Showing posts with label Dzie Tyea. Show all posts
Showing posts with label Dzie Tyea. Show all posts

Wednesday, October 20

Rinn Reviews: Sesuci Kasih Seorang Isteri by Dzie Tyea


Sesuci Kasih Seorang Isteri
Penulis: Dzie Tyea
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan Pertama 2010
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
598 mukasurat


"Kita cuma mampu merancang,
Dia jualah yang menentukan segala-galanya..."


Sebenarnya aku terkedu dengan isu yg diketengahkan penulis ini berkaitan poligami yg berlaku di antara Zikri, Alishah dan Sofea. Pendekatan begini mungkin kita takkan jumpa dalam tipikal kisah2 genre begini dalam novel lain. Ini bukan sahaja cerita kawin paksa, tetapi juga kisah bagaimana watak hero cerita ini tersepit dlm menghadapi situasi begitu. Dia dengan rasa serba salah dan keterpaksaan itu tidak dapat ditolaknya.


Aku kagum dgn cara penulis menyulam kisah golongan pemeras di Turki yg berkait rapat dgn mengapa Zikri terpaksa berkahwin lagi walaupun dia cukup bahagia beristerikan Alishah yg merupakan pilihan ibunya.


Zikri tersepit antara kemahuan hati sendiri dan keselamatan keluarga abg kandungnya di Turki yg menjadi mangsa ancaman ala2 along pemberi pinjaman dan pemeras di sana. Demi menyelamatkan nyawa abgnya sekeluarga, dia menerima Sofea sbg isteri keduanya.


Heran jugak bagaimana Khaleed Mashur yg hebat dgn kekuasaan dunia gelap dia tu boleh biarkan puteri kesayangannya menjadi isteri kedua kepada lelaki melayu yg tidak dikenalinya semata2 kerana puterinya, Sofea berkenan sangat dgn Zikri yg budiman. Sofea mungkin tidak tahu yg ayahnya menggunakan kekerasan yg amat kejam utk menjadikan Zikri sbg suami Sofea malah memeras ugut Zikri dgn menyiksa anak saudara Zikri semata2 mahukan Zikri menyentuh Sofea dan menjadikannya isteri dalam erti kata sebenar.


Sofea tahu tentang kewujudan Alishah dan Zikri tidak mahu Alishah tahu kedudukan Sofea dlm hidupnya kerana dia tahu Alishah tidak suka dimadukan. Keterpaksaan bertukar menjadi tanggungjawab walaupun dia amat berat sebelah dalam memberi keadilan kepada Sofea kerana dia lebih sayangkan Alishah yg mempunyai ciri2 isteri sejati dan muslimah. Sofea juga mempunyai kelembutan tersendiri sbg isteri yg baik walaupun pada mulanya perwatakannya seperti tidak stabil.


Isu ni mungkin terlalu berat bagi mereka yg sukakan kisah kontemporari yg lebih jiwa-jiwa. Bagaimanapun, bagi yg mencari 'rasa' yg berlainan, mungkin cerita ini mampu memberi rasa segar.


Tahniah buat penulis.


sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku:


Isha... walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya utk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya.


Sofea... hadirmu bukan pintaku. Tetapi mengapa kau sanggup memburu cintaku walaupun kita tidak pernah saling mengenali? siapa aku sebenarnya padamu?


SESUCI KASIH SEORANG ISTERI... luahan hati dari kaca mata seorg suami yg berhadapan dgn dugaan hidup di alam rumah tangga. Luahan hati yg bisa menyentuh perasaan anda.

Monday, September 20

Akan Datang dari Kaki Novel


Tajuk : KAU MILIKIKU
Penulis : Aisha Hamza
Harga : Semenanjung: RM 23 Sabah/Sarawak: RM 26

Dahulu kita seteru, tetapi kini kau milikku....

Sinopsis:

Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.

8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yang sempurna?







Tajuk : SESUCI KASIH SEORANG ISTERI
Penulis : Dzie Tyea
Harga : RM 19 /RM 22

“Kita cuma mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segalanya….”

Sinopsis:

Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?
Isha,
Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan segalanya.
Sofea,
Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?