Tuesday, October 16
Sneak Peek: Saranghaeyo, Arumi!
Covernya manis, tentu menarik perhatian remaja dan peminat cerita korea. Yang saya dapat ni pun cetakan kedua :)
Nipis saja bukunya... ada sambungan di buku kedua nanti... :)
Back cover dan blurb
flap yang dilipat ke bahagian dalam kulit belakang buku ni dipanggil apa ya?
butir-butiran penerbitan. sudah masuk cetakan kedua! Patutlah susah dah nak cari di kedai2 semasa bulan lepas. Bulan ini sudah banyak tersusun di rak-rak. :)
Last page : 365... tak tebal sangat :)
Saranghaeyo, Arumi!
Arumi Kekasihku!
Penulis: Rose Harissa
Terbitan PTS Litera Utama
editor pengurusan: Nor Adilah Riduan
editor perolehan: faiizah Lood
RM18.00
sabah/Sarawak 20.00
365 mukasurat
habis dalam masa satu hari! :) memang sayang nak lepas buku ni sejak dimulakan muka surat pertama. Arumi buat aku teringat pada Safiy Aqil yg merupakan bekas pengidap sindrom asperger. Sukar berkomunikasi dgn perempuan, cuma Arumi ni bukan pengidap, dia normal dan lebih agresif dan garang. kena pula dengan lawannya Aiyani yang jadi garang bila datang anginnya. Rupanya penawar kepada Arumi adalah penampar. Tamparan yg membuat Arumi jatuh hati pada Aiyani. Jenuh Aiyani menepis gosip yg mengatakan dia kekasih Arumi. Arumi punya ramai peminat yang obses lalu Aiyani menjadi mangsa. Tempat Arumi tumpang bermanja juga disimbah bahaya. Siapakah Arumi sebenarnya? Bila topengnya dibuka, semakin ramai gadis yang gila padanya. Aiyani sudah mula membuka hati untuknya tetapi sesuatu terjadi membuatkan Arumi lupa. Endingnya terasa seperti menekan butang reset terhadap segala-galanya. Dan kisah baru akan bermula dalam sambungan novel ini seterusnya. Adakah Arumi tetap akan jatuh cinta pada Aiyani sekiranya mereka bertemu dalam keadaan lain?
Kisah cinta remaja ini walaupun kelihatan ringan dan manis, berjaya disulam dengan scene sedih dan menyentuh hati dengan baik sekali menjadikan ianya kelihatan seimbang. tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat. :) tak sabar nak baca sambungannya.
sure fine whatever
Rinn
blurb/sinopsis
Pertembungan Aiyani dengan Arumi Aisy, memulakan segalanya. Aiyani yg aegyo, menarik minat Arumi yg selama ini dingin kepada gadis lain di kolej. Biarpun mereka bagaikan kucing dan ajing, Arumi menemukan bahagia di kafe comel milik ibu Aiyani. Surat2 hitam memaksa Arumi menyingkap tabir dirinya yg selama ini penuh misteri dan rahsia. sehingga akhirnya Aiyani mula yakin bagi mengucapkan 'saranghaeyo arumi' tetapi saat itu memori Arumi bagaikan hilang bersama angin.
selamat membaca!
Tuesday, April 26
Jom Berkenalan dengan Avian dan Arisa

Tambahkan satu lagi aktiviti di pesta buku nanti
Tarikh : 1 Mei 2011
Hari: Ahad
Masa: 2 petang - 3 petang
Lokasi: Booth PTS di PWTC
Sesi Permainan dan Tandatangan bersama Rose Harissa dan Lily Haslina
Masa: 5.00 - 6.00 petang
Lokasi : Booth PTS di PWTC
Sesi Permainan dan Kuiz Siri Motivasi Remaja Baru
Ada sebarang persoalan mengenai siapa Avian dan Arisa? Boleh bertanya terus dengan Rose Harissa dan Lily Haslina :)
JUMPA DI SANA.
Thursday, February 24
Rinn Reviews: ...dan cinta pun tersenyum.

...dan cinta pun tersenyum.
Penulis Nora Ismail (a.k.a Rose Harissa)
Editor : Norhayati Berahim
Terbitan NBKara
630 mukasurat
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
http://novelnbkara.blogspot.com/
Ervan
Indonesia
Surihani
Malaysia
"Sedangkan dua negara bisa berdamai, inikan pula dua hati..."
