Showing posts with label Nadra Yasmina. Show all posts
Showing posts with label Nadra Yasmina. Show all posts

Friday, May 3

Sneak Peek Mr Sirap Bandung by Nadra Yasmina

cover Mr Sirap Bandung
Ingat ker heronya suka minum sirap bandung tapi rupa-rupanya sebab lain dia mendapat gelaran tu :)

meRinnTis blurb/sinopsis

ruas binding.

close up 'tagline' pilihan untuk cover depan Mr Sirap Bandung. Nasib baik tajuknya bukan 'Biskut lemak rangup berkrim' :)
 

maklumat harga dan isbn

Penanda buku dan tinta penulis. Untuk paparan penuh gambar penulis dan maklumatnya, boleh dpatkan novel ni di pasaran
 
terima kasih sudi scroll sampai bawah :)
sure fine whatever
Rinn
 

Thursday, November 22

Sneak Peek: Nasi Lemak Buah Bidara By April Snow

Cover novel pertama April Snow bersama Kaki Novel
 

capture alamat blogspot penulis.

ruas binding buku... wuaaahhh nampak tebal


meRinnTis Blurb/sinopsis/back cover

tulisan penulis. perple!

butiran penerbitan dan dedikasi penulis. untuk paparan penuh, sila dapatkan novel ini di pasaran :)

kisah ini ditamatkan di mukasurat 661
 
selamat membaca!
 
Nasi Lemak Buah Bidara
Penulis: April Snow
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
661 mukasurat
 
Baca review di sini
 
Cerita ini diolah berdasarkan pantun lama yang sangat popular,
Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
hilang emak hilang saudara
kerana kasih hamba turutkan
(pantun mari kawin lari)
 
Keputusan tanpa restu utk berkahwin bukan sahaja merosakkan silaturrahim keluarga malah mendatangkan masalah kepada si anak yang membesar dalam masyarakat yang menyimpan syak wasangka. Sangat kasihan. Budak baik budi pekerti, indah rupa tetapi menjadi mangsa kebencian akibat tindakan ibu bapanya yang berkahwin lari. Anak itu sendiri tidak berkesempatan mengenali ibu bapanya. membuatkan dia sendiri tidak pasti mengenai status dirinya.
 
Siti Noor teraniaya dalam sebuah keluarga yg disangka satu-satunya saki baki keluarga yang dia ada setelah nenek yg membesarkannya meninggal dunia. Dia dilayan seperti orang gaji di rumah mewah itu. Nasib baik suami datin tu baik dan bagi gaji. Kalau tak, lagi lah perit laluan hidupnya. Datin dan anak sulungya (tiri) memng betul-betul mendera Siti fizikal dan mental sepnjang Siti berada di rumah itu.
 
Di mata si comel Ben, neneknya, dan ayahnya, Akhmal, Siti adalah gadis yang sempurna budi pekerti dan indah rupa. Pertemuan di masjid menyejukkan hati mereka.
 
Tahap kepercayaan mereka terhadap Siti sangat tinggi hingga sanggup menerima Siti tanpa banyak soal.
 
Kisah cinta Siti dan Akhmal sangat comel, secomel ben :) Perkahwinan mereka membahagiakan namun ada suara yang merasuk Akhmal agar meragui Siti tetapi Siti adalah terlalu baik dan di matanya terpancar keihlasan.
 
Akhmal dan ibunya berbincang mengenai status tidak sah taraf ketika Ben turut berada di situ. Membuatkan Ben courious dan bertanyakan Siti mengenai maksud perkataan2 'tidak enak' yang merujuk kepada anak tidak sah taraf. Rasanya tak sesuai menggunakan ayat begitu di hadapan anak sekecil Ben. Siti sendiri terkejut dengan status dirinya dan membuatkan dia merasa tidak layak untuk mendampingi Akhmal.
 
Mimpi disiksa dengan api itu kelihatan seperti cara mudah untuk membuat watak Datin tu bertaubat. dia tu terlalu kejam.
 
Kisah cinta dalam novel ini sangat manis dengan rentak sentimental dan tangkap nangis juga. Memang enjoy dan bila dah start memang tak boleh lepas.
 
Peribadi Siti dibina dengan utuh sekali oleh penulis. tapi ada juga terselit babak cium2 dalam kisah ini.
 
