
buku baru dari creative enterprise.. gambar diambil oleh aprilsnow & kak ju'a hehe. ala2 mamarazzi :P
1. Cahaya di Hujung Nyawa - Maizura Mohd Ederis
2. Setulus Cinta - Siti Farrah Shahwir

Penerbit : Syarikat Fajar
Harga : RM24.90
Penulis : Sofieza Isqandar @ Rafizah Nordin
Blurb:
Perpisahan itu membuatkan Sara Sarina nanar. Menjadikan Sara Sarina lupa bahawa setiap yang terjadi adalah ketentuan Ilahi. Manusia hanya merancang… Sara Sarina mencuri-curi ruang. Mengisinya dengan hal dan masalah. Dia uji batas kesabaran sang ayah yang kasihkannya tanpa jemu. Dia duga ketabahan ibu dan adik tiri yang begitu ingin mendampingi dan menyayanginya. Di samping Pyan, Sara Sarina terasa dihargai.
Di sisinya dia terasa dicintai. Mengenali Pyan mengajar Sara Sarina erti cinta sejati. Tanpa dia sedari sebenarnya dia hanya bertepuk tangan sendiri. Dia lupa dan alpa. Baginya dosa dan noda tiada erti. Asyiknya tidak terperi. Namun hakikatnya keasyikan itu bagai duri. Bagai sembilu menghiris hati. Sara Sarina terperangkap dalam dunia ciptaannya sendiri. Memaksa dia pulang ke pangkal jalan, mendapatkan ayah dan ibu tiri.
Syukur pada Ilahi…walau seribu ulah dan kerenah, Sara Sarina tetap disambut pulang sementelah perginya tidak pernah dihalau. Kesedaran bertapak dalam diri. Intaian kisah semalam dicampak ke tepi.
sekali lagi.. terima kasih utk aprilsnow & kak ju'a.
Lagi untuk peminat buku..
Pesta Buku Malaysia 2008
Tarikh :31 Julai – 3 Ogos 2008
Tempat : PWTC