Lepas pegi majlis pelancaran baru lah aku perabis novel ni :) Nora menyatukan dua hati berlainan negara dalam kisah cinta menyentuh hati ni. Karya ini menggabungkan dua bahasa dalam satu naskah. Ianya sesuatu yg baru bagi aku. Tetapi Nora berjaya membuat kita berupaya mengasingkan lenggok bahasa melayu malaysia dgn lenggok bahasa melayu indonesia apabila membaca dialog watak berlainan negara dalam novel ini. Kedua-dua bahasa itu diintegrasikan dengan baik dan dibantu dgn maksud perkataan indonesia di penghujung setiap bab bagi memudahkan pemahaman pembaca malaysia.
Ervan adalah model metroseksual kaya raya dari Indonesia yg terpaksa tinggal di Pulau Besar, Johor atas perintah ibu dan ayahnya. Mak dia org Malaysia dan ayahnya orang Betawi. Resort Prima Sakti dibina dengan namanya yg gah. Ervan menurut tetapi pada masa yg sama dia cuba memberontak dari jauh. Sikap Ervan membuat ramai pekerja resort yg pelik dgn sikapnya. Dah la tak tahan panas, dengan nyamuk pun dia nak gaduh.
Surihani adalah gadis pulau yg berpendidikan luar negara. Bertahun di luar negara tidak pernah mengikis kemelayuan dalam dirinya. Setiap kali Ervan berbicara dlm bahasa Inggeris Amerika, Surihani akan sentiasa membalasnya dalam bahasa melayu. Tapi bila Ervan cakap melayu Indonesia, kerap juga Surihani salah faham sehingga percuma saja Ervan menerima tamparan wanita dari Surihani. Entah berapa kali lah Ervan tu merajuk, haha. Mau Surihani tak bara, nak jalan balik rumah pun Ervan guna payung! Aduih.
Separuh pertama cerita ini adalah dirancakkan dengan serangan balas membalas dialog antara Surihani dan Ervan. Dialog2 mereka menjadi penyeri cerita membuat kita tergelak-gelak dengan kerenah pasangan ini. Tragedi yg dicetuskan penulis di tengah-tengah cerita adalah cukup mengejutkan buat aku sbb memang tak sangka langsunglah tragedi sehebat itu datang menduga sedangkan mereka sedang membilang detik tibanya hari bahagia.
Watak Akhil yang sejak kecil dipandang tinggi oleh Surihani berubah menjadi watak negatif setelah pinangannya ditolak. Akhil tu memang bila cakap jer mesti ada ayat2 fitnah, ayat2 spekulasi dan ayat2 nak melaga-lagakan orang. Tak pernah nak bersangka baik. Memang sakit hati betul lah dgn Akhil tu. Penulis seperti menunjukkan perbezaan antara cinta yg menguasai akal dgn cinta yang dipandu akal melalui watak Akhil. Cinta antara manusia bukanlah yg paling utama dalam hidup kita. Cintai Allah dahulu, barulah menyintai orang lain.
Di awal cerita Ervan yg memburu cinta Surihani tetapi di akhir cerita, Surihani yang memburu cinta Ervan. Macam mana boleh jadi macam tu? hmm...
Tisu kena claim dgn Nora nih.
sure fine whatever
rinn
blurb/gengkicap/sinopsis
"Ervan... ini matahari pagi, bagus sbg vitamin D yg penting utk kekuatan tulang. Kamu tahu kenapa kamu tak tahan dgn cahaya matahari walaupun sedikit? Itu kerana kamu adalah org yg berambut keperangan asli dan kulit berwarna putih. Org yg paling tahan kena radiasi matahari adalah org yg berkulit gelap. Semakin gelap semakin terlindung dari sinar matahari. Tapi kamu, putih macam cicak! Manalah nak tahan dgn cahaya matahari!"
"What?" Ervan terpekik. "Kamu bilang aku seperti cecak?" Ervan merengus dgn mata terpelotot ke arah Surihani. Kalau tadi Surihani mengatanya sbg mannequin, sekarang sbg cicak pula! Eeii...! Ervan bergidik geli.
"Iya... cicak... ck... ck... ck..." balas Surihani sambil menggayakan bunyi cicak. Sengaja mahu menghangatkan hati Ervan. Tanpa mahu menunggu reaksi Ervan, Surihani meneruskan melangkah.
"Kurang ajar kamu! Dasar cewek jutek! Cuek!" maki Ervan dgn bengang.
..............
Aku mau pulih dari kesengsaraan ini. Yang kubutuhkan saat ini hanya cinta Tuhan bukan cinta darimu. Kerna secinta-cintanya manusia kepada manusia, kan nggak boleh cintanya lebih dari cinta kpd Allah? - Ervan
It's about love and hate. Never give up on someone you can't go a day without thinking about. Love like you've never been hurt. - Surihani.
