Showing posts with label Nasz. Show all posts
Showing posts with label Nasz. Show all posts

Friday, November 2

Sneek Peak: Lazuardi by Nasz

cover lazuardi yang ditunggu-tunggu ramai. Perple!



ruas binding. simple :)

meRinnTis back cover/blurb

Kisah ini ditamatkan di mukasurat 629. wwuaaaahhh tebal jugak!


Tinta dari penulis :) terima kasih uda tolong dptkan sain :)

butiran penerbitan.
Selamat membaca!
 
Lazuardi
Penulis: Nasz
Editor: Mariah Mustapha
Terbitan: Jemari Seni Sdn Bhd
RM23.00
Sabah/Sarawak: RM26.00
629 mukasurat
 
Ritma awal kisah Shark - Anaz, Odie - Anaz sangat rancak dan menarik. Bila masuk separuh kedua, Shark, Anaz dan Odie masih begitu dan mula mendatar kisahnya, namun pembacaan akan still rancak dan tak boleh nak tidur selagi tak habis baca kerana wujudnya watak Ain, watak antagonis yang sangat super duper genius dalam bab menganiaya orang. Ain sangat pandai memutar beli fakta depan2 hidung orang yang hendak dianiayanya dan membuatkan dirinya kelihatan innocent dan tertindas. Memang boleh terpinga-pinga mangsa yang dikenakannya itu. Dia berjaya meraih simpati ramai dengan taktik begitu. Berbekalkan kisah latar keluarga yang sedih, dia memanipulasi simpati orang dengan licik sekali.
 
Walaupun Anaz tu jenis melawan, dia tetap kalah dengan kelicikan Ain. Mula-mula tu aku ingat ker watak Lily yang akan jadi pencabar Anaz, namun Ain lagi double jahat. Musang berbulu ayam, singa berkulit kancil!!!
 
Errmmm ada ker family yang senang benar merestui anak lelaki yg berumur 20thn berkahwin dengan wanita berumur 24 tahun tanpa banyak soal jawab? Well Shark mempunyai keluarga yang sangat understanding dengan masalah yang menimpa Anaz dan kesediaan Shark untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada Anaz. Sifat itu merupakan ubat kepada luka di hati Anaz angkara keluarga sendiri. Memang sangat kesian kat Anaz. Penulis membina watak Anaz dengan sikap keras hati dan pandai melawan tetapi dia tidak betah utk melawan cakap ibu sendiri. Ego diri ditelan dan dia redha diperlakukan bagai orang gaji di rumah sendiri. Kehadiran watak Ain menghebatkan lagi tekanan terhadap Anaz sehingga Anaz dihalau keluar oleh ibunya sendiri.
 
Rupa-rupanya adalah rahsia besar yang disembunyikan ibu Anaz. Rahsia itulah yang membuatkan ibu Anaz membencinya sejak lahir. Dapatkah Shark menerima Anaz apabila Anaz sendiri tidak sanggup menerima kenyataan? Well Shark seorang yang meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap cinta hatinya. Tak kiralah macam mana kreatif si Ain tu kelentong, tahap kepercayaan Shark terhadap Anaz memang tahap tabik spring. Odie yang dah kenal lama dengan Anaz pun senang2 kena lipat masuk kocek Ain.
 
Walaupun Shark masih muda, dia mempunyai pendirian yang sangat teguh. Walaupun dibuang keluarga, Anaz sangat bertuah kerana mendapat cinta Shark. :)
Cara Ain kantoi di hujung-hujung cerita tu kelihatan terlalu mudah untuk gadis selicik Ain. Anaz tu dah tau Ain tu jenis mcm tu, senang2 plak sorong barang harga ribu riban bawah katil jer??? *tepuk dahi*
 
sure fine whatever
Rinn

meRinnTis Blurb/Sinopsis
Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan org gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkan member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.
 
Odie: Awak jomlah kahwin dengan kita
Anaz: kahwin tu apa?
Odie: Kahwin tu maknanya baling bunga.
Anaz: Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.
 
Tapi betul ke Odie itu jodohnya? Sebab si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...
 
Shark: Kita kahwin nak?
Anaz: Haa?
Shark: Tunang?
Anaz: Haaa?
Shark: Jadi girlfriend saya?
Anaz: Haaaa?
Shark: Saya serius ni...
 
