Showing posts with label Sarnia Yahya. Show all posts
Showing posts with label Sarnia Yahya. Show all posts

Saturday, September 7

Sneak Peek: Pujuk hati dia by Sarnia Yahya

Now available di kedai-kedai buku karya terbaru Sarnia bersana Idea Kreatif



Thanks Qimi :)

Wednesday, April 17

Novel Baru Fajar Pakeer (FP) dan Love Novel Publication (LNP)

Novel Novel terbaru dari Fajar Pakeer dan satu publication baru iaitu Love Novel Publication. Boleh masuk list untuk hunting kat PWTC nanti ya?
 





Thursday, November 11

Akan datang daripada Alaf21


Tajuk : Bila Salam Bersambut
Harga: RM18.00
Halaman: 448
Penulis: Hasif Asyraf
ISBN: 978-983-124-604-7

Sinopsis: ARMIA... seindah namanya, seindah itu juga wajah dan tingkah lakunya. Menjadi igauan ramai lelaki tatkala memandangnya. Didikan agama di dalam jiwanya sejak kecil umpama pelita yang menerangi kegelapan. Kecantikan dan budi bahasa yang dimiliki serta bakat dalam bidang penulisan membuatkan dia menjadi rebutan tiga jejaka yang berlainan watak dan karakter. Armia keliru. Siapakah jejaka yang terbaik untuknya? Hanya istikharah penentu segalanya….




Tajuk : Akan Ku Tunggu
Harga: RM19.90
Halaman: 525
Penulis: Sania Yasmin
ISBN: 978-983-124-607-8

Sinopsis: AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.


Tajuk Kau Pertama Aku Kedua
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Fitri Hussin
ISBN: 978-983-124-619-1

Sinopsis: ZAMAN remaja yang penuh gelora mengundang hati yang naif mudah terpesona dengan sihir dunia. Zamri dan rakan-rakannya cuba berdepan dengan segala tekanan menerusi cara mereka sendiri. Mereka berlima mencari keseronokan luar yang membinasakan untuk melupai masalah masingmasing. Disayangi jika cemerlang dan disisih jika gagal. Duduk seharian di sekolah digantikan dengan berpeleseran di jalanan. Lantas, segala macam gejala sosial menjadi mainan hidup.

Saat SPM semakin hampir, suatu cahaya menembusi gua milik Zamri yang semakin dalam. Norin yang selama ini langsung tidak dihiraukan tiba-tiba menghulurkan bantuan. Sedikit demi sedikit hatinya yang kelabu ingin
sahaja disucikan kembali. Mampukah Zamri keluar dari lembah buas, hanyir dan menggerunkan itu, sedangkan dunia enggan melepaskannya? Mungkin Norin adalah penawar mujarab yang mampu memutihkan titik-titik noda yang sudah melekat di hatinya.

Thursday, May 20

Akan Datang Dari Fajar Pakeer


Haruskah dia setia kepada seseorang yang meninggalkannya begitu sahaja? Berapa lama dia harus menunggu? Mengapa yang di hadapannya tidak diterima seadanya? Dia memang lelaki yang tidak tahu bersyukur.

“Aku takkan jatuh cinta pada dia. Adik dan kakak sama aje. Kalau tidak disebabkan umi aku, tak ingin aku berkahwin dengan gadis sedarah dengan perempuan tu.”

“Itu dinamakan, kita merancang, Allah yang akan tentukan. Bila hendak bercakap, cuba fikirkan akibatnya...”

Dia tidak pernah fikirkan ia. Dia hanya tahu membenci isteri sendiri. Sudahnya ia menjadi bebanan kepada hati dan perasaan apabila cinta kembali mengetuk hati. Payahnya untuk mendapatkan cinta Ardini, apabila si isteri pula yang membenci. Begitupun, hati perempuan, dipujuk dan dibelai akhirnya mengalah kerana memang itu fitrah wanita.

Ruzana kembali tanpa tujuan yang pasti. Tergugat hati melihat kemesraan adik dan bekas tunang yang ditinggalkan dahulu. Ruzana cuba memujuk hatinya kembali, mengambil hak yang ditinggalkan. Tegarkah Izzuddin melepaskan Ardini sedang hatinya baru sahaja belajar untuk menyayangi dan cuba untuk mencintai isterinya itu? Dan Ruzana, tegakah melukai hati adik sendiri demi nama hak hatinya?
Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

“Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Tuesday, January 12

Akan Datang Dari Fajar Pakeer


Sejauh mana pun mereka membawa diri, Najla dan Amal tidak mudah melupakan segala yang pernah menjadi milik mereka. Bukan mudah juga untuk mereka merelakan perpisahan. Bukan juga mudah melupakan kepergian.