Sunday, February 20
Terkini daripada PTS







Friday, February 18
Sesi Bersama Penulis NB Kara


terima kasih Kaksu dari NB Kara atas makluman ini. So skrg kita nk tolong war-warkan mengenai sesi bersama penulis nbkara ni. details seperti di bawah :)
Sesi bersama Penulis NB Kara Sdn Bhd.
19hb Februari 2011 (Sabtu) / 2pm - 3pm / MPH Mid Valley
Temui penulis
Norhayati Berahim, penulis novel Hujan Pun Menari & Dari Kerana Mata
bersama penulis novel
Nora Ismail, penulis novel ...Dan Cinta Pun Tersenyum.
Temui mereka untuk sesi bersoal jawab dan juga borak santai.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Thursday, November 25
Bakal Terbit dari NB Kara: ...dan cinta pun tersenyum...

Release date yg pasti belum lagi ada utk novel ini. Tapi dijangka akan berada di psaran dalam bulan Disember. Untuk maklumat terkini, jgn lupa ke blog roseharissa.blogspot.com dan blog nbkara http://novelnbkara.blogspot.com/
... dan cinta pun tersenyum ...
Penulis: Nora Ismail (a.k.a Rose Harissa)
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
isbn: 9789675229213
Terbitan NB Kara
Cetakan pertama 2010
636 mukasurat
"Sedangkan dua negara bisa berdamai, inikan pula dua hati..."
sinopsis/gengkicap/blurb:
"Ervan... ini matahari pagi, bagus sbg vitamin D yg penting utk kekuatan tulang. Kamu tahu kenapa kamu tak tahan dgn cahaya matahari walaupun sedikit? Itu kerana kamu adalah org yg berambut keperangan asli dan kulit berwarna putih. Org yg paling tahan terkena radiasi matahari adalah org yg berkulit gelap. Semakin gelap semakin terlindung dari sinar matahari. Tapi kamu, putih mcm cicak! Manalah tahan dgn cahaya matahari!"
"What?!" Ervan terpekik. "Kamu bilang aku seperti cecak?!" Ervan merengus dgn mata terpelotot ke arah Surihani. Kalau tadi Surihani mengatainya sbg mannequin, sekarang sbg cicak pula! Eeii...! Ervan bergidik geli.
"Iya... cicak... ck... ck... ck..." balas Surihani sambil menggayakan bunyi cicak. Sengaja mahu menghangatkan hati Ervan. Tanpa mahu menunggu reaksi Ervan, Surihani meneruskan langkah.
"Kurang ajar kamu! Dasar cewek jutek! cuek!" maki Ervan dgn bengang.
---------------
Aku mau pulih dari kesengsaraan ini. Yang kubutuhkan saat ini, hanya cinta Tuhan bukan cinta darimu. Kerna secinta-cintanya manusia kepada manusia, kan nggak boleh cintanya lebih dari cinta kepada Allah? - Ervan
It's about love and hate. Never give up on someone you can't go a day without thinking about. Love like you've never been hurt. - Surihani
Tuesday, November 9
Rinn Reviews: Seperti Keju & Coklat by Rose Harissa

Seperti Keju & Coklat
Penulis: ROse Harissa
Terbitan PTS Litera
RM16.00
sabah/sarawak RM18.00
261 mukasurat
Cover buku yg kaler merah buat aku teringat kat kad raya cina. Memang merah ang ang! Walaupun beli online kat toko che rose tak der diskaun dan kena bayar postage, aku selalu mmg tak kisah sbb mesti ada sisipan menarik bersama novelnya. Kali ni Rose menyelitkan sekeping lukisan gambar si hero bersaiz poskad dan sekeping penanda buku yg comel ;) thanks Rose.
Ini memang kisah yg menyasarkan golongan awal 20-an dan remaja belasan tahun. Ceritanya lebih dekat dengan golongan2 ini. Walau bagaimanapun RH menyelitkan kisah pemuda yg pernah mengidap penyakit yg disalahertikan sbg kurang siuman. Safiy Aqil memang suka bersendiri, dia sendiri tidak menyedari yg dia sebenarnya memerlukan seseorg yg memahami dirinya.
Sara yg tersua-sua menggoda Aqil tidak pernah mendapat perhatian Aqil tetapi Raisya yg biasa2 tetapi comel itu yg menarik perhatiannya. Aqil sentiasa tersentuh dgn perhatian ikhlas dari Raisya sehingga mereka boleh bersahabat. Persahabatan mereka dicemburui Sara dan Rafa'e. Diorang yg beria mengorat tetapi sasaran mereka terpikat kat org lain pulak. Rakan2 sekitar juga heran bagaimana lelaki pelik spt Aqil boleh didekati Raisya, seorg perempuan sedangkan dgn lelaki pun Aqil sukar bersahabat.
