Showing posts with label Ramlee Awang Murshid. Show all posts
Showing posts with label Ramlee Awang Murshid. Show all posts

Monday, February 18

Sneak Peek: Aku Bercerita by RAM

Ramlee Awang Murshid di Karnival karangkraf promoting Aku Bercerita dan Air Minuman Ratu :)

Front cover dan back cover menampilkan penulisnya sendiri :)

collect autogaph

bukunya sederhana tebal. Baca blurb pun dah buat bulu roma meremang. Bila intai-intai, kisahnya ada macam-macam. Ada seakan-akan kompilasi kisah kisah misteri thriller yang menjadi identity penulis ini
 
yg kat bawah tu nak tayang collection button badge dan fridge magnet yang dijual di booth KELABRAM :)
 
selamat membaca!
 
sure fine whateverr
Rinn

Thursday, July 12

Rinn Reviews: Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid

Sutera bidadari
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Editor: Rubiah Aksah
terbitan Alaf 21
RM22.00
sabah/sarawak: Rm25.00
547 mukasurat

"Hanya nama-MU sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini"

mengujakan dan mendebarkan sambungan kelima kisah laksamana sunan ini. hijab sang pencinta dan cinta sufi yg kurang mnyengat membuat aku bertagak tagak nak sambung sutera bidadari. namun setelah setahun terperam, aku buka juga naskah ini dan hasilnya, memang best edisi kali ini.

pengembaraan yg panjang dlm edisi kali ini tidak membosankan malah pengalaman membaca 4 edisi sebelum ini menimbulkan nostalgia yg mengujakan. sang dewi dan saifullah memang misteri kemunculan yg menimbulkan tanda tanya besar. bila luna terserempak dgn sang dewi di inderapuri, memang aku dpt mengagak siapakah dia dn terus takdpt lepaskan buku ni hingga ke mukasurat terakhir. Saifullah pula mempunyai aura dan langkah yang sangat mirip kepada Saifudin namun dia adalah lelaki abad 21 yang hidup mewah dalam keadaan misteri.

Pencarian raja roman a.k.a taghut memang penuh cbaran namun pengakhiran pertemuan saifudin dgn raja roman itu sunggah tak disangka hingga aku mengalirkan air mata.

RAM bijak meletakkan ending yg membuat aku pun tak sabar nak terbang ke Inderapuri utk bertemu Ratna yg dirindui. Berapa banyak wanita ayu muncul dlm perjalanan perjuangan LaksMana sunan, namun Ratna Cinta Sang Ratu tetap kukuh di hati.

sure fine whatever
rinn


meRinnTis Blurb & sinopsis

SAIFUDIN - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri ATas Angin utk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yg telah banyak menyesatkan manusia.
RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam utk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.
MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin dalam alam tidak berdinding.
SAIFULLAH - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dr tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
RAMLEE AWANG MURSHID - Sutera Bidadari bukan hanya mempamerkan aksi lasak yg menguja pembacaan malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yg tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

Friday, February 18

Rinn Reviews: Mandatori by Ramlee Awang Murshid


Mandatori
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Editor: Wan Rohana Wan Abdul Manaf & Sa'adiah Mohamad
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
501 mukasurat
9789831240397
Cetakan Pertama 2000
Cetakan Ketujuh 2010


"Case Closed"


Cerita ini tidak semudah ABC, tetapi Amran, Bogart dan Carlos (ABC) menjadi penggerak rentak misteri thriller kisah ini. Setiap bab menaburkan kepingan2 jigsaw puzzle yg memberi klu-klu kepada pembaca. Setiap klu membuat kita memikir arah cerita ini. Di awal cerita yg kerap menginjak time frame dari past-present-future membuat pembacaan aku jadi berhati-hati kerana aku tak mahu keliru. Nyata garapan RAM sangat kemas menarik.


Mulanya aku sangka aku akan jadi pening sepertimana aku pening semasa membaca Rahsia Perindu yg sangat berbelit kisah dan character nya. Mandatori nyata berbeza. Walaupun melayarkan kisah konflik jiwa, ianya kemas dan mencemaskan. Walaupun tidak susah utk kita meneka di mana letaknya Norman dalam ABC, tetapi cara RAM menyingkap kisah hidup Norman membuat ianya kelihatan menarik utk diikuti.


