25.90
582 mukasurat
isbn: 9789838936194

"Bukan sekadar memandang, menyebut namamu pun aku tak mampu, terderanya aku kerana mencintaimu..."

Dah beberapa bulan jugak aku dok hunting buku ni tapi tak dapat2.. akhirnya bertemu jua... :) Bagi aku kisah ini menghiburkan dan interesting walaupun pelik perempuan jadi driver peribadi tapi logiknya ada apabila majikannya adalah pasangan suami isteri yg sudah berusia yg kesunyian di rumah besar, manakala si gadis adalah graduan menganggur (yg merahsiakan kelayakannya yg sebenar) yg merindui atuk dan neneknya yg telah meninggal dunia. Dia seperti mendapat semula kasih sayang yg pernah hilang dari hidupnya.


Hafizi adalah jenis lelaki yang tinggi egonya. Dia cuba mendapatkan perhatian Ain dgn cara membuli gadis itu. Kalau tak hidupnya seperti tak aman. Dia rasa tercabar bila ibu bapanya sendiri mengatakan belum tentu org sebaik Ain nakkan lelaki yg ntah apa2 mcm Hafizi tu. Hafizi ni jenis perasan yg dia dah cukup baik dan dah cukup ensem (memang hensem pun).


Ain ternyata mempunyai persamaan dgn makcik dia yg tak kawin2 tu, sering mengalah apabila mulai menyukai seseorang. contoh macam biler dia dah syok kat sorang mamat ni, dia akan mengalah biler tau ada orang lain syok kat mamat tu jugak.


Siti Zabeha Ibrahim mempunyai daya tarikan tersendiri dalam bercerita dan menjadikan kisahnya menarik dan mendebarkan, tambah2 biler secara tak disangka-sangka Ain terpaksa bertunang dgn orang lain dan org itu bukannya Hafizi! Walaupun geram dgn Hafizi, terasa frust ar jugak :) tapi itu semua mainan emosi dari penulis dan ternyata endingnya membuatkan Ain terpinga-pinga tapi kita yg tersenyum suka.

Mengisahkan Ain, seorg graduan menganggur. Dia sudah puas berusaha mencari kerja namun akhirnya gagal.Akhirnya dia menjadi pemandu kepada Haji Sabiran & Hajah Aisyah yg kesunyian, anak-anak mereka sudah dewasa dan hidup sendiri. Ain berasa seperti mendapat kasih atuk dan neneknya semula bila berada di samping pasangan ini. Sesuatu yg teramat dirinduinya. Namun kepulangan Hafizi, anak bongsu pasangan ini membuat Ain tidak selesa. Hafizi terlalu menguji kesabarannya tetapi demi Haji Sabiran dan Hajah Aisyah, Ain tabah meneruskan kerjanya.

Mak ngan ayah Fizi memang selalu dok warning jgn keterlaluan sangat menyakat Ain kerana tak mungkin org sebaik Ain nakkan Fizi tu walaupun diorang offer. Fizi seperti tersinggung tapi hatinya terpaut dgn gadis hitam manis itu.

Bagaimana nak menarik semula perhatian gadis yg selalu disindirnya sedangkan gadis itu terpelajar bukannya seperti anggapannya sebelum ini. Sian Ain kena buli sampai kena jadi goalkeeper bola sepak! hehe.

Sedih betul masa part Ain terpaksa menggantikan kakaknya utk majlis pertunangan. Ain ni membesar dgn atuk dan neneknya, so dia agak terasing dari family sendiri. Abg ngan kakaknya mcm tak puas hati dgn Ain yg rapat dengan atuk dan nenek sedangkan Ain sudah terlalu byk berkorban utk family nya. Hingga bila masa nak bertunang tu semua macam memaksa dia demi maruah keluarga, tak seorg pun memikirkan perasaannya.. sedih la. Sian Ain. Kakak dia macam sengaja nak kenakan Ain.

Tersenyum senyum jgk mengenangkan pak aji ngan mak aji dok pasang plan nak bagi jadi jugak Ain ngan Fizi tu. Tetiba Fizi jadi berani dan ajak Ain kawin, tapi Ain keberatan kerana merasakan dia tidak cukup cantik utk lelaki sehandsome Fizi. Atas alasan itu jugak lah sebelum2 ni Ain melepaskan lelaki2 dlm hidupnya utk org lain. Fizi terlalu bersungguh-sungguh dan Ain mula meletakkan beberapa syarat maka termeterailah Janji Pinang Merah. huhu.. buat perjanjian pulak.. uish teringat pulak subjek sejarah yg ada Perjanjian Pangkor tu. haha.

sure fine whatever


rinn





Sinopsis belakang buku:

Salahkah aku meletakkan hati ini pada tempat yang tinggi? Memasang impian... membina harapan yg muluk-muluk... bercanda bersama-sama angan angan yg membahagiakan, antara kasih dan sayang, demimu insan yg teristimewa. Hanya utk kau dan aku. Kita berdua selamanya... Dan kerana semua itu, Hafizi meletakkan hatinya di sisi Farahim utk digandingkan bersama, utk dijadikan permaisuri hidupnya. Namun Hafizi bagai lupa, 'penderaan mental'nya selama ini telah membekukan hati seorang Farahin yg dahulunya pernah berdarah.

Diasak saban waktu dgn kerenah-kerenah yg melemaskan, cemburu yg tidak masuk dek akal... Hafizi sebenarnya cuba mencari istimewa si gadis manis. Sedang Farahin pula kian bungkam dan gerah berhadapan dgn konfrontasi yg tidak pernah sudah. Kerana merasa kasih insan terbuang... Farahin meminggir bersa rajuk yg panjang. Dan rasa cinta ini Hafizi bawa terbang jauh di bumi asing dgn harapan akan diarak pulang cintanya yg satu ini.

Monday, July 13

Terbaru di Pasaran Julai 2009


TAjuk: Layar Impian
Penulis:Rizan Hijazi
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd
Harga: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM21.90
isbn:978-983-893-921-8

"Aku pasti bernafas, walaupun dalam sejuta kepayahan"

sinopsis belakang buku:
Bersama sebuah impian yg belum lagi mampu dilakarkan, dia hanya memendam rasa, menahan kecewa, meredah lautan yg penuh gelora. Itu bukan kehendaknya. Ditinggalkan oleh ayah tercinta, sepi tanpa cinta yg menyulam rasa dan karam dlm lautan yg ketandusan kasih sayang setelah ibunya pergi bersama sebuah penderitaan yg disimpan terlalu dalam.

Dia terus melangkah walaupun agak payah dan kakinya kadang-kadang tersadung dgn akar2 yg mula menyelirat tubuhnya, berulangkali dia jatuh dlm lumpur yg penuh gelodak. Namun tidak sedikitpun langkahnya berkalih songsang. Baginya, jalan di hadapan masih terbentang. Perlu diterokanya dgn penuh kesungguhan, demi menggapai sebuah impian.
---------------



Tajuk: Menjejak Memori
Penulis: Zahida Zarkasi
Penerbit: KarnaDya Solutions
isbn: 978-9867-536-702-1
Harga:RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00

"Andai masa dapat diundur, pasti janji tidak akan dimungkiri..."