Cerita ini mengajak kita memahami kehidupan seorg bekas pengidap sindrom asperger dan pemahaman yg tinggi amat mereka perlukan utk menerruskan hidup dgn lebih normal. bukannya dgn cara disisihkan dgn tanggapan2 yang salah.
RH turut menyelitkan kisah hiba Aqil yg menyentuh perasaan. tangkap nangis la jugak. Aku tak expect nak turut menangis masa baca novel ni tapi kisahnya memang akan membuat kita turut bersimpati dgn Aqil.
Raisya tu sebenarnya teruja dgn Aqil yg rupa2nya seseorg yg dikaguminya melalui bahan bacaannya. Lawak pulak part Raisya paksa Aqil sain buku dia :)
Watak Sara dan Rafa'e berjaya menambah asam geram cerita membuat aku rasa seronok dan cepat menghabiskan novel ni. Sara jadi watak yg akhirnya insaf dan sedar kesalahan diri tetapi Rafa'e spt tidak menyesal tapi puas hati sbb dia diadili di mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal. And haruslah diingat bahawa aku adalah penggemar novel yg tidak terlalu tebal ya? hehe :)
Tajuknya mungkin menyebabkan org boleh keliru dgn siri Aku dia dan Coklat tu hehe... tajuk macam dekat2 pulak. Bahasa yg digunakan dalam buku2 pts termasuk buku ni adalah bahasa melayu standard.
Ending yg masa Aqil tukar status kat facebook dia tu comellah! sweet hehe.
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb:
"Kata orang, Aqil itu sering bercakap seorg diri semasa melakar rekaan..."
"Aqil itu pernah buat kerja gila, minum air dakwat lukisan semasa di tahun satu!"
"Sebenarnya... Aqil itu ada masalah mental..." Betulkah Safiy Aqil sakit mental? Alangkah ruginya, rupa kacak tetapi sakit mental pula!
Namun, semua persoalan yg berkumpul di otak Raisya terjawab setelah dia berada di satu ruangan kerja bersama Aqil.
Seperti keju dan coklat, betapa dua bahan berbeza boleh disatukan menjadi satu rasa hebat. Begitu juga dalam hal berkawan.
Aqil- "Berkat duduk satu ruangan kerja dgn awak dahulu, saya berasa punya kawan sejati. Berkat mengenal awak, saya juga dpt mengenal erti bahagia lagi."
Rupa2nya ada banyak rahsia yg disimpan oleh Aqil yg bukan sahaja mengejutkan Raisya tetapi seluruh Fakulti Alam Bina!
Tuesday, September 21
Terkini dari PTS

Siapa sangka keju dan coklat dapat 'bersatu' dalam hidangan pisang? Begitulah kisah Aqil dan Raisya. Safiy Aqil yang pernah menghidap Sindrom Asperger menuntut di UTM. Dia suka memencilkan diri dan tidak bergaul dengan sesiapa. Siapa sangka, abang tirinya, Rafa'e belajar di tempat yang sama, dalam jurusan yang sama. Rafa'e bukan sahaja menabur fitnah terhadap Aqil di hadapan Raisya malah di hadapan ayah mereka, Dato' Hamdan sehingga Dato' Hamdan membenci Aqil sekeluarga. Pada semester ini, sudah tiga kali Aqil mengulang subjek yang sama. Pada semester ini juga, dia 'terpaksa' berkenalan dengan Raisya.
Raisya berjaya mengubah Aqil, dari seorang yang pendiam dan lokek senyuman, kini Raisya berjaya membuatkan Aqil menguntum senyuman. Aqil juga kembali bersemangat untuk menamatkan pengajiannya. Siapa sangka, hujan di tengah hari. Ada seseorang mengoyak lukisan AutoCad Raisya pada hari penilaian. Lukisan Aqil turut sama dikoyak. Angkara siapakah ini?
Aqil ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Hanya kerana kehilangan handset, Aqil lewat menerima berita kematian ibunya. Aqil ditimpa kemalangan. Namun, kemalangan itu membongkar segala kejahatan Rafa'e dan ibunya. Raisya setia menemani dan memberikan sokongan moral kepada Aqil. Akhirnya keju (Aqil) dan coklat (Raisya) bersatu dalam perhubungan jarak jauh.
.jpg)
Peti derma Masjid Victoria tidak boleh dibuka kerana nombor kombinasinya entah ke mana. Zahra, gadis pemalu yang suka bertudung hitam diarahkan menyiasatnya. Dibantu dengan rakan-rakannya yang juga pemalu, Zahra perlu berhadapan dengan penduduk Kampung Nabawan Vitoria yang aneh-aneh.