Cerita bermula dgn matinya seorg lelaki yg tidak bersalah di tali gantung. Beberapa tahun kemudian, lelaki2 yg menjatuhkan hukum kepada Tassan mati terbunuh secara misteri. Amran adalah anak Tassan yg dibuang sekolah kerana terlibat dlm pergaduhan di sekolahnya kerana rakan2 yg lancang mengata dirinya sbg anak pengedar dadah. Kesabaran ada hadnya tetapi natijah yg diterimanya amat mengecewakan ibunya. Demi membantu keluarga, Amran ke laut mencari rezeki. Tetapi jejak pertamanya ke laut membawanya karam dalam dunia kecelaruan personaliti. Dalam dunia itu dia mengenal dendam, dia menjadi jaguh, dia menjadi penyayang, dia menjadi penegak keadilan yg sentiasa menjatuhkan hukuman mati mandatori di muncung pistolnya.

Kelvin, Juliana dan June yg pernah menghina Amran berjaya dalam kerjaya masing2. Sekali sekala kenangan kenakalan mereka dulu membuat mereka menyesal. Adakah penyesalan mereka boleh menerima pengampunan di mahkamah yg sentiasa menjatuhkan hukuman mati mandatori? Jika perlu memilih antara menyulam cinta atau melunaskan dendam, mana yg kita akan pilih?


Sangat banyak watak dlm kisah ini tetapi setiap satunya ada impact tersendiri. Bagi yg kurang gemar dgn watak yg banyak, mungkin akan sedikit pening :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/gengkicap/sinopsis belakang buku:


Bermula dengan hukuman di tali gantung yg dikenakan ke atas seorg pemandu, Carlos menyimpan dendam menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorg demi seorg yg menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yg dicipta Carlos sendiri. Dialah pendakwaraya dan dia jugalah hakim. Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yg diadilinya pasti akan menerima hukuman dgn sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Friday, December 24

Rinn Reviews: Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid


Rayyan Fantasi
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Editor: Mazuen Yahya
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2010
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90


"Apa yang terfikir... itu ada!"


Lebih kepada kisah misteri dan science fiction. Bagi penggemar genre sci-fi, memang wajib baca novel ni. Sentuhan thriller RAM yg disulam sci-fi adalah sesuatu yang menarik :)


RAM membuka cerita dengan misteri siapa Ibrahim? Siapa Aiddin? Apabila dia menyembuhkan bapa mertuanya, aku ingat ker dia ni dari future. Dia datang ke zaman sekarang bersama ubat/penawar yg diguna pd masa akan datang. but i was totally wrong. Bunian? lagi lah bukan! Persoalan-persoalan begini membuat aku tak sabar nak abiskan novel ni, biar semua persoalan tu terungkai. Bacaan menjadi fast-phased kerana rasa ingin tahu yg dijana oleh cara penceritaan RAM. Bila dikatakan diorang ni mungkin dari Alam Fantasi, ni buat aku terfikir pulak, diorang ni tak real? tapi memang langsung tak meletakkan diorang sebagai alien dari planet lain. Bacaan ini akan lebih menghiburkan kalau anda mengenepi persoalan bahasa pertuturan. Diorang tak da masalah nak blend dalam bahasa di sana dan bahasa melayu di sini :)


Kisah ini tentang Ibrahim dan Aiddin yg terpaksa melarikan diri dari tempat asal mereka setelah rampasan kuasa berlaku. Nama org Melayu tu dikutip Mij Gillion (Ibrahim) ketika menumpang kenderaan yg dipandu Ibrahim dan Maidin. Aku terfikir jugak, nasib baik la dia tak bubuh nama anak dia Maidin! hehe Aiddin yg dipilih :) Kalau tak, sah2 la nama hero citer ni MAIDIN. Ibrahim dan Aiddin datang dari suatu tempat yg tak pernah kenal Allah. Pak Markum dan Supinah menjadikan hidupnya bahagia dalam naungan Islam.


Aiddin meningkat dewasa dan menjadi anak yg baik. Konco2 dari tempat asal mereka berjaya menjejak mereka, malah mereka yg tertindas di sana turut menjejak Aiddin utk membantu mereka menewaskan kekejaman yg semakin bermaharajalela. Sempat la Aiddin ni bertunang sebelum disahkan mengidap barah tahap kritikal. Impiannya utk menakluki gunung kinabalu berjaya tetapi pada hari yg sama dia lenyap dari muka bumi secara misteri. Feena (tunangnya) mulanya tu memang setia menanti tapi biler dah lebih tigapat tahun tu, dia terpaksa memutuskan pertunangan.