Sinopsis belakang Buku:

Dua belas tahun sudah berlalu. Ramalan salah seorg bomoh masih terlekat di ingatannya... Kanak-kanak tersebut akan kembali selepas 12 tahun.

Sekembali dia ke alam manusia, dia akan menjadi seseorg yg mempunyai kuasa sakti dan hidup dlm kemewahan. Satu ramalan yg sukar utk dipercayai. tetapi tetap ditunggu. Rifqi berharap penantiannya selama 12 tahun akan berakhir. Dia berharap sangat dpt bertemu semula dgn kanak2 yg hilang itu, yg pernah menjadi kwn baiknya.

Di Kolej Indera Jaya, persoalan yg bermain di mindanya kian terungkai. Pencarian hampir menemui titik tamat. Namun di saat rahsia hampir terbongkar, Rifqi terpaksa mengambil keputusan utk menghentikan penyiasatan.

Jika tidak, perhubungannya dgn gadis itu pasti akan terancam. Gadis itu pasti tidak akan memaafkannya andai rahsia itu terbongkar. Rahsia tentang siapa dirinya yg sebenar...

-----




Tajuk: Lara
Penulis:Nas Amin
Penerbit: Creative Enterprise SDn. Bhd
isbn: 978-983-893-922-5
Harga: RM16.90
Sabah/Sarawak: RM19.90

"Kehancuran hidup ini bukan bermakna berakhirnya satu pencarian."

Sinopsis belakang buku:
Tiada siapa yg tahu duka apakah yg tersimpan di sebalik keauan dan kemanisan wajah itu. Tiada siapa pun yg mengerti utk apa dia terus memendam derita itu. Tiada siapa pun dpt menduga betapa beratnya beban yg terpaksa ditanggung oleh jiwanya saat itu. Namun itulah hakikat yg terpaksa didakapnya selepas semuanya diragut oleh insan yg amat disanjungnya selama ini.

Arini amat mencintai Hilmi. Razlan pula sanggup menunggu walau seribu tahun utk mendapatkan secebis kasih daripada Arini... Di manakah titik noktah kasih mereka?
-------




"Antara aku, kau dan dia; tetap ada cinta, rindu, dendam dan prasangka yang tidak bernoktah..."

Tajuk: Ketika Tulip Berbunga
Penulis: Fara Darlish
Penerbit: NHF Media
isbn: 978-983-3156-35-1
Harga: RM18.90
Sabah/Sarawak: RM21.90

Intan dan Razif kedua-duanya terpisah dlm kerinduan. Mereka rindu utk meluahkan segala apa yg tersirat di jiwa. Semua itu sudah berlalu dan tidak akan kembali lagi. Saat diperlukan, Razif singgah hanya seketika. Razif milik isterinya, Rahayu. Intan amat mengharapkan Razif tetapi Razif tetap tiada. Ketika bersama, Intan terasa amat disayangi. Terasa diri ada lelaki yg mengambil berat tentangnya. Kini dia terpaksa menempuh hari-hari mendatang keseorgan.
Jiwanya damai saat dpt berbicara ddgn Razif. Tetapi ketika di rumah, hati Intan akan gelisah, takut cemas apabila berhadapan dgn Zahir, suaminya. Hatina sebal dan benci.

Rasa kasih terhadap Razif kian menebal. Hanya Razif yg memahami dan simpati terhadapnya. Dia tidak ingin kehilangan Razif! Tapi relakah dia kehilangan Zahir? Sanggupkah dia mengkhianati isteri Razif? Ikhlaskah Razif? Atau benarkah ini cinta?
-------




Tajuk: Episod Cinta Di Tanah Hijrah
Penulis: Amaruszati Noor Rahim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
isbn: 978-983-46-0254-3

sinopsis belakang buku:

Sewaktu tanah air dlm zaman penjajahan Jepun, Gaffar memilih utk menjadi seorg gerila. Sewaktu negara telah mencapai kemerdekaan. Gaffar menjadi seorg peneroka FELDA di Pahang dan berjaya mendidik dua org puterinya- Maisarah & Masitah - sehingga menjawat jawatan penting dlm pekerjaan masing2. Sewaktu Maisarah meningalkan kehidupan kota dan kembali utk menetapkan di FELDA dgn cita2nya menjadi seorg usahawan yg berjaya dlm bidang penternakan kambing dan sekaligus utk memajukan kehidupan masyarakat FELDA, Gafar tidak membantahnya. Sewaktu Gaffar mengetahui bahawa Masitah yg bertukas sbg seorg doktor bercinta dgn rakan setugasnya, seorg pemuda Cina, Gaffar juga tidak membantahnya. Akan tetapi apabila Gafar mengetahui dan melihat seorg pemuda Jepun dtg ke rumahnya utk mencari Maisarah, Gaffar menunjukkan sikap dinginnya.

Mungkinkah Gaffar bersifat pilih kasih dlm menyayangi kedua-dua org puterinya itu atau ingatan dan kenangannya pd suatu zaman yg menderitakan hidupnya menjadikan dia bersikap dingin terhadap pemuda negara Matahari Terbit itu? Konflik inilah antaranya yg menjadi jalinan cerita dlm novel Episod Cinta di Tanah Hijrah.

Sunday, June 7

Novel Baru Buku Prima & CESB



Masa jalan-jalan kat Read Malaysia, kitorang terserempak dengan 2 buah novel baru di rak.

1. Kupersembahkan Hati by Adra Adlina
Terbitan Buku PRima 2009
isbn: 9789a675234460

RM18.90
Sabah Sarawak: RM21.90

Zahra Liyana telan air liur. Tekaknya terasa kelat. Aduhai makcik. Kita belum kenal pun. Macam manalah boleh sukakan saya? Hidup saya ni jauh berbeza dgn hidup anak makcik. Besar konfliknya makcik. Kami bercinta pun tak. kawin laglah mustahil! Zahra LIyana bermonolog.

Mengapa dia sering mduji begini? hanya Allah yg tahu betapa sesak nafasnya bila melihat keadaan Zahra LIyana yg terbaring lsu. Serasa bagaikan hampir putus nyawa tatkala mengetahui Zahra Liyana berada dlm situasi genting seperti incci.

Tuntutan situasi membuatkan Zahra Liyana terpaksa meleraikan segalanya. Keindahn berkasih dgn suami tersayang tidak lagi menjadi penyeri hidupnya selepas ini. Cinta yg terlalu dalam buat Adib Irfan perlu dipendam jah ke lubuk hati. Zahra Liyana perlu menetapkan pendirian.
Mungkin inilah yg dikatakan jodoh. Walaupun tdak berpanjangan cukup memberi kesan yg mendalam buat Adib. Zahra menddik Adib erti tangungjwb, menghormati wanita dan paling penting Adib sungguh bersyukur dikurniakan isteri yg taat seperti Zahra.

