Showing posts with label Nia Arissa. Show all posts
Showing posts with label Nia Arissa. Show all posts

Tuesday, April 26

Aktiviti Mac 2011: Popular BookFair- Meet & Greet Local Authors




Tarikh: 12 Mac 2011
hari: Sabtu
Masa: 12.00 - 1.30 ptg
Lokasi: Sunway Carnival Mall, Penang

Telah berlangsung sesi bertemu pembaca yang melibatkan dua penulis Kaki Novel iaitu Nia Arissa dan Rys Areesa yang mempromosikan buku masing-masing iaitu Penjara Rindu dan Seandainya...

Thursday, November 18

Rinn Reviews: Penjara Rindu by Nia Arissa


Penjara Rindu
Penulis: Nia Arissa
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM21.00
sabah/sarawak: RM24.00
644 ms


"Biarlah aku bebas mencintaimu kerana rinduku tidak sanggup terpenjara lagi..."


Cover kedua2 novel terbitan november 2010 oleh kaki novel ni mempunyai konsep warna yg sama (Dosa Semalam & Penjara Rindu). Kadang2 macam tak teringat covernya yg mana satu.


Penjara Rindu menawarkan kisah kawin paksa. Sesuatu yg dah jadi terlalu biasa dalam membaca novel melayu seolah2 ramainyer org kat Malaysia ni yg kena kawin paksa.


Farisya Hani yg sudah mempunyai kekasih (Aswad) terpaksa mengahwini sepupunya Haziq demi menyelamat maruah keluarga itu setelah bakal pengantin perempuan melarikan diri dgn lelaki lain.


Di bahagian awal kisah ini memang agak lambat aku membacanya kerana terasa seperti mengulang baca kisah lain yg mempunyai latar cerita yg lebih kurang sama.


As we follow the storyline, the writer began to improve in presenting her stories. Rasanya banyak di bahagian awal novel ini perlu diedit dan dikemaskini supaya lebih 'menangkap' perhatian pembaca. Bagi yg mahu memulakan cerita ini, jgn sekali kali berenti ya, kerana konflik cerita ini semakin menarik selepas fasa 'stereotaip' yg pertama itu.


Isya dan Haziq akhirnya membuka hati utk menerima antara satu sama lain dan mereka sangat bahagia. Tetapi sayang, sikap Isya yg menyembunyikan kemunculan 'peminat misteri' yg sering mengirim bunga kepadanya memang telah dijangka akan menjadi punca Haziq dikuasai cemburu.


Aswad masih menyintai Isya dan peluang utk bekerja dgn Isya memang menjadikan dia lelaki yg paling gembira. Namun tidak bagi Isya. Pergerakan mereka menjadi intipan lalu menimbulkan fitnah. Fitnah yg telah meragut kebahagiaan Isya-Haziq. Api cemburu Haziq disemarakkan lagi oleh Tasya yg sempat mencalit ubat guna2 pulak kat Haziq sehingga Haziq melafazkan talak tiga ke atas Isya.


Penulis mempunyai kelebihan dalam melakar kisah sedih menyentuh hati dalam menceritakan kesengsaraan Isya yg kehilangan anak dan suami dalam masa yg sama sehingga membuatkan dia meroyan. Bertahun-tahun masa diambil Isya utk sembuh. Haziq juga turut menjalani rawatan secara Islam dan kembali sedar akan kesilapannya. Cintanya masih segar utk Isya tetapi segalanya sudah terlambat, Isya sudah membuka semula hatinya buat Aswad. Tak sangka pulak Haziq sampai kidnap Isya dan pergelutan mereka telah membuat Haziq terluka, literally. Aku ingat ker Isya yg tertikam tapi HAziq yg kena rupanya. Kata2 Haziq masa tu memang menyentuh perasaan dan boleh ternangis lah.


Dapt ker Haziq mengaut kembali kepercayaan Isya? Lu baca la sendiri ;)


sure fine whatever
rinn





blurb/alongside/sinopsis


Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kpd maruah keluarga lelaki itu. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dgn lancar.


Dgn kejadian beberapa insiden yg tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.


Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yg diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehdiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yg ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yg sentiasa mencari peluang utk mendekati Haziq Denial.


Masih adakah peluang kedua utk mereka? Atau... adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?

Tuesday, October 19

November ini dari Kaki Novel Enterprise



DOSA SEMALAM – ADILLA TASHA

SEMENANJUNG: RM 19
SABAH/SARAWAK: RM 22
ISBN: 978-967-5067-50-1


Kutinggalkan semalam yang hilang, akan kudakap hari mendatang….

Sinopsis:-
Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.
Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.
Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?
Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….

------





PENJARA RINDU – NIA ARISSA

SEMENANJUNG: RM 21
SABAH/SARAWAK: RM 24
ISBN: 978-967-5067-60-0


Biarlah aku bebas mencintaimu kerana rinduku tidak sanggup terpenjara lagi….


Sinopsis:-

Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya. Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau… adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?
-------------