Bukan sahaja perlu menyiasat, Zahra juga perlu bersaing dengan seorang penyiasat yang gemar berpakaian putih. Penyiasat yang sentiasa mendahului Zahra. Namun, tanpa mereka sedari, semua langkah mereka sudah diperhatikan oleh seorang perempuan bertudung biru.
Apa seterusnya yang terjadi kepada Zahra dan rakan-rakannya?
Ini bukan kisah berkenaan itu sahaja. Temui juga Tuan Crocodile, Mawar Astakona Harum Berlima dan L. Jalil dan ramai lagi watak yang akan mengharu birukan hidup Zahra dan rakan-rakannya.

Lisa adalah gadis biasa. Tiada istimewa pada dirinya. Dia hanya punya angan-angan dan doa. Dia mahu jadi cinderella yang sentiasa puny pari-pari membantunya tatkala dia berada dalam kesusahan. Namun, Lisa tahu itu mustahil. Kuasa tuhan mengatasi segala keajaiban di muka bumi.
Tuhan mendengar doa Lisa. Berkat kejujurannya tatkala bekerja sambilan, dia diberi ganjaran menyambung pengajian di Kolej Universiti Malaysia. Di sana sgala-galanya bermula. Hidup Lisa diduga.
Dia duhambat dan dibuli seorang jejaka yang dipanggil 'anak raksasa'! Mengapa Farid dipanggil anak raksasa? Mengapa pula Farid menggelar Lisa sebagai 'nenek kebayan'?
Itulah terjadi apabila gadis yang biasa-biasa sahaja bertemu dengan jejaka luar biasa!

Tuesday, March 2
Bengkel Motivasi dan Penulisan Kreatif
Friday, January 15
Coming Soon Feb2010: Wasilah Cinta Weera
Akhirnya lahir jugak WCW
Sari Ayu comellah!!! huhu...
Tajuk: Wasilah Cinta Weera
Penulis: Rose Harissa
RM 20 / RM 23 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-70-9,
Tarikh Terbit: 15 February 2010
Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah.
Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagian untuk sesiapa yang mengertikannya.
Pengertiannya, menitis lembut pada kata Wasilah Cinta Weera.
Wednesday, May 6
Tuhan Lebih Tahu by Nora Ismail
citer nyer cenggini...
Rina dan Hazry memang bersahabat baik. Mereka biasa bergurau senda, bertepuk tampar. Bagi yang melihat mungkin menyangka mereka bercinta, namun kedua-dua menidakkannya.
Hazry sudah mempunyai teman wanita yg amat dikasihinya, Elisha. Elisha tak pernah menyembunyikan rasa cemburunya terhadap keakraban Hazry-Rina. Hazry dan Elisha sering 'terlanjur' ketika bersama.
Sikap manja Hazry ketika bersama Rina memang merimaskan dan membuatkan Rina serbasalah, terutamanya apabila dia sudah mula menerima Azfarel sbg lelaki istimewa dlm hidupnya. Dia tak mahu Azfarel salah faham dgn kemesraan dia dan Hazry.
Hazry terasa spt hilang segala2nya apabila ayahnya yg penyayang meninggaldunia dan Elisha mahu putus utk mengejar cita2nya di luar negara. Kedatangan Rina ketika dia sedang berduka dan dipengaruhi extacy membuatkan dia tidak sedar lalu meragut kesucian sahabatnya sendiri.
Hazry sendiri tidak berapa ingat kejadian itu. Rina amat kecewa apabila Hazry membuat keputusan utk belajar di luar negara. seolah-olah lari dari tanggungjawab. Sempat juga Hazry menceritakan segala2nya kpd Elisha. ADuih dlm byk2 manusia dlm dunia ni, dia gi ngadu kat Elisha tu buat apa. geramnya rasa mcm nak sekeh2 jer Hazry tu.
Azfarel yg disangkanya akan meninggalkannya rupa2nya menjadi pembela nasibnya yg malang setelah disahkan mengandung. Hubungan kekeluargaan Azfarel mmg sgt akrab dan walaupun kurang senang, mereka tetap merestui Azfarel dan belajar menerima Rina dgn sebaik2nya. Rina yg trauma dan histeria di malam pertamanya terpaksa ditenangkan oleh ibu Azfarel. Kesian Azfarel terkulat2 jer bila semua org tengok dia semacam masa tu. hehe. mesti org ingat dia tu yg tak sabar2.