------------
Hobi berangan memag tak boleh dipisahkan dg saya.. Asal terpandang mana-mana gelagat org di sekeliling yg sesuai utk menjadi watak, akan dimasukkan dlm karya. ADakakalanya saya hanya meminjam jasad merka, namun sikap dan karakter akan diolah berdasarkan imaginasi. KEsetian pada cinta, lelaki yg tak mampu membuka hatinya kpd seorg wanita benar-benar memberi saya inspirasi dalam menghaslkan keseluruhan novel. SAya sering memikirkan bahawa setiap pasngan perlu saling melengkap antara satu sama lain. cinta sejati tentu sahj wujud pada merka yg mempercayainya. Ianya lebih indah jika manusia tahu mengemudinya ke haluan yg betul. Hargailah selagi masih ada yg menyayangi.

-Adra ADlina-

-------------------------------------------------------------

2. Tajuk: Rindu Tak Terucap
Penulis: Nurhayati Ishak

Tahun 2009

Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd

RM32.90
Sabah/Sarawak: RM35.90

isbn: 9789838939388

"Kugagahi kaki ini... walaupun langkahku kian payah"

Indahnya sang bunga pasti layu jua akhirnya. Indahnya cinta kekal hingga ke hujung nyawa. Saat cinta mula berbunga, hati yg layu menjadi ceria.

WA AINI- Terima kasih cinta, utk segalanya kerana mengajarku erti bahagia. Kau berikanku lagi kesempatan utk kusemai cebisan kasihku.

Namun cinta jua membuat aku dihimpit rasa bersalah dan kesal yg sukar difahami oleh sesiapa. Saat cintaku terpaksa dilukai dan dikhianati. Hati yg luka berdarah.. biar kutanggung sendiri.

HAIQAL - Sayang.. tak terucap rinduku padamu. Kau ibart bayang-bayang indah yg sentiasa menemaniku. Tanpamu aku kehilangan arah. Sepi yg tiada penghujungnya... meambah lara di hatiku. SAyang... hadirmu jua membuka ruang-ruang kosong di hatiku walaupun kau tercipta bukan utkku. Namun kutemui jua cinta yg abadi.

WA AIMIN - Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang utkku bersama dgnnya. Nkmat cinta yg KAU anugerahkan tidak ternilai harganya.

Ain... Abg amat menyayangimu. Andai diberi peluang sekali lagi, akan kubahagiakan dirimu selamanya.


-----------------

3. Penulis: Mardina Mohd Jamil

Tajuk : Kasih Aryssa

Harga:RM16.90

sinopsis belakang buku:
Ditinggal sepi sewaktu kasih mekar bersemi menyebabkan Aryssa tertunduk lesu. Terasa alam berhenti putar. Terasa bulan tiada terangnya. Bintang pun seakan tidak bersinar lagi. kejamnya pujaan hati membiarkan dia terus berharap, seolah-olah cinta iti tiada nilainya. Namun kasih Aryssa semakin menggunung tinggi hingga takkan dapat dicapai oleh insan lain yang bernama lelaki,. Pintu hati ditutup rapat sehingga tiada ruang utk yg lain bermukim.
Namun takdir yang menyelinap masuk, takkan sesekali dapat dilingkari. di saat hati masih melawan rasa kasih yang terdampar sepi jiwa pula mendambakan sinar cinta yang semakin

menghampiri. Aryssa pasrah. Kerana bagi Aryssa sekali dia mencintai, selamanya kekal dihati. Walaupun jauh di sudut hati, dia akur dengan ketentuan Ilahi.


----------------------

4. Penulis: Adriana Zahra
Tajuk: Tirai Semalam
Terbitan: Buku Prima
April 2009
isbn: 9789675234217
Mukasurat: 407
Harga: RM17.90


"kau datang tanpa dijangka, kini kau pergi tanpa diduga"


sinopsis belakng buku
”Terima kasih kerana kau sudi memberikan aku semua kenangan indah bersama kau sebelum ini. Dan terima kasih juga kerana bagi aku peluang untuk mencintai dan dicintai kau Aini. Aku takkan lupakan saat indah bersama kau ketik 'salji' kerinduan beraja di hati ini kita Aini” - Ady

Damai malam ini aku duduk merenung bulan yang tidak jua timbulnya, puas sudah aku memikirkan mengapa? Adakah ianya tidak sudi menjengukkan diri? Atau sudahpun ianya melarikan diri tapi man mungkin bulan itu berlari, mana juga mungkin bulan itu pergi, pergi jauh meninggalkan diri ini wahai Puteri Hati. Yashu.


Tuesday, May 5

Leraian Novella


TAJUK: LERAIAN NOVELLA
PENULIS : NORHISHAM MUSTAFFA
PENERBIT : CESB
CETAKAN KETIGA : 2001
HARGA : RM15.90
GENRE : DRAMA
BINTANG : 4.5

--------------------------------------------------------------
“…dan kematian itu hanyalah penyudah kepada sebuah jalinan novella ciptaan mereka berdua...”

Apa Kata Saya:

Ini merupakan buku kedua garapan penulis ini yang singgah di rak saya. Sejak jatuh hati pada bukunya yang pertama saya baca; Persinggahan saya jadi teruja untuk meneruskan misi menjejak karya-karya penulis ini. Dan seperti yang pertama juga, karya kedua yang saya tatap ini ternyata telah menjerumuskan perasaan sayu saya pada sebuah kisah dua insan yang sangat tragis dipotretkan penulis .

Tema cerita yang diketengahkan penulis kreatif ini adalah tentang sikap & penerimaan masyarakat pada hubungan antara lelaki dan perempuan yang berjarak umur yang jauh dan berbeza latar sosial. ini. Naskhah penulis kali ini membawa satu intepritasi yang cukup tragis tentang pandangan berat sebelah manusia terhadap manusia lain berpaksikan pada kedudukan sosial dan material. Ketidakadilan inilah antara punca yang membawa kepada kekejaman tanpa sedar yang dilakukan hingga membawa kepada musibah yang tidak terduga…musibah yang sudah terlambat untuk dikesalkan!

Leraian Novella (LN) membawa kita menyusuri tentang kisah hubungan 2 insan; Nirwan Bakhtiar dan Atma Afiza. 2 pupu yang berbeza umur sekali ganda (Nirwan berusia 40an, Afiza di awal 20an) ini bertemu tanpa sengaja dalam satu majlis sastera. Nirwan yang merupakan seorang novelis, juga penyair, pelukis dan pemuzik telah lama menjadi pujaan Afiza dalam diam. Mereka yang saling tertarik antara satu sama lain tidak langsung mengetahui hubungan kekeluargaan antara mereka dan hubungan kasih sayang mereka berdua terjalin makin intim tanpa mampu digugat. Afiza dan Nirwan bagai berkongsi nyawa dan jiwa walau jasad antara kedua-duanya terpisah. Segala-gala tentang Nirwan dalam genggaman minda Afiza. Hubungan istimewa antara kedua-dua mereka sukar ditafsir dengan mata kasar tapi mampu diteroka oleh mata hati pada mereka yang arif. Rakan baik merangkap adik angkat Afiza; Nunung Rohana a.k.a Ana adalah saksi hubungan kedua-dua insan dari mula hinggalah ke titik kritikal yang membawa kepada satu perpisahan abadi antara kedua mereka dan hanya di kemuncak konflik hubungan inilah rahsia ikatan kekeluargaan antara mereka terbongkar!. Penamat kisah ini sangat memilukan dalam darjah penilaian saya…mungkin tidak pada pembaca lain…mungkin juga saya terlebih emosi saat itu, hehehe.