Walaupun ini karya pertama penulis dengan KN, kelihatannya gaya penulis sudah matang kalau dibandingkan dengan penulis-penulis baru KN yang masih berusaha menajamkan skill penulisan. Kalau nak bandingkan karya ini dengan karya pertama penulis bersama Fajar Pakeer, Dia Idaman Hati, terasa seperti Nadra yasmina dan April snow bukan orang yg sama pulak.
 
ok, terima kasih.
 
sure fine whatever
Rinn
 

Friday, October 19

Sneak Peek: Dia Idaman Hati by Nadra Jasmina

front cover ada kertas note ;) xoxo

 back cover
 

tinta penulis :)
 
Penulis: Nadra Yasmina
Editor: Ahmad Fuad Ab Rahman / Zahiah Zali
Terbitan Fajar Pakeer
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
510 muka surat

"Dia itu lain daripada lain. Dia itu pelik. Tapi pelik yang menambat hati"

Kisah Asma dan Jeffrey. Gadis yang kuat bekerja demi menyara keluarga dengan jejaka yang kaya raya dan garang. Puan Sri Amal, ibu Jeffrey yang mahukan rumah Jeffrey ada pembantu rumah hujung minggu supaya kediaman anak kesayangannya tu terjaga. Asma merupakan calon terbaik untuk tugas itu. Percaya pulak Puan Sri Amal tu membiarkan Asma dengan Jeffrey bersama-sama dalam rumah walaupun Jeffrey tu mengurungkan diri dalam bilik sepanjang masa dan tak pernah bertembung dengan Asma.

Aura harimau Jeffrey memang malap bila berinteraksi dengan Asma walaupun hanya melalui nota-nota kecil. Kalau di ofis, dialah raja rimba yg digeruni.
Jeffrey terpaksa memunculkan diri apabila Lilac (a.k.a Laila - juga dikenali sebagai liplap di kalangan golongan anti-lilac) menyerbu rumahnya. Itulah kali pertama dia berhadapan dengan Asma sbg pembantu rumah, sedangkan sebelum itu mereka sering bertemu di klinik gigi. Demi menyelamatkan diri, Jeffrey membuat pengakuan eksklusif bahawa Asma adalah isterinya. Bermulalah pusing U-Turn yang sangat besar dalam hidup mereka berdua. Personaliti Perniagaan yang besar seperti Jeffrey mudah diburu kontroversi dan kisah hidup peribadinya memberi kesan yang besar kepada empayar milik keluarga.

Lilac tidak berlalu begitu saja, dia berlalu bersama misi untuk memporak perandakan hidup Jeffrey dan 'isterinya' Asma. Hasil campurtangan Puan Sri Amal membuatkan mereka benar-benar menjadi pasangan suami isteri. Kisah tipikal di awal cerita berubah nada selepas itu. Suntikan thriller sangat menjadi dan elemen kejutan melalui watak Zuhara juga tidak disangka-sangka.

sure fine whatever
rinn

Thursday, July 12

Jom Beli Novel Baru Fajar Pakeer

DIA IDAMAN HATI

Penulis: Nadra Yasmina
ISBN 978-967-365-125-2
Sem. Malaysia RM21
Sabah/Sarawak RM24
“Apa awak cakap? Sila ulang.”
“Just acting. Berlakon saja. Pretend that you’re my wife... and I’m your husband. Simple, right?”
Simple tengkorak kau. Ada yang kena baham dengan aku ni karang!
“Berlakon ya? Senang kata awak ya?”
“Yes.”
“Awak nak saya berlakon jadi macam yang awak cakap tadi tu ya?”
“Yes, dear.”
Dia panggil aku dear, kan? Err... ke dia maksudkan deer?
“Wayar bumi kat kepala awak tu terbakar ke? Kena panah petir semalam ek? Ke awak semalam mimpi bersilat dengan Rimau Bukit Putus.”
Jeffrey ketawa kecil. “Saya minta tolong ni, awak. Tolonglah.”
“Tak naklah, tak nak. T.A.K. N.A.K!!!”
“Tolong, tolong. T.O.L.O.N.G!!!”
Apabila Jeffrey Iskandar diperangkap oleh bekas teman wanitanya, Lilac, untuk membawa isteri ke majlis makan malam, Asma, si pembantu rumah hujung minggu yang bekerja di kondo milik Jeffrey dijadikan sasaran untuk berlakon sebagai isteri. Asma bukanlah wanita idaman Jeffrey. Langsung tak masuk senarai apalagi mahu shortlisted. Pendek kata, bukan idaman hatilah. Tapi, Jeffrey tahu Asma pilihan terbaik untuk tugasan ini!
Asma, si jururawat pergigian yang terjerumus dalam misi balas dendam bekas teman wanita majikannya itu tiada pilihan. Kerana kesiankan Jeffrey, dia bersetuju. Namun tidak diduga, lakonan mereka tidak terhenti di situ. Mereka terseret ke kancah masalah yang lebih besar.
“Awak ni nakal dan kelakarlah. Sebab tu saya suka awak.”
Aduhai, bukan idaman hati sudah menjadi idaman hatikah? Baik Jeffrey mahupun Asma tidak berdaya menolak. Mampukah mereka berdua yang bagai langit dan bumi itu bersatu? Terbalaskah dendam Laila terhadap lelaki idamannya apabila Jeffrey nekad dengan keputusan yang tidak disangka-sangka!

