Showing posts with label Samsiah Mohd Nor. Show all posts
Showing posts with label Samsiah Mohd Nor. Show all posts

Wednesday, March 28

Baru Di ALAF 21 :)

jom ronda2 di rak buku alaf :)


Ingin Berkasih Lagi
Damya Hanna
Harga: RM 25.00
ISBN: 978-983-124-765-5
Halaman: ~640
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.


Terus Cintai Aku
Aleya Anessa
Harga: RM 23.00
ISBN: 978-983-124-766-2
Halaman: ~692
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

--



Aduhai Cinta
Samsiah Mohd Noor
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-768-6
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

“Aduhai Cinta… apa ada padamu?” Itulah keluhan Suri Abadi. Dia tidak Nampak cinta bersama Hermand, apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yang kaku dan kelu itu. Untuk rindu, jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan gemar memungkiri janji.

Namun, bunga-bunga cinta mulai mewarnai hidup si gadis apabila dia bertemu dengan Fard Fahim yang memiliki sifat romantik dan penyayang. Fard Fahim hadir bersama wangian mawar putih yang sentiasa mengiringi pertemuan mereka. Suri Abadi nampak cinta di mana-mana. Kehadiran Fard Fahim mengindahkan dunia cintanya yang suram selama ini. Dia mula hanyut menyulam mimpi dan harap an bersama lelaki itu.

Masalah melanda dan malang datang bertimpa-timpa. Di saat Suri Abadi begitu memerlukan Fard Fahim untuk berkongsi duka, lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Kerana kecewa, Suri Abadi berkahwin de ngan Hermand. Fard Fahim muncul kembali sewaktu Hermand berubah pada karakter lamanya. Sekali lagi cinta Suri dan Fard berputik. Sebagai isteri orang, mampukah Suri Abadi menepis cinta Fard Fahim yang pernah bertakhta di hati? Bertahankah rumah tangga Suri Abadi bersama Hermand? ADUHAI CINTA... berikan aku jawapannya.



Cukup Sekadar Dirimu
Aireen Erina
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-769-3
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

ZAIZA hanya gadis kampung yang ingin memulakan hidup baru di kota metropolitan. Sudah puas bergelumang dengan penderitaan dan penghinaan saudara-mara serta orang kampung. Dia tidak akan membiarkan orang lain melukainya lagi.

Dahulu, dia dicintai rakan karib yang sering mengambil berat tentang dirinya. Namun, tragedi menimpa menyebabkan mereka berdua terpisah untuk tempoh yang panjang. Kehilangan Nasrul membuatkan hatinya meronta-ronta merindukan lelaki itu.

Setelah sekian lama, mereka dipertemukan kembali. Tetapi, Nasrul kini dimiliki orang lain. Zaiza pula membuka pintu hatinya untuk Zakwan yang cuba memikatnya dengan bersungguh-sungguh. Namun, mengapa hatinya merintih. Cukupkah hanya teguh pada yang sudah ada dalam genggaman, sedangkan hakikatnya yang lain bertakhta di hati?

Monday, December 5

Rinn Reviews: Sangkar by Samsiah Mohd Nor


Sangkar
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Terbitan Karisma Publications Sdn Bhd
293 muka surat
9830500713
Cetakan Pertama 1995


"Batinnya meronta digelusang sengsara..."


persahabatan jazma - mek diah mengingatkan aku kepada kisah "sejernih lazuardi" karangan samsiah mohd nor juga :)


Jazma terpinggir dalam keluarga sendiri. Kakaknya sendiri membenci dirinya malah berjaya menikahi lelaki yg dikasihi Jazma. Dia terasa seperti ibunya sengaja menghantarnya jauh ke rumah mak long sedangkan dia yg byk membantu membawa sumber kewangan ke dalam keluarga mereka yg miskin.


catatan rahsia kisah tigasegi maklong - pateh - andak membuka hijab yg diselindung dalam keluarga itu. barulah jelas mengapa maklong jadi begitu. maklong yg berdiam diri dipandang serong dan andak pula dipandang tinggi.


jazma mula menimbang siapa lebih malang? dia atau maklong. dari kisah itu dia menyelami penderitaan maklong yang tersisih dalam keluarga sendiri. Semasa awal cerita kita akan mengangkat Jazma sbg isi cerita, tapi rupa2nya kisah Jazma hanyalah bingkai cerita dan isi cerita berlegar dalam kisah hidup maklong yang sangat-sangat menyentuh perasaan. Malah tagline "Batinnya meronta digelusang sengsara" itu lebih kena dengan penderitaan mak long selama hayatnya.


