Wednesday, August 27

Faizal Dzasrik


geng..
sapa2 yg nak jumpa Faizal Dzasrik:

tarikh: 30.08.08
masa: 2 - 3 ptg
tempat: mph subang parade

siapa faizal dzasrik?
ni karyanya..


Tajuk: Ini Suatu Cerita
Penerbit: PTS
Harga: RM24.90
Jumlah Muka surat : 512


3 lelaki berbeza,
3 perempuan berbeza (Ops! Silap!)
Ada ramai sebenarnya...

Siapa mereka?
Menarik sangatkah kisah hidup mereka?


Tajuk: Yong Tau Foo
Penerbit: PTS
Harga: RM21.90
Jumlah Muka surat: 400

Dua jejaka dan seorang gadis yang berusaha memajukan diri mereka. Pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi sebelum mereka berjaya.

Sebelum....

Yong – "Aku perempuan malang yang bodoh dan gagal dalam hidup..."
Taufik – "Aku budak lagi, mak dan kakak boleh jaga aku..."
Foo – "Tak ada orang sayang aku..."

Selepas....

Yong – "Siapa cakap aku tak boleh berjaya? Selagi ada kemahuan...di situ ada jalan..."
Taufik – "Aku lelaki, aku yang perlu jaga mak dan kakak aku..."
Foo – "Bila kita sayang orang, orang akan sayang kita..."

sumber: pts

Terima Kasih Semua

TERIMA KASIH SEMUA…

Tarikh : 23 Ogos 2008
Masa : 11 pagi - 1 petang
Lokasi : Kenny Rogers, Maju Junction Jalan TAR
Perkara : Perjumpaan Kali Ke-2 Geng Kicap


CATATAN SAYA

Assalamualaikum…

Syukur Alhamdulillah…. seperti yang diatur, rancangan perjumpaan kali kedua Geng Kicap berjalan lancar walaupun kami terpaksa menunggu lebih setengah jam menanti tempat lokasi pilihan dibuka (hmmm...sebenarnya kan, kami orang pertama yang melangkah masuk ke dalam restoran tersebut pada hari itu ..jadi, kamilah pelanggan pertama KR pada hari tersebut taw..hehehe).. nick, silencez, acun, dyea, kak Ju’a, bonda Qimi, kaypo, cky dan juga wa;kucc_aprilsnow. Tidak ketinggalan puteri nick yang comei serta 3 jejaka kacak yang semestinya milik mama geng kicap yang paling cun,, sapa lagi,acun lerr beb….

Riuhnye kami si kicap-kicap semua bila dah berjumpa macam laa restoran tu kami dah tempah keseluruhannya, ekekeke, nasib baik lah pekerja-pekerja di situ sangat baik hati dan bertimbang rasa dengan keadaan kami yang kecoh tahap tak ingat ni. Kami juga dibenarkan meletakkan juadah yang kami bawa untuk dinikmati di situ(errk..sil kita ada mintak izin tak eh?, (mcm tak je. mintak dia tolong susun meja je ada lah :P) hehehe, tak kisah laa , belasah jer lah kan beb)..Eh jangan salah faham, kami beli jugak makanan mereka taw….mestilah kan, kang ada yang aci kena lempar keluar lak…wakakaka

Perjumpaan kali ini tambah meriah dengan kehadiran 2 tetamu istimewa undangan khas Geng Kicap iaitu Encik Baharuddin Bekri dan Puan Norzailina Nordin..jutaan terima kasih kami atas kesudian En. Din dan Kak Lina meluang masa hujung minggu bersama-sama memeriahkan perjumpaan kami…hehehe seronok tengok keramahan Kak Lina dan En .Din menjawap tiap soalan dari ahli-geng kicap yang bermacam ragam. Paling best tengok aksi En, Din buat silap mata di depan putera2 acun…tak sangka ada bakat lain selain menulis rupanya En. Din kita ni ye…hehehe
Di samping itu, perjumpaan kali ini turut mengambil kesempatan meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran 2 ahli Geng Kicap, kak ju’a & acun yang jatuh pada 12 & 13 Ogos lepas...hepi besday darling kicap2ku!!!.(ucapan terima kasih pada Naib Presiden Geng Kicap, nick yang sudi menaja kek yang sangat mengujakan mata dan deria rasa tatkala melihatnya…dan semoga 2nd boss kita ni akan terus menjadi penaja rasmi kek untuk majlis2 Geng Kicap akan datang ye…hehehe (eerk sil, apsal wa rasa macam ada naga merah jambu berdiri kan sebelah ini…bahang beb, bahang…panazzz….nick, *wink*wink*, kucing siam ungu kenyit mata nak ngorat naga merah jambu ..nick, cupika cupiki ye…u my frenz beb..hehehe)