Perwatakan dalam LN cukup kuat dan selari dengan watak yang dipotretkan. Ternyata penulis ini cukup arif dalam kerja-kerja pemotretan watak-watak ciptaannya dalam naskhah ini. Nirwan Bakhtiar dan Atma Afiza menguasai keseluruhan ruang naratif ini dengan dibantu dengan cukup baik oleh watak pembantu utama, Ana. Menerusi pengkisahan Ana, kedua-dua tonggak utama LN ini menjadi lebih hidup dimata pembaca. Ana bagai jambatan yang menjadi penghubung antara pembaca dengan Nirwan dan Afiza. Ana jugalah penghubung dengan watak-watak pembantu yang lain yakni Abang Ramlan, Mak Non, Pak Yim juga Taufik.

Penggunaan lenggok bahasa dalam naskhah ini sangat puitis..penuh personifikasi, melankoliknya cukup rencah namun tidak memualkan. Penulis ini ternyata memanipulasi kepakarannya melarik bahasa dengan begitu cemerlang sekali…saya jadi jatuh hati dengan laras bahasa yang diguna beliau dalam naskhah ini. Paling menyentuh tatkala Ana membaca surat-surat kiriman Nirwan kepada Afiza juga kiriman Afiza kepada Nirwan…susunan bahasanya begitu cantik sekali!

Plot cerita dibina dengan cukup kronologi dengan sedikit sisipan teknik imbasan kembali. Keindahan plot yang dicipta banyak membantu pergerakan cerita yang disampaikan penulis dalam merealisasikan mesejnya kepada pembaca. Saya cukup terbuai dengan susunan jalan cerita ini yang cukup cantik dipersembahkan penulis biarpun ia bernada sayu dan penuh sendu!.

Dari saya, sekalung tahniah buat penulis untuk naskhah anda ini. Biarpun agak terlewat buat saya menghayati buah tangan anda yang hebat ini namun ia sedikit tidak akan menjejaskan kekaguman saya pada anda.Teruskan usaha, semoga terus cemerlang menghasilkan karya-karya hebat dan bermutu di masa hadapan buat tatapan, renungan dan pedoman buat kami semua, pencinta novel tanahair.

Buat pembaca, buat pencinta novel tanahair sesungguhnya banyak yang dapat dikutip, direnung dan difikirkan dalam naskhah kecil tapi padat dan mampat isinya ini. Bagi anda yang ingin menatap sebuah kisah perjalanan kasih sayang yang sangat istimewa, maka Leraian Novella ada jawapannya.

Wednesday, March 25

TERBITAN MAC DARI CESB

Tajuk : Bintang Hati
Penulis : Azilawati Mat Angsar
Harga : RM17.90

Lebih sedekad Nurul Iman menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. Segalanya hanya kerana rasa kasih dan sayang pada sang arjuna hati yang tidak jadi dikahwini. Namun kehadiran Nafis, umpama cahaya yang menerangi malamnya yang suram tidak berbintang. Nafis, lelaki sempurna. Jejaka impian wanita. Namun kesempurnaan Nafis tidak berjaya membawa Nurul Iman ke alam cinta.
Lalu, Ilhan hadir mencuri ruang-ruang kosong yang gagal dipenuhi oleh Nafis. Dan perasaan sayang, diam-diam Ilhan anyam dengan harapan agar kasih mereka akan disatukan. Namun dalam diam-diam juga… Nurul Iman menolak kasih Ilhan. Cinta Nurul Iman hanya pada lelaki itu. Lelaki yang tidak jadi dikahwininya dahulu.
Kemunculan Harith yang tiba-tiba itu, benar-benar menguji kesetiaan Nurul Iman. Bintang di hatinya bersinar kembali. Namun, kehadiran Laura bagai membawa kasihnya pergi. Inikah dendam yang bertahun tersimpan di hati lelaki itu? Dan inikah masanya untuk Harith melihat dirinya sengsara? Sedang Nurul Iman tidak pernah sedar, hanya dia yang Harith cinta buat selamanya…




Tajuk : Mendung Semalam
Penulis : Irene Mojuru
Harga : RM25.90

Rasa itu, masih menghantui, membelenggu dan merantai seluruh kebahagiaannya. Dendam itu, sesuatu yang amat menyakitkan. Makin disimpan, makin membusung dan bernanah jadinya. Bak gunung berapi yang akan memuntahkan laharnya dan membinasakan seluruh alam.Lalu, perlukah rasa kasih dan sayang dianugerahkan untuknya? Sedangkan dialah pemusnah, penghancur dan peragut seluruh kebahagiaan ini. Persis haruan yang makan anak, dialah manusia sial yang bertopengkan binatang. Sehingga tergamak menjadikan anak sendiri santapan, demi memuaskan nafsu kebinatangan. Dan, haruskah manusia yang bergelar ayah ini terus dibiarkan bernafas dengan selesa, tenang… sedang hati-hati yang memandang, terus sakit dan menderita.Lizam, Tonny dan Laila… terus diburu trauma di dalam menanti sinar bahagia. Lalu, kehadiran Tina bagai sebuah mimpi yang baru bermula, membawa bersamanya episod bahagia. Meninggalkan duka lara, bersama harapan, moga tiada lagi mendung semalam mengekori kisah silam.

Monday, March 23

Persinggahan


TAJUK: PERSINGGAHAN
PENULIS : NORHISHAM MUSTAFFA
PENERBIT : CESB
CETAKAN PERTAMA : 2003
HARGA : RM15.90
GENRE : DRAMA
BINTANG : 4


---------------------------------------------------------

“…Guru itu sangat mulia kedudukannya, sentiasa dikenang orang sepanjang zaman...”

Apa Kata Saya:

Jarang kita menemui penulis lelaki yang mempunyai gaya penulisan yang cukup indah susunan dan lengguk bahasanya, lengkap dengan metafora dan personifikasi yang sangat cantik dipersembahkan buat tatapan mata dan minda pembaca. Skill yang selalunya didominasi oleh penulis wanita namun bila ianya mendapat sentuhan seorang penulis lelaki, maka pembaca akan mendapat suatu kelainan tatkala menatap naskhah tersebut. Inilah rasa yang saya perolehi tatkala pertama kali menatap buah tangan penulis ini…sangat mengasyikkan sekali biarpun ia bukanlah sebuah kisah cinta yang asyik masyuk!. Sesungguhnya dalam naskhah cuma setebal 255 halaman ini terlalu banyak mesej kehidupan yang diselitkan penulis buat renungan para pembaca.