patutlah seserius mana pun andak memujuk, mak long buat tak peduli dan sentiasa mendiamkan diri. rasa sakit hati yang membuat dia menjadi bisu dan memendam perasaan. Andak mengambil alih segala-galanya yg penting dlm hidup mak long. Suami dan anaknya semuanya dibolot Andak, adiknya sendiri. Panggilan mak terlucut dari mulut anak kandungnya sendiri dan Andaklah yang dipanggil emak. Aduh sedih nya. dia hanya dipandang sebagai 'maklong' yang duduk di suatu bilik kecil dalam rumah itu.


kehadiran jazma dalam rumah mak long telah meleburkan hati tua yg sudah lama membeku itu. lembut hatinya sehingga sanggup seikhlasnya memaafkan Andak yang sudah berdosa besar.


kalau korang terer, cubalah tahan air mata semasa baca kisah ni... *sob sob ;_;


kisah dia sedikit sebanyak cenggini...


Mak long ni berkahwin dengan Pateh atas aturan keluarga tetapi mereka sangat bahagia malah dikurniakan seorg anak lelaki yg comel. Andak adalah adik kandung Mak Long yg tinggal bersama mereka membantunya menjaga anak dan membuat kerja2 rumah. Ketika keguguran anak kedua, maklong mendapatkan rawatan selama sebulan di hospital. Setelah sekian lama kembali, pecah lah rahsia yg tersimpan antara Pateh dan Andak. Andak mengandung anak luar nikah. Mak long terpaksa diceraikan demi menutup malu. Sejak itu Mak Long terasing dan membisu. Berbagai spekulasi buruk timbul berkaitan Mak long - andak dan Pateh. Mak long membisu manakala Pateh dan Andak buat-buat tak tahu utk menutup ketelanjurang mereka. Hati Maklong lebih luluh apabila anaknya Herman memanggil andak 'mak'. Semuanya diragut sekelip mata darinya. SEhingga dewasa dan menjadi doktor, malah sudah beristeri dan beranak tiga, Herman percaya ibunya adalah Andak dan mak long adalah hanya sekadar maklong dalam rumah mereka. Mak long tidak pernah membuka cerita, terus membisu di suatu sudut rumah itu. Andak pula terus berlagak biasa walaupun dosanya yg menggunung memburu rasa bersalahnya terhadap mak long. Mak long tahu andak berjasa membesarkan anaknya dengan baik sekali tetapi luka hatinya terlalu dalam.


hanya kehadiran jazma membuat mak long cerita dan rahsia besar itu terbuka, tapi hanya utk pengetahuan jazma sahaja. Jazma hanya dibenarkan mendedahkan kisah sebenar kpd Herman setelah dia meninggal dunia.


Saat itu tiba akhirnya. Mak long bukan sahaja mewasiatkan Jazma menyampaikan catatan kisah silam malah Mak long juga berharap Jazma menggantikan tempat Mastura sbg isteri dan ibu kepada anak-anak Herman yg sememangnya sudah rapat benar dengan Jazma. Perkara pertama itu memang tak susah utk disampaikan tetapi pesanan kedua tu buat Jazma tak senang duduk. hmm ok la tu Jazma. Nak harapkan boyfriend di kampung? sudah dirampas kakak sendiri. Rugilah kalau menolak lelaki sebaik Dr. Herman dan anak-anaknya yang manis :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb


Lelayang nasibnya luruh ke mahligai kaca dan di situlah terbina sangkar rahsia dari percikan bunga-bunga api.


Saban waktu dia merangkai sukma dengan temali kasih yang terpintal di perdu budi...

Monday, June 15

Bidadari Cinta by Samsiah Mohd Nor


Tajuk: Bidadari Cinta
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Terbitan S.A Production Sdn. Bhd
Tahun: Januari 2009

Pertama kali melihat Aju di pinggir kafetaria Desa permai, pintu hati Ray berdegup kencang. Kebijaksanaan si gadis mempertahankan diri dari gangguan pelajar senior menarik hati Ray. di dalam feri menuju ke kampus USM, keduanya ditemukan. Dari situ semuanya bermula dgn indah. Namun penyatuan dua hati itu amat sukar sekali.

Aju
Kau seperti rama-rama yg indah berterbangan
kau seperti pelangi yg gemilang
Aku tahu apa mahu hatimu sabarlah sayang.

Ray
sukarnya membaca hatimu seperti sukarnya aku mentafsir warna laut yg kononnya biru.

Aju
Aku tak pernah curiga tentang putihnya warna awan...yg seputih hatimu
Ray
Kebisuanmu melemaskan aku... aku sudah sampai di persimpangan.

Apakah kesudahan perkasihan Ray dan Aju?Apa salahnya dan dimana silapnya sehingga banyak benar rintangan yg melintang antara mereka?

Bidadari Cinta
mengungkapkan sebuah perkasihan yg tulus, erti persahabatan dan erti pengorbanan.

isbn: 9789534437008