'Putera' manakah yang akan menyelamatkan 'Si Cinderella' ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain utk menyenangkan hidup dia sendiri?
----------
NASZ mencoretkan kisah suka, duka, pahit, manis dan maung kehidupan Si Anaz dalam Lazuardi dengan gaya santai dan warna-warni yg mempesona kita untuk terus menatap tinta hingga ke akhirnya.


Friday, April 22

Rinn Reviews: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna


Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna
Penulis: Nazurah Aishah, Rnysa & Nasz
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
569 mukasurat
9789675118487


Warna I: Bukan Dipaksa by Nazurah Aishah
Editor: Mohd Rosdi bin Mohd Zin
mukasurat 1 - 151


Nazurah Aisyah is at her best melayarkan kisah heavy dan sedih tapi memikat hati, malah mengikat kita utk terus membaca demi menyingkap misteri sebenar duka lara yg disembunyikan Ayu mengenai Affan. Aku tidak dapat lari dari meneka yg mungkin Affan pernah terlanjur dgn Ayu tapi kesimpulan di akhirnya tidak semudah itu. Kehadiran si comel Nayli mengubat rindu, merawat hati malah menyembuhkan kebencian yang pernah wujud di sekeliling Ayu. Nayli is a super sweet miracle.


Terasa seperti penulis menghabiskan cerita dgn brek mengejut. Mudahnya hati Hajah Normah yang keras kejung tu jadi empuk dan lembut. Tetapi semua itu tidak datang dgn mudah kepada Ayu, dia terpaksa menempuh kesengsaraan sendirian dan kehilangan yg memilukan sebelum dapat memanggil Hajah Normah 'mak'. Ayu bukan saja sangat degil seperti ayahnya tetapi juga penyimpan rahsia sebaik ibunya.


Happy ending yg buat aku menangis.


Warna II - Hikari Ainori by Rnysa
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
muka surat 154 - 396


Antara 'Bukan Dipaksa' dgn 'Hikari Ainori', aku rasa 'Hikari Ainori' lebih heavy ceritanya. Tiga kali aku baca Hikari Anori. Nak amik feel cerita :) Bagi aku Hikari Ainori ada sentuhan yang sangat personal dari penulis ini. Lapisan penceritaannya terasa seperti penulis menceritakan sesuatu yg sangat peribadi dan akrab dengannya. Lepas beberapa kali baca baru aku boleh meletakkan diri dalam cerita ini.

Dua nama pertama yang aku tangkap adalah hazel dan umar (umar ni set2 lelaki soleh, menjaga pandangan). Mereka bertemu dalam tren ketika belajar di jepun 4 thn yg lalu. Umar pernah memberi nota kepada Hazel, suruh hazel pakai tudung.

Mereka tidak pernah bertemu lagi selepas itu. Sekarang Hazel sudah bertunang dgn jejaka pilihan keluarga, Rafique namanya. Rafique cuba utk mendekati dan memikat hati Hazel tetapi Hazel lebih suka mereka jarang bertemu dan kalau bertemu pun mesti ada mahram ikut bersama.

Rafique pernah bercinta dengan Adriena Ayuni(KEBUN MIMPI). Rafique tak pernah tahu kenapa Ayuni pergi malah dia juga tidak tahu yang Ayuni pernah mengalami tekanan perasaan sehingga pernah cuba membunuh diri.
Hazel berjumpa semula dgn umar (memperkenalkan diri sbg ryan) dalam keretapi Langkawi ekspress (dalam pertemuan kedua ini Hazel sudah menutup aurat tetapi umar sudah berubah dengan rambut berwarna dan gaya yg jauh berbeza dr dulu) Umar berubah kerana kecewa dalam cinta.

Pertemuan semula dgn Adriena Ayuni membuat Rafique membuat keputusan utk berkahwin dgn Ayuni krn dia masih sayangkan ayuni dan dia mahu menebus kesalahan lalu. Walaupun telah menerima amaran supaya menjauhi Adriena Ayuni, Rafique memutuskan pertunangan dgn Hazel kerana merasakan dia bukanlah lelaki yg baik utk gadis sebaik Hazel.