Namun keluarga Rina sendiri membuangnya kerana menyangka dia dan azfarel terlanjur dan menconteng arang di muka mereka.
Beberapa tahun berselang Rina bahagia bersama Azfarel dan anaknya, Ikhzal. Dia menyatakan kesediaan utk mengandung lagi dan Azfarel sgt gembira kerana sebelum ni Rina terlalu trauma utk mengandung lagi.
Hazry pulang dan sudah bertunang dgn Nafisa (adik tiri Elisha. aduih, tak dak orang lain ker nak dibuat tunang, dah la perangai pun lebih kurang).
Rina mendapat projek bersama syarikat milik keluarga Hazry, walaupun maklum mengenai itu, dia meneruskan kerja2nya dgn Hazry. Hazry spt tiada rasa bersalah dan Rina pula spt sudah hilang traumanya namun sentiasa berhati-hati ketika bersama Hazry. Tunang Hazry makin cemburu kerana Rina bukan saja lebih bijak menjalankan kerja, malah hazry & ibunya spt terpikat dengan kebaikan dan kebijakan Rina berbanding dirinya.
Azfarel disahkan ada ketumbuhan di otaknya dan menolak utk buat pembedahan kerana dia boleh sembuh tetapi akan lumpuh. Dia tidak mahu keadaannya membebankan, tambah2 anak kedua mereka bakal lahir.
Walaupun Hazry menyatakan dia tidak mencintai Fisa, ibu Hazry, seorg ibu penyayang yg mementingkan kasih sayang dlm keluarga, tidak pulak menolak apabila ibu Fisa datang memaksanya mempercepatkan perkahwinan Hazry dgn Fisa. Fisa dan ibunya dua2 perangai tak sesuai dibuat menantu dan besan. mcm mana la Hazry dgn ibunya boleh terima. RAsa mcm ada yg tak kena saja bila seorg ibu spt Pn. Haziah membiarkan anak kesayangannya merosakkan masa depan sendiri dgn mengahwini perempuan spt Fisa yg tak penah nya nak tunjuk perangai yg elok2 walaupun di depan Pn. Haziah. Kalau Fisa tu jenis bermuka-muka mungkinlah Pn. Haziah tertipu, tapi ini terang terangan.
Azfarel yakin umurnya tidak panjang atau mungkin dia akan lumpuh, tapi saya pelikla, kenapa dlm byk2 manusia kat dunia ni, dia memilih utk mengamanatkan anak2 dan isterinya kat Hazry tu. Rasanya Hazry bukanlah lelaki yg boleh diharap utk diserahkan harta yg paling penting dlm hidupnya. Dah la masa tu Hazry dah kawin. TAkkan nak bagi Rina jadi bini no.2 kot?
ERkkkkkkkkkkkkkk!! banyak nyer aku dah tercerita.. jadi utk cerita selanjutnya, cari lah novel ni. masih panas di pasaran. :) haa jangan sangka endingnya semudah itu ya? banyak lagi yang Nora nak cerita dalam novel ni... dan yg penting, aku suka aja dgn ending nya. terima kasih Nora Ismail :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yg datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yg memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yg cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dgn Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dlm hidup bagaimana kita mencaturnya....
Monday, March 30
Kisah Mat Rempit Oleh Rose Harissa

Friday, February 6
Rinn's Review: Mulanya Satu Cinta
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2008
Harga: RM18.00
Bacaan yang menghiburkan dan menjiwang kan. buat aku tersengih mcm orang tak betul. rasanya kalau aku baca sambil jalan lalu terlanggar tiang, aku akan terus tersengih sambil menggosok2 kepala. haha. begitulah sweetnya citer ni sampai leh kena kencing manis. Aku suka dengan penggunaan conflict tiba2 di hujung2 cerita. saat2 yang kita merasakan everything will end well sebab tinggal beberapa helai saja lagi, TIBA2 JER BANGGGGGGGGG!! abis.. luruh semangat. memang terketar-ketar tangan biler kita tengah seronok tiba2 jer ada batu penghalang antara Ezli dan Iryanie.
Cerita yang sangat biasa dan kita boleh cari banyak buku yang menggunakan plot begini, tapi di tangan Rose Harissa cerita ini menjadi sangat istimewa dan melihat semula buku ini setelah membacanya membuatkan kita tersenyum sorang2. jarang2 ada penulis yang mampu memberi impact ini kepada pembaca macam saya yg sememangnya suka sngat dengan kisah2 manis begini.