Zaidan memang watak yg sgt menjengkelkan. Kesian la Feena dpt suami mcm tu. Zaidan ni memangla sygkan Feena sepenuh hati tapi kalau tercetus rasa cemburunya, memang makan hati la Feena. Dan cemburu yang diimaginasi sendiri. Adus.


Mika adalah watak warrior princess yang sgt menarik. tapi action dia tak der la banyak sangat dan aku rasa dia memang saaaaaaaaaangat padan dgn Rayyan/Aidin. Aku suka Mika.


Aku sebenarnya tak tau nak citer yg mana satu kat sini. Memang padat kisah dlm novel ini. Cerita dunia realiti (bumi) dan dunia fantasi dipecahkan kepada dua bahagian menjadikan penceritaan lebih kemas dan selari antara satu sama lain.


Kemunculan semula Aiddin 5 tahun kemudian menimbulkan misteri baru apabila satu demi satu kematian ngeri berlaku apabila Aiddin ada di situ. Endingnya membuatkan aku rasa semuanya di reset semula. Realiti yg sebelum ini sangat kental menjadi fantasi yg samar2 dalam ingatan. Aiddin lebih selesa di bumi. Pak MArkum dgn Supinah tu jadi awet muda lah ye? :)


sure fine whatever
rinn





sinopsis/novelcinta.multiply/blurb


Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yg bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yg gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan mengidap barah otak tahap 4. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dlm tempoh yg sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.


Aiddin yg berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yg berjanji akan setia pada ikatan cinta. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah utk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan.


Selepas 5 tahun, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.


RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dlm lingkaran saspens, seram dan misteri dlm novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre berbeza dlm karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Sunday, November 28

Akan datang daripada Ramlee Awang Murshid


Tajuk : Rayyan Fantasi
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-615-3


Sinopsis: RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Monday, May 31

Review: Cinta Sufi by Ramlee Awang Murshid


Cinta Sufi by Ramlee Awang Murshid
Cetakan PErtama 2010
Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90
499 mukasurat


"Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit"


Ramlee Awang Murshid terus berjaya melonjakkan keperibadian Saifudin dlm Cinta Sufi sepertimana kejayaannya menggarap perwatakan SAifudin dlm trilogi Bagaikan Puteri sebelum ini. Saifudin yg tidak jemu2 mengagungkan kekuasaan Allah turut memberi keinsafan kepada pembaca dan meneguhkan lagi kepercayaan kita pada Allah. Iman adalah senjata kekebalan Saifudin yg tiada tolok bandingnya. Pendindingnya adalah kalimah2 suci Al-Quran. AsmaulHusna jadi dendangan penghibur jiwanya. Kepahlawanan Saifudin diserlahkan dengan amalan2 keagamaan yg amat mudah tetapi keberkesanannya sangat besar kerana keimanan dan kepercayaan Saifudin kepada Allah tidak berbelah bagi. Bagi saya ini adalah motivasi yg baik utk pembaca. Dalam memberi hiburan, RAM menyelitkan nilai2 rohani yg tinggi ke jiwa pembacanya. Membuat kita mahu menjadi seperti Saifudin yg mengasihi sesama manusia kerana Allah. Lillahita'ala.


Saifudin yg baru pulang dari masa depan menghadapi kecederaan jiwa yg maha hebat sehingga kekuatan fizikalnya hampir lenyap. Tapi ianya tidak melemahkan imannya langsung. Dia menjadi tawanan Portugis selepas kejatuhan melaka lalu diisytihar sbg hamba sahaya kpd Catalina, balu kaya dari Portugis yg mahu ke Hulu Melaka mencari Maryam yg muncul dlm mimpinya.


Perjalanan mereka dihujani pelbagai dugaan dan Saifudin berjaya diselamatkan lalu dibawa ke binaan langit oleh bangsa Polip yg beriman dgn Allah. Di sana Saifudin pulih sepenuhnya dan Luna cuba menghulurkan cinta.


Setelah sembuh, takdir menemukannya semula dalam Catalina dan dia mahu membantu Catalina mencari Maryam kerana dia percaya perjalanan Catalina adalah pencarian takwa. Macam boleh teka siapa Maryam memandangkan dlm trilogi sebelum ini ada saja watak yg merentas masa. :)


TAk sangka pulak aku Puteri Gober Gandring tu hidup lagi ermm kira idup ker kalau jadi pontianak? ngeri ngeri... Dlm Cinta Sang Ratu dia kalah teruk di tangan Saifudin sehingga terlucut segala kuasa saktinya. aku paling ingat scene Saifudin tulis 'alif-lam-lam-ha' tu. :)


Ending Cinta Sufi walaupun penuh teka teki tetapi kita seperti dpt meneka apa yg telah terjadi. Tetapi kejadian kecurian keris nanggroe dan catatan Maryam tu membuatkan kita ingin tahu apa yg terjadi selepas itu???? ada sambungan lagi ke?


sure fine whatever



sinopsis/blurb
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.


Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yg dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yg menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yg dipendam Luna.


Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yg berliku, malah terkurung dlm cinta segi tiga yg terlafaz dan tersembunyi.


CINTA SUFI

kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yg nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dgn rasa cinta dan pengorbanan.

Monday, March 22

Jumpa RAM pada 28/3/2010 Untuk Pelancaran CINTA SUFI...



Suatu ketika dahulu, ketika menoktahkan cerita Hijab Sang Pencinta, saya mengandaikan itulah pelengkap Trilogi Bagai Puteri (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta). Namun apabila ramai yang membaca pengakhir novel Hijab Sang Pencinta, telah melahirkan rasa tidak puas hati.

Saya terima SMS dan email yang menzahirkan kekecewaan mereka pada dua faktor – pertama: Saifudin dan Haryani tidak bersatu dan kedua: kenapa matikan watak Saifudin? Malah saya turut menerima email dari Perth Australia yang menyatakan rasa terkilan sangat pada pelengkap trilogi tersebut. Sebagai manusia, saya mula berfikir semula. Sebagai penulis saya merasa bersalah kerana menjadikan ending trilogi tersebut sebagai twist. Berikutan itu juga berulang kali saya menyatakan bahawa Saifudin atau Laksamana Sunan itu tidak mati cuma pengsan saja. Bila saya teliti pengakhir novel Hijab Sang Pencinta itu semula, memang benar Saifudin kelihatan seolah-olah ‘mati’.

Kemudian saya berusaha untuk meraih semangat untuk menjadikan Saifudin muncul semula dalam episod baru. Bagaimanapun tanpa kehadiran dua watak utama sebelum ini iaitu Dani dan Haryani. Maknanya trilogi ini berlanjutan lagi tetapi dalam new session.

Baiklah...mari saya ringkaskan cerita Cinta Sufi:-

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina.

Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu.

Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.

Untuk anda semua...selamat bertemu dengan Laksamana Sunan sekali lagi dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja. Seperti kata Saifudin – tiadalah ia diputuskan di dalam hati.



Sumber dan kredit kepada Ramlee Awang Murshid dan RAMFC.

Friday, November 13

Bonus November - Ramlee Awang Murshid


9 NYAWA
Harga: RM19.90
Halaman: 518
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-487-6

Sinopsis:

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?


Wednesday, March 18

MIKHAIL AKAN BERADA DI PASARAN

Tajuk: MIKHAIL
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM19.90
Halaman: 512

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

Monday, September 8

Hijab Sang Pencinta

TAJUK: HIJAB SANG PENCINTA
PENULIS : RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT : ALAF21
HARGA : RM19.90
HALAMAN : 503 MUKASURAT
GENRE : FANTASI & EPIK TRILLER

*****
--------------------------------------------------------------------------------------
“Tiada yang mustahil bila ALLAH menghendaki sesuatu…”
“ Mati itu pasti…hidup INSYA-ALLAH…”

Apa Kata Saya

Sebagai mukadimah, pastikan anda telah membaca dan menghayati naskhah Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu sebelum menyentuh Hijab Sang Pencinta. Persiapan ini penting agar minda anda tidak tersesat mencari hujung dan pangkal secara teratur didalam menyusuri keindahan dan debaran kisah kali ini.

Hijab Sang Pencinta (HSP) memang ditunggu-tunggu oleh para peminat Ramlee Awang Murshid.Meminjam kata-kata seorang teman Geng Kicap; nickyazrai setelah 1 tahun 6 bulan menanti, akhirnya penantian beliau tersebut terlerai jua akhirnya. Penantian yang agak panjang membuatkan para pengikut Trilogi Bagaikan Puteri ini menjangkakan dan mengharapkan sesuatu yang “luar biasa” hebatnya akan menutup tirai kisah Sang Puteri ini…Dan sememangnya kisah kali ini luar biasa hebatnya.