Amal tahu dirinya hanya gagak di rimba dan Hakim umpama merak kayangan. Sudah ditakdirkan Hakim itu tidak untuknya. Namun bukan salahnya apabila kasih setia tercipta untuk lelaki itu. Najla sedar cintanya kepada Anas Salihin tidak pernah pudar walau jarak dan waktu memisahkan mereka. Namun, Najla tidak sanggup untuk terus berharap apabila terbukti cinta itu tidak berpihak untuknya.

Apakah benar Amal dan Hakim tidak berhak untuk bersama hanya kerana dunia mereka berbeza? Dan, selama mana pula Najla dan Anas Salihin terdaya menyembunyikan rahsia hati? Selama mana mereka rela berteman rindu sedang di hati ada cinta menemani?


Kerana cinta, Asiah lalai dengan tuntutan agama, membuatkan dia melarikan diri mengikut kekasih hatinya, Ah Sim. Perlarian tanpa hala tuju itu akhirnya menjebakkan diri ke dalam kancah maksiat. Kematian kekasihnya menyebabkan Asiah mengalami tekanan jiwa.

Rafiza, Rufila dan Rafidi dibesarkan penuh kasih oleh Encik Abu Bakar dan Bidan Suriati. Kasih sayang mereka langsung tiada belah bahagi. Apa yang diperolehi oleh Lia Asmara dan Nia Astika, akan diperolehi juga oleh mereka bertiga.

Tahun berganjak, Rafiza melarikan diri bersama pemandu teksi demi hidup bebas sehingga tanpa sedar berlaku sesuatu yang langsung tidak diduganya. Rufila sanggup korbankan kasihnya buat Nazril Shah demi kebahagiaan Nia Astika. Rafidi tetap tidak mahu mengalah dalam mengejar cinta gadis impiannya.

Kerana rindu itu adalah cinta yang harus terus melekat di hati, apakah Rafiza yang lari akan pulang ke pangkuan keluarga? Mungkinkah Rufila akan turut bahagia dengan keputusannya? Bolehkah Rafidi berjaya merebut hati gadis igauannya? Tidakkah ada rindu dalam hati, menghambat semula pertemuan?


Di sebuah kawasan tanah tinggi, tinggal seorang perempuan bersama anak-anaknya. Castle of Flowers, jadi hunian Puteri Dahlia bersama puterinya serta tiga puteri tirinya; Puteri Lavender, Puteri Everlasting dan Puteri Rose. Puteri Dahlia begitu benci dan dendam kepada semua anak-anak tirinya. Semuanya gara-gara kasih sayang suami dirampas oleh madunya.

Puteri Lavender, Puteri Everlasting dan Puteri Rose terpaksa bersabar dengan olah bonda dan adik tiri mereka. Semuanya demi mengenang jasa Puteri Dahlia kerana telah memelihara mereka. Biarpun kejam, Puteri Dahlialah yang membesarkan dan menjaga mereka selama ini.

Namun begitu, akhirnya Puteri Lavender memecah tradisi. Membantah kekejaman wanita itu. Keberaniannya menimbulkan berbagai bencana untuk mereka bertiga. Tindakannya melarikan diri menemukannya dengan Tengku Luthfibillah, Calvin Ng dan Raja Parameswara.

Akan hilangkah benci Puteri Dahlia ke atas mereka nanti atau selamanya kembar bertiga itu harus jadi mangsa dendamnya? Atau mungkinkah hadirnya Tengku Luthfibillah, Calvin Ng dan Raja Parameswara bakal menganyam cinta dan bahagia di hati Puteri LER?

Friday, February 20

Akan Datang Novel Sarnia Yahya Bersama FP

Tajuk : Cinta adalah Cinta
Penulis : Sarnia Yahya
Terbitan : Fajar Parker

Aina tidak pernah menyangka yang cinta akan menyapa hatinya kembali, setelah cinta itu pergi bersama Hadi. Kehadiran Syed Harith menggugat perasaannya. Lelaki bermata hijau itu tidak pernah jemu dan lelah dalam cuba memikat janda muda yang tidak mahu mengakui cintainya. Tetapi kehadiran Lutfi Danish, berwajah Hadi, menggembirakan Hadirah yang merindui papanya.

Siapakah yang patut dpilihnya, tika hati sudah terpaut pada lelaki bermata hijau? Pilihan hati atau pilihan puterinya?

Jika memilih Syed Harith, pasti Hadirah akan terluka. Jika Lutfi Danish menjadi pilihannya pasti hati Husnina tergores. Walaupun cinta kembali di hatinya, siapakah pilihannya tanpa melukai hati yang lain?