PERSIS PUTERI

Penulis: Ezi Afiza
ISBN 978-967-365-124-5
Sem. Malaysia RM18
Sabah/Sarawak RM21
Pertunangan mereka bukan atas dasar suka sama suka. Malah bukan juga atas desakan keluarga. Pertunangan mereka adalah satu perjanjian yang memenuhi kepentingan dua insan.

Rizman diberi masa sebulan untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada keluarganya. Jika tidak, hak pemuda itu ke atas syarikat milik keluarga akan dilucutkan. Diyana pula mencari sesiapa sahaja yang boleh menjadi kekasihnya, semata-mata untuk membalas dendam kepada Badrul, lelaki yang telah mempermainkan cintanya. Pertemuan yang tidak diduga menjadikan Diyana pilihan Rizman. Namun, syarat diletakkan dalam perjanjian itu.
“Hanya untuk setahun. Dalam masa setahun ini, tiada sesiapa boleh mengganggu hak peribadi masing-masing.”
Permainan bermula. Lakonan tanpa skrip terus berjalan. Strategi-strategi yang dirancang berjaya menyempurnakan hasrat mereka. Namun, dalam kegembiraan melakonkan watak masing-masing, tanpa sedar ada mata yang memerhati, ada insan lain yang ingin menggagalkan lakonan mereka. Kehadiran Normee yang berjaya mencuri hati Rizman membuatkan Diyana dilanda cemburu. Diyana terpaksa mengundur diri. Tambah apabila lakonan mereka yang selama ini dibongkar. Rizman mula resah.
Dalam kemelut itu, ada insan lain yang sedang tertawa. Gembira menyaksikan semuanya. Siapakan gerangan insan itu? Apakah yang akan terjadi pada kepentingan Rizman dan Diyana setelah rahsia mereka terbongkar? Dan berjayakah seorang putera mencari puteri hatinya yang sekian waktu mengingin diri persis puteri?

TAKUT KAHWIN

Penulis Adeen Abigail
ISBN 978-967-365-123-8
Sem. Malaysia RM20
Sabah/Sarawak RM23

Jasmine Lee seorang wanita biasa yang memiliki fobia yang luar biasa. Tiada istilah pasangan hidup baginya. Seboleh-bolehnya, itulah yang cuba dia elakkan selama dia hidup. Setiap lelaki yang cuba diperkenal ibunya pasti ditolak tanpa sebab. Sehinggalah pada suatu hari, nama Ben Carl Fernandez muncul dalam hidupnya di atas sekeping business card.

“Untuk pengetahuan kau, aku ni bakal isteri direktor hotel ni. Next time, watch your way,” katanya dengan sombong sambil menanggalkan kaca mata hitam yang sejak tadi melindungi matanya.

Gila! Entah dari mana dia dapat idea untuk cakap begitu. Gara-gara tidak puas hati dengan gelaran puan, sanggup dia membohong untuk mempertahankan dirinya dan gelaran cik. Pada pertemuan pertama, Jasmine tanpa sengaja mencipta salah faham antara mereka. Salah faham itu berlarutan dan menyebabkan perkenalan mereka menjadi serba tak kena. Siri pertengkaran berlarutan antara mereka. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah.