Melihat pada tema cerita yang mengenengahkan persoalan tentang sikap & pandangan terhadap kerjaya guru di sekolah agama di kampung yang tidak begitu mendapat sambutan di kalangan belia dan beliawanis dewasa ini. Ternyata naskhah ini membawa satu intepritasi yang cukup berkesan tentang tugas dan tanggungjawab guru itu sendiri dan bukannya hanya guru yang mengharapkan gaji yang tinggi dan kemudahan-kemudahan lain tanpa memahami falsafah disebalik tugas nan mulia ini. Dan kerana itu jugalah sewajarnya guru mendapat sanjungan atas budi dan jasa yang ditabur. Tanpa jasa dan, tunjuk ajar guru, siapalah kita. Naskhah ini mengangkat martabat seorang guru dari kacamata penulis dan diterjemahkan dengan cukup berkesan menerusi naratifnya yang cukup berseni.

Persinggahan membawa pembaca menyusuri tentang kisah seorang guru bahasa inggeris di sebuah sekolah agama rakyat di sebuah kampung yang agak terpencil yang pada asalnya tidak pernah berniat atau bercita-cita menjadi guru namun keadaan dirinya yang memaksa dia menerima tugas itu. Oslan Ahmad Zainal lulusan STP yang kecewa dengan situasi dirinya yang gagal memperolehi pekerjaan juga tempat di maktab perguruan biarpun sudah banyak permohonan dihantar. Kegagalan tersebut sedikit sebanyak mengendurkan semangat juang anak muda ini. Tawaran dari datuk saudaranya, lebai Dalib untuk menjadi guru bahasa inggeris di Sekolah Agama Rakyat di kampung Becah Samun yang agak terpencil dengan gaji RM700 tidak langsung memikat hatinya kerana Oslan merasakan dia tidak berupaya untuk memikul tanggungjawab tersebut lebih-lebih lagi dia tidak pernah bercita-cita kearah itu namun atas nasihat emaknya, Oslan menerima tawaran tersebut dengan berat hati. Sememangnya tugas guru bukan mudah. Pelbagai karenah, masalah yang terpaksa dihadapi Oslan. Masalah murid-murid, rakan sekerja yang tidak sebulu dengannya, jiran-jiran sekampung yang tidak mesra dan berpandangan serong terhadap orang luar seperti dirinya. Semangat Oslan banyak diperolehi dari dorongan bapa saudaranya yang juga tenaga pengajar di sekolah itu juga pengetua/mudir; ustaz Mansur. Hasilnya cukup menakjubkan…namun kata orang, hidup ini sentiasa ada onak dan ranjaunya. Dia dicemburui manusia-manusia yang dengki pada dirinya. Fitnah sentiasa ditabur padanya, namun kesabarannya sampai ke kemuncaknya tatkala dia difitnah mencerobohi ke bilik Leha, seorang balu muda yang juga jirannya. Tekadnya dibulatkan untuk meletak jawatan kerana merasakan di kampong itu bukan tempat untuk dia berbakti dan perhitungan terakhir di gelanggang silat dengan awang sahak yang sudah awal-awal diputuskan oleh musuh-musuhnya tanpa diduga telah menjadi titik tolak yang merungkai sebuah sejarah. Sejarah yang cukup manis buat Oslan.

Perwatakan dalam Persinggahan begitu fokus. Oslan menguasai keseluruhan naratif ini dengan dibantu dengan cukup baik oleh watak-watak sampingan yang lain seperti ustaz Mansur, pendekar Saleh, lebai Dalib, nenek Odah, mak, Leha, Wan Derauf, Maimun, Sopiah, ustaz Karim, Jalil, pak uda Meon juga tidak ketinggalan Salikun, Matakib dan Amirudin. Sebagai peneraju utama watak Oslan ternyata dimanipulasi semaksimanya oleh penulis. Penggunaan lenggok bahasa yang mudah difahami biarpun cukup indah larasnya bagai mencantikkan lagi naskhah ini.

Plot cerita dibina dengan cukup kronologi dengan sedikit sisipan teknik imbasan kembali. Keindahan plot yang dicipta banyak membantu pergerakan cerita yang disampaikan penulis dalam merealisasikan mesejnya kepada pembaca. Saya cukup terbuai dengan susunan jalan cerita ini yang cukup cantik dipersembahkan penulis.

Dari saya, sekalung tahniah buat penulis untuk novel ketiga anda ini. Biarpun agak terlewat buat saya menghayati buah tangan anda yang hebat ini namun ia sedikit tidak akan menjejaskan kekaguman saya pada anda.Teruskan usaha, semoga terus cemerlang menghasilkan karya-karya hebat dan bermutu di masa hadapan buat tatapan, renungan dan pedoman buat kami semua, pencinta novel tanahair.

Buat pembaca, buat pencinta novel tanahair sesungguhnya banyak yang dapat dikutip, direnung dan difikirkan dalam naskhah kecil tapi padat dan mampat isinya ini. Persinggahan bukanlah sekadar sebuah naskhah, sebuah kisah yang hanya akan singgah di mata anda tetapi akan bersemadi kekal di minda anda.

Monday, March 16

Biarlah Rahsia


TAJUK BUKU : BIARLAH RAHSIA
PENULIS : ROSLIZA RAZALI
PENERBIT : CESB
HARGA : RM16.90
CETAKAN PERTAMA : 2009
GENRE : ROMANTIK
Bintang : 2 1/2
---------------------------------------------------------
“..Rasa bahagia itu bila orang yang kita sayangi bahagia biarpun bukan kita yang memberi bahagia itu padanya ..”

Apa Kata Saya:

Tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan saya tatkala usai membaca karya ini. Kecewa. Ya, saya sebenarnya rasa sungguh kecewa dengan naskhah ini. Tidak tahu mahu dilontarkan rasa kecewa itu pada siapa. Pada penulisnya atau pada sang editornya. Saya akui, penulis ini sangat hijau di persada penulisan kreatif dan naskhah ini adalah buah tangannya yang kedua. Namun hakikatnya dan walau apapun alasannya, penerbitan sesebuah karya harus diteliti dengan sebaik mungkin agar pembaca tidak merasa ketidakadilan itu wujud tatkala membelinya.

Tema dari naskhah terbaru penulis ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana kisah cinta yang berbeza darjat juga kedudukan sosial sudah kerap kita tatap sebelum ini pada naskhah penulis-penulis lain. Perbezaan mungkin kita lihat dari pengolahan, jalan cerita juga kaedah ia dipersembahkan. Naskhah ini juga menyingkap persoalan cinta tiga segi bila ia membabitkan kisah cinta dengan suami orang. Saya melihat penulis mempunyai idea yang baik tatkala melakarkan rangka cerita ini namun kelemahan beliau dari segi olahan cerita yang tidak cukup teliti, susunan plot yang melompat-lompat, laras bahasa yang turun naik telah banyak menggugat keindahan naskhah ini hingga akhirnya timbul kecelaruan hingga menjejaskan mood pada pembaca tatkala membacanya. Ia sangat-sangat merugikan kerana jika kelemahan-kelemahan ini dapat ditangkap oleh sang editor dari awal, olahan yang lebih terperinci mungkin mampu dilakukan sebelum ianya dipersembahkan kepada khalayak pembaca dan naskhah ini akan lebih berseri warnanya. Sewajarnya sebagai sebuah penerbitan yang sudah berstatus “senior” kelemahan seperti ini tidak patut wujud. Nama yang sudah sedia gah wajar diperlihara dengan sebaiknya kerana jika pembaca sudah hilang kepercayaan, maka siapakah yang rugi nanti?