Kisah ni tentang Ezli, duda muda beranak satu. Afi anak kesayangan Ezli yang tak boleh berenggang, kalau berenggang mereka akan demam menanggung rindu. Ezli sangat garang dengan perempuan. Ibunya berhasrat utk menghabiskan usia tuanya di kampung, Ezli kelam kabut kerana hampir seluruh hidupnya bergantung kpd ibu. Ibunya bertindak mengambil seorang pengasuh sambilan. Dia berkenan sangat2 dgn Iryanie, pelajar UiTM yg terpaksa mengulang satu paper utk sepanjang semester tersebut. Dengan agenda tersembunyi ibu Ezli menggaji Iryanie yang kebetulan adalah orang yg sama melanggar kereta kesayangan Ezli beberapa hari sebelum bertemu mata semula dgn Ezli.
Kegarangan dan kesinisan Ezli membuatkan Iryanie takut2 berani, tapi inilah pekerjaan terbaik utk nya dan sangat bersesuaian dgn waktu kelasnya kerana dia tak mahu terus berhutang budi dengan bekas abg iparnya yg seperti mahu menjaga kebajikannya. Tentunya satu hari nanti Zamri mahukan balasan dari Iryanie yg sudah mula menjerat hati bapa Iryanie yg kesempitan wang.
Selepas mencuri hati ibu Ezli, Afi pun turun terpikat dengan sifat keibuan Iryanie. Banyak kali Ezli tersentak melihat kemesraan Iryanie-Afi. Bukan senang nak mencuri hati Ezli tapi Iryanie berjaya melakukannya tanpa disedari.
Khairina, bekas isteri Ezli tiba2 jer muncul mahukan Afi kembali kerana dia sudah tidak boleh mengandung lagi. Aku rasa Khairina ni lah watak antagonis ciptaan Rose Harissa yg paling meng-ngong sekali. bodoh sombong. Dah sah2 dia tak pernah care tentang Afi sejak dilahirkan. Malah terus mencari teman baru yg lebih kaya lalu meninggalkan Ezli terkial-kial menjaga Afi sambil belajar. Dgn gaya mcm orang zaman batu dia nak amik Afi macam tu saja. Yg geram tu siap siap blasah Iryanie tu. Tuntutan hadhanah yg dibuat Khairina tu aku rasa antara yang tindakan yang paling tak cerdik. Memang dalam apa cara sekalipun Khairina bukan seorang ibu yg baik. Afi sendiri takutkan Khairina yg garang dan ringan tangan tu, bukan ringan tangan tolong buat keja, tapi ringan tangan angkat penampar. Iryanie tu sempat la jugak merasa tangan Khairina tu sampai tergolek masuk dalam longkang. adusss kesian betul kat heroin yg sopan santun nih. Rose, biler la agaknya heroin ko nak ada blackbelt kaler biru and boleh bubuh penendang taekwando sikit kat antagonis2 citer ko.
Heran jugak kenapa Khairina tak menggunakan kebiasaan Ezli & Iryanie berdua2an kat rumah utk dijadikan isu dalam mahkamah. Malah boleh saja dia report kat pejabat agama n pegi tangkap basah Ezli & Iryanie. Memang mengong la Khairina tu.
Scene Iryanie membenarkan Khairina masuk rumah setelah berlakon seolah2 telah insaf dan merindui anaknya tu membuatkan aku teringat kepada cerita Snow White yg membenarkan ahli sihir masuk rumah. Memang Iryanie kena hantuk lagi lah dan Afi dilarikan. hmmmphh ni Iryanie ni classic Snow White lah tak serik2 berbuat baik. hehe.
eh, takleh citer banyak2. Selain di kedai2 buku, novel ni juga boleh dibeli terus dari penulis melalui blognya roseharissa.blogspot, siap dapat penanda buku cantik dan signature lagi :) sekian wasalam
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih bergelar pelajar. Malangnya, ketika anak mereka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.
Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.
Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.
Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya ‘mama’. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.
Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.
Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima keputusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?
Monday, January 19
Mulanya Satu Cinta

Tajuk : Mulanya Satu Cinta
Penulis : Rose Harissa
Penerbit : Alaf21
Harga : RM18.00
Cetakan Pertama: 2009
Genre : Romantik
Bintang : 4
-------------------------------------------------------------------------
“...Rindu itu subjektif, sayang itu universal..tapi cinta itu hakiki, tak boleh dijual beli..”
Apa Kata Saya :
Setelah 3 novel dilahirkan penulis muda berbakat besar ini , kemunculan novel ke-4 yang merupakan novel terbaru beliau bersama Alaf21 ini sememangnya mengulangi kejayaan novel-novel beliau sebelum ini. Mulanya Satu Cinta (MSC) amat dekat di hati para peminat novelis comel ini. Saya sangat menggemari gaya penulisan beliau yang sentiasa segar, santai namun mengujakan di samping sulaman elemen-elemen romantik nan cantik dan tidak lupa menyelitkan mesej kekeluargaan cukup bermakna untuk dihayati khalayak pembaca.