“Kau tu tak sedar-sedar diri lagi, kau tu pencuri.” Idea tiba-tiba datang dalam kesesakan. Tapi logik ke pencuri?
“Pencuri? Tak masuk akal. Aku curi apa? Hati kau?” Ben tergelak lagi. Sempat lagi memalukan Jasmine.

Tidak menyangka permusuhan mereka akan berakhir, persahabatan mula terjalin antara Jasmine dan Ben. Tanpa sedar, perasaan hangat menyusup ke dalam hati masing-masing. Namun perasaan takut terhadap komitmen dan hubungan perkahwinan membuatkan Jasmine melupakan sahaja perasaan itu sementara Ben masih terluka hatinya kerana Natasha, si kekasih lama.

Adakah Ben akan membiarkan semua itu terjadi begitu sahaja? Bagaimana pula halnya dengan Jasmine dan ketakutan sofistikated yang mengekangnya selama ini?

KEMELUT DI MUARA RINDU

Penulis: Affi Dhiya
ISBN 978-967-365-119-1
Sem. Malaysia RM21
Sabah/Sarawak RM24
Atas kejadian tidak sengaja, Iman Shartina dan Syed Hakim, memilih jalan untuk menamatkan zaman bujang dalam usia yang muda. Walaupun saat itu masing-masing sudah berpunya. Namun, panas tidak sampai ke petang. Kerana pertelingkahan kecil, Iman Shartina pergi membawa diri.
“You tak kisah beritahu siapa you?”
Masa berlalu, waktu beredar. Takdir menemukan mereka kembali. Syed Hakim datang menuntut haknya sebagai seorang suami dan ayah. Itu pun saat dia yakin dan pasti yang Aiman itu anaknya. Namun, kedegilan Iman Shartina tidak pernah berkesudahan. Kehadiran orang ketiga antara mereka memburukkan lagi keadaan. Syed Hakim keliru untuk memilih di antara cinta dan tanggungjawab.
Saat Iman Shartina pasrah dengan permainan takdir, dia ditemukan dengan seorang gadis bernama Rina yang mempunyai wajah yang seiras dengannya. Siapakah Rina? Apakah hubungan Rina dan Iman Shartina? Adakah hubungan Iman Shatina dan Syed Hakim akan kembali bersatu? Atau, Aiman terpaksa membuat pilihan? Memilih ibu atau ayah. Antara cinta dan tanggungjawab, Syed Hakim harus mimilih yang mana? Akan berakhirkah kemelut rindu yang melanda jiwa Iman Shartina dan Syed Hakim?

DATANG PADA WAKTUNYA

dari blog Fajar Pakeer Sdn. Bhd. at

Penulis: Maria Kajiwa
ISBN 978-967-365-121-4
Sem. Malaysia RM20
Sabah/Sarawak RM23
Sebuah projek pembinaan jambatan yang sudah 45 tahun terbengkalai, membawa Edri dan kawan baiknya, Adam, ke sebuah kampung di tepi Sungai Pahang.

“Encik Edri pernah melihat hantu?” tanya Encik Amin sekali lagi.

Edri tergamam. Sudah dua kali juga soalan itu ditanyakan kepada dia. Dia semakin keliru. “Apa kena-mengena kerja saya dengan hantu, Encik Amin? Saya bukan Ghostbusters.” Dalam ketawa yang dibuat-buat, dia cuba berseloroh.

“Jawab soalan saya dulu.” Kali ini suara Encik Amin semakin garau dan dalam walau tidak sampai membentak.

Dalam perjalanan menuju ke tempat yang dituju, kereta yang dinaiki telah rosak. Edri dan kawan serumahnya, Adam, telah dibantu oleh dua orang gadis kampung yang bernama Saleha dan Murni. Di kampung itu mereka berdua dijaga dan dilayan dengan baik sehinggakan Edri dan Saleha saling jatuh cinta. Namun Hasan, pemuda kampung yang sudah lama mencintai Saleha menjadi penghalang.

“Kalau saya tak penggal kepala dia, saya bukan Hasanlah, nek!” jerit Hasan sebelum beredar.

Mampukah Edri menyelesaikan misteri pembinaan jambatan itu? Mampukah dia pulang semula ke kota? Siapakah Saleha yang sebenarnya? Dan Saleha, siapakah yang akan menjadi pilihannya selepas Edri meluahkan rasa?