Biarlah Rahsia(BR) menyusuri rentetan kisah kehidupan seorang setiausaha muda nan rupawan, Izzah Izzati ( ada bahagian tertentu ditulis pula Izzah Izzatul…saya tidak tahu sama ada ia kesilapan ejaan atau apa). Izzah yang terjebak bercinta dengan Zaki, seorang akauntan yang sudah beristeri namun masih tega meneruskan hubungan tersebut secara rahsia. Demi kerana cinta juga Izzah akur dengan kerenah Zaki yang terus-terusan mencipta alasan demi untuk meraih cinta Izzah. Izzah yang dipindahkan untuk berkhidmat kepada pengerusi syarikat; Tengku Azhar tidak mengetahui rancangan itu memang diatur oleh Tengku Azhar yang secara diam-diam meminatinya dirinya. Tengku Azhar duda 2 anak ini secara terang-terangan menyatakan rasa hati dan cintanya juga hasrat diri pada Izzah namun ditolak mentah-mentah. Konflik hubungan Izzah tercetus apabila hubungan yang sudah diketahui isteri Zaki; Shidah sampai ke kemuncaknya bila Izzah diserang Shidah di pejabat di hadapan Tengku Azhar!. Peristiwa itu menjadi jambatan kepada terjalinnya ikatan perkahwinan Izzah dan Tengku Azhar walau tidak sepenuhnya di hati Izzah. Dengan keikhlasan Tengku Azhar, Izzah mula dapat menerima dirinya. Ikatan yang baru mekar itu dicemari oleh fitnah insan yang mendambakan Tengku Azhar dari dulu; Dora dan kegilaan Zaki mengharu-birukan hubungan suami-isteri ini. Setiap halangan yang dapat diatasi akhirnya mengukir bahagia buat pasangan ini namun kemalangan udara yang menimpa Tengku Azhar memusnahkan impian Izzah. Malang bertimpa bila bonda mertua turut meninggalkanya kerna terkejut . Izzah bangkit menerajui syarikat peninggalan suami demi sebuah amanah. Zaki yang sudah bercerai tidak putus asa menagih kasih Izzah. Kepulangan suami Izzah selepas 4 tahun merungkai segala namun panas yang disangka, hujan pula yang datang…

Sebagaimana yang saya katakan diawal tadi, idea cerita ini memang baik namun kelemahan yang terlepas pandang telah mencacatkan naskhah ini. Jika diteliti, plot cerita berkembang secara turun naik dan jalinan dari satu peristiwa ke peristiwa yang lain adakalanya dibuat secara tergesa-gesa. Persembahan plot BR diselenggara dengan cukup lemah dan tidak teliti.

Saya ingin menyentuh perihal perwatakan. Watak dan perwatakan sangat penting didalam sesebuah cerita/kisah. Maka ketelitian perlu diambil-kira tatkala penciptaan watak itu. Izzah Izzati juga Zaki @ Muhammad Zaki adalah watak utama di dalam BR namun mempunyai perwatakan yang sungguh tidak konsisten. Lihat sahaja kisah mereka selepas perkahwinan Izzah. Dialog-dialog yang menggambarkan perasaan antara kedua-duanya cukup mengelirukan pembaca. Kita tertanya-tanya di mana pendirian Izzah dan Zaki sebenarnya. Sekejap suka, sekejap benci. Sekejap ingat, sekejap lupa. Bukan begini caranya orang dewasa medefinisikan perasaan cinta dan kasih sayang itu. Saya juga melihat kebelakangan ini banyak kecenderungan penulis menzahirkan gambaran hubungan intim dengan terang-terangan. Naskhah ini tidak terkecuali. Rasanya tidak perlulah terlalu “detail” begitu, lakukanlah dengan berhemah, penuh berseni…kita ini rumpun bangsa yang begitu susila santunnya, yang tidak miskin kosa-kata juga perbendaharaannya untuk menggambarkan keindahan, kemesraan hubungan sesama manusia.

Buat penulis juga sang editor , maaf jika ada ayat-ayat dalam ulasan saya ini menyentuh atau mengguris perasaan anda, saya sekadar meluahkan pandangan peribadi terhadap naskhah ini . Harapan saya semoga anda akan dapat memperbaiki kelemahan ini dan menjadikan komentar ini sebagai cabaran untuk terus giat dan cemerlang berkarya di masa hadapan. Buat penulis, anda sememangnya berbakat maka gilaplah bakat yang sedia ada sebaik mungkin dan teruslah belajar membaiki kelemahan diri. Saya doakan kejayaan buat anda di masa hadapan di persada seni penulisan kreatif ini.

Friday, March 13

Dia Di Hatimu

Tajuk Buku : Dia Di Hatimu
Penulis : Rohayu Mohd Tajuddin
Penerbit : CESB
Harga : RM17.90
Cetakan Pertama : 2008
Genre : Drama
Bintang : 3.5
--------------------------------------------------------------

“ Life is for living; I live mine to you. Love is for giving; I give mine to you …”

Apa Kata Saya

Dia Di Hatimu nukilan penulis baru yang pertama kali saya tatap karyanya. Sebagai penulis baru, Rohayu punya potensi dan bakat penulisan kreatif. Menerusi karya ini, penulis memaparkan kemelut perasaan seorang isteri yang terdera jiwa dan nalurinya kesan perbuatan suami yang tidak pernah mengiktiraf dirinya sebagai isteri dalam ikatan perkahwinan mereka. Dia tidak diperlakukan selayaknya biarpun seluruh hidupnya telah diserahkan pada insan yang bergelar suami. Dia masih dara biarpun sudah dinikahi hampir 10 tahun! tragis bukan, namun didalam kehidupan manusia, bila dendam menguasai diri, akal waras yang dikurniakan Tuhan gagal dimanfaatkan ke jalan yang sepatutnya lalu memilih jalan singkat bersahabat dengan syaitan demi melunaskan cita-cita biarpun terpaksa mengorbankan kehidupan orang lain. Padahnya pasti ada dipenghujung. Itu pasti. Jodoh pertemuan sukar ditelah kerna hanya Dia yang lebih tahu. Jika sudah tersurat, tiada sapa mampu menghalangnya.