Tersentuh hati jugak dgn kesabaran Rafique menanti Adriena Ayuni. kalau dgn Hazel dulu dia kelihatan seperti kurang sabar (tapi tak lah pemarah), dengan Ayuni dia sangat berdiplomasi dan bersabar. Hazel juga seorg yg bukan pendendam dan sangat memahami. Walaupun Ayuni agak kompleks, dia kelihatan sangat sesuai dengan Rafique yg sabar dan sangat menyayanginya.

Saya suka Umar Rayyan dan Hazel :) Untungla Umar dapat tips nak pikat Hazel dari Rafique :)


Warna III - Karamel by Nasz
Editor: Mariah Mustapha
Mukasurat 401-569


Dua cerita sebelum ni yg ada sentuhan heavy dibalance kan dgn kisah Karamel yg bersentuhan santai dan komedi. Jenis cerita yg sebaik sahaja habis baca patut kita baca semula kerana selepas mengetahui punca sebenar Arif membuli Ana, rasa lebih seronok membaca kisah ini buat kali kedua dan kita akan lebih faham mengapa Arif bersikap begitu.


Interaksi Ana dan Arif memang menghiburkan kerana masing2 tidak kehabisan vocabulary dan idea utk saling berbalas-balas kata. Pertemuan pertama mereka sudah membuat kita terhibur dan tergelak2 membuat kita tk sabar nak mengetahui kisah seterusnya. Mati2 Ana ingat company dia amik OKU yg ada masalah pendengaran. Bila baca 2nd round segala2nya jadi lebih kelakar :)


Akibat salah faham, Arif membuli Ana di tempat kerja sedangkan dgn pekerja2 lain dia sangat baik. Telatah Ana yg selamba memang seronok dibaca. Ada saja insiden yg membuat kita semakin suka dgn Ana dan Arif :)


Bila tengok tajuk novel akan datang dari Nasz adalah Lazuardi, rasa macam terkeluar pulak dari tema 'rasa' yang selalu Nasz gunakan dalam tajuknya seperti 'SWEET SOUR' dan 'KARAMEL' kedua-duanya mempunyai rasa yg menarik.

sure fine whatever
rinn


sinopsis/gengkicap/blurb:


Warna I - Nazurah Aisah
Bukan Dipaksa


Kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh



Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. biarpun tiada Affan di sisi. Affan yg berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yg telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dgn nyawaku.


Warna II - Rnysa
Hikari Ainori


The love ride of hikari


Kisah ini adalah kisah cinta mereka yg pernah hilang. Kisah ini adalah disah pencarian diri mereka yg pernah tersasarr jalan. Mencari semula cahaya hidup yg pernah suram. mencari kembali makna diri yg pernah pudar.


Warna III - Nasz
Karamel


Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
"Bila pula saya suruh duduk?" dia tanya aku, keras.
"Laa... tak boleh dduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya 's-u-k-a' berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula." Aku jawab, lembut.
Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?

Wednesday, November 24

Kucc Reviews: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna


Tajuk Buku : Warna
Penulis : Nazurah Aishah, Rnysa & Nasz
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21.50
Cetakan Pertama : 2010
Genre : Cinta & Kekeluargaan
Bintang : 4.5

-----------------------------------------------------------
Kata Kucc:

Warna I: Bukan Dipaksa oleh Nazurah Aishah

“ kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh…”

Mengenali karya-karya Nazurah sejak dari naskhah awal beliau;Lili Buat Najah saya melihat beliau semakin kemas didalam melahirkan naratif-naratf berat lagi beremosi. Ada jiwa dan roh didalam jalinan penceritaannya. Menyerap ke seluruh pelusuk jiwa.

Kali ini Nazurah mempersembahkan sebuah drama kehidupan yang cukup menyentuh jiwa. Sebuah lakaran kehidupan manusia yang cuba sembunyi dari kenyataan dan takdir. Beliau menterjemahkannya menerusi kemelut sebuah perkahwinan rahsia yang dibina atas dasar cinta tapi perkahwinan tanpa restu pastinya akan dilanda masalah.Itulah harga yang perlu dibayar. Paling sedih, jiwa insan kecil yang tidak berdosa juga terpaksa menerima natijah akibat kerakusan dendam manusia yang tiada sempadan.

Bertemakan cinta & kekeluargaan yang digarap dengan cukup melankolik, penuh emosi Nazurah ternyata semakin hebat memperlihatkan kemahirannya didalam mewarnakan karya beliau. Naskhah ini mendukung tema cinta uda dan dara seperti
karya-karya terdahulu beliau namun memberikan suntikan berbeza didalam kita melihat makna kehidupan dan perkahwinan. Perkahwinan yang dimulai dengan hubungan cinta tapi mendapat tentangan juga tiada restu bisakah berkekalan? Mesej penulis saya kira jelas. Dendam tidak akan membawa manusia kemana-mana. Tiap yang tertulis oleh-Nya pasti ada hikmah didalam kehidupan seseorang manusia. Percayalah. Yakinlah.

Plot kronologi mendominasikan keseluruhan perjalanan naratif ini. Sisipan teknik flashback ada juga diselitkan sama demi menguatkan lagi jalan cerita. Sangat kemas digarap, begitu juga suntingannya yang cukup teratur. Perwatakan dua nadi utama Bukan Dipaksa; Ayu Nardine Zahiyyah dan Affan Hakeem sangat serasi diganding. Nazurah cukup berjaya mengemosikan kedua-dua mereka di dalam meladeni kemelut perkahwinan mereka berdua yang awal-awal lagi terputus akibat tekanan Hajah Normah; ibu Affan yang sedari awal mendendami keluarga isterinya itu kerna
sebuah janji silam yang tidak tertunai. Setiap pergerakan, dialog sangat menyentuh naluri . Nazurah berjaya membuai perasaan pembaca didalam menyusuri dilemma dan onak yang terpaksa dihadapi pasangan muda ini. Watak antagonis Hajah Normah tidak begitu diserlahkan hanya sekadar pemberitahuan didalam penceritaan oleh watak utama sahaja. Gaya bahasa yang diterapkan Nazuarh dalam naskhah beliau ini cukup melankolik sekali lenggoknya bersesuaian dengan corak persembahan naratifnya. Keseluruhan naratif ini cukup mantap cuma penamat cerita yang saya kira agak terburu-buru sedikit mengurangkan keindahan naskhah yang cukup berkesan ini.

Buat penulis muda berbakat besar ini tahniah untuk naratif terbaru anda. Buat pembaca juga pengemar penulis ini, lihatkan kematangan beliau membuai jiwa anda didalam Bukan Dipaksa.

* * * * * * *
Warna II: Hikari Ainori oleh Rnysa

“cinta pandang pertama…the love ride of hikari ”

Sudah begitu lama tidak membaca nukilan Rnysa dan kemunculan cahaya baru ini bagai serakan warna salju yang mendamaikan jiwa. Hikari Ainori; perjalanan kisah insan-insan yang mencari diri, mencari identiti yang hilang, mencari jalan hidup dipersembahkan penulis dengan begitu indah sekali. Saya sukakan kisah ini. Dengan isi yang cukup berat, penulis berjaya menyampaikannya dengan kaedah paling mudah dan santai. Pembaca seolah-olah sama-sama menyusuri pencarian diri yang diangkat sebagai tema naratif hebat ini.

Kisah cinta yang dilayarkan penulis di dalam naratifnya kali ini bukanlah cinta yang biasa namun cinta yang lebih simbolik. Persoalan cinta pertama terjemahan penulis kali ini memperlihatkan dimensi perasaan cinta seorang lelaki pada wanita yang kekal bertakhta disanubari. Biar dipisah jarak dan masa, rasa cinta itu tetap tidak pernah hilang ditelan arus waktu. Kekal kejap dihati dan jiwa.

Plot naratif ini konsisten pergerakannya dari mula hingga ke akhir cerita. Persembahan yang sangat cemerlang ini juga disumbangkan oleh susunan teknik olahan dan suntingan yang cukup teliti yang membuatkan pembacaan tidak
terganggu. Gaya bahasa biasa yang diaplikasi penulis begitu sederhana namun tetap cantik dan tersendiri.

Perwatakan di dalam Hikari Ainori memfokuskan pada beberapa watak utama; Hazelina, Rafique, Umar Rayyan dan Adriena Ayuni. Watak Hazelina @ Hazel dibangunkan dengan cukup berhati-hati bersesuaian dengan latar diri watak yang sedang mencari diri. Hazel cantik ditangani penulis. Potret watak ini cukup mencuri perhatian. Kewajaan dirinyadidalam menangani hubungannya bersama Rafique begitu memikat. Rafique bukan hero pilihan saya. Sikapnya memang dari awal sangat menjengkelkan. Penulis begitu berjaya mewarnakan watak Rafique sedemikian rupa. Rafique insan yang mencari cintanya yang hilang lalu cuba singgah dihati insan lain tanpa sepenuh hati dan jiwa.Dan benarlah lelaki yang baik pasti untuk wanita yang baik begitu juga sebaliknya. Adriena Ayuni yang muncul dalam
Albatros dinoktahkan kisahnya di sini. Umar Rayyan si Naruto alim ini begitu mencuri hati. Diam dirinya berisi. Pencarian cinta yang tertambat buat pertama kali pada si mata coklat di negara matahari terbit termeterai disana juga akhirnya.

Mesej yang diselitkan penulis kali ini buat pembaca bukan calang-calang . Didalam menerajui isi cerita yang berat adakalanya sesetengah penulis gagal didalam menyampaikan mesejnya pada pembaca namun Rnysa saya kira berjaya
melakukannya. Selangkah kita mencari cahaya-Nya, seribu kali langkah kita dipandu ke jalan-Nya.

Buat Rnysa, anda memang mengagumkan!
* * * * * * *

Warna III: Karamel oleh Nasz

“Karamel itu benda hangus yang sedap...”

Sepanjang menyusuri naratif sempoi ini saya tidak sudah-sudah senyum dan ketawa. Karamel; secomel tajuknya begitulah juga perjalanan kisahnya. Karamel nukilan kedua penulis membawa pembaca mengenali warna diri dan kehidupan seorang Nory Ana; sang setiausaha yang polos dan lurus pekertinya.

Tema cinta dan kekeluargaan dalam naskhah santai dan lucu penulisi ini sangat menangkap dimata pembaca, Penulis saya kira cemerlang menarik pembaca menghayati sepenuhnya perjalanan naratifnya ini dengan penuh perasaan.

Nory Ana selaku tunjang naratif sangat cemerlang ditangani penulis. Ana diangkat sebagai lambang gadis yang polos jiwanya, jujur hatinya didalam menjalani hidup dan sifatnya itu membuatkan dia cukup disayangi keluarga juga rakan sekerja kecuali ketua barunya; Encik Arif. Penulis saya kira cukup bijak mencipta potret watak seorang Ana yang cukup memikat.Dialog yang ditutur Ana sentiasa buat saya tersenyum . Arif Mohammad; si boss yang sentiasa mencari pasal dengan Ana berjaya mencuri perhatian. Potret seorang Arif disingkap sedikit demi sedikit hingga warna dirinya yang sebenar terserlah. Arif yang nampak sungguh beku rupanya hangat juga. Hebat! Nana si watak pembantu yang mengindahkan lagi warna naratif ini. Lucu dan spontan!

Gaya bahasa yang mudah, menggunakan jargon bahasa muda-mudi semasa sangat kena dengan persembahan cerita. Teknik suntingan pada naskhah ini saya kira cemerlang direalisasikan pada pembaca. Walau ia cuma sebuah naskhah ringan penulis penuh berhati-hati demi memberi sentuhan yang lebih sempurna pada pembaca.

Bermesejkan paksi cinta dan kasih sayang, plot naratif penulis bergerak dengan cukup santai teralun namun kemas digarap. Buat penulis muda yang semakin kukuh membina nama dipersada kreatif tanahair tahniah untuk sebuah naratif yang cukup membuat saya tidak cukup senyum dan ketawa hingga ke noktah terakhir. Karamel anda hangus tapi rasanya memang sungguh ummphhh!

psst : Nasz, dialog Ana dalam bahasa isyarat tika mula memperkenalkan diri pada Arif mengingatkan kucc pada dialog Sudin dengan isteri pak Mat Tempe dalam Seniman Bujang Lapok, siap ketawa terbahak-bahak sorang-sorang tengah-tengah malam buta....ahaaks

Posted by kucc_aprilsnow

Sunday, October 3

October'10 Dari Jemari Seni

ISBN: 978-967-5118-48-7
Harga: RM21.50 (Sem. M'sia)/RM24.50 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 13 Okt 2010.

Tiga buah ceritera dalam sebuah

WARNA

Warna I – Nazurah Aishah

Bukan Dipaksa

kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh

Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.

Warna II – Rnysa

Hikari Ainori

the love ride of hikari

Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.

Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.

Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.

Warna III – Nasz

Karamel

karamel itu benda hangus yang sedap

Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.

“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.

“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.

Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?

Thursday, July 29

Kucc Reviews: SweeT SouR...


“...to be upset about what you don’t have is to waste what you do have.”

Apa Kata Saya:

Selamba, ada debaran namun cukup menghiburkan. Tiga elemen menarik ini saya kira bijak diadun mesra oleh penulis lalu terhasillah sebuah naskhah yang boleh diklassifikasikan mampu membuat pembaca tidak lekang pandangan daripada lembar kertas putih bertajuk Sweet Sour ini.

Perjalanan naskhah ini ringkas dan cukup bersahaja terutama dari aspek gerak "lakonan" para pendukung watak utamanya. Ternyata dalam kebersahajaan itu karakter mereka cukup kuat dibangunkan penulis. Suntikan sisipan elemen humornya “hidup” namun jelas punya mesej disebaliknya. Pembaca yang bijaksana pasti dapat melihat dari hijab yang terlindung. Mesej yang tersirat pada diri Joe adalah cerminan untuk sama-sama kita renungkan. Hidayah dari-Nya akan hadir tanpa mampu
diduga kerana hanya Dia yang maha mengetahui.

Kekuatan keseluruhan naskhah ini terletak pada jalinan hubungan dan konflik dalaman yang wujud antara 3 watak utama; Alia, Joe dan Zarul. Aksi yang ditampilkan sesekali menimbulkan debaran pada pembaca biarpun ada suntikan elemen romantik diaplikasikan didalam naskhah ini terutama didalam memperlihatkan hubungan suami isteri antara dua watak utamanya; Alia dan Joe. Suntikan elemen ini bukanlah luar biasa kerana biasa kita temui didalam naskhah–naskhah yang sedia terdampar dipasaran. Saya cuma sedikit rasa terkejut kerana naskhah ini bercop mohor Jemari Seni. Itu yang saya kira sedikit luar biasa kerana sepanjang melayari produk-produk keluaran rumah penerbitan tersohor lagi disegani ini, inilah produk pertama mereka yang saya kira sedikit “daring” sentuhannya. Pemvisualan kemesraan kedua-dua watak utama seakan mampu terlihat dimata biarpun cuma dinyatakan dillembar kertas. Teknik sinematografi yang saya kira sangat hidup dipenakan penulis. Bagi saya tidak perlulah sampai begitu, bahasa tubuh yang baik sudah cukup dan memadai.

Tema dari naskhah sulung penulis ini bukanlah sesuatu yang luar biasa tau pelik kerana konflik kisah cinta tiga segi juga rasa cinta yang wujud selepas kahwin sudah kerap kita tatap sebelum ini pada naskhah penulis-penulis lain. Perbezaan mungkin kita lihat dari pengolahan, jalan cerita juga kaedah ia dipersembahkan dan ternyata penulis ini mengangkat tema biasa ini dengan adunan resipinya yang tersendiri. Bersama rempah ratus istimewa sebagai penambah perisa, teknik yang tersendiri lalu terhidanglah ia didepan mata dan ternyata resipi ciptaaan penulis memang menangkap deria rasa…ia cukup membuka selera pembaca!

Watak Alia saya kira cukup cemerlang dibangunkan penulis. Alia lambang wanita yang penuh emosi yang adakalanya celaru dengan tindakannya sendiri dan rasa itu dizahirkan dengan begitu berkesan sekali. Zarul adalah watak yang saya kira tidak statik. Bukan hero pujaan bak kata teman baik saya, Rinn..hehe. Joe adalah watak hitam yang diangkat penulis didalam naskhah ini dan wataknya dipotretkan melalui proses pemutihan dari budaya kehidupan lampau yang cukup hitam lagi memualkan kearah hidup yang lebih baik dan sempurna .Saya kira watak Joe lebih cemerlang dipotretkan penulis berbanding Zarul. Sikap dan perwatakan bersahaja Joe mungkin mengundang persepsi dari pelbagai sudut. Soalnya dapatkah kita melihat apa yang tertulis dihatinya? Penulis saya kira bijak menjebak pembaca kerana sebagai manusia kita tidak lari dari prasangka kerana...kita cuma insan biasa.

Plot cerita berkembang baik dan tersusun dengan cukup baik. Persembahan plot naratif diselenggara dengan kemas sekali. Plot diteliti dengan sebaik mungkin dengan mengambil kira mood pembaca. Perjalanan plot sangat lancar. Kronologinya 100 peratus. Tiada sekatan. Suntingan saya kira sangat cemerlang diaplikasikan didalam persembahan keseluruhan naratif ini cuma kekerapan adegan "mesra alam" kedua-dua watak itu sahajalah yang sedikit mengganggu pandangan mata, hehe. Laras bahasa yang diaplikasikan adalah gaya bahasa masa kini dengan kewujudan
terma juga ciptaan jargon-jargon baru yang saya kira cukup kena dengan
pergerakan keseluruhan naratif ini. Jangan mimpi untuk berjumpa elemen
melankolik dalam naskhah ini kerana ia tidak akan masuk..janggal!

Siapa kita untuk menidakkan kehendak-Nya yang sudah tersurat sejak azali buat diri kita nan kerdil lagi lemah ini. Larilah jika boleh, sembunyilah kalau mampu, tentanglah jika ada kudrat bagaimanapun, jodoh tetap jodoh dan ketentuan-Nya tidak mampu diubah hingga akhirnya perasaan itu datang, dan terbit dari hati dan sanubari kita. Dipancarkan oleh nur dari-Nya. Seperti yang terjadi pada Lia yang akhirnya disedarkan dan tersedar tentang perihal ini. Naskhah yang penuh rasa masam manis ini membawa pembaca pada seorang Alia Akma @Lia, si lincah yang bersahabat baik dengan teman sepengajian Azarul @ Zarul.Persahabatan akrab yang terbina menerbit rasa kasih antara keduanya namun tidak diluahkan. Baik Lia mahupun Zarul yang menyimpankan kejap di lubuk hati. Hadir Joe @ Faizul yakni abang Zarul yang tanpa diduga Lia jatuh cinta pandang pertama padanya.
Sejak pertemuan pertama tika Lia masih menuntut, Joe seakan sukar melepaskan bayangan wajah Lia. Joe adalah musuh Zarul. Dunia gelap Joe cukup memualkan. Pertemuan secara tidak sengaja yang sering terjadi antara Joe dan Lia membuatkan Joe nekad menjejak latar belakang Lia. Huluran kad undangan Zarul meremukkan hati Lia. Dan tanpa berfikir panjang lamaran Joe diterima. Sakit hati atas perbuatan Zarul seakan mahu dibalas namun langkah Lia sumbang. Tanpa persediaan dan waras akal akhirnya tindakan tergesa-gesanya memakan diri.

Buat penulis anda sememangnya sangat berbakat dan naskhah sulung anda ini telah membuktikannya sebagai penanda aras pencapaian anda di bidang penulisan kreatif ini. Semoga anda akan terus giat dan cemerlang berkarya di masa hadapan.

Monday, June 21

Review: Sweet Sour by Nasz


Sweet Sour
Penulis: Nasz
Terbitan Jemari Seni
RM21.00
Sabah/Sarawak RM24.00
570 muka surat
Cetakan pertama 2010


Tengok kaler cover buku ni pun dah terasa-rasa sweet sour kat ujung lidah. A pleasant shade of green :) Ramai gak la yg rekemen suruh baca buku ni dan ramai yg dah jatuh chenta dgn cerita ni.


Memang tak terasa masa berlalu bila membaca novel ni. Kisah Lia yg sekian lama menyulam kasih dengan Zarul namun jodohnya kuat dengan Joe. Mungkin kedengaran mudah tetapi penulis menyelitkan kejutan kecil di sepanjang cerita dan menyimpan kejutan terbesar di akhir cerita. siapa sangka yg Joe yang memegang kemas perjalanan cerita ini dari mula hingga akhir. Semuanya kerana dia jatuh cinta pandang pertama.


Bagi aku kejutan pertama bermula apabila tiba2 saja Zarul menghulurkan kad undangan perkahwinannya dgn orang lain kpd Lia. Memang frust giler masa tu sbb Zarul memang sgt ngam dgn Lia. Joe seperti mula mengambil alih kedudukan Zarul dalam kehidupan Lia malah berjaya memperisterikan Lia. Alasan Lia? mungkin dia nak selalu dekat pada Zarul, tak dpt kawin dgn Zarul, dapat tengok Zarul pun jadilah. so tugas Joe utk memikat isterinya agak sukar. Bertahun2 bercinta, bukan mudah utk Lia melupakan Zarul. Tapi Joe seorang yg romantis dan dia tak pernah menyembunyikan masa silamnya dari Lia. Dulunya dia seorg playboy yg telah mendampingi ramai wanita sepanjang hidupnya. Lia berjaya mencuri hatinya dan dia sudah tiada hati kepada wanita lain. Memang Joe tak pernah buang masa apabila bersama Lia, mesti dia akan cuba mengambil hati Lia dan bersikap romantis.


Bagi aku cerita ini menarik tapi bagi aku jugak cerita ni tak sesuai utk bacaan remaja kerana adegan intim Lia-Joe selalu diceritakan dgn sgt grafik, pergerakan2 kecil pun diceritakan jugak. Scene2 lain tak diceritakan se detail itu lah pulak. Aku rasa cerita ni dah lebih dari menarik dah kalau tak ada adegan2 tu pun. Mgkin nak xtra kan rasa sweet dan sour dlm citer ni kot ;) Aku bukannya apa kalau yg jenis citer satu persatu utk scene yg mcm ni, rasa mcm bagi tunjuk cara lah pulak.


Joe memang mahu berubah dari jahat menjadi baik semuanya semata-mata kerana cintakan Lia. Kalau Lia menolak cintanya, pasti dia akan terus-terusan menjadi jahat. Malah Joe ni kelihatan seperti tidak menyesali langsung masa lampaunya malah apabila menceritakan sejarah hidupnya dia seperti berbangga kerana melalui fasa itu. Bukan hero favourite aku. Joe membuat aku teringat kat hero kegemaran ramai dlm novel Bahtera Cinta (Iffa Irdina), si Adiputra tu. Dia tu pun jenis layan ramai perempuan tapi bila jatuh hati dgn kejelitaan Wana, baru lah dia belajar erti setia. Selingan lah pulak! Tapi watak2 hero jengkel macam ni sangat memorable lah pulak sbb ada kelainan. Romantis memang tahap terlebih meter (tak terukur).


Zarul pulak mulanya kelihatan spt watak yg kuat, tapi apabila menerima tekanan dari Joe, dia kelihatan spt watak yg lemah and just going with the flow. Bg aku cintanya pada Lia tak cukup kuat kerana dia tak mempertahankan langsung kedudukan Lia di hatinya. Kalau dia ada sejarah hitam pun, dia sepatutnya menghadapinya dan biar Lia sendiri judge him. Dia memilih utk menutup kesalahan lalu.


Ada kejutan yg menunggu anda di akhir cerita. dan yg pastinya, it's a happy ending :) :) :)


sure fine whatever
Rinn



blurb/sinopsis belakang buku


A - Yg manis, harum lagi wangi itu Zarul

"Kira org ni taraf cincin gula-gula ni ajelah."
"Sepuluh ringgit tu." Sungguh-sungguh dia cakap.
"Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun." Aku jeling dia.
"Byk cakap pula... kalau tak nak bagi balik." Dia hulur tangan kiri.


Tak tahu pula mcm ni punya seronok apabil dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
"Ni kira orang 'cuplah' ni." Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B - Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul


"Bayar cincin ni." Kata dia. Betul ke ni, apa yg aku tengah dengar ni.
"What?" aku terjerit di situ.
"Pay for this." Relaks aje dia mengarah aku lagi.
"Okey... saya bayar!" Aku jeling dia.


Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10,000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

----
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia? Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

Sunday, April 18

Mei 2010: Sweet Sour - Nasz Dari Jemari Seni


A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul


“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”

“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.

“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.

“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.


Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.

“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.

Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul


“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.

“What?” aku terjerit di situ.

“Pay for this.”Relaks aje dia mengarah aku lagi.

“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.


Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* * *

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?

Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!