Tuesday, January 10

Alaf 21: Cinta Perisa Dia


bakal menemui anda di pasaran :)
(boleh gak jengah2 di pesta karangkraf nanti :))
Sinopsis CINTA PERISA DIA

​Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi…itu haknya.

Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak tetapi rongak giginya. Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?

​Rancangan Uji Bakat Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang merbahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau dah cinta...jodoh datang juga tanpa dipaksa.