Kisah ini merungkai tema kasih sayang yang pelbagai di dalam perjalanan penceritaannya. Kasih sayang anak pada keluarga, kasih sayang antara sahabat, kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Naratif kisah ini tidak sepenuhnya kronologi kerana penulis menyisipkan flashback didalam membantu pembaca lebih memahami sebab atau punca konflik yang tercetus didalam penceritaannya ini. Plot cerita agak baik dipersembahkan penulis biarpun adakalanya sesi monolog Salmah sedikit meleret.

Dia Di Hatimu memaparkan kisah Salmah seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya; Zainuddin sedangkan hatinya telah terpaut pada Azizul yang hanya sempat ditemui pada 2 pertemuan. Musibah yang melanda memisahkan mereka tanpa sengaja. Redha dengan keputusan ibu bapa dan demi tidak mahu derhaka dna mengundang kesedihan mereka dia menerima Zainuddin dengan sepenuhnya. Zainuddin pula sudah punya pilihan hati; Suzana namun peribadi Suzana yang lepas bebas tidak langsung menyenangkan keluarga Zainuddin. Biarpun tidak bersetuju, dia terpaksa akur dengan ketetapan ibu bapanya. Salmah adalah pilihan keluarganya. Suzana yang tidak dapat menerima hakikat dia terpaksa ditolak dan hanya akan menjadi yang ke-2 merancang misi kejam demi mencapai impiannya.

Perwatakan Salmah yang diangkat sebagai tunjang cerita dipersembahkan dengan cukup baik oleh penulis ini. Salmah dipotretkan sebagai anak yang baik, wanita dan isteri yang cukup sempurna bagi seorang lelaki juga ibu yang baik . Wanita yang sanggup diperlakukan pada darjah yang tidak wajar dan mengabdikan diri pada suami yang ternyata tidak pernah menghargai diri dan pengorbanannya. Zainuddin adalah watak lelaki yang dipotretkan sebagai seorang yang tidak punya pendirian dan tidak langsung berupaya melihat dan menilai manusia pada timbangan yang sewajarnya. Membiarkan diri dimanipulasi hanya kerana rasa cinta akhirnya membuat diri sendiri merana. Perwatakan Zainuddin biarpun secara luaran cukup menjengkelkan sekali, namun saya agak kecewa dia ditamatkan sedemikian rupa kerana jika diteliti, dinilai kesalahan tidak sewajarnya diletakkan pada dia secara total. Suzana dipersembahkan dengan cukup cemerlang oleh penulis. Sebagai antagonis di dalam naratif ini, perwatakan Suzana sangat menyakinkan. Didalam tiap langkah, gerak dan gerinya jika difikir adalah kesan dari kehidupan dan pengalaman lampau yang sangat mendukacitakan. Biarpun Suzana adalah watak jahat, tapi kita pasti kasihan padanya bila sejarah hidupnya disingkap. Bukan mahunya sedemikian.

Buat penulis muda ini, tahniah kepada anda untuk persembahan yang cukup menyakinkan ini. Semoga anda akan terus hebat melontar idea tentang kisah kehidupan untuk tatapan pembaca.

Wednesday, February 25

Novel Febuari 2009 dari CESB...

Ilusi Sebuah Cinta - Diya Elora
Harga : RM30.90
Sinopsis:
Cinta… hadirnya membawa seribu kenangan yang tak mampu dilupakan… perginya mengguris sekeping hati yang mendambakan ketulusan kasih dan kepercayaan. Aqel Suleiman setulus namanya, cintanya hadir bersulamkan cacian, perginya merantau merubah kehidupan dan mencari sinar kebahagiaan… Akhirnya dia kembali mengubah status dan pandangan.
Namun takdir terus mempermainkannya, sekali lagi hatinya dikecewakan oleh gadis yang setia menanti untuk disatukan setelah dia cukup bersedia berdepan dengan kenyataan menerima gadis yang bukan pujaan. Adakah pangkat, rupa dan status menjadi ukuran dalam mencari cinta yang abadi?
Kehadiran Halimatun membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya…
Mampukah cinta yang bersulam pendustaan dilestarikan…
Jangan Ada Benci - Ana Wenta
Harga : RM20.90
Sinopsis:
Di saat hati terasa akan kehilanganmu… aku ibarat jam yang patah jarumnya. Hilang arah, hilang punca dalam menentukan waktu, masa seakan panjang tanpamu… malam pula begitu sunyi kurasakan seolah-olah tiadanya siang. Hati diselubung awan nan lara lantaran hasrat tak kesampaian, lalu kututup hati ini buat insan yang bernama wanita.
Aku sebenarnya seorang insan yang lemah dalam menghadapi erti sebuah kehilangan. Tatkala kau hadir dalam hidupku… aku seboleh mengkin cuba mengusir rasa itu pergi, saat rasa mula merajai hati… aku yang menanggung rasa itu. Tak kusangka mimpi kita serupa bilamana Tuhan satukan kita dengan ikatan suci untuk kali ini, kau takkan ku lepaskan lagi.

Monday, February 16

Sonata Kasihku


Tajuk Buku : Sonata Kasihku
Penulis : Siti Hazneza Abdul Hamid
Penerbit : CESB
Harga : RM17.90
Cetakan Pertama : 2009
Genre : Drama & Romantik
Bintang : 4



--------------------------------------------------------------

“Hawa…dia kuat dengan memberi kekuatan pada orang lain…dia gembira dengan memberi kegembiraan pada orang lain…dia bahagia dengan memberi kebahagiaan pada orang lain…”
* * * * * * *
Apa Kata Saya

Sonata Kasihku(SK) karya terbaru Siti Hazneza Abdul Hamid meneruskan profil seorang wanita bersemangat kental, waja yang dibentengi elemen keimanan yang jitu yang diangkat oleh penulis ini di dalam setiap karya beliau. Menerusi naskhah terbaru ini penulis menyelami perasaan dan emosi seorang wanita; Hawa Hamzah yang dirantai oleh kenangan cinta pertama yang tidak kesampaian dan perasaan itu terus membelenggu dirinya hingga ia seperti menjadi halangan untuk dirinya mencipta dan menerima cinta yang baru dari lelaki lain.

Kasih sayang dan cinta merupakan tema yang bersifat universal yang sering digarap oleh penulis di dalam karya-karya mereka. Tanpa cinta dan kasih sayang, kehidupan menjadi tidak bermakna dan tidak sempurna. Justeru itu, pemikiran kasih sayang sering mendapat perhatian para penulis dan Siti Hazneza juga tidak terkecuali dalam memaparkan persoalan kasih sayang dalam naskhah beliau ini. Konsep kasih sayang sesama insan dizahirkan penulis secara konkrit dan abstrak. Jalinan hubungan erat antara Hawa dan subjek ini membuktikan akan kebenaran hakikat ini. Lihat sahaja bagaimana dia mendahulukan dan mengutamakan Haikal dalam setiap hubungan baru yang tercipta atau hadir dalam dirinya. Haikal perlu dimaklumkan, Haikal perlu diletakkan sebagai lelaki yang ada dalam hidupnya dan hubungan mereka perlu diterima dan direstui oleh cinta barunya itu.