MSC membawa pembaca menyusuri kehidupan seorang duda muda ; Eddy Ezli, jurutera rangkaian yang bercerai dengan isterinya; Khairina tatkala masih menuntut di luar negara kerana kecurangan isterinya yang berpaling kasih pada lelaki lain yang lebih berkemampuan dari segi material . Dengan kepayahan hidup di sana, Ezli menjaga satu-satunya anaknya, Adli Afizan a.k.a Afi sejak berusia 2 bulan. Ini menjadikan hubungan antara kedua beranak itu begitu akrab dan sekembali ke tanahair Afi dijaga oleh ibu Ezli hinggalah tatkala Afi mahu memulakan persekolahan, ibunya tiba-tiba ingin pulang dan tinggal di kampung. Disinilah bermulanya masalah Ezli dan pencarian untuk mendapatkan pengasuh untuk anaknya itu menemukannya dengan Iryanie.
MSC membawa tema kasih sayang yang sarat dengan mesej tersirat si penulis berbakat ini .Ia tema yang cukup indah dizahirkan penulis kerana jalan ceritanya penuh elemen kasih sayang yang tidak terbatas sempadannya.Penulis menggarap begitu indah rantaian hubungan istimewa ini sehinggakan kita cukup tersentuh dan merasai tiap detik yang dilalui watak-watak dalam cerita ini.Paling istimewa, paling menyentuh tatkala Ezli berjuang denga tuntutan hadhanah dari bekas isterinya yang cuba sedaya upaya dan pelbagai cara untuk mendapatkan Afi semula dari tangan Ezli.
Plot cerita berjajaran kronologi dan ia disempurnakan dengan begitu baik oleh penulis. Biarpun ada dalam situasi tertentu penggunaan flashback digunakan, ia bersesuaian dengan motif penyampaian jalan cerita agar lebih mudah difahami dan diikuti oleh pembaca.
Perwatakan yang dibina penulis dalam MSC menampilkan sang heronya sebagai peneraju utama. Penulis seperti pro lelaki dalam persembahan dalam naskhah ini namun bagi saya ia bertepatan dengan jalan cerita yang ditampilkan beliau. Eddy Ezli diperlihatkan penulis sebagai lelaki yang agak sempurna pakej fizikalnya namun pengalaman pahit dari perkahwinan pertamanya menbuatkan dirinya agak tidak mesra alam dengan para wanita yang diluar lingkungan kelurganya. Saya cukup tertarik cara penulis menampilkan watak Ezli, sapa tau disebalik kegarangannya yang seperti harimau jadian itu, rupa-rupanya dia anak manja mak!
Begitu juga keterampilan dengan Iryanie yang cukup manis dipotretkan penulis. Perwatakan Iryanie nampak begitu sejuk dimata..kita juga jadi kesian padanya tatkala dia dilanda musibah yang bukan dipintanya dan dia dijauhi semua insan hatta rakan akrabnya, Hana. Perwatakan Afi, budak kecil berusia 7 tahun nampak cukup menyakinkan..penulis bijak menzahirkan perwatakan anak kecil yang ketandusan kasih ibu sejak kecil menerusi watak Afi ini. Watak antagonis Zamri juga cukup berkesan dipersembahkan penulis hingga membuatkan pembaca meluat dan rimas pada wataknya.Tidak ketinggalan watak Khairina yang cukup menjengkelkan sekali..menyampah sungguh!
Penggunaan laras bahasa cukup santai, tiada penggunaan istilah-instilah yang keterlaluan atau memualkan deria telinga. Penulis bagi saya semakin bagus dalam pengolahan bahasa dalam karya beliau dan seperti biasa ada selitan lirik lagu kumpulan muzik sebagai perencah jalan ceritanya, saya rasa penulis ni memang meminati dunia muzik indie agaknya...hehehe
Buat penulis muda dan berbakat besar ini, tahniah diatas kelahiran karya terbaru anda ini. Semoga anda akan terus cemerlang berkarya dipersada seni penulisan kreatif tanahair dan terus gigih memenakan catatan kisah-kisah buat tatapan pembaca juga peminat-peminat anda. Buat pembaca,Mulanya Satu Cinta sememangnya sangat manis dihayati, jika mahu sama-sama merasai kemanisannya, pastikan anda mendapatkan segera.
Monday, January 12
Tahniah Rose Harissa a.k.a Nora Ismail

Harga RM18.00







