Showing posts with label Ainul Hazrah. Show all posts
Showing posts with label Ainul Hazrah. Show all posts

Friday, May 10

Sneak Peek: Kopi Ladyku by Ainul Hazrah

Cover ala-ala collage Kopy Ladyku :) by Ainul Hazrah. Antara buku yang paling highly recommended by a few friends untuk bookfair 2013. Hmm mesti interesting kan?

taglina novel ini di cover hadapan

ruas binding



meRinnTis blurb

Tinta istimewa dari penulis. Hanya di pesta buku pwtc :)

butiran isbn dan harga


ditamatkan di mukasurat 609
 

penanda buku. latar belakang ada bio penulis. boleh dapatkan novel ini di pasaran untuk paparan penuh.

haaa dapat button badge istimewa dari penulis bagi sesiapa yang pegi bookfair pwtc
 
sure fine whateverr
rinn

Monday, October 10

Terbaru daripada Alaf21


Nur Di hatinya
Siti Munirah
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-720-4
Halaman: ~496


Sinopsis

“Kau pembunuh, Udin! Kau pembunuh!” Kalimah yang terbit di bibir Siti Sarah, kakak kepada Saifuddin itu terus terngiang-ngiang di indera dengar anak muda itu. Kerana kata-kata itu juga, dia membawa diri ke sebuah daerah di Indonesia. Dia berpaut pada kasih dan ehsan seorang murabbi, Kiai Hasan. Ketika itulah dia mengenal manisnya al-Quran.

Beberapa tahun berlalu, dia kembali ke kampung halaman dengan izin Kiai Hasan yang sudah dianggap seperti bapanya. Dia pulang bukan lagi sebagai seorang penagih dadah, sebaliknya menggalas satu harapan, iaitu menunaikan hajat arwah ayahnya yang tidak kesampaian. Namun jauh di sudut hati, dia tertanya-tanya, sudahkah Siti Sarah mengampunkan dosanya?

Di kampung, Saifuddin berusaha mengumpul dana untuk membina pusat pengajian al-Quran untuk golongan warga emas. Dalam diam Siti Zulaikha, majikannya memuji kegigihan lelaki itu untuk menegakkan tiang agama. Panas tidak sampai ke petang. Saifuddin disahkan doktor menghidap barah perut. Tanpa diduga, Siti Zulaikha menghulurkan kasih kepada Saifuddin. Mampukah Saifuddin menyambut salam kasih wanita itu? Hakikatnya, dia turut menyukai wanita itu, tetapi dia sedar hayatnya tidak panjang.



Penulis: Rozita Abd Wahab
Harga: RM17.00
Halaman: 448
ISBN: 978-983-124-726-6

Sinopsis: Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. ‘Angau.’ Perkataan itu yang disebut oleh Norma. ‘Aku angau? Hah... biar betul!’

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.


Penulis: Herna Diana
Harga: RM19.90
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-725-9

Sinopsis: Didi - gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?


Penulis: Hafimi Huzin
Harga: RM21.00
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-730-3

Sinopsis: PERASAAN cinta ini ialah sesuatu yang ingin dielakkan oleh kedua-duanya. Ika Aizura sedar dia seolah-olah mengambil kesempatan. Alfi Hariz pula tahu keluarganya pasti menentang. Anak tuan rumah dan orang gaji saling menaruh hati. Tetapi, siapa di dunia ini yang mampu memilih dengan siapa dia jatuh cinta?

Kasih yang dipertaruhkan sepenuh jiwa mendapat restu jua setelah Alfi Hariz berkeras dengan pilihannya. Ika Aizura bersetuju menjadi suri hidupnya. Namun, hari pernikahan yang dijangka meriah dengan hujan kesyukuran menjadi gempar. Bakal pengantin perempuan melarikan diri tiba-tiba. Sekeping nota ditinggalkan oleh Ika Aizura. Aura pilu menyelubungi diri pengantin lelaki, ditinggalkan oleh cinta pada hari yang sepatutnya mencatatkan sejarah indah bukannya duka. Alfi Hariz bingung seketika. Mengapa impiannya dikhianati sesudah kebahagiaan mereka telah Ika Aizura janjikan? Pada saat itu, bapa pengantin lelaki mendesak supaya anaknya bernikah dengan wanita lain demi menutup aib jika majlis dibatalkan. Akhirnya, antara simpati dan cinta, mana yang perlu didahulukan?