SK memaparkan kisah Hawa Hamzah, seorang pensyarah di USM yang juga penulis novel dan menjadi penceramah motivasi pada waktu-waktu terluangnya. Hawa suatu waktu dahulu menyintai seorang teman yang disebut sebagai Yun. Namun cintanya tidak berbalas dan Yun meninggalkannya untuk cinta yang lain. Walau dapat menerima hakikat dirinya ditolak, namun cintanya pada Yun terus kekal kukuh didalam jiwanya dan menjadi syarat wajib bagi setiap lelaki baru yang ingin hadir dalam hidupnya supaya “kehadiran” Yun diterima. Hawa masih “berhubung” dengan Yun menerusi surat juga kad walau tidak pernah mendapat balasan. Tanpa pengetahuan Hawa semua kirimannya itu diterima insan lain; Amirol. Anehnya biarpun Hawa mahupun Amirol walau tidak pernah kenal apatah lagi bersua namun jiwa mereka seolah berhubung antara satu sama lain. Amirol bisa tahu keadaan emosi Hawa biarpun tanpa melihatnya. Hanya bisikan kata-kata semangat dan doa tulus dikirim oleh Amirol buat mententeramkan jiwa Hawa dikala dia diamuk resah gelisah dihambat ingatan pada Yun.Tiada yang mahu “dimadu” Hawa hatta sahabat baiknya Haikal yang juga menaruh hati padanya. Hanya Adam yang bersetuju dan sanggup dengan syarat gila Hawa!..Perkahwinan Hawa dan Adam yang melahirkan perasaan cinta baru pada Hawa yang sedikit sebanyak mengikis perasaannya pada Yun walau tidak sepenuhnya namun khilaf yang dicipta Adam akibat terlalu gopoh mahu memiliki Hawa secara total menggoncang bahtera perkahwinan mereka yang masih segar harum bulan madunya. Kemalangan yang menimpa Hawa menemukan rohnya dengan Amirol biarpun yang dicari adalah Yun!

Perwatakan Hawa Hamzah selaku fokus utama SK diangkat dengan cukup cemerlang oleh penulis. Sebagaimana hebatnya watak wanita utama dalam karya terdahulunya, Hawa meneruskan kehebatan tersebut. Hawa dipotretkan secara cukup positif selaku model yang menjadi idola pelajar-pelajarnya. Wanita yang boleh diajak berbincang di dalam apa jua subjek. Adam Mokhtar punyai watak yang sangat “charming” dan lengkap pakejnya bagi saya, memahami, penyayang, romantis juga punya kedudukan ekonomi yang baik .Ciri-ciri lelaki yang menjadi buruan wanita.Haikal, seorang sahabat yang cukup ideal, sahabat dunia akhirat yang sukar ditemui. Perwatakan Amirol cukup menarik bagi saya. Semangat dan dedikasinya terhadap kehidupan begitu indah sekali digarap penulis.

Buat penulis, tahniah atas kehebatan pena anda sekali lagi di dalam mengangkat kehebatan martabat seorang hawa. Semoga jemari sakti anda akan terus hebat melakar kisah kehidupan yang sarat mesej kemanusiaannya untuk tatapan pembaca. Juga diharap belum terlewat untuk ucapan tahniah diatas pernikahan anda. Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.

Buat anda peminat Siti Hazneza Abdul Hamid, Sonata Kasihku ini tidak akan mengecewakan anda. Hawa pasti membuat anda terpaku pada sonatanya.
----------------
Review kucc kat atas
kat bawah ni Rinn's Review

:) tumpang tempek review yg pernah saya post kat my multiply, shelfari dan yahoogroup.


Sonata Kasihku by Siti Hazneza Abdul Hamid
Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd
Tahun 2008
3 Bintang

“Salju kasihmu merantai hatiku"
"Sonata kasihku kekadang rancak, kekadang perlahan.
Beralun mengikut rentak hati. Kali ini biarlah ia
beralun menjadi sonata yang mengasyikkan.
Sejak mengenali dirimu, aku mula jadi seorg
perindu. Bagaikan pungguk rindukan bulan,
sambil ditemani sunyinya suasana malam."


Antara penulis yang aku sentiasa tertunggu-tunggu karyanya di pasaran :) akhirnya sampai jugak hajat utk memiliki novel terbaru Siti Hazneza Abdul Hamid "Sonata Kasihku". Sebelum apa2 aku nak ucapkan tahniah buat Siti Hazneza yang baru mendirikan rumahtangga. Semoga diberkati Allah hingga ke akhir hayat. Amin.


Siti Hazneza masih bermain dengan isu perasaan dan emosi wanita. Seperti biasa, garapannya terasa kuat dan menghembus semangat waja ke dalam jiwa pembacanya. Watak2 wanita Siti Hazneza amat cekal dan dibaluti iman yg kuat buat yg Maha Pencipta.


Tumpuan kita kali ini adalah Hawa. Seorang penulis, pensyarah & penceramah motivasi. Seorang Hawa yang sangat cintakan Yun, seseorg yg telah menolak cintanya dan meninggalkan dirinya. Cintanya buat Yun sentiasa subur dan dia sentiasa mendoakan kesejahteraan Yun. Hawa bersahabat baik dengan Haikal, terlalu baik sehingga kalau ditakdirkan mereka berkahwin, mereka akan setuju. namun Haikal tidak sanggup utk 'dimadukan' dengan Yun. Ingatan Hawa terlalu kuat buat Yun. Sesiapa yg mahu mengahwini Hawa mesti sanggup berkongsi kasih dgn Yun. Hawa faham dan Haikal akan sentiasa kekal di jiwanya sbg sahabat yang paling sejati dan paling dikasihi. Muncullah Adam. Lelaki yang sanggup bermadu dengan Yun dan Haikal dalam jiwa Hawa. Dia berjanji akan membahagiakan Hawa. Hawa tidak menolak jodoh yang baik untuk dirinya. Lalu pernikahan itu berlaku. Hawa gembira dikurniakan suami sebaik Adam, romantik pulak tu.


Sejauh manakah Adam dapat menahan diri dari bersoal jawab tentang Yun? Adam seperti mahukan sesuatu yang lebih dari Hawa yang berjaya menjadikan dia lelaki yg paling bahagia. Tanpa mereka ketahui, roh Hawa sudah mengenali roh Amirul. jasad mereka tak pernah bertemu namun roh mereka sudah saling menyapa. Siapa Yun? Amirulkah dia? Demi utk menenangkan hati Hawa, Adam mencari Yun.


Memang sayang utk meninggalkan buku ini bila mula membacanya. Tapi aku terstop biler tetiba la pulak ada scene yg agak tersipu sipu utk aku membacanya, yg aku rasakan kalau tak ada scene begitu tu cerita ini sudah cukup hebat dan sangat menarik *sighs*. Cerita yang kita sukar utk meneka apa akan jadi di muka surat seterusnya, apatah lagi endingnya. Setakat ini aku belum pernah kecewa dengan ending novel2 Siti Hazneza. *sengih*


sure fine whatever
rinn