Adakalanya menghasilkan sequel kerapkali tidak dapat menyaingi kehebatan cerita yang terdahulu ditambah dengan kekangan beberapa faktor yang sedikit sebanyak mencabar penulis didalam menzahirkan kisah selanjutnya dimana jika tidak berhati-hati mungkin akan menghilangkan aura sentuhan yang terdahulu. Akibatnya penulis akan gagal menjejaki fokus penceritaannya dan subjek cerita akan jadi goyah. Ditangan penulis hebat ini serta dibantu barisan editor yang berpengalaman pihak penerbit, HSP berjaya dibentangkan dan diangkat agar para pembaca dapat sama-sama dibawa menyusuri jaringan kisahnya.

Sebagai sebuah naratif yang dibina bukan secara linear kerana perletakan latar cerita yang membabitkan lebih dari 5 lokasi, tanpa penumpuan yang khusus, terlepas tanda-tanda atau clue pembaca pasti akan hilang mencari pertalian naratif yang membina cerita ini. Namun begitu, penulis bagi saya banyak membantu dengan memberi “papan tanda” agar pembaca tidak tersesat jalan, sama ada dalam dialog mahupun penceritaan. Pengolahan cerita yang mantap, tidak meleret-leret menjadikan perjalanan cerita lancar dan lebih berkesan di mata pembaca.

HSP memaparkan satu cerita yang mempunyai dua plot utama. Plot ini dibina supaya bergerak secara berasingan antara satu dengan lain dan dipertemukan pada satu titik penyelesaian yang sangat dramatik. Ada cerita mengemukakan 2 plot selari tetapi dalam HSP kedua-dua plot ini tidak selari kerana masing-masing mewakili zaman yang berlainan namun tidak sekali-kali menghuru-harakan fokus pembaca. Penulis begitu teliti didalam memastikan hal ini tidak berlaku yang pastinya akan mencacatkan tumpuan pembaca.

Biarpun “lakonlayar” cerita ini berdiri atas elemen fantasi, namun ia banyak menyuntik nilai positif yang ditunjangi watak utamanya, Saifudin @ Laksamana Sunan. Nilai-nilai murni seorang manusia berjaya diserlahkan menerusi perwatakan sederhana Saifudin. Didalam mengharungi situasi maha getir sifat keinsanannya berjaya diserlahkan penulis dengan begitu baik sekali. Sokongan watak-watak sampingan lain banyak membantu menaikkan martabat watak utama ini di kacamata pembaca. Lanskap sosial masyarakat melayu dahulukala juga begitu cantik dizahirkan penulis. Mungkin sokongan penyelidikan yang teliti oleh penulis berjaya melayarkan kehidupan masyarakat melayu dahulukala dengan begitu baik sekali. Begitu juga penggunaan dialek melayu lama & Indonesia yang banyak menwarnai HSP.

Keseluruhan, cerita ini memperlihatkan penghasilan hebat dari aspek penceritaan, plot, tempo dengan selitan mesej yang sarat buat renungan pembaca. Walaupun HSP berdiri atas landasan sebuah epik triller, penghasilannya penuh nilai artistik dan pautan nilai estetika yang indah dan elemen ini sememangnya menjadi kunci kecemerlangan naskhah penutup Trilogi Bagaikan Puteri ini.

Buat penulis, tahniah atas kelahiran naskhah yang amat saya tunggu-tunggu ini. Walau agak terkilan dan sedih pada mulanya dengan penamatnya, namun kesempatan bertemu muka dengan penulis di hari pelancaran Trilogi Bagaikan Puteri dan mendengar sendiri kata-kata yang terzahir darinya kembali menceriakan perasaan saya….hehehe


Kisahnya

Pengembaraan Saifudin @ Laksamana Sunan untuk pulang ke tanah kelahirannya di Kg Punggor, Johor dari Tanah Rencong penuh laluan berliku. Berhadapan dengan pelbagai halangan yang mendatangi insan terpilih ini baik secara zahir mahupun halus cabarannya cukup getir…hanya bekalan ilmu di dada dimanafaatkan Laksamana hebat ini agar perjalanannya dapat diteruskan ke destinasinya.

Didalam kisah kali ni juga pembaca dilayarkan dengan jelas sejarah nan terperinci dan asal-usul Manggala yang diperkenalkan wataknya dalam cerita terdahulu. Didalam HSP juga lah Manggala dinoktahkan sepenuhnya.Di dasar Kawah Gunung Berapi Anak Krakatoa berakhirnya riwayat sang Manggala durjana di tangan Laksamana Sunan.