Penulis: Ainul Hazrah
Harga: RM21.00
Halaman: 548
ISBN: 978-983-124-727-3

Sinopsis: PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing.Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wa ni ta yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah.

Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya se saat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari.



Penulis: Zuri Yanie
Harga: 19.90
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-716-7

Sinopsis: BERPERWATAKAN lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri.

Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat. Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya. Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain. Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya!


Penulis: Serunai Faqir
Harga: RM15.00
Halaman: 352
ISBN: 978-983-124-719-8

Sinopsis: Kitab itu sudah jatuh ke tangan Namtar! Jin itu kini sangat angkuh dengan kuasa daripada ilmu kitab tersebut. Kerana kuasa kitab itu... makhluk dari alam jin mahu merampasnya daripada Namtar. Marcel dikerah mendapatkan kitab itu. Jika tidak, maut menantinya. Kerana kuasa kitab itu juga... Pakku mahu hak diambil semula sebelum jin ‘menggoncang’ dunia manusia. Lalu dia mengaturkan hala. Tunku, Nik, Hizal, Suraya, Tengku Fauzi, Meor dan Syed disatukan. Mereka bertujuh bergabung. Istana Namtar harus ditempur, demi kitab warisan Laksamana Amar Diraja. Kala mantera alam ghaib ditentang mantera alam nyata, raungan yang kedengaran amat mengerikan. Dan nyawa... nilainya sudah tidak bermakna.



Penulis: Murni Aqila
Harga: RM21.00
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-721-1

Sinopsis: Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya.

Apabila tiba masanya...
“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.”
“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?



Penulis: Arfa Ardiya
Harga: RM19.90
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-706-8

Sinopsis:
Ketenangan yang terpamer di wajahnya tidak menggambarkan sekeping hati yang dimiliki oleh insan bernama Husna Nusrah. Di sebalik kelembutan dan ketegasan itu, tersembunyi satu konflik dalaman di dalam dirinya. Selama 29 tahun, dia hidup bagai orang terbuang dan tersisih daripada keluarga sendiri. Namun kerana tanggungjawab, dia terpaksa menjaga orang yang begitu tegar menyakiti hatinya sedangkan kasih sayang untuk insan bergelar ibu telah lama mati.

Dalam Nusrah berperang dengan perasaan sendiri, kehadiran Akiff sebagai jiran telah berjaya membuatkan hati kerikilnya kenal apa makna pengorbanan seorang ibu. Keprihatinan Akiff juga berjaya membuatkan Nusrah mengakui cintanya milik lelaki itu. Namun, setiap kisah cinta ada cabarannya tersendiri. Kehadiran Asnidah, telah membongkar satu rahsia yang disimpan kemas oleh Akiff. Hanya kerana kenangan lama, api cinta yang sedang membara seakan terpadam. Lafaz kata adakalanya tidak mencerminkan kata hati. Sanggupkah Nusrah membiarkan jiwanya terluka buat kesekian kali demi kebahagiaan orang yang disayangi? Dia rela menjadi bintang yang sentiasa berkerlipan menghiasi dada malam.

Tuesday, September 28

Rinn's Review: Tak Secantik Husna


Tak Secantik Husna
Penulis: Ainul Hazrah
Cetakan Pertama 2010
RM19.90
RM22.90 Sabah/Sarawak
488 mukasurat
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd


"Setiap kali kulihat wajahmu, bergetar seluruh sukmaku"


Jenis cerita yg tak sangka kita akan teruja utk terus membaca hingga ke muka surat terakhir. Mungkin sbb nama penulis di kulit buku ini kelihatan baru. Kalau bukan DD yang rekemen, memang aku tak der lah membacanya seawal ini sbb buku2 yg dah lama aku beli pun belum sempat lagi aku bukak plastiknya.


Pemilihan tajuknya menarik. Mungkin akan menetapkan mindset pembaca semasa membaca tapi pada masa yg sama kita berdebar2 menanti keputusan Hariez dalam memilih seorg dari cucu maktok sbg isteri.


Pilihan yg dibuat Hariez dalam masa yg singkat mgkin membuat kita terfikir, takkan sepantas itu sudah cukup membuktikan cinta Hariez. Ternyata ada dugaan besar menantinya dan menempuhnya dgn semangat cinta yg berkobar-kobar.


Maktok tu memang buat kiter rasa mcm nak tenyeh2 dia biar hilang dari mukasurat2 novel ni. Kesian sgt kat Tija yg byk berkorban tu menjadi mangsa tohmahan Maktok.


Aku nak citer banyak pun kang mengganggu surprise cerita pulak. Secara kasarnya, kisah ni tentang Hariez yg baru pulang dari Dubai. Opah dia nak dia kawin dgn salah sorg cucu maktok sbb diorg penah berjanji dulu. Hariez akur kerana dia tak mempunyai pilihan hati lgpun dia memang ingin mempunyai keluarga sendiri.


Dia dibenarkan memilih seorg dari 7 cucu maktok yg masih single dan available. Wajah pertama yg mencuri hatinya adalah Husna yg mempunyai pakej lengkap sbg isteri pilihan. Maktok pun mcm confident saja Husna, cucu sulungnya, akan menjadi pilihan Hariez sehinggalah Tija muncul. Tija adalah cucu bongsu maktok. Dia cantik dan ceria tetapi dia tidak secantik Husna. Perhatian Hariez yg 100% kpd Husna sudah terbahagi persen nya. Tija masih terlalu muda, lulusan SPM yg sudah bekerja dan berpewatakan ceria riang ria, manja. Husna guru lepasan ijazah yg bijak dan bersopan santun.


Hariez digambarkan seorg jejaka kacak yg menjaga solatnya, malah menjadikan solat sunat sbg hiasan amalannya. Tetapi bila dlm pergaulan, dia tidak kekok mendekati dan memegang tangan gadis pilihannya yg belum dinikahinya. Seperti ada yg tak selari pulak character ni.


Malah dlm cerita ni spt menghalalkan hubungan antara sepupu yg seperti adik beradik. bergurau senda bertepuk tampar seperti adik beradik kandung. Memang antara mereka hanya wujud kasih sayang adik beradik tetapi hakikatnya mereka sah berkahwin jadi saya rasa kurang wajar kemesraan antara sepupu lelaki dan perempuan yg sudah baligh yg bebas bersentuhan.


SElain daripada itu, saya suka cerita ini yg saya rasakan sangat lain daripada yg lain. Cerita yg membuat kita ketawa dan menangis. Penulis bijak menzahirkan emosi watak2nya membawa kita turut merasa kegembiraan dan kesedihan mereka. Tahniah buat penulis.


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Luqman Hariez disuruh memilih salah seorg daripada tujuh cucu perempuan maktok utk dijadikan isteri, sementelah untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan maktok.


Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bhw Husna, gadis yg paling cantik dan lemah-lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yg sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yg bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dgn kasih sayang dan keceriaan.


Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihan hatinya telah mendapat tentangan hebat. Bagi hariez, itulah pilihan yg paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.


Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yg singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya?


"Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab utk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yg membuatkan aku rasa bahagia..."
-Luqman Hariez-

Friday, May 28

AKAN DATANG - TRIONOVEL JUN

Harga: RM19.90
Penulis: Ainul Hazrah
Halaman: 504
ISBN: 978-983-124-551-4

Sinopsis: LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia...” -Luqman Hariezwww

Harga: RM16.00
Penulis: Azilah Wahab
Halaman: 416
ISBN: 978-983-124-559-0


Sinopsis: Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.

Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya.
Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.

Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!

Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...

Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

Harga: RM19.90
Penulis: Iffa Zalia
Halaman: 544
ISBN: 978-983-124-565-1

Sinopsis: ALLYZA terperangkap dalam dunia cinta remaja. Cinta pandang pertama memusnahkan dirinya. Insan yang ingin dikasihi untuk selamanya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Natijahnya, hati yang naif dan rapuh itu tidak mampu menanggung kehampaan dan kekecewaan. Dia dan Erry berpisah jua akhirnya.

Masa yang berlalu tetap tidak dapat memadamkan ingatan lampau. Dirinya yang tidak suci dirasakan tidak layak berdampingan dengan lelaki budiman. Sekeping cinta yang dihulurkan Haziq, tidak mampu dibalas. Dia malu untuk berterus terang mengenai keaiban kisah silamnya.

Tanpa disangka, Erry hadir semula dalam hidup Allyza untuk membuktikan keikhlasan janji yang pernah dilafazkannya dulu. Gadis itu gembira dengan kehadiran Erry di sisi. Barulah dia tahu bahawa Erry tidak bersalah dalam kejadian hitam yang menghantui dirinya. Kebahagiaan yang diimpikan, tetapi keperitan yang diperolehi. Saban hari dirinya dilukai dan disakiti. Akhirnya dia membawa diri. Allyza redha dengan apa yang bakal terjadi...