Penutup majlis, kami merakamkan foto kenangan-kenangan bersama 2 tetamu istimewa pada hari itu….Lihatlah aksi-aksi yang sempat dirakam oleh jurukamera handalan Geng Kicap, si pipi gebuss ;dyea…
Kak Lina, terima kasih byk2 untuk cup cake yg yummy!(eerk kak lina, kucc "rompak" satu tupperware ni bwk balik taw, geng kicap yg lain terkejut, ternganga, terlopong, terkedu tgk ...ganazznya wa kan beb, ekekeke...) Buat Geng Kicap, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk perjumpaan kali ini. Insyaallah, perjumpaan ke-3 akan menyusul nanti.

Wassalam…

Yang Menjalankan Tugas,
kucc_aprilsnow

Tuesday, August 26

L.U.V.E oleh Pingu Toha



The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy

Siapa yang harus dipilih?

Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!

Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana?
Namun untuk ‘I love you’? Jawapan yang pasti untuk The Love. Tapi....

+ + + + + +

Benarkah penulis lelaki menyembunyikan rasa cinta dalam tulisan mereka? Pernyataan itu tentunya salah sekiranya anda membaca romantis-komedi L.U.V.E dari hati seorang Pingu Toha!


Harga: RM16.50

Harga pembelian melalui pos: RM15.00 (mulai 8 Sep. 2008)

Thursday, August 21

CESB - Ogos 2008



Harga: RM23.90

CINTA Najiha pada Farhan mekar tersendiri di dalam hati ketika di alam persekolahan namun kejadian diari yang hilang mengakibatkan perasaan yang meranum itu padam tiba-tiba. Pertemuan dengan Ahmad Najib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Mengenali Ahmad Najib seperti melalui hari yang sangat bermakna kepada Najiha. Jejaka itu tulus menghulur salam dan tanpa disedari, ada perasaan halus menyelinap dalam diri Najiha.

Hari-hari mendatang bagaikan pelangi pagi yang menerbitkan warna ceria namun kemunculan Syed Rahizam seperti petaka yang membunuh segalanya. Najiha tersepit antara keikhlasan Ahmad Najib dan kerakusan Syed Rahizam yang sudah hilang kewarasan. Antara dua jejaka, Najiha menyambut salam George yang sentiasa menaruh harapan walaupun mengetahui gadis itu tidak akan semudah angin lalu datang dan bertakhta di persada perasaannya. Tiga lelaki yang mencetus pelbagai warna kehidupan menjadikan Najiha matang menilai kemanusiaan dalam meniti arus kehidupan. Najiha membawa lara hati bersama lelaki yang paling tulus. Siapakah dia di hati Najiha?




Harga: RM23.90

NISHA… dalam dilema kerana dianak tirikan oleh ibunya sendiri tanpa sekelumit kasih sayang. Melarikan diri adalah cara terbaik untuk membuktikan kebolehan diri pada ibunya. Dalam kegetiran dia belajar sebagai pelajar jarak jauh dan juga bekerja keras demi mencari wang untuk perbelanjaan dirinya, dia terpaksa berhadapan dengan peristiwa yang tidak pernah disangka-sangka. Dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihan hatinya kerana salah faham. Walaupun perkahwinannya tanpa dirancang tetapi dengan kehadiran lelaki yang bernama sang suami membuatkan dirinya bahagia kerana itulah cinta pertamanya.

Dalam membina kebahagiaan rumah tangganya dia berhadapan pula dengan bekas isteri suaminya, kerana salah faham dia juga telah dihalau keluar dari rumah oleh suaminya tanpa mengetahui bahawa dia sedang mengandung dan juga menghidap kanser rahim. Demi kasih sayang pada suaminya Irwan, Nisha juga merahsiakan penyakitnya dan ingin melahirkan anaknya walaupun dia tahu dirinya kini dalam bahaya. Adakah Nisha dapat mengembalikan cinta suaminya? Mampukah Irwan menghadapi saat-saat isterinya yang bertarung dengan maut untuk melahirkan zuriatnya?

merah atau ungu..


geng..
click sini
cuba pilih mana yg lagi ok. mana tau, boleh bantu En. Bahruddin buat pilihan hehe.

tq.

Wednesday, August 20

Majlis Hijab Sang Pencinta



Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf21
Harga : RM19.90
Halaman: 503 m/s

blurb:
Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.








ok geng. ni gambar petang tadi. sowwy.. kualiti kureng. maklumlah.. kamera categori oldies. kerusi2 kat depan tu kosong lagi.. kitaorg antara tetamu yg sampai awal - yg ke-4 & ke-5. oh ya.. waktu sampai tu, serentak dgn RAM & family hehe.

jangan tanya kenapa cuma beberapa keping ni je. masing2 sedia maklum, kami kan pemalu. sempat bisik pada cing.. kalau si dyea ada ni, mesti waktu kita makan dia dah ke sana sini ambik gambar :P

waktu En. Nordin berucap, akhir tu bila disebut tetamu2.. termasuk `gengkicap'.. macam2 rasa ada. hehehe.. rasa apa eh cing? dengar tetamu kat sebelah carrie tanya, mana satu gengkicap? haha. haa.. cerita lain, tunggu sabtu ni k. Haa sebelum tu. mc majlis; Richie Rachman.

Sekali lagi, terima kasih banyak2 utk En. Nordin..
Juga untuk Norzailina Nordin, Eka Fahara, Anis Ayuni dll.. lain masa jumpa lagi. InsyaAllah.

Tuesday, August 19

Tunas


Tajuk Buku : Tunas
Penulis : Hlovate
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21.00
Genre : Novel Remaja

****1/2
******************************************************

"..kan orang dah kata don't trouble the trouble if you don't want the trouble to trouble you!!...Nak cari pasal?Heh, malam sikit!..."

Apa Kata Saya

Jika dalam filem, lakonlayar adalah kerangka asas berdirinya sesebuah cerita/filem, maka "lakonlayar" sesebuah novel juga adalah tunjang kekuatan sesebuah naskhah kerna kekuatan "lakonlayar" sesebuah naskhah sangat penting bagi membangunkan sebuah cerita agar persembahannya mampu memakukan pancaindera pembaca hingga ke noktah terakhir.Justeru itu, tanpa sebuah "lakonlayar" yang baik pendekatan penceritaannya, maka sangat sukar sesebuah cerita berdiri menjadi naskhah hebat. Hebat di sini bukan saja memfokuskan pada isi cerita tetapi yang lebih utama nilai pemikiran positif yang disuntik oleh sang pencerita di dalam naskhahnya sebagai renungan pembaca.

Perwatakan adalah nadi dalam sesebuah cerita.Terlalu ramai watak yang terdapat didalam sesebuah kisah/cerita adakalanya akan menjadi faktor penyebab hilangnya fokus penceritaan. Pemusatan cerita akan jadi bercelaru dan ini akan mengkucar-kacirkan tumpuan pembaca. Akan tetapi ,ini tidak berlaku dalam Tunas. Nur Addin Shah, Kucai, Benz, Fisha, Jen, Pa'e,Kurt, Reza, Padi, Agul, juga Joe & Q'd dan tidak ketinggalan si budak bertujuh Magnificient 7; A-cid, K-Oi, Juki, Im, Eady, Lee & Air-Jee adalah barisan "pelakon" hebat yang menjadi tunjang kekuatan persembahan mantap naskhah ini. Persembahan mereka turut dibantu watak-watak sampingan lain yang turut sama mewarnai jalan cerita ini.

Setiap karakter berdiri atas imej diri dan dikembangkan dengan baik beserta falsafah dan pendirian berbeza.Ia sekaligus mencorakkan lagi penceritaan dan menambahkan darjah keseronokan membaca.Paling menangkap perhatian tidak lain tidak bukan karakter Addin juga "adik-adiknya" si Magnificient Seven. Bagi saya "penjenayah" inilah kekuatan sebenar naskhah ini. Penjiwaan Addin dan "adik-adiknya" sangat menonjol tapi penuh keselambaan. Mimik muka yang digambarkan, gerakan badan dan gaya mereka yang energetik memberi sentuhan juga aura yang sangat memikat.

Tunas bagi saya memperlihatkan kekuatan naratifnya yang tersendiri. Biarpun hanya berdiri sekadar sebuah naskhah genre remaja, namun elemen-elemen yang terbina dalam proses penceritaannya nyata membentuk sebuah kerangka yang amat kukuh dan tegap.Persembahan dari setiap bab ke bab membentuk satu kesinambungan yang bergerak seiring dengan prosesnya, satu persembahan "sinematik" yang cukup cantik , impresif yang berjaya membuatkan pembaca terkaku dengan formasi "peperangan" yang digambarkan. Sekalipun hanya paparan di kertas, kehebatan paparan ini mampu menongkah minda membaca membayangkan aksinya dilayar nyata.

Saya suka melihat kehebatan teknik suntingan dalam Tunas; kemas, begitu sistematik dan bertertib sekali prosesnya. Barangkali ini antara cerita yang berjaya mempersembahkan babak "peperangan" di kertas yang begitu mengagumkan sekali. Begitu juga dari laras suntingan bahasa, babak yang "close-up" misalnya mampu mengungkap ekspresi watak-watak dengan begitu berkesan. Kita seolah-olah boleh mengungkapkan di minda ekpresi watak berkenaan ketika itu.

Kesimpulan saya, Tunas bukanlah rangkaian gambar bergerak. Ia adalah sebuah karya kreatif yang dibangunkan menerusi format cerita yang diselitkan dengan saranan dan hujah merangkumi hal manusia dan kemanusiaan dari sudut minda remaja...sekumpulan remaja. Namun dengan kreativiti, naskhah ini mampu membentuk layar di minda setiap pembaca untuk melihat gambaran cerita itu bergerak..dan terus bergerak hingga ke akhir cerita.Buat sang pencerita nan istimewa ini, karya anda seringkali mengujakan saya...dan akan terus mengujakan, insyaallah. Teruskan pena sakti anda menari bertazkirah buat kami semua pembaca yang mencintai karya anda.

Kisahnya

Tunas terbahagi kepada 2 segmen penceritaan; @GreatTroubleMaker 1 @ GTI_i dan Magnificient Seven. GTI_i adalah kisah Nur Addin Shah @ Didi sebelum bergelar Dr. Addin Shah..kisah Didi dan abangnya Kucai di Kolej Tunas juga rakan-rakan mereka, Fisha, Jen, Pa'e, Benz, Kurt, Reza, Padi sebelum masing-masing meneruskan haluan hidup di luar kepompong sekolah setelah tamat SPM.Banyak kisah, banyak insiden yang mewarnai watak Addin selaku peneraju utama.Paling utama bagi yang telah membaca Aa +Bb, di naskhah inilah akan anda ketahui bagaimana kisah Addin & Benz bermula...hikayat mereka berdua yang penuh warna, penuh rasa, penuh cerita...namun hanya dinoktahkan di Aa+Bb.

Segmen kedua yang memaparkan lagenda si 7 budak genius, Magnificient Seven juga sangat mengagumkan. Ku Azharurashid @A-Cid, Khairul Falah Hazruqee @Juki, Mohd Eady Shahrazi @ Eady, Syed Mohd Aimran @ Im, Muhamad Faridz Lee @ Lee, Fazrul Kheynaizi @ Air-Jee dan Shahazrqul @ K-Oi adalah rangkaian si pemilik nama yang membentuk satu pertubuhan yang membina wilayah jajahan takluk mereka dengan kekuatan hasil gabungan aura minda masing-masing hingga membentuk diri mereka bertujuh menjadi sebuah lagenda.

Buat yang belum memiliki naskhah ini, ia nyata tidak akan merugikan tiap sen anda...terlalu banyak yang boleh dikutip, difikir dan dipelajari dari naskhah kecil ini. Selamat berhibur bersama GTI_i dan Mags 7.

Friday, August 15

Taraaaa......Akhirnya yang ditunggu sudah terbit..eeehooo!!

"apabila hujan turun,
melimpahlah air dari perbukitan,
aliran menujah ke batu,
melekuk tanda waktu beralih,
seiriring nyawa menghanyut usia,
sejalan nafas melangkah je hujung,"

"Awan kalau dapat dicapai, Maka saktilah hamba!..."

**************************************

Dannnn....unsur sensasi paling kebaboommmm..jeng jeng jeng, jangan jeles petala kelapan ye wahai kicap2ku sekalian alam ( jemputan istimewa dari Inche Norden utk kucc & silencez saje ye..ekekeke..

p/s: wa tengah gelak goleng2 ni..syiokkkknyerr wat lu orang semua jelessss;hehehe, hohoho,lalalala )


2 buah buku terdahulu dalam siri ini:

Tuesday, August 12

Buku baru Fajar





okey geng..
utk peminat buku terbitan Fajar Pakeer, ni ada buku baru.
terima kasih utk cik aprilsnow yg baik hati hehe. thanks sis.

Fitrah Kasih




Tajuk: Fitrah Kasih
Penulis: Ilani Mysara
Halaman: 480
Harga: RM18.00

MURNI ditakdirkan lahir sebagai anak yang tidak suci atau lebih tepat lagi hasil daripada perbuatan sumbang mahram. Walaupun kehadirannya tidak dipinta, namun ujian ALLAH dia rela menerimanya. Hidupnya setiap hari dihiasi dengan cacian dan hinaan. Lantas, pada siapa dia harus mengadu? Sebagai manusia yang punya perasaan, hatinya sentiasa merintih pedih.

Darahnya dikatakan kotor dan keturunannya dianggap tidak baik untuk dijadikan menantu. Disebabkan itu, dia terpaksa melupakan rasa cinta yang mula berputik di jiwa. Dengan memegang status sebagai anak tidak sah taraf, dia sering menghumban dirinya ke lembah yang paling hina. Biarlah... dia rela berkorban andai itu suratannya.

Seandainya dia memang tidak layak untuk mengecapi bahagia, mengapa dirinya difitrahkan cinta? Kalau darah ini tidak serupa yang halal, mengapa ada cinta senandung di hati? Biarlah... buat apa hendak diharap burung yang terbang kalau diri merayap di bumi.



"Shah... Apa yang aku buat sekarang adalah sebagai pengorbanan. Aku terpaksa, Shah. Aku gadai cinta aku semata-mata demimu. Ketahuilah, walau apa jua yang berlaku, hati ini tetap milikmu. Aku berharap suatu hari nanti, kau ketemu jodoh yang lebih baik."


Bacalah demi satu keturunan yang bakal anda cipta.

Happy Birthday JU'A

Glitter Graphics
Glitter Graphics @ SweetComments.net


Glitter Graphics
Glitter Graphics @ SweetComments.net


Glitter Graphics
Glitter Graphics @ SweetComments.net

Thursday, August 7

It's Time for De Kicap's 2nd Meeting...

Ok geng, wa mewakili Majlis Tertinggi Kabinet Negara Kicap ingin memaklumkan bahawasanya perjumpaan kali kedua Geng Kicap akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 Ogos 2008 @Sabtu bersamaan 21 Syaaban 1429H.
Masa : 10 Pagi ( jgn lewat haa, kang ada yang kena denda mandi kicap lak...ahaaks)

Tempat : Kenny Rogers, Maju Junction, Jalan TAR.

Adalah diharapkan geng kicap semua dapat menghadirkan diri kerana kita juga akan meraikan majlis harijadi 2 anggota geng kicap; Acun & kak ju'a.

Ahli kicap yang sudah mengesahkan kehadiran:
1. nickyazrai si naga ekor kuda *wink wink :P
2. kucc_aprilsnow
3. ju'a
4. dyea
5. qimi (kiv)
6. kaypo
7. silencez

oh ya. kita juga ada tetamu undangan. nanti kita update :D


p/s : kalau ada sesiapa yang ingin membawa juadah ke majlis ini, kami menerima dengan tangan terbuka, tapi harap2 tu bawak laa apa2 yang patut ye ....hehehe

Tuesday, August 5

Sandaran Hati



Tajuk: Sandaran Hati
Penulis: Aini Marisha
Penerbit: Alaf21
Halaman: 480
Harga: RM18.00

KEMELUT yang melanda kak long kerana diperkosa oleh lelaki yang tidak dikenali telah membuatkan Amalia amat membenci setiap insan bernama lelaki. Kak long menderita sehinggalah dijemput ILAHI akibat penyakit serius yang ditanggungnya.

Amalia sedih lalu membawa diri ke kota metropoitan dengan bekerja di sebuah syarikat terkemuka. Di sana, dia menemui Farhan Hakim yang menaruh perasaan terhadapnya. Ketulusan dan keikhlasan hati Amalia telah diambil kesempatan oleh seseorang yang amat mencemburuinya. Dengan rancangan yang teliti, Farhan yang telah diberi pil khayal hampir merenggut kegadisan Amalia.

Keampunan dan kemaafan berulang kali dilafazkan kerana Farhan tidak berniat berbuat begitu. Namun, sampai bila Amalia harus membenci lelaki sedangkan ada insan yang sudi bertapak di hatinya? Mulut kata tidak, tetapi hati kata mahu. Namun, apakan daya... Raihana terlebih dahulu menagih cinta daripada Farhan. Amalia pasrah kerana tidak mungkin dia memenangi perlumbaan cinta ini. Hanya yang berhak mendapatkan cinta suci ini.

Puas brdoa di hadapan Kaabah, namun wajah lelaki itu datang menerpa sanubarinya. Sesak nafas tatkala Farhan hadir mengusik jiwa perempuannya. Akhirnya, Amalia sekali lagi cuba membawa diri jauh dari tanah air ketika Raihana menunggu lafaz ijab dan kabul daripada Farhan.


"Oh, TUHAN... ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. Tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu?"

Monday, August 4

Intan Delaila



Penulis: Siti Rozilah
Penerbit: KakiNovel
Harga: RM19.00
Harga Ahli: RM15.00 termasuk kos penghantaran

Blurb:

TEMAN, sesungguhnya aku cuba untuk menjadi terbaik di sampingmu. Tapi Camelia, entah kenapa kau tak pernah menyukaiku. Tak pernah menilai kehadiranku di sisimu sebagai seorang sahabat. Walau puas aku berusaha untuk memenangi hatimu. Walau puas aku bersabar dengan karenahmu. Segala apa yang aku miliki, kau cuba merampasnya dari tanganku.

TEMAN, tidak cukupkah derita yang kau taburkan setelah berjaya merampasa Iman Daniel dari tanganku? Tidak cukupkah segala yang kau lakukan untuk melukakan hatiku?

DAN, tatkala aku sedang cuba menggapai bahagia dengan cinta baruku, kau tiba lagi dengan selaut dendammu. Kau tega mengirai-ngirai maruahku di hadapan seluruh ahli keluargamu. Kau tidak mahu melihat aku bahagia.

TEMAN, kenapa kau sering menuding jari tatkala kau gagal mendakap kebahagiaan? Kenapa kau sering menyalahkan orang lain sedangkan kau tak pernah menilai dirimu sendiri?

AKU memohon padamu duhai teman, biarkanlah aku sendiri. Biarlah aku susuri sisa-sisa hidup ini dengan secebis ketenangan. Adakah terlalu sukar untuk kau mengerti...

Saturday, August 2

Belasungkawa Sasterawan Negara S Othman Kelantan.

Al fatihah ke atas pemergian Sasterawan Negara S Othman Kelantan.

Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali sebagai S Othman Kelantan pulang ke rahmatullah pada jam 12.05, 31 Julai di Hospital Serdang. Difahamkan arwah mengalami sakit jantung, paru-paru berair dan juga tekanan darah rendah

Dr. Syed Othman pernah menjadi guru (1952-1979). Tutor Bahasa Melayu USM pada tahun 1980-1983, pensyarah di UKM (1983-1996) dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Juga merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri Kembangan, Selangor

Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.

Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina.

Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003)

p/s : Maaf kiranya entry ini agak terlewat