Ketibaan Saifudin di tanah kelahirannya agak terlewat kerana ibu tercinta terlebih dahulu menyahut panggilan ilahi. Walaupun telah diberikan gambaran menerusi mimpu juga imbasan bayangan tentang perkara ini, kepulangannya menzahirkan apa yang dialaminya sebelum ini adalah suatu firasat berbentuk pemberitahuan tentang perkara ini. Walau dimaklumkan pemergian ibu tercinta bukan seperti biasa tetapi melibatkan campurtangan unsur tidak nyata, Saifudin tidak mendendami sesiapa cuma terkilan tidak sempat berjumpa ibu buat kali terakhir. Kisah pemergian ibunya menyeret Saifudin ke permasalahan yang menjadi tunjang perkara tersebut. Bantuannya diminta untuk membebaskan Melur(wanita yang pernah memfitnah beliau) dan puteranya dari pengaruh sihir Puteri Kober Gandring yang ingin membalas dendam ke atas Sultan Melaka setelah gagal menjejaki Laksamana Hang Tuah. Berbekalkan ilmu dan kebijaksanaan, sang puteri tewas. Walau telah berjaya menyelamatkan Melur dan putera, beliau dikhianati ayahanda Melur sendiri yang menyampaikan berita kepulangan Saifudin pada Sultan Melaka. Sultan yang sememangnya mendendami Laksamana ini kerana kegagalannya menikahi Haryani dalam kisah terdahulu menitahkan Saifudin ditangkap dan dibunuh.

Enggan menyerah kerana berdiri atas paksi kebenaran, Saifudin diburu. Persembunyiannya di sebuah gua yang dicadangkan bapanya menyaksikan keajaiban dengan izinNya berlaku. Beliau “ditidurkan” dan hijab alam baru terbuka. Saifudin “dibangunkan” di abad 21…melangkau 5 abad selepas zamannya. Ada kejadian lucu yang diselitkan sebagai mengambarkan kehairan Saifudin berhadapan dengan persekitaran baru dihadapan matanya.

Kemuncak cerita adalah pertemuan semula Saifudin bersama Haryani dan Dani hinggalah membawa kepada majlis pernikahan antara Saifudin dan Haryani. Manusia merancang tapi Dia lah penentu segalanya pada tiap kejadian dimuka bumi ini…

Buat pembaca sekalian, selamat menghayati pengembaraan penuh debaran Sang Laksamana nan terbilang ini.

Wednesday, August 20

Majlis Hijab Sang Pencinta



Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf21
Harga : RM19.90
Halaman: 503 m/s

blurb:
Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.








ok geng. ni gambar petang tadi. sowwy.. kualiti kureng. maklumlah.. kamera categori oldies. kerusi2 kat depan tu kosong lagi.. kitaorg antara tetamu yg sampai awal - yg ke-4 & ke-5. oh ya.. waktu sampai tu, serentak dgn RAM & family hehe.

jangan tanya kenapa cuma beberapa keping ni je. masing2 sedia maklum, kami kan pemalu. sempat bisik pada cing.. kalau si dyea ada ni, mesti waktu kita makan dia dah ke sana sini ambik gambar :P

waktu En. Nordin berucap, akhir tu bila disebut tetamu2.. termasuk `gengkicap'.. macam2 rasa ada. hehehe.. rasa apa eh cing? dengar tetamu kat sebelah carrie tanya, mana satu gengkicap? haha. haa.. cerita lain, tunggu sabtu ni k. Haa sebelum tu. mc majlis; Richie Rachman.

Sekali lagi, terima kasih banyak2 utk En. Nordin..
Juga untuk Norzailina Nordin, Eka Fahara, Anis Ayuni dll.. lain masa jumpa lagi. InsyaAllah.

Friday, August 15

Taraaaa......Akhirnya yang ditunggu sudah terbit..eeehooo!!

"apabila hujan turun,
melimpahlah air dari perbukitan,
aliran menujah ke batu,
melekuk tanda waktu beralih,
seiriring nyawa menghanyut usia,
sejalan nafas melangkah je hujung,"

"Awan kalau dapat dicapai, Maka saktilah hamba!..."

**************************************

Dannnn....unsur sensasi paling kebaboommmm..jeng jeng jeng, jangan jeles petala kelapan ye wahai kicap2ku sekalian alam ( jemputan istimewa dari Inche Norden utk kucc & silencez saje ye..ekekeke..

p/s: wa tengah gelak goleng2 ni..syiokkkknyerr wat lu orang semua jelessss;hehehe, hohoho,lalalala )


2 buah buku terdahulu dalam siri ini: